Upload
yuslizan
View
51
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
terimalah
Citation preview
KOLEJ VOKASIONAL ARAU
JALAN PADANG NYU,02600 ARAU
PERLIS
TAJUK:
KONSEP MUNAKAHAT
KONSEP MUNAKAHAT
MUNAKAHAT ialah : suatu ilmu yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan.
NAMA :MOHAMAD SHAZRIL FITRI BIN GHAZALINO.KAD PENGENALAN :970204-26-5105KURSUS :DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAANSEMESTER :1 DIPLOMAPENSYARAH :PUAN REYZA SHAFIKAH BT ZAINON
1. PENGERTIAN MUNAKAHAT (NIKAH)
i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan
batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki dengan
seorang perempuan, yang di antara keduanya bukan mahram.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam Islam serta
dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka sesungguhnya ia
bukan dari golonganku."
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
2. HUKUM BERKAHWIN
- Hukum berkahwin berubah-ubah berdasarkan faktor niat seseorang yang ingin
berkahwin dan faktor perbelanjaan. Hukumnya adalah seperti yang berikut :
i) WAJIB
- Orang yang cukup perbelanjaan dan tidak dapat mengawal nafsunya.
ii) SUNAT
- Orang yang cukup perbelanjaan dan ingin berkahwin.
iii) MAKRUH
- Orang yang cukup perbelanjaan tetapi tiada keinginan untuk berkahwin.
iv) HARAM
- Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
DALIL TUNTUTAN BERKAHWIN
Memahami Konsep Kekeluargaan Islam -
Dalam Islam terdapat tiga bentuk ikatan kekeluargaan iaitu keturunan atau nasab,
perkahwinan atau musaharah dan susunan atau radi’ah.
Kekeluargaan yang terbentuk berasaskan kepada keturunan adalah ikatan yang paling
kuat dan sama sekali tidak dapat dipisahkan atau diputuskan. Ibarat kata pepatah
Melayu”air yang dicincang tidak akan putus”atau”biduk lalu kiambang bertaut”. Dari segi
hukumnya, ikatan kekeluargaan mempunyai implikasi tertentu seperti larangan
berkahwin, sabitan perwarisan, perwalian perjagaan, nafkah dan lain-lain.
Perkahwinan atau persemendaan adalah ikatan yang terjalin berasaskan kepada akad
nikah dengan syarat-syarat yang mencukupi untuk menghalalkan hubungan.
Perkahwinan inilah yang akan membiakkan zuriat keturunan seperti firman Allah SWT
dalam surah an-Nahl(16), ayat 72 yang bermaksud‘‘…dan jadikan bagi kamu dari
pasangan kamu:anak-anak dan cucu-cicit…”
Dari perkahwinan terbentuklah rumah tangga. Ketua bagi keluarga adalah lelaki atau
bapa. Dalam ayat an-Nissa’(4), ayat 34 yang bermaksud, ‘‘Kaum lelaki itu adalah
pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh
kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan)atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan(memberi nafkah)sebahagian dari harta mereka…”
Kelebihan dan darjat yang lebih diberikan kepada suami kerana kepimpinan dan nafkah
keluarga yang dikeluarkan olehnya. Darjat ini bukan memberi keutamaan kepada lelaki
tetapi lebih menekankan kepada peranan mereka dalam rumah tangga.
Bagi menjamin pembinaan keluarga yang bahagia pihak suami hendaklah berlaku baik
terhadap isteri atau husna mu’asyarah. Sesungguhnya, isteri itu adalah amanah Allah
yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kaum lelaki untuk dijaga dengan baik.
Gesaan berlaku baik terhadap isteri turut dinyatakan dalam sebuah hadis lain yang
bermaksud;‘‘Yang paling baik di antara kamu ialah yang bersikap baik terhadap
isterinya. Dan aku lebih bersikap baik daripada kamu semua terhadap isteri. ”(Hadith
Riwayat at-Tarmizi)
Oleh itu, tidak wajar bagi seseorang suami melakukan kekasaran seperti menyakiti
tubuh badan, perasan dan emosi isteri sedangkan pada ketika yang lain si suami
memerlukan isterinya untuk tidur bersama. Jadi, di manakah maruah suami yang
bersifat kasar dan kejam tetapi dalam masa yang sama mengharapkan kasih sayang
isteri untuk melayan kehendaknya?
Isteri adalah pengurus kepada rumah tangga. Oleh itu, isteri bertanggungjawab
menjaga kedudukan rumah tangga dan harta benda suami serta anak-anaknya. Wanita
sebagai ibu kepada anak-anak mempunyai kedudukan yang mulia. Ini kerana ibulah
yang mengandungkan anak-anak tersebut. Ini terbukti dalam ayat 15, surah al-
Ahqaaf(46) yang bermaksud;‘‘Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya;ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah…”
Anak-anak pula wajib menghormati dan mematuhi arahan ibu bapa dalam perkara-
perkara yang tidak bertentangan dengan Islam. Hal ini penting walaupun mereka
berlainan kefahaman dan kepercayaan. Sebuah hadis menyatakan yang
bermaksud‘‘Seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya,
‘Siapakah orang yang paling berhak bersamaku? ’Jawab Rasulullah SAW. ‘Ibumu’.
Tanya lelaki itu lagi, ‘Kemudian siapa?’Jawab Baginda, ‘Ibumu. ’Tanya lelaki itu lagi,
Kemudian siapa?’Jawab Rasulullah SAW. ‘Ibumu. ’Lelaki itu bertanya lagi, ‘kemudian
siapa?’Jawab Rasulullah SAW. ‘Bapamu. ’”(Hadith Riwayat Bukhari)
KONSEP KEKELUARGAAN DALAM ISLAM
DALIL-DALIL KELEBIHAN BERKAHWIN:
1. DALIL DARI AL-QURAN
Firman Allah Taala:
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-
Nuur: 32)
Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak
mempunyai isteri supaya berkahwin.
“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal
suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)
Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau
menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.
“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-
isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)
Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada
Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.
2. DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W :
Sabda Rasulullah s.a.w :
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka
barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat
Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai,
bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat
hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin
Mardawiyah dari Ibnu Umar)
Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan
kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-
Dailami dari Abu Said)
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang
mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)
Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan,
maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat
perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan
belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu
melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)
Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan
yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan
kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan
merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .
3.DALIL DARI PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMAK
Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:
“Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang
membuat maksiat.”
Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan
sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.
Saidina Abbas r.a. berkata:
“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”
Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya
dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan.
Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan
diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.
Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang
kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan
aku bujang.
Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah
meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun,
katanya:
“Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “
Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.
Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:
“Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak.”
Sufian bin Uyainah berkata:
“Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali
r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17
orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. “
Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya.
Katanya:
“Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang.”
TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI
Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat
5 tujuan iaitu :
1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari
bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya
setelah kematian mereka.
2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang
mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata
atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan
yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.
3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak,
mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang
hanya untuk urusan tersebut sahaja.
4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta
menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan
hatinya untuk rajin melakukan ibadat.
5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga,
antaranya ialah:
i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar
kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak
dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.
TUJUAN DAN GALAKAN BERKAHWIN
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Rum ayat 21:
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-
pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung
kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih
sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda
kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.
Di dalam firman Allah s.w.t. di atas jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah
perkahwinan iaitu:
Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.
Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam
meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan
yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.
Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.
Tiga pengajaran utama dari ayat di atas yang digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb
melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :
Pengajaran pertama:
Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri
merupakan perkara yang asasi. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas
terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja.
Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan,
kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman
rohani dan ketenangan batin.
Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap
pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam
jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan
tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-
Quran dan al-Sunah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa
berada di samping mereka. Sebaliknya, melakukan zina samada dengan perempuan
simpanan atau pelacur tidak ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat
sedikit dari kelazatan hidup.
Pengajaran kedua:
Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan
lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara
keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri,
begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama
untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama
mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan cinta berbalas.
Pengajaran ketiga:
Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa
perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.
MASALAH PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN
Masalah kahwin lambat kahwin yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin
hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan
sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh
kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan.
Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus
meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai
bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 - 19 tahun lebih kurang 97
peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini
berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan
kehidupan semakin canggih .
Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di
luar bandar sekitar 15 - 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20
tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia
muda. Contohnya, pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19
tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.
Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum
berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih
ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga
usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi. Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara
mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat
terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat
dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah
kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.
Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :
1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti
melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.
Antara kesan negatif ialah:
1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh
subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49)
tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih
tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi
menghindarkan maksiat.
Kebaikan dari berkahwin lambat ialah :
1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.