45
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL DISEDIAKAN OLEH: ZULHILMI BIN MOHD YUSOFF BADRUL ALIFF BIN RAZMAN MUHAMMAD HAKIMI BIN HARUN MOHAMMAD AIMAN BIN MAT RASHID 3 PISMP PJK IPGKSM TAJUK: KONSEP ASAS MORAL

Konsep Asas Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

DISEDIAKAN OLEH: ZULHILMI BIN MOHD YUSOFF BADRUL ALIFF BIN RAZMAN MUHAMMAD HAKIMI BIN HARUN MOHAMMAD AIMAN BIN MAT RASHID 3 PISMP PJK IPGKSM

Citation preview

Page 1: Konsep Asas Moral

ELM3101PENGENALAN KEPADA KONSEP

ASAS PENDIDIKAN MORAL

DISEDIAKAN OLEH:ZULHILMI BIN MOHD YUSOFFBADRUL ALIFF BIN RAZMAN

MUHAMMAD HAKIMI BIN HARUNMOHAMMAD AIMAN BIN MAT RASHID

3 PISMP PJKIPGKSM

TAJUK:KONSEP ASAS MORAL

Page 2: Konsep Asas Moral

Konsep Asas Moral

• Pengenalan Pendidikan Moral di Malaysia• Moral akhlak dan etika • Konsep baik, benar dan patut dalam moral• Aliran pemikiran moral –Naturalis –Emotivis –Intuisionis –Rasionalis

Page 3: Konsep Asas Moral

PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA

• Diperkenalkan dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi pekerti mulia mengikut nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat Malaysia.

• Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid :-– Menyedari , memahami dan menghayati nilai-nilai murni

masyarakat Malaysia;– Meningkatkan amalan budi pekerti mulia:– Menyedari kepentingan dan tanggungjawab moral dan sosial

bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

– Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Page 4: Konsep Asas Moral

• Kepentingan Pendidikan Moral menjurus kepada cita-cita kerajaan bagi melahirkan masyarakat bermoral tinggi dan disanjung dan disegani oleh negara lain, dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:– Mengamalkan nilai-nilai murni– Cinta dan setia kepada negara – Menjunjung tinggi perlembagaan dan kedaulatan undang-

undang– Bersopan dan bersusila – Menyahut cabaran Wawasan 2020– Mengetahui dan melaksanakan hak mengikut

perlembagaan – Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab sebagai

rakyat Malaysia– Amalan berbudi bahasa – Menjadi agen moral

Page 5: Konsep Asas Moral

LIMA  BIDANG PEMBELAJARAN DI DALAM SUKATAN PENDIDIKAN MORAL KBSR

1. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 2. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga 3. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat 4. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar 5. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara

Page 6: Konsep Asas Moral

KONSEP MORAL

AKHLAK DAN ETIKA

Page 7: Konsep Asas Moral

MORALPendapat tokoh-tokoh :•Berasal dari perkataan Latin “mores” dan membawa maksud sama dengan etika (Ashmore, 1987)•Kamus Oxford Advanced learners (6th Edition); moral adalah kesedaran tentang tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal.•Perbezaan antara moral dan etika; moral merujuk kepada perkara yang lebih kepada tingkah laku, manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memperbaiki sesuatu keadaan•Membicarakan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam satu-satu keadaan. •Contoh: Salahkah seseorang perempuan menumpang kereta seorang lelaki. Beberapa pertimbangan moral ( moral judgement ) oleh gadis itu akan melahirkan keputusan dan tindakan.•Menyoal diri sendiri? Masyarakatnya? Dan persoalan lain ( Peter Baelz: Ethics and Belief : 1)

Page 8: Konsep Asas Moral

•Pertimbangan moral seseorang adalah bergantung kepada suasana atau keadaan : -Di mana ia berada dan dibesarkan -Sistem sosial atau kelas di mana ia hidup Agama yang dianuti ( Peter Baelz: hal 6-8 ) Contoh: •Kanak-kanak kampung membuang sampah di tepi jalan mungkin dianggap tidak salah jika di bandingkan dengan kanak-kanak yang dibesarkan di bandar atau dari keluarga yang bersih dan berdisiplin.•Minum arak mungkin tidak dianggap salah oleh sesetengah orang Kristian, tetapi haram di sisi Islam. Peter Baelz: Ethics and Belief: “ Moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya”.

J.L. Mackie: Ethics: Inventing Right and Wrong tidak membezakan terma-terma moral dan etika: “ Kenyataan moral dan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah; atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan moral”

Page 9: Konsep Asas Moral

“Moral secara mudah boleh dikatakan sebagai cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku”.

( G.J. Warnock: The Object of Morality:hal 1-10 )Prof. N. Capaldi, Prof.E. Kelly dan Prof.L.E.Navia dalam kajian mereka: An Invitation to Philosophy telah menyamaertikan istilah moral dan etika: “Dari segi etemologi , perkataan Inggeris ‘ethical’ dan ‘moral’ adalah sama, dan kerana itulah, maka pengajian etika dan moral sebenarnya satu dan sama sahaja”.

A.R. Lacey: A Dictionary of Philosophy dan W.L. Reese: A Dictionary of Philosophy and Religon telah menyamakan istilah ‘moral’ dalam bahasa Latin dan ‘etika’ dalam bahasa Greek. Kedua-dua istilah itu bersangkutan dengan kegiatan-kegiatan praktikal yang berhubung dengan tingkah laku, adat dan cara hidup: serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan satu-satu aktiviti.

Page 10: Konsep Asas Moral

KESIMPULAN •Peraturan masyarakat - ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan à lisan / bertulis = bagaimana manusia harus hidup dan bertindak sebagai manusia baik •Praktikal, tapi bukan semua praktikal = moral •Standard perlakuan: baik atau buruk, adil, amanah, betul atau salah, apa yang perlu dibuat atau ditinggalkan •Kit untuk hidup •Bergantung suasana, keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas dan agama dianuti •Diyakini berbanding undang-undang atau standard lain•Merangkumi nilai-nilai murni, iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesyukuran, berfikiran secara rasional

Page 11: Konsep Asas Moral

Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut:

•Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak nafsu atau dapat menahan diri dari melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap salah.•Kawalan ke atas keperluan fizikal yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan masyarakat yang telah diterima secara rasional.•Bertindak secara rasional terhadap sesuatu keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tindakan ‘betul’ melalui maklumat atau pengetahuan yang cukup dan dihuraikan dengan pemikiran secara objektif dan kritis.Sentiasa menjaga dan bertindak dalam keadaan yang berdisiplin serta menghayati sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosio-ekonomi masyarakat

Page 12: Konsep Asas Moral
Page 13: Konsep Asas Moral

AKHLAKPendapat tokoh-tokoh :

•Berasal dari perkataan Arab ‘Khuluf’ bermaksud budi pekerti.

Dr. Miqdad YalJin meringkaskan akhlak kepada 3 aspek:•Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah;•Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat; dan •Akhlak meliputi dua dimensi, batin iaitu kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan •Dari segi istilah: Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia ( Jamil Saliba: al-Mu’jam al-Falsafi)

Page 14: Konsep Asas Moral

Ibn Athir dan al-Ghazali: •Khuluf merupakan gambaran batin seseorang termasuk –jiwa, inspirasi, kehendak dsb; •Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau bentuk luaran seseorang. •Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu baik khuluf dan khalqunya maka – baik sifat batiniah dan lahiriahnya.

Ibn Miskawayh mendefinisikan akhlak sebagai •“Keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran (terlebih dahulu)Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2 bahagian:•Tabii (natural)•Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan •Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi seseorang - umpamanya cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa; cepat berputus asa dsb.•Jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan melalui dua peringkat:–Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti –Peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang

Page 15: Konsep Asas Moral

Konsep Akhlak al-Ghazali: “Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah terbentuknya perbuatan dengan mudah, dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.”Menurutnya:•Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang baik ( akal dan syarak) dinamakan akhlak yang baik, jika sebaliknya dipanggil akhlak yang buruk.•Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan juga baik atau buruk itu sendiri; tetapi akhlak sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan punca kepada wujudnya tingkah laku.

Mengikut Ahmad Amin: “Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah (luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan ‘kelakuan’ atau ‘mu’amalat’, dimana ianya merupakan gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak”.Akhlak mempunyai ciri-ciri:•Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku •Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dsb.•Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Page 16: Konsep Asas Moral

RUMUSAN Keadaan yang lahir daripada jiwa seseorang sebagai daya penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan, dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi. Ia merupakan gabungan moral dan etika. Akhlak lebih menekankan autoriti wahyu di samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia.

Page 17: Konsep Asas Moral

ETIKA

Pendapat tokoh-tokoh :

•Berasal dari perkataan Yunani bermaksud adat (custom) atau kegunaan (usage)•Frankena W.K.(1973); etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral.•Berbentuk teoritikal dan merupakan kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik •“Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Contoh: ‘etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat mengatur dan memberikan panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perubatan antara mereka dan juga dengan para pesakit. ‘Etika perniagaan’ (bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan-rakan seperniagaan mereka”. ( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy: hal 249-251)

Page 18: Konsep Asas Moral

“Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan juga mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang akan dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu; sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut”. ( Peter Baelz: hal 2 )

“Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal – etika adalah penyelidik atau pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di selidik atau dikaji oleh etika”. ( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple: hal 1-2 ) •Contoh: Seseorang yang percaya membunuh adalah salah dalam masa yang sama ia wajib mempertahankan tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu dilakukan jika negara diancam? Jika enggan berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini kemampuan sesuatu teori etika akan teruji keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia dapat menolong menyelesaikan situasi berkenaan.

Page 19: Konsep Asas Moral

•Faktor yang mempengaruhi etika;

–Manusia. Menggunakan akal untuk memilih dan melaksanakan sesuatu yang baik dan jahat –Naluri. Lima naluri iaitu naluri makan, berkahwin, sukakan anak, naluri pertahanan dan naluri ketuhanan boleh digunakan untuk tujuan baik dan jahat –Adat dan kebiasaan. Nilai yang diterima oleh majoriti masyarakat –Keturunan. Faktor penting dalam pembentukan etika mulia dan sebaliknya.–Persekitaran. Persekitaran jasmani (iklim dan faktor geografi) dan rohani (dalaman individu yang berkait dengan agama/kepercayaan) mempengaruhi corak tingkahlaku seseorang

Page 20: Konsep Asas Moral

KESIMPULAN

•Etika boleh disamaertikan dengan moral @ akhlak, namun terdapat sedikit perbezaan.Boleh dilihat dalam pelbagai aspek:•Cabang ilmu - falsafah ( sama seperti ilmu lain )•Tataperaturan - jelas apa dan tujuan yang harus dilakukan •Falsafah moral - pokok persoalan =>segala perbuatan manusia ( sedar @ sengaja ) -lahiriah/batiniah •Ilmu - memperkatakan kenapa kita mesti ikut arahan moral

Page 21: Konsep Asas Moral

KONSEP BAIK

BENAR DAN PATUT

Page 22: Konsep Asas Moral

BAIKIdea ‘ baik’ memberi makna berbeza mengikut situasi:

• Secara fizikal: alat memberi lebih faedah atau kepuasan dari segi penggunaan, melihat dsb jika dibandingkan dengan pengalaman lama, elok

• Memuaskan hati dari segi rupa ( mutu, kegunaan )• Tidak jahat ( kelakuan )• Pulih, sembuh ( penyakit )• Sangat sesuai dan rapat ( hubungan, persahabatan )

Page 23: Konsep Asas Moral

• Konsep baik = penerimaan atau sikap psikologi individu

Hobbes objek yang diingini baik baginya yang dibenci = buruk

C.I. Lewis baik atau buruk = pengalaman individu secara intrinsik

Confucious baik =menjalankan tanggungjawab penuh dedikasi ( tingkah laku )

Aristotle baik = unsur kebahagiaan yang ada dan dirasai

Page 24: Konsep Asas Moral

BENAR• Kamus Dewan ( 1989 ):

Betul, tidak salah, tidak keliruTepat ( tidak berbeza dengan keadaan sebenar)Amat, sangat, sekali ( ramai sekali )

• Bermaksud betul dan mengandungi ciri penjelasan:

• Nilai• Fakta-fakta• Sebab-sebab• Bukti ( yang sah dan diterima oleh majoriti )

Page 25: Konsep Asas Moral

G.E. Moore tingkah laku benar atau salah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan ( dirasai secara intrinsik ) dan berbeza-beza antara setiap individu

Dewey ‘Benar’ = perkara abstrak - hanya wujud daripada permintaan orang lain kepada kita. Autoriti ‘ benar’ menjadi permintaan dan pengakuan seseorang individu.

Confucious benar atau salah hanya wujud dalam hati manusia.

Page 26: Konsep Asas Moral

Kebenaran yang mutlak:

• Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama ( mutlak )

• Kewujudan dan isi ajaran dalam kitab agama tidak boleh dibahaskan atau dikaitkan dengan perkembangan sains dan amalan-amalan sosial pada bila-bila masa. Kepercayaan kepada Tuhan telah wujud dalam otak manusia itu sendiri.

Page 27: Konsep Asas Moral

Kebenaran secara saintifik:

• Boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik.

• Penggunaan statistik dapat menunjukkan darjah kebenaran yang lebih tepat dan terperinci.

• Betul / salah tidak bergantung kepada kesedaran otak, kenyataan yang sah & tepat, boleh diuji berulang kali pada masa, tempat yang berbeza menghasilkan teori dan hukum.

Page 28: Konsep Asas Moral

Kebenaran secara relatif:• Sentiasa berubah-ubah hari ini benar,

tepi akan datang mungkin berubah ( akibat perubahan masa ).

• Wujud secara relatif kerana ilmu pengetahuan, kajian, pertimbangan dan kemahuan individu, kemajuan sains dan perubahan cita rasa yang berubah-ubah serta pantang larang dan peraturan adat yang diwarisi

Page 29: Konsep Asas Moral

PATUTKamus Dewan ( 1989 );

• Baik atau elok ( perangai, perbuatan ), senonoh• Layak, sesuai ( melakukan sesuatu)• Tidak lebih atau berkurangan, padan sesuai• Sepadan, sesuai benar, setuju• Seimbang, setimpal• Perlu, penting• Sebenarnya, sesungguhnya• Boleh jadi, mungkin

Page 30: Konsep Asas Moral

Moore ( 1903 ) sama dengan ‘baik’ mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana.

Konsep patut memerlukan penilaian secara intrinsik:• memberi pertimbangan terhadap suatu

standard yang diterima oleh manusia• memberi tafsiran secara psikologi terhadap

fakta-fakta yang wujud.• Memberi pertimbangan nilai yang logik

Page 31: Konsep Asas Moral

Secara perkataan, patut bermaksud:• Memberi dorongan terhadap sesuatu

aktiviti atau tindakan yang betul ( pujian, nasihat, cadangan atau arahan )

• Memberi penjelasan atas sesuatu kelakuan ( pengajaran, mengarah membuat sesuatu atau memberi hukuman terhadap tindakan )

• Memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat / sifat yang sama

• Tidak setuju dengan sesuatu kelakuan• Secara umum ‘patut’ perlu dilakukan dan

dipenuhi

Page 32: Konsep Asas Moral
Page 33: Konsep Asas Moral

PEMIKIRAN NATURALISME

• Aliran pemikiran menggambarkan situasi sebenar

• Aliran pemikiran lurus dan jujur dalam menilai sesuatu

Page 34: Konsep Asas Moral

SIFAT-SIFAT NATURALIS

• Menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau kenapa wujud keadaan tersebut

• Mudah tentukan sifat manusia sama ada baik atau betul

• Meletakkan manusia; ada akal, boleh berfikir dan dapat bertindak rasional berbeza daripada binatang

• Menggunakan pemikiran rasional ditahap biasa

Page 35: Konsep Asas Moral

KESAN •Tidak dapat mengeluarkan pendapatnya; hidup tertekan •Sentiasa merendah diri; lebih suka memencil diri , tidak mudah interaksi •Tiada motivasi atau kurang usaha •Lemah jiwa •Halang usaha untuk capai matlamat hidup yang sempurna •Pengikut setia, kurang membantah dan mudah puas hati

Page 36: Konsep Asas Moral

PEMIKIRAN EMOTIVISME

• Berasal dari perkataan“emosi”; perasaan terhadap objek atau situasi

• Bertindak mengikut perasaan atau emosi • Ditunjukkan melalui perlakuan, air muka, kata-

kata • Contoh; gembira, setuju, menyenangkan,

diterima, puas hati dan sebaliknya • Faktor penting perlu diwujudkan bersama

pemikiran rasional

Page 37: Konsep Asas Moral

SIFAT-SIFAT EMOTIVIS

• Agresif • Pendiam • Cepat tersinggung • Kuat cemburu • Sentiasa tertekan emosi • Berat untuk bergaul dengan orang ( suka

bersendirian )• Rajin memperbaiki diri

Page 38: Konsep Asas Moral

KESAN

•Wujudnya masalah moral disebabkan ketidakmantapan dalam mengawal emosi

•Kebangkitan emosi menyebabkan gugup, gementar, suka, duka, marah dsb.

•Bertindak secara tidak menentu disebabkan pengaruh keadaan semasa dan mengikut emosi

Page 39: Konsep Asas Moral

PEMIKIRAN INTUISIONISME

• Berasal dari perkataan latin “Intueor”; memandang tepat kepada sesuatu; proses melihat atau memahami sesuatu secara intelek

• Henry Bergson (1859-1941); Intuisi merujuk kepada naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari segi kerohanian

Page 40: Konsep Asas Moral

SIFAT-SIFAT INTUISIONIS

• Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesan

• Cepat membuat keputusan • Mudah menerima arahan • Selalu mengubah fikiran

Page 41: Konsep Asas Moral

KESAN

•Cepat membuat keputusan menyebabkan kadang-kadang keputusan/tindakan yang diambil tidak sesuai •Mudah menerima arahan menyebabkan individu tersebut selalu berubah fikiran; berpendirian tidak stabil

Page 42: Konsep Asas Moral

PEMIKIRAN RASIONALISME

•berasal dari perkataan Latin “ratio” bermaksud reason atau sebab-musabab •Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional •Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik •Menekankan nilai berikut:–Kebenaran –Kegunaan –Mempunyai logiknya sendiri

Page 43: Konsep Asas Moral

SIFAT-SIFAT RASIONALIS

• Menggunakan fikiran dan taakulan • Yakin bahawa pengalaman sahaja tidak akan

menghasilkan pentafsiran yang sah • Percaya bahawa pengalaman berdasarkan

fakta boleh dijadikan ukuran yang sah bagi mentafsir sesuatu

• Tindakan biasanya wajar, waras dan rasional

Page 44: Konsep Asas Moral

KESAN

•Teliti dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mencari bukti-bukti yang sahih •Selalu berfikir untuk memperbaiki kemajuan diri •Rajin , tekun dan tidak mudah berputus asa

Page 45: Konsep Asas Moral

SEKIANTERIMA KASIH