Upload
others
View
2
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KOMPOSISI MUZIK WE WERE HERE DALAM ANIMASI IBAN'S MIGRATION.
Wendy James Jengan
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik) 201~
KOMPOSISI MUZIK WE WERE HERE
DALAM ANIMASI IBAN'S MIGRA TION.
WENDY JAMES JENGAN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Muzik)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2013
II
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
ruDUL KOMPOSISI MUZIK WE WERE HERE DALAM ANIMASI IBAN'S
MIGRATION.
SESI PENGAJIAN :2009-2013
Saya WENDY JAMES JENGAN
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. *S ila tandakan ("" )
(Mengandungi maklumat yang berda~ah keselamatanD SULIT atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHS IA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan D TERHAD oleh organisasiibadan di mana penyelidikan
G TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA
Tarikh : )..tl 01- {I ~ Tarikh: P4-. or· .;to (;:,
Alamat Tetap: 305, lorong 4f4,Tabuan Desa , 93350, Kuching, Sarawak.
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * lika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasaJorganisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
Projek bertajuk 'Komposisi Muzik We Were Here dalam Animasi Iban's
Migration ' telah disediakan oleh Wendy James Jengan dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik).
Diterima untuk diperiksa oleh :
Drs. Yoesbar Djaelani
Tarikh :
~. Of ,;)..D (3
~,
PENGAKUAN
Penulis rnengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau
dilaporkan dalarn tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk
suatu ijazah atau kelulusan sarna ada kepada universiti ini atau institusi pengajian
tinggi lain.
~. (WENDY JAMES JENGAN)
No. Matrik: 25375
ii
PENGHARGAAN
Yang terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
keluarga saya, tenaga - tenaga pengajar di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif dan
kepada rakan - rakan seperjuangan yang bersama - sarna telah berjuang dalam
menyiapkan projek tahun akhir. Segala penat lelah sarna - sama dirasai dan
kerjasama dari rakan amatlah dihargai.
Terima kasih diucapkan kepada ibu saya, Saloren Sabi yang telah lama
membantu saya dari segi kewangan dan memberi sokongan moral dan mental
dalam menghadapi sebarang dugaan sepanjang pengajian di UNIMAS.
Terima kasih diucapkan kepada pembimbing projek saya iaitu Drs
Yoesbar Djaelani kerana sudi membimbing saya dan memberikan petunjuk
sepanjang pengajian saya di UNIMAS. Terima kasih kerana telah banyak
memberikan ilmu dan pengajaran kepada saya. Tidak lupa juga kepada Puan
Connie Lim Keh Nie yang telah banyak memberikan panduan dan bimbingan
dalam sebarang rnasalah. Terima kasih kerana telah banyak membantu dalam
menyelesaikan masalah dan ·sudi mendengar masalah dan luahan hati sebagai
seorang pelajar. Tidak lupa juga kepada penyelaras program Muzik, cik Laura
Pranti Tutom yang telah berusaha bertungkus lumus mengusahakan yang terbaik
untuk anak - anak didik di program muzik. Kepada mantan pensyarah puan
Misato Yaku, terima kasih kerana memberikan pengalaman belajar yang seronok
dan menarik. Kepada encik Jurgen Frenz, terima kasih kerana telah memberikan
sedikit sebanyak tips dan petunjuk untuk projek ini.
111
Selain itu, ucapan terima kasih juga diberikan kepada dekan Fakulti Seni
GWUlan dan Kreatif iaitu, Prof. Madya Dr Hasnizam Abdul Wahid kerana telah
memberikan sokongan kepada para pelajar di program muzik.
Kepada rakan - rakan, terima kasih kerana banyak membantu dalam
sebarang masalah dan sudi berkongsi ilmu di kala kesempitan. Ucapan terima
kasih diberikan kepada Willy Alfred Ting, Elvyana Elsa Samson, Lorean Naya
Balang, Cheong Michael Wai Kit, Ezra Alfandy M Duin, BJ Rick Somiun, Muhd.
Haniff bin Che Razak, Florishia binti Ajun, Muhammad Ezzuan bin
Kamarulzaman, Enni Sanisha binti Suran, Hizkia Maran bin Yohanis, Hor Yeen
Theng, Tan Yian Ni, Teow Xin Vee, Anna Ho Wei Wei dan ramai lagi.
Tidak lupa juga kepada para - para pemain UNIMAS Symphony Orchestra
and Choir Society kerana menjadikan projek ini suatu yang tidak mustahil dan
sudi untuk memainkan hasil karya saya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
r iv
I
lSI KANDUNGAN
Halaman Tajuk
Borang Pengesaban Status Tbesis
Pengesaban dan Tandatangan Penyelia
Pengakuan Pelajar
Pengbargaan
lsi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Raj ab
Senarai Gambar
Abstrak
Abstract
1. BABSATU-PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
l.2 Skop Kajian
1.3 Perrnasalahan Kajian
1.4 Hipotesis
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
v
,
ii
iii
v
ix
x
xiv
xv
xvi
10
12
13
13
14
1.7 Kajian Literasi 14
1.7.1 Aspek Komposisi Muzik Animasi 14
1.7.2 Aspek Kajian Latar Be1akang Animasi 17
2. BAB DUA- METHODOLOGI KAJIAN
2.1. Pengenalan 18
2.2. Prosedur 18
2.3 . Pengumpulan data 22
2.3.1. Data Primer 22
2.3.1.1. Borang Kaji Selidik 22
2.3.1.2. Temubual 23
2.3 .1.3. Fotografi 23
2.3.2. Data Sekwlder 23
3. BAB TIGA - DAPATAN KAJIAN
3. 1 Analisa Video Iban Migration 24
3.1.1 Analisa Audio dari
Video Animasi Iban 's Migration. 24
3.2. Analisa Cerita Animasi Iban 's Migration. 25
3.3. Komposisi muzik Iban 's Migration 27
3.3.1. Instrumentasi 27
vi
3.3.2. Prinsip Menentukan Kesesuaian Visual dan Audio 29
3.3.3. Orchestration 31
4. BAB EMPAT - PERBINCANGAN
4.1. Borang kaji selidik 45
4.1.1. Analisa Data 45
4.2. Temubual bersama panel: Tim Zibrat 66
S. BAB LIMA - KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1. Kesimpulan 71
5.2. Cadangan 74
6. BIBLIOGRAFI 75
7. LAMPIRAN A - Skor Muzik 77
8. LAMPIRAN B - Borang Kaji Selidik 88
9. LAMPIRAN C - Gambar Sesi Menjawab Borang
Kaji Selidik 93
Snapshot Proses Pengkaryaan: Sibelius 6 94
Snapshot Proses Pengkaryaan: Nuendo 4 95
Snapshot Proses Pengkaryaan: Power
Director 96
vii
1
Snapshot Perbincangan : Facebook 97
10. LAMPIRAN D - Panel Untuk Pameran CIPTA (Cetusan
Inspirasi Pelajar Tabun Akhir) 98
11. LAMPIRAN E - CD Mengandungi Video Asal Dan Yang
Telab Diedit 100
viii
J
1
SENARAI JADUAL
Jaduall Lickert scale yang digunakan pengkaji 48
Jadual2 Peratusan Kumu1atif Respon 71
ix
~___Jk~________________________~________________
SENARAI RAJAH
Rajah 1 Piano bar 1 - 6 32
Rajah 2 Choir bar 1 - 6 32
Rajah 3 Woodwind ( Flute & Clarinet in Bb) 32
Rajah 4 Bahagian Brass 32
Rajah 5 Motif ritma Gong 33
Rajah 6 Bahagian String 33
Rajah 7 Bentuk melodi utama 33
Rajah 8 Flute (Bahagian B) 35
Rajah 9 Bahagian String (Teknik dan Ornamen) 35
Rajah 10 Bahagian String (Babak 2) 37
Rajah 11 Bahagian melodi Woodwind yang berjarak satu oktaf 39
Rajah 12 Bahagian melodi Brass 39
Rajah 13 Bahagian Piano (unison dengan Flute) 39
Rajah 14 Bahagian String (Babak 3) 39
Rajah 15 Motif ritma utam.a (Babak 4 dan 5) 41
Rajah 16 Me10di Glockenspiel (Babak 4 dan 5) 41
Rajah 17 Perbezaan ritma untuk Glockenspiel dan Marimba
(Babak 4 dan 5) 41
Rajah 18 Motifmelodi (Tetjatuh dari pokok) 42
Rajah 19 Frasa motif melodi pembukaan
Babak 6,7,8 dan 9 44
x
I
44
Rajah 21 Perbandingan berdasarkan jantina daripada dua buah
Rajah 20 Frasa motif melodi Babak 6
46
Rajah 22 Graf berdasarkan kaum daripada bidang Muzik 46
dan Animasi
bidang (Animasi dan Muzik)
Rajah 23 Graf berdasarkan kaum daripada bidang Animasi 47
Rajah 24 Carta pai peratusan respon dari respond en Muzik 49
Rajah 25 Carta pai peratusan respon dari responden Animasi 49
Rajah 26 Carta pai kumulatif jawapan soalan I bagi bidang Muzik
dan Animasi 51
Rajah 27 Carta pai peratusan respon dari responden Muzik 52
Rajah 28 Carta pai peratusan respon dari responden Animasi 52
Rajah 29 Carta pai Kumulatif Jawapan Soalan 2 Bagi Bidang Muzik
dan Animasi 53
Rajah 30 Carta pai Kumulatif Jawapan Soalan 3 Bagi Bidang Muzik
dan Anirnasi 53
Rajah 31 Carta pai kumulatif jawapan soalan 4 bagi bidang Muzik
dan Animasi 54
Rajah 32 Carta pai kumulatif jawapan soalan 5 bagi bidang Muzik
dan Animasi 55
Rajah 33 Carta pai kumulatif jawapan soalan 6 bagi bidang Muzik
55
XI
Rajah 34 Carta pai kurnulatif jawapan soalan 7 bagi bidang Muzik
dan Animasi 56
Rajah 35 Carta pai kurnulatif jawapan soalan 8 bagi bidang Muzik
dan Animasi 56
Rajah 36 Carta pai kumulatif jawapan soalan 9 bagi bidang Muzik
dan Animasi 57
Rajah 37 Carta pai kumulatif jawapan soalan 1 bagi bidang Muzik
dan Animasi 59
Rajah 38 Carta pai kurnulatif jawapan so alan 2 bagi bidang Muzik
dan Animasi 59
Rajah 39 Carta pai kumulatif jawapan so alan 3 bagi bidang Muzik
dan Animasi 60
Rajah 40 Carta pai kumulatif jawapan soalan 4 bagi bidang Muzik
dan Animasi 60
Rajah 41 Carta pai kurnulatif jawapan soalan 5 bagi bidang Muzik
dan Animasi 61
Rajah 42 Carta pai kurnulatif jawapan soalan 6 bagi bidang Muzik
dan Animasi 61
Rajah 43 Carta pai kumulatif jawapan soalan 7 bagi bidang Muzik
dan Animasi 62
Rajah 44 Carta pai kurnulatif jawapan soalan 8 bagi bidang Muzik
dan Animasi 62
xii
Rajah 45 Carta pai kumulatif jawapan soalan 8 bagi bidang Muzik
dan Animasi 63
Rajah 46 Graf: bilangan responden yang menjawab Ya bagi setiap
soalan di Bahagian D 65
xiii
I
SENARAI GAMBAR
Gambar 1 Babak pembukaan (Rumah panjang) 34
Gambar2 Datuk memulakan cerita 36
Gambar 3 Peta Ketapang 36
Gambar4 Kepercayaan orang Iban 38
Gambar 5 Pelanggaran tabu 38
Gambar 6 Penyebaran agama Islam di Ketapang 40
Gambar 7 Bejie dan orangnya berkumpul 40
Gambar 8 Bejie dan rakannya bersedia untuk naik Pokok Enchepong 42
Gambar9 Bejie dan rakannya naik untuk berjumpa dengan Tuhan 43
Gambar 10 Bejie dan rakannya terjatuh dari pokok 43
Gambar 11 SESI MENJA W AB BORANG KAJI SELIDIK I 92
Gambar 12 SESI MENJA W AB BORANG KAJI SELIDIK II 92
Gambar 13 SNAPSHOT PROSES PENGKARY AAN (SIBELIUS 6) 93
Gambar 14 SNAPSHOT PROSES PENGKARYAAN (NUENOO 4) 94
Gambar 15 SNAPSHOT PROSES PENGKARY AAN (POWER DIRECTOR) 95
Gambar 16 SNAPSHOTPERBINCANGAN(FACEBOOK) I 96
Gambar 17 SNAPSHOT PERBINCANGAN (F ACEBOOK) II 97
Gambar 18 PANEL UNTUK PAMERAN CIPTA 98
xiv
~
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan Wltuk menguji sejauh mana komposisi pengkaji mampu
memberikan kekuatan kepada jalan cerita filem animasi Iban's Migration. Komposisi
baru yang dihasilkan akan menambah dan memberikan efek dan perubahan dramatik
yang lebih kuat untuk filem animasi Iban's Migration. Pengkaji menggWlakan kaedah
temJbual dan borang soal kaji selidik Wltuk mengkaji keberkesanan komposisi muzik
yang dihasilkan.
xv
ABSTRACT
This research is done to test whether the new music composed by the researcher
is effective to accentuate the events in the animation, Iban's Migration. The new
composition will be able to give proper highlights, emotion and effects to the animation
Iban's Migration. The researcher uses questionnaire and an interview method to confirm
the effectiveness of the new composition made.
XVI
BABSATU
PENDAHULUAN
Komposisi Muzik We Were Here dalam Animasi Iban 's Migration.
1.1. Pengeoalao
Menurut Hornby (2010) dalam Oxford's Advanced Learner's Dictionary
komposisi bermaksud seni dalam menulis, mencipta atau menghasilkan muzik.
Soundtrack pula bermaksud muzik, segala pertuturan dan bunyi dalam filem ..Animasi
bermaksud sebuah filem atau tayangan berbentuk lukisan seperti manusia atau haiwan
yang dihidupkan dengan pergerakan. Animasi merupakan satu gabungan antara dua seni
iaitu seni filem dan seni lukis.
Jonos atau nama sebenamya Nor Azlin bin Ngah yang merupakan seorang
ilustrator dalam bidang animasi menulis dalam blognya menyatakan bahawa animasi di
Malaysia mula bermula sejak awal tahun 1946 dengan tertubulmya Unit Filem Malaya
yang kini dikenali sebagai Fil~m N egara. Menurut beliau filem animasi pendek yang
pertama ialah Hikayat Sang Kancil yang dihasilkan oleh Anandam Xavier pada tabun
1978 dan ditayangkan pada tabun 1983. Filem pendek yang dikeluarkan atau diterbitkan
di antara tahun 1984 dan 1987 ialah 'Sang Kancil dan Monyet' , 'Sang Kancil dan Buaya',
'Gagak Yang Bijak', 'Amab Yang Sombong' dan 'Singa Yang Haloba'. Usop Sontorian
merupakan animasi siri pertama di Malaysia keluaran sektor swasta pada tabun 1980 an.
Karekter Usop Sontorian ini merupakan sebuah karekter yang telah dilukis oleh seorang
kartwris iaitu Ujang. Antara animasi Malaysia yang ada ialah 'Silat Lagenda', 'Putih',
'Budak Lapok', 'Geng: Pengembaraan Bennula', 'Usop Sontorian', 'Keluang Man',
'Kampong Boy', 'Sang Wira' , 'Yokies', 'Fruties', 'Anak-anak Sidek', 'Upin & Ipin',
'Boboiboy' dan 'Kacang'. Filem animasi 30 yang terbaru ialah 'Seefood' iaitu animasi
30 pertarna di Malaysia yang berbahasa inggeris pada 2011 dan menyusul pula 'War of
the }1J()rlds: Goliath ' yang juga menggunakan bahasa inggeris pada tahWl 2012. 'Seefood'
telah menerima anugerah animasi terbaik pada 2011 di Anugerah Karyawan Animasi
Malaysia. Cinemamalaysia.com.my memberikan 13 senarai filem animasi sehingga tahun
2012. Animasi terbaru pada tahWl 2012 ialah 'War of the worlds: Goliath '. 13 filem
animasi yang tersenarai ialah 'Silat Legenda' (1998), 'Alamaya', 'Signtific', 'Mentera
Semerah Padi', 'Putih' (2001), 'Last But Not Least' (2007), 'Simply Irresistable' (2007),
'Budak Lapok' (2007), 'Geng: Pengembaraan Bennula' (2009), ' Buas' (2010), 'A Day In
A Life OfMr. Teddy ' (2010), 'Seefood' (2011), dan 'War of the worlds: Goliath' (2012) .
Iban's Migration merupakan sebuah karya oleh pelajar animasi Fakulti Seni
Gwuum dan Kreatif di Universiti Malaysia Sarawak. Animasi tersebut merupakan hasil
kajian tahWl akhir oleh Gerald ak Regie. Animasi yang dihasilkan adalah dalam bentuk
animasi 20 ( Oua Oimensi) berwarna dan bersifat eksperimental. Animasi 20 ialah
animasi yang dihasilkan atau diedit pada komputer dengan menggunakan bitmap grafik
20 atau vektor grafik 20. Oipennudahkan, animasi 20 ialah bersifat lukisan 20 dan
tidak menimbulkan sebarang ilusi dari sudut pandangan dan tidak bersifat geometrik.
Anirnasi Iban 's Migration menceritakan sebuah perjalanan orang lban dan bagaimana
orang lban boleh berada di serata Sarawak. Berdasarkan sebuah statistik yang
dikemukakan oleh Jabatan Statistik Malaysia 2010, kaum lban merupakan kaum terbesar
2
di Sarawak. Kisah perjalanan orang Iban pernah didokumentasikan dan dibukukan oleh
Profesor Clifford Sather dan Benedict Sandin. Animasi Iban 's Migration dihasilkan oleh
Gerald ak Regie sebagai suatu medium penyampaian kepada generasi muda yang tidak
mengetahui tentang asal usul orang lban. Pernyataan yang hampir serupa juga pernah
dikeluarkan oleh Benedict Sandin (2011). Menurut beliau, generasi muda kaum Iban
tidak berminat dan tidak didedahkan dengan sejarah dan asal usul mereka.
Muzik dalam filem terbahagi kepada dua iaitu diegetic dan nondiegetic. Diegetic
merujuk kepada sebuah punca muzik yang dapat dikenalpasti semasa tayangan.
Nondiegetic pula merujuk kepada muzik yang dimainkan sebagai muzik latar dan
selalunya dilakukanpost production (Reay, 2004). Sebuah produksi melibatkan beberapa
fasa iaitu, pre production, production dan post production. Proses memasukkan muzik ke
dalam filem berada di dalam fusa post production. Fasa post production ini melibatkan
pembuangan babak-babak atau perjalanan cerita yang tidak diperlukan. Di sinilah akan
berlakunya penyuntingan filem dan bunyi dalam sebuah filem. Bahagian filem akan
dipertanggungjawabkan kepada editor filem dan bahag ian Muzik akan
dipertanggungjawabkan kepada editor Muzik. Post production atau pascaproduksi
merupakan satu proses dalam menghasilkan video dan filem. Pascaproduksi bermaksud
selepas produksi. Filem yang akan ditayangkan kepada umum ialah Final cut yang telah
melalui fasa director's cut dan editor's cut. Director's cut merupakan filem yang telah
disunting oleh direktor itu sendiri mengikut kehendak perjalanan cerita yang diingini oleh
seorang direktor filem tersebut. Editor's cut merupakan proses yang akan menyusul
selepas director 's cut. Editor's cut merupakan potongan daripada director's cut kepada
3
kehendak editor itu sendiri. Proses ini diteruskan kepada fmal cut dimana fmal cut inilah
yang akan dipertontonkan kepada khalayak umum.
Larsen (2005) menyatakan pendapat Copland dan Weil bahawa sebuah filem
memerlukan muzik. Tambahnya lagi Copland memberikan pendapat bahawa muzik itu
suatu yang hams dalam sebuah filem manakala Weil berpendapat bahawa muzik dalam
fLlem merupakan suatu bonus dan juga merupakan suatu pengaruh nilai estetik. Menurut
Wells (1998), bunyi dalam animasi mahupun filem terdapat dua belas jenis iaitu,
voiceover (nondiegetic), character monologue (diegetic), character monologue
(nondiegetic), character dialogue (diegetic), character dialogue (nondiegetic),
instlUmental music (diegetic), instnlmental music (nondiegetic), song [music with lyrics]
(diegetic), song [music with lyrics] (nondiegetic), sound effect (diegetic), sound effect
(nondiegetic), dan atmosphere tracks.
Berikut merupakan keterangan bagi terma- terma di atas:
Voiceover (nondiegetic): Suara latar yang menjelaskan pergerakan suatu cerita.
CO,ntohnya pada animasi Pocoyo yang menggunakan suara
latar bagi menerangkan pergerakan cerita.
Character monologue (diegetic) Bersifat sebagai sebuah suara hati bagi sesebuah
karekter yang dapat dikenalpasti pada on screen.
Diluahkan oleh karekter itu sendiri sarna ada secara
bisikan atau sen yap - senyap (dapat dilihat pada
4
pergerakan mulutnya). Contohnya, dalam arumasl
Fairy Tail. karekter kucing iaitu Happy tengah
membisikkan suara hatinya kepada audiens kerana
tidak puas hati dengan Lucy. Audiens berupaya
melihat pergerakan mulutnya semasa karekter
tengah menyuarakan isi hatinya.
Character monologue (nondiegetic) : Suara hati sebuah karekter yang dibunyikan sebagai
latar. Kebiasaannya diedit semasa pasca produksi.
Menggunakan suara karekter namun tidak
dituturkan oleh karekter. Ianya bersifat buah flkiran
atau suara hati. (Tiada pergerakan pada mulut
karekter yang sedang menyuarakan isi hatinya).
Audiens tidak melihat sebarang pergerakan mulut
pada karekter yang menyuarakan sebuah monolog
namun terdapat satu suara yang dibunyikan pad a
latar. Suara karekter dimasukkan semasa proses
mengedit pada pasca produksi.
Character dialogue (diegetic) : Dialog pertuturan oleh dua atau lebih karekter.
Merupakan sebuah perbualan yang dituturkan oleh
karekter - karekter. Audiens sedar bahawa terdapat
5