14
INFO TERKINI KONVO KONVOKESYEN KE-59 SESI I & II 28 OKTOBER 2017 8 SAFAR 1439H BIL. 85/2017 SESI RAPTAI PENUH INFORMATIF, RAIKAN GRADUAN BASIKAL ELEKTRIK INISIATIF KELESTARIAN UTM KONVOKESYEN KE-59 UTM RAIKAN 5,402 ORANG GRADUAN LATA JERNIH TARIKAN TERBAHARU HUTAN REKREASI UTM

KONVO - utm.my · transformasi minda lestari dan salah satu daripada langkah yang telah diambil adalah dengan memperkenalkan penggunaan basikal elektrik di dalam kawasan kampus. Pengangkutan

  • Upload
    others

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

I N F O T E R K I N I

KONVOKONVOKESYEN KE-59 • SESI I & II • 28 OKTOBER 2017 • 8 SAFAR 1439H • BIL. 85/2017

SESI RAPTAI PENUH INFORMATIF,RAIKAN GRADUANBASIKAL ELEKTRIK INISIATIF KELESTARIAN UTM

KONVOKESYEN KE-59 UTM RAIKAN 5,402 ORANG GRADUANLATA JERNIH TARIKANTERBAHARU HUTAN REKREASI UTM

Johor Bahru, 27 Oktober - Sesi Raptai Majlis Konvokesyen ke-59 Universi� Teknologi Malaysia (UTM) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru hari ini, yang dihadiri oleh para graduan dan ibu bapa serta turut disaksikan oleh Penda�ar UTM, YBhg. Dato' Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd Rahman. Dalam majlis konvokesyen kali ini, dianggarkan seramai 5,402 orang graduan bakal diraikan, bermula dari 28-31 Oktober 2017. Taklimat raptai Majlis Konvokesyen ke-59 UTM telah disampaikan oleh Encik Asram bin Su la iman (T imba lan Penye la ras Ma j l i s Konvokesyen ke-58 UTM), selain Encik Ahmad Najahalhayyi bin Zulkifli (JKK Pengambilan Gambar Graduan dan Fes�val Konvokesyen), serta Encik Azri bin Hohad (Pengerusi JKK Raptai dan Pentas). Ke�ka sesi taklimat, para graduan diberi penjelasan secara terperinci berkenaan dengan urusan penda�aran, e�ka pakaian graduan, tatacara perarakan masuk ke dewan, prosedur pengambilan gambar graduan, panduan dan ucap hormat ke�ka berada di atas pentas, selain mematuhi segala langkah keselamatan yang ditetapkan. Menurut Encik Asram, bersesuaian dengan semangat keceriaan yang

ingin ditonjolkan dalam majlis konvokesyen kali ini, para graduan dan tetamu yang hadir digalakkan memeriahkan lagi majlis dengan t e p u k a n y a n g g e m u r u h s e p a n j a n g berlangsungnya Majlis Konvoksyen di samping memberi semangat dan mo�vasi kepada para graduan yang bakal diraikan. Selain itu, beliau juga mengingatkan agar graduan yang memerlukan bantuan khas dapat berhubung terus dengan para

petugas demi kelancaran majlis. Seterusnya, wakil Jawatankuasa Pengambilan Gambar Graduan, Encik Ahmad Najahalhayyi bin Zulkifli memberikan panduan yang amat berguna kepada graduan mengenai tatacara dan prosedur pengambilan gambar ke�ka berada di atas pentas agar kuali� gambar yang diambil oleh jurugambar Kelab Foto Krea�f UTM berada di tahap yang terbaik.

Sementara itu, Encik Azri bin Hohad pula menekankan beberapa aspek pen�ng yang perlu diberi perha�an oleh graduan. Antaranya ialah prosedur penerimaan diploma atau ijazah oleh bakal graduan termasuklah tatacara 'memberi hormat' dan 'lafaz hormat'. Beliau juga meminta agar para graduan dapat memberikan senyuman yang paling menawan ke�ka penerimaan diploma atau ijazah. Beberapa graduan yang ditemui menzahirkan rasa keterujaan dan gembira sepanjang berlangsungnya majlis raptai ini. “Ini merupakan raptai majlis konvokesyen saya yang pertama dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada bakal graduan yang lain. InsyaAllah, ibu dan bapa tercinta akan turut hadir bagi meraikan majlis saya ini”, ujar Ainul Basitah bin� Ahmad Nazri, 21, bakal graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa), Fakul� Kejuruteraan Elektrik ke�ka ditemu bual. Bagi mengakhiri sesi raptai, pihak Sekretariat Majlis Konvokesyen berharap agar semua graduan dan hadirin yang hadir dapat mematuhi tatacara yang telah ditetapkan agar majlis konvokesyen pada kali ini dapat berjalan dengan lancar.

Penuh Informatif,Raikan Graduan

Sesi Raptai

Johor Bahru, 27 Oktober – Gaya hidup lestari semakin mendapat perha�an dewasa ini. Pelbagai inisia�f sama ada di peringkat global ataupun setempat telah digerakkan untuk mendapat persekitaran yang lebih hijau. Seiring dengan usaha tersebut, UTM menjalankan pelbagai usaha ke arah merealisasikan gagasan ini di p e r i n g k a t u n i v e r s i � b a g i m e m b e n t u k transformasi minda lestari dan salah satu daripada langkah yang telah diambil adalah dengan memperkenalkan penggunaan basikal elektrik di dalam kawasan kampus. Pengangkutan lestari ini ber��k tolak daripada program Sikal Letrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) yang menyaksikan UTM menerima sebanyak 200 buah basikal elektrik pada 14 Ogos 2 0 1 7 l a l u d a r i p a d a Ke t u a S e � a u s a h a Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YBhg. Dato' Seri Dr. Zaini Ujang, dan seterusnya disepadukan ke dalam program Car Free Day, yang telah digerakkan sejak 20 Disember 2016 lagi bagi mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan gaya hidup sihat di kawasan kampus.

Dalam usaha untuk memupuk kesedaran generasi muda khususnya warga kampus dan para pengunjung ke UTM, basikal boleh disewa dengan kadar serendah RM5.00 bagi kegunaan dalam kampus. Kemudahan ini boleh didapa� di beberapa pusat penempatan, antaranya Laman Menan�, Taman Tropika; Hutan Rekreasi UTM; dan Tasik Ilmu. Bersempena sambutan Majlis Konvokesyen UTM ke-59 ini, para pengunjung juga dipelawa untuk merasai sendiri pengalaman menunggang basikal elektrik di lokasi yang ditetapkan.

INISIATIF KELESTARIAN UTM

Basikal Elektrik

Johor Bahru, 27 Oktober – Seramai 5,402 orang graduan bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM Kali ke-59 yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober hingga 31 Oktober 2017. Daripada jumlah keseluruhan penerima, anugerah Ijazah Doktor Falsafah ialah 399 orang graduan; Ijazah Sarjana ialah 906 orang graduan; Ijazah Sarjana Muda ialah 2,505 orang graduan;

dan anugerah Diploma ialah 558 orang graduan. Manakala Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari Program Kerjasama UTMSPACE ialah 1,039 orang graduan. Daripada jumlah tersebut,

seramai 325 orang merupakan graduan antarabangsa dari 30 buah negara. Jumlah keseluruhan sta�s�k graduan UTM sejak tahun 1972 sehingga kini ialah 187,858 orang, dengan seramai 7,789 orang graduan antarabangsa daripada lebih 70 buah negara. Penyampaian ijazah kali ini disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah bin� Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM. Turut serta dalam menyampaikan ijazah ialah Pro-Canselor, iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor dan YBhg. Tan Sri Da�n Paduka Si� Sa'diah bin� Sheikh Bakir; serta Naib Canselor UTM, iaitu YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar.

Konvokesyen ke-59 UTMRaikan 5,402

Orang Graduan

Johor Bahru, 27 Oktober – Warga kampus UTM dan penduduk sekitar kawasan Skudai, kini sudah dak perlu ke tempat yang jauh untuk melakukan akvi riadah hujung minggu bersama keluarga. Sebuah tempat pelancongan baharu yang diberi nama ‘Lata Jernih’ menyajikan terapi alam semula jadi yang mampu memberi kedamaian kepada para pengunjungnya. Produk ekopelancongan terbaharu UTM telah pun dibuka kepada orang ramai secara rasminya pada 21 Mei 2017 yang lalu oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM. Pembinaan Lata Jernih yang bertempat di Hutan Rekreasi UTM, Skudai ini menggunakan kaedah manual tanpa melibatkan penggunaan jentera berat bagi memelihara struktur semula jadi persekitarannya. Nama ‘Lata Jernih’ diperoleh daripada perkataan bahasa Inggeris, cascade, iaitu jeram yang mengalir secara berngkat-ngkat. Selain alirannya yang berngkat, jatuhan air jeram Lata Jernih dapat juga menenangkan minda dan m e m b e r i k a n s u a t u k e p u a s a n k e p a d a pengunjungnya. Apa yang lebih menarik, lata ini juga terdapat banyak ikan-ikan kecil yang datang dari jeram dan sumber mata air atas bukit. Lata Jernih sedia menerima kunjungan orang ramai dengan kadar bayaran hanya RM1.00 seorang, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.00

petang. Para pengunjung juga boleh bersantai di kawasan ini dengan menggunakan wakaf yang telah disediakan. Selain itu, akvi riadah di Hutan Rekreasi UTM yang menyediakan kepelbagaian produk ekopelancongan seper perkemahan, jungle trekking dan akvi menunggang ATV (all-terrain vehicles) juga sering mendapat perhaan dan sambutan yang berterusan daripada pengunjung, khususnya kumpulan pelajar luar negara seper Singapura. Akvi lain yang sering menjadi pilihan ialah memanah, barbeku, dan team building. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan Balai Cerap UTM turut membolehkan pengunjung melakukan akvi star-gazing. Unit Kampus Pelancongan UTM (UTM Ecotourism Campus) amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar UTM ke hutan rekreasi ini bagi mempromosikan “UTM, Segalanya Ada di Sini.”

Maklumat lanjut berkenaan Lata Jernih dan Hutan Rekreasi, hubungi

Kampus Ecopelancongan UTM di talian 07-5530167

atau layari www.facebook.com/UTMEcotourismCampus.

TARIKAN TERBAHARU HUTAN REKREASI UTM

Lata Jernih

PENAUNG:Dato’ Hj. Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman

SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Roselaile Samah,

Salina Shamsuri, Nur Diyana Mohd. Ruzmi, Mohd Hafifi Jamal, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin

GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy Zolkefle

FOTO: Nor Azman Sukri, Mohd. Isyamfazrin, Mohd Pua’at Ahmad

LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani

LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia

APAKATA

MEREKA

“Congratulation to UTM graduates and I Love UTM forever. Keep smiling and good luck to all UTM

Graduates’ future endeavor.”Piriyah a/p Selasegeran (30 tahun)Master in Education (Mathematics)

“I feel proud with my excellent achievement. I have been loyal to UTM since 1999 until 2017. I love UTM!”

Mageswary a/p Appacanayadu (36 tahun)Sarjana Sains (Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan)

“UTM is awesome with variety and creative way of knowledge delivered by knowledgeable lecturers.”

Jessica Marie Arokiasamy (29 tahun)Sarjana Sains (Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan) “Terima kasih kepada keluarga, para pensyarah

UTM serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi sokongan

kepada saya untuk berjaya.”Ismail Abu Shah (45 tahun)

Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Mekanikal

“Everything went well. Hopefully I can be a part of UTM again.”

Cheah Chong Song (28 tahun)Sarjana Muda Sains Komputer

“Alhamdulillah. Mission accomplished!”Hanif Yahya (32 tahun)

Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

“Selamat berkonvo kepada semua graduan.”Siti Aishah Masrom (21 tahun)

Diploma Pengurusan Harta Tanah

“Majlis konvokesyen kali ini amat bermakna dalam diri saya dan keluarga. Alhamdulillah, saya telah berjaya mendapatkan segulung diploma.”

Nurul Farihin Anuar Shadat (21 tahun)Diploma Pengurusan Hartanah