14
SYAIR TENAGA PEMUDA Tenaga pemuda kalau diasuh, Pimpin dan didik kotor dibasuh, Tidaklah ia menjadi lusuh, Amat berguna menentang muauh. Tenaga pemuda memang terbilang, Tenaga yang sedang gilang-gemilang, Beban yang berat dapat dijulang, Benda yang jauh dapat dijelang. Tenaga pemuda tenaga bererti, Tenaga yang erani menempah mati, Tidak mengenang erti nanti, Hanya penuh kemahuan mesti. Tenaga pemuda mestilah sayang, Jangan dibiar lemah dan goyang, Di waktu muda tenaga kencang, Berani sampai berputih tulang. Tenaga pemuda kalau dijaga, Kelak akhirnya sangat berharga, Tenaga menjadi harapan bangsa, Gagah berani mempertahankan bangsa. (Karya: Gustam Negara)

KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

Citation preview

Page 1: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SYAIR TENAGA PEMUDA

Tenaga pemuda kalau diasuh,

Pimpin dan didik kotor dibasuh,

Tidaklah ia menjadi lusuh,

Amat berguna menentang muauh.

Tenaga pemuda memang terbilang,

Tenaga yang sedang gilang-gemilang,

Beban yang berat dapat dijulang,

Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti,

Tenaga yang erani menempah mati,

Tidak mengenang erti nanti,

Hanya penuh kemahuan mesti.

Tenaga pemuda mestilah sayang,

Jangan dibiar lemah dan goyang,

Di waktu muda tenaga kencang,

Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,

Kelak akhirnya sangat berharga,

Tenaga menjadi harapan bangsa,

Gagah berani mempertahankan bangsa.

(Karya: Gustam Negara)

Page 2: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

KOMSAS – SYAIR TENAGA PEMUDA

SET 1 (ARAS RENDAH)

1. Puisi ini tergolong dalam jenis

A pantun

B syair

C gurindam

D seloka

2. Beban yang berat dapat dijulang menunjukkan

A pemuda suka bekerjasama

B pemuda merupakan golongan yang gagah

C pemuda merupakan golongan yang lemah

D pemuda merupakan golongan yang suka dicabar

3. Frasa berani sampai berputih tulang menunjukkan

A sikap berani dan sanggup mati

B meninggal dunia kerana dikecewakan

C keberanian menentang musuh

D sanggup menghadapi cabaran

4. Tema syair ini adalah

A pemuda yang suka bekerjasama

B pemuda merupakan tenaga yang lemah

C pemuda diharap dapat meringankan masalah negara

D kepentingan tenaga pemuda dalam sesebuah negara

5. Persoalan-persoalan yang terdapat dalam syair ini kecuali

A tanggungjawab membimbing tenaga muda

B tenaga muda dapat berjuang untuk negara

C kita mestilah mencari jalan untuk menghapuskan musuh negara

D pemuda yang berani amat bermakna dalam sesebuah negara.

Page 3: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 2 (ARAS RENDAH)

1. Bagaimanakah citra pemuda yang menjadi idaman penyair?

A berani berjuang menentang musuh

B mudah luntur semangatnya

C kuat bekerja semasa muda

D senantiasa berusaha menjadi orang yang terkenal

2. Baris benda yang jauh dapat dijelang membawa maksud

A sanggup merantau ke tempat jauh

B kehidupan pemuda masih panjang

C dapat melaksanakan tugas yang sukar

D sanggup belajar sepanjang masa

3. Mengapakah dikatakan tenaga yang menjadi harapan bangsa

A remaja mempunyai banyak masa untuk bekerja

B bilangan remaja mengatasi golongan tua

C remaja ada banyak masa terluang

D merekalah bakal pengganti pemimpin masa depan

Beban yang berat dapat dijulang

Benda yang jauh dapat dijelang

4. Dalam baris di atas terdapat perulangan perkataan yang. Perulangan ini dipanggil

A hiperbola

B responsi

C anafora

D inversi

5. Pengajaran yang terdapat dalam syair ini ialah.

A kita hendaklah mendidik tenaga muda dengan nilai-nilai positif

B kita hendaklah menurut kehendak golongan muda

C golongan remaja hendaklah berwaspada terhadap musuh

D jasa remajalah yang paling penting bagi sesebuah negara

Page 4: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 3 (ARAS RENDAH)

1. Ungkapan berani menempah mati bermaksud

A bersedia untuk membuktikan semangat cinta akan tanah air

B sanggup berlawan dengan musuh

C sanggup mengorbankan nyawa demi negara

D keberanian yang tidak seberapa

2. Mengapakah generasi muda sesuai untuk mepertahankan negara?

A meraka pandai menggunakan senjata.

B mereka mampu menewaskan musuh

C mereka lebih bertenaga dan bersemangat

D mereka mempunyai kudrat

3. Perkataan diasuh mendukung maksud yang berikut, kecuali

A diajar

B dididik

C dibela

D dibimbing

4. Anatara yang berikut, yang manakah merupakan ritma akhir sebuah syair?

A a, b, a, b

B a, a, b, b

C a, b, b, a

D a, a, a, a

Tenaga pemuda memang terbilang

Tenaga yang sedang gilang-gemilang

5. Perkataan Tenaga dalam baris yang diberikan itu memanfaatkann gaya bahasa

A anafora

B metafora

C epifora

D personafikasi

Page 5: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 1 (ARAS SEDERHANA)

1. Mengapakah golongan pemuda perlu dipimpin?

A untuk mengejar kemewahan hidup

B untuk menjana kemakmuran negara

C untuk membantu golongan yang lemah

D untuk mengajar mereka hidup berdikari

2. Berdasarkan bait yang kedua syair, apakah sikap yang perlu diamalkan oleh golongan

pemuda?.

A bersikap mementingkan diri sendiri

B bersikap menunjukkan kebolehan diri

C bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan

D berusaha untuk memdapatkan sesuatu yang tidak pasti

3. Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap keempat syair?

A kejujuran

B kerajinan

C kebebasan

D keberanian

4. Apakah unsur gaya bahasa yang digunakan penyair dalam baris “Syair Tenaga

Pemuda”?

A Inversi

B Anafora

C Metafora

D Hiperbola

5. Persoalan di bawah terkandung dalam “Syair Tenaga Pemuda” kecuali.

A golongan muda perlu mengikut kata hati

B golongan muda tidak gentar dan berputus asa

C golongan muda sangat penting kepada negara

D golongan muda berguna untuk membangunkan negara

Page 6: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 2 (ARAS SEDERHANA)

1. Rangkap kelima syair di atas menerangkan perbuatan bakti. Kepada siapakah bakti

perlu diutamakan?

A ibu bapa

B sahabat handai

C bangsa dan negara

D keluarga

2. Perkara-perkara yang berikut harus dilakukan oleh golongan pemuda semasa tenaga

mereka kuat kecuali.

A berjuang bermati-matian

B melakukan kerja-kerja yang berat

C terbabit dalam kegiatan yang tidak bermoral

D mempertahankan negara daripada ancaman

Tenaga pemuda tenaga bererti

Tenaga yang berani menepuh mati

3. Unsur keindahan bahasa yang terdapat pada baris di atas ialah.

A perulangan

B asonansi

C personafikasi

D perlambangan

4. Apakah nilai yang tidak terdapat dalam syair tersebut?.

A kebebasan

B bertanggungjawab

C keberanian

D patriotik

5. Pengajaran yang terdapat dalam Syair Tenaga Pemuda ialah.

A kita hendaklah bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan negara

B janganlah kita berpecah belah dalam masyarakat

C kita patut membuat jasa kepada negara yang kita cintai

D kita mestilah berani menentang musuh negara

Page 7: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 3 (ARAS SEDERHANA)

1. Apakah sikap yang perlu diamalkan oleh golongan pemuda berdasarkan bait yang

kedua syair?

A berusaha untuk memdaatka sesuatu yang tidak pasti

B bersemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan

C bersikap menunjukkan kebolehan diri

D bersikap mementingkan diri sendiri

2. Mengapakah golongan pemuda perlu dipimpin?

A mengejar kemewahan hidup

B menjana kemakmuran negara

C membantu golongan yang lemah

D mengajar mereka hidup berdikari

3. Nilai yang terdapat dalam syair tersebut kecuali?.

A patriotik

B keberanian

C kebebasan

D bertanggungjawab

Tenaga muda tenaga bererti

Tenaga yang berani menempah mati

4. Gaya bahasa bagi petikan di atas ialah .

A sinkope

B simile

C metafora

D anafora

5. Apakah persoalan yang tidak terdapat dalam syair ini?

A tenaga muda dapat berjuang untuk negara

B tanggungjawab membimbing tenaga muda

C pemuda yang berani amat bermakna dalam sesebuah negara.

D kita mestilah mencari jalan untuk menghapuskan musuh negara

Page 8: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 1 (ARAS TINGGI)

1. Mengapakah kita perlu mendidik golongan pemuda?.

A supaya mereka dapat menunjukkan kebolehan yang terpendam

B untuk melatih mereka menjadi pemimpin yang berani menentang musuh

C menggalakkan mereka rajin berusaha untuk mencari kesenangan

D untuk melindungi mereka daripada ancaman musuh

2. Yang manakah bukan seruan penyair kepada golongan pemuda?.

A pemuda mestilah berani berjuang

B pemuda haruslah sanggup berkorban

C pemuda hendaklah cepat bertindak untuk mencapai apa-apa yang dihajati

D pemuda patut berfikir dengan kreatif dan kritis

3. Pengulangan kata Tenaga pemuda pada baris pertama setiap rangkap ialah unsur.

A hiperbola

B anafora

C sinkope

D inversi

4. Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam syair ini, kecuali.

A cinta akan negara

B keberanian

C kejujuran

D sanggup berkorban berkorban

5. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam “Syair Tenaga Pemuda”.

A pentingnya perpaduan dalam persatuan belia

B golongan belia yang berani dan bersemangat waja

C tenaga belia yang diperlukan dalam bidang pekerjaan

D negara hanya mementingkan peranan golongan belia

Page 9: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 2 (ARAS TINGGI)

1. Apakah maksud rangkap pertama “Syair Tenaga Pemuda”?

A golongan belia yang lemah mudah dikalahkan musuh.

B golongan belia perlu dididik dengan baik kerana mereka merupakan aset

negara bagi menentang musuh

C golongan belia yang tidak berguna dan tidak bersemangat perlu diberi

tanggungjawab untuk menentang musuh negara

D golongan belia perlu dilatih supaya bersiap sedia untuk menentang musuh

mereka sendiri

2. Apakah keutamaan yang perlu diberikan kepada tenaga muda?

A didikan dan asuhan

B penjagaan yang rapi

C belaian kasih sayang

D pujian dan sanjungan

3. Kosa kata yang manakah yang menunjukkan anafora dalam rangkap ketiga “Syair

Tenaga Pemuda”?

A tenaga

B beban

C benda

D yang

4. Frasa Berputih tulang dalam”Syair Tenaga Pemuda” merupakan contoh gaya

bahasa

A peribahasa

B repetisi

C epifora

D hiperbola

5. Tema yang paling sesuai bagi “Syair Tenaga Pemuda” ialah

A kekuatan generasi muda penting untuk mempertahankan negara

B kekuatan semangat rakyat menentang musuh

C pemuda yang berani mengorbankan nyawa untuk memajukan negara

D pembangunan memerlukan tenaga muda sahaja

Page 10: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SET 3 (ARAS TINGGI)

1. Rangkap pertama “Syair Tenaga Pemuda” bermaksud.A golongan belia yang lemah mudah dikalahkan oleh musuhB golongan belia merupakan aset negara untuk menentang musuhC golongan belia yang tidak berguna perlu diberi tanggungjawab menentang musuhD golongan belia perlu dilatih supaya bersiap sedia menentang musuh

2. Berdasarkan rangkap kelima syair ini, mengapakah golongan belia perlu diberikan perhatian?.A kerana mereka merupakan golongan yang gigih dan berani untuk mempertahankan negaraB kerana mereka mempunyai tenaga dan kekuatan yang luar biasa kuat C kerana mereka merupakan generasi pelapis pemimpin negaraD kerana mereka masih mentah dan masih belum layak memimpin negara

3. Nilai yang terkandung dalam syair ini kecuali.A semangat perjuanganB semangat setiakawanC pengorbananD cinta akan negara

Tenaga muda tenaga berertiTenaga yang berani menempah mati

4. Gaya bahasa bagi petikan di atas ialah .A metaforaB simileC anaforaD sinkope

5. “Syair Tenaga Pemuda” bertemakan.A kepentingan golongan muda yang mempunyai tenaga yang kuat untuk mempertahankan negaraB kepentingan negara yang aman untuk membentuk golongan pelapis dalam barisan pemimpin C kepentingan golongan pemimpin yang adil untuk menjamin kedaulatan negaraD kepentingan rakyat yang harmoni untuk menjamin kesejahteraan negara

Page 11: KOMSAS-Syair Tenaga Pemuda

SKEMA JAWAPAN: SYAIR TENAGA PEMUDA

SET 1 (ARAS RENDAH)

1.B 2.B 3.D 4.A 5.C

SET 2 ((ARAS RENDAH)

1.A 2.C 3.D 4.B 5.A

SET 3 (ARAS RENDAH)

1.C 2.C 3.C 4.D 5.A

SET 1 (ARAS SEDERHANA)

1.B 2.C 3.D 4.D 5.A

SET 2 (ARAS SEDERHANA)

1.C 2.C 3.A 4.A 5.A

SET 3 (ARAS SEDERHANA)

1.B 2.B 3.C 4.D 5.D

SET 1 (ARAS TINGGI)

1.B 2.D 3.B 4.C 5.B

SET 2 (ARAS TINGGI)

1.B 2.C 3.A 4.A 5.A

SET 3 (ARAS TINGGI)

1.D 2.A 3.B 4.C 5.A