Kilo Bait

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kilobait tentang tmk

Citation preview

21, Kampung Selang, 36000 Teluk Intan , Perak Darul Ridzuan. 25 Oktober 2008 .

Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah dengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu . Saudara ,Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak tanggungjawab .Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajau dan banyak lagi .Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada saudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yang akan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana . Sekian, terima kasih .Yang ikhlas ,Linda Chin