11
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012 KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN 2012 ‘ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA ’ 1. NAMA PROGRAM Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Clifford, 33007 Kuala Kangsar, Perak. 2. TAJUK Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2012 3. PENDAHULUAN Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. PPKIBP SK Clifford menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid- murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti 1

K.kerjA Program Inklusif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k kerja

Citation preview

Page 1: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN 2012

‘ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA ’

1. NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

Sekolah Kebangsaan Clifford,

33007 Kuala Kangsar, Perak.

2. TAJUK

Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2012

3. PENDAHULUAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada

murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-

murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kelas ini adalah bertujuan

untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau

separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan

mereka. PPKIBP SK Clifford menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi

murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang

dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan

berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang

satu hari nanti

4. RASIONAL

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf

hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program

Inklusif akan dapat memastikan :

   i.            Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

   ii.            Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.

1

Page 2: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

   iii.            Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

   iv.            Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

   v.            Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

      vi.           Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

5. MATLAMAT

Menjadikan pelajar-pelajar berkeperluan khas sealiran dengan pelajar-pelajar normal di sekolah

biasa. Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak

Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-

kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada.

Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek

kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya,

mampu berdikari dan berkeyakinan.

6. OBJEKTIF

6.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah

bersama- sama pelajar normal.

6.2 Supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal

lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam

komuniti setempat.

6.3 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota

masyarakat yang menyumbang.

6.4 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

7. KUMPULAN SASARAN

Empat orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M

iaitu membaca,menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus

diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil

2

Page 3: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain

serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling

utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada

ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan

oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

8. JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP 2012

PENGERUSI

EN. ROSLAN BIN KECHIL

(GURU BESAR SK CLIFFORD)

NAIB PENGERUSI

PN. RUBITA BT MOHD ISA

(PENYELARAS PPKIBP)

SETIAUSAHA

PN. NORERMYLIA BT MOHAMED ASMUNI

(SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP)

BENDAHARI

PN NORHAINI BT ABDUL MAJID

(GURU MATEMATIK PPKIBP)

AJK

PN. HARLIZA BT HASSAN ( GURU BAHASA MELAYU & SAINS )

PN. HJH PUTERI KHURSIAH BT MANSOR ( GURU BAHASA INGGERIS )

EN. NOR AZAMAN BIN MOHAMED ( GURU MATEMATIK )

3

Page 4: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

CIK WAN RABIEATUL ADAWIAH BT MIOR OTHMAN (GURU MATEMATIK PPKIBP)

PN. NIK MASAAYU BTMOHAMAD (GURU PENDIDIKAN ISLAM PPKIBP)

9. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2012

AKTIVITI TUJUAN TINDAKAN CATATAN

Pengajaran dan

pembelajaran yang

berkesan oleh

guru-guru

sepanjang masa

Murid belajar dan guru

mengajar/membimbing

Semua guru

pendidikan khas dan

jawatankuasa program

inklusif.

April -

November

Kelas tambahan

dan bimbingan

selepas waktu

persekolahan dan

semasa cuti

penggal

Memudahkan proses

P&P yang terancang

Semua guru

pendidikan khas dan

jawatankuasa program

inklusif.

April -

September

Motivasi

Kecemerlangan

Diri serta Teknik

Pengurusan Masa

yang maksimum

Mengenal pasti potensi

diri dan kesedaran untuk

kecemerlangan

Guru Besar dan unit

bimbingan dan

kaunseling,

jawatankuasa

Pendidikan Khas

April

Perjumpaan

bersama ibu

bapa / penjaga

dan waris murid-

murid (2x)

Mendapat maklumat dan

perkembangan prestasi

murid-murid

Semua guru

pendidikan khas dan

jawatankuasa program

inklusif.

April, Julai

Latihan latih tubi

menjawab soalan

format UPSR,

Murid-murid akan

didedahkan dengan

pelbagai bentuk dan

Semua guru

pendidikan khas dan

jawatankuasa program

April -

September

4

Page 5: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

soalan percubaan

negeri dan

pelbagai sumber

format soalan inklusif.

Bengkel Teknik

Menjawab dan

pemberian markah

dalam semua

subjek UPSR

Murid mendapat

pendedahan awal teknik

pemberian markah

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR,

Jawatankuasa

Pendidikan Khas

Mac

Pemberian Hadiah

dan Ganjaran hasil

keputusan ujian

Meningkatkan motivasi

serta kesungguhan

murid

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR

dan PIBG

Ogos,

November

Majlis Bacaan

Yasin/Solat

Dhuha/Solat Hajat

(setiap Jumaat)

dan Majlis Bacaan

Yasin/Solat Hajat

Perdana

Memohon hidayah,

petunjuk serta keizinan

dari Yang Maha Esa

Guru Besar,

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR

dan PIBG

Jawatankuasa

pendidikan khas

September

Khemah Ibadah

dan

Perkampungan

UPSR

Kesedaran dalaman dan

pertambahan ilmu

Jawatankuasa

kecemerlangan UPSR,

Unit Bimbingan dan

Kaunseling, PIBG

Mei

Lain-lain aktiviti

yang bersesuaian

dari semasa ke

semasa untuk

kecemerlangan

UPSR 2012

Meletakkan prestasi

sekolah pada tahap

maksimum

Guru Besar,

jawatankuasa

pendidikan khas dan

PIBG

10. PROSES MELAKSANAKAN STRATEGI

5

Page 6: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

BIL AKTIVITI STRATEGI

PERLAKSANAAN

TEMPOH

1. Pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan

oleh guru-guru

Membimbing murid dengan

pelbagai kaedah dan

pendekatan

Sepanjang masa

P&P di dalam kelas

2. Pengagihan murid mengikut

potensi pencapaian akademik

Guru-guru menggunakan

pendekatan yang sesuai

mengikut potensi murid-

murid.

Sepanjang tahun

3. Kelas tambahan dan

bimbingan selepas waktu

persekolahan dan semasa

cuti penggal

Kelas dijalankan pada

pukul 1.00 hingga 2.00

petang setiap hari Isnin

hingga Jumaat (bermula

30/1/2012).

Febuari hingga

September

4. Motivasi Kecemerlangan Diri

serta Teknik Pengurusan

Masa yang maksimum

Dijalankan 2 kali di mana

guru kaunseling akan

dijemput.

Februari dan Mei

5. L atihtubi menjawab soalan

format UPSR, soalan

percubaan negeri dan

berbagai sumber

Mendedahkan murid-murid

dengan pelbagai bentuk

soalan dan perbincangan.

Sepanjang tahun

6. Bengkel Teknik Menjawab

dan pemberian markah dalam

semua subjek UPSR

Penumpuan kepada teknik

menjawab soalan dan

teknik mendapat markah

terbaik. Guru pakar dan

guru pemeriksa kertas akan

dijemput.

Mac, April dan Mei

8. Pemberian Hadiah dan

Ganjaran hasil keputusan

ujian

Murid-murid yang

mendapat keputusan

terbaik pada setiap ujian

Sepanjang tahun

6

Page 7: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

bulanan dan peperiksaan

akan diberikan ganjaran

sebagai motivasi.

9. Majlis Bacaan Yasin/Solat

Dhuha/Solat Hajat (Setiap

Jumaat) dan Majlis Bacaan

Yasin/Solat Hajat Perdana

Setiap pagi Jumaat mulai

27/1/2012 akan diadakan

bacaan yasin/solat

hajat/solat dhuha di bawah

pimpinan Ustaz Hj. Ahmad

Hisham dan Ustaz Abdul

Rahman.

Sepanjang tahun

10. Khemah Ibadah dan

Perkampungan UPSR

Murid-murid akan

diserapkan dengan

program kerohanian dan

jati diri untuk kekuatan

mental dan fizikal. Program

akan dijalankan di luar

sekolah selama 3 Hari 2

Malam.

April

11. Lain-lain aktiviti yang

bersesuaian dari masa ke

semasa untuk

kecemerlangan UPSR 2012

Program Anak Angkat

antara semua guru-guru SK

Clifford dan murid-murid

Tahun 6.

Sepanjang tahun

7

Page 8: K.kerjA Program Inklusif

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SKC 2012

10. PENUTUP

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid

adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai

konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif.

Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang

berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid

berkeperluankhas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah

perkara/tugasan yang sangatdiminatinya.Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat

diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang

berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang

terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan

meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua

yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada

kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supayahak untuk mendapat peluang pendidikan atau

perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………......................... ...…………………………......…

…………………………..........

(PN. NORERMYLIA MOHAMED ASMUNI) (PN. RUBITA BT MOHD ISA) (EN.

ROSLAN BIN KECHIL)

8