Upload
miryanz
View
1.737
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
SEJARAH AWALCandu (popi) dijumpai lebih
kurang 6,000 tahun yang lalu oleh petani-petani di
Pantai Timur Mediterranean.
KEGUNAAN AWAL Dalam kurun ke 16 sebelum
masihi di Mesir digunakan untuk melelapkan kanak-kanak kecil dari menangis, dan di Greece pula untuk mengubati demam.
KAWASAN PENGELUARAN DADAH
DUNIA
Golden Triangle
Myanmar, Thailand, Laos dan Cina.
Golden Crescent
Afghanistan, Pakistan dan Iran.
Emerald Triangle
Mexico, Colombia dan Peru.
BALKANROUTE
BALKANROUTE
AUSTRALIAAUSTRALIA
JEPUNJEPUN
RUSIARUSIA
TURKEYTURKEYAFRIKA UTARAAFRIKA UTARA
AFRIKA BARAT
AFRIKA BARAT
MEXICOMEXICO
AMERIKAAMERIKA
KANADAKANADA
EROPAHEROPAH
GOLDEN CRESCENTAFGHANISTAN - IRAN -
PAKISTAN
MALAYSIAMALAYSIA
GOLDEN TRIANGLEMYANMAR - LAOS -THAILAND - CINA
EMERALD TRIANGLECOLOMBIA - MEXICO -
PERU
COLOMBIACOLOMBIA
Kawasan PengeluaranDadah
Kawasan PengeluaranDadah
U
BALKAN
ROUTEBALKAN
ROUTE
AUSTRALIAAUSTRALIA
JEPUNJEPUN
RUSIARUSIA
TURKEYTURKEYAFRIKA UTARAAFRIKA UTARA
AFRIKA BARAT
AFRIKA BARAT
MEXICOMEXICO
AMERIKAAMERIKA
KANADAKANADA
EROPAHEROPAH
GOLDEN CRESCENTAFGHANISTAN - IRAN -
PAKISTAN
MALAYSIAMALAYSIA
GOLDEN TRIANGLEMYANMAR - LAOS -
THAILAND
EMERALD TRIANGLECOLOMBIA - MEXICO -
PERU
COLOMBIACOLOMBIA
Pengaliran Dadah (OPIAT)Antarabangsa
Pengaliran Dadah (OPIAT)Antarabangsa
U
PENGALIRAN DADAH (ECSTACY)
PENGALIRAN DADAH (ECSTACY)
AUSTRALIAAUSTRALIA
RUSIARUSIA
TURKITURKI
COLOMBIACOLOMBIA
MEXICOMEXICO
AMERIKAAMERIKA
KANADAKANADA
EROPAH UTARA
EROPAH UTARA
MALAYSIA
HONG KONG
THAILAND
SINGAPURA
AFRIKA UTARAAFRIKA UTARA
AFRIKA BARAT
AFRIKA BARAT
U
MALAYSIAMALAYSIALaut China Selatan
FilipinaFilipina
Singapura
MyanmarLaos
VietnamKampuchea
Brunei
I n d o n e s i a
Thailand
U
ALIRAN DADAH KE MALAYSIA
TAKRIF DADAH MELIPUTI BAHAN SEPERTI BERIKUT :-
Kanabis Ganja, hashish, minyak hashish
Depresen Sedatif hipnotikjenis barbiturat dan bukan barbiturat serta
tranquilizer.Stimulan
Jenis amfetamin, kokain dan syabu, ecstasy (MDM, Adam, XTC)
Halusinogen Lysergic Asid Diethylamide (LSD),Mescaline psilosybin.
OpiatCandu, morfin, heroin dan kodien.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERGANTUNGAN
TERHADAP DADAHPergantungan terhadap dadah
berlaku apabila dadah digunakan secara kerap dan berterusan, sama
ada pergantungan secara psikik/psikologikal atau kedua-
keduanya sekali.
PERGANTUNGAN FIZIKALApabila badan penagih memerlukan dadah,
proses fizikal yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan
menimbulkan gejala tarikan. Gejala tarikan ialah tanda tertentu dari segi tingkahlaku
dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan
dadah dalam masa yang tertentu. Misalnya seseorang penagih heroin akan mengalami
muntah-muntah, mengeletar dan sebagainya apabila terputus bekalan dadah.
PERGANTUNGAN PSIKIK / PSIKOLOGIKAL
Suatu keadaan apabila penagih mengalami ketagihan atau desakan untuk menggunakan dadah supaya dia dapat berfungsi secara normal
dan juga untuk mencapai ketenangan jiwa.
BAGAIMANAKAH KEADAAN SESEORANG ITU
APABILA BERGANTUNG PADA DADAH!
1. Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting daripada
kehidupan seharian.
2. Penggunaan dadah mengatasi keperluan hidup yang lain.
3. Daya tahan (tolerance) meningkat apabila semakin banyak
dadah perlu digunakan untuk mengalami kesan yang diharapkan.
4. Penagih mengalami gejala tarikan sekiranya tidak
menggunakan dadah untuk jangka waktu yang pendek.
5. Mereka berasa terdesak atau ketagih untuk menggunakan
dadah, lebih-lebih lagi apabila cuba mengurangkan atau
berhenti mengambil dadah dan tidak dapat mengawal jumlah atau
kekerapan penggunaan.
6. Mereka cenderung untuk menagih semula dadah setelah berhenti menggunakan dadah
untuk beberapa ketika.
7. Penagih mengalami gejala tarikan sekiranya tidak
menggunakan dadah untuk jangka waktu yang pendek.
FAKTOR YANG MENPENGARUHI KESAN
DADAH
Kesan dadah terhadap seseorang berbeza mengikut individu dan
bergantung pada beberapa faktor seperti berikut:-
Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi (contohnya dengan heroin dan depresen) atau
merangsangkan (contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosot- kan dan merangsangkan (contohnya
dengan ganja dan halusinogen).
Jumlah yang digunakan
Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebab-kan rasa mengantuk atau euforia
berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan
pernafasan dan membawa maut.
Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan dadah,
keadaan perasaan (mood) dan aktiviti.
Situasi ketika menggunakannya
Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada atau tiada orang lain, juga
merupakan faktor yang mempengaruhi kesan dadah.
Cara menggunakannya
Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara
mengguna iaitu sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau
digunakan bersama-sama dengan dadah lain.
SEBAB SESEORANG ITU TERLIBAT DENGAN DADAH
Banyak sebab mengapa seseorang itu terlibat dengan
penagihan dadah. Antara sebabnya adalah seperti berikut:
1. Tidak mempunyai atau kurang mengamalkan suruhan agama.
2. Tidak mendengar atau mengikut nasihat ibu bapa atau
guru.
3. Mudah terpengaruh dengan desakan atau pujukan rakan
sebaya.
4. Terperangkap dengan perasaan ingin tahu.
5. Tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara yang
berfaedah.
6. Tidak sanggup menghadapi tekanan dan masalah yang
dialami.
Punca sebenar mangapa seseorang itu mudah terpengaruh
dengan gejala di atas ialah kerana tidak mempunyai
ketahanan diri yang kuat dan kukuh.
TANDA AWAL PENAGIHAN DADAH
Tanda awal penagihan dadah dapat dilihat melalui beberapa tanda yang kelihatan pada diri penagih itu. Antaranya adalah seperti berikut:
Daripada Kepada
Riang, suka bercakap dan suka menyatakan perasaan.
Pendiam, fikiran bercelaru dan memendam perasaan.
Cergas, sihat dan penuh tenaga. Kaku, uzur dan tidak bermaya.
Suka menolong, menumpukan penuh perhatian dan boleh diharap.
Tidak peduli akan orang lain, tidak boleh diharap dan lalai.
Segak, yakin diri dan tabahTertekan, ragu-ragu dan putus asa. Tidak berminat dan lemah semangat.
Tidak berselindung dan percaya mempercayai
Suka berdalih dan tidak percaya mempercayai.
Gembira dan optismik Runsing dan pesimistik
Mempunyai wang yang banyak Miskin dan papa.
Mengenali Pelajar Yang Terlibat Dengan Dadah
Di antara tanda awal seseorang pelajar yang terlibat dengan
dadah adalah seperti berikut:
1. Selalu tidak hadir ke sekolah dan pelajar terbabit tidak akan hadir pada hari-hari tertentu.
2. Selalu ponteng sekolah.
3. Prestasi dalam pelajaran merosot dengan mendadak.
4. Perlakuan dan tabiat belajar berubah.
5. Berkawan dengan kumpulan tertentu sahaja.
6. Mata merah dan sering memakai cermin mata gelap.
7. Sering ke tandas.
8. Selalu mengantuk apabila dalam kelas
RISIKO YANG AKAN DIHADAPI
Apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah, banyak
risiko yang akan dihadapi. Antaranya ialah seperti berikut:
1. Maut kerana dos yang berlebihan.
2. Menyebabkan pergantungan pada dadah.
3. Menyebabkan penyakit AIDS dan kesihatan terganggu.
4. Menimbulkan masalah undang-undang.
MENGENALI PENAGIH DADAH
Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:
1. Perubahan atau kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat
kerja, serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
2. Meradang tidak menentu sebab, selalu menguap dan tidak
bermaya.
3. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
4. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.
5. Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.
6. Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta
dimiliki.
7. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup.
Anak mata menjadi kuyu / mengecil.
8. Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.
9. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
10. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa
lapang.
11. Meminta wang secara berlebihan dari ibu bapa.
12. Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja,
saudara mara atau kawan.
13. Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti setor,
bilik kecil di tingkat bawah bangunan (untuk mengambil
dadah).
AKIBAT KEPADA TABIAT DAN KELAKUAN
Seseorang itu akan berubah tabiat dan kelakuan apabila
terlibat dengan penagihan dadah. Ini ialah akibat awal sebelum
menemui maut.
1. Pandai menipu.
2. Mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan
wang bagi membeli dadah.
3. Tidak mengaku terlibat dengan dadah.
4. Penagih dadah mempengaruhi rakan sebayanya supaya terlibat
sama.
5. Menjauhkan diri daripada masyarakat.
6. Penagih dadah hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja.