11
1.0 PENGENALAN Kebudayaan merupakan satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ia merupakan peranan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini sudah tentunya memerlukan kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ketimuran. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Selain itu, perubahan juga merupakan sifat penting bagi seseuatu kebudayaan. Perubahan dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu masyarakat. Melalui konteks ini, pendidikan dalam mengetahu dan memahami pelbagi budaya di Malaysia merupakan perkara yang amat penting. Hal ini boleh dipupuk dari kecil lagi, ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, melalui tugasan yang diberikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan ini saya dikehendaki untuk menganalisis video The Journey dan video Beyond the Blackboard . Kajian yang dilakukan melalui video ini memberi kesan kepada saya dalam mengetahui segala perkara mengenai budaya dan amalan serta kepercayaan bagi suatu kaum serta peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa ada rasa pilih kasih antara murid- murid di sekolah. 1

KKP EDU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ini adalah perbincangan mengenai analisis video The Journey

Citation preview

Page 1: KKP EDU

1.0 PENGENALAN

Kebudayaan merupakan satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara

bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ia merupakan peranan penting dalam proses

pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam

usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan

politik. Hal ini sudah tentunya memerlukan kerjasama dan penglibatan semua lapisan

masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di

Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang

teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ketimuran. Perancangan

kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi

pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Selain itu, perubahan juga merupakan sifat penting bagi seseuatu kebudayaan.

Perubahan dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu masyarakat. Melalui

konteks ini, pendidikan dalam mengetahu dan memahami pelbagi budaya di Malaysia

merupakan perkara yang amat penting. Hal ini boleh dipupuk dari kecil lagi, ibarat kata

pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh itu, melalui tugasan yang diberikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan ini saya

dikehendaki untuk menganalisis video “The Journey” dan video “Beyond the

Blackboard”. Kajian yang dilakukan melalui video ini memberi kesan kepada saya dalam

mengetahui segala perkara mengenai budaya dan amalan serta kepercayaan bagi suatu

kaum serta peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa ada rasa

pilih kasih antara murid-murid di sekolah.

1

Page 2: KKP EDU

2.0ANALISIS VIDEO “THE JOURNEY”

2.1 Perkaitan plot cerita dengan konsep budaya

2.1.1 Definisi budaya

Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang

terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang

berkaitan dengan budi dan akal manusia. Berdasarkan Kamus Dewan (2005), budaya

menunjukkan kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Pengertian budaya melalui pemikiran ilmuwan pula, iaitu Nik Safiah Hj Abdul Karim

mengatakan bahawa budaya merupakan tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa

menggerakkan jiwa serta merupakan satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Namun definisi yang lebih mudah ialah dari

segi bahasa iaitu cara hidup dan dari segi istilahnya ialah satu cara hidup orang ramai

termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir.

Berdasarkan video “The Journey”, dapatlah disenaraikan antara budaya yang

diamalkan ialah budaya mengadakan atur cara perkahwinan secara tradisional,

kehidupan yang tradisional iaitu tidur berasingan antara lelaki dan perempuan yang tidak

ada hubungan perkahwinan atau talian persaudaraan dan contoh-contoh lain yang akan

dihuraikan dalam perbincangan yang seterusnya. Selain itu, kepercayaan yang

dipegang teguh oleh Unlce Chuan iaitu apabila Benji memberi kepala ayam kepada

Uncle Chuan ia seakan-akan membawa nasib yang buruk di malam Tahun Baru Cina.

2.1.2 Unsur-unsur budaya

1. Sistem pengetahuan.

Setiap masyarakat mempunyai sistem pengetahuan yang mungkin berbeza-beza pada

setiap masyarakatnya. Unsur pengetahuan yang dapat dijelaskan melalui video ini ialah

apabila Benji ingin mengetahui dan mempelajari bagaimana perasaan untuk menjadi

seorang ayah daripada anak Ah Heng, Rambo. Rambo ada menyatakan bahawa

perasaan teruja menjadi seorang ayah adalah perkara yang terbaik baginya dan

masyarakat Cina juga berpegang kepada pepatah mereka bahawa apabila orang lain

memberi makan kamu, kamu pula akan memberi makan kepada orang lain. Sama erti

2

Page 3: KKP EDU

kepada seorang bapa yang memberi makan dan sara hidup anaknya, dan anaknya juga

akan membuat perkara yang sama terhadapnya anaknya yang akan lahir nanti.

Antara pengetahuan baru yang dipelajari oleh Benji sebelum bertolak pulang dari

Pulau Pinang ialah dia mendapat seutas tali yang diperbuat daripada benang yang

dikatakan dapat membawa nasib yang baik kepada si pemakai. Jadi, Benji

menghadiahkan benang tersebut kepada Uncle Chuan yang kononnya akan melindungi

Uncle Chuan walau di mana dia berada.

Pengetahuan juga dapat dikaitkan dalam video ini iaitu, salah seorang rakan

kepada Uncle Chuan, Ah Choo, mempunyai semangat untuk membuat sebuah belon

panas yang diperbuat daripada plastik. Melalui sedikit kajian yang dilakukan oleh Benji,

dia cuba sedaya upaya untuk mencapai hasrat Ah Choo tersebut untuk menerbangkan

belon panas tersebut walaupun dia sudah meninggal.

Begitu juga bahagian video yang ditunjukkan oleh Uncle Khor Soon Choy, yang

sangat mementingkan pengetahuan dan dapat menguasai pelbagai bahasa serta

berjaya dalam bidang kejuruteraan. Disebabkan oleh terlampau pentingkan

pengetahuan terhadap anaknya, anaknya membunuh diri kerana tidak memuaskan hati

ayahnya dengan mendapat keputusan yang baik pada hari graduasi.

Di samping itu, pengetahuan baru yang dipelajari oleh Benji juga bahawa hari

jadi Uncle Chuan dan Ah Bee adalah pada hari yang sama mengikut kalendar tahun

Cina.

Sebagai tambahan untuk pengetahuan baru iaitu kepada ibu bapa Benji yang

datang ke majlis perkahwinan anak mereka, iaitu mereka cuba belajar bahasa Cina

untuk bertanyakan khabar, iaitu “Ni Hao Ma”.

2. Sistem kepercayaan (sistem keagamaan).

Setiap masyarakat memiliki keyakinan terhadap hal-hal bersifat keagamaan. Begitu juga

dengan jalan penceritaan “The Journey” yang menceritakan tentang hal-hal keagamaan

dan kepercayaan yang dipegang oleh keluarga Uncle Chuan. Sebagai contoh,

kepercayaannya terhadap memenuhi sesuatu janji, jika tidak individu tersebut akan

dipanah petir. Selain itu, kepercayaan Uncle Chuan kepada sesuatu nasib malang

apabila Benji dengan tidak sengaja meletakkan kepala ayam yang terhidang di atas

3

Page 4: KKP EDU

meja makan kepada bakal bapa mertuanya, dan perkara tersebut mendatangkan

kemarahan Uncle Chuan kerana ia dikatakan tidak beradab dan membawa nasib

malang apabila Benji membuat sedemikian.

Perayaan Tahun Baru Cina sinonim dengan pemberian angpau kepada individu

yang belum berkahwin. Begitu juga dengan Uncle Chuan, walaupun dia masih berasa

marah dan kecewa dengan tindakan anaknya, Ah Bee yang tiba-tiba membawa orang

asing ke rumah dan menyatakan bahawa dia ingin berkahwin, namun Uncle Chuan

tetap memberikan angpau kepada anaknya dan Benji pada awal pagi Tahun Baru Cina.

Tambahan lagi, apabila Makcik Ah Gao menasihati Ah Bee yang memarahi

bapanya kerana tidak menjaganya ketika dia kecil dan menghantar Ah Bee ke England

untuk belajar. Makcik Ah Gao memberi teguran kepada Ah Bee dengan mengatakan

bahawa pepatah Cina ada menyatakan, walaupun ibu bapa tidak dapat mencukupkan

segala keperluan yang diperlukan oleh anak, anak tersebut tetap perlu menghormati dan

taat kepada ibu bapanya.

Tidak dilupakan juga bahagian cerita yang jelas menunjukkan unsur keagamaan

yang dilakukan oleh masyarakat Cina di Pulau Pinang apabila tibanya hari kelapan pada

upacara perayaan Tahun Baru Cina, mereka akan mengadakan upacara sembahyang

kepada Tuhan Syurga dengan menghidangkan pelbagai makanan termasuklah buah-

buahan, khinzir dan sebagainya untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka.

Plot cerita lain yang menonjolkan tentang isu keagamaan ialah apabila mereka

iaitu masyarakat Cina membeli sesuatu benda yang baru, mereka akan membuat satu

upacara keagamaan sebagai langkah melindungi orang yang membawa kenderaan

tersebut. upacara yang dilakukan ialah dengan terdapat cap khas di kenderaan tersebut

setelah upacara tersebut dilakukan. Hal ini kerana mereka mempercayai bahawa tuhan

mereka mempunyai kuasa yang hebat sehingga dapat melindungi kenderaan tersebut

daripada nasib buruk dan kecelakaan.

Anak Ah Heng juga menunjukkan kepercayaan yang dipegangnya iaitu apabila

dia telah berkahwin sekian lama dan tidak mendapat anak, lalu dia bersembahyang

kepada “sky gong kau kau” iaitu berdoa bersungguh-sungguh kepada Tuhan Syurga

untuk mendapat zuriat. Setelah sekian lama, isterinya pun mengandungkan seorang

4

Page 5: KKP EDU

anak dan dia menghadiahkan seekor khinzir kepada Tuhan Syurga sebagai tanda

terima kasih kepadanya.

Selain itu, kepercayaan yang dipegang oleh Uncle Chuan apabila ditimpa

malang iaitu ketika dia dan Benji ditangkap oleh polis kerana telah menginap di sebuah

hotel murahan, dan Uncle Chuan ingin membuang nasib malang itu dengan mandi

dengan daun limau barli dan memakai pakaian yang baru.

Kepercayaan yang dipercayai oleh Uncle Chuan iaitu apabila rakannya, Ah Choo

meninggal, dia tidak mahu masuk ke upacara pengembumian tersebut kerana

mempercayai ia kana membawa nasib malang kepada ahli keluarganya yang akan

mengadakan upacara perkahwinan tidak lama lagi. Tetapi ia mendapat tentangan hebat

daripada Ah Bee bahawa kepercayaan itu karut dan tidak patut diikut lagi. Benji yang

ingin merapatkan hubungan dengan bapa mertuanya, beliau turut menjelaskan bahawa

perkara tersebut tidak patut berlaku dan Ah Choo adalah merupakan rakan mereka yang

teramat baik, jadi, tidak patut jika Uncle Chuan tidak datang ke upacara tersebut.

Hal ini sama dengan ketika upacara perkahwinan antara Benji dan Ah Bee

sedang dilakukan, isteri kepada Ah Choo telah datang, dan jiran-jiran yang melihat itu

mengatakan bahawa bukan kah itu suatu pantang dalam masyarakat Cina, tetapi atas

sikap keterbukaan yang dipercayai oleh Uncle Chuan, dia tetap menjemput mereka

untuk datang ke majlis tersebut.

Setiap masyarakat juga memiliki pakaian, perumahan, alat-alat rumah tangga, alat-alat

produksi, senjata, dan sebagainya.

3. Sistem kemasyarakatan.

Setiap masyarakat biasanya memiliki kemasyarakatan, di antaranya, sistem

kekerabatan, organisasi politik, sistem hukum, dan sistem perkahwinan. Huraian yang

dapat dikaitkan dalam video ini ialah sistem kemasyarakatan dalam Kaum Cina

tradisional yang dipegang oleh Uncle Chuan iaitu dalam sistem perkahwinan. Apabila

ingin melaksanakan perkahwinan, kad jemputan sepatutnya diberikan secara terus

kepada orang yang ingin dijemput tetapi pemikiran dan budaya moden hanya dengan

melalui pos kad jemputan tersebut, menghantar mesej pesanan ringkas, menghantar

email dan perkara ini amat ditentang oleh anak Uncle Chuan juga iaitu Ah Bee. Hal ini

kerana Bee ingin menunaikan permintaan ayahnya yang ingin menghantar kad

5

Page 6: KKP EDU

jemputan perkahwinannya dengan Benji walaupun sejauh mana tempat tinggal sahabat-

sahabat lamanya.

Sebagai tambahan, Uncle Chuan ingin mengadakan jamuan perkahwinan secara

tradisional. Hal ini kerana apabila dia menghadiri perkahwinan anak kawannya, Ah

Dong, yang terlampau moden dan jauh tersasar dari kebudayaan masyarakat Cina, dia

merasakan bahawa adat dan kebudayaan perkahwinan yang diadakan itu tidak senonoh

dan tidak beradab kerana tidak menampakkan kebudayaan masyarakat Cina yang asli.

Selain itu, sistem kemasyarakatan atau peraturan dalam masyarakat Cina yang

tidak membenarkan lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan yang sah untuk tinggal dan

duduk sebilik. Sebagaimana contoh, Benji yang masuk ke bilik Ah Bee dan ingin tidur

dengannya tetapi dilarang oleh Uncle Chuan. Hal ini sama dengan agama-agama lain

juga termasuklah agama Islam. Walaupun pemikiran moden masyarakat yang bukan

beragama Islam melihat perkara itu adalah perkara biasa, namun bagi Uncle Chuan

perkara itu adalah salah dan perlu ditegur. Oleh itu, Benji terpaksa tidur di bilik bawah

walaupun bilik itu seperti stor yang menyimpan segala perkakas rumah dan gambar-

gambar yang tidak digunakan lagi.

4. Bahasa, baik lisan mahupun tulisan.

Masyarakat mana yang tidak memiliki bahasa? Tentunya tidak ada masyarakat yang

tidak memiliki bahasa, baik bahasa lisan mahupun tulisan.

Berdasarkan cerita “The Journey” ini, masyarakat Cina yang mempunyai bahasa

mereka sendiri dan Benji yang berasal dari England bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal

ini amat berlawanan kerana Benji tidak faham bahasa Cina yang dipertuturkan oleh

masyarakat di situ. Namun itu bukan penghalang kepada Benji untuk cuba merapatkan

hubungannya dengan bakal bapa mertuanya dan yang paling penting Benji cuba untuk

faham dan berinteraksi dengan Uncle Chuan dan rakan-rakannya dalam bahasa Cina

walaupun sukar.

Kesopanan dalam bertutur adalah penting dalam mana-mana budaya di

Malaysia termasuklah dalam kebudayaan masyarakat Cina. Semasa Uncle Chuan

melawat rakannya di Pulau Pinang, iaitu Ah Heng, beliau ada mendengar bahawa

pertuturan antara Ah Heng dengan anaknya amat kasar. Anaknya menggunakan

perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dikatakan kepada orang tua, tetapi rakannya

6

Page 7: KKP EDU

menerangkan bahawa itu bukanlah suatu perkara yang perlu dibahaskan kerana sifat

sayang-menyayangi dan hormat-menghormati serta faham antara satu sama lain adalah

lebih penting kerana sikap anaknya bukanlah seperti yang dilihat oleh Uncle Chuan.

2.1.3 Pembahagian Budaya

Pembahagian budaya terbahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan

kebendaan. Budaya kebendaan merangkumi peralatan dan kelengkapan hidup, apa

yang diperlukan dalam kehidupan serta budaya ini berbeza mengikut bangsa. Sebagai

contoh, keperluan rumah, kereta, pakaian, makanan, teknologi dan sebagainya.

Melalui cerita “The Journey” antara budaya kebendaan yang dapat dilihat ialah

segala kelengkapan hidup telah disediakan oleh Uncle Chuan kepada anaknya

walaupun dia terpaksa berpisah dengan anaknya setelah isterinya meninggal dunia.

Termasuk lah juga kelengkapan hidup sedia ada yang dipunyai oleh Benji iaitu dia

mempunyai motor dan kehidupan sendiri di England.

Budaya bukan kebendaan pula merangkumi kepercayaan, adat istiadat dan

undang-undang serta peraturan. Hal ini termasuklah segala kepercayaan yang dipegang

oleh Uncle Chuan seperti perkara-perkara yang mendatangkan nasib malang, dan

upacara serta adat istiadat masyarakat Cina yang mementingkan upacara keagamaan

seperti memberi makan kepada Tuhan Syurga sebagai tanda terima kasih dan upacara

menyembahyangkan kenderaan baru untuk dilindungi daripada berlaku kecelakaan

kepada si pemandu.

2.1.4 Peranan Pembentukan Budaya

Pembentukan budaya juga merupakan salah satu faktor dalam membina imej negara ke

arah mewujudkan keperibadian serta identiti yang melibatkan unsur norma masyarakat,

nilai, simbol atau lambang, bahasa dan pemupukan kesedaran kebangsaan dan

kenegaraan.

Jalan penceritaan yang menonjolkan peranan pembentukan budaya ialah

apabila norma masyarakat iaitu peraturan sosial yang khusus yang menetapkan

perangai atau sifat yang sesuai bagi seseorang individu itu diambil kira dalam sebuah

institusi kemasyarakatan. Sebagai contoh, Uncle Chuan melihat bahawa perangai

Rambo yang kurang beradab dikira kurang ajar terhadap orang tua. Tetapi bagi

7

Page 8: KKP EDU

bapanya, ia adalah perkara yang biasa selagi dia tidak berlaku kasar terhadap

keluarganya kerana ia merupakan norma masyarakat mengikut peredaran zaman.

Nilai-nilai yang diperlukan dalam masyarakat dan perlu dikongsi bersama iaitu

sifat sayang-menyayangi antara satu sama lain, hormat-menghormati dan sebagainya

membantu memupuk nilai diri seseorang untuk lebih beradab dan mempunyai nilai-nilai

murni yang positif untuk dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Biar kita ambil

contoh, dalam kisah ini iaitu kasih sayang seorang ayah kepada anaknya walaupun

terdapat sedikit rasa kecewa dan sedih dalam diri Uncle Chuan yang anaknya tiba-tiba

pulang dari England dan terus menyatakan hasratnya ingin berkahwin dengan orang

yang bukan dari bangsa Cina.

Antara contoh peranan pembentukan budaya dari segi simbol pula dapat

dijelaskan melalui hadiah seutas tali yang kononnya dapat membawa nasib baik kepada

seseorang itu iaitu di mana Rambo telah memberikan tali bertuah itu kepada Benji tetapi

Benji memberi tali tersebut kepada bakal bapa mertuanya sebagai tali yang membawa

tuah dan membawa kebaikan kepada dirinya.

Bahasa melambangkan bangsa. Begitu juga dengan jalan penceritaan kisah ini

iaitu Uncle Chuan yang mementingkan penggunaan bahasa Cina terhadap anaknya, Ah

Bee. Benji yang faham terhadap sikap Uncle Chuan, cuba sedaya upaya untuk

memahami apa yang dia pertuturkan dan cuba untuk mempelajari bahasa Cina dan

bercakap dalam bahasa Cina walaupun tidak fasih.

Pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan juga dapat ditonjolkan

dalam video ini iaitu berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

Terdapat banyak contoh yang dapat dilihat dalam video ini seperti pemupukan rasa

kasih sayang antara satu sama lain, unsur-unsur kepercayaan kepada tuhan, serta

mementingkan pendidikan dalam kehidupan.

2.1.5 Ciri-ciri Budaya

Budaya amat penting dalam sesebuah institusi kemasyarakatan. Budaya yang baik

perlu dipelajari, dikongsi, diwarisi, berubah-ubah, bersifat sejagat, mempunyai unsur

simbolik, mempunyai pandangan semesta, diwarisi dari generasi ke generasi, berlaku

perubahan tetapi tidak ketara, berlaku dalam keadaan sosialisasi, serta mempunyai

kuasa moral yang menimbulkan kesefahaman dalam masyarakat (normatif).

8

Page 9: KKP EDU

Kesemua perkara-perkara ini melambangkan ciri-ciri budaya yang perlu wujud

untuk menampakkan bahawa pentingnya budaya dan amalan dalam kehidupan

seharian. Melalui kisah ini, kita dapat ringkaskan bahawa Benji iaitu seorang anak muda

dari negara barat, England, yang datang ke Malaysia bertujuan untuk berjumpa dengan

Ah Bee untuk mendapat persetujuan untuk berkahwin. Benji terpaksa menghadapi

segala masalah dan cabaran untuk belajar tentang ciri-ciri budaya masyarakat Cina

supaya dia dapat bergaul dan mengadakan hubungan yang baik dengan bakal bapa

mertuanya. Sedikit sebanyak dia berubah dan belajar bahasa Cina untuk cuba faham

apa yang dikatakan oleh Uncle Chuan dan masyarakat sekeliling. Perkara itu bukanlah

sesuatu yang mudah tetapi atas dasar sayangnya kepada hubungan dia dan Ah Bee,

dia tetap berusaha untuk menawan hati Uncle Chuan untuk menerimanya sebagai

menantu.

2.1.6 Kategori Pola Budaya

Budaya juga mempunyai pola yang tersendiri iaitu wajib, pilihan yang digemari, tipikal,

alternatif dan terhad. Kesemua kategori ini mempunyai kebaikan dan sebab-sebabnya

yang tersendiri. Kategori wajib iaitu tiada pilihan perlu patuh kepada pola yang sedia

ada. Sebagai contoh, Benji tetap tidak boleh tidur sebilik dengan Ah Bee selagi tidak

berkahwin.

Keduanya ialah pilihan yang lebih digemari iaitu ada beberapa pilihan tetapi satu

daripadanya lebih digemari. Contohnya, Uncle Chuan lebih memilih untuk menghantar

kad jemputan kahwin anaknya kepada rakan-rakannya walaupun terdapat pelbagai cara

lain yang boleh digunakan untuk menjemput rakan-rakannya itu seperti menggunakan

email, pesanan mesej ringkas dan lain-lain kemudahan yang menyenangkan mereka.

Ketiga iaitu kategori tipikal. Perkara ini membawa maksud tiada satu pun yang

digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan. Isi yang keempat iaitu pilihan

alternatif dalam ciri-ciri budaya, membawa maksud ada beberapa cara melakukannya

tanpa ada sesuatu yang digemari. Ciri yang terakhir ialah kategori terhad iaitu cara

melaksanakan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang-orang tertentu sahaja.

Perkara-perkara ini boleh diambil contoh melalui sikap Uncle Chuan yang begitu

mementingkan budaya dan amalan tradisional sehinggakan pengebumian rakan baiknya

sendiri dia tidak mahu hadiri hanya kerana mempercayai bahawa ia akan membawa

9

Page 10: KKP EDU

nasib malang sewaktu perkahwinan anaknya nanti. Tidak dilupakan juga, ciri-ciri budaya

yang ditunjukkan iaitu kononnya membuang nasib malang dengan menukar pakaian

baru dan mandi air daun limau barli. Walaupun perkara ini tidak disukai oleh Uncle

Chuan tapi dia tetap melakukannya.

2.1.7 Kelompok

Huraian bagi kelompok pula ialah apabila dua individu atau lebih, berinteraksi, saling

bergantung dan bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Hal ini dapat dicontohi

melalui jemputan perkahwinan Benji dan Ah Bee. Ah Bee memaksa Benji untuk

menemani ayahnya untuk menghantar kad jemputan perkahwinan mereka di luar negeri

walaupun Benji membantah. Setelah dipujuk barulah Benji setuju atas sebab sayangnya

kepada Ah Bee. Namun di akhir cerita, Ah Bee turut sama untuk menyampaikan kad

kepada rakan-rakan ayahnya.

Begitu juga dengan hasrat mendiang Ah Choo yang ingin membuat sebuah

belon panas daripada plastik-plastik buangan. Walaupun rakan-rakannya seakan-akan

tidak percaya bahawa benda itu akan terjadi, namun dengan sedikit pengetahuan dan

kajian dari Benji, mereka dapat menghasilkan belon panas tersebut dan Uncle Chuan

dapat menaikinya dengan penuh teruja walaupun di akhirnya belon tersebut tersangkut

di sebuah pokok besar.

2.1.8 Perpaduan dan Integrasi

Sebagai ringkasan dalam isi perpaduan dan integrasi ini ialah ia membantu dalam

menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan

tanah air. Tanpa amalan budaya dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat, apa lah

ertinya erti sebuah bangsa. Integrasi pula bermaksud mewujudkan satu identiti nasional

dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam

sesebuah unit politik.

Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya-budaya yang terdapat di Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang sedikit sebanyak membantu perpaduan

dan integrasi dalam negara. Sebagai contoh, amalan budaya tradisional yang diamalkan

oleh Uncle Chuan dalam isu perkahwinan Ah Bee. Tidak dikatakan salah jika Uncle

Chuan ingin menghantar sendiri kad-kad jemputan tersebut kepada rakan-rakannya

10

Page 11: KKP EDU

secara bersemuka serta mengadakan jamuan makan besar-besaran kerana ia

melambangkan sebuah adat dan amalan yang baik untuk dijadikan contoh kepada

generasi akan datang supaya budaya tersebut tidak hilang begitu sahaja.

Malah dari segi akomodasi pula ialah penyesuaian antara satu etnik dengan

etnik yang lain. Hal ini juga termasuklah unsur akulturasi yang bermaksud penerimaan

unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan

lain yang berbeza serta unsur asimilasi iaitu percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan

kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada

kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti

kumpulan etnik majoriti. Sebagai contoh, Benji cuba untuk belajar adat dan budaya

masyarakat Cina supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ahli keluarga Ah

Bee. Walaupun pada hakikatnya, budaya masyarakat England dan masyarakat Cina

amat berbeza sekali.

Perkahwinan antara Ah Bee dan Benji pula dapat dilihat dari segi amalgamasi

iaitu budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara

utama ialah melalui perkahwinan campur. Benji yang berketurunan dari masyarakat

Barat dan Ah Bee dari masyarakat Cina yang sedikit sebanyak mengamalkan budaya

ketimuran. Hal ini juga dapat mewujudkan unsur pluraliti iaitu interaksi antara pelbagai

budaya seperti budaya Barat dan budaya masyarakat Cina.

11