6
KONSEP ETNIK •Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciribudayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di manaanggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. • Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, danpelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral. • Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulanganwalaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan Indiasepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. • Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciriyang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulanmanusia ialah warna kulit.

KONSEP ETNIK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konsep etnik

Citation preview

Page 1: KONSEP ETNIK

KONSEP ETNIK

•Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciribudayanya. Etnisiti

ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu

kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di manaanggotanya merasa disatukan

dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

• Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola

keluarga,pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan

ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau,

danpelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap

etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih

utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap

rendah atau tidak bermoral.

• Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara

berulanganwalaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua

istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-

tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan

Indiasepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciriyang

paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulanmanusia ialah

warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikansebagai kaum atau

bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikansebagai kelompok manusia

yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian,

bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

• Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga

tidakmemaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur

sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan,

iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang

sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.

• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat

dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan

Page 2: KONSEP ETNIK

sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagaikumpulan

etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

• Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini.

Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan

budaya dengan etnik yang lain

TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK

Segregasi

Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnikdalam sesebu

ah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan diantaranya dari segi

kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutandan kemudahan

awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atautidak seperti Dasar

Apatheid di Afrika Selatan.

Akomodasi

•Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka

antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-

masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama

lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil

dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan.

Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat

akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat

penyesuaian antara mereka.

Akulturasi

Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau

kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila

satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-

unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-

unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan

sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidakmenyebabkan

kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Page 3: KONSEP ETNIK

Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:

1. Unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti

pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.

2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti

ideology, pemikiran dan sebagainya.

Asimilasi

•Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik

yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan

dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala

individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan

berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di

Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan,

Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

1. Etnik yang berbeza budaya.

2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.

3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerimaidentiti

etnik lain.

2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti

adalah kecil.

4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan

menyukarkan proses asimilasi.

Page 4: KONSEP ETNIK

Faktor penghalang asimilasi ialah:

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan

takutterhadap budaya lain.

2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.

3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat

Amalgamasi

•Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau rasbercampur

untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam

menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

Implikasi; sempadan dan tauladan

Tragedi-tragedi yang berlaku seperti 13 Mei 1969 etc. menyebabkan banyak dasar

dan strategi dijalankan terutama pada peringkat persekutuan

•Majlis Penasihat Perpaduan

•DEB

•Dasar Pelajaran kebangsaan

•DKK

Kesimpulan

•Hubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentimen

•Perlu kepada aras pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut

konseptual/teori dan juga sejarah)