30
KAJIAN ISU PSV 2 TAJUK : KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF DALAM PENGAJARAN TEORI SENI TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT, SMK SUNGAI RAMBAI, MELAKA. 1. Pengenalan Pencapaian akademik pelajar terutama sekali dalam peperiksaan pada peringkat kebangsaan sering mendapat perhatian masyarakat. Terdapat banyak pembolehubah yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Salah satu daripadanya ialah kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru dalam menyampaikan pelajaran. Cara penyampaian pengajaran sedang mengalami revolusi, pengajaran ICT melibatkan jaringan global yang dahulunya sukar diperolehi kini boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja di mana jua dia berada. Multimedia bermakna pelbagai jenis maklumat seperti teks, grafik, muzik dan video dipakejkan bersama untuk memudahkan para pengguna. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kesan kaedah pengajaran ke atas pencapaian akademik pelajar, namun kaedah pengajaran Salsabila Tang Abdullah Guru Seni SMKSR 1

KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

  • Upload
    vudung

  • View
    238

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

KAJIAN ISU PSV 2TAJUK : KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA

INTERATIF DALAM PENGAJARAN TEORI SENI TERHADAP PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT, SMK SUNGAI RAMBAI,

MELAKA.

1. Pengenalan

Pencapaian akademik pelajar terutama sekali dalam peperiksaan pada peringkat

kebangsaan sering mendapat perhatian masyarakat. Terdapat banyak pembolehubah

yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Salah satu daripadanya

ialah kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru dalam menyampaikan pelajaran.

Cara penyampaian pengajaran sedang mengalami revolusi, pengajaran ICT

melibatkan jaringan global yang dahulunya sukar diperolehi kini boleh diperolehi

oleh sesiapa sahaja di mana jua dia berada. Multimedia bermakna pelbagai jenis

maklumat seperti teks, grafik, muzik dan video dipakejkan bersama untuk

memudahkan para pengguna. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kesan

kaedah pengajaran ke atas pencapaian akademik pelajar, namun kaedah pengajaran

multimedia interatif dalam penguasaan teori seni didapati tidak ada kajian khusus

yang telah diusahakan pada peringkat tingkatan empat di negara kita.

Objektif kajian rintis ini ialah untuk:

a) Mengetahui keberkesanan kaedah pengajaran multimedia interatif ke atas

pencapaian akademik dalam penguasai teori seni bagi sejarah seni catan.

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

1

Page 2: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

b) Untuk menentukan kesan pengajaran multimedia interaktif terhadap min skor

ujian pretest dan min skor ujian pasca berbanding dengan kaedah pengajaran

tradisional dalam penguasaan teori seni bagi sejarah seni catan.

2. Pernyataan Masalah

Menurut J.F Adams (1964), masalah terbesar bagi para remaja yang bersekolah

ialah mengenai hal-hal berkaitan dengan persekolahan mereka. Ilmu pengetahuan

sejarah seni amat penting untuk mendidik pelajar membangunkan kesedaran dan

persepsi artistik dalam seni, menghargai sumbangan dan mempelajari semangat

pandai tukang dalam menghasilkan kraf, serta memajukan tahap ketrampilan seni

yang konsisten dalam media seni yang tertentu.

Sejarah seni sebagai sebahagian Sukatan Pendidikan Seni Visual di sekolah

menengah. Ia penting kerana pemahaman tentang sejarah seni dapat memperkayakan

lagi visi artistik seseorang yang menghargai karya seni. Mengetahui dan mendalami

subjek seni dapat menjadi asas kepada sesi kritikan. Pemahaman sejarah seni juga

dapat meningkatkan lagi kebolehan pelajar membuat keputusan estetika yang

menghadapi dalam kehidupan harian . selain daripada itu sejarah seni dapat memufuk

sifat pelajar yang berkesedaran dan meninggikan sensitiviti terhadap nilai keindahan

alam.

3. Soalan Penyelidikan

1. Adakah kaedah multimedia interatif lebih baik daripada kaedah tradisional dalam

pengajaran teori seni catan?

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

2

Page 3: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

2. Adakah kaedah multimedia interatif mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

ujian pasca dalam pemahaman sejarah seni catan?

4. Pernyataan Hipotesis dan hipotesis statistik

Hipotesis 1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pretest di kalangan

pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Hipotesis 2

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pasca di kalangan

pelajar kumpulan eksperimen dan pelajar kumpulan kawalan.

Hipotesis 3

Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan skor min ujian

pasca di kalangan kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah pengajaran

multimedia interaktif dalam pengajaran teori seni.

Hipotesis 4

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan skor min

ujian pasca di kalangan kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah pengajaran secara

konvensional.

Terdapat perbezaan diantara skor min ujian pretest dan ujian pasca.

Hipotesis statistik bagi kajian ini ialah

H0 : U1 – U2 = 0

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

3

Page 4: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

H1 : U1 – U2 = 0

H0 : U1 = U2

HA : U1 = U2

Kajian Literatur

a) Tajuk 1

A Comparison of College Students’ Achievement Following Tradisional and

Integrated Media Presentations.

b) Soalan penyelidikan

Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian pelajar kolaj menggunakan media

bersepadu (Integrated Media Presentations) dalam kaedah mengajar berbanding

dengan kaedah tradisional.

c) Hipotesis

Penyampaian pengajaran menggunakan media bersepadu lebih berkesan

berbanding dengan kaedah tradisional.

d) Subjek

Seramai 367 pelajar universiti di Midwest sebagai subjek yang dibahagi kepada

dua kumpulan. Kumpulan kawalan seramai 206 orang pelajar universiti manakala

kumpulan eksperimen seramai 161 orang pelajar universiti.

e) Rekabentuk kajian

Eksperimen kuasi yang dikenali sebagai “non-equivalent control group design

(Campbell & Stanley, 1963).

f) Outcome variable dan alat pengukuran

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

4

Page 5: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

Ujian pretest dan postest yang mengandungi 60 soalan. Sebelum kajian SD = 5.0,

tidak ada laporan tentang kebolehpercayaan tetapi penyelidik menggunakan a

split-half & Spearman-Brown untuk mengukur kebolehpercayaan. Nilai

kebolehpercayaan ialah .72 (Gay. 1992, p.169).

g) Hasil kajian

Terdapat perbezaan yang signifiken antara kaedah menggunakan media bersepadu

dengan kaedah tradisional. Hasil daripada ANOVA digunakan untuk

menganalisa perbezaan pencapaian di antara kumpulan rawatan dengan kumpulan

kawalan. Ujian postest dan ujian pretest menunjukkan kedua kumpulan mencapai

skor yang serupa. Pelajar kumpulan rawatan (Min = 23.74, SD = 5.89) dan

kumpulan kawalan (Min = 24.93, SD = 5.89). Dapatan menunjukkan terdapat

perbezaan pencapaian yang signifikan di antara kumpulan rawatan dengan

kumpulan kawalan dalam ujian pre dan pos. Dapatan menunjukan kumpulan

rawatan (Min = 3.98, SD = 4.77) manakala kumpulan kawalan (Min = 8.46, SD =

5.75). Oleh itu kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan pencapaian yang lebih

tinggi diantara ujian pre dengan ujian pos.

Dapatan menunjukkan pelajar dalam kumpulan rawatan (N = 118) (Min = 27.72 ,

SD = 6. 85), manakala pelajar dalam kumpulan kawalan pula (N = 149) (Min =

33.499 , SD = 6.13). Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah menggunakan

media bersepadu (ICT) tidak memberi kesan yang ketara kepada pencapaian

pelajar dalam topik ‘Introduction to Computer Information Systems’. Dalam

‘postest’ pelajar yang mengikuti pengajaran dalam kaedah tradisional

menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi (p<.05)

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

5

Page 6: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

a) Tajuk 2

The Effect of a Computer Simulation Activity versus a Hands-on Activity on

Product Creativity in Technology Education

b) Soalan penyelidikan

i. Adakah kaedah simulasi berpandukan komputer lebih ‘kreatif’ daripada

kaedah hans-on tradisional?

ii. Adakah kaedah simulasi berpandukan komputer lebih ‘asli’ daripada

kaedah hans-on tradisional?

iii. Adakah kaedah simulasi berpandukan komputer lebih ‘kegunaan’ daripada

kaedah hans-on tradisional?

c) Hipotesis

Umum: Tidak ada perbezaan dalam produk “kreatif” dianatara kaedah simulasi

berpandu komputer dan kaedah tradisional yang sedia ada.

Khusus:

i. Tidak ada perbezaan dalam “keaslian” produk dianatara kaedah simulasi

berpandu komputer dan kaedah tradisional yang sedia ada.

ii. Tidak ada perbezaan dalam “kegunaan” produk diantara kaedah simulasi

berpandu komputer dan kaedah tradisional yang sedia ada.

d) Subjek

Seramai 58 pelajar pendidikan teknologi gread tujuh dari 3 buah sekolah di

Northern Viginia, Washington, D.C. diambil sebagai subjek. Mereka terdiri

daripada 21 perempuan dan 37 lelaki. Umur purata ialah 12.4 tahun. Setiap orang

diberi nombor pengenalan dan dipilih secara rawak kepada 2 kumpulan.

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

6

Page 7: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

e) Rekabentuk kajian

Rekabentuk kajian jenis Eksperimen.

f) Outcome variable dan alat pengukuran

Produk yang dihasilkan (perbezaan produk yang dihasilkan oleh 2 kumpulan

tersebut) sebagai outcome variable. Produk yang dihasilkan oleh sampel dinilai

dengan menggunakan Creative Product Semantic Scale atau CPSS (Besemer &

O’Quin, 1989) untuk menentukan kreativiti sesuatu produk. Sub skala “original”

dan “useful” dari CPSS dipilih kerana ketekalannya dengan teori model Moss.

Kebolehpercayaan CPSS tinggi dalam menilai pelbagai produk kreatif

berdasarkan objektif dan ukuran analisis kreativiti. Kajian ini juga dilengkapkan

dengan skala perbezaan simantik.

g) Hasil kajian

i. Tiada perbezaan dari segi kreativiti produk antara kumpulan simulasi

berpandu komputer (M = 41.7, SD = 7.67) dengan kumpulan hans-on

tradisional (M = 42.0, SD = 5.58). Hipotesis null diterima, F(5.52) = 0.54,

p = 0.75.

ii. Tiada perbezaan dari segi keaslian produk antara kumpulan simulasi

berpandu komputer (M = 20.59, SD = 4.44) dengan kumpulan hans-on

tradisional (M = 21.10, SD = 3.10). Oleh itu, hipotesis null diterima,

F(5.52) = 1.07, p = 0.39.M

iii. Tiada perbezaan dalam kegunaan produk antara kumpulan simulasi

berpandu komputer (M = 21.15, SD = 4.17) dengan kumpulan hans-on

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

7

Page 8: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

tradisional (M = 20.90 SD = 3.20). Hipotesis null diterima, F(5.52) = 0.49,

p = 0.78.

a) Tajuk 3

Integrated Technology, Mathematics, and Science Education: A Quasi-

Experiment

b) Soalan penyelidikan

1. Adakah pengajaran bersepadu TmaSe (kandungan dan aktiviti) memberi

kesan yang setara kepada pengajaran kognitif.

2. Adakah pengajaran bersepadu TmaSe membantu persepsi pelajar berkaitan

dengan teknologi, matematik dan sains dari segi kandungan dan konsep.

3. Adakah ingatan pelajar terhadap kandungan TmaSe yang di ajar bertambah

baik pada jangka masa panjang dengan pendekatan pempelajaran dan

pengajaran yang bersepadu.

c) Hipotesis

H1: Pelajar sekolah tinggi yang terlibat dalam pembelajaran bersepadu kurikulum

TmaSe yang diajar oleh guru pendidikan teknologi, pengajaran kognitif mereka

akan meningkat berbanding dengan pelajar sekolah tinggi yang tidak mengikut

program yang sama.

H2: Pelajar yang terlibat di dalam pendekatan kurikulum bersepadu TmaSe akan

dapat mengenal lebih banyak istilah, frasa, dan contoh-contoh teknologi,

matematik dan sains yang berkaitan dengan keadaan sebenar berbanding dengan

pelajar yang berlainan.

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

8

Page 9: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

H3: Pelajar yang terlibat dalam pendekatan TmaSe akan menunjukkan

peningkatan ‘content retention’ dalam 2 dan 4 minggu selepas rawatan

berbandingan dengan pelajar yang tidak terlibat dengan pendekatan TmaSe

kandungan.

d) Subjek

Seramai 71 daripada 225 pelajar sekolah tinggi di sebuah kampong kecil di

Amerika dipilih untuk kajian ini.

e) Rekabentuk kajian

Kajian ini menggunakan kaedah ‘quasi-experimental non equivalent control group

design’ yang diubahsuai. Ini kerana penyelidik mnenggunakan kumpulan

perbandingan bukannya kumpulan kawalan yang sebenar.

Tiga kumpulan eksperimental dan 3 kumpulan perbandingan digunakan dalam

kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar semester kedua gred 9-12. Kumpulan

eksperimental adalah mereka yang mengambil kursus ‘komersial design’,

‘industrial education orientation’, ‘pre–engineering graphics’ pada hari “A”

(Selasa dan Khamis). Kumpulan perbandingan pula ialah mereka yang

mengambil kursus ‘building trades’, CAD, dan ‘wood production’ pada hari ‘B’

(Rabu dan Jumaat). Guru yang sama digunakan untuk di kedua-dua kumpulan

untuk memastikan ‘internal validity’. Persampelan rawak tidak digunakan untuk

pemilihan subjek kepada kumpulan dan subjek terdiri daripada satu kumpulan

(kelas) yang sedia ada. Kelas-kelas ini dipilih secara rawak kepada kumpulan

eksperimental dan kumpulan perbandingan berdasarkan jadual akademik sekolah

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

9

Page 10: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

dan pelajar. Kandungan dan aktiviti mengikut kurikulum biasa tetapi dirancang

khas untuk pengajaran selama 2 minggu .

Setiap kelas (6 kelas) dipilih secara rawak untuk menjadi kumpulan eksperimental

(3 kelas) atau kumpulan perbandingan (3 kelas). Pada hari pertama (Isnin) setiap

kelas diberikan 100 solan pretest. .Selama 2 minggu kumpulan eksperimental

menerima rawatan manakala kumpulan perbandingan belajar perkara yang sama

tetapi bukan dalam bentuk P & P yang bersepadu.. Ujian pretest diberi pada hari

pertama dan postest 2 minggu kemudian. Ujian postest kedua diberikan 2 minggu

selepas ujian postest pertama.

f) Outcome variable dan alat pengukuran

Pencapaian murid melalui ujian pre dan pos. Ujian kebolehpercayaan ‘Cronbach’s

cxoefficient alpha’ digunakan. Data diproses menggunakan SPSS Versi 10.5 for

Windows.

g) Hasil kajian

1. Tiada perbezaan yang ketara dalam min skor diantara kumpulan eksperimental

dengan kumpulan perbandingan

2. Tiada perbezaan yang ketara dalam mengenalpasti ‘terms’ , frasa dan contoh-

contoh bagaimana sains, matematik dan teknologi berhubungkait dengan dunia

sebenar diantara kumpulan eksperimental dengan kumpulan perbandingan

3. Tiada perbezaan yang ketara diantara kumpulan eksperimental dan kumpulan

perbandingan dalam pengekalan ingatan bahan diajar 2 minggu dan 4 minggu

selepas menerima rawatan.

5. Kaedah

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

10

Page 11: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

a) Subjek

Seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 Perdagangan dan 4 Ekonomi daripada

Sekolah Menengah Sungai Rambai telah mengambil bahagian dalam kajian rintis

ini.

Kumpulan kawalan mengandungi seramai 30 orang pelajar, pelajar lelaki (N = 18)

dan pelajar perempuan (N=12). Manakala kumpulan eksperimen pula

mengandungi seramai 30 orang pelajar, pelajar lelaki (N=9) dan pelajar

perempuan (N = 21). Julat umur mereka ialah di antara 15 tahun 6 bulan hingga

16 tahun 6 bulan. Kebanyakan mereka adalah daripada golongan sosio-ekonomi

sederhana.

b) Prosedur

Kedua-dua kumpulan telah dipilih secara rawak serah (random assignment). Satu

kumpulan dijadikan kumpulan eksperimen yang didedahkan kepada kaedah

pengajaran multimedia interatif dan satu lagi sebagai kumpulan kawalan yang

didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Semua pelajar kemudiannya

mengikuti unit pengajaran yang mempunyai objektif yang sama.

Analisis menggunakan statistik infereni ANOVA sehala pada gred yang

diperolehi dalam Sijil Rendah Pelajaran untuk menentukan kesejenisan

(homogeneity) kedua kelompok berkenaan. Kedua-dua kumpulan telah diberi

praujian pencapaian sebelum mereka memulakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Di akhir kaedah tersebut mereka akan diberi ujian pasca. Pelajar

yang memperolehi kurang daripada 70% betul akan digalakan membuat aktiviti

pemulihan dan sebaliknya pelajar yang memperolehi 70% dan ke atas betul diberi

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

11

Page 12: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

peluang meneruskan pembelajaran di bahagian pengayaan. Dalam kajian ini, aras

70% digunakan sebagai titik pemisah (Tuckman dan Waheed).

c) Alat pengukuran

Satu set 40 soalan objektif aneka pilihan telah disediakan mengikut Jadual

Penentuan Ujian yang merangkumi aras kognitif mengikut teksonomi Bloom

(1965). Tatatingkat taksonomi kognitif Bloom adalah pengetahuan, kefahaman,

aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jadual Penentuan Ujian digunakan untuk

senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. . Pembahagian

aras kesukaran mengikut penentuan dari JPM iaitu 50% mudah (aras

pengetahuan, kefahaman,) 30% sederhana (aras aplikasi, analisis) dan 20% susah

(aras sintisis, penilaian).

Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah peningkatan pencapaian akedemik

(achievemnet gain) dan penguasaan kefahaman sejarah seni catan. Aras

penguasaan (mastery level) tujuh puluh persatus telah digunakan dalam kajian ini

(Tuckman dan Waheed, 1981).

Peningkatan pencapaian akademik diukur berdasarkan perbezaan pencapaian

mereka dalam praujian dan ujian selepas pengajaran.

4. Hasil kajian

Bagi menjawab hipotesis satu iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

skor min ujian pretest di kalangan pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Penyelidik menggunakan ujian t. Analisis ujian t menunjukkan t (51.59) = -.074, p = 94

adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima. Keputusan ujian menunjukkan bahawa

tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pretest antara kumpulan kawalan

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

12

Page 13: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

(M = 49.0, SD = 10.11) dengan kumpulan eksperimen (M = 49.17, SD = 6.99). sila rujuk

jadual 7.1

Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min

ujian pasca di kalangan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Analisis ujian t

menunjukkan t (58) = -5.55, p = 0.00 adalah signifikan. Hipotesis nol diterima.

Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian

pasca antara kumpulan kawalan (M = 52.2, SD = 9.92) dengan kumpulan eksperimen (M

= 67.0, SD = 10.70). sila rujuk jadual 7.1

Jadual 7.1 T-Test

Group StatisticsKumpulan N Mean Std.

DeviationStd. Error

Mean Ujian pretest

Kawalan 30 49.0000 10.1132 1.8464

Eksperimen 30 49.1667 6.9979 1.2776 Ujian pasca

Kawalan 30 52.2000 9.9287 1.8127

Eksperimen 30 67.0000 10.7093 1.9552

Independent Samples TestLevene's Test for Equality of

Variances

t-test for Equality of

Means F Sig. t Df Sig. (2-tailed)

Ujian pretest

Equal variances assumed

5.723 .020 -.074 58 .941

Equal variances

not assumed

-.074 51.592 .941

Ujian pasca

Equal variances assumed

.024 .877 -5.551 58 .000

Equal variances

not assumed

-5.551 57.671 .000

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

13

Page 14: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min

ujian pra dengan skor min ujian pasca di kalangan kumpulan eksperimen yang

mengikuti kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran teori seni.

Untuk menguji hipotesis tentang 2 kumpulan yang berkaitan. Paired Sample t-test

digunakan. T (59) = -8.43 , p = 0.000 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

antara ujian pretest ( M = 49.08, SD = 8.62) dan ujian pasca (M = 59.6, SD = 12.67)

(rujuk Jadual 7.2)

Merujuk Indeks Davis yang menyatakan :

0.70 atau lebih mewakili korelasi sangat kuat

0.50 hingga 0.69 mewakili korelasi kuat……

maka, hasil dapatan menunjukkan r = 0.648 adalah kuat.

Jadual 7.2

Paired Samples StatisticsMean N Std.

DeviationStd. Error

Mean Pair 1 ujian

pretest49.0833 60 8.6226 1.1132

ujian pasca

59.6000 60 12.6695 1.6356

Paired Samples CorrelationsN Correlation Sig.

Pair 1 ujian pretest &

ujian pasca

60 .648 .000

Paired Samples TestPaired

Differencest df Sig. (2-

tailed)Mean Std.

DeviationStd. Error

Mean95%

Confidence Interval of the

DifferenceLower Upper

Pair 1 ujian pretest - ujian pasca

-10.5167 9.6629 1.2475 -13.0129 -8.0205 -8.430 59 .000

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

14

Page 15: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

Jadual 7.2: Peningkatan Pencapaian Akademik di antara kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan

Reportkumpulan ujian

pretestujian

pasca kawalan Mean 49.0000 52.2000

N 30 30Std.

Deviation10.1132 9.9287

Eksperimen

Mean 49.1667 67.0000

N 30 30Std.

Deviation6.9979 10.7093

Total Mean 49.0833 59.6000N 60 60

Std. Deviation

8.6226 12.6695

Kumpulan Min (SP)

Ujian Pretest Ujian Pasca

Peningkatan Skor /

DF

Perbezaan skor

Kawalan

(N=30)

Eksperimen

(N=30)

49 52.2

49.17 67

2.8

17.83

=15.03

H0 : Md = 0

HA : Md = 0

Sumery data

Ud = 0 Sd = 12.66

D = 2.8 n = 60

t = d – ud df = 60 – 1 = 59

n

= 2.8 – 0 t = 0.05

12.66 2

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

15

Page 16: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

60 = 0.025

= 2.8

1.63

= 1.71

5. Perbincangan

a) Interpretasi temuan

Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pengajaran dengan multimedia interakif

memberi kesan terhadap pencapaian pelajar kerana sistem multimedia berasaskan

komputer bukan sahaja membenarkan integrasi berbagai jenis maklumat pada komputer,

malah pencapaian maklumat yang bersesuaian mudah dilaksanakan melalui perhubungan

maklumat. Dapatan juga sejajar dengan pendapat Fisher (1994) iaitu melalui multimedia

interaktif satu konsep yang lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran tradisi

ialah membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dipanggil pembelajaran terbuka.

Kebaikan menggunakan multimedia dalam pembelajaran ialah

1. Dokumen dalam perisian multimedia menuntut kepada interaksi pengguna.

2. Kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik.

3. Dokumen dapat digunakan dan dikolerasikan dengan mana-mana applikasi

dalam komputer.

Peningkatan pencapaian pada ujian pasca oleh kumpulan eksperimen % telah

menunjukkan pengajaran multimedia interaktif memberi keseronokan kepada pelajar dan

memudahkan proses pemahaman. Johnston (1990) mengatakan bahawa penggabungan

pelbagai media seperti teks, data, imej , grafik, animasi dapat memberi kesan positif

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

16

Page 17: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

kepada pelajar. Rumusan dari kenyataan ini menguatkan bahawa multimedia merupakan

elemen yang sangat sesuai dalam pembelajaran pendidikan seni kerana keseluruhan

media merangkum dalam perisian multimedia.

Hasil dapatan kajian dalam peningkatan pencapaian akedamik turut menyokong

kajian yang dilakukan oleh Cox (1997) mengenai penggunaan multimedia dikalangan

pelajar-pelajar, didapati dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa 50 peratus

menyatakan teknologi multimedia telah menjadikan sesuatu subjek itu penting. 75

peratus pelajar mengatakan multimedia telah membantu meningkatkan minat mereka

belajar dan 50 peratus mengatakan multimedia telah membantu mereka memahami lebih

baik dalam pelbagai mata pelajaran yang mereka pelajari.

b) Implikasi

1. Pembelajaran interaktif multimedia menjadikan proses pembelajaran dan

pengajaran lebih hidup dan pelajar lebih tertarik serta berminat untuk belajar.

2. Pembelajaran konstrativisme dan aseks kendiri dapat dipupuk di kalangan pelajar.

Pelajar dapat belajar mengikut kadar kecepatan proses pembelajaran masing-masing di

samping dapat menjimatkan masa pembelajaran. Ini dapat di sokong oleh Alessi dan

Trollip (1991), pelajar dapat mengatasi masalah tanpa selalu berjumpa dengan guru.

3. Sejajar dengan Sandholtz (1997), penggunaan komputer dalam bilik darjah telah

berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Peranan guru sebagai fasilitator. Pelajar akan

kurang bergantung kepada orang lain setelah dapat menumpukan masa yang lebih pada

papan kekunci komputer.

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

17

Page 18: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

4. Keyakinan guru dalam menyampaikan pengajaran akan meningkat. Geisert dan

Futrell (1990) berpendapat komputer sebagai teman dalam mengendalikan pengajaran

dan ia dapat meningkatkan profesyen perguruan.

5. Sebagai tenaga mengajar yang inovatif, amatlah wajar bagi guru bersikap positif

dalam meneroka, mempelbagaikan dan mengubahsuai teknik dan kaedah penyampaian

pelajaran agar objektif pembelajaran tercapai sejajar dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

6. Menyediakan dan memperkenalkan satu penerokaan pengalaman pelajar, sikap

melaksanakan penyelidikan meningkat secara aktif seperti yang dinyatakan dalam

objektif ke-2 dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual.

7. Pelajar yang mengamalkan pembelajaran kendiri berpandukan multimedia akan

memperkembangkan minda yang kreatif dan kritis.

8. Kaedah interaksi pelajar dan bahan adalah lebih berkesan dan lebih sistematik,

kerana pengajaran merupakan bentuk komunikasi dua hala. Bukti kenyataan ini

diperjelaskan oleh Romiszowski (1988) yang menyatakan bahawa pembelajaran akan

menjadi lebih berkesan sekiranya pelajar menerima maklum balas segera apabila

memberi respon kepada sesuatu soalan.

9. Multimedia interaktif yang dibangunkan seharusnya ‘mesra pengguna’ dan

penyusunan grafik yang sistematik serta memberi motivasi kepada pelajar.

6. Rumusan

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi. Refomasi pendidikan

dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam system

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

18

Page 19: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

pendidikan di samping untuk memenuhi keperluan-keperluan semasa dan kehendak masa

depan. Masyarakat bermaklumat (information society) merupakan sebuah pasca-

perindustrian yang berpaksikan ilmu bagi tujuan pengawalan social serta pencetusan

inovasi dan perubahan. Interaktif membenarkan perbezaan yang ketara kepada

keberkesanan, kecekapan dan kejayaan sesuatu proses yang dijanakan menerusi

multimedia. Multimedia interaktif jelas sebagai program pengajaran yang melibatkan

pelbagai sumber yang dihubungkan dengan pengajaran melalui komputer dalam satu

sistem. Dengan adanya multimedia intraktif, seseorang pengguna boleh berinteraksi

secara fizikal dan mental dengan media, seterusnya pencapaian akedemik mata pelajaran

pendidikan seni visual turut meningkat.

Kajian ini merupakan kajian rintis yang masih perlu kajian lanjutan untuk

menyokong dan mengkaji dengan terperinci agar dapat diketengahkan sebagai satu

dapatan yang kukuh dan memberi maaf dalam mencapai impian Kementerian Pendidikan

menjadikan pendidikan “Bertaraf Dunia”.

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

19

Page 20: KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA INTERATIF KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM KAJIAN RINTIS Author

Rujukan

Chris Merrill, Intergrated Technology, Mathematics, and Science Education: A Quasi- Experiment. Illinois State University: Journal of Industrial Teacher Education.

Dade, C.J. (1993). The Future of Multimedia: Bridging to Virtual Worlds. Dalam Gayeski, D. M (1993), Multimedia For Learning. M.s 113-130. Englewood Cliffs, N. Jersey: Education Technology Publication.

Fisher, S. (1994). Multimedia Authoring Building And Developing Document. London: AP Professional

Gary W. Moore (1983). Developing and Evaluating Educational Research. Toronto: Little, Brown and Company.

Hassan Mohd Ghazali. (2000). Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan P&P Menuju Alaf Baru.Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. UPSI.

Heinch. R., Molenda. M. Rusgell, J.D. Snaldino. (1996). Instructional Media And Technologies For Learning. New Jerney: Pretice Hall.

Jamaludin Mohaiadin. (1996). Interaktiviti dalam rekabentuk Multimedia, Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan IX, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

Kurt Y. Michael, The Effect of a Computer Simulation Activity versus a hands-on Activity on Product Creativity in tecnology Education. Journal of Industrial Teacher Education.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1983). Education Research An Introduction. New York & London: Longman.

William L. Havice, A Comparison of College Students’ Achievement Following Traditional and Intergrated Media Presentations. Clemson University: Journal of Industrial Teacher Education.

Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR

20