7
Kritik sistem pendidikan di Malaysia berbanding dengan Negara lain , dari segi sistem pendidikan, centralisation Vs Decentralization, struktur hirarki berbentuk pyramid, empowermrnt, dan lantikan pengetua/ guru besar dan pengurusan sekolah , liberation, dan globalization dan dll, yang menjadi dasar pendidikan . Lantikan Guru Besar di Malaysia Dalam Inisiatif Piagam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan syarat baharu pemilihan Pengetua/Guru Besar. Anjakan 5 dalam memastikan setiap sekolah tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai PGB yang berkualiti tinggi untuk menyediakan kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara menyeluruh. Mesyuarat LKPPP bil 6/2013 Yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN telah mengemukan syarat baharu bagi pemilihan PGB berasaskan kompetensi telah dirangka supaya dapat memperkukuhkan proses perancangan pengantian PGB. Jadual di bawah merupakan syarat umum dan khusus syarat baharu PGB : Syarat Umum Syarat Khusus a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29); (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (c) bebas daripada tindakan tatatertib; (d) telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun); (e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi (a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B)); (b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu : - Pengetua: BidangUmum/Teknikal/ Pendidikan Islam - GuruBesar:Bidang Umum/ Cina / Tamil; (c) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan

Kho

  • Upload
    ivy-bee

  • View
    307

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

just reading

Citation preview

Page 1: Kho

Kritik sistem pendidikan di Malaysia berbanding dengan Negara lain , dari segi sistem pendidikan, centralisation Vs Decentralization, struktur hirarki berbentuk pyramid, empowermrnt, dan lantikan pengetua/ guru besar dan pengurusan sekolah , liberation, dan globalization dan dll, yang menjadi dasar pendidikan .

Lantikan Guru Besar di Malaysia

Dalam Inisiatif Piagam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan syarat baharu pemilihan Pengetua/Guru Besar. Anjakan 5 dalam memastikan setiap sekolah tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai PGB yang berkualiti tinggi untuk menyediakan kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara menyeluruh. Mesyuarat LKPPP bil 6/2013 Yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN telah mengemukan syarat baharu bagi pemilihan PGB berasaskan kompetensi telah dirangka supaya dapat memperkukuhkan proses perancangan pengantian PGB.

Jadual di bawah merupakan syarat umum dan khusus syarat baharu PGB :

Syarat Umum Syarat Khususa) disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29);

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini

(c) bebas daripada tindakan tatatertib;

(d) telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun);

(e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

(f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

(g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.

(a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B)); (b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu : -Pengetua: BidangUmum/Teknikal/ Pendidikan Islam -GuruBesar:Bidang Umum/ Cina / Tamil; (c) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH); (d) mempunyai pengalaman sekurangkurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM; (e) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan (f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9,

Page 2: Kho

Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).

Pentaksiran bagi pemilihan PGB di bawah syarat baharu melibatkan tiga kaedah pentaksiran (Rajah 3). Tiga (3) kaedah tersebut ialah Portfolio, Perbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT) dan Temu duga Berstruktur (TDB) untuk menaksir kompetensi teras pemimpin sekolah berdasarkan kerangka, instrumen dan prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan. Calon perlu menyediakan Portfolio terlebih dahulu untuk dibawa bersama semasa pentaksiran. Portfolio yang disediakan hendaklah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

Rajah 3: Kaedah Pentaksiran bagi Pemilihan PGB di bawah Syarat Baharu

a. Portfolio Portfolio mengandungi dua (2) perkara iaitu:

i. Borang Maklumat Peribadi untuk mendapatkan butiran peribadi calon seperti Lampiran B.

ii. Portfolio iaitu dokumentasi yang menghuraikan sumbangan calon mengenai projek/inovasi/program penambahbaikan dalam organisasi. Kedua-dua perkara ini akan diserahkan bersama pada hari pentaksiran dilaksanakan.

1. Portfolio

Portfolio ialah dokumentasi bertulis berasaskan pengalaman dan bukti pelaksanaan projek/inovasi/program penambahbaikan bagi menaksir kompetensi dan prestasi calon dalam mengurus dan memimpin organisasi/sekolah.

2. Perbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT)

PBTT ialah kaedah menaksir kemahiran berkomunikasi dan membuat strategi seseorang calon berasaskan perbincangan terhadap situasi/stimulus yang diberikan.

3.Temuduga Berstruktur (TDB)

TDB adalah temu duga menggunakan satu set soalan piawai bersifat terbuka yang ditanya secara bersemuka kepada semua calon bagi menaksir kompetensi dan prestasi calon melalui tindakan dan pencapaian yang telah dilaksanakan.

Pengurusan Guru Besar :

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS

1.1 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara.

1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan sebagainya.

1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar.1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk

perancangan dan tindakan susulan.1.5 Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau

perbincangan dengan guru / JKS / PMP.

Page 3: Kho

1.6 Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa.

1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan

kepada guru dan pelajar.1.9 Mengajar sebilangan waktu.

2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID

2.1 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.

2.2 Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai keberkesanannya.

3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)

3.1 MURID-MURID

3.1.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.3.1.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.3.1.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.3.1.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang

layak dan tidak layak.3.1.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata

pelajaran yang akan diambil oleh murid.3.1.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud

tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid.3.1.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.3.1.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

3.2 PENGURUSAN PERSONEL

3.2.1 Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.

3.2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.

3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

3.2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya.3.2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.

3.3 KEWANGAN

3.3.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.

3.3.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit.

3.3.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.3.3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran

perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL

3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.

3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.3.4.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.

Page 4: Kho

3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan.

3.4.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.3.4.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)

4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.

4.2 Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences’ murid.

4.3 Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.4.4 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

5.1 Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.

5.2 Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan.

5.3 Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

Standard Kompetensi Kepengetuaan

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, Council of Chief State School Officers (CCSSO) telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996 yang mengandungi perkara asas berkaitan pengetahuan, kecenderungan bertindak dan pencapaian, yang akan membantu mewujudkan sekolah yang produktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996). Standard ini dibina daripada kajian dan perbincangan personel daripada 24 buah negeri yang disesuaikan dengan kurikulum kursus pemimpin pendidikan yang dikeluarkan oleh National Council of the Accreditation of Teacher Education (NCATE). Terdapat enam standard yang dikemukakan oleh CCSSO yang menyatakan bahawa:

i.                    Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan membantu pembangunan, kejelasan, pelaksanaan dan sebagai orang bertanggungjawab terhadap visi pembelajaran agar dikongsi bersama dan disokong oleh komuniti sekolah

ii.                  Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan mempelopori, mengasuh dan mempertahankan budaya sekolah dan program instruksional yang mempengaruhi pembelajaran murid dan pertumbuhan profesional

iii.                Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan memastikan pengurusan organisasi, operasi dan sumber-sumber bagi keselamatan, kecekapan dan keberkesanan persekitaran pembelajaran.

iv.                Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan membuat kolaborasi dengan fakulti (universiti) dan ahli-ahli komuniti, bertindak balas terhadap minat dan keperluan komuniti yang pelbagai dan menggerakkan sumber-sumber komuniti

Page 5: Kho

v.                  Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid yang berfungsi dengan integriti, adil dan beretika.

vi.                Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan pemahaman, bertindak balas dan mempengaruhi politik, sosial, ekonomi, perundangan dan budaya.

England :

Di England pula, Deparment for Education and Skills (DfES) telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah yang terdiri daripada enam bidang utama. Bidang-bidang ini adalah membentuk masa depan, memimpin pengajaran dan pembelajaran, membangunkan kendiri dan bekerja dengan orang lain, mengurus organisasi, menjamin akauntabiliti dan memperkasakan komuniti (DfES 2004b). Bagi setiap bidang, keperluan pengetahuan, kualiti profesional dan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan asas telah dikenal pasti.

Di Wales pula, standard kompetensi kepengetuaannya adalah sama seperti yang terdapat di England (The National Assembly of Wales 2004). Dan jika dilihat secara lebih dekat, standard kompetensi bagi Wales, Scotland dan Ireland Utara diiktiraf bagi kemasukan ke jawatan guru besar atau pengetua di England. Hal ini dapat menjelaskan kepada kita bahawa telah wujud penyeragaman secara tidak formal dan pengiktirafan daripada segi standard kompetensi kepengetuaan bagi negeri-negeri England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.

Page 6: Kho

Jadual 1: Syarat Baharu Pemilihan PGB Syarat Umum Syarat Khusus (