Upload
hadiep
View
282
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1
DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH DI MALAYSIA DI SELANGOR DARUL EHSAN
KES JENAYAH ( RAYUAN ) NO: 10000-103-0002- 2011
ANTARA
MOHD ASRI BIN ZAINAL ABIDIN ...PEMOHON
DAN
KETUA PENDAKWA SYARIE SELANGOR ...RESPONDEN
Di hadapan:-
Y.A.A Tan Sri Ibrahim Lembut-Pengerusi
Y.A Datuk Aidi bin Moktar-panel
Y.A Dato’ Md Yusop bin Che Teh-panel
Pada : 03/07/2012 bersamaan 3 Sa’aban 1433 H
PGP : Puan Kamar Ainiah binti Kamaruzaman dari Tetuan Kamar
Ainiah, Raziff & Zashidi
Responden : Tuan Mohd Shukor bin Hamid, Ketua Pendakwa Syarie
2
ALASAN PENGHAKIMAN
[1] Perayu ( Mohd Asri ) dalam kes ini telah merayu terhadap
keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ( Rayuan ) Selangor
dalam Kes Jenayah ( Semakan ) No: 10400-103-0009-2009. Dalam kes
Semakan ini, Mahkamah Tinggi Syariah pada 28/04/2010 telah
membuat keputusan seperti berikut:-
i] Setelah meneliti Permohonan yang difailkan oleh Pemohon (
Ketua Pendakwa Syarie ) dan menimbangkan hujah penghujahan
kedua-dua pihak, saya berpuashati bahawa Permohonan Pemohon
berasas dan saya memutuskan Permohonan Pindahan kes dari
Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah yang
dipohon oleh Ketua Pendakwa Syarie dibenarkan.
ii] Dengan itu, keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur pada 18/11/2009 dibatalkan.
Fakta kes
[2] Perayu dalam kes ini telah dipertuduhkan oleh pihak Pendakwa
Syarie JAIS atas kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah di
bawah seksyen seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (
3
Negeri Selangor) 2003 ( EPAIS ). Pertuduhan tersebut telah difailkan di
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
[2] Pada 12/11/2009, Ketua Pendakwa Syarie telah memfailkan satu
satu Permohonan di hadapan Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi
Syariah di Shah Alam berdasarkan seksyen 101 Enakmen Tatacara
Jenayah Negeri Selangor ( ETJS ). Permohonan tersebut dibuat atas
alasan kes jenayah ke atas Perayu melibatkan pemakaian undang-undang
dan prosedur yang memerlukan kepada pandangan dan tafsiran dari
Hakim yang lebih berpengalaman serta kes tersebut mendapat liputan
meluas media masa kerana melibatkan Perayu yang mempunyai
pengaruh. Permohonan tersebut telah dibantah oleh pihak Perayu.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah setelah mendengar hujah dari kedua-
dua belah pihak telah membuat keputusan pada 18/11/2009 dengan
menolak permohonan pemindahan tersebut atas alasan permohonan
tersebut tidak munasabah dan tidak melibatkan isu kepentingan awam.
[3] Pihak Responden ( Ketua Pendakwa Syarie ) telah tidak
berpuashati dengan keputusan Tuan Hakim tersebut dan telah
memfailkan Semakan ke Mahkamah Tinggi Syariah. Alasan
permohonan semakan tersebut adalah bahawa pada pendapat Ketua
4
Pendakwa Syarie mengikut seksyen 101 Enekmen Tatacara Jenayah
Syariah, Ketua Pendakwa Syarie boleh memohon pemindahan kes tanpa
perlu memberikan apa-apa sebab dan alasan dan Tuan Hakim tidak
mempunyai kuasa budibicara dalam hal ini.
[4] Walaupun kes tersebut disemak tetapi Y.A Hakim Bicara telah
membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah dari kedua-dua
belah pihak.
[5] Pada 28/04/2010, Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah
membuat keputusan mengenepikan keputusan Mahkamah Rendah
Syariah dan membenarkan kes jenayah tersebut di pindah ke Mahkamah
Tinggi Syariah.
[6] Perayu telah tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah
Tinggi Syariah dan telah memohon kebenaran dari Mahkamah Rayuan
Syariah untuk merayu terhadapa keputusan Y.A Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah tersebut. Kebenaran untuk merayu telah diberikan oleh
Mahkamah Rayuan Syariah pada 28/12/2010.
5
[7] Berdasarkan kebenaran tersebut, Perayu pada 07/01/2012 telah
memfailkan Notis Rayuan untuk merayu keseluruhan keputusan Y.A
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dibuat pada 28/04/2011.
Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah:-
[8] Dalam rayuan di hadapan kami ini, Perayu telah mengemukakan 8
alasan rayuan, iaitu:-
i] Y.A Hakim telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa
Ketuan Pendakwa Syarie ( selepas ini dirujuk KPS ) mempunyai
kuasa mutlak dalam menentukan tempat perbicaraan kesemua kes
jenayah.
ii] Y.A Hakim telah terkhilaf apabila membuat keputusan
berlawanan dengan seksyen 7 (a) ETJS yang memperuntukkan
bidang kuasa Hakim jenayah untuk mendengar, membicarakan,
memutuskan dan membereskan pendakwaan kesalahan dalam
bidangkuasa tempatannya.
iii] Y.A Hakim telaf terkhilaf dalam mentafsirkan seksyen 101
ETJS sebagai mandatori bagi Hakim Mahkamah Rendah Syariah
6
menerima apa jua permohonan KPS memindahkan kes daripada
Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah.
iv] YA Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memutuskan
bahawa KPS tidak perlu memberikan sebarang alasan untuk
memindahkan kes Jenayah ke Mahkamah Tinggi Syariah.
v] YA Hakim telah terkhilaf apabila meletakkan kuasa yang
tidak terbatas ditangan KPS untuk memindahkan kes Jenayah ke
Mahkamah Tinggi Syariah.
vi] YA Hakim telah gagal menimbangkan bahawa dengan
memindahkan perbicaran hak Perayu untuk merayu telah
dikurangkan satu tahap dan ketidak adilan telah berlaku kepada
Perayu.
vii] YA Hakim telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira
bahawa permohonan pemindahan kes Perayu oleh KPS daripada
Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi Syariah adalah atas
sebab individu dan bukannya untuk kepentingan awam.
7
viii] Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah
berlawanan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang
melindungi hak Perayu untuk dilayan secara sama rata serta hak
Perayu untuk tidak didiskriminasikan.
[9] Kami berpendapat Alasan Rayuan 1 hingga 5 dan 7 menjurus
kepada 2 isu sahaja, iaitu:-
i] Sama ada satu menjadi keperluan ke atas Ketua Pendakwa
Syarie untuk mengemukakan sebab/alasan pemindahan kes
apabila memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Ii] Jika ia menjadi satu keperluan, adakah Responden telah
memberikan sebab/alasan yang kukuh dalam permohonannya
untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah
[10] Manakala Alasan Rayuan ke 6 dan 8 pada pendapat kami tidak
memerlukan kami membuat keputusan kerana kerana apa-apa keputusan
kami terhadap isu utama tersebut secara otomatik menjawab alasan ke 6
dan 8 Perayu.
8
ISU PERTAMA: Sama ada menajdi satu keperluan ke atas Ketua
Pendakwa Syarie untuk mengemukakan sebab/alasan pemindahan
kes apabila memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Syariah.
[11] Isu ini adalah berkaitan dengan tafsiran peruntukkan seksyen 101
Enekmen Tatacara Jenayah Syariah yang menetapkan seperti berikut:-
“Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang Hakim
Mahkamah Rendah Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-
mana peringkat prosiding itu bahawa kerana apa-apa sebab maka
kes itu ialah suatu kes yang, pada pendapat Hakim itu, patut
dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum
atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua
Pendakwa Syarie, maka Hakim itu hendaklah menggantung
prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi
Syariah dan hendaklah merekodkan perintah itu pada rekod
prosiding itu.
[12] Dalam kes Semakan di Mahkamah Tinggi Syariah isu pentafsiran
ini telah ditimbulkan. Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah
memutuskan isu tersebut sebagaimana berikut ( Rekod Rayuan m.s 197
):-
9
“ Saya berpendapat perkataan “ hendaklah” perlu ditafsirkan
dengan makna mandatori dan tidak memerlukan apa-apa alasan
bagi permohonan permindahan kes yang dibuat oleh Ketua
Pendakwa Syarie. Iaitu Hakim hendaklah mengantung dan
memindahkan kes itu. Saya berpendapat perlunya apa-apa sebab
untuk memindahkan kes adalah diperlukan apabila pindahan
dibuat dalam keadaan yang pertama iatu atas kehendak Hakim
Mahkamah Rendah Syariah.”
[13] Secara ringkasnya Perayu berhujah bahawa Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dalam pentafsiran tersebut kerana
dengan pentafsiran tersebut telah membataskan kuasa Hakim yang
diperuntukkan di bawah seksyen 62 ( 2 ) Enekmen Pentadbiran Agama
Islam dan seksyen 7 ( a ) Enekmen Tatacara Jenayah Syariah yang juga
boleh ditafsirkan sebagai peruntukkan mandatori sebagaiamana berikut:-
Seksyen 62 ( 2 ) EPAIS: Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
–
( a ) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam.
Seksyen 7 ETJS : Tertakluk kepada Enekmen ini, tiap-tiap Hakim
hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk :
10
(a) Mendengar, membicarakan, memutuskan dan
membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan
keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa
tempatan hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh
Hakim itu.
[14] Perayu selanjutnya berhujah bahawa berdasarkan kedua-dua
peruntukkan tersebut yang menggunakan ayat hendaklah, maka ia
bererti mandatori bagi Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk
membicarakan mana-mana kesalahan di bawah bidangkuasa
tempatannya. Seksyen 101 Enekmen Tatacara Jenayah merupakan
pengecualian yang mana Perayu berhujah alasan pemindahan perlu
diberikan oleh Ketua Pendakwa Syarie. Jika tidak, maka ia berlawanan
dengan peruntukkan seksyen 62 ( 2 ) EPAIS dan seksyen 7 ( a ) ETJS
tersebut dan menjadikan Mahkamah Rendah Syariah sebagai rubber
stamp kepada keputusan pendakwa syarie untuk memindahkan kes.
[15] Manakala pihak Responden pula berhujah sama seperti alasan
penghakiman Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berhubung isu
pentafsiran seksyen 101, iaitu pihak Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu
memberikan alasan dalam permohonan pemindahan kes ke Mahkamah
Tinggi Syariah. Mandatori bagi Mahkamah Rendah Syariah
11
memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah apabila ia dimohon
oleh Ketua Pendakwa Syarie.
[16] Dalam memutuskan isu ini, kami berpendapat semua peruntukkan
harus diambil kira dan diberi penilaian dan pentafsiran yang sewajarnya.
Tidak tepat untuk mentafsirkan sama ada perlu atau tidak Ketua
Pendakwa Syarie memberikan sebab kepada permohonan pemindahan
kes ke Mahkamah Tinggi Syariah hanya semata-mata merujuk seksyen
101 ETJS sahaja tanpa mengambil kira peruntukkan lain. Dengan kata
lain peruntukkan seksyen 101 ETJS tidak boleh dibaca secara sendirian
dan ia perlu dibuat rujukan silang ( cross reference ) untuk memahami
maksud seksyen 101 tersebut.
[17] Kami berpendapat prinsip umumnya setiap kes jenayah hendaklah
dibicarakan di dalam bidangkuasa tempatan hakim di mana sesuatu
kesalahan dikatakan telah dilakukan. Kuasa kehakiman untuk
Mahkamah Rendah Syariah membicarakan kes jenayah yang berlaku di
dalam bidangkuasa tempatan diberikan oleh seksyen 7 ( a ) ETJS.
Seksyen tersebut memperuntukkan seperti berikut:-
s. 7- Tertakluk kepada Enekmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah
mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk :
12
(a) Mendengar, membicarakan, memutuskan dan
membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang
dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di
dalam bidang kuasa tempatan hakim itu dan yang
boleh diambil perhatian oleh Hakim itu.
[18] Sama juga dengan peruntukkan seksyen 67 Enekmen Tatacara
Jenayah Syariah yang menetapkan seperti yang berikut:-
67. Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan
oleh Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatannya
kesalahan itu telah dilakukan.
[19] Berdasarkan kedua-dua peruntukkan ini dan secara khususnya
seksyen 67 ETJS ini, ia bukan sahaja menentukan bidangkuasa hakim
untuk membicarakan kes jenayah yang berlaku di dalam wilayahnya,
bahkan memberi hak kepada tertuduh untuk dibicarakan di tempat
kesalahan yang dilakukan.
[20] Ini adalah prinsip asas dalam penentuan bidangkuasa tempat
perbicaraan dan ia menepati prinsip penentuan bidangkuasa tempatan
seseorang Hakim yang dibincangkan oleh fuqaha. Umpamanya Imam al-
13
Mawardi dalam Al-Ahkam al-Sulthaniyyah m.s 72-73 menyatakan
seperti berikut:-
و أ یھ ب ان ج د ح ي أ ف م ك ح ی ل د ل ب ال یع م د ج ل ق و ل و م ك ح ال ھ ل از ج ه دور ن م ي دار ف و ھ أ ن م ة ل ح ي م ف
، ھ ت ی ال و وم م ع ع م ھ وس ل ج ع اض و ي م ف یھ ل ع ر ج ح ال ن ك یم ھ ال ن ھ أل ن م ع ض و م ي كل ف
Terjemahan: “ Dan sekiranya seseorang qadhi dilantik bagi
seluruh negeri ( tetapi ) dibataskan memutuskan pertikaian dalam
salah satu daerah atau dalam suatu tempat di negeri berkenaan
atau di salah satu rumah dari rumah-rumah negeri berkenaan,
maka harus baginya memutuskan pertikaian bagi setiap tempat
dalam negeri berkenaan kerana tidak mungkin dibataskan
kuasanya pada sesuatu tempat sedangkan perlantikannya umum
bagi seluruh negeri.”
[21] Oleh yang demikian, kedua-dua seksyen ini hendaklah diambil
kira dan diberi perhatian dalam membuat pentafsiran sama ada Ketua
Pendakwa Syarie perlu memberikan sebab kepada permohonannya
untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah. Seksyen 101 ini
tidak boleh dibaca secara bersendirian. Ia perlu dibaca bersama dengan
seksyen 7 ( a ) ETJS dan seksyen 67 ETJS tersebut supaya apa-apa
tafsiran yang dibuat menepati roh dan semangat undang-undang dan
14
prinsip yang terdapat di dalam Hukum Syara’.
[22] Kami berpendapat apabila tempat perbicaraan telah ditetapkan oleh
Enekmen Pentadbiran Agama Islam, iaitu di Mahkamah yang
berbidangkuasa yang dalamnya kesalahan telah dilakukan, maka Ketua
Pendakwa Syarie tidak mempunyai hak untuk membicarakannya di
Mahkamah lain. Seksyen 101 ETJS itu hanya merupakan suatu
peruntukkan pengecualian kepada prinsip umum ini. Apabila ia
merupakan kes pengecualian, maka ia hanya boleh dibenarkan
dibicarakan di tempat lain dengan bersebab. Tidak ada kaedah yang
membolehkan prinsip umum tidak dipakai melainkan ada sebab dan
alasan. Jika ditafsirkan seksyen 101 bahawa Ketua Pendakwa Syarie
tidak perlu memberikan sebab untuk pemindahan, maka ia bermaksud
Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa untuk menentukan tempat
perbicaraan sesuatu kesalahan. Tafsiran ini ternyata menyalahi
peruntukkan seksyen 7 ( a ) ETJS dan seksyen 67 ETJS yang
menetapkan tempat perbicaraan adalah mengikut bidangkuasa tempatan
Mahkamah dan berlawanan juga dengan kaedah pengecualian
pemakaian kepada sesuatu prinsip umum yang mesti beralasan.
[23] Jika diperhalusi peruntukkan seksyen 101 ETJS yang menetapkan
mahkamah rendah hendaklah memindahkan sesuatu kes jenayah ke
Mahkamah Tinggi Syariah apabila di pohon oleh Ketua Pendakwa
15
Syarie, maka dapat disimpulkan bahawa Ketua Pendakwa Syarie tidak
ada kuasa untuk menentukan tempat perbicaraan. Sebaliknya Ketua
Pendakwa Syarie perlu membuat permohonan pemindahan kepada
Hakim Mahkamah Rendah yang berbidangkuasa jika beliau berhasrat
untuk memindahkan kes. Adakah munasabah hakim berkenaan bersetuju
untuk mengenepikan kuasanya hanya semata-mata atas permohonan
tersebut tanpa apa-apa sebab diberikan oleh Ketua Pendakwa Syarie.
Jawapannya adalah ia tidak munasabah dan tidak menepati roh dan
semangat undang-undang.
[24] Pihak Responden berhujah bahawa peruntukkan seksyen 101 ETJS
sama seperti peruntukkan seksyen 177 Kanun Acara Jenayah Mahkamah
Sivil di mana beliau merujuk kepada suatu keputusan Mahkamah Sivil
dalam kes Raja Petra lwn. Pendakwaraya ( kes tidak dilaporkan ) yang
mana Pesuruhjaya Kehakiman Hj. Zainal Azman b. Ab. Aziz
memberikan pendapatnya mengenai peruntukkan seksyen 177
sebagaimana berikut:-
“Walaupun peruntukkan tidak menggariskan keadaan/prasyarat
yang membolehkan pihak pendakwa memohon sesuatu kes itu
dipindahkan ke “higher court” tetapi struktur ayatnya jelas
bahawa bilamana permintaan dibuat oleh Pendakwa Raya, maka
16
Majistret itu hendaklah memberhentikan perbicaraan itu dan
menukarkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi.”
[25] Kes Raja Petra ini juga dirujuk dan disandarkan oleh Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi Syariagh dalam mentafsirkan seksyen 101 ETJS
sebagaimana yang telah kami sebutkan tafsirannya terdahulu dari ini (
Rekod Rayuan m.s 196 ).
[26] Kami berpendapat tafsiran secara harfiah yang dibuat di dalam Kes
Raja Petra tersebut tidak sesuai dengan prinsip dan roh semangat
Enekmen Syariah kerana seksyen 101 sebagaimana yang kami ulas perlu
dibaca bersama seksyen 7 ( a ) ETJS dan seksyen 67 ETJS.
[27] Oleh yang demikian, kami seterusnya berpendapat Ketua
Pendakwa Syarie perlu memberikan sebab dalam permohonannya
kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk
memindahkan kes jenayah No. 10007-137-0108-2009 ke Mahkamah
Tinggi Syariah.
ISU KEDUA: Adakah Ketua Pendakwa Syarie telah memberikan
sebab/alasan yang kukuh untuk kes dipindahkan ke Mahkamah
Tinggi Syariah.
17
[27] Isu ini berkaitan dengan Alasan Rayuan ke 7 Perayu.
[28] Dalam permohonan pemindahan kes jenayah ini ke Mahkamah
Tinggi Syariah, Responden telah memberikan 2 sebab kepada Y.A
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, iaitu:-
i] Bahawa kes ini melibatkan pemakaian undang-undang dan
prosedur yang memerlukan kepada pandangan dan tafsiran
yang tepat dari YA Hakim yang lebih berpengalaman.
ii] Bahawa kes ini mendapat liputan meluas media massa
seluruh Negara melibatkan tertuduh yang mempunyai
pengaruh.
[29] Secara ringkasnya, Hakim MRSGT telah menolak alasan yang
dikemukakan ini, kerana ia tidak mempunyai asas yang kukuh untuk
dipindahkan. Berhubung alasan yang pertama Tuan Hakim berpendapat
kes mengajar agama tanpa tauliah adalah kes biasa dan telahpun banyak
kes-kes sebegini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah. Manakala bagi
alasan yang kedua beliau mengulas bahawa dalam semua kes jenayah
pendakwaan hendaklah konsisten terhadap kes dan bukannya merujuk
kepada individu.. ( Rekod Rayuan m.s 33 dan 35 )
18
[30] Manakala Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan
alasan permohonan pemindahan oleh Ketua Pendakwa Syarie adalah
berasas. ( Rekod Rayuan m.s 203)
[31] Perayu berhujah bahawa Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
terkhilaf apabila gagal mengambil kira bahawa permohonan pemindahan
kes Perayu oleh Ketua Pendakwa Syari dari Mahkamah Rendah Syariah
ke Mahkamah Tinggi Syariah atas sebab individu dan bukannya untuk
kepentingan awam. Ketua Pendakwa Syarie telah mempersoalkan
kemampuan dan kebijaksanaan dan kredibiliti Tuan Hakim Mahkamah
Rendah Syariah dengan permohonan pemindahan tersebut.
[32] Manakala Responden pula berhujah bahawa Perayu gagal
membuktikan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dalam hal
membenarkan permohonan pemindahan kes ini atas sebab individu di
mana perkara ini tidak wujud.
[33] Setelah kami menyemak alasan penghakiman Y.A Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah, kami dapati Y.A Hakim tidak ada
memberikan ulasan dan komentar terhadap pendapat Tuan Hakim
Mahkamah Rendah Syariah bahawa kes mengajar agama tanpa tauliah
adalah kes biasa yang telah banyak dibicarakan di Mahkamah Syariah
dan bahawa Perayu perlu dilayan secara adil berdasarkan kes yang
19
dihadapinya dan berdasarkan kedudukan individu dalam masyarakat.
Kegagalan Y.A Hakim membuat komentar menyebabkan pada pendapat
kami, Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah gagal mematahkan
hujah/alasan penolakan oleh Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
yang pada pendapat kami merupakan alasan yang kuat.
[34] Akhir sekali kami simpulkan bahawa Responden gagal untuk
mengemukakan alasan yang kukuh dalam permohonannya di Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur untuk memindahkan Kes Jenayah No.
10007-137-0108-2009 ke Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Tinggi
Syariah terkhilaf apabila memutuskan permohonan pemindahan tersebut
berasas.
KEPUTUSAN
SETELAH Kami meneliti Alasan Rayuan, Rekod-Rekod Rayuan dan
setelah mendengar dan meneliti hujah-hujah kedua-dua belah pihak,
MAKA kami sebulat suara memutuskan bahawa :-
1. Rayuan Perayu diterima;
2. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 28/04/2010 yang
membenarkan pemindahan Kes Jenayah No. 10007-138-0108-2009
ke Mahkamah Tinggi Syariah, DIKETEPIKAN;
20
3. Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada
18/11/2009 yang menolak permohonan pemindahan kes oleh Ketua
Pendakwa Syarie ( Responden ) DIKEKAL DAN
DIPERKUKUHKAN.
Penghakiman ini diberikan oleh :-
………………………………………………………..
1. YAA. TAN SRI HAJI IBRAHIM BIN LEMBUT
Pengerusi
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Negeri Selangor
Dipersetujui oleh :-
…………………………………………………………
2. Y.A DATO’ MD. YUSUP BIN CHE TEH
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Negeri Selangor
Dipersetujui oleh :-