71
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. Good luck for all STPM candidates. All the best. These notes are not mine. I got it from my History teacher. I just want to share it with you guys. Use it wisely. Hope it can help you sikit2. The best way to understand History subject is -- do your own notes and exercises. Jangan terlalu mengharap kepada nota yang diberi. Do a lot of exercises. Semoga berjaya :) TRANSFORMASI MASYARAKAT Pengenalan Mulai abad ke-18 minat British di Burma telah meningkat akibat persaingan British dan Perancis di India. Pihak British ingin memperluaskan perdagangan di Burma. Sumber asli Burma yang paling diminati oleh British ialah kayu jati. Pada abad ke-19, Burma telah dikalahkan oleh British dalam tiga peperangan iaitu perang British Burma pertama (1824-26), Perang British Burma kedua (1852-53) dan perang British Burma ketiga (1885). Melalui perang British Burma yang pertama, British menakluki wilayah-wilayah Arakan dan Tenasserim manakala Pegu iaitu Burma Hilir ditakluki melalui perang British Burma kedua. British menakluki Burma Hulu melalui perang British Burma ketiga. Ini bererti seluruh Burma telah jatuh ketangan British pada tahun 1885. Burma Hulu telah ditakluki oleh British secara rasmi pada 1 Januari 1886. Burma telah dijadikan sebuah wilayah India. Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Pemerintahan British seterusnya mengakibatkan perubahan sosial, ekonomi dan politik. Keadaan politik, ekonomi dan sosial di Burma inilah yang menjadi daya penggerak penjajahan British di Burma Politik 1) Masalah dalam sistem pentadbiran Burma

Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

share

Citation preview

Page 1: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Good luck for all STPM candidates. All the best. These notes are not mine. I got it from my History teacher. I just want to share it with you guys. Use it wisely. Hope it can help you sikit2.

The best way to understand History subject is -- do your own notes and exercises. Jangan terlalu mengharap kepada nota yang diberi. Do a lot of exercises. Semoga berjaya :)

TRANSFORMASI MASYARAKAT

Pengenalan

Mulai abad ke-18 minat British di Burma telah meningkat akibat persaingan British dan Perancis di India. Pihak British ingin memperluaskan perdagangan di Burma. Sumber asli Burma yang paling diminati oleh British ialah kayu jati. Pada abad ke-19, Burma telah dikalahkan oleh British dalam tiga peperangan iaitu perang British Burma pertama (1824-26), Perang British Burma kedua (1852-53) dan perang British Burma ketiga (1885). Melalui perang British Burma yang pertama, British menakluki wilayah-wilayah Arakan dan Tenasserim manakala Pegu iaitu Burma Hilir ditakluki melalui perang British Burma kedua. British menakluki Burma Hulu melalui perang British Burma ketiga. Ini bererti seluruh Burma telah jatuh ketangan British pada tahun 1885. Burma Hulu telah ditakluki oleh British secara rasmi pada 1 Januari 1886. Burma telah dijadikan sebuah wilayah India. Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Pemerintahan British seterusnya mengakibatkan perubahan sosial, ekonomi dan politik. Keadaan politik, ekonomi dan sosial di Burma inilah yang menjadi daya penggerak penjajahan British di Burma

Politik

1) Masalah dalam sistem pentadbiran Burma

Masalah dalam pentadbiran Burma bermula apabila Burma menakluki Arakan. Penaklukan Arakan dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada tahun 1784. Penaklukan ke atasnya itu merupakan peristiwa yang paling penting sekali dalam zaman pemerintaha Bodawpaya; kerana sempadan Burma telah meluas sehingga ke kawasan India. Penaklukan tersebut menyebabkan Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong. Keadaan di sempadan Arakan-Chittagong adalah tidak stabil kerana terdapat sebilangan besar orang pelarian Arakan yang menggunakan wilayah British untuk menentang pemerintahan Burma. Arakan ditadbir oleh seorang gabenor Burma.

Penawanan Arakan oleh Burma menandakan bermulanya pertikaian antara British dan Burma yang akhirnya mengakibatkan perang pada tahun 1824. Orang pelarian Arakan di bawah pimpinan Nga Than De dan Chan Byan telah memberontak menentang pemerintahan Burma pada tahun 1794 dan 1811. Sebagai tindak balas, askar-askar Burma seringkali

Page 2: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

memasuki wilayah British untuk menawan pemberontak-pemberontak yang melarikan diri ke Chittagong. Tindakan askar Burma ini telah mengancam ketenteraman wilayah British. Orang Burma pula mula mengesyaki bahawa orang pelarian Arakan menerima bantuan daripada British. Malahan terdapat pertempuran-pertempuran kecil di antara askar Burma dengan pihak British di kawasan sempadan Arakan-Cittagong. Hal ini telah memburukkan hubungan British Burma yang akhirnya menyebabkan peperangan.

Kekacauan politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan (1878-85), Burma Hulu mengalami kekacauan politik yang serius. Raja Thibaw telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja dalam Februari 1879 kerana khuatir satu pemberontakan akan meletus. Pembunuhan secara beramai-ramai juga telah berlaku di Mandalay pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga berada dalam keadaan kacau bilau. Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina telah membakar bandar Bhamo dan kebanyakan dari puak desakan-desakan daripada golongan pedagang Inggeris di Rangoon bagi penaklukan Burma Hulu oleh Britain. Ini adalah kerana keadaan kacau bilau di Burma Hulu telah menggangg perdagangan.

2) Masalah dalam hubungan diplomatik

Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebakan peletusan perang British Burma yang pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara tahun 1795 hingga 1811 (seperti Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John Canning pada tahun 1809 dan 1811). Mereka dihantar untuk menyelesaikan masalah-masalah sempadan Arakan-Chittagong, masalah perdagangan dan perluasan pengaruh Perancis di Burma. Utusan-utusan tersebut telah gagal menyelesai masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini disebabkan oleh keangkuhan ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak. Malahan kedua-kedua Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Hiram Cox dan Lt. John Canning terpaksa pulang ke Inidia pada tahun 1798 dan 1803 akibat layanan buruk oleh pegawai istana Burma. Burma enggan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral India yang dianggap sebagai tidak setaraf dengan rajanya. Hubungan diplomatik antara British dan Burma telah putus pada tahun 1811. Hal ini telah merintis kepada peletusan perang British Burma yang pertama.

Selepas penarikan residensi British di Burma pada tahun 1840, kerajaan British di Calcutta telah menerima banyak aduan mengenai layanan buruk kerajaan Burma terhadap pedagang-pedagang British. Pedagang-pedagang mengadu tentang pengenaan cukai-cukai yang tidak adil. Gabenor Pegu, Maung Ok memang terkenal dengan pemerasan pedagang-pedagang British kerana Raja Pagan memberi kuasa kepada Maung Ok yang bersifat anti British. Pada bulan Julai dan Ogos tahun 1851, Maung Ok telah mengenakan tuduhan-tuduhan membunuh dan menipu terhadap dua orang kapten British iaitu Sheppard dan Lewis. Beliau telah memaksa mereka membayar denda sebanyak 1000 rupi. Sheppard dan Lewis seterusnya mengadu perkara ini kepada kerajaan British di India. Gabenor General British iaitu Lord Dalhausi telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan tegas.peristiwa ini telah member kesempatan kepada kerajaan British (terutamanya Lord Dalhausie) untuk memberi satu pengajaran kepada orang Burma dan menguasai Burma.

Page 3: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Masalah ‘kasut’ juga menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terputus. Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78). Mengikut adab Burma, orang Barat yang ingin menghadap raja harus menanggalkan kasut mereka dan duduk bersila di lantai. Pihak British pula menganggap peraturan ini sabagai merendahkan maruah mereka. Pada tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen Shaw di Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen British sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya, selepas tahun 1875 tidak terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja Burma dan Residen British. Malahan pada tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya ingin mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British. Langkah Burma ini telah ditolak oleh kerajaan British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan kemerosotan hubungan British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting peletusan perang Brish Burma yang ketiga.

3) Penukaran kerajaan di Britain

Sebenarnya terdapat sesuatu yang unik tentang Britain ini iaitu, hanya terdapat dua parti politik sahaja yang terlibat dalam perjalanan politik di Britain iaitu Parti Liberal dan Parti Konservetif. Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang kedua-dua parti ini iaitu pada 1868, Parti Konservetif di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli telah dikalahkan dan diganti dengan Parti Liberal di bawah pimpinan William Gladstone yang bersifat anti-imperialis. Tetapi pada 1874, Parti Liberal telah dikalahkan dan diganti semula dengan Parti Konservatif yang memang menjalankan dasar imperialism, dan perubahan pimpinan ini berlaku beberapa kali sehingga pada bulan Jun 1885, Parti Konservatif sekali lagi mengambil alih pimpinan daripada Parti Liberal. Parti Konservatif sebenarnya telah mengamalkan dasar yang lebih tegas terhadap Burma. Kemunculan Parti Konservatif telah memungkinkan tindakan yang lebih berkesan di Hulu Burma, terutamanya yang melibatkan persaingannya dengan kuasa Perancis.

4) Mengekang kuasa Perancis

Sebenarnya agak menarik membincangkan tentang Burma atau Myanmar ini, iaitu apabila menyentuh tentang peranan Perancis menyebabkan British campur tangan dalam perjalanan politik Burma. Tetapi yang sebenarnya British telah campur tangan awal lagi dalam politik Burma, namun tindakan pemerintah Burma yang menjalinkan hubungan dengan Perancis menyebabkan British rasa curiga dengan tindakan ini. Perancis sebenarnya juga telah lama berdagang di kawasan Timur ini dan kehadiran Perancis ini telah menimbulkan pergeseran terutamanya dengan British. Perkara yang sebenarnya ialah pergeseran yang berlaku di Burma dalah kerana tindakan kedua-dua kuasa ini yang telah lama bergeseran merebutkan kawasan di Timur ini seperti wilayah-wilayah di India termasuklah Burma.

Perkara ini diburukkan lagi semasa Perang Kemerdekaan Amerika, apabila pihak Perancis mengambil kesempatan menyerang kemudahan perdagangan dan perkapalan British sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk kepada British. Perkara yang berlaku pada peringkat awal ini menyebabkan British dapat bertolak ansur lagi, tetapi apabila fasa ketegangan British-

Page 4: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Perancis memasuki peringkat pertengahan dan akhir abad ke-19 menyebabkan pihak British tidak dapat bertolak ansur lagi. Raja Mindon Min (1852-1878)yang telah mula merintis jalan dengan menjalinkan hubungan akrab dengan Perancis sehingga menyebabkan British berasa tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah British ini. Pada tahun 1872 Mindon Min telah menghantar Perdana Menterinya Kinwun Mingyi ke Britain tetapi dalam perjalanan beliau dan rombongannya telah melakukan perundingan perjanjian dengan Perancis untuk meminta jasa baik Perancis bagi membantu Burma untuk membangunkan istana, mengawasi percetakan wang Mindon yang baru. Perhubungan dengan Perancis inilah yang menyebabkan British berasa terkilan dengan Burma. Sebenarnya terdapat beberapa isi perjanjian yang telah dilakukan, seperti Burma berkehendakkan import senjata dari Perancis, Perancis akan membekalkan pegawai tentera untuk melatih tentera Burma, dan yang terakhirnya orang Perancis yang berada di Burma akan tertakluk kepada undang-undang makhamah Burma.

Perkara ini tidak menjadi kerana melebihi kesanggupan dan telah ditolak oleh Menteri Luar Negeri Perancis. Situasi ini juga kerana dalam usaha mengesahkan perjanjian itu dengan Burma, wakil Perancis telah bertemu dengan wazir India dan menjamin bahawa Perancis tidak mempunyai apa-apa niat terhadap Burma. Jika dipandang dari satu sudut yang lain jelaslah bahawa Perancis pada peringkat ini masih mahu mengelakkan pergeseran dengan British di India dan cubaan masuk ke dalam Burma adalah dilakukan secara halus, lemah-lembut dan penuh dengan tolak ansur terhadap Burma dan British khususnya.

Apabila pemerintahan Burma diganti oleh Raja Thibaw dari tahun 1878 hingga 1885, telah berlaku pelbagai perubahan yang berkaitan dengan Perancis dan Burma ini. Raja Thibaw sebenarnya merupakan seorang yang sangat tegas dalam masa pemerintahannya. Beliau telah menarik diri daripada perundingan Manipur kerana kegagalannya menggunakan Perancis untuk melawan Britain. Beliau juga tahu Britain tidak senang hati dengan Perancis di Annam serta Tongking, dan dengan jahilnya telah mengambil langkah menyambung semula rundingan yang dibatalkan semasa ayah bliau dahulu. Beliau telah bertindak membuat perjanjian perdagangan dengan Perancis dan telah menghantir wakilnya Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Tetapi sebelum itu, British telah mendapat tahu bahawa soal lama yang pernah dikemukakan oleh Mindon Min telah ditimbulkan lagi oleh Raja Thibaw, mengenai penjualan senjata ada dimasukkan dalam perjanjian. British minta wakil Perancis Jules Ferry agar tidak memasukkan perjanjian mengenai pembelian senjata dan beliau telah memberikan jaminan yang penuh bahawa peluang membeli senjata tidak akan dimasukkan sebagai syarat perjanjian.

Keadaan ini sedikit sebanyak telah meredakan keadaan tegang yang timbul ekoran perjanjian ini. Walaupon begitu, tindakan yang ditunjukkan oleh wakil Burma ini dan pihak Perancis sendiri tetap mencurigakan pihak British kerana mereka juga sedar akan tindakan Perancis yang datang ke Burma adalah atas dasar ingin mengambil peluang yang tersedia sama seperti mereka. Hal ini juga kerana, mereka sedar bahawa pihak Burma juga telah lama tidak berpuas hati kepada mereka ekoran pengambilan kawasan Burma dalam perang British-Burma I dan II dahulu. Duta British telah menemui wakil Perancis iaitu Jules Ferry dan menyatakan mereka akan menggunakan kekerasan kepada Burma sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat

Page 5: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

dalam perkara ini, namun untuk mengurangkan keraguan itu pihak Perancis melalui Jules Ferry telah menyatakan kepada British bahawa perjanjian yang ditandatangani hanyalah perjanjian perdagangan biasa yang tidak mengandungi apa-apa perjanjian politik atau tentera kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay. Sebenarnya pihak Perancis melalui Freederic Haas ada menyatakan nasihat kepada Raja Thibaw supaya memperbaiki hubunganyya dengan British tetapi tidak dipedulikannya, sebaliknya beliau tidak mahu menerima semula Residen British.

Malahan, Raja Thibaw telah membenarkan Perancis menubuhkan bank di Mmandalay, pembiayaan pembinaan jalan keretapi dari Mmandalay ke Toungoo oleh Perancis sehingga menimbulkan khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal api di sungai Irrawadi, dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Tetapi tanpa disangka telah berlaku perkara yang buruk iaitu surat perjanjian yang ditandatangani oleh Jules Ferry dengan wakil Burma telah bocor, iaitu yang menyatakan bahawa sebaik sahaja keamanan di Tongking dapat dipulihkan alat-alat senjata akan dihantar ke Burma melalui negeri terbabit.

Peristiwa terakhir yang melibatkan Perancis ialah, tentang tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Bombay Burma Trading Corporation yang menjalankan perusahan balak Jati di kawasan Burma. Raja Thibaw yang tidak begitu menyukai British telah mengambil tindakan terhadap syarikat ini dengan menyatakan bahawa syarikat ini telah mengeluarkan hasil balak melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan oleh Burma, menyuap pegawai kerajaan, dan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Burma. Perkara ini diburukkan lagi dengan khabar angin yang bahawa perkongsian akan ditubuhkan dengan Perancis sekiranya syarikat itu diusir. Dalam yang itu syarikat ini telah didenda sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dituduh tipu itu. Ini menyebabkan pihak British berasa tidak berpuas hati.

Sosial

1) Menyebarkan agama kristian

Agama kristian mula menampakkan pengaruhnya yang besar dalam sejarah di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur sejajar dengan kedatangan orang Eropah ke rantau tersebut. Kehadiran kuasa Eropah telah bermula sekurang-kurangnya abad ke-16 dengan dimulakan dengan kuasa Portugis yang Berjaya muncul sebagai kuasa maritime yang kuat kertika itu. Halangan-halangan untuk memperoleh barangan dari Timur yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran Eropah mendesak mereka mencari laluan alternative daripada laluan sedia ada yang telah dikuasai oleh pedagang Islam. Dalam masa yang sama misi mereka bukan sahaja sekadar barangan dari Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita untuk menyebarkan agama Kristian disamping memperoleh penghormatan peribadi. Oleh yang demikian tugas penjelajahan mereka lebih terikat memenuhi tiga G, iaitu Gold atau Emas, Glory atau keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.

Page 6: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Bermula dengan Portugis, kuasa- kuasa lain kemudiannya sepanjang abad ke-17 hingga abad ke-19 turut mengembangkan agama ini. Walaupun kuasa-kuasa besar seperti Belanda dan British lebih berminat dengan ekonomi berbanding dengan penyebaran agama, namun tidak dapat disangkal, mereka juga mempunyai misi yang sama dengan Portugis dan Sepanyol walaupun skala yang lebih minimum. Kejayaan kuasa Eropah terutamanya pada abad-19 dan 20 dalam menguasai dan mendominasi Asia Tenggara, telah menjadi instrument penting dalam usaha mereka menyebarkan agama Kristian.

Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah mengancam kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman itu Nampak semakin ketara pada system pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Manakala golongan Mubaligh Kristian pula cuba menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Kare. Selain itu orang British tidak menghormati agama Buddha apabila mereka mengggunakan hasut si kuil-kuil Buddha. Kes ini seolah-olah mencemari agama Buddha. Oleh itu golongan sami Buddha merupakan golongan yang pertama yang menyemarakkan semangat berpaduan ini memperlihatkan peranan agama Buddha di Myanmar. Mereka mempunyai peranan penting dalam merangsang semangat nasionalisme.

Ekonomi

1) Perdagangan

Pontensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan pedagang British. Mereka juga bercinta-cinta menjalankan perniagaan dengan bahagian barat negara China melalui Burma Hulu. British ingin memperluas perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana menghadapi pegawai-pegawai Burma yang korup. Pedagang British terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan barang dagangan dari Burma. Golongan pedagangan ini melalui Dewan Perniagaan Rangoon dan dewan-dewan perniagaan di Britain telah mendesak kerajaan Britain untuk menawan Burma Hulu. Peraturan-peraturan perdagangan yang terhad di Burma Hulu telah mengakibatkan ketidakpuasan hati golongan pedagang. Keengganan Kerajaan Burma untuk mematuhi perjanjian-perjanjian perdagangan tahun 1862 dan 1867 telah menambah ketidakpuasan mereka.

Mengikut perjanjian-perjanjian perdagangan tersebut, Raja Burma hanya mempunyai monopoli ke atas minyak, batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi amalan, monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading dan cutch. Akibat tekanan daripada golongaan pedagang British di Rangoon dan Britain merupakan satu faktor penting bagi peletusan Perang British-Burma.

2) Beras

Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutamanya sekali beras. Eksport beras menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan kepada British. Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya khususnya pada tahun 1852. Adas

Page 7: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

pula telah membahagikan perkembangan ekonomi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, di antara tahun 1852-1900. Pada peringkat kedua, di antara tahun 1900-1930 dan peringkat ketiga di antara tahun 1930-1941. Pada peringkat pertama inilah, penglibatan aktif penduduk tempatan dalam aktiviti pertanian terutama pertanian di sawah. Perkembangan penanaman padi berlaku kerana kawasan delta merupakan kawasan petempatan tradisi orang-orang Mon (salah satu kaum di Burma). Apabila berlaku peperangan kurun ke-18, telah menyebabkan kawasan itu diabaikan malah hampir ditinggalkan dan mempunyai penduduk yang sedikit. Perkara ini memudahkan kerajaan British membuka tanah untuk pertanian. Pihak British ingin menggalakkan perdagangan eksport secara persendirian dan juga mahukan semua tanah pertanian yang baru itu diberikan kepada petani-petani kecil yang merdeka. Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk memajukan kawasan itu, ia telah membina system pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar cukai. Kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit menyebabkan petani-petani pendatang diperlukan untuk pengusahakan tanah-tanah baru itu. Oleh itu, migrasi pekerja telah berlaku di antara Burma Hulu dan Burma Hilir serta pendatang India. Modal untuk memulakan tanaman juga agak mudah diperolehi. Pada masa itu para petani boleh meminjam dengan mencagarkan tanah baru yang menjadi hak milik mereka itu. Pada mulanya mereka meminjam daripada peminjam-peminjam bangsa Burma, tetapi kemudian selepas 1880 peminjam-peminjam professional India (Ceti) membekalkan sebahagian besar daripada pinjaman itu.

Perkembangan pertanian pada 1852-1900 menyebabkan berlaku penghijrahan secara besar-besaran dari Burma Hulu, Tenasserim dan Arakan sehingga menyebabkan kebudayaan Mon di delta Irrawadi telah digantikan dengan kebudayaan orang Burma. Penghijrahan bukanlah merupakan satu perkara yang baru bagi orang Burma kerana ada pepatah Burma yang berbunyi “tanpa berpindah seseorang itu tidak akan menjadi terkenal atau masyhur”. Pada awalnya perkembangan pertanian padi sawah sangat baik. Misalnya berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6 juta ekar di antara tahun 1855-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport padi daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand dam Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak.

Dengan berlakunya perkembangan dalam pertanian sawah padi ini, British telah membawa masuk orang India untuk atasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam pertanian padi dan menyebabkan berlakunya pertambahan dalam kemasukkan orang India ke Burma. Misalnya pada 1870, terdapat 15 000 buruh dari India membanjiri Burma dan pada 1872, meningkat kepada 37 500 orang atau dua peratus daripada jumlah penduduk Burma di Gilir dan angka ini telah meningkat kepada 297 000 pada 1901 atau tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Burma Hilir. Kemasukan tenaga buruh dari India ini telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam pekerjaan dengan penduduk setempatan.

Akibat perkembangan pertanian yang pesat, berlaku kekurangan tanah pertanian yang telah menyebabkan timbul masalah. Petani petempatan mula menanggung hutang kerana hasil yang diperolehi sedikit sedangkan cukai perlu dibayar. Petani petempatan tidak berupaya untuk menyaingi petani dari India dan mereka hanya memperolehi hasil yang sedikit bagi setiap ekar tanah kerana

Page 8: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

beberapa sebab iaitu kurangnya penggunaan baja moden, benih yang kurang baik, cara pertanian tradisi yang tidak sesuai, tiada pertanian secara besar-besaran dan tidak mempunyai modal yang besar. Akibatnya orang India banyak menguasai tanah dan pada penghujung 1900, enam peratus tanah pertanian di delta dan 19 peratus bagi tanah yang dikuasai oleh bukan petani. Keadaan menjadi teruk pada tahun 1939-an apabila harga beras di pasaran jauh, menyebabkan golongan petani tempatan tidak dapat membayar hutang dan akhirnya banyak tanah lesap ke tangan peminjam-peminjam modal yang rata-ratanya terdaripada golongan ceti India.

3) Minyak

Minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi. Telaga-telaga minyak kebanyakkannya berpusat di Yenangyaung dan selama beberapa abad telah membekalkan kepada rumah-rumah orang Burma dengan bahan api untuk menyalakan pelita-pelita dan juga membolehkan kayu-kayu , tikar dan manuskrip yang dibuat daripada daun palma yang diawet. Pada masa itu, telaga-telaga minyak digali secara primitif atau tradisional iaitu dengan menggali telaga-telaga minyak dengan tangan. Cara ini memerlukan masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi sedikit dan tidak mencukupi sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Amerika untuk memenuhi keperluan penduduk Burma.

British yang melihat pontensi Yenangyung yang mempunyai banyak hasil minyak telah bertidak membuka sebuah firma iaitu Burma Oil Compony pada 1886 di Rangoon. Pada awalnya firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam perusahan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertidak membeli pajakan-pajakan kerajaan dan juga telaga-telaga minyak persendirian. Dalam masa lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak tanah yang menucukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport minyak dari Amerika. Malahan, syarikat ini telah mengeksport minyak yang pertama ke Indi dan pada tahun 1896 ke Pulau Pinang. Saluran paip minyak juga telah dibina oleh syarikat ini 10tahun kemudian yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang penapisannya di Syriam.

Pada waktu ini orang yang memonopoli sector perlombongan dalah orang British. Hal ini kerana, orang British yang menubuhkan syarikat perlombongan dan orang India juga ada yang bekerja dalam syarikat ini serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah Indo-Burma Petroleum Compony, British Burma Petroleum Compony dan Nath Sigh Oil Compony. Perkembangan dalam perlombongan minyak tanah semakin baik selepas abad ke-19. Perkembangan ini dikaitkan dengan kedatangan orang Cina khususnya selepas 1900-an. Secara kesimpulannya kebanyakan aktiviti perlombongan ini juga dimonopoli oleh syarikat British. Kebanyakan penduduk tempatan hanya terlibat dengan menjadi buruh-buruh sahaja. Kedatangan orang India untuk bekerja dalam perlombongan minyak di Burma telah menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi apabila harga beras jatuh dan para petani yang pada awalmya ramai yang bertumpu di Burma Hilir beramai-ramai berhijrah ke Burma Hulu.

4) Pembalakan (kayu jati)

Page 9: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan British di Burma dari segi ekonomi. Tambahan pula, ekonomi Burma juga bergantung kepada aktiviti pembalakan khususnya pembalakan kayu jati yang diperlukan untuk pembinaan kapal. Bahkan kayu jati merupakan sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masyarakat Burma kerana nilai komersialnya yang lebih tinggi berbanding padi (beras) yang tidak boleh dieksport berdasarkan polisi kerajaan Burma. Buktinya, pada tahun 1752, Maharaja Alaupaya telah mengisyhtiharkan kayu jati sebagai ‘pokok diraja’, manakala lebih kurang seratus tahun kemudiannya , Lord Dalhousie telah menjadikan kayu jati sebagai ‘Harta Milik Kemahkotaan British’. Sebenarnya kayu jati di Burma mempunyai sejarah yang paling lama dibandingkan dengan bahan eksport yang lain. Ia telah digunakan pedagang-pedagang Arab pada abad ke-6 masihi. Kayu jati merupakan ass kepada perusahaan membina kapal di Burma dalam abad ke-17 dan telah menjadi objek utama dalam persaingan anatara British-Perancis pada abad ke-18. Kayu jati Burma mendapat permintaan yang tinggi di luar negara kerana mutunya yang tinggi, harganya pula murah dan sesuai digunakan untuk industri kapal dan binaan. Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah berkembang apabila perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun 1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan kayu jati diambil di Burma khususnya di Moulmein. Walaupun, Moulmein berkembang maju tetapi akibat eksploitasi yang berlebihan, kayu jati Moulmein berkurangan dan British beralih kepada Ranggoon (Yangon) yang berkembang dalam perdagangan. Menurut D.G.E. Hall :

“But indiscriminate felling without proper supervision ruined many of forest, and rapid development of Rangoon after 1852 caused Moulmeon’s star wane”

Kepentingan eksport kayu jati kepada pihak British dan kerajaan Burma terbukti apabila berlaku peperangan pada bulan Ogos 1885 kerana Raja Thibaw mendakwa Syarikat Perdagangan Bombay-Burma telah mengambil lebih banyak kayu jati melebihi perjanjian yang telah dibuat sebelum itu. Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan menjelang 1830-an, perusahan kayu jati berkembang sehingga menjadi sumber kekayaan yang laing utama di daerah ini. Pada tahun 1941, Burma telah mengeluarkan kira-kira ¾ eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak 400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini merupakan hak milik British setelah dieksploitasi sepenuhnya oleh mereka. Namun, keadaan ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan mengilang papan dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan mengawal aktiviti pembalakkan kayu jati. Namun menjelang tahun 1850-an, banyak hutan telah musnah dan British telah menubuhkan Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi pengawalan aktiviti pembalakan.

5) Sumber hasil bumi yang lain

Selain beras (padi), minyak dan kayu jati, Burma juga turut bergantung kepada pengeluaran timah hitam (plumbum), wolfram (bijih tungsten), dan bijij timah. Namun, pada peringkat awal sebelum kedatangan British, eksport bahan mentah ini adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Olej itu, pihak British telah mengambil kesempatan atas dasar penjajahan bagu memonopoli sumber-sumber bahan mentah tersebut. Plumbum didapati dari lombong-lombong di Badwin (40 batu ke timur laut Lashio) dan

Page 10: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

lombong di Namtu. Seperti yang berlaku dalam perusahaan minyak, perusahaan plumbum juga dimonopoli oleh syarikat British diwakili oleh Syarikat Perdagangan Bombay-Burma. Perkembang perusahaan ini hanya berlaku selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara lombong-lombong pengeluar timah hitam dan perak yang terkaya di dunia dan lombong ini menjadi pusat pengeluaran tembaga, nikel, spis dan kobaltum.

Burma juga kaya dengan hasil bijih timah yang termasuk dalam lingkaran bijih timah Asia. Namun perusahaan bijih timah juga seperti perusahaan plumbum yang berkembang selepas abad ke-19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih tertarik dengan penemuan wolfram di Mawehi. Buktinya, Burma hanya mengeluarkan 100 tan bijih timah setahun sebelum 1910 bijih timah. Perlombongan wolfram juga berkembang selepas tahun 1900. Sedikit batu delima dan batu nilam yang menjadi bahan termasyhur di Burma sejak dahulu lagi turut di lombong. Lombong batu delima dan nilam ini terdapat di sekitar daerah Mogok (utara Mandalay). Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu, garam dan jed yang dilombong.

Pada awalnya getah turut ditanam di Burma, namun tanaman ini didapati tidak sesuai diusahakan di Burma kerana faktor iklim. Namun apa yang pasti dalam perusahaan getah ini kebanyakan tenaga buruh yang mengusahakan lading getah adalah tersiri daripada orang-orang India. Ladang-ladang getah tidak dimiliki oleh orang tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil British (contohnya Steel Brothers) dan orang-orang tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil sahaja. Oleh itu, telah terbukti bahawa faktor ekonomi juga menjadi daya penggerak penjajahan Barat di Burma. Namun begitu, perkembangan ekonomi Burma di bawah penguasaan British yang berteraskan pertanian padi, eksploistasi kayu jati dan logam menjadikan Burma terlalu bergantung pada pasaran antarabangsa dari segi eksport dan import.

Selain daripada kekayaan sumber bahan mentah dan pertanian di Burma, faktor yang menyebabkan pergerakan penjajahan British disebabkan kepentingan perdagangan British di negara itu. Hal ini kerana pada peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan Burma telah member layanan yang buruk terhadap pedagang-pedagang British termasuklah penetapan harga yang tinggi untuk memperolehi barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak monopoli ke atas hal ehwal perdagangan di Burma. Tambahan pula British bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutana di Burma Hulu.

Kesimpulan

Penjajahan ke atas sumber ekonomi menjadi faktor penting yang merupakan daya penggerak penjajahan Barat di Asia Tenggara. Persaingan antara kuasa Barat, seperti British dan Perancis dalam kajian ini juga melihat kepada penjajahan ke atas Asia Tenggara. Namun begitu penentangan-penentangan yang dilakukan oleh golongan rakyat dan raja negeri-negeri yang dijajah itu juga melihat akan kesedaran penduduk Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, pada akhir tempoh abad ke-19 juga

Page 11: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

melihat negara seperti British mula bergiat aktif dalam politik Asia Tenggara. Pemerintahan British yang mengamalkan dasar ekonomi kapitalis telah mengakibatkan perubahan ekonomi, politik dan social yang penting di Burma. Antara lain Burma telah mencapai kebudayaan dan social. Sebahagian besar daripada kemajuan Burma dinikmati oleh orang asing. Keadaan ini telah mencetuskan semangat kebangsaan kepada rakyat Burma.

Page 12: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

SEJAUH MANAKAH FAKTOR EKONOMI MEMPENGARUHI KUASA-KUASA BELANDA UNTUK CAMPUR TANGAN INDONESIA

Pengenalan

Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia tEnggara pada peringkat awal adalah atas dasar perdagangan atau mekantilisme atau mengembangkan agama. Istilah ini yang digunakan sejak abad ke-18 diertikan sebagai doktrin ekonomi dan falsafah moral. Keadaannya berubah yang membawa kepada imperialism iaitu penguasaan atau kawalan sesuatu bangsa ke atas politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung ke atas bangsa atau masyarakat lain. Sementara kolonialisme pula diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas negara yang lain dari aspek politik, ekonomi dan social. Dasar perluasan kuasa barat ke Asia Tenggara dipengaruhi oleh beberapa faktor antara yang penting ialah faktor ekonomi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang tidak kurang pentingnya. Pada abad ke-19 perkembangan pesat berlaku dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Keadaan ini menyebabkan negara-negara keluar mencari tanah jajahan. Dalam hal ini Britain yang mengalami Revolusi Perindustrian telah mencari tanah jajahan dan berjaya membentuk tanah jajahan merangkumi Amerika Utara hingga ke China. Kemudian negara-negara Eropah yang lain telah mengikut jejak British termasuk Belanda, Keperluan ekonomi turut mendorong Belanda menjalankan dasar perluasan kuasa di Hindia Timur dan British di Myanmar.

Faktor Ekonomi

Pihak Barat telah berada di Asia Tenggara sejak abad ke-16 untuk tujuan perdagangan. Kuasa-kuasa Barat telah berjaya membuka penempatan di Asia Tenggara dalam usaha mengembangkan perdagangan mereka. Pihak Belanda telah bertapak di Indonesia.Tujuan Belanda campur tangan secara langsung di Indonesia untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka. Selain itu, mereka berusaha untuk menyebarkan agama kristian dan meluaskan empayar masing-masing. Sejak abad ke-15 kuasa-kuasa barat termasuk Belanda telah menunjukkan minat untuk menguasai kawasan yang kaya dengan rempah ratus, sutera dan the. Sikap ini berubah setelah Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah.

Campur tangan Belanda di Indonesia sememangnya bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonominya. Indonesia yang dijajah oleh Belanda dimiliki daya tarikan ekonomi. Belanda ingin memonopoli perdagangan rempah-ratus di Kepulauan Indonesia. Belanda telah menguasai kawasan-kawasan pengeluar rempah utama seperti Maluku, Makasar dan Banten. Pada abad ke-16 hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangang mereka sehingga mendorong Belanda

Page 13: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur. Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam, kemudian singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam pada tahun 1597. Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintaha tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan member perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat memonopoli perdagangan buah pala. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada thaun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Reenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6 ½ juta guilder. Penguasaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelaj berjaya dalam tanaman rempah. Perkembangan Revolusi Perindustrian yang melanda Eropah pada abad ke-19 turut menjadi faktor campur tangan Belanda. Sehubungan perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah Belanda memerlukan kawasan untuk memasarkan barangan industri. Oleh sebab sebahaian besar daripada negara di Eropah terlibat dalam perindustrian, kawasan pasaran baharu, khususnya Indonesia menjadi tumupuan disebabkan jumlah penduduk yang ramai di kawasan Asia Tenggara.

Perusahaan mengetin makanan turut berlaku akibat pengeluaran yang berlebihan akibat Revolusi Pertanian termasuk di Belanda. Perusahaan ini memerlukan bijih timah. Bijih timah merupakan eksport utama Pulau Bangka, Pulau Belitong dan Palembang. Pengeluaran bijih timah di Eropah tidak dapat memenuhi permintaan dan Indonesia menawarkan keperluan ini terhadapnya. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera dan kapal terbang yang memerlukan petrol sebagai bahan api telah menyebab permintaan terhadapnya melambung. Pada tahun 1890an petroleum telah dicari gali di Pulau jawa, Sumatera dan Kalimantan.

Kemajuan teknologi dan kekayaan bahan mentah telah menjadi pilihan Belanda untuk menjajah Indonesia kerana kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timahm bijih besi, emas dan petroleum. Iklim yang sesuai dan tanah yang subuh sesuai untuk pelbagai jenis tanaman komersil seperti getah, kelapa sawit, padi dan tebu. Keadaan ini berlaku kerana Belanda kekurangan tanah pertanian memandangkan struktur geografi Belanda yang berada di bawah paras laut dan kekurangan tanah untuk diusahakan.

PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ & TELEGRAF

Page 14: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan. Pembukaannya menyebabkan kuasa barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan penguasaan British ini maka imprialisme barat dapat mara dengan ke Asia Tenggara. Contohnya Belanda mula giat dengan lebih aktif di Indonesia, Britain di China, Amerika Syarikat di Jepun, British di Burma dan Perancis di Indochina. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuahn baru dibuka seperti di Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah barat terutama British dan Belanda. Ciptaan telegraf juga membantu dalam mempercepatkan lagi urusan dagangan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat. Jika melalui tanjung Pengharapan jarak perjalanan ialah 12 400 batu sementara menggunakan Terusan Suez 8000 batu.

FAKTOR POLITIK

Barat terdorong untuk meluaskan kuasa politik di Asia. Kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan dengan tujuan untuk menaikkan imej negara mereka dan membentuk dengan Britain sebagai pelopor. Diikiuti oleh Sepanyol, Jerman, Perancis dan Amerika Ayarikat yang menganggap negara mereka sebagai suatu kuasa besar. Dalam proses imperialism berlaku persaingan kuasa. Contohnya Jerman selepas penyatuan Bismarck begitu juga dengan Itali di bawah pimpinan Count C arour. Negara-negara Eropah terutamanya Jerman dan Itali ingin menguasai tanah jajahan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi serta imej mereka sebagai kuasa besar dunia. Belanda memperluaskan pengaruhnya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British dan mengancam kepentingannya. Di kepulauan rempah dan kepulauan Melayu.

FAKTOR SOSIAL

Barat menganggap orang-orang Asia belum bertamadun kerana barat telah maju dalam bidang sains dan teknologi. Belanda menganggap mereka bertanggungjawab untuk mengubah kebudayaan penduduk kepada satu sistem Kebudayaan Barat yang lebih baik. Mereka mengulas tugas sebagai “Beban Orang Putih” atau (White Men Burden). Keyakinan itu digunakan sebagai alasan untuk menjelajah dunia. Kedatangan kuasa Barat juga untuk menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan agama Islam. Pada mereka ini adalah tugas yang suci dan mulia. Mereka menyebarkan konsep bahawa peradaban barat lebih tinggi daripada peradaban bangsa lain. Keadaan ini jelas apabila ramai penduduk tanah jajahan dikristiankan seperti Belanda di Indonesia.

KEMAJUAN PENGANGKUTAN (Sains dan Teknolgi)

Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan penciptaan baru iaitu kapal wap dan penciptaan ini lebih memudahkan proses perluasan kuasa kerana selamat dan tidak bergantung kepada

Page 15: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

angin, kos pengangkutan barangan lebih rendah dan boleh membawa muatan banyak, masa perjalanan dipendekkan dan kekuatan kapal perang dengan senjata moden membolehkan mereka membolot perdagangan di Asia Tenggara. Faktor perhubungan ini juga turut menarik kemasukkan pelabur-pelabur Eropah untuk melabur modal di Indonesia kerana memudahkan dan mempercepatkan urusan perdagangan terutama import dan eksport.

Perkembangan dalam bidang teknologi telah meningkatkan lagi permintaan ke atas bahan-bahan mentah yang tidak dikehendaki dulu. Contohnya ciptaan jentera memproses minyak sayur membawa kepada permintaan yang tinggi ke atas minyak kelapa sawit dan kelapa. Keadaan ini menyebabkan Belanda membuka lading kelapa sawit yang pertama di Medan, Sumatera pada tahun 1911.

PERGOLAKAN DALAMAN YANG BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ASIA

Pergolakan dalaman yang berlaku khususnya perang saudara dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing campur tangan dalam pentadbiran tempatan. Kekacauan tersebut menyebabkan aktiviti ekonomi pedagang asing terganggu, malahan megakibatkan kerugian harta benda. Selain itu, pemerintah tempatan yang tidak mampu menjaga keamanan dan keselamatan neagara menyebabkan pihak Barat campur tangan dalam pemerintahan. Contohnya, kegiatan lanun yang berleluasa di Kepulauan Rempah, khususnya di Makasar menyebabkan Belanda bertindak campur tangan untuk membanteras kegiatan lanun.

KESIMPULAN

Campur tangan asing di Asia Tenggara disebabkan faktor ekonomi, iaitu kekayaan sumber alam. Perkembangan Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah merancakkan usaha mereka untuk mencari bahan mentah dan mencari pasaran untuk barangan keluaran kilang mereka. Selain itu, misi penyebaran agama kristian turut menjadi faktor campur tangan asing secara langsung di Asia Tenggara. Persaingan antara kuasa Barat untuk membina empayar yang luas di seberang laut mempercepatkan proses campur tangan asing di negara-negara di Asia Tenggara. Masalah dalaman di negara Asia Tenggara turut mengundang campur tangan Barat dalam hal ehwal tempatan. Kuasa-kuasa asing ini akhirnya telah berjaya menguasai negara-negara di Asia Tenggara dan sekaligus mengukuhkan kedudukan ekonomi dan politik mereka.

Page 16: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

BINCANGKAN PERLUASAN KUASA BELANDA DI INDONESIA SEPANJANG ABAD KE-19

PENGENALAN

Dasar imperialism dan kolonialisme jelas menunujukkan kehebatan kuasa-kuasa barat termasuk Belanda. Sarjana membahagikan proses campur tangan melalui 3 cara iaitu melalui peperangan, perjanjian dan pengilhakan. Campur tangan di Indonesia pada abad ke-19 ialah melalui perjanjian dan peperangan. Menjelang akhir abad ke-18, Belanda telah menguasai Pulau Jawa melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang ditubuhkan pada tahun 1602. Belanda merupakan kuasa yang paling berpengaruh di seluruh Kepulauan Indonesia dan memperkukuhkan kedudukannya di Indonesia melalui 3 dasar ekonomi iatu Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika. Mulai than 1859 orang Belanda telah melibatkan diri dalam pertelingkahan tempatan dan berjaya meluaskan kekuasaan mereka ke atas wilayah di pulau-pulau luar. Pada tahun 1971, pErjanjian Sumatera ditandatangani anatar Belanda dan British yangmemberi kebebasan kepada Belanda untuk berkuasa di Sumatera. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga telah memberi peluan kepada Belanda untuk meluaskan pengaruh di Indonesia tanpa perlu bersaing dengan British.

PERLUASAN KUASA DI PULAU JAWA

a) Perluasan kuasa Marshal Daendals 1808-1811

Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di Pulau Jawa, mengadakan pembaharuan sera mengukuhkan kuasa Belanda di Hindia Timur. Beliau telah campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan dengan menyerang dan memusnahkan Kota Bantam kerana keenganan Sultan Banta menghantar buruh ke Betawi sultan telah dubuang ke Pulau Ambon manakala menterinya dibunuh. Keadaan ini membolehkan Bantam dijadikan sebagai tanah jajahan Belana pada tahun 1809.

Tindakan Sultan Amangkubuwono II ( Sultan Sepuh) iaitu Sultan Jogjakarta yang bersekutu dengan British bagi memperkukuhkan tenteranya tutut menimbulkan kebimbangan Belanda. Oleh itu , pada 1810 Daendals telah menyerang dan menakluki Jogjakarta. Sultan telah dihukum buang negeri.

b) Perluasan kuasa De Bus de Gisignies (1825-1830)

Perang Jawa(1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puasa hati iponegoro, putera kerajaan Jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capeelan di Pulau Jawa. Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya mengasai Banjumas, Bagelan, Madiun dan Kendiri yang sebelumnya dikuasai

Page 17: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

oleh Sultan Jogjakarta. Sultan Pakubuwono, Sultan Surakarta dibuang negeri ke Ambon. Setelah itu Belanda melantik Putera banginda sebagai sultan dengan gelaran Pakubuwono VII yang menjadi boneka kerajaan Belanda.

PERLUUASAN KUASA DI SUMATERA

Belanda mengamalakan dasar berhati-hati berpanduakn Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 kerana kedua-dua kuasa Barat ini telah bersetuju menghormati kemerdekaan dan kedaulatana Acheh. Oleh itu perluasan kuasa Belanda di Sumatera adalah secara berperingkat-peringkat. Untuk melindungi kepetingan dan kedudukan mereka di INDONESIA, ORANG Belanada terpaksa lebih beruasaha untuk menghapuskan kegiatan lanun dan perdagangan hamba abdi di Sumatera. Antara tahun 1856 hingga 1868 pualu-pulau Lampong dan daerah Batak jatuh ke bawah kuasa Belanda.

Pada tahun 1868, Sultan Siak telah meminta bantuan seorang pedagang British bernama Wilson apabila diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya mengalahkan musuh Sultan Siak dan merampas Siak untuk dirinya. Tindakan Wilson telah membimbangkan Belanda dan untuk menjamin kedudukan mereka Belanda mengusir Wilson secara paksaan. Belanda telah menandatangani perjanjian dengan Sultan Siak dan meletakkan wilayah seperti Siak, Deli dan negeri naungannya iaitu Serdang, Langkat dan Asahan di bawah pemerintahan Belanda. Kemaraan, Belanda telah membangkitkan bantahan hebat dari British yang mendakwa Belanda melanggar perjanjian. Memandangkan perselisihan tersebut satu penyelesaian diadakan akhirnya Perjanjian Sumatera ditandatangani pada tahun 1871.

Perjanjian Sumater 1871 telah menyerahkan kawasan milik mereka di Afrika Barat kepada British. Belanda seterusnya bebas bergerak di Sumatera. Perjanjian ini telah membawa kesan iaitu Belanda brjaya memperkukuhkan kuasanya di Sumater dan seterusnya menguasai seluruh Sumatera. Belanda juga berpeluang memperluaskan kuasanya terhadap Acheh.

PERLUASAN KUASA DI BANJAR MASIN

Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan Timur Pulau Hutan menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dengan Sultan Banjarmasin anatar tahun 1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga sering berlaku huru hara akibat perang menentang Boni pada tahun 1858 sehingga 1859 yang membawa kepada campurtangan Belanda. Pada tahun 1856, Belanda menakluki jajahan Lampung, Batak 1857 dan Bangkahulu 1868. Pada tahun 1894 pula berajaya menguasai Lombok.

KESIMPULAN

Imperialisme Belanda di Indonesia dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama belaku pada abad ke-17 dan tahap kedua selepas kemenangan dalam perang Jawa. Pada peringkat awal ianya untuk menguasai perdaganagan rempah di Timur. Menjelang pada abad ke-17, hampir seluruh Hindia Timur

Page 18: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

telah dikuasai Belanda. Penguasaan tahap kedua dikukuhkan dengan perlaksanaan tiga dasar ekonomi iaitu Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika.

HURAIKAN PROSES CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA (MYANMAR) PADA KURUN KE 19

PENGENALAN

Kemaraan Inggeris di Burma dijalankan secara tiga peringkat iaitu melalui Perang Inggeris-Burma 1 (1824-1826) yang mengakibatkan perampasan Arakan dan Tenasserim oleh Inggeris. Peperangan ini menyebabkan Burma terpaksa menandatangani perjanjian Yandabo. Akibat dari rasa tidak puas hati kedua pihak menyebabkan perang Inggeris-Burma 11 (1856) yang membolehkan Inggeris merampas Burma Hilir. Perang Inggeris-Burma 111 telah membawa kepada penakulukan Burma Hulu.

PROSES CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA

FAKTOR-FAKTOR PERANG BRITISH-BURMA 1

MASALAH PELARIAN ORANG-ORANG ARAKAN

Hubungan antara British Myanmar mula mengalami krisis sejak pemerintahan Raja Bodawpaya. Raja Bodawpaya telah menjalankan dasar perluasan wilayah. Pada tahun 1784 wilayah Arakan yang bersempadan dengan wilayah British-India telah ditawan. Arakan telah dikalahkan dan doletakkan di bawah penguasaan Myanmar. Raja Bodawpaya bertindak kejam ke atas penduduk Arakan. Baginda telah merampas harta benda penduduk dibawa balik ke Amarapura, ramai penduduk telah dihukum bunuh, mengerah tenaga penduduk untuk menjadi askar dan membuat kerja-kerja pembinaan pagoda tanpa tanpa dibayar upah dan ianya telah membangkitkan kemarahan orang-orang Arakan dan mereka telah bangkit menentang melalui beberapa siri penentangan pada 1794, 1799, 1811 tetapi gagal. Bagi mengelakkan serang balas daripada tentera Bodawpaya, pemberontak Arakan telah melarikan diri ke Chittagong yang merupakan wilayah Inggeris dan ianya tidak disenangi oleh Inggeris seterusnya mencetuskan masalah sempadan antara kedua-dua iaitu Myanmar dan Inggeris seterusnya mencetuskan masalah sempadan antara kedua-dua iaitu Myanmar dan Inggeris di India. Raja Bodawpaya meminta Inggeris menyerahkan pemberontakan Arakan yang mendapatkan perlindungan Inggeris tetapi permintaan tersebut tidak dihiraukan oleh Inggeris. Tentera Myanmar telah memasuki wilayah Inggeris untuk menangkap mereka. Mereka juga telah mendirikan pangkalan tentera di seberang Sg Naaf untuk menangkap pemberontak. Keadaan ini menyebabkan Inggeris tidak berpuas hati dan merenggangkan hubungan antara Inggeris dan Myanmar.

PEMBERONTAKAN CHIN BYAN

Page 19: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Pemberontakan Chin Byan berlaku pada tahun 1811. Chin Byan telah mendirikan sebuah pengkalan tenter di Chittagong dalam wilayah Inggeris. Beliau telah melancarkan beberapa serangan ke atas wilayah Myanmar dan berjaya menawan Mrohaung. Tentera Arakan telah menyerang balas dan cuba menangkapnya tetapi gagal dan telah berjaya melarikan diri dan memasuki Chtittagong dengan mudah. Bodawpaya telah menuduh Inggeris memberi perlindungan dan membantu Chin Byan menyerang Myanmar tetapi Inggeris menafikannya. Tuduhan Burma atas alas an Chin Byan mampu mengumpulkan 20 000 orang tentera dan dapat menyeberangi sempadan Arakan menggunakan perahu yang banyak. Inggeris juga telah menjalankan usaha untuk menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan ini menyebabkan maruah Inggeris jatuh dan hubungan diplomatic antara keduanya semakin rumit dan tegang. Ketegangan ini berlanjutan walaupun Chin Byan mati pada tahun 1815.

PENOLAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

Inggeris perlu menjalinkan hubungan baik dengan Myanmar atas kepentingan perdagangan Inggeris berminat menguasai perdagangan di Myanmar kerana ia kaya dengan kayu jati untuk perusahaan perkapalan. Penguasaan ke atas Myanmar perlu untuk menjamin bekalan yang secukupnya. Tambahan pula, Inggeris berhasrat menjadikan Myanmar sebagai tempat memasarkan barangan industri Britain. Kedudukan Myanmar penting untuk meluaskan dan memantapkan lagi penguasaan ekonomi Inggeris di Asia

Inggeris telah menghantar wakilnya untuk berunding dengan istana Ava antaranya ialah Kapten Michael Symes pada 1795. Beliau ditugaskan untuk berunding dengan pemerintah Myanmar berhubung menyelesaikan masalh sempadan Arakan, merundingkan perjanjian perdagangan dengan Myanmar, menutup pelabuhan Myanmar kepada perdagangan Perancis dan membincangkan pelantikan seorang wakil Inggeris di Myanmar.

Hasilnya Raja Bodawpaya bersetuju mnerima seorang Residen Inggeris tetapi keberatan untuk menutup pelabuhannya kepada perdagangan Perancis serta enggan menyelesaikan masalah sempadan Arakan selagi pemberontak-pemberontak Arakan tidak diserahakan kepada baginda. Oktober 1796, Kapten Hiramcox telah dihantar sebagai Residen Inggeris di Myanmar. Malangnya, beliau tidak disukai kerana bongkak dan sering kali menghina rakyat Myanmar. Tingkah lakunya telah menimbukan kebencian Istana Ava dan masyarakat. Kapten Hiramcox akhirnya ditangkap oleh tentera Burma dan setelah dibebaskan beliau membuat kenyataan kepada Inggeris di India bahawa Raja Bodawpaya hendak menyerang Chittagong dan Assam. Kemudian keadaan ini menyemarakkan lagi ketegangan hubungan antara kedua kuasa. Inggeris kemudiannya menghantar John Cannings sebagai Residen Inggeris kedua. Beliau juga tidak dapat bertugas lama di Myanmar kerana layanan tidak baik daripada pemerintah. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan antara Inggeris Myanmar. Peperangan dianggap sebagai jalan penyelesaian kerumitan hubungan antara dua pihak.

PERTENTANGAN KEBUDAYAAN

Page 20: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Burma merupakan sebuah kuasa yang konservatif dan angkuh, berasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Kejayaan Alaungpaya menyatukan Burma menundukkan puak-puak Mon, Shan dan puak lain serta pemusnahan kota Ayuthia oleh Hsinbusyin menambah lagi kepercayaan orang Burma tentang ketinggian kebudayaan dan kekuatan negaranya. Raja Burma berpendapat bahawa mereka mempunyai taraf yang sama dengan kuasa-kuasa asing. Dengan itu, Burma hanya akan menjalikan hubungan dengan Raja England sahaja dan bukan dengan Wizurai India. Inggeris marah kerana mendapat layanan yang kurang baik dan dianggap sebagai pembawak ufti yang mesti mematuhi adat menyembah Raja Burma seperti menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas kantai sebelum menghadap gajah. British menanggap satu penghinaan. Keadaan ini merenggangkan lagi hungan natara dua kuasa.

ANCAMAN PERANCIS

Perancis jugak sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh di Myanmar. Perancis merupakan musuh Inggeris kerana dasar perluasan kuasa Perancis. Mereka pernag berperang di India pada tahun 1770 dan 1780. Pada tahun 1807, Perancis telah menandatangani Perjanjian Tilsith dengan Rusia (Napoleon dengan Tsar Alexandar I). perjanjian ini membimbangkan Inggeris kerana memungkinkan Perancis beregerak melalui Rusia dan menyerang India. Memandangkan hakikatnya Burma berkongsi sempadan dengan India oleh itu Inggeris tidak mahu bermusuhan dengan Myanmar kerana khuatir negara itu cuba mendapatkan bantuan Perancis. Inggeris juga berasa curiga kemungkinan Perancis akan menggunakan peluang ini untukmenjadikan Myanmar sebagai pangkalan tentera bagi menyerang Inggeris di India. Jika ini terjadi hasrat Inggeris untuk menguasai perdagangan kayu jati di Myanmar akan terjejas. Malah hasrat Inggeris untuk menggunakan sebagai jalan ke China juga tidak berjaya.

1783 Perancis telah menghantar utusannya ke istana Ava bagi membincangkan mengenai hak perdagangan dengan Raja Bodawpaya. Tindakan Perancis mencetuskan kebimbangan Inggeris. Tambahan pula, Perancis telah bertapak di Pulau Mergui dan menjadikan lokasi tersebut sebagai pangkalan membaiki kapal-kapal mereka di Asia Tenggara. Bagi menyekatkan perluasan kuasa Perancis di Myanmar Kapten Michael Symes telah dihantar untuk meminta supaya kerajaan Myanmar menutup pelabuhannya kepada Perancis tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Bodawpaya. British juga menyedari kekuatan tentera Burma dan keadaan huru hara di Burma. Keadaan ini disenangi oleh Inggeris kerana diharapkan pemberontak Arakan akan melemahkan Burma dan tidak akan mengancam kepentingan Inggeris di India. Hal ini membolehkan Inggeris mendesak Burma supaya member konsesi perdagangan.

DASAR CAMPURTANGAN MYANMAR DI ASSAM, MANIPUR DAN CACHAR

1879, Raja Bodawpaya mangkat dan digantikan oleh cucunya Bagyidaw. Baginda meneruskan dasar perluasan kuasa dengan bantuan General Mha Bandula yang bercita-cita untuk meluaskan kuasa ke Assam, Manipur dan Benggala Timur. Pada hari pertabalan Bagyidaw, Raja Manipur tidak menghadirkan diri. Maha Bandula menggunakan alas an ini untuk menyerang Manipur. Raja Manipur dan rakyatnya

Page 21: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

telah melarikan diri ke Cachar dan mereka telah diburu oleh tentera Myanmar. Keadaan ini memaksa pemerintah Cachar melarikan diri ke Chittagong dan cuba mendapatkan bantuan Inggeris. Kerajaan Inggeris sedar bahawa sekiranya Cachar jatuh ke tangan Burma kedudukan Benggala Timur akan terancam. Oleh itu, demi mencegah kemraan Burma, Inggeris segera mengishtiharkan pertuannya ke atas Cachar, Manipur dan Assam.

PENAWANAN PULAU SHAHPURI

1823 tentera-tentera Burma telah menyerang Pulau Shahpuri dan Sg Naaf. Tindakan ini Myanmar ini mencetuskan kebimbangan Inggeris kerana Inggeris telah mengakui pulau tersebut kepunyaannya dan sebuah kubu pertahanan telah didirikan di situ. Ekoran itu Inggeris mendesak agar tentera Myanmar segerakan meninggalkan pulau itu. Meskipun, pulau itu dapat ditawan semula oleh Inggeris namun kedegilan Maha Bandula yang meneruskan usaha untuk menyerang Chittagong menambahkan kebencian Inggeris. Alasan ini digunakan oleh Inggeris untuk menunggu masa yang sesuai bagi melancarkan serangan ke atas Burma. Sebelum ini Inggeris sedang berperang di Mysore dan Martha. Sebaik sahaja peperangan tamat Inggeris di bawah Gabenor Jeneral Lord Amherst telah mengisytiharkan perang ke atas Burma pada 5 Mac 1824 dn bermulalah Perang Imggeris-Burma 1.

Permulaan campur tangan British di Burma dimulai dengan termetrinya Persetiaan Yandabo pada 24 Februari 1826 akibat kekalahan Burma dalam Perang Inggeris Burma 1. Syarat-syarat perjanjian ini ialah :

a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada Inggeris.b) Burma berjanji tidak akan meluaskan kuasanya atau campur tangan di sempadan timur laut

India.c) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur. Burma

berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal kedua-dua negeri itu.d) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada Inggeris.e) Burma bersetuju menerima seorang Residen Inggeris untuk menjalinkan hubungan diplomatikf) Burma bersetuju menghantar seorang duta ke Calcutta untuk menjalinkan hubungan diplomatik.g) Burma juga bersetuju akan merundingkan satu perjanjian perdagangan dengan Inggeris.

Perjanjian ini membawa pengertian yang mendalam kepada Burma. Maruah Burma jatuh teruk kerana kekalahan tenteranya kepada Inggeris dianggarkan 15 000 orang tentera Burma mati dalam peperangan. Maruah Burma sebagai sebuah negara yang agong jatuh dan mereka terpaksa menerima konsep persamaan taraf yang dibawa oleh Inggeris. Melaui perjanjian ini juga Inggeris berjaya mengambi alih wilayah Myanmar yang kaya dengan hasil hasil beras iaitu Tenasserim dan Arakan. Penguasaan ini juga membolehkan Inggeris bergerak secara aktif untuk menguasai perdagangan kayu jati dan wilayah ini juga dijadikan sebagai satu tapak kukuh untuk meluaskan kekuasaan mereka di seluruh Burma tanpa gangguan kuasa Perancis. Tambahan pula, penyerahan

Page 22: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Assam oleh Burma telah membolehkan Kerajaan India-Inggeris memperolehi suatu sempadan timur yang lebih selamat. Akibat daripada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan dan perasaan tidak puas hati yang timbul akibat Perjanjian Yandabo yang dianggap berat sebelah oleh Burma menyebabkan Perang Inggeris Burma II meletus dan menyebabkan Burma dapat dikalahkan dengan mudah sekali lagi dalam peperangan. Kemenangan Inggeris sekali lagi membuktikan kelemahan tentera Burma. Dalam tempoh masa yang singkat (8 bulan) seluruh wilayah Pegu telah jatuh ke tangan Inggeris. Dengan penaklukan Pegu bermakna seluruh Burma termasuk Rangoon, Martaban dan Bassein turut dikuasai Inggeris. Sehingga Disember 1852 telah memperlihatkan perluasan kuasa Inggeris di selatan Burma. Penguasaan ke atas Tenasserim dan Pegu yang memiliki ke semua pelabuhan perdagangan terpenting menjadikan Burma sebagai sebuah negara yang terpencil dan tertutup. Perang Inggeris-Burma II membawa kejatuhan kuasa Raja Pagan Min. Sekali lagi peperangan di antara Inggeris dan Burma tidak dapat dielakkan. Perang Inggeris-Burma III telah berlaku pada tahun 1885. Peperangan ini juga telah membawa kekalahan kepada Burma dan seterusnya meletakkan Burma di bawah kekuasaan Inggeris dengan penawanan Burma Hulu. Burma telah kehilangan kemerdekaannya dan menjadi tanah jajahan British. Perang ini telah menamatkan sistem pemerintahan beraja di Burma dan menandakan tamatnya pemerintahan Dinasti Kounbaung.

KESIMPULAN

Kuasa barat telah bertapak kukuh melalui peperangan yang seterusnya diakhiri dengan perjanjian di kedua-dua negara. Selain dapat meluaskan kuasa Barat telah dapat meluaskan kepentingan ekonomi dan perdagangan. Seterusnya, memperlihatkan kuasa tempatan jatuh dan maruah kedua-dua kerajaan yang mengaku sebagai middle kingdom jatuh. Seluruh Myanmar telah jatuh ke tangan Inggeris dengan kekalahan raja Thibaw dan penawanan Burma Hulu. Myanmar telah hilang kemerdekaan dan menjadi tanah jajahan Inggeris sehingga tahun 1948.

BINCANGKAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PEMERINTAHAN BELANDA

Page 23: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

PENGENALAN

Pada abad ke-19, kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk mendapat bahan mentah dan pasaran bagi barangan perkilangan mereka akibat Revolusi Perindustrian. Indochina dijajah oleh Perancis, Filipina dijajah oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat, Burma dan India oleh British dan Indonesia oleh Belanda. Akibat campur tangan yang membawa kepada perubahan-perubahan dalam ekonomi, sosial dan politik serta mengancam kedudukan masyarakat tempatan menyebabkan berlaku beberapa penentangan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan. Kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat pribumi yang seterusnya mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda. Penentangan berlaku di beberapa kawasan seperti Maluku, Sulawesi, Sumatera dan Pulau Jawa.

1. SUMATERA

a) Minangkabau : Perang Paderi, telah meletus pada 1819-1832. Pada mulanya ia menentang kegiatan yang bercanggah dengan agama Islam, seperti berjudi, sabung ayam dan pesta-pesta yang bertentangan dengan agama. Tetapi kemudiannya ia menjadi penentangan perluasan kuasa Belanda di Minangkabau. Golongan agama telah berjaya menguasai Minangkabau dan mengenepikan golongan diraja. Namun begitu, apabila Belanda kembali ke Padng pada 1819, Belanda telah memerangi golongan paderi. Angkatan paderi di bawah Imam Bonjol melancarkan gerakan tentangan k eats Belanda. Namun begitu pada tahun 1825 Tunku Imam Bonjol menandatangani perjanjian damai dengan Belanda. Walaupun begitu gerakan tentangan ke atas Belanda masih berterusan di bawah pimpinan Tunku Imam Bonjol, Tembusai dan Tunku Nan Cerdik. Gerakan Paderi berakhir pada tahun 1832.

b) Acheh 1873-1912 :Kegiatan Belanda ingin menguasai perdagangan Acheh menyebabkan berlakunya konflik antara kedua pihak. April 1873, angkatan Belanda di bawah Major General J.H.R Kohler menyerang Acheh. Angkatan Acheh berjaya mengalahkan tentera Belanda, Khler terbunuh dalam pertempuran di Masjid Raya. Kemudian angkatan Acheh menghadapi serangan Belanda di bawah pimpinan Van Swieten. Angkatan Acheh gagal dan Van Swieten berjaya menguasai istana Acheh pada tahun 1874. Perjuangan menentang Belanda diteruskan, tetapi Acheh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1903.

2. BANJARMASINPerjuangan berpunca daripada penglibatan Belanda dalam soal tahta kerajaan Banjarmasin.

Apabila Sultan Adam mangkat pada tahun 1857, calon yang mendapat sokongan Belanda, Pengiran Tamjid Ulah, cucu Sultan Adam dilantik sebagai peganti. Baginda tidak disenangi oleh saudaranya, Pengiran Hidayat. Akibatnya Pengiran Tamjid Ulah turun dari tahta. Belanda mengambil langkah menghapuskan Kesultanan Banjarmasin pada 1860. Langkah Belanda ini menimbulkan tindak balas dan gerakan menentang Belanda. Pengiran Hidayat melancarkan seranagn tetapi menyerah kalah pada tahun 1862. Namun begitu gerakan mentang Belanda berterusan hingga 1906.

3. MALUKU

Page 24: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Tentangan Sapurua, Julai-Disember, 1817 : antara lain menentang langkah Belanda memaksa rakyat melaksanakan serahan dan kerja wajib. Pejuang menentang Belanda dipimpin oelh Thomas Matulelsia. Mereka melancarkan serangan ke atas kubu Belanda pada 15 Mei 1817 dan berjaya menawannya. Residen Van Der Berg dan keluarganya, kecuali seorang anak Melayu dibunuh. Namun begitu angkatan di bawah pimpinan Thomas Matulsia gagal menghadapi serangan balas angkatan Belanda pada Ogos 1817. Kubu ini ditawan semula oleh angkatan Belanda. Thomas Matulesia ditangkap.

SULAWESI : Gerakan tentangan terhadap Belanda dilancarkan dari Bone mulai 1811. Namun, angkatan Bone ini dikalahkan oleh Belanda pada 1825. Seterusnya Bone menandatangani perjanjian dengan Belanda. Walaupun angkatan Bone masih melancarkan serangan ke atas Belanda dan berperang dengan pasukan Belanda pada 1858-1860. Belanda akhirnya berjaya menguasai Bugis dan Makasar pada 1905-1906.

4. JAWA

PERANG JAWA

i. Pembatalan kontrak sewa tanah Semasa Baron Van der Capellan bertugas sebagai Gabenor Jeneral Jawasaudagar-saudagar Erpoah tidak dibenarkan membeli tanah untuk tujuan pertanian telah menyewa tanah dari pembesar-pembesar tempatan. Mengikut syarat-syarat penyewaan, mereka berhak menanam tanaman yang disukai di tanah sewaan mereka. Mreka juga berhak mengawal dan memerintah petani-petani menjalankan kerja-kerja penanaman. Bagi Capellan kedaan ini merupakan punca penindasan ke atas kaum tani. Pembatalan ini menyebabkan pembesar-pembesar kehilangan sumber mereka dan kebanyakan pembesar tidak mampu berbuat demikian kerana wang pendahuluan telah habis dibelanjakan. Mereka telah memaksa kaum tani bekerja labih masa untuk mendapatkan lebihan hasil bagi membolehkan mereka membayar balik wang pendahuluan.

ii. Faktor Ekonomi Faktor tersebut ialah penindasan cukai. Orang-orang Jawa dikenakan cukai ke atas tanah mereka. Sebahagian besar pemungut cukai terdiri daripada orang Cina. Mereka mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh kerajaan. Orang-orang tempatan marah kerana kerajaan Belanda memberikan kuasa mengutip cukai kepada orang luar. Di samping itu orang-orang tempatan yang melalui tanah kerajaan untuk pergi ke lading mereka di kawasan pedalaman juga dikenakan tol. Kadar tol dikenakan sesuka hati oleh pemungut cukai. Orang-orang tempatan juga dikenakan cukai sempadan apabila mereka membawa hasil mereka dari wilayah mereka ke

Page 25: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

wilayah kerajaan. Mereka juga dikenakan cukai kepala iaitu cukai dibayar apabila membawa bayi dalam dukungan. Selain itu, orang Cina juga member pinjaman wang dan mengenakan faedah yang tinggi. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perdagangan garam serya membeli hasil pertanian daripada kaum tani dengan harag murah. Penindasan ke atas petani tempatan menyebabkan mereka buakn sahaja benci kepada orang Cina malah kepada kepada Belanda kerana dasar yang mereka buat. Oleh itu untuk menyalurkan kemarahan mereka menyokong perjuangan Diponegoro.

iii. Politik Semasa pemerintahan Raffles di Jawa Hamengkubuwono III mangkat pada 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hamengkubuwono IV. Ia berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Apabila Djarot mangkat pada 1822, Raffles tidak lagi mentadbir Jawa kerana Belanda tlah kembali memerintah Jawa pada 1816. Belanda telah melantik putera Drajot yang berusia dua tahun dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro dan Mangkubumi dilantik sebagai penasihat sahaja.Peristiwa ini menyebabkan Diponegoro merasa terhina dan marah. Dari segi ekonomi Diponegoro juga mengalami kerugian akibat pembatalan kontrak sewa tanah yang dikuat kuasakan oleh Capellan. Kerugian ekonomi dan kekecewan politik menyebabkan beliau menaruh dendam terhadap Belanda.

iv. Agama Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui oleh Belanda. Beliau adalah seorang bangsawan yang taat kepada agama. Beliau mendakwa menerima wahyu dalam mimpinya untuk berjihad memulihkan pemerintahan Islam di Jawa. Mengikut kepercayaan tradisional orang-orang Jawa, kewujudan Diponegoro dianggap sebagai Ratu adil yang akan menyelamatkan dan membebaskan mereka dari segala kesusahan. Kemarahan Diponegoro semakin memuncak apabila Belanda merancang hendak membina sebatang jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang melalui makam raja-raja Jogjakarta yang merupakan nenek moyangnya yang dianggap keramat dan suci di Tegalredjo tanpa memperdulikan larangannya. Diponegoro benar-benar rasa tersinggung dengan tindakan Belanda dan menganggap peristiwa itu satu penghinaan terhadap keluarganya serta mencabar kesucian agama Islam.

KESIMPULAN

Kegagalan orang-orang Indonesia menentang Belanda kerana merka tidak bersatu dan penentangan bersifat kedaerahan. Mereka juga tidak mempunyai senjata yang baik dan moden jika

Page 26: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

dibandingkan dengan Belanda. Bagi mengelakkan berlakunya pemberontakkan sedemekian Belanda telah menggunakan Perang Jawa sebagai alas an untuk menguasai wilayah-wilayah Bagelan, Madiun, Kdiri serta Banjunmas. Penentangan masyarakat tempatan telah mendatangkan kerugian yang besar kepada kedua-dua pihak dan akhirnya Belanda telah memperkenalkan Sistem Kultur untuk memulihkan kuasanya di Indonesia.

CAMPUR TANGAN BRITIS H TELAH MENIMBULKAN REAKSI MENENTANG DI KALANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

Page 27: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

PENGENALAN

Faktor sosial/Agama

Setelah British menjajah dan menguasai Myanmar golongan pemerintah telah hilang kuasa dan rakyat pula hilang tempat bernaung secara tidk langsung agama Buddha turut terancam. Faktor keagamaan telah dijadikan faktor utama untuk menaik dan membakar semangat penentangan terhadap penjajah. Penghapusan pemerintahan beraja juga mendatangakn kesan kepada agama Buddha yang kehilangan pelindungnya. British meletakkan golongan sami Buddha di bawah penguasaan dan pengawasan undang-undang dan polis. Mereka kehilangan taraf sosial yang tinggi sebelumnya. Selain itu adat resam dan kebudayaan Burma serta agama Buddha semakin merosot dan terjejas. Sangha Buddha berpecah, kebanyakan sami Buddha berkecimpung dalam politik untuk menyelamatkan nilai-nilai agama Buddha dan kebudayaannya. Mereka menubuhkan Persatuan Pemuda Buddha dan Sangha Samatgi untuk mempertahankan nilai-nilai agama Buddha. Keadaan ini jelas apabila munculnya golongan yang dikenali sebagai Mettaya atau Maitreya yang dalam bahasa Poli bererti orang yang diberi berkat, pemurah dan penyayang. Mereka merupakan tokoh yang muncul untuk menegakkan agama Buddha.

Kerajaan British berusaha mengatasi masalah pelajaran tempatan. British membentuk satu system pelajaran dengan berdasarkan sekolah rahib(moastic). Phayre membawa masuk banyak buku teks dan guru. Pada tahun 1866 pengarah Jabatan Pelajaran Awam telah dilantik untuk menyelia rancangan system pelajaran ini. Selepas kematiannya rancangan ini tidak diteruskan. Kerajaan Inggeris kemudian cuba menggantikan sekolah-sekolah rahib dengan sekolah-sekoalh moden. Tambahan pula permintaan terhadap Pendidikan Inggeris amat menggalakkan dan ia telah membawa perkembangan pesat sekolah-sekolah vernacular Inggeris. Pada tahun 1880an, system pelajaran kesuluruhannya dikaji semula. Sungguhpun terdapat sekolah-sekolahbyang dibiayai oleh kerajaan seperti Regional Government Anglo-Verbacular School yang diasaskan pada 1873, memang menjadi dasar Inggeris untuk membina sekolah-sekolah mubaligh. Pada tahun 1900 terdapat 16 buah sekolah menegah mubaligh dan 5 buah maktab perguruan. Pealajr-pelajar yang cemerlang dihantar mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Calcutta. Kurun ke-20 menyaksikan satu kenaikan permintaan terhadap pendidikan Inggeris. Pendidikan di sekolah rahib merosot. Bahasa Inggeris semakin dipentingkan malah orang-orang Burma terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris untuk menjadi pegawai kerajaan. Keadaan ini menyebabkan pendidikan tradisional tidak menarik perhatian rakyat.

Pentadbiran British juga telah memberi layanan yang tidak sama rata kepada penduduk tempatan. Masyarakat Myanmar tidak dibenarkan menjadi ahli Kelab orang Eropah seperti Kelab Golf Rangoon dan Kelab Orang Eropah. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati golongan berada dan bangsawan.

Selain itu layanan buruk terhadap pekerja dan petani Myanmar juga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk. Contohnya Syarikat steel Brothers yang memberi layanan buruk kepada Myanmar yang mencuri (pekerja tersebut telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan dua tingkat).

Page 28: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Faktor Tuntutan Setkya-Min

Kekalahan Myanmar sehingga jatuh ke tangan British pada tahun 1826 dan tuntutan Setkya-Min turut menjadi faktor penentangan masyarakat tempatan. Pada tahun 1830 pengganti Raja Bagyidaw telah dibunuh tetapi berita tersebar dengan mengatakan beliau telah diselamatkan oleh seorang bomoh (Bo Bo Aung). Dikatakan bahawa Setkya-Min akan muncul bila masa untuk enegakkan semula keagungan kerajaan Buddha. Keyakinan ini melahirkan beberapa tokoh yang mengaku sebagai Setkya-Min termasuk Maung-Tsetkya yang melahirkan gerakan penentangan di Pegu.

Faktor Ekonomi

Perkembangan ekonomi Burma yang pesat juga turut mendatangkan kesan negatif. Masalah pemindahan pemilikan tanah menyebabkan kaum tani menjadi miskin. Keadaan ini berlaku kerana untuk memajukan penanaman padi, kaum tani yang kekurangan modal meminjam wang dari ceti-ceti dengan kadar bunga yang tinggi. Mereka terpaksa menyerahkan hak pegangan tanah mereka sebagai cagaran. Kebiasaannya tanah mereka tergadai dan menjadi milik golongan ceti jika mereka tidak dapat membayar hutang. Kesannya kaum tani menjadi penyewa tanah atau pekerja di tanah sendiri. Mereka tidak mampu menggunakan kaedah penanaman moden bagi meningkatkan hasil tanaman dan tanah menjadi kurang subur, mereka semakin miskin. Pada tahun 1930, 50% tanah pertanian di Burma dimiliki oleh golongan ceti. Di antara tahun 1915-1930 lebih kurang 1 300 000 ekar tanah delta terlepas kepada golongan ceti kerana petani-petani tidak mampu membayar hutang yang berjumlah 40juta dolar. Penduduk juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan golongan petani terpaksa meminjam wang. Keadaan ini menyebabkan petani bangkit menentang British untuk mendapatkan semula hak mereka.

Faktor Politik

Penjajahan British menyebabkan peruban politik dan seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati seterusnya mencetuskan peperangan. Pembaharuan bermula dengan system kerajaan tempatan. Pada tahun 1889 Akta Perkampungan Myanmar telah diperkenalkan. Dewan Undangan yang diketuai oleh Hlutdaw tidak lagi berfungsi apabila dianti dengan Pesuruhjaya Tinggi. Kuasa politik masayarakat tempatan dihapuskan dan diganti dengan lantikan ole British.

KESIMPULAN

Page 29: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Pertembungan antara pentadbiran British dengan masyarakat tempatan telah menimbulkan reaksi negatif di kalangan penduduk tempatan. Nilai tradisi yang semakin hialng dan merosot telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan dan akhirnya bangkit menentang British.

Page 30: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

NILAIKAN PERANAN DIPONEGORO DALAM PERANG JAWA (1825-1830)

PENGENALAN

Pangeran Diponegoro (lahir di Yogyakarta, 11 November 1785 – meninggal di Makassar, Sulawesi Selatan, 8 Jjanuari 1855 pada umur 69 tahun) adalah salah seorang pahlawan nasional Republik Indonesia, makamnya berada di Makasaar. Diponegoro adalah putra sulung Hamengkubuwana III, seorang raja Mataram di Yogyakarta. Lahir pada tarikh 11 November 1785 di Yogyakarta dari seorang garwa ampeyan (selir) bernama RA Mangkarawati, iaitu seorang garwa ampeyan (isteri non permaisuri) yang berasal dari Pacitan. Pangeran Diponegoro bernama kecil Bendoro Raden Mas Ontowiryo. Menyedari kedudukannya sebagai putra seoran g gundik, Diponegoro menolak keinginan ayahnya, Sultan Hamengkubuwono III, untuk mengangkatnya menjadi raja. Ia menolak mengingatkan ibunya bukanlah seorang permaisuri. Diponegoro mempunyai 3 orang isteri, iaitu : Bendara Raden Ayu Antawirya, Raden Ayu Ratnanengsih, dan Raden Ayu Ratanengrum. Diponegoro lebih tertarik pada kehidupan keagamaan dan menjalani kehidupanya seperti rakyat biasa sehingga ia lebih suka tinggal di Tegalrejo, tempat tinggal eyang buyut puterinya, permaisuri dari HB I Ratu Besar Ajeng Tegalrejo daripada di Keratun. Pemberontakannya terhadap Keratu dimulai sejak kepimpinan Hamengkubuwana V (1882) dimana Diponegoro menjadi salah satu anggota perwalian yang mendampingi Hamengkubuwono V yang baru berusia 3 tahun, sedangkan pemerintah sehari-sehari dipegang oleh Patih Danurejo bersama Residen Belanda.

PERANAN DIPONEGORO DALAM PERANG JAWA.

Perang Jawa merupakan perang yang sinoni dengan kewujudan “Putera Pembebas” daripada kejahilan pemerintah Belanda. Perang Jawa yang berlaku sekitar 1825-1830 telah memperlihatkan golongan bangsawan di tanah Jawa untuk bebas, yang sekurang-kurangnya memperlihatkan satu gelombang pertama sebagai pahalawan yang melancarkan perang ke atas Belanda secara gerila. Perang Jawa secara langsungnya tercetus di bahagian tengan Jawa yang tidak dapat dinafikan penglibatan golongan bangsawan dan petani yang tertindas keitika itu untuk bangun dalam mendapatkan keadilan serta hal mereka yang ‘ternoda’ dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemerintah tetapi sebaliknya hanya menguntungkan golongan penjajah sendiri, apatah lagi setelah tamat perang Napoleon di Erpoah yang menyaksikan penerusan semula dan pengambilalihan pentadbiran Pulau Jawa oleh Belanda sekali lagi.

Pemimpin utama dalam gerakan secara besar-besaran ini adalah didokong dipelopori oleh seorang putera kerajaan yang bernama Diponegoro. Sebahagian sejarawan barat termasuk C.P. Fetzerald menggambarkan Diponegoro sebagai seorang pahlawan Asia yang pertama yang menggunakan teknik perang gerila untuk melawan kehadiran penjajah, meskipun kemahiran dan teknik perang yang mereka miliki jauh terkebelakang berbanding dengan Belanda yang cukup terlatih dari aspek ketenteraan serta mempunyai senjata yang mencukupi. Jadi dalam konteks ini, Diponegoro dianggap sebagai pelopor dan penggerak gerakan nasinalisme awal di Indinesia. Awalnya, perang Jawa

Page 31: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

meletus pada Julai 1825 di Jogjakarta semasa pentadbiran De Bus de Gisignies. Perang ini disebabkan oleh beberapa faktor mustahak yang membangkitkan naluri pembebasan melalui perang pada peringkat awalnya.

Semasa pemerintahan Raffles di Jawa Hamengkubuwono III mangkat pada 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hamengkubuwono IV. Ia berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Apabila Djarot mangkat pada 1822, Raffles tidak lagi mentadbir Jawa kerana Belanda telah kembali memerintah Jawa pada 1816. Belanda telah melantik putera Djarot yang berusia dua tahun dengan gelaran Hamengkubuwono V . Diponegoro dan Mangkubumi dilantik sebagai penasihat sahaja.Peristiwa ini menyebabkan Diponegoro merasa terhina dan marah. Dari segi ekonomi Diponegoro juga mengalami kerugian akibat pembatalan kontrak sewa tanah yang dikuat kuasakan oleh Capellan. Kerugian ekonomi dan kekecewaan politik menyebabkan beliau menaruh dendam terhadap Belanda.

Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui oleh Belanda. Belliau adalah seorang bangsawan yang taat kepada agama. Beliau mendakwa menerima wahyu dalam mimpinya untuk berjihad memulihkan pemerintahn Islam di Jawa, kewujudan Diponegoro dianggap sebagai Ratu Adil yang akan menyelamakan dan membebaskan mereka dari segala kesusahan. Kemarahan Diponegoro semakin memuncak apabila Belanda merancang hendak membina sebatang jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang melalui makam raja-raja Jogjakarta yang merupakan nenek moyangnya yang dianggap keramat dan suci Tegalredjo tanpa memperdulikan larangannya. Diponegoro benar-benar rasa tersinggung dengan tindakan Belanda dan menganggap peristiwa itu satu penghinaan terhadap keluarganya serta mencabar kesucian agama Islam.

Diponegoro mengisytiharkan perang ke atas Belanda melalui perang Jihad sejurus selepas Belanda membuat keputusan untuk membina jalan raya melintasi tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro. Dengan perang pertama menyaksiakn pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Eropah dan Cina di Yogyakarta. Malah dalam perang itu penduduk terlibat dalam kegiatan pertanian telah bangkit untuk bersatu dengan Diponegoro akibat kesan negatif yang mereka terima daripada pembaharuan-pembaharuan pertanian yang dilaksanakn oleh Capellan. Sokongan kuat juga datang daripada Sentot dan Mangkubumi yang merupakan pahlawan yang handal. Sentot seterusnya tlah memenangi hati Diponegoro dan dilantik sabagai ketua tentera. Bagaimanapun, Belanda telah menghantar tenteranya untuk memerangi Diponegoro yang menyebabkan beliau berseta pengkiut-pengikutnya melarikan diri ke dalam hutan dan memulakan perang gerila. Kesulitan yang dihadapi oleh Diponegoro untuk berperang dengan Belanda kerana kekurangan senjata moden untuk mematahkan serangan Belanda. Namun, nasib sedikit menyebalhi beliau kerana Belanda bukan sahaja terlibat dalam Perang Jawa tetapi terlibat dalam Perang Palembang dan Boni yang juga memerlukan belanja yang cukup besar. Seba itu peringkat awal serangan yang dilancar oleh tentera Belanda dari pelbagi pelusuk termasuk dari Madura, Sulawesi Utara dan Sukarta dapat dipatahkan dengan mudah.

Jeneral De Kock yang mengetuai angkatan perang Belanda telah bersiap sedia sekali lagi dan memperkuatkan pertahanannya dengan membina jalan-jalan serta kubu-kubu yang kukuh bagi

Page 32: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

mempermudahkan operasi memerangi perang yang dilakukan secara gerila yang dilakukan oleh Diponegoro. Selain itu, Jeneral De Kock juga telah memujuk Raja Madura dan Susuhanan Sukarta iaitu Pakubuwono IV yang memihak kepada Belanda. Malah rancanganJeneral De Kock cukup menekan para pejuang Diponegoro apabila rancangan pemusnahan tanaman dilaksanakan yang akhirnya memberi kesan kematian kepada pengikut setia Diponegoro disebabkan kematian akibat kebuluran dan serangan penyakit di hutan. Jeneral de Kock yang masih tidak berpuas hati dengan pelbagai rancangan utk menawan Diponegoro malah telah berjaya meyakinkan Sentot dan Mangkubumi untuk berpihak kepada Belanda. Ini memberi tamparan hebat kepada Diponegoro kerana mereka yang berpaling tadah itu adalah pemimpin tentera yang handal.

Kesannya Dipenogoro telah bersetuju untuk berunding dengan pihak Belanda tetapi menemui kegagalan akibat Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Jogjakarta dan gelarannya sebagai “Putera Pembebas” dan “penyelamat Agama” di Jawa. Dengan tipu muslihat Jeneral De Kock Dipenogoro telah ditangkap ketika berunding dengan Belanda. Akhirnya, Dipenogoro telah dibuang negeri ke Manado di Utara Sulawesi dan dipindahkan ke Makasar sehingga meninggal dunia sekitar tahun 1855.

KESIMPULAN

Jelas bahawa terdapat konflik anatar nilai barat dengan nilai tempatan.kuasa-kuasa Barat tidak sensitive terhadap amalan dan kepercayaan tempatan. Mereka hanya menganggap sesuatu amalan sosial tidak berperi kemanusiaan dari kaca mata mereka, sedangkan malan-amalan sosial yang ada telah berakar umbi dalam masyarakat tempatan. Ini bermakna, Belanda telah campur tangan dalam adat resam penduduk tempatan dan Diponegoro telah memainkan peranan penting membangkitkan penentangan di kalangan masayarakat tempatan Pulau Jawa.

Page 33: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

SEJAUHMANAKAH TINDAKAN THIBAW MENJADI PENDORONG MELETUSNYA PERANG INGGERIS-BURMA 3

PENGENALAN

Raja Thibaw adalah generas ke-11 Dinasti Konbaung. Raja Thibaw adalah raja terakhir Myanmar Monarch. Beliau menjadi Raja Myanmar pada tahun 1881 pada usia 16 tahun. Beliau dilahirkan seorang putera diraja daripada ibu Queen dinamakan sebagai Permaisuri Laung Shay. Beliau dikenali sebagai putera bomgsu di kalangan adik-beradik beliau. Tetapi kerana semua raja-raja telah dibunuh dalam keadaan yang berbeza, dia adalah satu-satunya pewaris yang tinggal takhta Dinasti Konbaung. Ketika dia menjadi Raja, dia telah mengambil kekasih dari zaman kanak-kanak, Su Payar Latt sebagai ratu beliau. Mereka mempunyai empat orang anak perempuan. Beliau telah ditinggalkan tanpa anak. Permaisuri Su Payar Latt menjadi sangat berkuasa semasa pemerintahannya dan dia adalah seorang yang memegang tali untuk empayar. Ramai menteri tidak bersetuju dengan banyak peristiwa-peristiwa yang melibatkan keputusan yang dibuat oleh permaisuri tetapi tidak berkuasa untuk menentang. Pada 29 November 1885, Raja bersama-sama dengan ahli keluarga diraja telah dibawa ke Yadanargiri, India. Dari masa itu, Myanmar menjadi tanah jajahan kepada Empayar British. Beliau meninggal dunia pada 15 Disember 1916 di Yadanargiri, India, pada usia 58. Tetapi dia hanya dikebumikan pada 19 Mac 1919.

THIBAW DAN PERANG INGGERIS BURMA 3

Burma telah menghadapi dua kali peperangan dengan British yang akhirnya Burma kehilangan wilayah-wilayah Arakan, Tenasserim, dan Burma Selatan. Sungguhpun demikian pemimpin-pemimpin Burma belum sedar lagi akan pengalaman pahit yang mereka rasai dan ingin terus mempertahankan maruah dan mendapatkan semula wilayah-wilayah yang telah ditawan oleh British. Kecuali Mindon Min Raja-raja Burma tidak Berjaya mengekalkan hubungan dengan British kerana mereka bersifat anti British.

Hubungan antara kedua-duanya menjadi semakin serius apabila Raja Thibaw (1878-186) menaiki takhta. Beliau bersifat anti-British dan meneruskan hubungan dengan Perancis. Akibatnya pada akhir tahun 1879, Kerajaan India menarik balik residensinya dari Myanmar Utara. Dengan ini tidak ada lagi saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kedua-dua kerajaan itu. Memandangkan hal ini, Kerajaan Myanmar cuba mendakan hubungan secara langsung.

Kekacauan politik di Myanmar Utara. Raja Thibaw seorangg raja yang lemah tetapi zalim. Baginda tunduk di bawah pengaruh permaisuri yang jahat iaitu Permaisuri Supayalat. Sebaik sahaja baginda berkuasa, baginda telah melakukan pembunuhan ke atas kerabat diraja yang dianggap menjadi ancaman kepadanya. Tindakan baginda telah menimbulkan rasa dendam terhadap kerabat diraja yang terlibat. Pada tahun 1880, seorang saudara Thibaw sendiri yang berlindung di Calcutta kembali ke Myanmar dan melancarkan satu pemberontakan. Percubaan itu gagal dan beliau melarikan diri ke wilayah British. Kerajaan Myanmar telah memnuduh British campur tangan dalam pemberontakan tersebut dan hal ini memburukkan lagi hubungan antara mereka. Kekacauan yang berlaku juga

Page 34: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

disebabkan oleh pemberontakkan oelh suku kaum Syan dan Kachin. Pada tahun 1884, orang Kachin telah melakukan pemberontakan di Utara dan perompak Cina telah menyerang Bhamo. Dengan danya kekacauan dan peristiwa pembunuhan, saudagar dan golongan ugama telah mendesak India supaya campur tangan. Bagi saudagar, kekacauan yang terus-menerus menggangu perjalanan perdagangan mereka.

Raja Thibaw menyedari bahawa British tidak senang hati dengan kegiatan Perancis di Annam da Tongking. Baginda menggunakan peluang ini untuk menentang tekanan-tekanan daro Inggeris. Oleh sebab itu, baginda mengambil keputusan untuk meneruskan semula rundingan dengan Perancis yang telah dihentikan sejak pemerintahan Mindon. Pada Mei 1883, baginda menghantar satu perwakilan ke Eropah atas alasan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai perkilangan dan sains. Tetapi ternyata tujuan perwakilan itu ialah untuk mendapat bantuan senjata dari Perancis. Pada tahun 1884, Myanmar dan Perancis telah bersetuju sacra sulit di mana Perancis akan menghantar alat-alat senjata ke Myanmar setelah tamatnya peperangan di Indo-China dan sebagai balasan Perancis akan dibenarkan mengusahakan lombong permata dan diberi beberapa hak istimewa yang lain. Persetujuan sulit tersebut diketahui oleh British. Hal ini benar-benar membimbangkan British kerana ini membuktikan dengan jelas juga usaha Thibaw untuk menghapuskan kepentingan British di Myanmar. Kemuncak hubungan Myanmar-Perancis ialah bila pada tahun 1886 ditandatangani perjanjian yang memeberi kemudahan yang luas kepada Perancis. Seorang Konsol Perancis dilantik di Mandalay. M. Ilaas telah dilantik sebagai Konsol Perancis yang pertama ke Myanmar. Sungguhpun Ilaas dipanggil pulang pada bulan Oktober 1885 dan piajk Perancis member jaminan tidak akan merosakkan hubungan dengan British, pihak British tetap curiga. Untuk mengelakkan penglibatan Perancis di Myanmar, British terpaksa menawan Myanmar Utara.

Selain Raja Thibaw, terdapat beberapa orang pegawai Myanmar yang anti-British. Akibatnya berlaku penindasan ke atas rakyat British terutama golongan saudagar. Pihak Myanmar telah mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap urusan perdagangan. Mereka tidak lagi melaksanakan perjanjian-perjanjian 1862 dan 1867 yang dibuat oleh Raja Mindon dengan British. Tekanan-tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan Myanmar menyebabkan saudagar British membuat bantahan kepada India dan mendesak supaya diambil tindakan terhadap Myanmar. Selain itu, Myanmar Utara juga mempunyai kepentingan dari segi perdagangan. Sebuah syarikat iaitu Manchester Chamber of Commerce ingin menjadikan Myanmar sebagai pasaran baru bagi perusahaan kapasnya. Sejak tahun 1860, syarikat tersebut mendesak Kerajaan India membuka jalan perdagangan Moulmein-Yunnan yang dapat menghubungkan Myanmar dengan China. Untuk menjayakan rancangan ini, British terpaksa menguasai Myanmar Utara. Seterusnya, golongan saudagar British juga menyokong pengambilan seluruh Myanmar kerana ini akan membawa kepada keuntungan yang besar. Golongan saudagar telah banyak menanam modal di Lembah Irrawaddy, Arakan dan Tenasserim. Perniagaan ini perlu diberi perlindungan dan ini hanya terjadi jika Myanmar Utara diletakkan di bawah pentadbiran British. Atau setidak-tidaknya memaksa Myanmar Utara member bebrapa hak istimewa kepada saudagar.

Sebab lain yang membantu keputusan Kerajaan India untuk berperang dengan Myanmar ialah berlakunya perubahan pucuk pimpinan dan dasar Kerajaan British di England dan juga Kerajaan India. Pada Jun 1885, di England, Parti Konservatif pimpinan Salisbury telah Berjaya mengalahkan Parti

Page 35: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Liberal pimpinan Gladstone. Kerajaan baru dari parti Konservatif telah mengamalkan dasar yang tegas terhadap Myanmar. Begitu juga di India, Gabenor Jeneral Lord Ripon yang bersifat sederhan telah diganti oleh Lord Dufforin yang bersifat lebih radikal.

Peristiwa tindakan Kerajaan Myanmar mengenakan denda kepada Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar merupakan sebab terakhir yang membawa kepada keputusan Inggeris untuk berperang dengan Myanmar. Syarikat tersebut diberi hak mengambil kayu balak di Ningyan selama 25 tahun dan permit itu telah diperbaharui pada tahun 1884. SPBB telah dituduh mengambil kayu balak yang berlebihan dari had yang ditetapkan. Ia juga dikatakan tidak membayar cukai eksportnya, memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan memberi gaji rendah kepada pekerja bangsa Myanmar. Akibatnya, SPBB didenda sebanyak 2.3 juta rupee. Pihak British meminta supaya meminta masalah itu diselesaikan tetapi cadangan itu ditolak. Oleh sebab itu, kerajaan India telah menghantar kata kedua kepada Raja Thibaw bertarikh 22 Oktober 1885. British meminta supaya SPBB diselesaikan mealui orang tengah. Kata dua ini berakhir pada 10 November 1885.

Kata dua dari British tidak mendapat sambutan. Sebahagian besar pegawai Myanmar mendesak Thibaw untuk berperang. Ada juga yang mencadangkan perdamaian. Oleh sebab rasa Bongkak, Thibaw telah memberi jawapan kepada British:

a) Baginda bersetuju melucutkan denda ke atas SPBB kalau rayuan diterima. b) Wakil British dibenarkan menetap di ibu negeri Myanmar tetapi kebebasan bergerak sama

seperti dulu.c) Myanmar akan meneruskan perhubungan dengan Perancis , Itali dan Negara lain.

Jawapan itu sampai ke Rangoon pada 9 November tetapi British tidak bersetuju dengan syarat itu. Tanpa member sebarang alas an, pada 11 November 1885, Kerajaan India mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.

KESIMPULAN

Apabila stelah peperangan diisytiharkan, Jeneral Prendergast diarahkan menawan Mandalay. Serangan tentera British ternyata tidak mendapat tentangan hebat dari tentera Myanmar. Raja Thibaw yang berada di Mandalay begitu yakin akan kerajaannya kerana beliau menerima berita yang sengaja dipalsukan mengenai kedudukan medan pertempuran. Tetapi setelah tentera British menawan Ava, Raja Thibaw bersetuju menyerah diri. Raja Thibaw bersama isterinya dan pengikutnya dibuang negeri ke India pada 11 Januari 1886. Raja Thibaw mangkat di India pada tahun 1916 dan permaisurinya Supayalat dibenarkan balik ke tanah airnya.dengan penaklukan Myanmar Utara bermakna seluruh negeri Myanmar ditakluk oleh British. Kejatuhan Myanmar Utara juga berakhirnya pemerintahan raja-raja dari Dinasti Konbaung yang telah diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Setelah Raja Thibaw ditangkap dan dibuang negeri ke India, tidak ada tokoh yang layak ditabalkan untuk menjadi raja. Ini terjadi disebabkan tindakan Thibaw yang membunuh kerabat diraja kerana bimbang berlaku rampasan kuasa. Kekosongan ini

Page 36: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

menyebabkan pemerintahan beraja ditamatkan pada Januari 1886. Dari segi pentadbiran, Myanmar diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan India sehingga tahun 1937. Penghapusan pemerintahan beraja telah menimbulkan kekacauan buat seketika waktu kerana orang Myanmar menentangnya. Bagi orang Myanmar. “Raja” adalah satu-satunya symbol pengiktirafan kuasa politik Myanmar. Antara tahun 1886-1889, pejuang-pejuang dan gerila-gerila Myanmar menyerang pusat tentera British. Tentera British menghadapi kesukaran untuk menentang mereka kerana ia melibatkan rakyat biasa, ketua-katua tempatan dan juga pemimpin agama. Sementara itu, Putera Myingun telah menuntut takhta kerajaan bagi Myanmar Utara yang dikosongkan oleh Thibaw dan Putera Limbin pula menuntut kekuasaan ke atas wilayah Syan. Tuntutan itu tidak dihiraukan oleh British. Pihak British telah mengambil masa 4 tahun untuk menteteramkan keadaan dalam negeri. Sungguhpun demikian perasaan benci dan semangat untuk berjuang terus wujud di kalangan orang Myanmar. Keadaan ini disedari oleh pihak British dan oleh sebab itu, dikenakan beberapa kawalan politik terutama ke atas orang-orang Syan. Ketika British berkuasa, mereka telah mengadakan beberapa perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan social. Sebagai contoh, dalam bidang pentadbiran system pemerintahan tradisional ketua-ketua puak (Myothugyi/Thaiktugyi) dimansuhkan dan diganti dengan ketua-ketua kampong. Hal ini bertujuan untuk menghindarkan munculnya semangat anti-British kerana ketua-ketua puak telah memainkan peranan penting dalam berlakunya penentangan terhadap British.

Page 37: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

PENJAJAHAN BELANDA TELAH MENGUBAH SISTEM PENTADBIRAN DI INDONESIA BINCANGKAN

PENGENALAN

Penguasaan Indonesia oleh Belanda telah mengubah system pentadbiran di Negara tersebut dari pentadbiran bercorak tradisional kepada pentadbiran barat. Kehadiran Belanda secara beransur-ansur di Betawi pada abad ke-17 secara beransur-ansur telah menawan Kepulauan Indonesia. Selepas Belanda membubarkan VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) pada tahun 1799, seorang pentadbiran telah banyak mengenepikan pentadbiran tempatan.

PERUBAHAN PENTADBIRAN SEPANJANG ABAD KE-19

Pada 1 Januari 1808, seorang Gabenor Jeneral Belanda telah dilantik untuk menyusun semula pentadbiran Betawi iaitu Marshall Herman Willem Daendals cuba mengawal dengan memperbaiki Sistem Pentadbiran Bupati dan pegawai tempatan dengan cara menjadikan mereka sebagai Pegawai Belanda yang dibayar gaji dan jawatan tersebut dilantik oleh Gabenor Jeneral, pendapatan pegawai kerajaan dikawal supaya tidak menindas petani dan bidang kuasa ditetapkan supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kerajaan.

Masalah yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 menyebabkan Belanda menyerahkan sementara wilayah jajahanya di Timur kepada British pada tahun 1816. Penguasaan Belanda ke atas Pulau Jawa berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal pusat pentadbiran Belanda di Betawi. Ketua pentadbiran di Jawa ialah Gabenor Jeneral dan dibantu oleh empat orang Konsular Sekretariat Jeneral di bawah ketua Setiausaha. Sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan. Pada tahun 1819 baron Van der Capellan dilantik sebagai Gabenor Jeneral. Terdapat 5 buah jabatan- Pejabat Dalam Negeri,Pendidikan Agama dan Industri Kerja Raya Awam, Kewangan dan Kehakiman. Pada masa itu pemerintah tempatan semakin tersepit dengan perluasan kuasa Belanda. Kerajaan Mataram yang satu ketika merupakan sebuah kerajaan agung mula lemah dan Sultan tidak dapat mengawal perpecahan dalam kerajaan. Keadaan ini membantu Belanda menegakkan pentadbirannya di Pulau Jawa.

Baron telah menjalankan beberapa pembaharuan seperti membatalkan kontrak sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa selain memecat atau mengurangkan peranan institusi Bupati atau ketua daerah di Jawa. Usaha Belanda mengawal dan mengurangkan kuasa pembesar tempatan merupakan faktor Perang Jawa(1825-30).

Selepas Perang Jawa, Belanda cuba berbaik-baik dengan pembesar tempatan tetapi kuasa mereka tidak dikembalikan. Pada tahun 1874, system pentadbiran daerah disusun mengikut jabatan. Terdapat dua orang Residen dilantik untk mengawasi 4 orang raja Jawa dan ini menyebabkan kuasa mereka berkurangan. Pembesar-pembesar lain juga telah kehilangan kuasa dan mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Di pulau-pulau lain juga pemerintah tempatan telah

Page 38: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

kehilangan kuasa. Misalnya di Palembangan kesultanan berakhir apabila sultan-sultan dibuang negeri kerana menetang Belanda. Keadaan yang serupa juga berlaku di Jambi, Siak, Sambas, Banjarmasin, Bali dan Makasar.

Belanda telah memperkenalkan 3 dasar ekonomi yang mengukuhkan penjajahannya di Indonesia iaitu Sistem Tanaman Paksa 1830 yang menindas rakyat tempatan. Dasar Liberal tahun 1870 yang bertujuan membuka Pulau Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaiki taraf hidup petani dan seterusnya Dasar Etika bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal. Melaui dasar Etika pembaharuan dari segi pentadbiran telah dibuat iaitu Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat(1903). Mengikut undang-undang ini sebuah Majlis Perbandaran dan Daerah kan ditubuhkan. Undang-undang Desentralisasi bermaksud pentadbiran akan dipindahkan dari dari The Haque ke Betawi sebagai pusat pentadbiran Hindia Timur. Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda, orang Indonesia dan orang Cina.

Pada tahun 1906, Undang-undang Desa atau Peraturan Kampung de Graaf telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk memperbaiki kebajikan rakyat Indonesia. Majlis Desa telah dibentuk di bawah Undang-undang Desa. Majlis ini diketuai oleh penghulu. Belanda mengambil usaha melatih pendudk peribumi melaui penubuhan Volksraad. Seramai 15 orang daripada 39 orang di dewan ini merupakan penduduk peribumi. Pembaharuan dalam bidang pentadbiran bertujuan menyediakan rakyat untuk kerajaan sendiri.

KESIMPULAN

Penjajahan Belanda di Indonesia telah menyebabkan berlaku perubahan besar dalam pentadbiran tempatan yang telah diambil oleh Belanda. Pentadbiran tempatan mengalami kemerosotan dan seterusnya menyebabkan pembesar-pembesar tempatan kehilangan kuasa.

PERUBAHAN PENTADBIRAN TELAH BERLAKU SETELAH PENJAJAHAN BRITISH DI MYANMAR. BINCANGKAN.

Page 39: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

PENGENALAN

Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi Negara yang dijajah. Di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untu kepentingan pihak Belanda.

Di Indonesia, system ekonomi komersial berkembang dengan pesat akibat pengenalan system Kultur atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem Tanaman Paksa ataupun dikenali juga sebagai Rodi Tanaman ini diperkenalkan di Pulau Jawa pada tahun 1830 oleh Belanda. Tujuan utama ia diperkenalkan ialah untuk menyelesaikan maslah kewangan Belanda dengan menambahkan pengeluaran tanaman jualan sperti kopi nila, tebu dan tembakau. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meninggikan taraf hidup kaum petani di Indonesia.

Ciri sistem Tanaman Paksa ialah 1/5 daripada tanah pertanian digunakan untuk tanaman kerajaan dan dikecualikan daripada cukai. Manakala petani-petani dikehendaki bekerja selama 66 hari setahu. Seterusnya, hasil yang melebihi nilai cukai akan dikembalikan kepada petani dan jika berlaku malapetaka, petani-petani tidak perlu membayar cukai. Selain itu, pekerja-pekerja di bawah wedana dan terdapat pengkhususan kerja. Cirri yang terakhir ialah pegawai-pegawai Belanda menguruskan proses mengeksport hasil tanaman kerajaan ke Negara Belanda. Sistem ini telah memberikan keuntungan bersih yang lumayan kepada Belanda. Belanda telah memperoleh 823 juta guilder dengan cara melakukan penindasan dan pemerasan ke atas petani Jawa. Akibatnya sistem ini ditentang hebat oleh golongan berfahaman liberal dan akhirnya digantikan dengan dasar Liberal.

Dasar Liberal diperkenalkan untuk menggantikan sistem Kultur yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat jelata. Matlamatnya ialah untuk memperbaiki taraf hidup para petani serta memberi peluang yang lebih luas kepada kemasukan pelabur-pelabur persendirian dari Belanda dan Eropah untuk menceburi bidang ekonomi Indonesia. Di bawah Dasar Liberal, pemosal-pemodal swasta dapat menguasai perniagaan dan membuka lading-ladang besar. Banyak tanaman baru diusahakan seperti koko, kopra, kelapa sawit dan getah, malahan kegiatan ekonomi ini telah diperluaskan ke pulau-pulau luar seperti Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi. Selain itu, dasar Liberal juga adalah berkonsepkan kebebasan dan tidak ada perlindungan yang diberi di bawah dasar ini.

Dasar Liberal ini turut meninggalkan beberapa kesan negatif ke atas penduduk Indonesia. Taraf hidup penduduk peribumi tidak dijaga. Kebajikan peribumi diabaikan. Pengusaha swasta lebih mengutamakan keuntungan sahaja. Ini mengakibatkan peribumi di Indonesia masih ditindas dan dieksploitasi untuk kepentingan mereka. Di bawah dasar ini, peladang-peladang Indonesia tidak dapat bersaing dengan pengusaha-pengusaha swasta Eropah. Ini menyebabkan mereka terpaksa menjuala ladang-ladangnya kepada peladang-peladang yang kaya dan bekerja sebagai buruh bergaji. Dengan ini jelaslah yang Dasar Liberal juga sperti Sistem Tanaman Pkasa yang tidak menjaga

Page 40: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

kepentingan kebajikan peribumi di Indonesia. Akibatnya, ia mendapat tentanatngan dan diganti dengan Sistem Etika.

Sistem Etika Dasar Susila dianggap lebih berperikemanusiaan berbanding dasar-dasar sebelum ini. Dasar Etika adalah hasil dari kegagalan Dasar Liberal. Dasar ini mempunyai unsur-unsur moral dan kemanusiaan dalam perlaksanaannya. Di bawah dasar ini, keadaan ekonomi dan social penduduk Indonesia dapat ditingkatkan dengan membawa kemajuan dalam bidang pertanian, perlombongan, perdagangan, pelajaran, kesihatan dan infrastruktur. Ini adalah hasil dari kerjasama kerajaan dan swasta.

Selain itu, kerajaan juga telah memajukan kemudahan pengairan iaitu antara tahun 1900-1940 dan lebih 270 juta guilder telah dibelanjakan ke atas kerja-kerja perairan. Di samping itu, kemuadahan infrastruktur juga dimajukan. Kemudahan-kemudahan kredit turut disediakan dan perkhidmatan kesihatan turut diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Bandar dan kampong-kampung. Di bawah dasar ini juga, sistem pendidikan ala Barat telah diperkenalkan. Kemudahan pendidikan di peringkat desa telah bertambah 31/2 kali ganda antara tahun 1909-1912. Dengan itu, menjelang akhir abad ke-19 hampir ke semua kawasan yang membentuk republic Indonesia telah berada di bawah pemerintahan Belanda kecuali Pulau Timur (bawah Portugis) dan Bangkahulu(bawah British).

KESIMPULAN

Perubahan dan perkembangan ekonomi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat peribumi tidak mendapat hasil atau keuntungan dari sistem ini. Mereka tetap miskin kerana ekonomi dibolot oleh Kerajaan Belanda dan pelabur-pelabur barat.

HURAIKAN EKONOMI KOMERSIAL DI INDONESIA DAN MYANMAR SELEPAS KEDATANGAN BARAT PADA ABAD KE-19

Page 41: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

PENGENALAN

Di Indonesia ekonomi komersial diperluaskan selepas Perang Jawa tamat. Belanda memperkenalkan Sistem Kultur yang menekankan ekonomin komersial yang memberi keuntungan kepada Belanda. Di Myanmar pula sistem ekonomi komersial turut diluaskan selepas Perjanjian Yandabo.

INDONESIA

a) Gula

Sistem Kultur mengubah corak perusahaan gula dan memberi penguasaan sepenuhnya kepada Belanda. Orang Cina yang dahulunya menguasai perusahaan ini terpaksa menanggung kerugian. Sistem Kultur telah membawa kepada zaman kegemilangan bagi perusahaan gula,. Dalam sistem Kultur ini, petani Jawa dipaksa menyerahkan 1/5 untuk tanaman eksport kepada Belanda. Modal barat dan petani Jawa mempunyai hubungan rapat dengan perusahaan ini. Kilang gula didirikan dengan modal dari Barat dan diuruskan oleh orang Eropah. Pada tahun 1840 berjaya mendatangkan hasil 2 kali ganda. Amsterdam telah dipulihkan semula sebagai pesanan utama gula dan kopi di Eropah. 1870 Undang-undang Gula de Waal telah menyebabkan gula boleh ditanam oleh pengusaha swasta di dalam Dasar Liberal yang memberi keuntungan yang besar kepada pihak swasta sehingga awak abad ke-20.

b) Kopi Perusahaan kopi 1816 dapat dipulihkan daripada kemorosotan. Harga dan pengeluarannya mening kat 300% dalam masa tiga tahun. Pada tahun 1923 perusahaan ini mengalami kesukaran. Sistem Kultur menyelematkan industry tersebut. Perlaksanaan sistem ini telah menyebabkan perkembangan pesat ladang-ladang kopi. Dianggarkan pokok-pokok kopi di Jawa bertambah 7 kali ganda. Amsterdam selagi lagi menjadi pasaran kopi utama Eropah. Eropah merupakan ¼ dan 1/3 dari nilai eksport Belanda di Indonesia dan meliputi ¾ jumlah keuntungan dari sistem Kultur. Melalui pengenalan dasar Liberal perusahaan kopi telah diswastakan oleh kerajaan Belanda. Kopi mencapai kemuncak zaman kegemilangan pada abad ke-19. Dalam tahun 1885 gula mengatasi eksport utama Indonesia. Pada abad ke-19 perusahaan kopi telah diatasi oleh minyak tanah dan kemudian getah. Kemunculan pekebun-pekebun kecil dalam perusahaan kopi terutamanya bagi penanam-penanam di Sumatera dan kepulauan luar yang lain. Tanaman ini merupakan satu sumber pendapatan tambahan. Ladang-ladang atau firma-firma yang menguruskan pengeluaran kopi kepunyaan orang Eropah semakin terlibat dengan pekebun-pekebun tersebut. Setengah-setengah keadaan terdapat firma-firma Eropah yang benar-benar terlibat dalam menguruskan penanaman tersebut seperti berlaku di Sulawesi Utara di mana Molukse Handels-Veremiging mengkhususkan pengeluaran tempatan untuk dieskport ke pasaran Eropah.

Page 42: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

c) Bijih Timah Bijih timah telah dijumpai di Bangka pada tahun 1710. Belanda menaruh minar di dalam perusahaan ini pada tahun 1722. Monopoli ke atas perusahaan itu disahkan oleh satu persetiaan lain dalam tahun 1755. Belanda hanya berminat kepada perdagangan bijih timah bukan perlombongan bahan itu. Pemerintah Palembang membawa masuk pelombong darI China. Akibatnya orang Cina yang menguasai perusahaan ini sehingga abad ke-19. Belanda di Indonesia menaruh minat apabila Syarikat Bijih Timah Belitung ditubuhkan merupakan sebuah syarikat swasta. Dlama tahun 1887 mendapat konsesi dari Sultan Riau-Lingga dan Syarikat Bijih Timah Singkep ditubuhkan. Orang Cina kekal menguasai kegiatan perlombongan sehibgga tahun 1890an. Belanda menjalankan kegiatan ini berdasarkan kontrak dengan pelombong-pelombong Cina. Walaubagaimanapun, kedudukan orang Cina di dalam perusahaan telah tercabar dengan teknologi yang diperkenalkan oleh barat. Pada tahun 1890 jentera wap telah diperkenalkan menjelang masa itu pengeluaran bijih timah di Bangka mengatasi pengeluaran dari NNS. Biojih Timah kemudiannya mengatasi eksport gula dan kopi pada peghujung abad ke-29 dan hamper berlipat ganda di antara tahun 1913 dan 1929.

d) Teh Teh diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1824 di bawah pengawasan kerajaan tetapi perusahaan ini tidak berkembang pesat sehingga penglibatan pihak swasta pada akhir abad ke-19. Kejatuhan pasaran dunia ke atas kopi dan kina telah membuka jalan kepada perusahaan teh dan kemajuan-kemajuan peasat teknik-teknik menanam dan memproses teh. Pada akhir tahun 1870an, kaedah pengkhususan telah diperkenalkan di Sri Lanka telah diperkenalkan di Indonesia. Pada tahun 1881 Soekaboemische Landbouw Vereeniging ditubuhkan. Pertubuhan ini bekerjasama rapat dengan pekebun-pekebun kerajaan di Bogor dan akhirnya membawa kepada Penubuhan Stesen Percubaan teh dalam tahun 1902an telah dibiayai dari sumbangan tabung kutipan perusahaan tersebut dan bantuan teknik kerajaan. Mutu teh bertambah baik hingga awak tahun 1900an seterusnya Berjaya memasuki pasaran London, Amerika dan Australia. Menjelang 1910 perusahaan ini bertambah kukuh dan Priangan menjadi daerah pengeluaran teh yang utama di Indonesia dan dunia.

PERUBAHAN EKONOMI DI MYANMAR

1) Perdagangan Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan pedagang British. Mereka juga bercita-cita menjalankan perniagaan dengan bahagian barat Negara China melaui Burma Hulu. British ingin memperluas perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana menghadapi pegawai-pegawai Burma yang karup. Pedagang British terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk mnendapatkan barang dagangan dari Burma. Golongan pedagang ini melaui Dewan Perniagaan Rangoon dan dewan-dewan perniagaan di Britain telah mendesak kerajaan Britain untuk menawan Burma Hulu. Peraturan-peraturan perdagangan yang terhad di Burma Hulu telah mengakibatkan ketidakpuasan hati golongan pedagang.

Page 43: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

Keenganan Kerajaan Nurma untuk mematuhi perjanjian –perjanjian perdagangan tahun 1862 dan 1867 telah menambah ketidakpuasan mereka.

Minyak perjanjian-perjanjian perdagangan tersebut, Raja Burma hanya mempunyai monopoli ke atas minyak, batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi amalan, monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading dan cutch. Akibat tekanan daripada golongan pedagang British di Rangoon dan Britain merupakan satu faktor penting bagi peletusan Perang British-Burma.

2) Beras Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutama sekali beras. Eksport beras menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan kepada British. Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya khususnya pada tahun 1852. Ada pula telah membahagikan perkembangan ekonomi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, di antara tahun 1852-1900, peringkat kedua, di antara tahun 1900-1930 dan peringkat ketiga di antara 1930-1941. Pada peringkat pertama inilah, penglibatan aktif penduduk tempatan dalam aktiviti pertanian terutama pertanian padi sawah. Perkembangan penanaman padi berlaku kerana kawasan delta merupakan kawasan petempatan tradisi orang-orang Mon (salah satu kaum di Burma). Apabila berlaku peperangan kurun ke-18, telah menyebabkan kawasan itu diabaikan malah hampir ditinggalkan dan mempunyai penduduk yang sedikit. Perkara ini memudahkan kerajaan British membuka tanah untuk pertanian. Pihak British ingin menggalakkan perdagangan eksport secara persendirian dan juga mahukan semua tanah pertanian yang baru itu diberikan kepada petani-petani kecil yang merdeka. Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk memajukan kawasan itu, ia telah membina sistem pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar cukai. Kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit menyebabkan petani-petani pendatang diperlukan untuk mengusahakan tanah-tanah baru itu. Oleh itu, migrasi pekerja telah berlaku di antara Burma Hulu ke Burma Hilir serta pedatang India. Modal unutk memulakan tanaman juga agak mudah diperolehi. Pada masa itu para petani boleh meminjam dengan mencagarkan tanah baru yang menjadi hak milik mereka itu. Pada mulanya mereka meminjam daripada peminjam-peminjam bangsa Burma, tetapi kemudian selepas 1880 peminjam-peminjam profesional India (Ceti) membekalkan sebahagian besar daripada pinjaman itu. Perkembangan pertanian pada 1852-1900 menyebabkan berlaku penghijrahan secara besar-besaran dari Burma Hulu, Tenasserim dan Arakan sehingga menyebabkan kebudayaan Mon di delta Irrawadi telah digantikan dengan kebudayaan orang Burma. Penghijrahan bukanlah merupakan satu perkara baru bagi orang Burma kerana ada pepatah Burma yang berbunyi “tanpa berpindah seseorang itu tidak akan menjadi terkenal tau masyhur”. Pada awalnya perkembangan pertanian padi sawah sangat baik. Misalnya berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada juta ekar di antara

Page 44: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

tahun 1885-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport padi daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand dan Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara ketiga-tiganya itu Burmalah pengeluar terbanyak.

Dengan berlakunya perkembangan dalam pertanian padi sawah ini , british telah membawa masuk orang India untuk atasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam pertanian padi dan menyebabkan berlakunya pertambahan dalam kemasukan orang India ke Burma. Misalnya pada 1870, terdapat 15 000 buruh dari India membanjiri Burma dan pada tahun 1872, meningkat kepada 37 500 orang atau dua peratus daripada jumlah penduduk Burma di hilir dan angka ini telah meningkat kepada 297 000 pada 1901 atau tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Burma Hilir. Kemasukan tenaga buruh dari India ini telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam pekerjaan dengan penduduk tempatan. Akibat perkembangan pertanian yang pesat, berlaku kekurangan tanah pertanian yang telah menyebabkan timbulnya masalah. Petani tempatan mula menanggung hutang kerana hasil yang diperolehi sedikit sedangkan cukai perlu dibayar. Petani tempatan tidak berupaya untuk menyaingi petani dari India dan mereka hanya memperolehi hasil yang sedikit bagi setiap ekar tanah kerana beberapa sebab iaitu kurangnya penggunaan baja moden, benih yang kurang baik cara, pertanian tradisi yang tidak sesuai, tiada pertanian secara besar-besaran dan tidak mempunyai modal yang besar. Akibatnya orang India banyak menguasai tanah dan pada penghujung 1900, enam peratus tanah pertanian di delta dan 19 peratus bagi tanah yang dikuasai oleh bukan petani. Keadaan menjadi lebih teruk pada tahun 1930an apabila harga beras di pasaran jatuh, menyebabkan golongan petani tempatan tidak dapat membayar hutang dan akhirnya banyak tanah lesap ke tangan peminjam-peminjam modal yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ceti India.

3) Minyak Minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi. Telaga-telaga minyak kebanyakannya berpusat di Yenangyaung dan selama beberapa abad telah membekalkan kepada rumah-rumah orang Burma dengan bahan api untuk menyalakan pelita-pelita dan juga membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yanh dibuat daripada daun palma yang diawet. Pada masa itu, telaga-telaga minyak digali secara primitif atau trdaisional iaitu dengan menggali telaga-telaga minyak dengan tangan. Cara ini memerlukan masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi sedikit dan tidak mencukupi sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Ameriks untuk memenuhi keperluan penduduk Burma.

British yang m,elihat potensi Yenangyaung yang mempunyai banyak hasil minyak telah bertindak membuka sebuah firma iaitu Burma Oil Company pada 1886 di Rangoon. Pada awalnya firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam perusahaan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertindak membeli pajakan-pajakan kerajaan dan

Page 45: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

juga telaga-telaga minyak persendirian. Dalam masa lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak tanah yang mencukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport minyak dari Amerika. Malahan, syarikat ini telah mengeksport minyak yang pertama ke Inida dan pada tahun 1896 ke Pulau Pinang. Saluran paip minyak juga telah dibina oleh syarikat ini 10 tahun kemudian yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang penapisannya di Syriam.

Pada waktu ini orang yang memonopoli sektor perlombongan adalah orang British. Hal ini kerana, orang British yang menubuhkan syarikat perlombongan dan orang India juga ada yang bekerja dalam syarikat ini serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli. Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah Indo-Burma Petroleum Company, British Burma Petroleum Company dan Nath Singh Oil Company. Perkembangan dalam perlombongan minyak tanah semakin baik selepas 1900an. Secara kesimpulannya kebanyakkan aktiviti perlombongan ini juga dimonopoli oleh syarikat British. Kebanyaan penduduk tempatan hanya terlibat dengan menjadi buruh-buruh sahaja. Kedatanagan orang India untuk bekerja dalam perlombongan minyak di Burma telah menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi apabila harga beras jatuh dan para petani yang pada awalnya ramai yang tertumpu di Burma Hilir beramai-ramai brhijrah ke Burma Hulu.

4) Pembalakan (kayu jati) Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan British di Burma dari segi ekonomi. Tambahan pula, ekonomi Burma juga bergantung kepada aktiviti pembalakan khususnya pembalakan kayu jati yang diperlukan untuk pembinaan kapal. Bahkan kayu jati merupakan sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masayarakat Burma kerana nilai komersialnya yang lebih tinggi berbanding padi(beras) yang tidak boleh dieksport berdasarkan polisi kerajaan Burma. Buktinya, pada tahun 1752, Maharaja Alaupaya telah mengisytiharkan kayu jati sebagai ‘pokok diraja’, manakala lebih kurang seratus tahun kemudiannya, Lord Dalhousie telah menjadikan kayu jati sebagai ‘Harta Milik Kemahkotaan British’. Sebenarnya kayu jati di Burma mempunyai sejarah yang paling lama dibandingkan dengan bahan eksport yang lain. Ia telah digunakan oleh pedagang-pedagang Arab pada abad ke-6 masihi. Kayu jati merupakan asas kepada perusahaan membina kapal di Burma dalam abad ke-17 dan telah menjadi objek utama dalam persaingan antara British-Perancis pada abad ke-18. Kayu jati Burma mendapat permintaan yang tinggi di luar Negara kerana mutunya yang tinggi, harganya pula murah dan sesuai digunakan untuk industry kapal dan binaan. Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah berkembang apabila perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun 1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan kayu jati diambil di Burma khususnya di Moulmein. Walaupun Moulmein berkembang maju tetapi akibat eksploitasi yang berlebihan, kayu jati di Moulmein berkurangan dan British beralih kepada Rangoon (Yangon) yang berkembang dalam perdagangan. Menurut D.G.E Hall :

Page 46: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

“But indiscriminate felling without proper supervision ruined many of forest, and rapid development of Rangoon after 1852 caused Moulmein’s star wane”

Kepentingan eksport kayu jati kepada pihak British dan kerajaan Burma terbukti apabila berlaku peperangan pada bulan Ogos 1885 kerana Raja Thibaw mendakwa Syarikat Perdagangan Bombay-Burma telah mengambil lebih banyak kayu jati melebihi perjanjian yang telah dibuat sebelum itu. Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan menjelang 1830-an, perusahaan kayu jati berkembang sehingga menjadi sumber kekayaan yang paling utama di daerah ini. Pada tahun 1941, Burma telah mengeluarkan kira-kira ¾ eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak 400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan mengilang papan dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan mengawal aktiviti pembalakan kayu jati. Namun menjelang tahun 1850-an, banyak hutan telah musnah dan British telah menubuhkan Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi pengawalan aktiviti pembalakan.

5) Sumber hasil bumi yang lain Selain beras (padi), minyak dan kayu jati, Burma juga turut bergantung kepada pengeluaran timah hitam (plumbum), wolfram (bijih tungsten), dan bijih timah. Namun, pada peringkat awal sebelum kedatangan British, eksport bahan mentah ini adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Oleh itu, pihak British telah mengambil kesempatan atas dasar penjajahan bagi memonopoli sumber-sumber bahan mentah tersebut. Plumbum didapati dari lombong-lombong di Badwin (40 batu ke timur laut Lashio) dan lombong di Namtu. Seperti yang berlaku dalam perusahaan minyak, perusahaan plumbum jugak dimonopoli oleh syarikat British yang diwakili oleh Syarikat perdagangan Bombay-Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara lombong-lombong pengeluar timah hitam dan perak yang terkaya di dunia dan lombong ini menjadi pusat pengeluaran tembaga, nikel, spis dan kobaltum.

Burma juga kaya dengan hasil timah yang termasuk dalam lingkaran bijih timah Asia. Namun perusahaan bijih timah juga seperti perusahaan plumbum yang berkembangan selepas abad ke-19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih tarik dengan penemuan wolfram di Mawehi. Buktinya, Burma hanya mengeluarkan 100 tan bijih timah setahun sebelum 1910 bijih timah. Perlombongan wolfram juga berkembang selepas tahun 1900. Sedikit batu delima dan batu nilam yang menjadi bahan termasyhur di Burma sejak dahulu lagi turut dilombong. Lombong batu delima dan nilam ini terdapat di sekitar daerah Mogok (utara Mandalay). Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu, garam dan jed yang dilombong. Pada awalnya, getah turut ditanam di Burma, namun tanaman ini didapati tidak sesuai diuasahakan di Burma kerana faktor iklim. Namun

Page 47: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

apa yang pasti dalam perusahaan getah ini kebanyakkan tenaga buruh yang mengusahakan ladang getah adalah terdiri daripada orang-orang India. Ladang-ladang getah tidak dimiliki oleh orang tempatan sebaliknya berada dalam tangan British (contohnya Steel Brothers) dan orang-orang tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil sahaja. Oleh itu, telah terbukti bahawa faktor ekonomi juga menjadi daya penggerak penjajahan Barat di Burma. Namun begitu, perkembangan ekonomi Burma di bawah penguasaan British yang berteraskan pertanian padi, eksploitasi kayu jati dan logam menjadi Burma terlalu bergantung pada pasaran antarabangsa dari segi eksport dan import.

Selain daripada kekayaan sumber bahan mentah dan pertanian di Burma, faktor yang menyebabkan gerakan penjajahan British disebabkan kepentingan perdagangan British di Negara itu. Hal ini kerana pada peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan Burma telah memberi layanan yang buruk terhadap pedagang-pedagang British termasuklah penetapan harga yang tinggi untuk memperolehi barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak monopoli ke atas hal ehwal perdagangan di Burma. Tambahan pula British bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di Burma Hulu.

KESIMPULAN

Perubahan-perubahan yang berlaku tidak menguntungkan rakyat tempatan malahan rakyat terus ditindas semakin miskin dan berlaku penganguran. Hak milik tanah juga telah jatuh ke tangan pihak barat/pemerintah. Kemasukan kaum imigrin juga telah membawa satu scenario ekonomi yang besar dengan mereka turut menguasai ekonomi di kedua-dua Negara.

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI INDONESIA DAN MYANMAR SETELAH CAMPUR TANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19

Page 48: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

PENGENALAN Pada peringkat awal di Indonesia sistem pendidikan amat dipengaruhi oleh agama Islam dan Hindu Buddha. Kedatangan Belanda telah mewujudkan pendidikan barat di Indonesia. Hal yang sama berlaku di Myanmar.

INDONESIA Sistem pendidikan pada peringkat awal tertumpu kepada bentuk tradisional terutamanya sekolah-sekolah pondok yang diterajui dan dibimbing oleh para ulama dan mubaligh. Selain itu ianya berpusat di istana/kraton yang memberi keutamaan kepada golongan bangsawan. Perubahan dalam bidang pendidikan jelas apabila Belanda memperkenalkan sistem pendidikan sekular sehingga pendidikan tradisional mulai merosot. Belanda turut sama memberi tumpuan kepada golongan bangsawan untuk membolehkan mereka menjawat jawatan rendah dalam bidang perkhidmatan awam. Kemudahan dan keistimewaan telah diberikan kepada anak orang Belanda dan Serani seperti tidak perlu membayar yuran persekolahan. Manakala anak-anak bangsa Indonesia terpaksa menanggung beban persekolahan yang mahal.

Usaha-usaha telah dibuat oleh Belanda untuk memajukan bidang pelajaran di Indonesia. Pada tahun 1882 pemerintah Belanda menyediakan peruntukan sebanyak 1.2 juta guilders untuk pelajaran. Ketika ini terdapat kira-kira 300 buah sekolah bumiputera di Pulau Jawa dan 400 buah di pulau-pulau luar. Jumlah pelajar dianggarkan seramai 40 000 orang.

Selain sekolah-sekolah bumiputera terutama sekolah rendah, sekolah-sekolah Belanda juga didirikan tetapi hanya anak-anak golongan bangsawan yang dibenarkan memasuki sekolah Belanda. Bilangan pelajar bumiputera yang memasuki sekolah-sekolah Belanda telah bertambah. Pada tahun 1870, bilangan pelajar bumiputera yang belajar di sekolah Belanda hanya 266 orang tetapi pada tahun 1900 meningkat kepada 2000 orang. Pada awal abad ke-20, pemerintah Belanda mengadakan peruntukan yang besar untuk membina lebih banyak sekolah di Indonesia. Menjelang 1900 Belanda telah mendirikan institusi pengajian tinggi seperti Sekolah Perubatan Stovia. Pada tahun 1901 didirikan pula sekolah teknik yang petama iaitu Sekolah Queen Wilhelmia. Sejal 1907 lebih banyak sekolah menengah dibina termasuk Sekolah Haiwan 1907, Sekolah Undang-Undang 1908, Sekolah Perdagangan dan Kelautan Prince Henry 1911 serta Sekolah Pertanian 1913. Pada tahun 1913 terdapat 7000 buah sekolah kebanyakan sekolah rendah dengan 227 000 murid. Kesan dari sistem pendidikan ini kemunculan satu golongan elit baru. Walaupun mereka berpendidikan barat golongan ini tidak mesra dengan Belanda kerana mereka mengalami diskriminasi. Mereka mengkritik Belanda.

Pendidikan di Myanmar

Page 49: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

British telah memperkenalkan sistem pendidikan barat di Myanmar. Sekolah-sekolah Inggeris telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan pendidikan dalam bahasa ini amat diperlukan untuk membantu membentuk sebuah kerajaan yang mantap selain dapat meningkatkan tamadun Myanmar. Oleh itu, sekolah-sekolah Inggeris telah memperkenalkan mata pelajaran seperti Ilmu Kira-kira, Asas Geometri, Astronomi, Ukur tanah dan Sejarah Eropah. Kerajaan British berusaha mengatasi masalah pelajaran tempatan. British membentuk satu sistem pelajaran dengan berdasarkan sekolah rahib(monastic). Phayre membawa masuk banyak buku teks dan guru. Pada tahun 1866 Pengarah Jabatan Pelajaran Awam telah dilantik untuk mnyelia rancangan sistem pelajaran ini. Selepas kematiannya rancangan ini tidak diteruskan. Kerajaan Inggeris kemudian kemudian cuba menggantikan sekolah-sekolah rahib dengan sekolah moden.

Tambahan pula permintaan terhadap Pendidikan Inggeris amat menggalakkan dan ia telah membawa perkembangan pesat sekolah-sekolah vernacular Inggeris. Pada tahun 1880an, sistem pelajaran keseluruhannya dikaji semula. Sungguhpun terdapat sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan seperti Regional Government Anglo-Veenacular School yang diasaskan pada 1873, memang menjadi dasar Inggeris untuk membina sekolah-sekolah mubaligh. Penubuhan sekolah-sekolah ini menyebabkan masyarakat tidak lagi memandang tinggi kepada golongan sami dan guru-guru tradisional. Mereka tidak lagi dihormati dan tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan. Kewujudan sistem pendidikan ini menyebabkan ramai kalangan masyarakat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan melahirkan ramai golongan berpendidikan barat.

Pada tahun 1900 terdapat 16 buah sekolah menengah mubaligh dan 5 buah maktab perguruan. Pelajar-pelajar yang cemerlang dihantar mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Calcutta. Maktab Rangoon telah didirikan pada tahun 1884 dan berperanan sebagai institusi yang menyediakan peluang kepada pelajar Myanmar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta di India. Menjelang tahun 1900 sekolah menengah Inggeris dan sekolah-sekolah kebangsaan Myanmar (sekolah vernacular) telah banyak dibina. Selain itu British juga menubuhkan sekolah-sekolah teknikal dan perguruan. Pada tahun 1900 dibawah pengelolaan jabatan pelajaran, telah terdapat lima buah sekolah bagi melatih guru-guru di Myanmar.

Pada tahun 1920 disebabkan permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi Universiti Rangoon telah ditubuhkan dan penuntut-penuntutnya diserap dalam perkhidmatan awam di Myanmar seperti sektor pendidikan dan kesihatan. Kurun ke-20 menyaksikan satu kenaikan permintaan terhadap pendidikan Inggeris. Pendidikan di sekolah rahib merosot. Bahasa Inggeris semakin dipentingkan malah orang-orang Burma terpaksa mempelajari Bhasa Inggeris untuk menjadi pegawai Kerajaan.

Page 50: Koki- STPM-Sejarah Asia Tenggara

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan sistem pendidikan di kedua-dua Negara pada bad ke-19 mengalamai banyak perbezaan. Usaha pendidikan yang dilakukan di kedua-dua negara telah berkaitan dengan sistem pendidikan Barat telah berjaya melahirkan golongan intelektual seterusnya turut sama memberi sumbangan besar kea rah kebangkitan nasionalisme di kedua-dua negara.

SEKIAN. ALL THE BEST FOR ALL STPM CANDIDATES