7
1. Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat. 2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh. 3. Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara. 4. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

khemah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sdfs

Citation preview

Page 1: khemah

1. Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Page 2: khemah

Teknik Memilih Tapak Perkhemahan

1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas,

parking kereta dan lain-lain.

 

Awas!Elakkan Dari Tempat Berikut 

1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)

2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga

contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar).

dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan

khemah)

6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)

7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)

8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-

gatal), juga pokok yang berduri.

9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

Page 3: khemah

10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan

dan juga akan menakutkan haiwan)

11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

 

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa

dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat

berlindungan itu.

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari

canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan

oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh

memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan

dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang

ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang

berbeza :

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai

digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran

udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh

ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam

khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi

keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di

tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih

memanaskan.

Page 4: khemah

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan

menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi

penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan

khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir

pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini

berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman

akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak

menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan

akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip

mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi

Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk

mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak,

dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja

penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan

oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah

berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering

mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar

petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan

Page 5: khemah

atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi

untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput

dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari

sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan

angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di

buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan

ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat

sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah.

Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan.

Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang

lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan

berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik.

Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di

dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.