Upload
hoangdiep
View
341
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
233
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Kompetensi Guru Menurut Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali’s View on The Teacher’s Competence
Syabuddin Gade1
ABSTRAK
Kajian ini akan mendedahkan pandangan Imam Al-Ghazālī mengenai kompetensi guru.
Pandangan beliau mengenai kompetensi guru sering dikesan bercorak tasawuf yang
mementingkan kompetensi morality, tetapi apakah beliau menafikan kompetensi
profesionaliti dan sosial guru? Pada sisi lain, pandangan al-Ghazali mengenai guru
merupakan pandangan klasik, sebab beliau hidup di era klasik. Sehubungan dengan ini,
muncul pertanyaan baru apakah pandangan al-Ghazali mengenai komptensi guru masih
relevan dan bermanfaat bagi peningkatan kompetensi guru semasa? Untuk menjawab dua
permasalahan tersebut, maka akan digunapakai pendekatan falsafah (philosophical
approach) dan pendekatan sejarah (historical approach) serta kaedah analisis yang terdiri
daripada analisis kandungan (content analysis), sintesis dan reflektif. Manakala sumber
datanya terdiri dari sumber primer dan sumber sekunder. Hasil kajian ini dapat dirumuskan
bahawa; 1) pandangan al-Ghazali mengenai kompetensi guru mencakup; profesionaliti, moraliti
dan sosial. Semua komptensi ini mesti menyatu dalam pribadi guru. 2) Pandangan al-Ghazali
mengenai kompetensi guru masih relevan dan bermanfaat bagi pengembangan kompetensi guru
semasa samada yang berhubungkait dengan pengembangan kompetensi professionaliti, moraliti
mahupun kompetensi sosialnya. Semua kompetensi ini masih perlu dipertahankan dan dibina
dalam jiwa setiap guru.
Kata kunci: Kompetensi, guru, al-Ghazali, profesionaliti, moraliti dan sosial.
ABSTRACT
This study will reveal the views of Imam Al-Ghazali regarding teacher competence. His views
on the competence of teachers often impressed by mysticism that emphasizes morality
competence, but does he deny the professionalism and social competence of the teacher? On
the other hand, al-Ghazali's view of teachers is a classical view, because he lives in a
classical era. In connection with this, a new question arises whether the view of al-Ghazali
on teacher’s competence is still relevant and useful for improving the competence of teachers
now? To answer these problems, we will use philosophical and historical approach; and
analysis method which consists of content analysis, synthesis and reflective analysis. While
the sources of data include the primary sources and the secondary sources. The results of this
study can be formulated that; 1) al-Ghazali's views on teacher’s competence include;
professionalism, morality and social. These competences must be united in a teacher’s
person; 2) The view of al-Ghazali on teacher’s competence is still relevant and useful for the
development of teacher competencies both related to the development of intellectuality,
morality and social competence. All these competencies still need to be maintained and
nurtured in the soul of every teacher.
Keywords: Competence, teacher, al-Ghazali, professionality, morality and social
1 Syabuddin Gade, Dr. UIN Ar-Raniry, [email protected]; [email protected]
234
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Pendahuluan
Al-Ghazali (450 H/ 1058 M-505 H/1111 M) adalah salah seorang pakar pendidikan
era klasik yang pemikirannya amat berpengaruh dalam dunia Islam. Pemikiran
pendidikannya telah mendobrak pelbagai pemikiran pendidikan pada masa sebelumnya dan
membawa warna tersendiri dalam pemikiran pendidikan sesudahnya (Syabuddin Gade,
2008). Salah satu gagasan besar al-Ghazālī adalah mengenai konsep guru (Imam al-Ghazali,
1995, 57).
Sebagaimana difahami bahawa al-Ghazali adalah ilmuan yang pada awalnya
mendalami ilmu fiqh, kalam, filsafat dan terakhir beliau menekuni tasawuf, yakni cara
mendekatkan diri kepada Allah melalui penyucian jiwa. Tasawuf merupakan terminal akhir
perjalanan keilmuannya. Hal menarik ialah pandangan al-Ghazali mengenai pendidikan,
khasnya mengenai guru, terdapat dalam karya-karya tasawufnya. Kecondongan al-Ghazali
pada tasawuf dikesan bahawa pandangannya mengenai konsep guru lebih mengedapankan
kompetensi personaliti (moraliti), padahal kompetensi guru banyak (Syaiful Sagala, 2009 dan
Kunandar, 2007). Kesan ini, pada satu sisi benar, kerana antara kecondongan tasawuf iaitu
untuk memperbaiki moraliti. Namun, apakah al-Ghazali menafikan kompetensi lainnya
(antaranya kompetensi pedagogi, kompetensi profesionaliti dan sosial) yang mesti dimiliki
oleh guru? Menurut pandangan al-Ghazali, seorang guru yang layak diberi tugas mendidik
ialah guru yang memiliki kompetensi tinggi (Abuddin Nata, 2003 dan Syabuddin Gade,
2008). Oleh itu, pertanyaan penting dan mencabar yang segera muncul ialah apakah
kandungan pemikiran al-Ghazali mengenai kompetensi guru?
Pada sisi lain, al-Ghazali hidup pada zaman klasik dan sudah tentu pandangan beliau
mengenai kompetensi guru terikat dengan pandangan klasik. Namun, menariknya karya-
karya al-Ghazali masih saja dibaca, dikaji dan dikutip oleh pelajar hingga masa kini,
terutamanya pelajar di pesantren, ma’had ‘aly dan universiti Islam. Hal ini menimbulkan
pertanyaan baru iaitu apakah pandangan al-Ghazali mengenai kompetensi guru masih relevan
dan bermanfaat bagi peningkatan kompetensi guru semasa?
Berhubungkait dengan huraian tersebut, maka kajian ini berusaha menjawab dua
pertanyaan utama, iaitu; 1) Apakah kandungan pemikiran al-Ghazali mengenai kompetensi
guru khasnya kompetensi profesionaliti, moraliti (personaliti) dan sosial? 2) Apakah
pandangan al-Ghazali mengenai kompetensi guru masih relevan dan bermanfaat bagi
peningkatan kompetensi guru semasa? Hasil kajian ini diharapkan bukan sahaja akan
dikenalpasti pandangan al-Ghazali mengenai kompetensi profesionaliti (intelektualiti),
moraliti dan kompetensi sosial guru, tetapi juga didapatkan relevansi dan manfaat pandangan
al-Ghazali mengenai kompetensi guru tersebut alam konteks pendidikan semasa.
Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan kajian kualitatif dalam bentuk kajian kepustakaan ( library
research), yakni mengkaji secara mendalam sumber rujukan tertulis berkenaan dengan
pandangan al-Ghazali mengenai kompetensi guru dalam beberapa karya beliau. Untuk itu,
pendekatan yang digunakan adalah pendekatan falsafah (philosophy approach).
Pendekatan falsafah adalah cara pandang falsafah dalam memahami dan mencari hakikat,
inti atau hikmah sesuatu, berusaha menghubungkait sebab akibat dan menafsirkan
pengalaman manusia (Abuddin Nata, 2004). Louis O. Kattsof mengatakan bahawa kerja
falsafah ialah merenung, tetapi merenung bukanlah berpikir secara kebetulan, melainkan
235
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
dilakukan secara mendalam, radikal, sistematik, dan universal (Louis O. Kattsof, 1989).
Mendalam ertinya dilakukan sebatas kemampuan akal. Radikal ertinya sampai ke akar
umbi. Sistematik maksudnya adalah dilakukan secara teratur dengan menggunakan
metode berpikir tertentu dan universal maksudnya bersifat menyeluruh atau syumul
(Abuddin Nata, 2004). Pendekatan falsafah semacam inilah yang digunakan dalam
memahami makna, inti, hakikat atau hikmah yang bersifat esoterik dari ungkapan ataupun
pemikiran al-Ghazali mengenai kompetensi guru.
Dalam pengumpulan data, kajian ini didasarkan pada dua sumber, yakni sumber primer
(primary sources) dan sumber sekunder (secondary sources). Data dari sumber primer dalam
kajian ini adalah data yang diperolehi daripada karya Al-Ghazali sendiri. Manakala data dari
sumber sekunder adalah data yang diperolehi selain daripada karya Al-Ghazali yang
berhubungkait dengan keseluruhan kajian ini. Selepas itu, data yang dikumpul akan
diklasifikasikan sesuai keperluan dan diinterpretasi dengan menggunakan metode analisis
deskriptif, analisis komparatif, analisis sintesis dan induksi analitik (Abd. Mukti, 2000). Maksud
analisis deskriptif di sini adalah suatu proses pendeskripsian data secara kritis, sistematis, faktual
dan akurat sepertimana adanya. Manakala analisis komperatif (perbandingan) bermaksud
perbandingan antara data yang satu dengan data lainnya. Adapun analisis sintesis bermaksud
data akan dirangkaikan agar diperolehi pandangan yang padu. Manakala dengan induksi analitik
dimaksudkan untuk mengembangkan data sehingga memperoleh suatu bangunan konsep,
pengalaman, atau pandangan al-Gahzali mengenai kompetensi guru. Semua ini dilakukan dengan
harapan akan diperoleh jawapan yang sebenar terhadap permasalahan kajian.
Hasil Kajian dan pembahasan
1. Kompetensi Guru dalam Pandangan al-Ghazali
a. Kompetensi Profesionaliti
Menurut Undang-undang yang berlaku di Indonesia, No. 14 tahun 2005 tentang Guru
dan Dosen, kompetensi profesionaliti adalah “kemampuan penguasaan materi pelajaran
secara luas dan mendalam”. Kerana kemampuan ini ada hubungkaitnya dengan aspek
penguasaan keilmuan yang mendalam terkadang dinamakan juga dengan kemampuan
intelektualiti, iaitu; pelbagai perangkat pengetahuan yang ada dalam diri individu yang
diperlukan untuk menunjang berbagai aspek kinerja sebagai guru. Al-Ghazali dalam Ihya’
‘ulum al-Din menerangkan bahawa seorang guru mesti memiliki kemampuan profesionaliti
dalam mengemban profesi sebagai guru antaranya menguasai materi pelajaran, memahami
tujuan pembelajaran, menguasai strategi mengajar, dan memahami perbezaan individu (Al-
Ghazali, 1995, 58).
i) Menguasai Materi Pelajaran
Perbahasan al-Ghazali mengenai penguasaan materi ajar dapat dilihat dari makna dan
tugas guru. Guru dalam pandangan al-Ghazali orang yang berilmu, beramal, dan mengajar.
Orang yang berilmu atau ‘alim itu adalah ulama (jamak dari alim). Jadi guru itu identikal
dengan ulama. Guru adalah teramasuk ahl a-zikri (pakar), tempat pelajar bertanya.
Bagaimana jika guru orang yang tidak menguasai ilmu, tentu ia tidak akan mampu menjawab
pertanyaan siswa. Ulama dalam pandangan al-Ghazali bukan hanya menguasai ilmu, tetapi
mesti mengajarkan dan mengamalkan ilmunya. Al-Ghazali mengumpamakan ulama atau
236
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
guru sejati dengan matahari yang menyinari sekelilingnya, dan dengan minyak wangi yang
membuat harum sekitarnya. Sebaliknya, ulama atau guru yang tidak mengajar dan
mengamalkan ilmunya, maka ia ibarat lembar kertas yang bermanfaat bagi lainnya, tapi
kosong bagi dirinya sendiri. Atau ibarat jarum yang menjahit baju untuk yang lain, sementara
dirinya sendiri telanjang. Guru juga bertugas menyampaikan ilmu (Al-Ghazali, 1995, 12).
Oleh itu, guru dituntut memiliki ilmu pengetahuan, menyampaikan ilmu dan
mengamalkannya. Guru dilarang berbuat sesuatu yang bertentangan dengan ilmu
pengetahuannya tersebut (Fatiyah Hasan Sulaiman, 1990). Dari sini terlihat bahawa seorang
guru sebelum mengajar, mereka harus menguasai materi pelajaran, iaitu ilmu yang akan
disampaikan kepada muridnya.
ii) Memahami Tujuan Pembelajaran
Al-Ghazali mengemukakan bahawa guru dalam melakukan kegiatan pembelajaran
mesti merumuskan terlebih dahulu apa yang menjadi matlamat atau tujuan pembelajaran dan
perubahan tingkah laku pelajar yang hendak dicapai dalam kegiatan belajar mengajar. Antara
tujuan pembelajaran yang mesti difahami guru ialah mencari kedekatan dengan Allah, bukan
untuk mencari kedudukan atau kemewahan. Jika guru melaksanakan pembelajaran bukan
berpandu pada tujuan pembelajaran semacam ini, maka disyaki akan menimbulkan
kekacauan jiwa dan akan jauh dari tujuan yang diharapkan (Al-Ghazali, 1995, 17). Tujuan
pembelajaran semacam ini dibina berasaskan kepada penafsirannya terhadap surah az-
Zariyat (51:56) yang bermakna “Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia, melainkan
hanya untuk menyembah kepada-KU”. Al-Ghazali memiliki pandangan yang agak berbeza
dengan kebanyakan ahli filsafat pendidikan Islam. Al-Qabisi contohnya, beliau mengarahkan
tujuan pembelajaran bukan sahaja pada pembentukan akhlak pelajar serta berperilaku sesuai
dengan nilai-nilai agama yang murni saja, akan tetapi juga menghendaki tujuan
pembelajaran agar anak dapat memiliki keterampilan dan kecakapan pragmatis yang
mendukung kemampuannya mencari nafkah hidup. Artinya pandangan al-Qabisi ini
mengarah kepada dua tujuan iaitu unutuk mencari manfaat di dunia dan di akhirat. Manakala
al-Ghazali menekankan bahawa tujuan pembelajaran mengarah pada mewujudkan tujuan
keagamaan (akhlak) semata dan mengabaikan urusan dunia (Ali Al-Jumbulati dan Futuh At-
Tuwanisi, 2002).
Al-Ghazali beranggapan bahawa apabila tujuan pembelajaran bukan mencari
keredhaan Allah, tetapi mencari jabatan dan kekayaan, maka akan menyebabkan kehancuran,
kemudharatan dan kesesatan bagi orang tersebut. Tujuan pembelajaran semacam ini
tampaknya dipengaruhi oleh ilmu tasawuf, kerana ajaran tasawuf memandang dunia ini
bukan hal utama, tidak abadi dan akan rosak, manakala maut sentiasa menanti dan akan
memutuskan kenikmatan dunia. Dunia hanya tempat tinggal sementara, tidak kekal,
akhiratlah abadi selamanya. Oleh itu, dalam mencapai tujuan pembelajaran ini, maka guru
mesti terlebih dahulu memahami tujuan inti dari proses pembelajaran.
iii) Menguasai Strategi Mengajar
Strategi berasal dari bahasa Inggris “strategy” yang bermakna siasat. Manakala secara
definasi strategi bermakna seni dalam merancang atau garis besar haluan dalam bertindak
untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Jika dihubungkait dengan kegiatan belajar
mengajar, maka strategi bererti daya upaya guru dalam menciptakan suatu sistem lingkungan
yang memungkinkan terjadi proses belajar mengajar (John M. Echols dan Hassan Shadily,
1976). Mary Go Setiawan, mengatakan bahawa strategi pembelajaran adalah suatu siasat
237
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
melakukan kegiatan pembelajaran yang bertujuan mengubah suatu keaadan pembelajaran
yang diharapkan. Guru yang menginginkan para pelajar mengalami kemajuan, perlu
mengadakan pengamatan dan pennyelidikan terhadap teori dan praktek mengajar sehingga ia
dapat terus menerus meningkatkan cara mengajar (Mary Go Setiawan, 2005).
Mengenai strategi mengajar yang digunakan guru dalam proses pembelajaran,
mengikut al-Ghazali harus dilihat secara psikologis, sosiologis dan pragmatis dalam rangka
mencapai keberhasilan proses dan pencapaian matlamat pembelajaran. Al-Ghazali
memandang bahawa strategi yang digunakan guru dalam mengajar tidak boleh statis, tetapi
mesti menggunakan beberapa teknik yang bervariasi, antaranya menggunakan metode
pembelajaran praktik (al-‘amal), pembiasaan (al-tikrar), kedisiplinan dan keteladanan. Ibnu
Sina juga memiliki pandangan yang sama dengan Al-Ghazali bahawa pembiasaan, berbuat
(praktik), menekuni perbuatan, mempunyai pengaruh besar bagi pembentukan kebaikan
budi. Oleh itu, dengan membiasakan anak mengulang-ulangi pelajarannya akan
memudahkan anak mengingat pelajaran tersebut dan mudah menyerap serta memahaminya
(Ali Al-Jumbulati dan Futuh At-Tuwanisi, 2002).
Selain itu, al-Ghazali juga menganjurkan agar dalam pembelajaran digunapakai
metode pemberian ganjaran dan hukuman. Alat yang digunakan dalam pengajaran al-Ghazali
menyetujui adanya pujian dan hukuman disamping adanya keharusan menciptakan kondisi
yang mendukung terwujudnya akhlak yang mulia. Beliau menghimbau agar guru hendaknya
memberikan dorongan kepada peserta didik dengan pujian dan penghargaan jika anak
melakukkan perbuatan yang baik. Apabila didapati pelajar yang keras kepala, bodoh dan
melakukan perbuatan buruk yang tercela, maka guru tidak boleh memarahinya (Al-Ghazali,
2010, 120). Untuk memperbaiki kesalahan mereka, maka guru tidak boleh memarahinya
secara langsung, akan tetapi pura-pura tidak memperhatikan (ta’arudh), anak tersebut
sampai ia malu sendiri dan berusaha untuk menutupi kesalahannya. Menurut al-Ghazali
apabila anak sering melakukan perbutan keji dan menyimpang dari adat kebiasaan dari
norma-norma yang baik, maka hendaknya dia dihukum secara diam-diam, memberi
peringatan melalui nasihat (al-nushhu) bahawa dia melakukan suatu kesalahan. Menurut al-
Ghazali menegur dengan cara yang keras akan menimbulkan rasa takut dan menimbulkan
keinginan untuk melakukan pelanggaran pada waktu yang lain, manakala cara persuasif
(bijaksana) akan mendorong pelajar ke arah mencintai kebaikan dan berfikir kreatif (Ali Al-
Jumbulati dan Futuh At-Tuwanisi, 2002). Apabila nasihat dan teguran itu tidak mampan, maka
hendaknya ditakut-takuti dengan mengungkapkan perbuatan itu di depan orang lain.
Pendapat al-Ghazali ini menunjukkan bahawa pemberian hadiah dan penerapan hukuman
bertujuan menjadi sarana yang sihat dalam pembelajaran sehingga usaha pembelajaran
tersebut berjaya (Ali Al-Jumbulati dan Futuh At-Tuwanisi, 2002).
iv) Memahami Perbezaan Individu
Sebelum munculnya teori perbezaan individual secara ilmiah, secara filosofis sudah
diketahui bahawa antara orang yang satu dengan lainnya terdapat perbezaan, contohnya
perbezaan besar kecil, bentuk, roman muka, tingkah laku, pola berpikir atau kecerdasan
otaknya. Oleh itu, Al-Ghazali mengatakan bahawa seorang guru mesti mampu memahami
perbezaan individu pelajar di mana pelajaran disampaikan sesuai dengan kadar pemahaman
pelajar. Al-Ghazali mengatakan, bahawa “… guru tidak boleh menyampaikan kepada
peserta didiknya sesuatu yang tidak terjangkau oleh akalnya” (Al-Ghazali, 1995, 57). Al-
Ghazali juga menganjurkan supaya guru memperhatikan tahap-tahap peningkatan
238
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
kemampuan pelajar dalam mempelajari ilmu dari satu jenjang ke jenjang yang lebih tinggi.
Al-Ghazali mengatakan sepertimana berikut;
ال يذكر أن له وراء هذا تدقيقا إن المتعلم القاصر ينبغى أن يلقى إليه الجلي الالئق به و
وهو يدخره عنه
Artinya: “Sebaiknya menyampaikan kepada murid yang kadar pemahamannya
rendah sesuatu ilmu yang jelas dan patut baginya, dan tidak menyampaikan padanya
bahwa di balik ilmu yang jelas ini ada suatu ilmu yang lebih detail lagi dimana
pendidik menyembunyikannya dari murid” (Al-Ghazali, 1995, 57).
Pernyataan tersebut mengandungi maksud bahwa hendaknya guru mengajarkan atau
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar yang lemah akal atau kurang tinggi
kecerdasannya sesuai dengan kemampuannya. Penyampaian pelajaran yang sulit dan tidak
jelas akan menyebabkan pelajar lari dari ilmu serta akan mengacaukan pikiran mereka.
Beliau mengatakan “wajiblah bagi guru untuk menyesuaikan pelajaran dengan kemampuan
pemahaman pelajar dan tidak boleh memberikan pelajaran yang tidak dicapai oleh akalnya
karena itu akan menjauhkan pelajar dari pelajaran itu dan meruntuhkan akalnya” (Al-
Ghazali, 1995, 57).
Jelaslah bahwa pandangan al-Ghazali ini mengandung himbauan agar guru
memahami benar tentang prinsip-prinsip tentang perbedaan individual di kalangan pelajar
serta tahapan perkembangan akal pikirannya, sehingga dengan adanya pemahaman itu guru
dapat mengajarkan ilmu pengetahuan sesuai dengan kemampuan mereka serta sesuai dengan
tingkat kemampuan berpikir tiap pelajar. Al-Ghazali juga menasehati para guru agar
memberikan kepada pelajar yang lemah kemampuan sesuatu yang jelas dan mudah
dipahami. Apabila kepada pelajar yang lemah kemampuannya ini diberikan pelajaran yang
sukar dan detail akan menyabakan hilangnya kesenangan mereka terhadap ilmu tersebut dan
mengacaukan jiwanya.
Penyampaian pelajaran yang jelas dan mudah kepada pelajar bertujuan agar tidak
terjadi keraguan atau kecurigaan antara guru dan pelajar, dan mereka dapat bergaul akrab
serta menghilangkan gangguan-gangguan yang menghalangi hubungan mereka dengan
pelajar (Al-Ghazali, 1995, 57). Oleh itu, guru mesti sentiasa dapat menimbulkan perasaan
dan memotivasi mereka bahwa dia tidak menutup diri terhadap mereka dan mereka harus
selalu berprasangka baik kepadanya bahawa ia adalah guru yang dapat dipercaya. Jika
pelajar menuntut sesuatu, maka guru mesti memberikan sesuatu yang lebih baik, iaitu wajah
yang berseri dan bersinar yang menyenangkan hati mereka. Guru, mengikut al-Ghazali,
hendaknya mengajarkan ilmu yang sudah jelas dengan cara sederhana, mudah dan sesuai
dengan umur pelajar serta tidak menguraikan ilmu secara rinci sampai sekecil-kecilnya,
karena hal ini dapat menimbulkan kebosanan dan menyebabkan pelajar kehilangan rasa
senang kepada ilmu-ilmu yang telah jelas; bahkan timbul rasa was-was dalam hatinya, juga
dapat menimbulkan kecurigaan (waham) terhadap guru bahwa ia gemar terhadap ilmu yang
sulit (Al-Ghazali, 1995, 57). Penjelasan yang panjang dan rinci dapat diberikan kepada
pelajar yang cerdas dan memiliki kemampuan akal yang sempurna dan mereka mampu
menyerap ilmu pengetahuan yang disampaikan pendidiknya. Al-Mawardi juga memiliki
pendapat yang sama dengan al-Ghazali, dimana dia mengatakan bahwa guru mesti
memberikan pelajaran dan bimbingan kepada pelajar dengan jalan membantu mereka untuk
mengembangkan pemahaman diri sesuai dengan kecakapan, minat, peribadi, hasil belajar
serta kesempatan yang ada, memahami tingkah laku manusia, membantu pelajar untuk
239
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
menemukan kepuasan pribadi, penyesuaian diri secara maksimum terhadap masyarakat serta
membantu perkembangan aspek fizik, mental dan sosial mereka (Al-Mawardi, tt.).
b. Kompetensi Moraliti
Kompetensi moraliti ialah kompetensi personal atau keperibadian yang mesti dimiliki
oleh guru. Sepertimana dihuraikan dalam Penjelasan Peraturan Pemerintah (Indonesia)
Nomor 14 Tahun 2005 tentang Standar Nasional Pendidikan, seorang guru mesti memiliki
keperibadian yang mantap, stabil, dewasa, arif dan bijaksana, berwibawa, berakhlak mulia,
menjadi teladan bagi peserta didik dan masyarakat, mengevaluasi kinerja sendiri, dan
mengembangkan diri secara berkelanjutan. Dalam konteks ini, al-Ghazali juga menjelaskan
bahawa seorang guru mesti memiliki kompetensi moraliti (personaliti) yang baik, antaranya
ialah kasih sayang, ikhlas, jujur dan teladan bagi orang lain.
i) Kasih Sayang
Al-Ghazali menyatakan bahwa kasih sayang merupakan sifat yang semestinya
melekat pada diri guru. Bentuk kasih sayang guru kepada pelajar ialah memperlakukan
mereka bagaikan anaknya sendiri. Ia mengatakan bahawa guru mesti memiliki sikap “al-
syafaqah ‘ala al-muta’alimin wa an yajriyahum majra banihi” (kasih sayang terhadap pelajar
dan memperlakukan mereka bagaikan anaknya sendiri) (Al-Ghazali, 1322 H, 60). Menurut
al-Ghazali pendidik seharusnya menyayangi peserta didiknya seperti menyayangi anak
kandungnya sendiri karena pendidik tersebut adalah penyelamat sang anak dari perih dan
panasnya api neraka akhirat sedangkan orang tua adalah penyelamat anak dari sengatan api
neraka di dunia. Oleh karena itu hak guru terhadap pelajar lebih besar dari pada hak orang
tuanya. Hal ini disebabkan karena orang tua penyebab wujud anak ke dunia fana ini
sedangkan guru adalah penyebab kehidupannya yang baik di hari akhirat (Al-Ghazali, 1995,
55 dan 2008, 16-18).
ii) Ikhlas
Ikhlas dalam bahasa Arab diistilahkan dengan kata (al-Ikhlas). Secara bahasa
memiliki berbagai macam pengertian di antaranya tulus, tidak riya, tidak mengaharap
balasan, dan lain sebagainya (Adib Bisri dan Munawwir, 1999). Manakala secara definasi ikhlas
ialah suatu perbuatan yang dilakukan dengan ketulusan hati tanpa melihat adanya balasan
dari perbuatan (Kahar Masyhur, 1994). Al-Ghazali menjelaskan bahwa ikhlas suatu perbuatan
apabila bersih dari riya’ dan dilakukan hanya karena Allah, maka itulah yang dinamakan
dengan ikhlas. Dalam konteks pembelajaran Al-Ghazali menjelaskan makna ikhlas ialah guru
mengajar ilmu tanpa menuntut upah, balasan dan terima kasih (“La yatlubu ‘ala ifadah al-
‘ilm ajran wa la yaqshudu bihi jazaan wa la syukran”), tetapi ia mengajar kerana
mengharapkan keridhaan dan taqarrub kepada Allah Swt. (Al-Ghazali, 2008, 17, 224-225).
Sebenarnya al-Ghazali meyakini prinsip kewajiban mengajar untuk orang yang
berilmu pengetahuan yang mampu, semata-mata kerana Allah dan untuk mendekatkan diri
kepadaNya sehingga pahalanya besar sekali. Beliau menyamakan pekerjaan pendidik
bagaikan orang yang menanam tumbuh-tumbuhan yang baik diatas tanah orang lain, yang
manfaatnya akan dipetik oleh orang yang menanamnya bukan dipetik oleh orang yang
empunya tanah. Al-Ghazali memandang rendah guru jika mencari upah atau bayaran atas
pekerjaannya. Beliau mengatakan bahawa “barang siapa mencari harta dengan ilmunya, ia
bagaikan orang yang menggosokkan kotorannya sendiri untuk membersihkan wajahnya, atau
menjadikan orang yang dilayani (tuannya) menjadi khadam (pelayan) dan sebaliknya pelayan
240
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
menjadi orang yang dilayani” (Al-Ghazali, 1995, 56). Ia melanjutkan, bahawa
“Sesungguhnya guru dengan petunjuknya kepada orang lain menciptakan suatu kelompok
pengikut dan penolong dirinya sendiri yang mendokong aliran pahamnya dalam pengajaran,
dan hal itu sudah cukup menjadi upahnya” (Ali Al-Jumbulati dan Abdul Futuh At-Tuwaanisi,
2002).
iii) Jujur
Jujur dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah (al-sidqu) yang menurut bahasa
berarti tidak berbohong atau tidak berdusta atau menepati janji (Adib Bisri dan Munawwir,
1999). Menurut istilah jujur bermakna apa yang terjadi sesuai dengan kejadian dan dapat
diterima akidah serta segala sesuatu perbuatan yang dilakukan adanya keseimbangan antara
ucapan dan perbuatan (Kahar Masyhur, 1994). Al-Ghazali menggunakan kata al-sidqu dalam
memberi makna terhadap kejujuran orang-orang yang telah menepati janjinya terhadap Allah
dan konsisten terhadap apa yang diucapkan dengan perbuatannya. Mengenai kejujuran
sebagai guru al-Ghazālī mengatakan sebagai berikut:
أن يكون المعلم عامال بعلمه فال يكذب قوله فعله...
Artinya: “Bahwa pendidik dituntut untuk mengamalkan ilmunya, janganlah ia
mendustakan perkataanya dengan perbuatannya” (Al-Ghazali, 1995, 58).
Kata as-sidqu (kejujuran atau ketulusan) menurut al-Ghazali dipakai dalam beberapa,
iaitu jujur atau tulus dalam perkataan, jujur dalam niat dan kehendak, jujur dalam tekad, jujur
atau tulus dalam melaksanakan tekad, jujur dalam amal atau perbuatan dan jujur atau tulus
dalam mengaktualisasikan seluruh ajaran agama. Barang siapa bersifat jujur serta tulus dalam
semua ini, maka dialah orang-orang yang sangat jujur. Sebesar apa kejujuran yang dicapai
oleh seseorang, dalam tingkatan-tingkatan ini, maka sebesar itu pula dia jujur di dalamnya.
Seorang guru mesti berperilaku sesuai dengan ilmunya, ucapannya harus sesuai
dengan perbuatannya karena ilmu diperoleh dengan mata bathin sementara perbuatan
diketahui melalui mata dan pemilik mata luar lebih banyak maka suatu perbuatan menyelisihi
ilmu maka terhalanglah pemberian petunjuk (Muhammad Jawwad Ridha, tt.). Kejujuran ini
sangat penting, kerana akan berimplikasi terhadap pelajar. Dalam konteks ini al-Ghazali
mengatakan “perumpamaan seorang guru terhadap pelajar adalah laksana goresan di atas
tanah liat yang kering (tembikar) dan bayangan dari sebuah tongkat; bagaimana mungkin
tembikar mendapat goresan bila tidak ada yang menggoreskan, dan kapankah sebuah
bayangan menjadi lurus jika tongkat itu bengkok” (Al-Ghazali, 1995, 58). Al-Ghazali
menganjurkan agar guru memelihara lisan dari dusta, baik dusta yang sifatnya main-main
atau yang sungguhan. Hindarilah dusta yang sifatnya main-main, kerana demikian itu akan
membawamu kepada dusta yang sebenarnya. Dusta itu adalah merupakan induk dan sumber
semua perbuatan dosa. Jika sudah terbiasa berdusta maka segala ucapan dan kejujuran akan
tetap dianggap dusta, sekalipun ucapan itu benar dan jujur (Al-Ghazali, 2010, 86).
iv) Teladan
Teladan dalam bahasa Arab di istilahkan dengan uswah atau qudwah yang menurut
bahasa berarti teladan, ikutan atau tiruan (Adib Bisri dan Munawwir, 1999). Manakala secara
istilah ialah suatu perbuatan, sikap atau tingkah laku yang patut dicontoh atau ditiru (Team
Pustaka Phonix, 2007). Dalam konteks ini al-Ghazali menggungkapkan bahawa guru
sejatinya mengikuti dan mencontoh Rasulullah Saw (“ayyaqtadiya bi shahibisy syar’i
241
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
shalawat Allah ‘alihi wa sallam”) (Al-Ghazali, 1995, 56). Artinya bahwa seorang guru yang
baik adalah yang mengikuti jejak Rasulullah Saw sehingga ia menjadi idola (role model)
yang layak ditiru dan diikuti oleh pelajar. Pelajar pada amnya bukan sahaja menerima ilmu,
tetapi juga menyerap kebiasaan baik yang dikembangkan oleh gurunya; mereka senang
mencontoh sifat-sifat dan meniru segala tindak-tanduk guru idolanya. Oleh itu, al-Ghazali
dengan tegas menganjurkan bahawa guru mestilah menjadi contoh teladan bagi pelajar
(Muhaimin, 2002, Fathiyah Hasan Sulaiman, 1986, Hery Noer Aly, 2000, Hasan Asari, 1999,
Abuddin Nata, 2001, Ali al-Jumbulati dan Abdul Futuh al-Tuwaanisi, 2002).
c. Kompetensi Sosial
Kemampuan dasar yang selanjutnya yang mesti dimiliki guru adalah kepeduliannya
terhadap masalah-masalah sosial yang selaras dengan ajaran dakwah Islam. Sikap gotong-
royong, tolong menolong, persamaan derajat antar manusia, sikap toleransi, menghargai ilmu
pengetahuan dan kepakaran orang lain dan sebagainya. Dalam konteks pembelajaran
interaksi sosial guru mesti memiliki kompetensi untuk menjalin interaksi harmonis guru,
pelajar dan masyarakat. Dalam konteks ini al-Ghazali menjelaskan bahawa guru mesti
bersikap toleransi (tasamuh) terhadap pelajar, menghargai bidang imu lain atau menghargai
kepakaran guru dalam bidang ilmu yang lain.
i) Toleransi terhadap pelajar
Toleransi dalam Bahasa Arab dinamakan dengan istilah tasamuh (Adib Bisri dan
Munawwir, 1999). Menurut bahasa toleransi berarti kesabaran, kelapangan dada,
memperlihatkan sifat sabar, dapat menerima dan lain-lain (John M. Echols dan Hassan Shadily,
1976). Manakala menurut istilah toleransi merupakan suatu sikap yang mencerminkan
kelapangan dada atau kesabaran terhadap suatu masalah atau suka rukun dan damai
terhadap siapapun Team Pustaka Phonix, 2007). Al-Ghazali dalam hal ini menggunakan kata
Artinya guru memiliki .(menasehati pelajar tidak dengan terang-terangan) أن يزجر املتعلم ال يصرح
rasa kesabaran dan kelapangan dada ketika menghadapi kesalahan yang dilakukkan pelajar
serta menggunakan cara yang lembut, penuh kasih sayang dalam memberikan nasehat dan
tidak dengan cara terang-terangan (Al-Ghazali, 1995, 57). Guru yang memperbaiki perilaku
pelajar sejatinya adalah orang yang alim, wara’ dan berakhlak mulia sehingga ia mampu
menjaga diri sesuai syari’at, tidak melampaui batassyari’at atau tidak pula melakukan
kemungkaran dalam memperbaiki perilaku pelajar (Al-Ghazali, 2008, 103).
ii) Menghargai Kepakaran Orang lain
Betapapun hebatnya seseorang dalam bidang ilmunya, tidak pantas seseorang tersebut
mencaci, mencela atau menjelekkan ilmu yang tidak ditekuninya; juga dilarang merendahkan
kepakaran orang lain. Al-Ghazali mengatakan bahawa;
“Orang yang bertanggung jawab dengan sebagian ilmu, sebaiknya tidak
menjelekkan ilmu yang lain dihadapan peserta didiknya, seperti pendidik ilmu
Bahasa biasanya menjelekkan ilmu fiqh, pendidik ilmu fiqh biasanya menjelekkan
atau mencela ilmu Hadits dan tafsir, dimana hal itu hanya semata-mata untuk
didengar oleh peserta didik, dan itu merupakan tanda-tanda orang yang lemah dan
tidak berpikir” (Al-Ghazali, 1995, 57).
Al-Ghazali menjelaskan bahwa orang yang menjalankan tugas sebagai guru sebaiknya
tidak menjelekkan ilmu yang lain, akan tetapi guru yang baik adalah guru yang menghargai
242
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
bidang ilmu atau bidang studi serta keahlian orang lain. Contohnya, guru bahasa sejatinya
menghormati ilmu dan guru fiqah, guru fiqh memuliakan guru hadis dan guru hadis
memuliakan guru tafsir. Jangan saling merendahkan dan jangan saling menghina kepakaran.
Al-Ghazālī melanjutkan bahwa guru yang baik yang pantas dijadikan figur dalam hal
mendidik adalah mereka yang rendah hati, tidak sombong dan tidak angkuh terhadap ilmu
yang dimilikinya dan tidak merasa lebih pintar dari orang lain. Ujub, takabur dan berbangga-
bangga (sombong) menurut al-Ghazali adalah suatu penyakit hati yang sangat sulit untuk
disembuhkan (Al-Ghazali, 2010, 106). Oleh itu, guru mesti waspada agar jangan sampai
memuji diri sendiri, kerana akan merendahkan martabat di antara sesama manusia. Sejatinya
guru mengambil iktibar dari hal-hal yang menimpa orang yang suka memuji dirinya. Orang-
orang yang demikian itu, bukan hanya tidak dihormati oleh pelajar dan manusia pada amnya,
tetapi juga dibenci oleh Allah (Al-Ghazali, 2010, 91-92).
2. Relevansi Pandangan al-Ghazali untuk Pengembangan Kompetensi Guru Semasa
Pandangan al-Ghazali mengenai komptensi guru masih relevan dan bermanfaat bagi
peningkatan kompetensi guru semasa. Benarkah? Ya, betapa tidak! Pandangan al-Ghazali
mengenai kompetensi professional (menguasai materi pelajaran, memahami tujuan
pembelajaran, menguasai strategi mengajar, dan memahami perbezaan individu), kompetensi
morality (kasih sayang, ikhlas, jujur dan teladan) dan kompetensi sosial (toleransi terhadap
pelajar dan menghargai kepakaran orang lain) merupakan kompetensi yang mesti dimiliki
guru dan bahagian yang tak terpisahkan dari kejayaan proses pembelajaran. Untuk lebih
jelasnya, akan didiskusikan ketiga kompetensi ini, termasuk aspeknya masing-masing.
a. Relevansi Kompetensi Profesional untuk Pengembangan Kompetensi Guru Semasa
Relevansi kompetensi professional dalam pandangan al-Ghazali untuk
pengembangan kompetensi guru semasa dapat dilihat dari empat aspek, iaitu; pertama,
penguasaan materi ajar atau penguasaan ilmu pengetahuan pada satu sisi merupakan aspek
utama terwujudnya proses pembelajaran yang berjaya, kerana ilmu merupakan bahan
material dalam proses pembelajaran. Guru adalah tersmasuk ahl a-zkri (pakar), tempat
pelajar bertanya. Jika guru orang yang tidak menguasai ilmu, maka bagaimana ia akan
mampu menjawab pertanyaan siswa? Jika ini terjadi maka proses pembelajaran tentu tidak
akan berjaya, kerana pelajar tidak memperolehi ilmu. Pada sisi yang lain, guru yang
menguasai ilmu atau bahan ajar akan mudah, menyenangkan dan berjaya dalam mengajar
serta pelajar akan menjadi pintar. Sebaliknya, guru yang tidak menguasi ilmu (bahan ajar)
atau bodoh akan menyebabkan pelajar menjadi bodoh. Oleh itu, penguasaan ilmu atau materi
ajar sepertimana dalam pandagaan al-Ghazali mestilah terus ditingkatkan, bahkan guru mesti
diminta terus belajar (siswazah, pascasiswazah hingga tanpa batas) untuk menguasai bidang
ilmu yang menjadi kepakarannya.
Kedua, pemahaman guru mengenai tujuan (matlamat) pembelajaran juga sangat
penting dalam pembelajaran. Coba dibayangkan seseorang yang ingin pergi ke suatu tempat.
Orang itu tentu saja menetapkan tujuan dari perjalanan yang akan dilakukannya. Tiap orang
mesti memahami kemana ia akan pergi. Ini akan memberikan arah dalam perjalanannya. Ia
juga mesti punya tekad dan keyakinan yang kuat untuk sampai ke tujuan. Analogi semacam
ini juga berlaku dalam proses pembelajaran. Oleh itu, tujuan merupakan kunci untuk
menentukan atau merumuskan apa yang akan dikerjakan. Guru yang memahami tujuan
pembelajaran bukan hanya lebih mudah, terarah dan ikhlas dalam mengajar, tetapi juga
berimplikasi terhadap penyampaian ilmu dan pembentukan karakter pelajar menjadi lebih
243
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
baik. Tujuan pembelajaran model al-Ghazali sangat idealistik-filosofik dan boleh dikata
sebagai tujuan tertinggi (al-ghard al-a’la), kerana inti dari tujuan pembelajaran, bahkan
tujuan hidup manusia ialah mencari ridha dan taqarrub (ibadah) kepada Allah. Hari ini tujuan
pembelajaran mesti dirumuskan lebih operasional, spesifik dan terukur mengikut mata
pelajaran atau cabang ilmu. Namun, tujuan yang lebih spesifik ini mesti searah dengan
tujuan tertinggi. Ertinya, apapun rumusan pembelajaran dari berbagai cabang ilmu mesti
searah dengan mencari keridhaan Allah, bukan bercangggah dengan agama Allah sehingga
menambah kemurkaan-Nya.
Ketiga, penguasaan strategi mengajar juga sangat penting dalam proses pembelajaran
sama ada untuk guru mahupun untuk pelajar. Mungkin saja seorang guru amat menguasai
ilmu (materi ajar), tetapi ia tidak menguasai strategi mengajar, maka tentu ia tidak mampu
mengajar dengan baik mengikut kaedah-kaedah pembelajaran. Jika hal seperti ini wujud
pada seorang guru, maka dapat dipastikan guru ini tidak menyenangkan pelajar dalam proses
pembelajaran , bahkan guru itu sendiri akan memperolehi hambatan dalam mencapai
tujuan atau matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan sebelumnya. Strategi pembelajaran
yang menarik akan mendorong minat dan motivasi belajar. Tetapi, strategi yang menarik
akan dapat tercapai jika guru mampu memodifikasikannya dengan keperibadian pelajar yang
beragam dan unik. Di sekolah para pelajar belajar mengikut gaya mereka masing-masing.
Banyak ragam perilaku pelajar ketika berada di dalam kelas, tingkat minat pelajarpun
berbeza-beza. Oleh itu, guru mesti berusaha untuk menghadirkan situasi yang menarik minat
pelajar untuk untuk belajar (Syaiful Bahri Djamarah,2011). Hal ini boleh dilakukan, mengikut
pandangan al-Ghazali, dengan menerapkan metode praktik langsung, pembiasaan, reward
atau punishment, dan lain sebagainya. Jadi untuk menghasilkan kelas dan proses belajar yang
aktif, maka guru mesti memiliki dan menguasai strategi yang jitu sehingga terwujud proses
pembelajaran yang efektif. Jika kelas tidak efektif, sudah jelas bahawa guru tidak mampu
menguasai kondisi dan menciptakan kondisi yang membuat kelas berjalan sesuai tujuan
rencana pembelajaran, dan kegagalan pembelajaran tentu di hadapan mata. Keempat, al-
Ghazali menganjurkan bahawa setiap guru supaya menyampaikan ilmu kepada pelajar
mestilah selaras dengan taraf kemampuan dan kematangan intelektual mereka. Sebaliknya,
guru dilarang menyampaikan ilmu yang tidak jelas dan sukar untuk difahami oleh pelajar.
Dalam konteks ini al-Ghazali sesungguhnya begitu memperhatikan perbadaan individu
dalam penyempaian ilmu. Pandangan al-Ghazali ini, meskipun bercorak filosofik-rasional,
bukan hasil penyelidikan emperik, masih sangat relevan untuk dipertahankan, dikembangkan
dan dijadikan sebagai persyaratan penerimaan dan pemanfaatan jasa guru.
Sebagaimana diketahui dalam proses pembelajaran terdapat pelajar dengan berbagai
perbezaan individual. Perbezaan itu sangatlah lumrah dan tidak dapat dihindari. Hari ini
perbezaan individual pelajar semakin detail dikaji oleh para ahli sama ada perbezaan jenis
kelamin, kecerdasan (kognitif), kepribadian (afektif), bakat, minat mahupun gaya belajar (Sugiyanto, http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pendidikan/sugiyanto-mpd/23-bab-3.pdf, 23 Julai
2017). Sebagai seorang pengajar yang baik, guru tidak dapat menidakkan perbezaan-
perbezaan tersebut dengan menganggap semua pelajar sama. Oleh itu, perlu upaya dalam
menyingkapi perbezaan-perbezaan setiap pelajar. Upaya tersebut dapat berupa cara mengajar,
reward (penghargaan), penggunaan media ataupun model pembelajaran yang bervariatif, dan
lain sebagainya. Jika guru tidak mengetahui individual differences dan tidak
mempertimbangkan aspek perbezaan individu pelajar, maka guru akan mengalami kesulitan
mentransfer ilmu, bahkan akan mengalami kegagalan mengajar dan tidak akan mencapai
tujuan pembelajaran.
244
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
b. Relevansi Kompetensi Moraliti untuk Pengembangan Kompetensi Guru Semasa
Kompetensi moraliti, dalam pandangan al-Ghazali (kasih sayang, ikhlas, jujur,
toleransi dan teladan) merupakan kompetensi personaliti yang mesti tertanam dalam jiwa
seorang guru. Apakah semua aspek kompetensi moraliti ini masih relevan dipertahankan dan
dikembangkan untuk pembentukan personaliti guru semasa? Jawabnya, ya. Personaliti dan
jiwa guru mesti dihiasi dengan kompetensi ini. Agar lebih jelas akan didiskusikan lebih
lanjut. Pertama, al-Ghazali mengatakan bahawa guru mesti memiliki sikap “al-syafaqah ‘ala
al-muta’alimin wa an yajriyahum majra banihi” (kasih sayang terhadap pelajar dan
memperlakukan mereka bagaikan anaknya sendiri). Pandangan al-Ghazali ini amatlah tepat,
bukan sahaja selaras dengan ajaran Islam, tetapi juga secara fitrah manusia menghendaki
kasih sayang orang lain utamanya lagi dari gurunya dalam bentuk perhatian, memuliakan,
penghargaan ataupun perlakuan baik. Kasih sayang adalah keperluan alami manusia. Anak-
anak lebih memerlukan kasih sayang daripada orang dewasa, begitu pula pelajar. Pelajar
sangat peka dengan perasaan orang lain terhadapnya. Kasih sayang juga mempengaruhi
kesehatan fisik. Hati yang berbunga-bunga karena limpahan kasih sayang akan menyehatkan
saraf dan fisik. Oleh itu, limpahan kasih guru sayang sangat diperlukan ketika sedang
memberikan pembelajaran. Siswa akan menganggap gurunya sepertimana orang tuanya
sendiri. Pelajar yang merasakan kasih sayang gurunya akan lebih bersemangat dalam belajar.
Dalam satu hasil kajian disebutkan bahawa perhatian guru memberi pengaruh 14,82 %
terhadap motivasi belajar pendidikan agama Islam di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Pertama (SMP) (Nur Fajri Kurniawati, 2015).
Kedua, al- Ghazali menjelaskan bahawa guru mesti ikhlas dalam mengajar. Makna
ikhlas di sini ialah guru mengajar ilmu tanpa menuntut upah, balasan dan terima kasih (“La
yatlubu ‘ala ifadah al-‘ilm ajran wa la yaqshudu bihi jazaan wa la syukran”), tetapi ia
mengajar kerana mengharapkan keredhaan dan taqarrub kepada Allah Swt. Pandangan
semacam pada satu sisi adalah benar, kerana keikhlasan dalam erti mengharap redha Allah
merupakan satu syarat antara banyak syarat sesuatu yang bernilai ibadah. Tugas mengajar
adalah sebahagian daripada ibadah. Jika guru menuntut hak (upah) dalam mengajar bermakna
guru itu tidak ikhlas dan profesion mengajar menjadi tidak bernilai ibadah. Pemaknaan
semacam ini tepat sekali dalam konteks guru menjalankan tugas dengan sukarela, tanpa
pengaturan dan ikatan undang-undang dari mana-mana pihak. Guru semacam ini memiliki
kemerdekaan dalam menjalankan tugas; ertinya ia bebas memilih; jika mahu mengajar ia
mengajar, jika ia mahu meninggalkan tugas mengajar maka iapun boleh tak mengajar, tanpa
ada pihak manapun yang mengatur ataupun memaksanya. Sungguhpun begitu, perlu difahami
pula bahawa tugas guru hari ini sudah diatur dalam undang-undang setiap negara, mereka ini
tugas utamanya ialah mengajar; setiap hari mereka mengajar mengikut peraturan undang-
undang negara di mana mereka mengabdikan diri sebagai guru. Profesionnnya memang
sebagai guru. Sekiranya mereka tidak diberi upah oleh negara, maka bagaimanakah caranya
mereka boleh mendapatkan penghasilan hidup untuk menyara diri dan keluarganya? Tidak
ada cara kecuali mereka diberi upah oleh negara atau badan yang bertanggungjawab di mana
mereka bertugas sebagai guru. Apakah upah dalam konteks ini menafikan keikhlasan guru?
Tentu tidak, kerana upah di sini menjadi kewajiban dari negara dan hak bagi guru. Seseorang
yang menerima haknya tentu tidak menghapus keikhlasan selama ia benar-benar menjalankan
tugas selaras dengan aturan yang telah ditetapkan.
Ketiga, al-Ghazali berpendapat bahawa guru mestilah jujur; sama ada dari segi ucapan
dan perbuatannya. Pandangan ini bukan sahaja bersumber pada ajaran agama Islam yang
mutlak benar, bahkan juga jiwa manusia normal menuntut kejujuran. Kejujuran adalah
245
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
sesuatu yang sangat bernilai tinggi dalam aspek kehidupan. Setiap pekerjaan pasti menuntut
perilaku jujur. Setiap orang juga pasti mengetahui apa itu kejujuran. Perilaku jujur ditandai
dengan tidak adanya kebohongan, berkata apa adanya, tidak curang, mengikuti aturan
permainan yang telah ditentukan. Penanaman kejujuran terhadap pelajar adalah dipengaruhi
oleh semua aspek yang ada di sekolah, iaitu kepala sekolah, budaya, dan guru. Tapi hal yang
paling utama adalah guru, karena guru merupakan orang yang selalu bertemu dengan pelajar.
Keempat, keteladanan jauh lebih berpengaruh ketimbang sanksi atau ancaman. Banyak orang
sependapat dengan ungkapan itu. Namun sayang tidak banyak yang bertekad
melaksanakannya. Pelajar mencuri misalnya, guru jangan langsung menuduh dan bersikap
keras supaya pelajar mengakui perbuatannya dengan memberikan sanksi atau ancaman,
sebaiknya disentuh jiwanya dengan penuh keteladanan sehingga ia mengakui kesalahannya
dengan jujur, bukan dengan keterpaksaan. Keteladanan memang mudah dilisankan,
sebaliknya sungguh berat untuk diterapkan. Apalagi bila faktor lingkungan yang tidak
mendukung. Maka harus ada sokongan kuat dan kesedaran yang tinggi bila ingin
mewujudkannya. Logika sederhananya: bila guru dan orang tua memberi contoh yang baik,
maka anak–anak akan mengikutinya. Jika sebaliknya, maka seperti dongeng klasik; bila
induk kepiting berjalan miring maka anak-anaknya ikut berjalan miring. Oleh itu, tepatlah
ungkapan al-Ghazali “kapankah sebuah bayangan menjadi lurus jika tongkat itu bengkok”?
Ungkapan ini memberi isyarat, guru laksana tongkat, pelajar laksana bayangan. Guru menjadi
teladan bagi pelajarnya dan kualiti pelajar dipengaruhi oleh kualiti gurunya.
c. Relevansi Kompetensi Sosial untuk Pengembangan Kompetensi Guru Semasa
Kompetensi sosial sama ada toleransi terhadap pelajar mahupun menghargai
kepekaran orang lain yang diungkapkan al-Ghazali sangat penting masih relevan untuk
diinternalisasikan dalam jiwa guru sehingga guru mampu bersikap toleransi terhadap pelajar
dan menumbuhkan sikap rendah hati, jauh dari sifat sombong dan angkuh. Hal ini dapat dari
dua sisi, iaitu; Pertama, toleransi terhadap pelajar. Gurus mesti memiliki sikap toleransi atau
tenggang rasa terhadap pelajar, kerana guru sentiasa berhadapan dengan pelajar dan
masyarakat yang berbeza dan keunikannya. Sikap toleransi ini bermanfaat untuk menjalin
komunikasi yang harmonis dalam menyelesaikan pelbagai masalah pelajar dan masyarakat. Seberapa pentingkah toleransi guru? Toleransi itu penting bahkan sangat penting dalam
kehidupan ini. Contohnya dalam kehidupan sekolah, perlu adanya toleransi sama ada antara
guru dengan kepala sekolah, guru dengan guru, guru dengan pelajar, maupun pelajar dengan
pelajar. Dengan adanya toleransi di sekolah maka akan terbentuknya pembelajaran yang
kondusif. Selain itu juga, dengan toleransi maka akan memupuk rasa tali persaudaran yang
sangat erat. Toleransi guru dengan pelajar akan berimpliksi terhadap ketenangan dan
kenyamanan pelajar dalam menuntut ilmu, bahkan toleransi guru terhadap pelajar bukan
sahaja akan meningkatkan semangat dan motivasi belajar peserta didik, tetapi juga akan
terciptanya proses pembelajaran yang kondusif sehingga tujuan pembelajaran dapat tercapai.
Tetapi, perlu digarisbawahi bahawa toleransi yang dimaksudkan di sini bukan bermakna
untuk mencampur aduk antara yang haq dengan yang batil, tetapi toleransi dalam erti
menghargai dan mengakui perbezaan.
Kedua, menghargai kepakaran orang lain. Pandangan al-Ghazali ini juga masih sangat
relevan untuk dipertahankan dan dikembangkan untuk penguatan kompetensi sosial guru
semasa. Pengakuan terhadap kepekaran orang lain dalam bidang ilmu yang sama atau yang
berbeza merupakan satu bentuk sikap rendah hati dan tidak takabur. Pengakuan kepakaran
terhadap orang lain bukan sahaja berimplikasi terhadap tumbuhnya pendangan dan sikap
246
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
positif pelajar terhadap gurunya, tetapi juga menjadikan pelajar mudah memilih dan
menerima ilmu dari pakar yang lain. Selain itu, sikap guru semacam ini akan menjaga
keharmonian antara guru yang satu dengan lainnya, sama ada antara mereka yang memiliki
kepakaran yang sama mahupun yang berbeza. Kompetensi sosial seperti ini akan bermanfaat
bukan sahaja bagi guru dan pelajar, tetapi juga untuk kepentingan masyarakat.
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas dapat dibuat dua kesimpulan utama, iaitu:
1. Kompetensi guru mengikut al-Ghazali, antaranya kompetensi professionaliti, moraliti
dan sosial. Antara kompetensi profesionaliti guru ialah menguasai materi pelajaran,
memahami tujuan pembelajaran, menguasai strategi mengajar, dan memahami perbezaan
individu. Antara kompetensi moraliti guru ialah kasih sayang, ikhlas, jujur dan teladan
bagi orang lain. Antara kompetensi sosial guru ialah toleransi terhadap pelajar dan
menghargai kepakaran orang lain.
2. Pandangan al-Ghazali mengenai kompetensi guru tersebut masih relevan dan bermanfaat
bagi pengembangan kompetensi guru semasa sama ada yang berhubungkait dengan
pengembangan kompetensi professionaliti, moraliti mahupun kompetensi sosialnya. Semua
kompetensi ini masih perlu dipertahankan bahkan ditanam dan dibina dalam jiwa setiap guru
sehingga layak digelar sebagai guru yang berkompetensi tinggi.
Bibliografi
Abuddin Nata. 2001. Perspektif Islam Tentang Pola Hubungan Guru–Murid Studi Pemikiran
Tasawuf Al-Ghazali, ed. I, cet. I. Jakarta: RajaGrafindo Persada.
Abuddin Nata. 2003. Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam. Jakarta: Raja Grafindo
Persada.
Abuddin Nata. 2004. Metodologi Studi Islam, Jakarta: RajaGrafindo Persada.
Abd. Mukti. 2000. Sejarah sosial pendidikan Islam pada masa Dinasti Saljuq (Sebuah Studi
tentang Madrasah Nizamiyah 1058-1157). Distertasi Ph.D, Institut Agama Islam
Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.
Adib Bisri dan Munawwir. 1999. Kamus Arab-Indonesia Indonesia-Arab. Surabaya : Pustaka
Pregresif.
Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. (1322). Fatihah al-‘Ulum, Mesir
: al-Matba’ah al-Husainiyah.
Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1995. Ihya’ ‘Ulum al-Din, juz I.
Beirut : Dar al-Fikr.
Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 2010. Bidayah al-Hidayah.
Jakarta : Dār Al-Kutub al-Islāmiyah.
247
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Al-Ghazali, Imam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 2008. Mukhtasar Ihya’ ‘Ulum
al-Dīn. Terj. Mujahidin Muhayyan, dkk.. Jakarta : Pena Pundi Aksara.
Ali Al-Jumbulati dan Futuh At-Tuwanisi. 2002. Perbandingan Pendidikan Islam. terj. M.
Arifin, cet. ke 2. Jakarta: Rineka Cipta.
Al-Mawardi, Adab al-Dunya wa al-Din. tt.. Bairut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Al-Syaibani, Omar Mohammed Al-Toumy. 1979. Falsafah Pendidikan Islam, (trj.). Jakarta
: Bulan Bintang.
Fathiyah Hasan Sulaiman. 1986. Aliran-Aliran al-GhazaliMengenai Pendidikan dan Ilmu.
terj. Hery Noer Aly. Bandung: Diponegoro.
Fatiyah Hasan Sulaiman. 1990. Al-Ghazali dan Plato dalam Aspek Pendidikan, terj.
Surabaya: Bina Ilmu,
Hasan Asari. 1999. Nukilan Pemikiran Islam Klasik; Gagasan Pendidikan al-Ghazali. cet. 1,
Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya.
Hery Noer Aly. 2000. Ilmu Pendidikan Islam. Jakarta: Rineka Cipta.
John M. Echols dan Hassan Shadily. 1976. Kamus Inggris-Indonesia. Jakarta: Gramedia.
Kahar Masyhur. 1994. Membina Akhlak atau Moral, Jakarta: Rineka Cipta.
Kunandar. 2007. Guru Profesional Implementasi KTSP dan Sukses dalam Sertifikasi Guru.
Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.
Louis O. Kattsof. 1989. Pengantar filsafat, (terj.) Soejono Soemargono. Yogyakarta: Tiara
Wacana Yogya.
Mary Go Setiawan. 2005. Pembaharuan Mengajar. Bandung: Kalam Hidup.
Muhaimin. 2002. Paradigma Pendidikan Islam; Upaya Mengefektifkan Pendidikan Agama
Islam di Sekolah, cet. II. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Muhammad Jawwad Ridha. tt.. Al-Fikru Tarbawi al-Islam. Kuwait: Dar al-Fikri ‘Arabi.
Nur Fajri Kurniawati. 2015. Hubungan Perhatian Guru dengan Motivasi Belajar Siswa pada
Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam (Studi Kasus Siswa Kelas VIII SMPN 1
Pagentan Banjarnegara), Skripsi, Jurusan Pendidikan Agama, Fakultas Tarbiyah dan
Keguruan, UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta.
Pustaka Phonix, Team. 2007. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Pustaka Phonix
Syabuddin Gade. 2008. Esei-esei Pemikiran Pendidikan (al-Ghazali, az-Zarnuji, al-Abrasyi
dan Asy-Syaibani). Banda Aceh: Ar-Raniry Prees dan Yogyakarta: AK Group.
Syaiful Bahri Djamarah. 2011. Psikologi Belajar. Jakarta: Rineka Cipta.
248
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2018)
Syaiful Sagala. 2009. Kemampuan Profesional Guru dan tenaga Kependidikan. Bandung:
Alfabeta.
Sugiyanto, Psikologi Pendidikan. dari http://staff.uny.ac.id/sites/ default/files/pendidikan/
sugiyanto-mpd/23-bab-3.pdf. 23 Julai 2017
.