Koku Mass Gmnt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KoKurikulum di Sekolah

Citation preview

Soalan 1Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar & Jamaliah JalaludinMohamad Najib Abdul Ghafar Jamaliah Jalaludin telah menjalankan satu kajian atas komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor. Kajian ini bertujuna untuk mengkaji kaitan antara tahap komitmen guru-guru dengan tahap pengetahuan dan tahap emahiran pengurusan dalam menguruskan aktiviti kokurikulum di sekolah- sekolah rendah negeri Johor. Menurut Kerr (1971) kokurikulum adalah satu aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan untuk mencapai sesuatu tujuan. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang dilakukan secara perseorangan atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Hasil daripada kajian ini akan membawa kepentingan kepada semua pihak khussunya kepada guru dan juga kepada pihak sekolah. Kajian ini akan membantu guru memahami tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam pengurusan kokurikulum. Guru boleh mngenalpasti kelemahan dan kekuatan masing-masing semasa merancang , melaksana dan membimbing pelajar.Di pihak sekolah pula kajian ini akan menjadi bahan rujukan agar kegiatan kokurikulum boleh dilaksanakan dengan lebih dinamik dan berkesan . Melalui kajian ini , pihak sekolah sudah tentu boleh mengenal pasti terhadap komitmen , pengetahuan dan kemahiran guru-guru mereka dalam aspek pengurusan aktiviti kokurikulum.Seramai 402 orang guru di 17 buah sekolah rendah di negeri Johor terlibat dakam kajian ini . Responden yang terlibat adalah seramai 136 orang lelaki (33.8%) dan 266 orang pula adalah perempuan (66.2%). Semua soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian berbentuk deskritif yang bermatlamatkan untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang sedang berlaku. Menurut McMiller , 1996, dalam kaedah ni penyelidik tidak memanipuasi sebarang faktor atau fenomena yang akan mempengaruhi tingkahlaku subjek atau pencapaiannya. Mokthar Mokri , 1999 turut juga berpendapat bahawa penyelidikan deskritif bermatlamat untuk meneroka suatu bidang yang belum atau kurang dikaji bagi menjelaskan fenomena atau keadaan yang sedang berlaku.Secara umumnya kebaikan kegiatan kokurikulum kepada pelajar boleh memupuk semangat kerjasama muhibah dan toleransi. Malah melalui aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat dan minat pelajar itu dalam lapangan yang mereka suka. Disamping itu juga ia mendedahkan pelajar pengalaman pentadbiran sesebuah persatuan dan kelab , memupuk sifat kepimpinan dikalangan pelajar dan melatih pelajar menjalankan tugas-tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik.Hasil kajian ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A merujuk kepada latar belakang responden seperti jantina , umur bangsa , kelulusan akademik dan Bahagian B lebih kepada 45 soalan yang berpusat kepada tahap komitmen , pengetahuan , kemahiran merancang , melaksana , membimbing kegiatan kokurikulum dan penilaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pengukuran dalam kajian ini menggunakan Skala Likert. Mohd Majid , 1990 menyatakan bahawa Skala Likert digunakan dalam set senarai kenyataan yang berbentuk positif dan negative berhubung dengan sikap individu terhadap sesuatu perkara. Dalam Skala Likert nilai 1 mewakili pengkelasan Sangat Tidak Setuju , 2 mewakili Tidak Setuju , 3 mewakili Tidak Pasti , 4 pula mewakili Setuju dan 5 mewakili Sangat Setuju.Seramai 136 orang guru lelaki (33.8%) dan 266 orang guru perempuan (66.2%) yang telah dilibatkan dalam kajian ini. Daripada jumlah ini SK Sri Amar Johor Bahru mendahului dengan seramai 40 orang guru (10%) daripada jumlah keseluruhan yang terlibat. Hanya 10 orang atau 2.5% guru dari SK Tambang Batu 6 , Segamat menjawab sebagai responden kajian. SK Desa Cemerlang Johor Bahru menyaksikan seramai 16 orang (11.8%) guru lelaki terlibat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum manakala bilangan guru perempuan paling ramai terlibat datang dari SK Bandar Mersing , Mersing iaitu seramai 25 orang atau 9.4% daripada jumlah keseluruhan responden. Dari segi bangsa pula seramai 381 orang atau 94.78% berbangsa Melayu , 9 orang (2.24%) masing-masing berbangsa Cina dan India manakala lain-lain bangsa adalah seramai 3 orang (0.74%). Tahap pendidikan responden-responden pula seramai 269 orang (66.91%) merupakan kelulusan Sijil Perguruan atau Diploma Perguruan , 131 orang (32.59%) berkelulusan Ijazah dan 2 orang (0.5%) memiliki kelulusan Sarjana.Dari segi tahap kemahiran guru membimbing pelajar dalam aktiviti kokurikulum didapati bahawa kebanyakkan pelajar yang lemah dalam aktiviti kokurikulum disingkirkan daripada pasukan. Seramai 44.3% setuju dengan item ini. Seramai 72.9% pula bersetuju dengan pernyataan item Saya menyenaraikan kemahiran yang belum dikuasai oleh pelajar saya. Dan pernyataan min yang paling rendah adalah terhadap Guru perlu mengajar kemahiran sehingga pelajar mahir walaupun tidak dapat menghabiskan sukatan pada tahun itu. Secara ringkasnya hasil dari item ini menunjukkan bahawa tahap guru membimbing pelajar dalam kokurikulum masih lagi berada di tahap tinggi.Seterusnya pula dari segi tahap guru melaksana aktiviti kokurikulum. Item Pelajar perlu mempunyai kebenaran ibubapa untuk menyertai aktiviti kokurikulum di luar kawasan sekolah mencatatkan min yang tertinggi iaitu 4.63 dan 68.2% sangat setuju berbanding dengan yang lain. Min keuda tertinggi pula dengan item Aktiviti kokurikulum mestilah menyeronokkan pada pelajar dengan nilai sebanyak 4.47. Pecahannya dengan 49.5% menyatakan sangat setuju , 48.8% setuju, 1.2% tidak pasti dan bakinya tidak setuju. Tiada responden menyatakan sangat tidak setuju. Item Pelajar diberi peluang untuk membuat rak buku mengikut keupayaan mereka mencatatkan min yang terendah dengan nilai min 3.89. Sebanyak 16.2% sangat setuju, 63.9% setuju, 13.7% tidak pasti , 5.5% tidak setuju dan 0.7% sangat tidak setuju. Dengan skor min keseluruhan sebnyak 4.24 ini menunjukkan emahiran guru melaksana dalam pengurusan aktiviti kokurikulum berada ditahap tinggi.Untuk tahap kemahiran guru membuat penilaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan nilai min keseluruhan 4.02 masih lagi berada di tahap tinggi. Dengan item Laporan bertulis mesti dibuat pada setiap perjumpaan aktiviti kokurikulum dengan nilai min 4.22. Sebanyak 32.8% sangat setuju , 62.9% setuju, 4.0% tidak pasti manakala bakinya pula 2.2% tidak setuju. Pernyataan item Pelajar yang hadir 100% dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun akan diberi Sijil Penghargaan dan Kehadiran mencatatkan min kedua tertinggi dengan nilai min 4.14. Seramai 34.6% responden sangat setuju , 50.7% setuju, 10.4% tidak pasti, 3.2% tidak setuju dan 1.0% sangat tidak setuju.Item Pelajar-pelajar saya berjaya membuat folio dalam aktiviti kokurikulum mencatatkan min yang paling rendah dengan nilai min 3.74. Seramai 8.7% responden sangat setuju , 61.9% setuju, 24.6% tidak pasti , 4.5% tidak setuju dan baki 0.2% sangat tidak setuju.Umumnya kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah amat penting dalam usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penglibatan pelajar secara meyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menghayati falsafah sebenar kokurikulum dan seterusnya membantu mereka untuk berinteraksi dengan luas pada masa hadapan.Kokurikulum merupakan saluran yang menggalakkan perkembangan bakat dan sifat kreativiti murid (Adnan Kamis, 1988).Pengelolaan aktiviti kokurikulum yang teratur dan sistematik akan memberi keberkesanan dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga dapat menyuburkan potensi individu dalam lapangan tertentu supaya bakat dan potensi dapat dipertingkatkan ke peringkat maksimum. Di sini maka guru memainkan peranan yang penting. Guru guru penasihat harus mempunyai kemahiran untuk mengelola aktiviti kokurikulum bagi memastikan mutu yang yang disampaikan. Malah dengan adanya kemahiran di kalangan guru-guru ini nanti akan menarik minat pelajar untuk menceburi bidang kokurikulum dan tidak memandang sepi akan kokurikulum lagi.Dapatan daripda kajian yang dijalankan terdapat 3 elemen utama yang menjadi faktor penentu komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah-sekolah. 3 elemen utama tersebut adalah tahap guru membimbing pelajar dalam aktiviti kokurikulum, tahap guru melaksana aktiviti kokurikulum dan tahap guru membuat penilaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Jelas dapatan ini menunjukkan guru-guru mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Namun begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang ketara dikalangan guru-guru yakni ramai guru guru menyingkir pelajar-pelajar yang lemah aktiviti kokurikulum dari pasukan. Hal ini seharusnya tidak berlaku kerana proses pembelajaran dan perkembangan pelajar berbeza antara satu sama lain bergantung kepada faktor-faktor dalaman dan juga luaran. Sesungguhnya melalui aktiviti kokurikulum ini sahaja peluang untuk pelajar-pelajar terbabit menyinar dan bersaing dengan pelajar-pelajar lain dalam keadaan bebas mengikut tahap dan kemampuan mereka sendiri. Guru memainkan peranan aktif dalam membentuk keperibadian mereka selaras dengan keperluan dan kehendak aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Soalan 2Murid Sekolah Rendah Sungguh Minat dengan Aktiviti Kokurikulum. Bincangkan secara kritis.Kecemerlangan akademik seringkali digunakan untuk mengukur kejayaan seseorang murid. Namun begitu pengenalan sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau ringkasnya KSSR merupakan satu titik peralihan dalam sistem pendidikan Malaysia yang mengubah kebergantungan kepada keputusan peperiksaan semata-mata demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani , Emosi , Rohani , Intelek dan Sosial (JERIS) sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara. Kokurikulum boleh diertikan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah , mengukuh dan mengamalkan pengetahuan , kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (Peraturan-peraturan Pendidikan Kurikulum) . Pendapat Md. Idris (1985) pula menyatakan bahawa kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum dan dapat membantu potensi pembangunan diri individu (Adnan Kamis, 1993; Teng Boon Tong, 1984; Vasudevan T. Arosoo, 1988). Aktiviti kokurikulum dapat membekalkan pengalaman bagi perkembangan mental , bakat , sosial , jasmani dan rohani murid (Mohd Najib , 2007)Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah bermatlamat untuk memperkembangkan intelek , sosial , jasmani dan rohani murid secara maksimum. Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan dan memperkayakan ilmu serta kemahiran yang telah dipelajari dalam bilik darjah dan seterunya memperluaskan pengalaman murid dalam bidang tertentu seperti permainan dan juga sukan. Minat menurut Syarifah Alawiyah , 1983 adalah daya pengerak atau kecenderungan seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang , benda atau sebarang kegiatan. Witherington , 1986 pula berpendapat bahawa minat adalah kesedaran individu pada sesuatu , seseorang, sesuatu soal atau situasi yang bersangkut paut dengan dirinya. Kalau tidak ada kesedaran individu pada sesuatu objek maka minat tidak akan ada pada objek tersebut. Tambahan lagi Effendi , 1985 , minat adalah kekecenderungan yang timbul apabila individu tertarik kepada sesuatu kerana sesuai dengan kehendak atau merasa bahawa sesuatu yang akan dipelajari bermakna bagi dirinya.Saya tidak begitu setuju dengan pendapat menyatakan bahawa murid sekolah rendah sungguh berminat dengan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di peringkat sekolah. Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang telah diwajibkan kepada setiap murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. Berdasarkan kepada situasi semasa terutama di sekolah kurang murid (SKM) pihak pentadbir sekolah hanya dapat menawarkan beberapa bidang kokurikulum di sekolah mereka bergantung kepada faktor fizikal dan kepakaran tenaga pengajar. Murid-murid akan dibahagikan kepada bidang kokurikulum yang telah ditetapkan berdasarkan kepada kriteria tadi. Pembahagian ini sudah pasti tidak selaras dengan kehendak , kemampuan dan minat murid-murid. Murid-murid yang berminat dalam sesuatu bidang tidak ditawarkan bidang tersebut sementara murid yang tidak berminat dipaksa untuk terlibat dalam bidang kokurikulum . Hal ini seterusnya akan menganggu perlaksanaan aktiviti kokurikulum terutama dari segi kehadiran murid itu sendiri . Jika murid-murid diagihkan mengikut minat dan kecenderungan mereka sudah pasti ada ahli kelab atau persatuan tersebut menjadi tidak seimbang.Seterusnya adalah minat murid terhadap aktiviti kokurikulum banyak dipengaruhi oleh sokongan keluarga. Menurut Anderson et al. , 2003 , telah mendefinisikan sokongan keluarga sebagai persepsi anak mengenai betapa baik ibu bapa dalam mendorong anak-anak bagi pemilihan dan penglibatan aktiviti. Kebanyakkan keluarga tidak menyokong sepenuhnya kegiatan aktivti kokurikulum kerana menurut mereka aktiviti tersebut tidak membawa apa-apa faedah kepada anak anak mereka secara khusus. Malah ada yang mempersoalkan masa depan anak-anak mereka jika terlalu aktif dalam aktviti kokurikulum. Pengaruh negatif daripada keluarga ini turut merencatkan minat murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan di peringkat sekolah. Menurut Mustafa Kamal , 2000 , dalam kajiannya ramai ibu bapa kurang mendorong anak-anak untuk bergiat dalam aktiviti kokurikulum. Masih lagi ramai ibu bapa beranggapan bahawa akademik lebih penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka berbanding kegiatan kokurikulum.Selain itu juga faktor permasalahan untuk menghadiri aktiviti kokurikulum pada sebelah petang seperti permasalahan tempat tinggal yang jauh dari sekolah , tiada yang menghantar dan mengambil pada sebelah petang turut menjadi pendorong minat untuk murid-murid terhadap aktiviti kokurikulum . Akhirnya ia memberi impak kepada kemerosotan penglibatan murid-murid dengan aktiviti kokurikulum.Minat murid sekolah rendah juga pudar apabila timbul kekurangan prasarana di sekolah mereka. Prasarana yang dimaksudkan adalah seperti keadaan padang yang memuaskan untuk semua aktiviti kokurikulum , kemudahan peralatan yang lengkap seperti peralatan pagar , peralatan lompat tinggi , kelengkapan hoki dan sebagainya yang memerlukan kos yang amat tinggi untuk dilengkapkan. Tambah lebih memburukkan lagi keadaan adalah sikap pentadbir yang memandang rendah akan permasalahan ini. Keadaan padang yang agak sempit terutama di sekolah- sekolah tertentu turut memudarkan lagi minat murid terhadap aktiviti kokurikulum kerana ketidakselesaan terpaksa berhimpit dan berkongsi padang.Seterusnya juga adalah tahap persepsi murid itu sendiri terhadap aktiviti kokurikulum. Menurut Lim Yen Yen , 1991 dalam kajiannya mendapati bahawa aktivti kokurikulum kurang penting sebaliknya mereka lebih memberi tumpuan terhadap bidang akademik semata-mata. Mereka beranggapan bahawa bidang akademik lebih menjamin masa depan mereka berbanding menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah. Ini menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum gagal menarik minat murid khususnya murid-murid pandai dalam menyertai aktiviti kokurikulum.Namun begitu tidak semua murid tidak berminat terhadap aktiviti kokurikulum yang disediakan di sekolah sepenuhnya. Ada beberapa segelintir murid masih lagi meminati aktiviti yang disediakan kerana di situlah peluang mereka untuk menonjolkan diri , kecenderungan dan kemahiran mereka di kalangan rakan-rakan mereka berbanding dalam kelas-kelas biasa. Dengan adanya aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti ini akan membolehkan murid-murid dapat melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam suatu medium yang sihat. Malah mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain serta memupuk semangat toleransi dan sifat- sifat mulia di kalangan mereka. Malah dengan aktiviti sebegini mereka dapat memupuk semangat perpaduan , kesetian dan bantu membantu di kalangan mereka.Kesimpulannya saya masih lagi kurang setuju dengan pernyataan bahawa murid sekolah rendah sungguh minat dengan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada situasi yang ada. Namun begitu saya mengakui sesungguhnya aktiviti kokurikulum sebenarnya banyak memberi kesan yang positif berbanding dengan kesan negatif untuk perkembangan murid itu sendiri dalam jangka masa yang lama. Untuk mendapat perhatian dan menarik minat murid itu sendiri guru memainakan peranan yang proaktif terutama sekali dalam bidang ilmu yang dimiliki oleh mereka bagi memastikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah sesuai dan selaras seta mampu untuk menarik minat murid itu sendiri. Di samping faktor guru , pihak pentadbiran turut memainkan juga peranan yang penting terutama dalam memperjelaskan kepentingan kokurikulum di kalangan ibubapa. Permaufakatan guru , ibubapa dan pihak sekolah boleh membantu perkembangan aktiviti kokurikulum terutamanya dari segi penyediaan peralatan dan juga sebagai motivator kepada murid-murid untuk terus meminati aktiviti kokurikulum. Ini kerana di rumah ibubapa merupakan idola di hati murid-murid. Dengan motivasi yang berterusan dari rumah nescaya minat murid-murid untuk menyertai sepenuhnya aktiviti kokurikulum yang ada akan berada ditahap yang maksimum.Menyedari akan timbul permasalahan-permasalahan yang telah wujud ini maka pihak Kementerian Pendidikan pada tahun 2010 telah memperkenalkan satu dasar baharu iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, 2010: Pelaksanaan Satu Murid Satu Sukan (1M1S), setiap murid diwajibkan untuk mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan atau sukan. Dasar 1M1S ini saudah pastinya akan menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi , jasmani dan sosial. Ini juga selaras dengan dasar sukan negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat. Sekali lagi saya menegaskan saya kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa murid sekolah rendah sungguh minat dengan aktiviti kokurikulum sepenuhnya berdasarkan kepada hujah-hujah dan pendapat yang telah dinyatakan sepertimana di atas.

Soalan 3Aktiviti kokurikulum sekolah merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform , persatuan / kelab serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform , kelab / persatuan serta sukan dan permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut . Kelab Olahraga atau pun Kelab Balapan dan Padang dipilih berdasarkan kepada kekuatan sekolah yang ada. Pemilihan Sek.Keb. Lampaki dibuat kerana mempunyai sistem pengurusan kokurikulum yang bersistematik dan teratur berbanding dengan mana-mana sekolah yang ada. Ini terbukti apabila mereka berjaya dan mampu menghasilkan atlet yang berkualiti ke peringkat Kebangsaan hampir setiap tahun. Sek. Keb. Lampaki merupakan sekolah pendalaman kategori 1 dan termasuk dalam gred B (SKM). Merupakan salah satu daripada 6 buah sekolah dalam Zon 7 Matunggong dan satu-satunya sekolah gred SKM dalam zon tersebut. Di daerah Kudat Zon Matunggong merupakan antara zon pengeluar atlet bagi daerah Kudat dan merupakan zon yang terkuat di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kudat .Bagi memudahkan pentadbiran pengurusan KoKurikulum pihak sekolah telah memutuskan hanya beberapa aktiviti kokurikulum sahaja yang dijalankan bersesuaian dengan minat , kemahiran guru dan juga kemampuan murid untuk berkembang. Antara aktiviti kokurikulum yang dipilih adalah Persatuan Pengakap , Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) , Kelab Bahasa , Kelab Sains dan Matematik , Persatuan Media dan Perpustakaan , Kelab Bimbingan & Kaunseling , Kelab Catur , Kelab Hoki , Kelab Bola Baling dan Kelab Balapan & Padang. Manakala rumah-rumah sukan yang ada adalah seperti Sri Tagumamal , Sri Tinukadan , Sri Lampaki dan Sri Pinampang berdasarkan kepada nama-nama kampung yang berhampiran. Setiap kelab dan persatuan yang ada akan dipengerusi oleh guru-guru yang telah dipilih berdasarkan kepada kemampuan mereka.Kelab Olahraga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sukan di Sek. Keb.Lampaki ini. Ahli Kelab Olahraga ini merupakan atlet sekolah yang telah terpilih berdasarkan kepada bakat yang ada dan telah dikenalpasti / Talent Identification (TID) bermula dari prasekolah lagi melalui pengubahsuaian format Kejohanan Olahraga Tahunan (K.O.T) sekolah. Format sukan tahunan bagi Sek. Keb. Lampaki Kudat telah diubahsuai bagi mencungkil dan mencari bakat-bakat baru dari peringkat akar umbi. Kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu Kategori Junior (PraSekolah Tahun 2) dan Kategori Senior (Tahun 3 Tahun 5) . Untuk kategori Junior acara yang dipertandingkan merupakan acara yang telah diubahsuai bertujuan sebagai pendedahan suasana pertandingan manakala kategori Senior dipertandingkan adalah acara utama bawah 12TKB peringkat MSSM. Kelab Olahraga merupakan nadi utama kepada rumah-rumah sukan kerana atlet yang ada juga datang dari rumah-rumah sukan yang berbeza. Mereka akan menjadi mentor dan mentee kepada rakan-rakan mereka. Seterusnya bagi mengelak daripada pertindihan jadual kokurikulum Sek. Keb. Lampaki dibuat pada 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Khamis. Kelab Olahraga dipimpin dan diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bidang olahraga. Sebagai contohnya Cikgu Kamla Matjeri merupakan jurulatih daerah dan juga orang statistik bagi balapan dan padang. Dia dibantu juga oleh orang-orang yang tidak kurang hebat dalam bidang olahraga seperti Cikgu Yakub Dail pernah mewakili Maktab Perguruan dalam acara Lompat Jauh dan juga Cikgu Justin Sali mewakili Maktab Perguruan dalam acara 100 meter dan 200 meter. Lebih membanggakan lagi juga apabila Guru Besar mereka Cikgu Alfren Mangabis juga merupakan orang kuat sukan. Ini sudah semestinya menjadi kunci akan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dengan pengalaman dan juga ilmu yang dimiliki oleh setiap guru yang terlibat. Aktiviti-aktiviti Kelab Olahraga lebih kepada peningkatan pencapaian ahli-ahli di dalamnya dengan menekankan penumpuan terhadap latihan kecergasan dan juga memperbaiki teknik-teknik asas setiap acara. Setiap kali perjumpaan latihan kecergasan akan dijalankan selama 30 hingga 40 minit dengan menekankan penggunaan dynamic streaching. Seterusnya pula latihan teknik mengikut acara. Setiap ahli Kelab Olahraga tidak ditetapkan acara mereka secara total. Semua ahli kelab akan dilatih untuk mencuba semua acara dan tiada pengkhususan. Ini selaras untuk menggalakkan perkembangan minat murid. Pengkhususan mereka akan bermula apabila sudah mulai timbul minat dan kecenderungan acara serta potensi dimana mereka boleh pergi jauh. Disamping itu juga aktiviti lain yang dijalankan adalah tontonan video acara di Kejohanan Olimpik , Komenwell dan Sukan Asia , sesi motivasi dan sesi pemulihan. Semua aktiviti berdasarkan kepada program sukan yang dibentuk mengikut 3 fasa iaitu mikro , meso dan juga makro bagi mengelakkan atlet yang terlibat daripada peaking terlalu awal kerana murid-murid bukan orang dewasa bersaiz kecil. Mereka memerlukan keseronokkan dalam permainan.Di Sek.Keb. Lampaki isu ketiadaan peralatan tidak timbul kerana kebanyakkan peralatan yang mereka ada diubahsuai mengikut kemampuan dan kreativiti guru-guru. Sebagai contohnya untuk membeli satu set lengkap peralatan pagar sudah pasti menelan kos perbelanjaan sekitar RM 350.00 hingga RM 500.00. Namun di Sek.Keb. Lampaki pagar-pagar yang ada diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dan mudah diperolehi seperti batang paip PVC. Ketiadaan padang 400 meter atau 200 meter turut tidak mengganggu pelaksanaan aktiviti kokurikulum tersebut. Padang sekolah yang ada hanyalah berukuran tidak lebih daripada 130 meter.Kejayaan yang diperolehi oleh atlet Sek.Keb. Lampaki diperingkat Kebangsaan adalah seperti berikut ;BilNama atletAcaraTahun TempatPencapaian

1Halinah UnggutLompat Jauh2002TerengganuNo.6

2Welda GubauLompat Jauh2009Bukit Jalil,Kuala LumpurPerak

Lompat Tinggi2009Bukit Jalil,Kuala LumpurGangsa

3Deby G DosipLompat Jauh2010Johor Bahru , JohorNo.6

4Maslin Jafry80m berpagar2013Kuantan, PahangNo.4

Berikut kejayaan atlet Sek.Keb. Lampaki di peringkat MSS Sabah ;BilNama atletAcaraTahunTempatPencapaian

1Halinah UnggutLompat Jauh2002SandakanEmas

2Welda GubauLompat Jauh2009Kota KinabaluEmas

Lompat Tinggi2009Kota KinabaluEmas *RB

4Canny V Komilin80m berpagar2009Kota KinabaluNo.7

5Deby G DosipLompat Jauh2010TawauEmas

6Eva Adlyn Jasnie80m berpagar2010TawauEmas

7Richard Marain80m berpagar2010TawauNo.6

8Maslin Jafry80m berpagar2013BeaufortEmas

9Allycka SapampinLompat Tinggi2013BeaufortNo.4

Selain itu berikut pencapaian murid Sek.Keb.Lampaki dalam aktiviti kokurikulumBilNama MuridKoKurikulumTahunTempatPeringkat

1Halinah UnggutOlahraga2002TerengganuMSSM

2Welda GubauOlahraga2009Bukit Jalil,Kuala LumpurMSSM

3Deby G DosipOlahraga2010Johor Bahru, JohorMSSM

4Ervia JomiriPnddk Luar2011LabuanKebangsaan

5Didie V DosipHoki2012SelangorMSSM

6Deelnie JustinCatur2013PerakMSSM

7Patrisia JemmeySahiba2013DBP, Kuala LumpurKebangsaan

8Maslin JafryOlahraga2013Kuantan, PahangMSSM

Sesuatu yang sungguh bermakna dan pencapaian yang cemerlang bagi sekolah pendalaman mampu menghasilkan murid bertaraf Kebangsaan hampir setiap tahun dalam KoKurikulum. Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan andaikata tidak mempunyai sistem pentadbiran dan pelaksanaan yang jitu.

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KO-KURIKULUMSK LAMPAKI KUDATJBPS(Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)En. Alfren MangabisGuru Besar SK LampakiPengerusi

Pn. Roslin MasindoSETIAUSAHA KOKUMEn. Kamla MatjeriBalapan & PadangEn. Yakub DailBola BalingEn. Harman TahipHokiPn. Dyg BasaridahBimb & KaunselingPn. Jeffini TaisungMedia & PerpustakaanPn. Julipah MansaiKelab Sains & M3En. Justin SaliKelab CaturPn. Roslin MasindoKelab BahasaEn. Roger SigatP.B.S.MEn. Nik ZulkefliPersatuan PengakapGuru PenasihatGuru PenasihatGuru PenasihatEn. Nik ZulkefliRumah Merah (Sri Lampaki)En. Roger SigatRumah Kuning (Sri Pinampang)En. Kamla MatjeriRumah Biru (Sri Tinukadan)En. Harman TahipRumah Hijau (Sri Tagumamal)En. Harman TahipPenyelaras Sukan & PermainanPn. Jeffini TaisungPenyelaras Kelab & PersatuanEn. Roger SigatPenyelaras Unit BeruniformEn. Yakub DailSETIAUSAHA SUKANEn. Jaos KuruputPEN. KANAN KOKUMEn. Kamla MatjeriPEN. KANAN HEMPn. Julipah MansaiPEN. KANAN KURIKULUM

FungsiKETUA RUMAH SUKAN 1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli Rumah Sukan3. Membentuk jawatankuasa agung rumah sukan di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permaianan4.Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan5.Menentukaan guru Rumah Sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. Walau bagaimanapun sekolah ini telah menetapkan semua guru wanita adalah Ketua Rumah Sukan dan semua guru lelaki adalah pengadil dalam pertandingan sukan peringkat sekolah.6.Semasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.7.Memastikan laporan Rumah Sukan disediakan untuk rekod dan edaran.8.Merekodkan dan melaporkan pencapaain cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolahGURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB1. Membentuk jawatankuasa persatuan / kelab2.Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah3.Memastikan adanya peraturan / perlembagaan 4.Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan5.Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod6.Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan7.Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab dengan cara yang sesuai8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan9. Mengurus kewangan , harta benda dan peralatan persatuan / kelab10.Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan / kelab11. Memastikan tidak ada unsur subversive tersebar / disebarkan di kalangan ahli12.Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada Jawatankuasa KokurikulumPenilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.Penilaian aktiviti kokurikulum boleh merangsang murid untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi melaksanakan penilaian yang telus , pengurusan sekolah hendaklah mempunyai kemudahan berikut ;1.1Perancangan yang jelas1.2Tempat penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian1.3Buku Panduan Penilaian Kokurikulum1.4Rancangan mingguan dan tahunan kokurikulum1.5Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi luarPenilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut ;a.Kehadiranb.Jawatan disandangc.Penglibatan d. PencapaianBagi keempat-empat aspek berkenaan peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut;ASPEK PENILAIAN MARKAH (%)

Kehadiran50

Jawatan disandang10

Penglibatan20

Pencapaain20

JUMLAH100 %

Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Inni bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah persekolahan dalam setahun dengan mengambilkira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukkan masa dua jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya akan dipertimbangkan jika murid sakit , menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian murid dalam pertandingan peringkat sekolah , zon / daerah / bahagian , negeri , kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan johan , naib johan dan ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut ;PERINGKAT PENCAPAIANMARKAH

JOHANNAIB JOHANKETIGA

Sekolah876

Zon / Daerah / Bahagian11109

Negeri14109

Kebangsaan171615

Antarabangsa202018

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika seseorang murid pernah mewakili daerah , negeri , kebangsaan dan antarabangsa , markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).Secara keseluruhannya saya berpendapat pengurusan dan pentadbiran kokurikulum di Sek. Keb. Lampaki berada di tahap kelas tersendiri. Jauh di pendalaman dalam keadaan serba kekurangan tidak pernah menjadi halangan kepada pihak sekolah untuk menghasilkan atlet ke peringkat yang lebih tinggi. Semua ini pasti tidak akan berjaya dilaksanakan jika pengurusan kokurikulum berada dalam keadaan terumbang ambing dan tiada hala tuju. Jelas hala tuju kokurikulum Sek.Keb. Lampaki adalah realistik dan mudah diperolehi. Lebih membanggakan lagi dengan adanya sokongan daripada pihak pentadbiran yang begitu memahami kepentingan kokurikulum juga menjadi pemangkin semangat buat guru-guru untuk berusaha yang terbaik. Kegiatan kokurikulum digunakan sepenuhnya oleh Sek.Keb. Lampaki sebagai medium pembuka minda murid-muridnya untuk bersaing sama tinggi dengan murid-murid di kawasan bandar. Dengan meletakkan dan mewujudkan kegiatan kokurikulum seiring dengan kepakaran guru yang ada sudah pastinya membolehkan guru-guru menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh hati. Malah mereka boleh berkongsi pengalaman dan teknik yang mereka pelajari kepada murid-murid mereka. Ini secara tidak langsung mewujudkan satu perhubungan yang akrab di kalangan guru dengan murid-muridnya dan tidak hanya terbatas ketika waktu pembelajaran di kelas semata-mata. Apabila sudah wujud minat dikalangan guru-guru yang dipertanggungjawabkan secara tidak langsung juga menyebabkan segala permasalahan berkait rapat dengan kemudahan dan juga sumber kewangan tidak lagi menjadi isu besar. Biarpun sekolah ini kekurangan dari segi kos perbelanjaan membawa murid-murid ke luar untuk pertandingan tidak pernah mematah semangat guru-guru. Ada yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan membenarkan murid-murid mereka bermalam di rumah masing-masing. Kerana apa yang penting bagi guru-guru adalah kejayaan dan peluang yang diperolehi oleh murid-murid untuk berkembang sesuatu yang amat bermakna. Pengubahsuaian peralatan yang ada sudah cukup untuk membuktikan kreativiti guru-guru bagi merealisasikan harapan mereka. Bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih.Tidak banyak cacat cela dalam program kokurikulum Sek.Keb. Lampaki kerana program dan aktiviti kokurikulum yang ada melibatkan keseluruhan murid tanpa mengira batas usia. Setiap murid-murid diberi peluang untuk mencuba sama rata. Tidak ada istilah 1 orang murid murid yang kuat akan memonopoli semua aktiviti kokurikulum yang ada sepertimana di sekolah-sekolah tertentu. Namun begitu sebagai penambahbaikan pihak pentadbir seharusnya menyediakan satu sudut di mana-mana bahagian di sekolah galeri pencapaian-pencapaian yang telah diperolehi sebagai motivasi kepada murid-murid. Dan mereka yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah secara tidak langsung akan menjadi idola buat murid-murid lain. Satu contoh ikon yang boleh diteladani.

Laporan Bergambar

Majlis Meraikan Kejayaan Murid-Murid Dalam Semua Akiviti

Aktiviti Senamrobik yang dikendalikan oleh ahli Kelab Olahraga

Adik Maslin Jafry di Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kuantan PahangRujukan Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan. Kuala Lumpur. Penerbitan PusakaAhmad Esa (2005). Perkasakan kokurikulum. Kuala Lumpur; Utusan PublicationsAdnan Bin Sharif (1998) . Pengaruh jantina, jenis sekolah dan kegiatan kokurikulum terhadap personality remaja yang terbentuk oleh rakan sebaya : kajian kes di antara sekolah asrama dengan sekolah biasa di daerah hilir , perak. Tesis sarjana muda yang tidak diterbitkan. banggi Selangor : Universiti Kebangsaan MalaysiaAb. Halim Abdul Rahim. 2004. Kursus perguruan lepas ijazah: pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. BhdBahagian Sukan , Seni dan Kokurikulum (BSSK), Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Buku panduan pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur : A.G GrafikEe Ah Meng. 1995. Pendidikan sebagai suatu proses asas pendidikan 1. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. BhdKamus Dewan (Edisi Ketiga). 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku panduan pengurusan gerakerja kokurikulum sekolah menengah, Bhg Sekolah-sekolah. Putrajaya : Kementerian Pendidikan MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia (2000). Pekeliling ikhtisas bil 9/2000 (panduan keselamatan diri pelajar semasa kegiatan kokurikulum dan sukan) .Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaLaporan Mahathir (1985). Laporan jawatankuasa cabinet mengkaji perlaksanaan dasar pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaLim Yen Yen. Remaja mengabaikan sukan. Dewan Siswa hlm 19, Jun 1991.Mok Soon Sang. 2011. Pengurusan kokurikulum. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Mustafa Kamal Ali. (2000). Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar Melayu tingkatan empat dalam aktiviti kokurikulum di rancangan Felda Daerah Segamat. Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan. Unversiti Teknologi MalaysiaMohd. Nur Che Noh (1981). Kertas kerja bahagian pendidikan jasmani dan gerak kerja kokurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan PustakaRamlan Abdul Wahab. 2004. Panduan pengurusan kokurikulum di sekolah. Kuala Lumpur : Banter Sdn. Bhd.Teng Boon Teong (1994). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Petaling Jaya ; Longman Malaysia Sdn.Bhd