Upload
others
View
30
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
KOLEKSI MANUSKRIP DI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM : KITAB SEGALA UBAT1
Prof. Madya Ampuan Dr Haji Brahim Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam.
Pada seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu anjuran Perpustaan Negara Malaysia
pada 10-11 Julai 2006 yang lalu, saya telah pun membentangkan kertas kerja bertajuk
“Penyelenggaraan & Penelitian Manuskrip Melayu Dalam Bidang Kesusasteraan Di Brunei
Darussalam.” Dalam kertas kerja tersebut saya telah pun membincangkan masalah
penyelenggaraan dan penelitian teks Di Brunei Darussalam yang kurang dilakukan secara
filologi oleh para pengkaji atau pelajar universiti dalam dan luar negeri. Saya telah
menyenaraikan beberapa judul manuskrip dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei, Arkib Negara Brunei dan Pusat Sejarah Brunei. Selain daripada
ketiga-tiga institusi penyimpanan manuskrip ini ada lagi dua institusi di Brunei yang aktif
mencari dan menyimpan manuskrip-manuskrip Melayu lama iaitu Universiti Brunei
Darussalam dan Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam. Dalam kertas kerja kali ini, saya
akan membicarakan serba sedikit koleksi manuskrip di Perpustakaan Universiti Brunei
Darussalam (UBD) dan kemudian akan memfokuskan perbincangan kepada salah sebuah
manuskrip yang terdapat dalam koleksi UBD iaitu Kitab Segala Ubat.
Perpustakaan UBD telah wujud bersama-sama dengan penubuhan Universiti Brunei
Darussalam pada 28 Oktober 1985. Malah Perpusataan UBD telah wujud lama sebelum
UBD itu sendiri ditubuhkan kerana perpusatakaan UBD asalnya adalah perpustakaan Institut
Pendidikan Hassanal Bolkiah yang telah diserapkan ke dalam Fakulti Pendidikan UBD.
Setelah UBD berpindah ke bangunan baru, perpustakaan UBD mempunyai bangunan yang
lebih besar dari sebelumnya dengan koleksi buku-buku yang bertambah banyak. Salah satu
bahagian dalam perpusatakaan UBD yang ada hubungannya dengan kertas kerja ini ialah
bahagian koleksi manuskrip Melayu.
Perpustakaan UBD telah mula mengumpul bahan-bahan manuskrip sejak UBD mula
di tubuhkan lagi, dengan tujuan bagi menyediakan sumber dan bahan kajian kepada pelajar-
1Kertaskerja Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu. Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia,
6-7 Mei 2014, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
2
pelajar UBD dan juga pengkaji-pengkaji dalam dan luar UBD. Perpustakaan UBD
mendapatkan manuskrip-manuskrip Melayu ini biasanya melalui pembelian manuskrip
daripada orang awam atau institusi–institusi yang mempunyai koleksi manuskrip. Manuskrip
Melayu disini diertikan sebagai naskhah lama tulisan tangan yang dianggap sebagai
khazanah warisan bangsa Melayu. Perpustakaan UBD telah diberikan peruntukan setiap
tahun oleh kerajaan untuk membeli atau menyalin manuskrip-manuskrip lama yang dinilai
bermutu tinggi dan berguna untuk rujukan penelitian berbagai displin ilmu seperti ilmu
agama, sejarah, budaya, bahasa, sastera, seni dan sebagainya.
Terdapat kira-kira dua ratus lebih naskhah manuskrip Melayu tersimpan di
Perpustakaan UBD dalam bahasa samaada Arab, Parsi, atau Melayu. Koleksi manuskrip
terdiri daripada berbagai bahan seperti Al-Quran, Kitab-kitab dan buku-buku lama mengenai
ilmu perubatan, zikir-zikir, hukum-hukum Islam dan sebagainya.
Semua bahan-bahan mansukrip ini telah dikatalog, dan semua rekod-rekodnya telah
dimasukkan ke dalam sistem, dan boleh dilihat melalui katalog atas talian e-Clik
perpustakaan. Masa ini sebahagian bahan manuskrip telah pun didigitasikan dan boleh
diakses melalui internet http://library.ubd.edu.bn/main.htm di bahagian Koleksi Digitas
Brunei (Brunei Digital Collections). Bagaimanapun akses hanya diberikan kepada ahli-ahli
berdaftar dan mereka yang diberikan kebenaran sahaja. Semua bahan-bahan manuskrip
tersimpan di Bahagian Koleksi Pengajian Brunei, Tingkat 3 Perpustakaan UBD dengan kod
bahannya KMan.
Koleksi perpustakaan UBD ini boleh saja dibahagikan mengikut bentuk dan tema.
Dari segi bentuk, terdapat dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi. Bentuk prosa dalam
koleksi kebanyakannya mengenai kitab agama dan sedikit hikayat misalnya Hikayat
Ambiyayang bernombor panggilan “KMan BL633 M84” dan “KMan BL533 M84”, Hikayat
Raja Siong bernombor panggilan “KMan PL5069. H539 A23”, dan Hikayat Kobad Laila
Indera yang bernombor panggilan “KMan PN45 H5422”. Antara tiga hikayat ini, hanya dua
hikayat sahaja yang mencatatkan nama pengarang iaitu Hikayat Ambiya yang dikarang oleh
Muhammad bin Ismail, dan Hikayat Raja Siong yang dikarang oleh Abdul Halim Ibrahim
daripada cerita Muhammad Salih Abdullah.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
3
Bentuk puisi pula, khususnya syair, yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan
UBD ini adalahSha’er Ibadat yang dikarang oleh Tun Muhammad Jamaluddin Burham yang
bernombor panggilan “KMan PN1049.S72 T866”. Sha’er yang bersaiz 26 x 22 cm ini
mengandongi pantun-pantun yang dikarang untuk memberikan peringatan supaya
mengamalkan ajaran agama dan berakhlak mulia, menerangkan rukun Islam lima perkara dan
rukun Iman enam perkara, menerangkan sifat 20, dan sifat-sifat yang wajib ada pada rasul-
rasul, memberi nasihat supaya rajin mengaji, dan menyuruh banyak bertanya untuk
mendapatkan ilmu. Dalam kepentingan ilmu, Sha’er ini menceritakan burung-burung yang
memberi pendapat mengenai kebaikan menuntut ilmu.
Selain itu terdapat satu lagi sha’er yang hampir sama dari segi isinya iaitu Syair
Burung dan Hikayat Derma Tasiah. Syair yang bersaiz 22 x 27 cm dan isinya terdiri
daripada dua bahagian ini menceritakan hal yang sama seperti apa yang diceritakan di
bahagian akhir Sha’er Ibadat iaitu mengenai burung-burung yang bersoal jawab tentang ilmu
fekah terutama tentang rukun iman dan rukun Islam. Pada bahagian kedua Syair burung dan
Hikayat Derma Tasiahini pula mengandungi cerita tentang Derma Tasiah iaitu seorang isteri
yang amat taat kepada suaminya dan isteri tersebut dianugerahi dengan pakaian dari syurga.
Hal ini berlaku disebabkan dia sangat taat dengan perintah Allah.
Dilihat dari segi tema, naskhah-naskhah yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan
UBD padaumumnya bolehlah dibahagikan kepada enam tema utama iaitu al-Quran, Hadith,
kitab-kitab atau syair mengenai keagamaan, kisah Nabi-Nabi, kepustakaan ilmu tradisional,
dan ubat-ubatan. Beberapa naskhah al-Quran yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan
UBD seperti naskhah yang nombor panggilan; “KMan BP100 Q732 1840”, “KMan BP100
Q734 1840”, “KMan BP109” (6 naskhah), “KMan BP128.16 L58”, dan “KMan BP128.17
Q87”, dan “KMan BP 130 Q73”. Pada keseluruhannya naskhah al-Quran ini tidak
mempunyai muka surat kecuali naskah “KMan BP130 Q73” yang mempunyai 83
halaman.Naskhah yang paling besar dan yang paling kecil saiznya adalah salah satu daripada
kumpulan enam naskhah “KMan BP109” dengan saiz 38 x 25 cm dan sainz 8.5 x 5 cm.
Naskhah Hadith misalnya kitab Arbaiin hadithyang nombor panggilan; “KMan
BP135.A1 A73” dan Kitab Bulugh al-Maram yang bernombor panggilan; “KMan BP135.A2
B85”. Kitab Arbaian Hadithini tulisannya besar dan jarang. Ia tidak mempunyai kulit luar
dan mengandungi empat puluh buah hadith. Hadith-hadith ini diterjemahkan kedalam bahasa
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
4
Melayu tulisan jawi. Dinyatakan di dalam teks bahawa sesiapa yang menghafal hadith-hadith
ini Allah akan mengangkat darjatnya. Kitab Bulugh al-Maram pula mengandungi hadith-
hadith mengenai galakan menuntut ilmu, berbuat baik dan berakhlak mulia serta melarang
daripada melakukan keburukan. Terdapat juga hadith-hadith Qudsi yang dimuat dalam
naskhah ini. Di pertengahan isi kitab ini, terdapat tafsiran Surat al-A’raf, Surat al-Anfal dan
Surat al-Ma’idah (Tafsirannya dalam tulisan jawi berbahasa Melayu).
Sementara Naskhah-naskhah kitab atau syair mengenai keagamaan adalah sepertikitab
Siyarus Salikin karya Abdu s-Samad Falimbani yang terdiri daripada tiga naskhah yang
bernombor panggilan; “KMan BP144 A23”, “KMan BP144 F35” dan “KMan BP144 F352”.
Naskhah “KMan BP144 A23” yang bukan dalam tulisan tangan tetapi cetakan ini adalah
bahagian pertama daripada kitab Siyarus Salikin yang diterjemahkan oleh al-Sheikh Abdul
Samad Falambani daripada kitab Lubab Ihya Ulumuddin karangan Iman Ghazalli. Kitab yang
dicetak pertama kali di Matbaat al-Amiriyyah di Bulaq Mesir pada tahun 1809H ini
membincangkan tentang kepentingan menuntut ilmu, solat, zakat, puasa, haji, adab membaca
Quran, adab berdoa dan adab berwirid. Naskhah ini adalah sama dengan naskhah yang
bernombor panggilan;“KMan BP144 F35”. Sementara naskhah nombor panggilan;“KMan
BP144 F352” yang dipunyai oleh Tuanku Raja Kamala bin Tuanku Hashim adalah bahagian
kedua daripada Kitab Siyarus Salikin yang diterjemahkan oleh al-Sheikh Abdul Samad
Falambani daripada kitab Lubab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali. Kitab ini bukan
tulisan tangan sebaliknya bercetak iaitu dicetak di Mesir. Dimuka pertama kitab ini tertulis;
“Ini kitab telah jadi wakaf atas segala orang Islam tidak boleh dijual-jual lagi hingga hancur
ia.” Kitab yang dicetak pertama kali di Matbaat al-Amiriyyah di Buraq Mesir pada tahun
1309 adalah membincangkan tentang adab makan, minum, perkahwinan, berusaha dan
bekerja, pergaulan, mengasingkan diri, musafir dan lain-lain dari sudut tasauf. Naskhah kitab
agama yang lain seperti; Fayd al-Muluk nombor panggilan “KMan BP144 F39”, Hukum Fiqh
nombor panggilan “KMan BP144”, Al-Idhah nombor panggilan “KMan BP144 134”,
Safinatul Hukkam Fitahalisil Khisam (Muraatul Tullab) nombor panggilan “KMan BP144
J35”,Kifayah al-mubtadi bifadilah al-mahdi nombor panggilan “KMan BP144 K54”,al-Kitab
al-Sittin nombor panggilan “KMan BP144 K58”, Sirat al-mustaqim nombor panggilan
“KMan BP144 L43”, Sabilil Muhtadin nombor panggilan “KMan BP144 M64”, Sha’er
ibadat yang bernombor panggilan “KMan PN1049.s72 T866” dan lain-lain.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
5
Kitab Nabi-Nabi adalah seperti Hikayat Ambiya yang bernombur panggilan “KMan BL633
M84” yang mengandungi hikayat nabi-nabi yang ditulis dalam bahasa Melayu tulisan
jawi.[Sejarah Nabi Muhammad S.A.W] bernombor panggilan “KMan BP75 L58” yang
menceritakan tentang sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W.Hikayat Nabi Allah Adam
bernombor panggilan “KMan BP133.7 A3 186” yang menceritakan tentang sejarah
penciptaan Nabi Adam dan cerita tentang anak-anak baginda Habil dan Qabil. Dan [Kisah
para Nabi] bernombor panggilan “KMan BP134 P745 L58” yang menceritakan tentang kisah
para nabi.
Naskhah Kepustakaan Ilmu Traditional adalah seperti Kitab Takbir Mimpi yang
bernombor panggilan “KMan BF 1088.T5 D383”. Kitab ini mentakbir segala jenis mimpi
kecuali tiga jenis mimpi yang tidak boleh ditakbir iaitu pertama; sesuatu yang diingat-ingat
pada waktu siang sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kedua; tidur yang masih dalam
keadaan berhadas besar iaitu belum mandi junub kerana pada waktu itu syaitan berada
bersama anggotanya. Dan Ketiga; pemerintah atau pemimpin yang zalim. Sesiapa yang
inginkan mimpi yang baik maka sebelum tidur hendaklah mengambil wuduk dan membaca
Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, al –Falak dan al-Nas serta beberapa ayat lain diikuti
dengan berzikir dan bersalawat. Antara mimpi-mimpi yang ditakbir dalam manuskrip ini
ialah mimpi tentang perkara-perkara ghaib, mimpi melihat kejadian alam dan mimpi melihat
bencana dan kenikmatan.
Naskhah Ubat-Ubatan yang terdapat di dalam koleksi Universiti Brunei Darussalam
ialah Naskah Kitab Segala Ubat. Kitab ini boleh juga digolongkan secara umum sebagai
Kepustakaan Ilmu Tradisional atau secara khusus sebagai Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu
kerana Kitab Segala Ubat mempunyai tema yang lebih kurang sama dengan salah satu tema
dalam buku Harun Mat Piah yang bertajuk; Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu2
. Hal ini dapat
dilihat daripada isi kandungan buku tersebut yang memfokuskan pembicaraan kepada;
Syarat Menjadi Tabib dan Ehwal Mengenal Penyakit, Petua-Petua Umum Untuk Kesihatan
Diri, Pengubatan Penyakit Melalui Doa, Jampi dan Mentera, Deman Kepialu dan Lain-Lain
Penyakit Daripadanya, Lain-lain Penyakit Terkena dan Hidapan, dan Bahan dan Khasiatnya
dalam Perubatan.
2Harun Mat Piah. Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur,
2006.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
6
Kitab Segala Ubat yang diberi nombor panggilan “KMan RS180.T5 D38” bertarikh 1241
Hijarah bersamaan dengan 1821 Masihi. Kitab ini dianggarkan berusia 173 tahun dan
keadaan fizikalnya masih utuh. Naskhah kitab yang dalam tulisan jawi ini adalah berasal
dari Patani Thailand yang dipunyai oleh Daud bin Abdullah.Tidak ada rekod di Bahagian
Perpustakaan UBD, dimana mereka memperolehi manuskrip ini. Bagaiamanapun
berdasarkan informan di kalangan pegawai perpustakaan UBD, manuskrip ini dikatakan
telah dibeli oleh Pegawai Perpustakaan terdahulu, daripada kenalannya atau pengumpul
manuskrip daripada Selatan Thailand. Kitab Segala Ubat adalah sebuah naskhah yang
lengkap dan menarik yang terdiri daripada 90 halaman dan setiap halaman berukuran 25.5
x17.5 cm. Lengkap dimaksudkan di sini, tidak ada halaman yang tercicir berdasarkan
kesinambungan bahasanya walaupun Kitab ini sebenarnya tidak mempunyai catatan number
halaman. Kertas yang digunakan tidak korup hanya beberapa kata tidak diketahui diketahui
maknanya. Hal ini disebabkan samada gaya tulisan, bahasa atau istilah yang digunakan. Hal
ini terjadi kemungkinan disebabkan asal kelahiran manuskrip yang bukan daripada daerah
pengkaji. Menarik kerana keadaannya yang lengkap itu sendiri disamping kertasnya yang
dihiasi dengan ilustrasi. Manuskrip yang terdapat dalam koleksi institusi penyimpanan
manuskrip di Brunei misalnya di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei kebanyakannya tidak
lengkap samaada halaman awal, pertengahan atau akhir yang telah hilang, atau ada
halamannya yang korup. Tambahan lagi kebanyakan juga dalam bentuk salinan potokopi.
Manuskrip Kitab Segala Ubat ini mempunyai ilustrasi yang sangat menarik. Setiap
halaman diberikan ilustrasi dan isi setiap halaman ditulis dalam 31 baris kecuali halaman 1
dan 2 yang ditulis dalam 11 baris, dan halaman 89 dan 90 yang ditulis dalam 20 baris (14
baris dalam petak empat segi + 6 baris pendek dalam petak tiga segi). Manusrkip ini tidak
mempunyai nombor halaman dan hal ini menyebabkan pengkaji mencatatkan nombor
halaman disetiap halaman sebelum melakukan kajian selanjutnya.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
7
Dua halaman pertama dihiasi dengan ilustrasi yang menarik. Pada halaman pertama ini
dimulai dengan kata “Bismillahirahman nirrahim” yang ditulis diatas petak empat segi dalam
satu ruang tersendiri. Selepas itu baharulah penulis memulakan dengan pasal mengenai ubat
sakit pinggang dalam petak sempat segi seperti gambar di atas. Isi halaman pertama adalah
seperti di bawah :
Bismillahirahman nirrahim
Pasal pada menyatakan ubat sakti pinggang jikalau sakit kepala di malam datang siang pegang lima j-m maka ambil ubatnya daun cakok manis gajah dan daun lambayang maka ramas j-h-l s makan pada kepalanya masuk hujung m-l-u sd j-a t kunyit hapiat sebagai pula jikalau s-a k-t kepada di siang hari dan pada paginya dapat umur p-k-n kecil namanya maka ambil dan n l-i-k patang maka j-a s m-a s-thujung l-u k-t mata kunyit makaj-a s makan tiga ha ri hapiat sebagai pula sakit sy-r h.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
8
Dua halaman terakhir juga dihias dengan ilustrasi menarik dan isinya ditulis dalam 14 baris di
dalam satu petak empat segi dan dibawahnya ada satu petak tiga segi, di dalamnya ditulis
sebanyak 6 baris secara mengecil kebawah. Isi halaman terakhir adalah seperti di bawah:
nganya dan bunga kuning Bengali gasti masui bawangnya merah cakar jarangau maka sambur pada sakit itu hafiat sagipul ambil duri cakarang dan kulat darad k kulat cacar kulat matrajam ku mengkudu Bengali sambur dangan sirih pinang hafiat sagipul ubatnya piri setangka atau sanak ambil daun pakan hitam ta sak daun dali daun pagaranak daun tapam daun badan daun tacang daun kasni daun jarku/carku daun tamban basar bawan keduanya jantan kedua Bengali cakar jaringau sedikit sedia ubat maka sambur sekalian tubunya hafiat alhamdulillahilazi min ala abdihi al mu mininwasalatuwasalam ala sayidinja Muhammad khatamur salin waala alihi wasabihi wamin tabihi ila yaumiddin maka selesai kitab hamba ini pada hari
khamis soal Sanatalfakirad ud bin abd allah fatani Alhamdulillahi rabbilalamin wasolatuwasalam ala ashrafil mursalin
wallahuwa ‘lam tamat
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
9
ilustrasi halaman 1 adalah lebih kurang sama dengan ilustrasi halaman 2. Sementara
halaman 89 pula adalah lebih kurang sama dengan ilustrasi halaman 90. Halaman-halaman
yang lain (sebanyak 86 halaman) ilustrasinya adalah sama kecuali warnanya yang berbeza
seperti contoh di bawah :
Isi kandungan Kitab Segala Ubat adalah mengenai penyakit dan ubatnya. Penerangan
mengenai penyakit tidak teratur iaitu disebutkan berulang-ulang dan tidak konsistan.
Misalnya di halaman pertama menyebutkan sakit pinggang dan sakit kepala. Sakit pinggang
disebutkan lagi di halaman 7, 32, dan 68. Sakit kepala disebutkan lagi pada halaman 2,3,4,30,
67 dan lain-lain. Keterangan cara pengubatan kebanyakannya tidak berapa jelas disebabkan
bahasa manuskrip dan juga kata-kata yang kurang difahami. Hal ini sesuai dengan asal usul
manuskrip yang ditemukan daripada luar negara yang tentunya cara berbahasa dan
penggunaan istilah yang berbeza.
Bagaimanapun penyakit-penyakit yang diterangkan di dalam kitab ini secara umum
adalah seperti sakit kepala, sakit telinga, sakit mata, sakit mulut, sakit perut, sakit pinggang,
sakit kaki, bengkak, sengal dan lain-lain. Di antara penyakit yang banyak disebutkan di
dalam Kitab ini ialah bengkak termasuk bengkak, telinga, lehar, perut, sendi, kaki dan
tangan, zakar, ari-ari, dan lain-lain iaitu sebanyak 26 kali, sementara sakit perut termsuk cicit
birit dan meragam iaitu sebanyak 24 kali. Diikuti oleh demam termasuk deman panas iaitu
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
10
sebanyak 17 kali, sakit kepala termasuk pening, pitam, kepilau iaitu sebanyak 13 kali,
meroyan sebanyak 11 kali, deman, sakit mata 7 kali, sakit pinggang 5, keguguran 4 kali, dan
hal-hal lain.
Jenis-jenis ubat bagi menyembuhkan penyakit-penyakit yang disebutkan dalam Kitab
Segala Ubat ini pula secara umum adalah terdiri daripada tumbuh-tumbuhan seperti cangkuk
manis, limau purut, binalu, lada sulah, jintan hitam, bawang putih, keladi, mawar, daun
jagung dan lain-lain. Tumbuh-tumbuhan ini pula bukan semua bahagian tumbuhan itu
digunakan, tetapi sebaliknya hanya ada lima bahagian tumbuhan yang biasanya digunakan
iaitu bahagian akarnya, daunnya, buahnya, bijinya dan bunganya. Bahagian akar misalnya
akar limau purut, akar manjakani, akar melur, akar jalak, akar pinang, akar kelapa, akar
bayam, akar cempedak, akar tebu gajah, akar terung putih dan lain-lain. Bahagian daun
misalnya daun kunyit, daun jagung, daun jeruk hijau, daun kundur, daun serunai, daun
jeruju, daun binalu hijau, daun ru, daun keladi, daun serai dan lain-lain. Bahagian buah
misalnya buah pinang muda, buah pisang katar, buah pala, buah limau nipis, buah limau
purut, buah pinang, buah delima, buah benggali, buah palaga dan lain-lain. Bahagian biji pula
misalnya biji jintan hitam. Biji asam jawa, biji lada sulah, biji kacang hijau, biji sesawai,
jintan putih, dan lain-lain. Bahagian bunga pula misalnya bunga melur, bunga cempaka,
bunga mawar, bunga kenanga dan lain.
Disebabkan sama ada gaya tulisan, bahasa atau istilah, beberapa keterangan cara
pengubatan dalam Kitab Segala Ubat ini kurang jelas atau kurang difahami. Misalnya ubat
sakit perut dikatakan seperti berikut:
Ubat sakit perut ambil akar sigil, akar periuk belanga kera, habuk rotan dan balia bara maka asah minum. Ambil kulit berangan maka rebus dengan tangkainya setengah dan minum. Ubat sakit perut rangit darah, ambil anyirnya manis secawan maka ambil buah pala dan guntur sena, asah bubuhkan ke dalam air itu dan minum. Ubat sakit perut rangit yang sejuk, ambil butir mencalaga baran maka rendang, ambil keruping luarnya, halia bara, napal, buah pinang kelat ambil isinya maka giling lumat-lumat beri telan.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
11
Ubat sakit perut rangit darah dan nanah, ambil kulit putat, kulit dara mayan, kulit kering, kulit rambutan, kulit sentil dan kulit delima maka asah dan ambil tembikar bakar beri merah maka calakan dalam ubat itu dan beri minum. Ubat sakit perut ambil gentang minyak hujung melukut mata kunyit giling lumat-lumat beri minum. Jika tiada buluh kesungi, ambil daunkelinggi besar dengan benggali, tumbuk lumat-lumut beri minum airnya itu. Ubat sakit perut, ambil akar cekilan, akar bintang, akar lamah-lamah, akar tebarak danjernang, maka asah dengan air didih pulut hitam maka minum, dan cumurkan pada perutnya, jika panas ambil daun pulut-pulut dan daun pisang kelat maka giling dengan beras kunyit dan air didih.
Kesimpulan daripada pembicaran ringkas ini memperlihatkan bahawa koleksi
manuskrip UBD bukan hanya mengumpul manuskrip-manuskrip Melayu tempatan tetapi
juga manuskrip-manuskrip Melayu daripada Nusantara contohnya Kitab Segala Ubat yang
dikatakan berasal daripada Selatan Thailand. Kitab Segala Ubat adalah salah satu manuskrip
yang menarik dan lengkap.Manuskrip ini tulisannya jelas tetapi tidak semua dapat dieja dan
diketahui perkataannya disebabkan samaada gaya tulisan, bahasa dan dan istilah yang
digunakan. Dari segi isi, Kitab Segala Ubat ini menceritakan jenis-jenis penyakit dan ubat
yang kebanyaknnya ubatnya daripada tumbuh-tumbuhan. Berdasarkan manuskrip ini
dapatlah disimpulkan masyarakat yang melahirkannya adalah masyarakat yang peka terhadap
kesihatan dan alam sekiling terutama tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai bahan
pengubatan.
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia