Upload
nurilza-salleh
View
190
Download
33
Tags:
Embed Size (px)
Citation preview
PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE 6
TOPIC 15:
PAPER
We can reuse paper by recycling it. Make your own recycled paper. Create a useful item using the recycled paper you have made.
Go to the internet for suggestions on how to make recycled paper.
At the end of this activity, answer the following questions:
What have you learnt from this activity? Which part of the primary science curriculum teaches this particular
topic? Discuss how you can use this activity in your teaching and learning. What was the role of the teacher in this activity?
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan
barangan yang baru. Kitar semula dikatakan dapat mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran) dan pencemaran air
(dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Terdapat dua cara bagaimana untuk melaksanakan kitar semula ini. Langkah
pertama adalah dengan cara pemungutan sampah. Samapah – sampah yang
dibuang perlu diasingkan dengan sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak
boleh dikitar semula. Langkah yang kedua adalah dengan menghantar barangan
yang dikumpulkan untuk dikitar semula ke pusat kitar semula. Proses yang
seterusnya akan dijalankan oleh pihak – pihak tertentu.
Bahan boleh dikitar semula termasuk barangan dari jenis kaca, kertas, logam,
plastik, tekstil, dan elektronik. Walaupun mempunyai kesan, penghasilan kompos
atau kegunaan lain dari bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan
ini biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula sama
perlu dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih,
dan diproses semula menjadi bahan baru bagi proses pengilangan.
Soalan yang utama adalah, mengapakah kitar perlu melaksanakan kitar
semula ini ? Terdapat enam jawapan kepada persoalan ini. Yang pertama adalah
ialah untuk memperolehi persekitaran yang bersih dan sihat. Sampah akan
menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi
tumpuan kepada haiwan pembawa penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan mengawal penyakit daripada merebak.
Seterusnya ialah dapat mengurangkan pencemaran. Longgokan bahan
buangan merupakan salah satu punca pencemaran alam dalam iklim tropika.
Dengan amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran air di bawah tanah
dan udara. Yang ketiga ialah dapat menjimatkan kos. Dalam jangka masa panjang,
mengitar semula dapat menjimatkan kos berbanding usaha menyelenggara tapak
pelupusan sampah. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang
perlu dilupus akan berkurangan
Dalam pada itu ia juga menjimatkan sumber kita. Ramai yang tidak sedar
sebenarnya kita membuang sumber yang amat bernilai seperti kertas. Di samping itu
kita dapat menjimatkan tenaga seperti kaca dan tin aluminium yang mana dapat
menurunkan jumlah tenaga sebanyak 32 % bagi proses peleburannya. Yang
terakhir ialah dengan kitar semula kita dapat menyelamatkan hutan khususnya bagi
penghasilan kertas. Dengan mengitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan
pokok yang perlu ditebang kerana hutan merupakan paru – paru yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih kepada penghidupan kita.
BEKAS BAKUL TELUR DARI SURAT KHABAR LAMA
Langkah 1:
Untuk tapak bakul telur, 2 batang panjang penyedut minuman [1 batang menegak tindih 1 batang melintang] & 1 batang pendek.
Langkah 2:
Gamkan sedikit / tindih hujung batang yang pendek di antara simpang tu.
Langkah 3:
Angkat batang yang ditindih tadi.
Langkah 4:
Jatuhkan ke kanan / batang satu lagi.
Langkah 5:
Batang yang bawah tadi diangkat dan dijatuhkan ke batang yang di sebelahnya.Kemudian disilang-silangkan.
Langkah 6:
Akhirnya akan jadi seperti rajah di atas..Apabila batang – batanng penyedut menjadi pendek, teruskan menyambungnya dengan penyedut yang baru.
pandangan dari bawah
pandangan sisi
pandangan dari atas
Kemudian potong batang yang tidak diperlukan, tinggalkan 2 batang penyedut sahaja, untuk dijadikan tangkai (sambungkan antara 2 batang penyedut itu)
HASIL KITAR SEMULA DARI SURAT KHABAR LAMA
Siap sudah sebuah bakul bekas telur hasil kreativiti daripada bahan terbuang iaitu surat khabar lama.
HASIL KITAR SEMULA DARI
KERTAS SURAT KHABAR LAMA
A) Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti ini ?
Aktiviti ini telah memberi saya pengetahuan dan kemahiran baru tentang
penggunaan kertas surat khabar lama bagi menghasilkan bahan baru dan
mengurangkan bahan buangan yang sedia ada.
B ) Bahagian manakah topik ini dipelajari di dalam Kurikulun Sains Rendah ?
Tahun 6 3.
C )Bincangkan bagaimanakan anda boleh menggunakan aktiviti ini di dalam
pengajaran dan pembelajaran ?
Aktiviti merupakan aktiviti yang menarik. Guru boleh mengaplikasikan akitiviti
ini kepada kerja projek berkumpulan. Murid mendapat pengetahuan baru dan
dapat menggunakan kemahiran ini pada masa hadapan.
D) Apakah peranan guru di dalam aktiviti ini ?
Guru berperanan dalam memberi pengetahuan yang berguna ini kepada
murid. Murid boleh mengenal pasti jenis bahan kitar semula yang ada di
sekieliling mereka.Pengetahuan ini adalah sangat penting kepada mereka
dan generasi akan datang yang berada di bumi. Guru bertanggungjawab
sepenuhnya menyampaikan kepentingan kitar semula di dalam kehidupan
setiap orang.