Upload
others
View
29
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
KOS PENGGUNAAN CERUCUK KONKRIT TERPINTAL DALAM
PEMBINAAN
MOHD. ROZLAN BIN MISNUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains (Pembinaan)”
Tandatangan : .......................................................
Nama Penyelia : PROF MADYA DR. MAIZON BTE HASHIM
Tarikh : 3 MEI 2011
Tandatangan : .......................................................
Nama Pembaca Kedua : EN. ISMAIL BIN HARON
Tarikh : 6 MEI 2011
KOS PENGGUNAAN CERUCUK KONKRIT TERPINTAL DALAM
PEMBINAAN
MOHD. ROZLAN BIN MISNUN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .......................................................
Nama Penulis : MOHD. ROZLAN BIN MISNUN
Tarikh : MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Buat keluarga yang tersayang ;
Bahrin Mansor
Ra’imah Bakar
Balkis
Balqiah
Baldrisha
Buat yang dihormati ;
Marshita Bakar
Para Pensyarah
Sahabat-Sahabat Seperjuangan
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan projek sarjana muda yang diamanahkan dalam memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan). Di kesempatan ini saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat di atas bantuan yang
telah diberikan.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia saya PM Dr. Maizon Bt. Hashim di
atas segala tunjuk ajar serta ilmu yang diberikan sehingga terhasilnya tesis ini. Tanpa
bantuan beliau saya tidak mungkin dapat menyiapkan tesis ini dengan baiknya.
Akhir kata, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan terutama teman-
teman kursus DDQ (2006/2009) yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Untuk
mencapai hasrat tersebut teknologi pembinaan haruslah berkembang seiring dengan
pembangunan negara. Teknologi pencerucukan seperti penggunaan cerucuk konkrit
terpintal juga telah mula berkembang bagi mengatasi masalah yang sering timbul semasa
pembinaan. Implikasi dari permasalahan ini melibatkan beberapa perkara yang terlibat di
antaranya adalah kos kerja-kerja cerucuk yang terlibat. Pembabitan komponen kos-kos
utama seperti kos bahan, kos buruh, kos loji dan overhed memberi impak kepada
belanjawan klien dan kontraktor semasa melakasanakan kerja-kerja cerucuk di tapak
bina. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kos-kos yang terlibat dalam kerja-kerja
penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina yang berbeza strata tanah. Skop
kajian adalah tertumpu di dua buah negeri iaitu Kuala Lumpur dan Johor dengan
mensasarkan lima buah tapak bina yang berbeza strata tanah sebagai sampel. Pendekatan
yang digunakan bagi menjayakan kajian ini adalah temubual dan borang soal selidik
bagi mengenalpasti kos-kos yang terlibat di dalam penggunaan cerucuk konkrit terpintal.
Hasil analisis menunjukkan kos yang terlibat di setiap tapak bina yang bersifat jeleket
adalah 60% bagi kos bahan, 24% bagi kos buruh, 20% bagi kos loji, 1% bagi overhed
dan 2% bagi lain-lain kos dari keseluruhan kos cerucuk. Manakala bagi tapak bina yang
bersifat tanah tidak berjeleket pula melibatkan 55%, kos bahan, 20% bagi kos buruh, 18%
bagi kos loji, 1% bagi overhed dan 2% bagi lain-lain kos. Hasil analisis juga
menunjukkan variasi kos yang wujud di setiap tapak bina apabila tanah dijadikan
sebagai pemboleh ubah utama kajian.
vi
ABSTRACT
Malaysia aims to be a developed country by the year 2020. In order to achieve
that, construction technology must expand parallel with the development of technology.
The technology of piling such as spun pile has also advanced to solve geotechnical
problems on the site. Implication from this problem involved few issues which is the
cost of piling works. The costs of material, labour, plant and overhead were involved in
the piling works cost components and that give impact to contractor and client’s budget
during project progress on site. The objective of this study is to define the costs involved
in piling works on construction sites having different soil strata. The scope of this study
focused on five construction sites in Kuala Lumpur and Johor Bahru. The research
methodology that has been used for this study were semi-structured interviews and
questionnaires to find out the costs that were involved in spun piling work on site. From
the finding, it was shown that the cost of spun piling involved 60% material cost, 24%
labour cost, 20% plant cost, 1% overhead and 2% miscellaneous cost for cohesive soils.
For non-cohesive soils, it was shown that the cost of spun piling involved 55% material
cost, 20% labour cost, 18% plant cost, 1% overhead and 2% miscellaneous cost. The
result from analysis also show that the cost varies on every site when the strata of the
soil differ.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1. Pengenalan 1
1.2. Penyataan Masalah 3
1.3. Persoalan Kajian 7
1.4. Objektif Kajian 7
1.5. Skop Kajian 8
1.6. Kepentingan Kajian 8
1.7. Rumusan Bab 9
viii
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1. Pengenalan 10
2.2. Rekabentuk Cerucuk Konkrit Terpintal
Terhadap Tanah 12
2.3. Kerja-Kerja Cerucuk Konkrit Terpintal
Di Tapak 15
2.3.1. Membawa Dan Mengeluarkan
Loji Cerucuk 16
2.3.2. Penyenggaraan Loji Di Tapak 16
2.3.3. Membekal Cerucuk Pertama
Dan Cerucuk Sambungan 17
2.3.4. Melantak Cerucuk 17
2.3.5. Menyambung Cerucuk 18
2.3.6. Memotong Kepala Cerucuk 18
2.3.7. Menyediakan Kepala Cerucuk 19
2.3.8. Ujian Beban Cerucuk 19
2.4. Pecahan Kos Bagi Kerja-Kerja Cerucuk
Konkrit Terpintal 21
2.5. Bahan Binaan 22
2.5.1. Kos Bahan Cerucuk 23
2.5.1.1. Cerucuk Pertama 23
2.5.1.2. Cerucuk Sambungan 24
2.5.1.3. Sepatu Cerucuk 24
2.5.2. Kos Penghantaran Cerucuk 26
2.5.3. Kos Pengendalian Dan Penyimpanan
Cerucuk 26
2.5.4. Kos Pembaziran 27
2.5.5. Kos Sampel 27
ix
2.6. Buruh 28
2.6.1. Kadar Buruh Mahir 29
2.6.2. Kadar Buruh Separa Mahir 31
2.6.3. Kadar Buruh Tidak Mahir 33
2.7. Loji Dan Peralatan 35
2.7.1. Kos Tetap 36
2.7.2. Kos Pengoperasian 36
2.7.3. Kos Perubahan 37
2.8. Overhed 38
2.8.1. Pihak Pengurusan 39
2.8.2. Kemudahan Dan Perkhidmatan 39
2.8.3. Kerja-Kerja Sementara 40
2.8.4. Kemudahan Di Tapak 40
2.8.5. Penggunaan Pekerja 41
2.8.6. Syarat Kontrak 41
2.8.7. Peralatan Bukan Jentera 42
2.8.8. Lain-Lain Perkara 42
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1. Pengenalan 43
3.2. Rekabentuk Penyelidikan 46
3.2.1. Peringkat Pertama–Penyataan Isu 46
3.2.2. Peringkat Kedua–Penyelidikan Awalan 49
3.2.3. Peringkat Ketiga–Penentuan Dan
Pengumpulan Data 49
3.2.3.1. Data Sekunder 49
3.2.3.2. Data Primer 50
3.2.3.3. Penyediaan Borang Temubual
Separuh Struktur 54
x
3.2.3.4. Rekabentuk Borang Temubual
Separuh Struktur 54
3.2.4. Peringkat Keempat–Penganalisisan
Data 56
3.2.4.1. Analisis Frekuensi 57
3.2.5. Peringkat Kelima–Hasil Penyelidikan 58
3.3. Pemilihan Populasi Penyelidikan 58
3.4. Pemilihan Sampel 58
3.5. Instrumen Penyelidikan 59
3.6. Kesimpulan 60
BAB IV ANALISIS KAJIAN
4.1. Pengenalan 61
4.2. Analisis Borang Temubual Separuh Struktur 62
4.2.1. Analisis Data Bahagian A 64
4.2.1.1. Soalan I,II,III Dan IV 65
4.2.2. Analisis Data Bahagian B 67
4.2.2.1. Soalan 1 : Kos Bahan 67
4.2.2.2. Soalan 2 : Kos Buruh 72
4.2.2.3. Soalan 3 : Kos Loji 77
4.2.2.4. Soalan 4 : Overhed 82
4.2.2.5. Soalan 5 : Lain-Lain Kos 87
4.3. Kesimpulan 89
BAB V CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1. Pengenalan 92
5.1.1. Penemuan Penyelidikan 93
xi
5.2. Cadangan Penyelidikan 97
5.3. Kajian Lanjutan 98
5.4. Kesimpulan 99
RUJUKAN 100
BIBLIOGRAFI 103
LAMPIRAN A - C 105
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Rekabentuk Cerucuk Konkrit Terpintal 14
3.1 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 45
4.1 Bilangan Cerucuk Konkrit Terpintal Yang
Digunakan 66
4.2 Peratus Kos Bahan Mengikut Tapak Bina 69
4.3 Kadar Upah Buruh 73
4.4 Peratus Kos Loji Mengikut Tapak Bina 78
4.5 Kos-Kos Loji Mengikut Tapak Bina 81
4.6 Peratus Overhed Mengikut Tapak Bina 83
4.7 Overhed Yang Terlibat Di Dalam Kerja Cerucuk 86
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jadual Kapasiti Bearing Selamat Bagi Batuan
Dan Tanah 13
2.2 Jadual Kadar Harga Bagi Cerucuk Pertama 25
2.3 Kadar Harga Bagi Cerucuk Sambungan 25
2.4 Jadual Perbandingan Harga Purata Buruh Mahir
Untuk Kerja-Kerja Cerucuk 30
2.5 Jadual Perbandingan Harga Purata Buruh Separa
Mahir Untuk Kerja-Kerja Cerucuk 32
2.6 Jadual Perbandingan Harga Purata Buruh Tidak
Mahir Untuk Kerja-Kerja Cerucuk 34
2.7 Kadar Sewa Loji Utama Cerucuk 37
4.1 Latar Belakang Tapak Bina Kajian Beserta
Strata Tanah 65
4.2 Kos Keseluruhan Kerja Cerucuk 66
4.3 Analisis Kos Bahan 68
4.4 Analisis Kos Buruh 72
4.5 Elaun-Elaun Buruh 76
4.6 Analisis Kos Loji 77
4.7 Analisis Overhed 82
4.8 Analisis Lain-Lain Kos 87
5.1 Kos-Kos Keseluruhan 96
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Fakulti 105
B Borang Temubual Separuh Struktur 106
C Penganalisaan Data Kajian 107
BAB I
PENGENALAN
1.1. Pengenalan
Kos pembinaan merupakan salah satu elemen terpenting yang perlu diberi
perhatian serius oleh pihak perunding jurukur bahan dan kontraktor binaan. Pihak
jurukur bahan mempunyai tanggungjawab menyediakan ramalan awal dan perancangan
kos yang berkesan dalam sesebuah projek pembinaan. Pihak kontraktor pula perlu
meyediakan kos yang kompetitif dalam memastikan kelangsungan mereka dalam
industri pembinaan (Abd. Ghani Khalid, 2008).
Menurut Ahamad Abdullah (2006), asas kos untuk keseluruhan bangunan dibuat
pada peringkat awal proses pembangunan sesuatu pembinaan. Anggaran awal ini setelah
dipersetujui oleh klien akan menjadi kos siling pembinaan dan semua kerja rekabentuk
akan dibuat berpandukan kepada had kos yang telah ditetapkan ini.
2
Menyentuh tentang kos siling pembinaan, ia sinonim sekali dengan komponen
kos. Komponen kos ini meliputi kos bahan, kos buruh, kos loji dan overhed. Komponen
kos ini merupakan suatu yang kompleks kerana pelbagai faktor yang mempengaruhinya.
Menurut Abd. Ghani Khalid (2008), ketidak mampuan memahami corak perhubungan
mengenai kos akan mengundang kesan negatif kepada belanjawan klien,
profesionalisma pihak jurukur bahan dan kelangsungan pihak kontraktor.
Komponen kos ini penting kerana ia akan membentuk satu-satu kadar harga
seperti kos bahan yang meliputi kos asal bahan cerucuk dan kos tambahan seperti kos
pengangkutan, kos memunggah, mengendali dan menyimpan, pembaziran dan kos
bahan sampingan cerucuk. Kos buruh pula meliputi kos langsung seperti gaji serta elaun
yang dibayar kepada buruh. Manakala, kos loji ialah jentera cerucuk yang terdiri
daripada dua jenis iaitu, peralatan tidak berjentera dan peralatan berjentera. Keuntungan
dan overhed pula iaitu untung dan rugi yang banyak dipengaruhi oleh faktor seperti
beban kerja semasa, ekonomi semasa, risiko dan sumber. Overhed memang sentiasa
wujud apabila sesuatu perniagaan berjalan seperti pengurusan tapak dan pentadbiran
pejabat. Peratus keuntungan biasanya yang diambil oleh kontraktor adalah 10% - 15%
(Husein Ibrahim Tebin, 2009).
Di China, harga komponen kos telah meningkat secara mendadak pada tahun
2007 dan telah mempengaruhi sebahagian besar kos pembinaan di Asia. Menurut kaji
selidik harga bahan binaan di pasaran, komponen kos bahan binaan seperti besi telah
mencapai skala besar di pasaran serantau dan ini berlaku semasa China mahu
merealisasikan impian mereka dalam menganjurkan Sukan Olimpik Beijing pada tahun
2008 (B. Rowse, 2009).
3
1.2. Penyataan Masalah
Kepentingan industri pembinaan mampu diperhatikan melalui kejayaan
mewujudkan keperluan-keperluan fizikal negara dan pembangunan sosio ekonomi.
Industri pembinaan kemudiaannya diberi perhatian serius dalam menjadikannya sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Dengan tercetusnya aspirasi ini, bilangan projek-
projek infrastruktur bersaiz besar, skim-skim perumahan, sekolah-sekolah, hospital-
hospital, bangunan komersial dan perindustrian telah meningkat (Abd. Ghani Khalid,
2008).
Sektor pembinaan dan bahan binaan menjadi penerima manfaat utama dalam
usaha kerajaan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur dan pembaharuan bandar dalam
Bajet 2011. Keadaan ini memberi peluang kepada pihak-pihak terlibat untuk
menyediakan maklumat analisis kos dengan berkesan kerana wujudnya kepelbagaian
projek di Malaysia. Malah, pencapaian aspirasi ini juga turut dipengaruhi oleh
keberkesanan penggunaan belanjawan pihak klien dalam melaksanakan projek-projek
tersebut.
Perlaksanaan sesebuah projek infrastruktur bersaiz besar memerlukan rekabentuk
asas bangunan yang kukuh seperti cerucuk konkrit terpintal bagi mengagihkan beban
bangunan ke atas tanah. Isu mengenai penggunaanya hampir setiap tahun diterbitkan
oleh pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan samada pembina atau penyelidik.
Secara ringkasnya, kontraktor melihat penggunaan cerucuk konkrit terpintal ini sangat
menguntungkan dari segi kos penanamannya kerana corak kerjanya yang tidak begitu
sukar jikan dibandingkan dengan cerucuk gerek.
4
Menurut Tarek M.Z dan Daniel W.H (2004), isu yang dinyatakan adalah masalah
yang biasa wujud di dalam penanaman cerucuk ialah penilaian analisis kos keseluruhan
cerucuk tidak dapat dikenalpasti dengan tepat disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
masalah strata tanah, kelemahan kontraktor yang tidak kompeten dan kesukaran
membuat perancangan tapak.
Kajian pra penyiasatan tapak kebiasaanya mengandungi sampel berbentuk
statistik di persekitaran kawasan asas tapak namun begitu ianya tidak dilakukan secara
menyeluruh di kawasan tapak pembinaan. Jenis tanah yang berbeza dari satu tapak ke
satu tapak yang lain adalah disebabkan sifat tanah tersebut samada tanah berjeleket atau
tidak berjeleket, masalah semulajadi tanah dan kewujudan infrastruktur di bawah tanah
yang tidak dijangka.
Kekurangan pengalaman kontraktor di dalam mengawal posisi ketegakan
cerucuk, panjang dan saiz cerucuk merumitkan lagi masalah di dalam menganalisis kos-
kos yang terlibat di dalam kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak. Tapak
bina yang yang mempunyai pelbagai sekatan juga menyumbang kepada masalah
produktiviti dan kos semasa penanaman cerucuk. Masalah-masalah yang wujud hasil
dari pembangkitan isu ini menyukarkan penilaian kos dilakukan dan mengenalpasti kos-
kos yang terlibat di dalam kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina
serta tempoh kerja yang panjang disebabkan kelemahan dari segi produktiviti.
Menurut Faizal dan Lee (2007), penggunaan cerucuk konkrit terpintal secara
konvensional tidak digemari oleh kebanyakkan pihak disebabkan kos penggunaannya
yang sangat tinggi dan melibatkan pelbagai ketidakpastian kontraktor semasa proses
5
penanaman cerucuk di tapak bina. Isu ini ditemui selepas dua tahun isu pertama
diterbitkan oleh penyelidik luar Tarek M.Z dan Daniel W.H pada tahun 2004.
Cerucuk konkrit terpintal kebiasaanya dipacu dengan menggunakan penukul
hidraulik. Perkara ini dilakukan disebabkan peraturan setempat yang menekankan
kepada aspek keselesaan penduduk setempat mengenai bunyi dan gegaran semasa
penanaman cerucuk di tapak bina dan jika penukul biasa digunakan, secara umumnya
tidak akan dapat memenuhi aspek tersebut. Senario ini walaupun memberi kepentingan
kepada orang awam namun ianya melibatkan kos loji yang mahal kerana penggunaan
loji hidraulik dan memberi kesan terhadap belanjawan klien.
Di Malaysia, cerucuk konkrit terpintal digunakan secara meluas untuk projek
sekolah, bangunan tinggi, kilang, perlabuhan, jambatan dan loji janakuasa. Cerucuk
konkrit terpintal memberi kemudahan kerja kepada kontraktor pada setiap jenis projek
namun ianya memberi impak besar di dalam penglibatan kos loji cerucuk yang
mempunyai pelbagai jenis saiz di pasaran bergantung kepada kesesuaian tanah di tapak
bina.
Menurut Hussien Ibrahim Tebin (2009) pula, isu yang dibangkitkan olehnya
lebih merujuk kepada peringkat kontrak. Beliau menyatakan bahawa ketidakcukupan
maklumat kerja-kerja cerucuk dan diletakkan sebagai kuantiti sementara di dalam
senarai kuantiti telah memberi peluang kepada pihak kontraktor mengambil keuntungan
yang tinggi melalui kadar harga yang ditawarkan oleh pihaknya.
6
Maklumat yang tidak mencukupi serta lukisan spesifikasi yang tidak lengkap
mewujudkan variasi kos yang berbeza dengan harga kos asal cerucuk konkrit terpintal.
Penglibatan kos-kos yang terlibat tidak dapat dikenalpasti disebabkan wujudnya variasi
kos tersebut. Komponen kos-kos seperti kos bahan cerucuk, kos buruh, kos loji serta
overhed semasa proses penanaman cerucuk tidak dapat ditentukan dengan tepat
disebabkan item bagi kerja-kerja cerucuk dinyatakan sebagai kuantiti sementara di
dalam senarai kuantiti. Ini memberi kelebihan kepada kontraktor dalam menentukan
peratus keuntungannya sendiri tanpa analisis kos yang lengkap dari jurukur bahan.
Secara keseluruhan, isu-isu yang telah dirumuskan oleh pihak-pihak penyelidik
ini merujuk kepada ketidakpastian kewujudan kos-kos yang terlibat di dalam kerja-kerja
penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak mengikut jenis projek. Sorotan isu-isu ini
diperolehi dari tahun 2004 sehingga 2009 dan kebanyakkanya melibatkan isu kos
pembinaannya. Menurut Hussien Ibrahim Tebin (2009), pelbagai kos berkemungkinan
untuk wujud dan meningkat akibat dari perubahan atau pertambahan kerja semasa proses
penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina.
7
1.3. Persoalan Kajian
Persoalan bagi penyelidikan kos penggunaan cerucuk konkrit terpintal di tapak
bina adalah seperti berikut:
i. Apakah kos-kos yang terlibat dalam kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal?
ii. Bagaimanakan strata tanah mempengaruhi kos dalam kerja-kerja penanaman
cerucuk?
1.4. Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kos-kos yang terlibat dalam kerja-
kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina yang berbeza strata tanah.
8
1.5. Skop Kajian
Skop kajian hanya ditumpukan kepada projek pembinaan yang menjalankan
kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal sahaja di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Skop kajian juga meliputi aspek kajian literatur dalam mengenalpasti kategori tanah
sama ada tanah berjeleket atau tidak berjeleket serta strata tanah yang berbeza seperti
tanah berpasir, tanah batuan, tanah liat, tanah kerikil dan tanah organik bagi
mengenalpasti kos penanaman cerucuk, tempoh penanaman cerucuk, kos bahan, buruh,
loji dan overhed bagi kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina.
1.6. Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah penting untuk mengenalpasti kos-kos yang terlibat dalam kerja-
kerja cerucuk konkrit terpintal bagi mengelakkan peningkatan kos yang mendadak
memandangkan kos bagi kerja-kerja cerucuk adalah sangat tinggi dalam sesuatu harga
kontrak. Selain itu, kajian ini juga penting kerana ia akan menghasilkan variasi kos yang
rasional bagi membolehkan Jurukur Bahan merujuk anggaran kos-kos yang terlibat
dalam kerja-kerja cerucuk ini mengikut situasi dan strata tanah yang dibincangkan.
Kadar peratusan keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor juga akan dapat dikawal
oleh pihak klien dengan memperolehi data-data kajian ini.
9
1.7. Rumusan Bab
Dalam bahagian rumusan bab ini akan menerangkan mengenai rumusan bab
pertama di dalam kajian terhadap kos penggunaan cerucuk konkrit terpintal dalam
pembinaan. Dalam bab ini, pengenalpastian tajuk telah dibuat. Berdasarkan tajuk yang
telah dipilih, penyataan masalah dan isu-isu telah dikaji dan maklumat mengenai
permasalahan yang timbul dikumpulkan. Berdasarkan kajian terhadap penyataan
masalah, objektif kajian telah dikenalpasti untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini akan
berpandukan kepada matlamat dan objektif serta skop kajian agar kajian dapat mencapai
objektifnya.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.
2.1. Pengenalan
Cerucuk konkrit terpintal dengan kekuatan pra-tegangan yang sangat tinggi,
kebiasaannya akan dipacu dengan menggunakan impak penukul jatuh atau lebih sesuai
menggunakan hidraulik apabila pertimbangan dibuat berdasarkan undang-undang yang
ketat mengenai aspek kebisingan bunyi dan getaran di kawasan-kawasan bandar dan
perumahan. (Faizal dan Lee, 2007)
11
Jenis cerucuk ini sentiasa menawarkan pilihan yang kompetitif di dalam sistem
asas untuk sesebuah projek dengan beban bangunan yang sederhana atau tinggi.
Penggunaannya semakin meluas di dalam penghasilan asas bagi projek-projek sekolah,
bangunan pencakar langit, kilang-kilang, perlabuhan, jambatan-jambatan dan stesen-
stesen janakuasa di negara ini.
Menurut Faizal dan Lee (2007), pada masa dahulu, kawalan utama industri
pembinaan bagi cerucuk terpacu ini adalah berdasarkan pengukuran bagi setiap set
cerucuk bersama beberapa instrumen bukan ujian tetap yang terhad bagi mengesahkan
isu keperluan beban yang spesifik pada masa tersebut.
Pada masa kini, dengan evolusi kritikal di dalam pemahaman mengenai
pengagihan beban, terhasil cara analisa instrumen berskala penuh ujian tetap.
Kebanyakkan jurutera telah menyedari bahawa potensi cerucuk kini tidak lagi
menanggung beban utamanya sendiri. Pembangunan teknologi dan pemahaman yang
jitu di dalam pengagihan beban oleh cerucuk terpacu telah memberi kesan yang positif
ke atas kos merekabentuk asas-asas bangunan di Malaysia.
Penglibatan kos di sebalik kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal ini sedikit
sebanyak memberi kesan ke atas kos keseluruhan projek atas faktor tempoh kerja
cerucuk yang agak lama. Menurut Thomas (2010), kos produk seperti penanaman
cerucuk merangkumi bahan, buruh, overhed dan peralatan. Manakala kos sasaran pula,
adalah kos yang mesti dipenuhi bagi mencapai objektif projek. Kos-kos ini merupakan
kunci kepada keputusan harian kumpulan pembina produk seperti proses penanaman
cerucuk untuk dijadikan sebagai asas bangunan.
12
2.2. Rekabentuk Cerucuk Konkrit Terpintal Terhadap Tanah
Menurut G.R Holland (1994), cerucuk konkrit terpintal dikategorikan sebagai
cerucuk geseran di mana cerucuk ini bergantung sepenuhnya pada geseran yang berlaku
di antara permukaan cerucuk dengan tanah persekitarannya. Kedua-dua elemen cerucuk
dan tanah ini memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan cerucuk
yang ditanam. Struktur tanah di tapak bina perlu mempunyai permukaan yang baik
untuk menghasilkan geseran sekiranya ingin menggunakan cerucuk jenis ini.
Keupayaan tanggungan cerucuk jenis ini terhasil daripada rekatan atau geseran
tanah dengan cerucuk. Contohnya, cerucuk ini sesuai digunakan pada tanah liat yang
keras. Ini kerana permukaan konkrit dapat menghasilkan geseran apabila bertemu
dengan tanah liat yang keras. Sebaliknya, tanah liat yang lembut atau tanah pasir yang
longgar tidak dapat mewujudkan geseran yang maksimum (Hulwani Abdul Aziz, 2005).
13
Jenis Tanah
Kapasiti bearing selamat
(ton/sq.ft)
Batuan
Batu gunung berapi dan granit
Batu kapur dan batu pasir keras
Batu shales, batu lumpur dan batuan
lembut
Tanah liat shales
75
30
20
10
Tanah Tidak
Berjeleket
Kerikil tumpat dan kerikil berpasir
Kerikil longgar dan kerikil berpasir
Pasir bergred baik dan tumpat
Pasir bergred baik dan longgar
Pasir bergred buruk dan tumpat
Pasir bergred buruk dan longgar
5
3
2
1 ½
1 ½
1
Tanah
Berjeleket
Batu tongkol dan tanah liat shales
Tanah liat keras
Tanah liat lembut dan kelodak
5
2
1- ½
Jadual 2.1 : Jadual Kapasiti Bearing Selamat bagi Batuan dan Tanah
(sumber: R.F. Craig, 1993)
Rajah 2.1 :
Rajah 2.1 : Rajah Rekabentuk Cerucuk Konkrit Terpintal
(sumber : CEPCO PHC Pile)
14
Rajah Rekabentuk Cerucuk Konkrit Terpintal
15
2.3. Kerja-Kerja Cerucuk Konkrit Terpintal Di Tapak
Kerja-kerja cerucuk merupakan salah satu cara bagi menambahkan kestabilan
tanah bagi membangunkan sesuatu projek pembinaan. Menurut Ahamad Abdullah
(2006), berbagai-bagai jenis cerucuk terdapat dalam pasaran dan perkembangan
teknologi cerucuk menjadikan jenis-jenis cerucuk ini bertambah. Tiap-tiap jenis cerucuk
mungkin memerlukan cara pengurusan, jenis loji dan cara perlaksanaan kerja berbeza.
Namun, di dalam kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal tidak melibatkan kerja-kerja yang
sukar kerana jenis cerucuk ini merupakan cerucuk pacuan di mana ianya tidak
memerlukan pengorekan ke dalam tanah. Kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal boleh
dibahagikan seperti berikut:
i. Membawa dan mengeluarkan loji cerucuk
ii. Penyelenggaraan loji di tapak
iii. Membekal cerucuk pertama
iv. Membekal cerucuk sambungan
v. Melantak cerucuk
vi. Menyambung cerucuk
vii. Memotong kepala cerucuk
viii. Menyediakan kepala cerucuk
ix. Ujian cerucuk
16
2.3.1. Membawa Dan Mengeluarkan Loji Cerucuk
Item ini kebiasaanya dihargakan secara pukal oleh sub-kontraktor cerucuk dan
bergantung kepada jenis loji cerucuk yang hendak digunakan. Menurut Ahamad
Abdullah (2006), penggunaan jenis lori dan kren bergantung kepada pada jenis loji
cerucuk yang telah dipilih pada peringkat rekabentuk. Aktivti yang terlibat di dalam
kerja-kerja di bawah item ini adalah seperti membawa, memunggah, memasang dan
mengeluarkan loji cerucuk. Item ini melibatkan beberapa kos iaitu kos pengangkutan,
kos loji dan kos buruh.
2.3.2. Penyenggaraan Loji Di Tapak
Satu butiran diperuntukkan bagi menyenggara semua loji cerucuk di tapak. Di
atas tapak bina secara umumnya, kadar sewa bagi mekanik selalunya termasuk semua
kos penyenggaraan jika bilangan loji tidak mencukupi untuk menggaji seorang fitter
penyenggaraan sepenuh masa. Penyenggaraan harian ialah tanggungjawab pengendali
yang mungkin mengambil masa antara setengah hingga satu jam sehari. Kos
penyenggaraan harian mungkin diperuntukkan di sini atau dalam kadar sewa loji
keseluruhan. (J.I.W Bentley 1990).
17
2.3.3. Membekal Cerucuk Pertama Dan Cerucuk Sambungan
Selepas pembelian cerucuk oleh sub-kontraktor, cerucuk akan dihantar ke tapak
bagi persediaan memulakan kerja-kerja melantak cerucuk. Pembekalan cerucuk dari
pengilang atau pembekal seperti ICP Pile atau CEPCO PHC Pile akan melibatkan
beberapa aktiviti seperti penghantaran cerucuk ke tapak serta memunggah cerucuk
dengan kren dan bantuan buruh. Berdasarkan aktiviti tersebut, ianya melibatkan kos
bahan, kos buruh dan kos loji cerucuk (Ahamad Abdullah , 2006).
2.3.4. Melantak Cerucuk
Menurut Ahamad Abdullah (2006), skop kerja ini termasuk kerja-kerja
pengagihan cerucuk ke poin cerucuk serta pengendalian dan penyediaan cerucuk untuk
dilantak. Output loji cerucuk banyak bergantung kepada keadaan tanah. Bilangan
cerucuk yang dilantak adalah lebih banyak untuk tanah lembut seperti pasir berbanding
dengan perlantakkan dalam tanah keras seperti tanah liat dalam satu-satu masa. Sub-
kontraktor akan memerlukan lori untuk kerja-kerja pengagihan cerucuk ke poin cerucuk
sekiranya tapak bina tersebut adalah luas. Mengikut jadual kadar harga Jabatan Kerja
Raya (2009), kos keseluruhan kedalaman hentakkan atau pacuan yang dilakukan
menggunakan loji hidraulik cerucuk dikira di dalam unit meter. Kadar harga yang
ditetapkan di dalam jadual kadar harga tersebut adalah berbeza mengikut saiz diameter
cerucuk. Kos loji, kos buruh merupakan kos yang diambil kira di dalam kerja ini.
18
2.3.5. Menyambung Cerucuk
Menurut Hulwani Abd Aziz (2005), penyambungan cerucuk konkrit terpintal
menggunakan kaedah kimpalan (welding). Kerja kimpalan ini dilakukan apabila terdapat
sambungan cerucuk semasa proses menghentak cerucuk bagi memanjangkan struktur
cerucuk tersebut. Kaedah pengimpalan hendaklah dilakukan pada keseluruhan
sambungan cerucuk dan tidak hanya mengimpal sebahagian daripada sambungan
tersebut. Kesan kimpalan dibiarkan selama 5 minit supaya kawasan kimpalan tersebut
menjadi keras dan cat anti karat akan disapukan pada bahagian sambungan cerucuk
untuk mengelakkan besi sambungan tersebut menjadi karat. Mengikut jadual kadar
harga Jabatan Kerja Raya (2009), sambungan cerucuk melibatkan kadar harga serendah
RM 30.00 sehingga RM 70.00 untuk setiap sambungan, bergantung pada saiz cerucuk
yang digunakan. Kerja-kerja penyambungan biasanya dilakukan oleh tukang pengimpal.
2.3.6. Memotong Kepala Cerucuk
Menurut Ahamad Abdullah (2006), apabila cerucuk telah siap dilantak dan
dipatri pada setiap sambungannya, kepala cerucuk akan dipotong pada aras yang
ditentukan. Lebihan cerucuk dibuang dan dikeluarkan dari tapak. Aktiviti yang
dilakukan di dalam item ini adalah memotong kepala cerucuk dengan menggunakan
gerudi tukul, memotong bar tetulang menggunakan set pemotong, membuang lebihan
cerucuk dengan bantuan lori dan kren serta memerlukan bantuan buruh bagi memuat dan
memunggah lebihan cerucuk ke dalam lori. Kadar harga bagi memotong kepala cerucuk
19
dan penyediaan kepala cerucuk diberikan dalam unit bilangan dan berbeza mengikut
diameter cerucuk.
2.3.7. Menyediakan Kepala Cerucuk
Bagi cerucuk konkrit terpintal biasanya memerlukan penyediaan kepala cerucuk
bagi menghubungkannya dengan asas cerucuk kemudian. Penyediaan kepala cerucuk
konkrit biasanya melibatkan kerja-kerja seperti meratakan permukaan konkrit yang
dipotong dan membengkokkan bar tetulang yang terjulur melebihi aras pemotongan
untuk dimasukkan ke bahagian bawah tetopi cerucuk. Spesifikasi serta butiran
penyediaan kepala cerucuk disediakan oleh jurutera termasuklah butiran tambahan plat
keluli ke atas kepala cerucuk beserta bar tetulang. Hanya penggunaan kos buruh
diperlukan bagi menjalankan kerja ini (Ahamad Abdullah, 2006).
2.3.8. Ujian Beban Cerucuk
Menurut Hulwani Abd Aziz (2005), tujuan mengadakan ujian beban cerucuk
ialah untuk memastikan bahawa rekabentuk dan perlaksanaan jenis cerucuk yang dipilih
adalah mencukupi. Sekurang-kurangnya satu cerucuk ujian perlu dibuat bagi sesuatu
20
projek. Cerucuk ujian tersebut mestilah bukan sebahagian daripada kerja yang sebenar.
Cerucuk ujian selalunya diberikan beban tambahan sekurang-kurangnya 50% daripada
beban yang sebenarnya. Ujian dijalankan sehingga cerucuk tersebut hampir gagal atau
gagal sepenuhnya. Sebarang beban yang tidak mencapai beban kegagalan sepenuhnya
perlulah dibiarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Kadar harga bagi satu ujian beban
cerucuk adalah sekitar RM 17,000.00 dan melibatkan kos loji dan kos buruh (Jadual
Kadar Harga Jabatan Kerja Raya. 2009).
21
2.4. Pecahan Kos Bagi Kerja-Kerja Cerucuk Konkrit Terpintal
Mengikut J.I.W Bentley (1990), perihalan bagi butiran-butiran kerja dalam
senarai bahan atau jadual kadar harga perlu dipecahkan mengikut elemen-elemen kos
dari segi bahan binaan, loji dan buruh. Kos bagi setiap elemen di dalam kerja-kerja
cerucuk konkrit terpintal yang dinyatakan sebelum ini perlu dihitung dengan terperinci
dan dalam setiap kes terdiri daripada dua komponen:
a) Bahan (cerucuk) : Kos Unit x Kuantiti Diperlukan
b) Loji (loji cerucuk) : Kadar Sewa x Masa Diperlukan
c) Buruh (pekerja cerucuk) : Kos Sejam x Masa Diperlukan
Satu pendekatan analitik dalam membuat pecahan kos adalah diperlukan. Ini
akan dapat membantu sekiranya urutan yang diberikan di atas diikuti. Semua pengiraan
ditunjukkan dengan teliti supaya:
i. Pengiraan tersebut boleh diperiksa oleh orang lain.
ii. Pengiraan tersebut dan andaian-andaian yang dibuat telah sedia dijelaskan
kepada pihak pengurusan atasan.
iii. Maklumat tersebut mungkin akan digunakan oleh pihak pembelian atau
pengeluaran umpamanya
22
2.5. Bahan Binaan
Apabila pertimbangan dibuat mengenai kos bahan, ianya sangat berkait rapat
dengan bahan mentah pembinaan yang memberi kesan sangat besar terhadap
keseluruhan kos projek. Pada tahun-tahun yang lepas, berlaku perubahan harga bahan
mentah yang mendadak terhadap bahan binaan yang memberi kepentingan kepada
industri pembinaan seperti besi, aluminium, simen dan yang paling utama adalah bahan
mentah tidak langsung, iaitu minyak petrol (B. Rowse, 2009).
Menurut B. Rowse (2009), ekonomi global dunia sentiasa berubah dan pihak
yang berada di dalam industri pembinaan merasai kesan langsungnya terhadap
peningkatan kos petrol, dan fenomena mendadak industri pembinaan di China pula
mencetuskan permintaan yang tinggi bahan mentah di seluruh dunia bagi merealisasikan
impian negara tersebut menganjurkan sukan Olimpik Beijing 2008. Namun begitu, kos
bagi bahan cerucuk konkrit tidak lagi meningkat secara mendadak selepas tahun 2005.
Ini dibuktikan dengan Indek Harga Mentah Pembinaan 2001-2007, indek bagi kos
produk cerucuk konkrit ialah -0.2 (2003), 8.2 (2004), 14.3 (2005) dan 4.9 (2006).
Berikut adalah komponen kos-kos bagi bahan binaan cerucuk.
23
2.5.1. Kos Bahan Cerucuk
Kos bahan bagi kerja-kerja cerucuk melibatkan bahan cerucuk pertama, cerucuk
sambungan dan sepatu cerucuk. Selain itu, ianya juga melibatkan kos penghantaran, kos
memunggah, mengendali dan menyimpan, kos pembaziran dan kos sampel. Kos
pengangkutan bagi bahan binaan merupakan bahagian yang besar daripada jumlah harga
kerana kebanyakkan bahan adalah berat atau berisipadu besar dan biasanya murah secara
relatif mengeluarkannya (J.I.W Bentley, 1990).
2.5.1.1. Cerucuk Pertama
Menurut Ahamad Abdullah (2006), pembekalan cerucuk pertama diukur dalam
unit nombor dan dinyatakan panjang cerucuk, saiz dan berat kepala dan sepatu di dalam
penerangan. Berdasarkan kepada jadual kadar harga (Jabatan Kerja Raya, 2009),
cerucuk pertama konkrit terpintal dihargakan berdasarkan diameter serta gred konkrit
cerucuk.
24
2.5.1.2. Cerucuk Sambungan
Cerucuk sambungan pula diukur dalam meter linear dan diklasifikasikan
mengikut panjang setiap cerucuk samada tidak melebihi 3.00 meter atau melebihi 3.00
meter hingga maksimum 12.00 meter. Di dalam jadual kadar harga (Jabatan Kerja Raya,
2009), cerucuk sambungan diberi dengan satu harga sahaja bagi setiap diameter.
2.5.1.3. Sepatu Cerucuk
Sepatu cerucuk besi ialah satu struktur yang terdapat pada cerucuk pertama
sahaja yang berfungsi memecahkan batuan di dalam lapisan tanah bagi mendapatkan
kedalaman muktamad yang tidak boleh dipacu lagi bagi menjamin rekabentuk asas
bangunan. Sepatu ini tidak diberi harga di dalam jadual kadar harga (Jabatan Kerja Raya,
2009) kerana harga sepatu ini telah dikira sekali bersama cerucuk pertama. Namun,
sesetengah kontraktor menghargakan sepatu ini secara berasingan. Jadual 2.2
menunjukkan kadar harga Jabatan Kerja Raya (2009) bagi cerucuk pertama dan jadual
2.3 pula menunjukkan kadar harga bagi cerucuk sambungan.
25
3.00 m 6.00 m 9.00 m 12.00 m
250mm dia RM152.70 RM305.40 RM458.10 RM610.80
300mm dia RM200.20 RM400.30 RM600.50 RM800.60
350mm dia RM262.40 RM524.90 RM774.90 RM1,033.20
400mm dia RM324.10 RM648.20 RM774.90 RM1,246.60
450mm dia RM382.80 RM765.60 RM1,139.50 RM1,495.50
600mm dia RM642.00 RM1,283.90 RM1,883.60 RM2,521.20
Jadual 2.2 : Jadual Kadar Harga Bagi Cerucuk Pertama
(sumber: Jabatan Kerja Raya, 2009)
TIDAK MELEBIHI 3.00 m MELEBIHI 3.00 m
250mm dia RM51.90 RM51.90
300mm dia RM78.70 RM78.70
350mm dia RM99.00 RM99.00
400mm dia RM140.10 RM140.10
450mm dia RM133.00 RM133.00
600mm dia RM216.30 RM216.30
Jadual 2.3 : Jadual Kadar Harga Bagi Cerucuk Sambungan
(sumber: Jabatan Kerja Raya, 2009)
26
2.5.2. Kos Penghantaran Cerucuk
Menurut B. Rowse (2009), kos penghantaran cerucuk secara umumnya
melibatkan kos petrol dimana ianya memberi kesan terhadap industri pembinaan dalam
pelbagai cara. Apabila kontraktor ingin melakukan pembelian bahan binaan seperti
cerucuk, kos petrol ini secara khususnya merupakan pemboleh ubah utama dalam
menghargakan kos bahan. Apabila kos petrol meningkat seperti situasi sekarang,
terdapat kesan langsung terhadap penghantaran bahan binaan. Penambahan kos ini
kepada pembekal dan pengeluar bahan sentiasa dikenakan ke atas kontraktor. Ini
menyebabkan keuntungan tersembunyi kepada pembekal dan pengeluar apabila
penghantaran dilakukan.
Menurut Ahamad Abdullah (2006), kos cerucuk yang dinyatakan oleh pembekal
adalah termasuk kos sewa lori penghantaran sekiranya tapak bina berkenaan terletak
dalam had jarak tertentu daripada tempat kilang. Sebaliknya, kontraktor perlu
mengambil kira kos penghantaran dalam pengiraan kadar harga cerucuk sekiranya kos
penghantaran tersebut harus ditanggung sendiri oleh pihak kontraktor.
2.5.3. Kos Pengendalian Dan Penyimpanan Cerucuk
Pengendalian secara cermat adalah penting bagi mengelakkan pembaziran atau
kerosakkan bahan. Bahan seperti cerucuk konkrit perlu dipunggah dengan cermat oleh
buruh dan menggunakan loji angkat susun kerana kos bagi setiap cerucuk adalah sangat
27
mahal berbanding bahan binaan lain seperti simen, cat dan sebagainya (J.I.W Bentley,
1990).
2.5.4. Kos Pembaziran
Elaun pembaziran dan kecurian, termasuk kerosakkan cerucuk semasa proses
pemunggahan serta pemotongan kepala cerucuk. Selain itu, kos ini juga diperuntukkan
bagi susut nilai bagi sesuatu barangan serta penyimpanan cerucuk yang tidak teratur
yang mengakibatkan kerosakan kepada bahan binaan (Husein Ibrahim Tebin, 2009).
2.5.5. Kos Sampel
Kos sampel kebiasaanya akan diambil bagi mengetahui kualiti bahan binaan
yang hendak digunapakai di tapak (Husein Ibrahim Tebin, 2009). Sampel cerucuk yang
digunakan adalah cerucuk ujian yang akan dipacu kedalaman yang maksimum bagi
mengetahui kedalaman maksimum hentakan.
28
2.6. Buruh
Buruh binaan begitu penting dalam industri pembinaan. Buruh didefinisikan
sebagai pekerja yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan di tapak sekaligus membantu
kontraktor membina bangunan yang telah direkabentuk. Buruh boleh terdiri daripada
warga tempatan atau orang asing yang memiliki permit sah tidak kira samada lelaki atau
perempuan. Kemajuan sesuatu projek juga sangat dipengaruhi oleh tenaga buruh ini.
Jenis kerja, kategori dan prestasi buruh akan menentukan kos bagi sesuatu kerja semasa
pembinaan (Abd Ghani, Razali, Zakaria dan Saidin, 2007)
Kos buruh adalah komponen penting kos keseluruhan projek pembinaan. Len
Holm, John E.S, Dennis dan Thomas Cole (2005), menyatakan sebahagian besar kos
buruh adalah upah tetapi termasuk juga bayaran tambahan seperti kerja lebih masa,
bonus, penyeliaan, insuran dan latihan kemahiran buruh. Upah buruh yang ditetapkan
adalah berbeza mengikut jenis kemahiran.
Kadar buruh menurut Abd Ghani, Razali, Zakaria dan Saidin (2007), adalah
merangkumi upah asas, overhed buruh iaitu pampasan pekerja, caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja, bonus dan sebagainya. Overhed am pula merangkumi alat tulis
dan lain-lain serta untung yang diperolehi bagi setiap kerja yang telah dilaksanakan.
Buruh boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan tahap kemahiran iaitu
buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir.
29
2.6.1. Kadar Buruh Mahir
Buruh mahir adalah tukang ataupun pekerja yang mempunyai kepakaran dan
pengalaman untuk sesuatu kerja. Contoh pekerja mahir adalah pekerja cerucuk,
pengendali cerucuk dan pemerhati (watchman). Menurut Abd Ghani, Razali, Zakaria
dan Saidin (2007), taraf kemahiran bagi buruh ini selalunya diberikan berdasarkan
kepada tempoh mereka bekerja di dalam industri pembinaan. Selain itu, terdapat juga di
mana buruh-buruh ini menjalani latihan kemahiran di bawah kelolaan kerajaan seperti
Akademi Binaan Malaysia bagi mendapatkan taraf kemahiran tersebut.
Menurut lagi kajian yang dilakukan oleh Abd Ghani, Razali, Zakaria dan Saidin
(2007), peratus bilangan buruh mahir berbanding dengan lain-lain buruh dalam industri
binaan agak kecil iaitu sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan kerja. Selain itu, dari
segi bayaran pula, buruh mahir seperti pekerja cerucuk menerima bayaran paling tinggi
berbanding dengan lain-lain buruh mengikut kepakaran mereka. Jadual 2.4 menunjukkan
purata harga buruh mahir di dalam kerja-kerja cerucuk di dua buah negeri iaitu Kuala
Lumpur dan Johor mengikut kategori bangunan.
.
30
Bil Huraian
Kerja Unit
JOHOR KUALA LUMPUR
Julat Harga
(RM) Harga
Purata
(RM)
Per
atu
san
Per
bez
aan
(%
)
Julat Harga
(RM) Harga
Purata
(RM)
Per
atu
san
Per
bez
aan
(%
)
Min Max Min Max
Projek Perumahan
1 Watchman Hari 50.00 60.00 55.00 18 55.00 70.00 62.75 24
2 Pekerja
Cerucuk Hari 50.00 70.00 62.75 32 60.00 70.00 67.75 15
3 Pengendali
Cerucuk Hari 60.00 80.00 69.00 29 70.00 90.00 77.00 26
Projek Rumah Kedai/Komersial
1 Watchman Hari 50.00 70.00 62.75 32 60.00 75.00 66.50 23
2 Pekerja
Cerucuk Hari 60.00 75.00 66.00 23 60.00 75.00 69.00 22
3 Pengendali
Cerucuk Hari 60.00 80.00 70.50 28 70.00 90.00 79.00 25
Projek Bangunan Tinggi
1 Watchman Hari 60.00 75.00 67.25 22 60.00 90.00 68.75 44
2 Pekerja
Cerucuk Hari 60.00 80.00 72.75 27 60.00 90.00 72.00 42
3 Pengendali
Cerucuk Hari 60.00 80.00 72.00 28 80.00 90.00 84.25 12
Jadual 2.4: Jadual Perbandingan Harga Purata Buruh Mahir Untuk Kerja-Kerja Cerucuk
(Sumber: Abd Ghani, Razali, Zakaria Dan Saidin, 2007)
31
2.6.2. Kadar Buruh Separa Mahir
Buruh separa mahir juga terlibat di dalam kerja-kerja binaan yang memerlukan
kepakaran. Walau bagaimanapun, tahap kepakaran tersebut tidaklah setinggi buruh
mahir yang banyak membuat keputusan di dalam menentukan cara kerjanya. Semasa
kerja-kerja pembinaan, buruh separa mahir ini menjadi pembantu kepada buruh mahir.
Peratusan bilangan buruh separa mahir agak besar berbanding dengan buruh mahir iaitu
40 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja dalam industri binaan (Abd Ghani, Razali,
Zakaria dan Saidin, 2007).
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Abd Ghani, Razali, Zakaria dan
Saidin (2007), kadar upah bagi buruh separa mahir adalah lebih rendah daripada upah
buruh mahir dengan peratus pebezaan antara 7%-17%. Berbanding dengan buruh mahir,
buruh separa mahir hanya memerlukan masa bekerja antara satu hingga lima tahun
untuk memperoleh kemahiran separa mahir. Jadual 2.5 menunjukkan purata harga buruh
separa mahir di dalam kerja-kerja cerucuk di dua buah negeri iaitu Kuala Lumpur dan
Johor mengikut kategori bangunan.
32
Bil Huraian
Kerja Unit
JOHOR KUALA LUMPUR
Julat Harga
(RM) Harga
Purata
(RM)
Per
atusa
n P
erb
ezaa
n (
%)
Julat Harga
(RM) Harga
Purata
(RM)
Per
atusa
n P
erb
ezaa
n (
%)
Min Max Min Max
Projek Perumahan
1 Watchman Hari 45.00 60.00 52.50 29 40.00 60.00 52.00 38
2 Pekerja
Cerucuk Hari 45.00 65.00 53.50 37 40.00 60.00 53.00 38
3 Pengendali
Cerucuk Hari 50.00 65.00 56.75 26 40.00 70.00 58.50 51
Projek Rumah Kedai/Komersial
1 Watchman Hari 50.00 70.00 56.50 35 40.00 60.00 53.25 38
2 Pekerja
Cerucuk Hari 50.00 70.00 57.50 35 40.00 60.00 53.75 37
3 Pengendali
Cerucuk Hari 50.00 70.00 60.50 33 40.00 70.00 60.50 50
Projek Bangunan Tinggi
1 Watchman Hari 50.00 75.00 61.75 32 40.00 60.00 54.25 37
2 Pekerja
Cerucuk Hari 50.00 70.00 62.00 32 40.00 65.00 55.75 45
3 Pengendali
Cerucuk Hari 50.00 70.00 62.75 40 40.00 75.00 62.75 56
Jadual 2.5: Jadual Perbandingan Harga Purata Buruh Separa Mahir Untuk Kerja-Kerja
Cerucuk (Sumber: Abd Ghani, Razali, Zakaria Dan Saidin, 2007)
33
2.6.3. Kadar Buruh Tidak Mahir
Buruh tidak mahir juga dikenali sebagai buruh am. Biasanya, buruh-buruh am ini
hanya menjalankan kerja-kerja seperti memunggah bata atau sebagai pembantu kepada
pekerja mahir. Kemahiran buruh tidak mahir boleh meningkat berdasarkan pemerhatian
serta latihan dan faktor ini akan meningkatkan lagi kualiti kerja serta kemahiran mereka.
Di dalam kerja cerucuk konkrit terpintal ini, buruh tidak mahir diperlukan bagi
kerja-kerja memunggah, memuat serta meratakan kepala cerucuk konkrit. Bilangan
buruh tidak mahir bagi melakukan aktiviti di dalam kerja cerucuk ini hanya melibatkan
dua hingga tiga buruh sahaja (Ahamad Abdullah, 2006). Jadual 2.6 menunjukkan purata
harga buruh tidak mahir di dalam kerja-kerja cerucuk di dua buah negeri iaitu Kuala
Lumpur dan Johor mengikut kategori bangunan.
34
Bil Huraian
Kerja Unit
JOHOR KUALA LUMPUR
Julat Harga
(RM)
Harga
Purata
(RM)
Per
atu
san
Per
bez
aan
(%
)
Julat Harga
(RM)
Harga
Purata
(RM)
Per
atu
san
Per
bez
aan
(%
)
Min Max Min Max
Projek Perumahan
1 Buruh Am
(Lelaki) Hari 40.00 50.00 43.25 23 40.00 60.00 46.00 43
2 Buruh Am
(Wanita) Hari 35.00 50.00 41.50 36 30.00 50.00 44.00 45
Projek Rumah Kedai/Komersial
1 Buruh Am
(Lelaki) Hari 40.00 50.00 44.50 22 40.00 60.00 47.00 43
2 Buruh Am
(Wanita) Hari 40.00 50.00 43.50 23 30.00 50.00 45.00 44
Projek Bangunan Tinggi
1 Buruh Am
(Lelaki) Hari 40.00 50.00 46.75 21 40.00 70.00 48.00 63
2 Buruh Am
(Wanita) Hari 40.00 50.00 45.75 22 40.00 50.00 45.00 22
Jadual 2.6: Jadual Perbandingan Harga Purata Buruh Tidak Mahir Untuk Kerja-Kerja
Cerucuk (Sumber: Abd Ghani, Razali, Zakaria Dan Saidin, 2007)
35
2.7. Loji Dan Peralatan
Menurut D.J Edward dan G.D Holt (2009), loji pembinaan didefinisikan sebagai
jentera mesin yang boleh bergerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan di tapak bina
seperti jentera pengorek, penggelek atau jentera khas seperti loji pelantak cerucuk
hidraulik (Hydraulic Jacking Machine). Ia juga termasuk kepada mesin yang boleh
melalui jalan awam seperti lori dan kren bergerak. Manakala peralatan pembinaan pula
didefinisikan sebagai mekanisma khas kerja-kerja pembinaan seperti mesin peralatan
tangan atau pengilat lantai. Namun begitu, secara ringkasnya, terma “loji” seringkali
dikaitkan bersama peralatan pembinaan.
G.R Holland (1994) menyatakan bahawa jenis hentakan yang biasa digunakan
terhadap cerucuk konkrit adalah tukul jatuh atau tukul hidraulik. Walaupun ianya
mengeluarkan bunyi bising sekitar jentera namun tidak memberi kesan besar terhadap
penduduk sekitar yang berada 20 meter atau 30 meter dari tapak bina tersebut. Pada
masa yang sama, terdapat juga gegaran dengan cerucuk dan ianya bergantung kepada
keluasan tapak, jenis tanah dan kekuatan hentakan yang digunakan semasa proses
penanaman cerucuk tersebut. Gabungan loji cerucuk adalah loji hidraulik cerucuk serta
kren bagi mengangkut dan menempatkan cerucuk di poin sebelum dihentak. Berikut
adalah kos yang perlu ditanggung semasa penggunaan loji di tapak iaitu Kos Tetap, Kos
Pengoperasian dan Kos Perubahan.
36
2.7.1. Kos Tetap
Menurut Husein Ibrahim Tebin (2009), kos tetap melibatkan kos modal loji, kos
penggantian dan kos penyelenggaraan serta pembaikan loji. Penyelenggaraan loji serta
peralatan pembinaan akan mengekalkan keadaan produktif dan keselamatan loji.
Menurut D.J Edward dan G.D Holt (2009), aktiviti menyelenggara boleh meningkat
sehingga 40 peratus kos pengoperasian.
2.7.2. Kos Pengoperasian
Kos pengoperasian melibatkan kehadiran operator serta minyak kenderaan serta
minyak pelincir. Kebolehan operator dalam mengendalikan loji akan memberi banyak
manfaat seperti prestasi dalam risiko keselamatan dan kesihatan dan penjimatan kos
pembaikan loji. (D.J Edward dan G.D Holt, 2009).
37
2.7.3. Kos Perubahan
Kos perubahan pula hanya melibatkan pengangkutan jentera atau loji ke tapak
dan kerja-kerja sementara di tapak. Kos mengangkut jentera dari kilang ke tapak
bergantung kepada jarak serta situasi ekonomi semasa keadaan industri pembinaan.
Jadual 2.7 menunjukkan kadar sewa loji utama cerucuk (Ahamad Abdullah, 2006).
Loji Kadar sewa/hari
(RM)
Kren bergerak 20T 400.00
rangkak 35 T 750.00
Trak Pemunggah
6 Ton 210.00
10 Ton 300.00
25 Ton 450.00
Lori Biasa 6 Ton 250.00
10 Ton 350.00
Set Penjana 20 kvA 120.00
50 kvA 180.00
Gerudi Tukul Pneumatik - 30.00
Set pemotong Oksiasetilena 100.00
elektrik 300 amp 160.00
Pengetar konkrit < 75 mm 45.00
> 75 mm 60.00
Jadual 2.7: Kadar Sewa Loji Utama Cerucuk
(sumber: Ahamad Abdullah, 2006)
38
2.8. Overhed
Kadar harga overhed untuk projek bergantung kepada saiz dan kepentingan
sesuatu projek. Segala perkara yang memberi kesan kepada kos perlu disenaraikan oleh
kontraktor termasuk perkara yang termaktub di dalam kontrak. Keperluan klien dan juru
perunding juga perlu dimasukkan sekali di dalam kadar harga overhed. Overhed
merupakan satu bahagian yang sangat penting untuk dihargakan oleh kontraktor kerana
ianya menentukan ketepatan sesuatu harga pada peringkat awalan semasa memasuki
tender. Perkara ini diperlukan kerana maklumat yang wujud pada masa tersebut adalah
terhad (Husein Ibrahim Tebin, 2009).
Overhed melibatkan beberapa item untuk dihargakan seperti keperluan majikan,
pihak pengurusan dan pekerja, kemudahan dan perkhidmatan, kerja-kerja sementara,
kemudahan di tapak, penggunaan buruh, syarat-syarat kontrak, peralatan bukan jentera
serta lain-lain perkara seperti pengambilan sampel dan ujian bahan. Di dalam kerja-kerja
cerucuk, hanya sebahagian item sahaja yang diambil kira kerana jenis kontrak hanya
melibatkan kontaktor utama dengan sub kontraktor cerucuk sahaja.
39
2.8.1. Pihak Pengurusan
Bahagian ini melibatkan kadar overhed untuk beberapa pihak di dalam
pengurusan sub kontraktor cerucuk seperti pengurus tapak, pekerja cerucuk, jurutera,
juruukur bahan, kerani am dan pemerhati. Kadar overhed yang diletakkan terhadap
pihak pengurusan adalah berdasarkan kepada saiz dan tahap komplek sesuatu projek.
Pengurusan harian dan kawalan bagi pekerja serta loji cerucuk diambil kira di dalam
kadar overhed bersama pihak pengurusan teknikal seperti jurutera dan juruukur bahan
yang berfungsi melakukan analisis terhadap kaedah kerja yang dijalankan serta
mengawal kualiti penanaman cerucuk. (Husein Ibrahim Tebin, 2009).
2.8.2. Kemudahan dan Perkhidmatan
Perbelanjaan untuk kemudahan dan perkhidmatan sangat diperlukan bagi
melaksanakan kerja di tapak. Menurut lagi Husein Ibrahim Tebin (2009), ada beberapa
perkara perlu diambil perhatian di dalam menghargakan overhed bagi bahagian ini.
Antaranya adalah bekalan kuasa, telefon, alat tulis, kelengkapan pejabat, komputer,
sistem keselamatan dan bekalan elektrik sementara seperti transformer atau sistem
pengagihan kuasa.
40
2.8.3. Kerja-Kerja Sementara
Tujuan utama kerja sementara dimasukkan di dalam kadar overhed adalah untuk
meningkatkan struktur tanah, mengurangkan aliran air bawah tanah dan kawalan
keselamatan. Contoh kerja sementara yang dilakukan semasa kerja-kerja cerucuk
dilakukan adalah seperti laluan di dalam tapak bagi memudahkan lori mengangkut dan
menghantar cerucuk ke poin, kerja-kerja mengeluarkan air dari dalam tanah
(dewatering), membina struktur sementara dan melaksanakan langkah-langkah
perlindungan terhadap alatan serta komponen cerucuk yang berharga dan mahal (Husein
Ibrahim Tebin, 2009).
2.8.4. Kemudahan Di Tapak
Husein Ibrahim Tebin (2009) menyatakan bahawa peruntukan bagi kemudahan
di tapak perlu dikira mengikut keperluan undang-undang. Kemudahan yang perlu
diadakan di tapak bagi kerja-kerja cerucuk adalah seperti pejabat, stor, kenderaan serta
melangsaikan caj yang terlibat kepada pihak berkuasa tempatan bagi menyewa sesuatu
tempat untuk membina kemudahan
41
2.8.5. Penggunaan Pekerja
Pertimbangan terhadap jumlah penggunaan pekerja bergantung kepada jenis
kerja yang perlu dilakukan oleh mereka. Penggunaan pekerja atau buruh di dalam kerja-
kerja cerucuk konkrit terpintal tidak banyak diperlukan disebabkan jenis kerja cerucuk
yang tidak memerlukan banyak penggunaan tenaga buruh. Kadar overhed buruh dikira
berdasarkan kerja mereka seperti memunggah dan mengendali cerucuk, pembersihan
serta operator loji cerucuk walaupun penglibatannya tidak sepanjang masa namun perlu
juga dikira kadar overhednya Len Holm, John E.S, Dennis dan Thomas Cole (2005).
2.8.6. Syarat Kontrak
Kadar overhed bagi syarat kontrak adalah bertujuan menyediakan peruntukan
untuk sebarang perubahan kerja di dalam kerja-kerja cerucuk. Perubahan kerja mungkin
disebabkan oleh kadar turun naik harga bahan dan sub kontraktor perlu menganggarnya
di dalam bahagian awalan. Selain itu, isu insuran, bond dan waranti juga perlu dipenuhi
bagi mengikut syarat kontrak. Isu-isu tersebut diambil kira di dalam overhed kerana
untuk memberi jaminan kepada klien (Husein Ibrahim Tebin, 2009).
42
2.8.7. Peralatan Bukan Jentera
Melibatkan kos beberapa peralatan seperti peralatan mengukur, penggunaan
peranca, kren bergerak dan peralatan serta kelengkapan kecil cerucuk (J.I.W Bentley,
1990).
2.8.8. Lain-Lain Perkara
Menurut Husein Ibrahim Tebin (2009), lain-lain perkara yang perlu dikira dalam
kadar overhed adalah seperti pengambilan sampel ujian, sistem kualiti, perkhidmatan
perlindungan dan keselamatan. Ujian dan sampel adalah penting kerana untuk menjaga
kualiti bahan serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Contoh ujian adalah ujian
beban cerucuk dan ujian beban tetap.
BAB III
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1. Pengenalan
Menurut kamus dewan edisi keempat, metodologi didefinasikan sebagai satu
sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam satu kegiatan,
disiplin dan sebagainya. Segala data dan maklumat yang diperlukan untuk mencapai
objektif penyelidikan seperti mana yang digariskan dapat dicapai melalui kajian
terperinci dan teratur. Menurut Kamaruddin Ngah dan Roslin (1990), peranan
penyelidikan amat penting dalam proses pembangunan manusia dan sumber. Secara
tidak langsung, penyelidikan dapat membantu manusia dalam meluaskan pengetahuan
dan keperluan diri.
44
Oleh demikian, bab ini akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan
kaedah perlaksanaan kajian. Ia merangkumi maklumat bagi mencapai objektif
penyelidikan. Kaedah yang bertepatan dengan kehendak dan bentuk kajian sangat
penting bagi menjamin kesahihan sumber data dan seterusnya dapatan yang akan
diperolehi penyelidik (Rohana, 2004). Bagi melicinkan perlaksanaan kajian, satu
perancangan kajian dibentuk di mana terkandung aspek mengenai rekabentuk kajian,
prosedur kajian, persampelan kajian, instrumen kajian dan analisis data.
Objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kos-kos
yang terlibat dalam kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina yang
berbeza strata tanah.
Berdasarkan objektif ini, beberapa matlamat khusus diterbitkan oleh pengkaji
iaitu, untuk mengenalpasti kepelbagaian kos yang terlibat di dalam kerja-kerja cerucuk
di tapak bina yang telah siap dilakukan. Matlamat khusus seterusnya adalah untuk
mengenalpasti jangka masa yang diperlukan bagi menyelesaikan satu-satu kerja cerucuk
konkrit terpintal di tapak bina yang berlainan strata tanah. Menurut Zayed dan Halpin
(2005), faktor strata tanah sangat memberi kesan kepada kos dan masa kerja-kerja
cerucuk.
Oleh demikian, penyelidikan ini haruslah memastikan objektif seperti di atas
dapat dicapai bagi memenuhi kehendak penyelidikan. Dalam penulisan bab ini,
penyelidikan akan menggunakan beberapa kaedah kajian yang bersesuaian dan
seterusnya analisis akan dikumpul untuk mendapatkan kesimpulan yang bersesuaian
terhadap kajian.
45
PERINGKAT I
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
PERINGKAT II
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
PERINGKAT II
PERINGKAT III
………………………………………………………………………………………...........
PERINGKAT IV
……………………………………………………………………………………………...
PERINGKAT V
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi Penyelidikan
Pemilihan Tajuk dan Penentuan
Masalah
Data Sekunder:
• Buku
• Artikel
• Jurnal
• Tesis lepas
Data Primer:
• Kajian Kes
� Temubual
� Pemerhatian secara penyertaan
� Analisis dokumen
Penyataan Masalah
Kenalpasti Objektif dan Skop
Penentuan Data
Pengumpulan Data
Pencapaian Objektif
Penyusunan dan Penyemakan
Penganalisian Data
Cadangan dan Kesimpulan
Penulisan dan Penyerahan
46
3.2. Rekabentuk Penyelidikan
Sebelum penyelidikan dijalankan, rekabentuk kajian hendaklah dilaksanakan
terlebih dahulu bagi membantu proses penyelidikan. Menurut Stacey (1970), rekabentuk
kajian adalah penting dalam memahami cara dan proses yang digunakan untuk
memastikan objektif kajian dapat dicapai.
Rajah 3.1 menerangkan rekabentuk yang akan dilaksanakan untuk penyelidikan
ini dimana melibatkan lima peringkat iaitu peringkat pertama, kedua, ketiga, keempat
dan kelima. Kesemua peringkat ini membantu untuk menyelesaikan kajian ini.
3.2.1. Peringkat Pertama – Penyataan Isu
Untuk peringkat pertama, ia meliputi tiga proses yang utama iaitu:
47
a) Pemilihan bidang dan tajuk
Peringkat ini akan dilaksanakan bersama-sama dengan penasihat penyelidik
dimana perbincangan adalah berkisar mengenai perkara yang akan dikaji. Perbincangan
menjurus kepada penentuan topik yang relevan untuk dibuat kajian. Selain itu, pemilihan
tajuk juga turut dilakukan. Dalam mendapatkan tajuk kajian ini, pembacaan daripada
jurnal-jurnal, buku-buku dan nota berkaitan dengan tajuk kajian dilaksanakan di
perpustakaan.
Pada tahap ini, penyelidik akan mengumpul segala maklumat yang diperlukan
dalam kajian dan isu-isu yang berkaitan akan dinyatakan untuk menyokong tindakan
penyelidikan ini dilaksanakan.
b) Penyataan masalah
Di dalam setiap penyelidikan mestilah mempunyai matlamat dan objektif yang
khusus. Setiap penyelidikan perlulah bermula dengan masalah dan isu-isu yang relevan
dengan keadaan semasa. Menurut Rohana (2004), penyataan masalah mestilah tepat
kerana penyataan masalah yang umum tidak dapat memberikan objektif yang jelas.
Secara tidak langsung, penyelidik menghadapi kesukaran dalam menentukan kaedah
penyelidikan yang sesuai dan bertepatan serta pemprosesan data yang terbaik.
48
Selain itu, kajian literatur juga penting dalam menghuraikan maklumat-maklumat
umum tentang penyelidikan yang ingin dilaksanakan. Penyelidikan ini dilakukan untuk
mendapatkan sumber sekunder yang mana terdiri daripada tesis-tesis lepas, buku, artikel
dan jurnal seperti buku Anggaran Kos Kerja Bangunan (Ahamad Abdullah, 2006),
Jadual Kadar Harga (Jabatan Kerja Raya, 2009), tesis Penggunaan Cerucuk Spun Di
Jambatan Sungai Tupai, Perak (Hulwani Abdul Aziz, 2005), jurnal Menghargakan
Harga Tender Untuk Pembina (Hussein Ibrahim Tebin, 2009) dan sebagainya. Prosedur
seterusnya akan menentukan objektif dan skop penyelidikan.
c) Penentuan objektif dan skop penyelidikan
Berdasarkan penyataan masalah, objektif dan skop penyelidikan yang telah
ditentukan akan diikuti pula dengan pembentukan skop penyelidikan yang lebih khusus.
Penentuan objektif perlulah berada pada lingkungan yang lebih mendalam dan spesifik.
Tujuannya adalah bagi memastikan penyelidikan yang akan dijalankan dapat
ditumpukan dan dilaksanakan secara mendalam dan teratur.
49
3.2.2. Peringkat Kedua – Penyelidikan Awalan
Tajuk penyelidikan ini adalah mengenai kos-kos yang terlibat dalam penggunaan
cerucuk konkrit terpintal di tapak bina yang mana untuk peringkat kedua ini, segala
maklumat yang diperolehi dari pembacaan, lawatan ke jabatan kerajaan dan segala
gambaran tentang cerucuk perlulah disimpan. Pembacaan secara menyeluruh terhadap
kos-kos cerucuk boleh diperolehi daripada tesis-tesis lepas, buku, artikel, jurnal dan
sumber bacaan-bacaan yang lain.
3.2.3. Peringkat Ketiga – Penentuan Dan Pengumpulan Data
Pada peringkat ketiga, penentuan data dan pengumpulan data boleh dibahagikan
kepada dua jenis data iaitu, data primer dan data sekunder:
3.2.3.1. Data Sekunder
Merujuk Rohana (2004), data sekunder melibatkan kaedah menggunakan
sumber-sumber dokumentari. Data sekunder merupakan data yang diperolehi melalui
50
sumber-sumber ilmiah dan bahan-bahan bercetak seperti buku rujukan, laporan akhbar,
artikel dalam jurnal, laporan penyelidikan, majalah serta sumber-sumber penulisan lain
yang berkenaan dengan bidang penyelidikan ini. Kebiasaanya maklumat boleh
diperolehi di perpustakaan. Dengan ini, data tersebut dapat memberi gambaran secara
jelas dan menyeluruh terhadap penyelidikan yang dibuat.
3.2.3.2. Data Primer
Pengumpulan data primer adalah data yang dikumpulkan oleh penyelidik sendiri
untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang penyelidikan. Bagi penyelidikan
ini, bentuk penyelidikan adalah berbentuk kajian kes. Kajian kes lebih kepada teknik
penerangan, permahaman dan penjelasan yang melibatkan permilihan lebih daripada
satu kajian kes sebagai kaedah untuk menguji sesuatu keadaan atau perkara. (Hamel,
1993)
Seterusnya penentuan kaedah pengumpulan data primer bagi tujuan analisis data
akan dibuat. Menurut Yin (1984), kaedah kajian kes mempunyai tujuh strategi
pengumpulan data yang boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu penyelidikan.
Strategi-strategi ini adalah:
51
1. Kaedah temubual
Kaedah temubual ini, kebiasaanya digunakan untuk mendapatkan maklumat
dengan kadar segera dan dapat melihat persepsi seseorang secara bersemuka.
Terdapat tiga jenis temubual iaitu berstruktur, tidak berstruktur dan separuh
struktur.
2. Kaedah soal selidik
Kaedah soal selidik adalah sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara
bertulis. Responden akan diberikan soalan untuk memberikan jawapan yang
ringkas atau memilih jawapan yang disediakan.
3. Kaedah pemerhatian secara terus
Kaedah pemerhatian secara terus ialah kaedah yang boleh dilakukan setiap masa
dengan meneliti segala perlakuan bagi sesuatu penyelidikan. Ia adalah secara
langsung dan berada pada masa kejadian tersebut.
4. Kaedah pemerhatian secara penyertaan
Bagi kaedah pemerhatian secara penyertaan ialah kaedah di mana pemerhatian
akan disertai dengan pihak-pihak lain sama ada pihak klien atau wakil dari pihak
kontraktor, jurutera dan sebagainya.
5. Kaedah dokumen
Kaedah dokumen ini ialah kaedah dimana segala maklumat yang diperolehi
adalah dari sumber-sumber bertulis seperti laporan kemajuan, rekod-rekod
cerucuk, laporan penyiasatan tapak dan sebagainya.
52
6. Kaedah pencapaian rekod (archival record)
Kaedah pencapaian rekod ialah kaedah sama dengan kaedah dokumen tetapi
maklumat-maklumat terdapat di dalam komputer.
7. Kaedah artifak fizikal
Kaedah ini menggunakan sesuatu bahan sebagai bahan ujikaji secara fizikal.
Daripada ke tujuh-tujuh kaedah tadi, kajian ini akan hanya menggunakan kaedah
temubual, pemerhatian secara penyertaan dan dokumen untuk mengumpul segala data
primer. Dalam kajian kes ini, kaedah temubual digunakan untuk memperoleh segala
maklumat berkaitan daripada pihak subkontraktor cerucuk yang telah menjalankan dan
memiliki pengalaman luas dalam mengendalikan kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal.
Pemerolehan maklumat dilakukan dengan cara melalui telefon, surat, email dan
pertanyaan secara terus.
Menurut Idid (1992), kaedah pengumpulan maklumat data memerlukan respon
dengan kadar segera. Bagi kaedah temubual pula, ia terbahagi kepada tiga iaitu
berstruktur, tidak berstruktur dan separuh struktur.
i. Temubual berstruktur
Bagi temubual berstruktur, soalan-soalan yang akan ditujukan adalah soalan yang
sudah disediakan terlebih dahulu. Soalan-soalan ini kebiasaanya telah dirancang
dan responden boleh menjawab soalan dengan lebih spesifik.
53
ii. Temubual tidak berstruktur
Bagi temubual tidak berstruktur, soalan-soalan yang akan ditanya tidak
disediakan. Biasanya, soalan yang akan ditanya adalah secara bebas dan
mengikut keperluan semasa.
iii. Temubual separuh struktur
Bagi temubual separuh struktur, ialah temubual yang mengabungkan temubual
berstruktur dan tidak berstruktur.
Menurut Bailey (1984), menyatakan bahawa kaedah dokumen ialah bahan
bertulis yang mengandungi maklumat mengenai aspek kajian yang hendak dikaji. Antara
contoh dokumen yang boleh diperolehi adalah memorandum, minit menyuarat dan
laporan sesuatu perkara.
Penyelidikan ini akan menggunakan tiga gabungan kaedah iaitu kaedah temubual,
pemerhatian secara penyertaan dan kaedah dokumen bagi mencapai objektif
penyelidikan.
Kaedah temubual separuh struktur dipilih bagi memastikan semua maklumat
yang akan ditanya dapat diperolehi dengan segera. Selain itu, data yang diprolehi akan
dapat dikawal semasa proses analisis dijalankan. Maka, pemilihan jenis kaedah
temubual separuh struktur akan dapat membantu penyelidik mencapai objektif yang
digariskan berpandukan soalan yang dibina beserta pilihan jawapan yang disediakan.
54
3.2.3.3. Penyediaan Borang Temubual Separuh Struktur
Soalan temubual separuh struktur adalah satu senarai soalan yang dicetak dan
bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan
(Izham, 2000). Penyediaan borang temubual separuh struktur yang lengkap telah
dilakukan sebelum temubual sebenar dijalankan ke atas responden yang dipilih. Borang
temubual ini akan menjawab objektif penyelidikan ini.
3.2.3.4. Rekabentuk Borang Temubual Separuh Struktur
Borang temubual separuh struktur ini dibentuk kepada dua bahagian iaitu
bahagian A dan bahagian B. Pembahagian ini dilakukan supaya data yang dikehendaki
lebih tersusun dan yang penting memudahkan responden untuk memahami dalam
mengisi borang temubual. Responden bagi kajian ini melibatkan sub kontraktor cerucuk
dari lima buah tapak bina.
i. Bahagian A
Dalam bahagian ini, maklumat yang akan diperolehi dalam penyelidikan adalah
berkaitan kategori bangunan, tempoh masa kerja cerucuk, jenis tanah dan saiz cerucuk
55
yang digunakan di dalam projek tersebut. Responden akan ditemubual berdasarkan
rekod kerja-kerja cerucuk di tapak binanya dan dikehendaki menandakan [ / ] pada kotak
jawapan pilihan. Item-item yang terdapat di dalam bahagian A adalah seperti di berikut:
• Kategori Bangunan
• Tempoh masa kerja cerucuk
• Jenis tanah
• Saiz Cerucuk Konkrit Terpintal
ii. Bahagian B
Bahagian B pula terdiri daripada 54 item berkaitan dengan persoalan kajian iaitu
apakah kos-kos yang terlibat di dalam kerja-kerja cerucuk jenis ini serta bagaimana
strata tanah mempengaruhi kos dalam kerja penanaman cerucuk. Item-item tersebut
dibahagikan kepada lima sub-bahagian mengikut pembahagian kos berdasarkan tapak
bina yang dikaji seperti di bawah:
• Bahagian 1: Kos bahan
• Bahagian 2: Kos buruh
• Bahagian 3: Kos peralatan
• Bahagian 4: Kos overhed
• Bahagian 5: Lain-lain kos
56
Dalam kajian ini, item-item diukur menggunakan peratusan seterusnya
diterjemahkan dalam bentuk jadual. Kaedah ini paling sesuai bagi memudahkan
pembaca membandingkan variasi kos kerja-kerja cerucuk mengikut keadaan tapak bina
yang berlainan. Bagi setiap keadaan tapak, hanya satu projek yang akan menjadi kajian
kes. Setiap projek itu dibandingkan secara peratusan berdasarkan komponen kos-kos
cerucuk. Setiap soalan yang direkabentuk adalah berpandukan kepada pemboleh ubah
yang hendak dikaji dalam penyelidikan ini. Selain itu, responden juga perlu mengisi
sebahagian jawapan yang difikirkan terbaik berdasarkan aspek kerja cerucuk yang telah
dijalankan oleh mereka di tapak bina.
3.2.4. Peringkat Keempat – Penganalisisan Data
Menurut Yin (1984), analisis data melibatkan kerja menguji, mengkategorikan,
menjadualkan dan mencantum bukti yang diperolehi untuk mendapatkan hasil kajian.
Selepas pengumpulan semua data primer yang diperolehi, ia perlulah dikelaskan kepada
kumpulan-kumpulan kecil untuk memudahkan kerja penganalisisan.
Data yang diperolehi dari temubual akan diproses menggunakan perisian
komputer iaitu Microsoft Office Excel bagi memudahkan segala maklumat yang
diperolehi dikumpulkan. Seterusnya Idid (1992) menyatakan, selepas maklumat
dikenalpasti, disusun dan disunting, kerja analisis akan dimulakan. Penyelidikan ini akan
menggunakan kaedah analisis frekuensi dan jadual. Bahagian A soalan temubual akan
menggunakan kaedah analisis frekuensi dan jadual. Manakala bahagian B akan
menggunakan kaedah analisis peratusan, rajah dan juga jadual.
57
Selain analisis temubual separuh struktur, analisis dokumen juga akan
dilaksanakan bagi membandingkan data di bahagian B. Data seperti laporan penyiasatan
tapak, rekod cerucuk dan data anggaran kos kontraktor akan digunakan untuk dibuat
perbandingan mengenai kos-kos yang terlibat di dalam kerja-kerja penanaman cerucuk
yang berlainan tapak projek dan strata tanah, melalui perbandingan ini persamaan dan
perbezaan kos-kos yang terlibat akan dikenalpasti.
3.2.4.1. Analisis Frekuensi
Teknik ini akan digunakan untuk menentukan hasil kajian bagi jumlah data yang
terhasil di bahagian A dan bahagian B. Kaedah ini digunakan kerana amat mudah untuk
difahami. Data yang didapati akan dikira dalam bentuk peratusan. Peratusan diperolehi
dengan menggunakan formula dibawah:
Peratusan (%) = Jumlah Komponen Kos x 100
Jumlah Kos Projek
Hasil kajian akan dipersembah dalam bentuk carta bar atau carta pai bagi
memudahkan permahaman terhadap analisis yang dibuat.
58
3.2.5. Peringkat Kelima – Hasil Penyelidikan
Akhir sekali ialah kesimpulan terhadap analisis yang akan diperolehi.
Kesimpulan yang dibuat akan merumuskan sama ada objektif yang dikaji tercapai
ataupun tidak dan komen dari hasil kajian akan dibuat.
3.3. Pemilihan Populasi Penyelidikan
Populasi ialah satu sasaran kumpulan yang besar yang mempunyai kaitan dalam
penyelidikan ini. Biasanya, populasi dipilih dahulu barulah penyelidik dapat
mengenalpasti sampel yang ingin dikaji. Bagi penyelidikan ini, populasi yang akan
dipilih adalah merupakan pihak sub kontraktor cerucuk yang menjalankan kerja-kerja
cerucuk di tapak bina yang berbeza strata tanah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
3.4. Pemilihan Sampel
Sampel adalah kumpulan atau responden yang dapat memberikan maklumat dan
fakta dalam melaksanakan kajian penyelidikan. Bagi kajian ini, sampel yang akan dipilih
59
ialah sampel yang hanya melibatkan pihak sub kontraktor yang menjalankan kerja-kerja
cerucuk konkrit terpintal sahaja di tapak bina. Pihak kontraktor akan dihubungi untuk
mendapatkan kebenaran melaksanakan kajian disana.
3.5. Instrumen Penyelidikan
Menurut Rohana (2004), kaedah kualitatif, penulis adalah alat utama
penyelidikan. Implikasinya, penulis akan memainkan peranan yang penting dalam
menganalisis dan menginterpretasikan data yang didapati berdasarkan kadar
pemahamannya. Penulis merupakan instrumen penyelidikan utama dalam kajian ini
kerana mereka merupakan alat penyelidikan yang sensitif dan dapat bertindak balas
dengan cepat. Dokumen yang diperolehi daripada pihak kontraktor adalah dalam bentuk
pencapaian rekod dan data kos bagi kerja-kerja cerucuk di tapak bina. Dokumen-
dokumen ini akan merupakan instrumen dan perlu disimpan dengan baik untuk dibuat
perbandingan dan rujukan bagi penyelidikan ini.
60
3.6. Kesimpulan
Kesimpulan dan cadangan merupakan proses metodologi yang terakhir. Apabila
analisis telah dibuat, kesimpulan terhadap semua maklumat yang diperolehi akan dibuat.
Kesimpulan adalah berdasarkan persoalan objektif kajian melalui kajian literatur, dan
hasil keputusan yang akan diperolehi. Manakala cadangan pula adalah berdasarkan
pandangan penulis terhadap penyelidikan yang akan dilakukan bertujuan untuk
mengatasi masalah yang akan timbul semasa penyelidikan dilakukan. Bahagian
metodologi merupakan satu bahagian penting dalam menjalankan sesuatu kajian.
Metodologi yang bersesuaian banyak membantu menentukan kejayaan kajian tersebut.
Metodologi yang telah dipilih dan diperjelaskan di atas diharap dapat membantu
penyelidikan ini mencapai objektif yang ditetapkan.
BAB IV
4. ANALISIS KAJIAN
4.1. Pengenalan
Analisis kajian ini menumpukan kepada objektif penyelidikan iaitu
mengenalpasti kos-kos yang terlibat semasa penanaman cerucuk konkrit terpintal di
tapak bina yang berbeza strata tanah. Data kajian ini akan melibatkan lima buah
tapak bina di mana ianya dipilih berdasarkan strata tanah yang berbeza-beza di dua
buah negeri, iaitu Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Penganalisaan melibatkan
kesemua sampel yang dikutip. Data seterusnya dianalisis menggunakan Microsoft
Office Excel dengan kaedah frekuensi dan peratusan.
62
Keputuan kajian akan dibandingkan dengan setiap sampel tapak kajian bagi
melihat komponen kos-kos yang terlibat semasa penanaman cerucuk konkrit terpintal
di tapak bina dan menunjukkan variasi kos yang terlibat apabila faktor tanah
dijadikan sebagai pemboleh ubah.
4.2. Analisis Borang Temubual Separuh Struktur
Temubual separuh struktur telah dijalankan ke atas lima buah tapak bina yang
terdiri daripada kontraktor dan sub-kontraktor cerucuk berpengalaman yang telah
menjalankan kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina. Temubual separuh
struktur dijalankan secara bersemuka dengan pihak responden samada di tapak atau
di firma kontraktor.
Soalan temubual separuh struktur dianalisis kepada dua bahagian iaitu
bahagian A dan bahagian B. Bahagian A memfokuskan kepada latar belakang projek,
saiz cerucuk serta strata tanah di tapak bina tersebut. Manakala bahagian B
dipecahkan kepada lima sub bahagian komponen kos iaitu kos bahan, kos buruh, kos
loji, overhed dan lain-lain kos yang berkaitan dengan kerja cerucuk konkrit terpintal.
Keseluruhan kajian kes yang telah dipilih adalah dari Kuala Lumpur dan sekitar
Johor Bahru.
63
a) Tapak Bina A
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Workshop Communication and
Network Operation di PULAPOL, Kuala Lumpur.
b) Tapak Bina B
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Kompleks Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri dan Kuaters di Johor Bahru.
c) Tapak Bina C
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Bangunan Tambahan Fakulti Sains
(RMKe-9) Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim
d) Tapak Bina D
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Pembangunan Tambahan Maktab
PDRM Kuala Lumpur Di Cheras, Kuala Lumpur.
64
e) Tapak Bina E
Cadangan Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan 1170 Unit Rumah
Pangsa Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Bagi Program Perumahan Rakyat
(PPR) Di Sungai Melana, Skudai Kiri, Mukim Pulai, Johor Bahru, Johor
Darul Takzim.
4.2.1. Analisis Data Bahagian A
Bahagian ini mengandungi empat soalan berkaitan latar belakang projek iaitu
kategori bangunan, tempoh masa cerucuk, jenis tanah dan saiz cerucuk yang
digunakan di tapak bina terbabit. Analisis data yang diperolehi ditunjukkan dalam
bentuk jadual, carta dan peratusan. Maklumat di bahagian ini akan membantu dalam
mencapai objektif penyelidikan berkenaan strata tanah di tapak tersebut dan
kesannya ke atas kos yang terlibat dalam penggunaan cerucuk konkrit terpintal.
65
4.2.1.1. Soalan I, II, III dan IV
Daripada temubual yang dijalankan, lima buah projek telah diambil sebagai
sampel kajian berdasarkan jenis strata tanah di tapak bina tersebut. Jadual 4.1 dan 4.2
menunjukkan kategori bangunan kajian, tempoh kontrak, jenis strata tanah, saiz
cerucuk yang digunakan dan jumlah kos projek. Manakala rajah 4.1 pula
menunujukkan bilangan cerucuk yang digunakan di setiap tapak bina.
Jadual 4.1: Latar Belakang Tapak Bina Kajian Beserta Strata Tanah
Kajian
Kes Kategori Bangunan
Tempoh
Masa
Cerucuk
Jenis Tanah
Saiz
Cerucuk
Spun yang
digunakan
A Bangunan Pentadbiran 2 Bulan Tanah Berpasir dan
Batu Kapur 600mm dia
B
Bangunan
Pentadbiran, Kuaters
Kerajaan
3.5 Bulan Tanah Liat Keras
dan Berpasir
600mm dia
300mm dia
C Bangunan Pendidikan 2 Bulan Tanah Liat Lembut
dan berpasir
450mm dia
D Bangunan Pendidikan 2 Bulan Tanah Liat Lembut
dan granit
300mm dia
500mm dia
E Bangunan Perumahan 3 Bulan Tanah Berpasir
(Tanah Paya)
400mm dia
500mm dia
Sumber : Hasil Kajian (2010)
66
Jadual 4.2: Kos Keseluruhan Kerja Cerucuk
Bil Tapak Kos Kerja Cerucuk (RM)
Tapak Bina A 1,061,846.06
Tapak Bina B 2,216,016.70
Tapak Bina C 2,261,236.00
Tapak Bina D 1,890,339.06
Tapak Bina E 9,369,245.30
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Rajah 4.1: Bilangan Cerucuk Konkrit Terpintal Yang Digunakan
Sumber : Hasil Kajian (2010)
72 93
2198
1269
855
70
265
696
0
500
1000
1500
2000
2500
Tapak Bina
A
Tapak Bina
B
Tapak Bina
C
Tapak Bina
D
Tapak Bina
E
Bil
an
ga
n B
ata
ng
Cer
ucu
k
Kajian Kes
Saiz Dan Bilangan Cerucuk Konkrit Terpintal
300mm
400mm
450mm
500mm
600mm
Saiz
Cerucuk
67
4.2.2. Analisis Data Bahagian B
Bahagian ini dipecahkan kepada lima sub bahagian berkaitan komponen kos-
kos yang terlibat di dalam satu-satu kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina. Ini
bertujuan untuk melihat kos-kos yang terlibat secara langsung semasa penanaman
kerja cerucuk secara lebih khusus dan variasi kos yang wujud apabila dilakukan di
atas strata tanah yang berbeza. Analisis data ditunjukkan dalam bentuk jadual dan
peratusan. Data dan maklumat di bahagian ini akan menjawab keseluruhan objektif
penyelidikan ini berkaitan kos-kos yang terlibat di dalam kerja-kerja cerucuk konkrit
terpintal. Hasil daripada analisis akan dapat menentukan sama ada kos-kos yang
terlibat sememangnya wujud ataupun sebaliknya.
4.2.2.1. Soalan 1: Kos Bahan
Daripada analisa yang dibuat ke atas soalan 1(a), 1(b), 1(c), 1(d), 1(e) dan 1(f)
merujuk kepada jadual B(1), B(2), B(3), B(4) dan B(5): Penganalisaan kos-kos yang
terlibat di dalam kerja penanaman cerucuk di bahagian lampiran, maklumat telah
diringkaskan seperti berikut.
68
Jadual 4.3: Analisis Kos Bahan
Kos
Tapak
Bina A
Tapak
Bina B
Tapak
Bina C
Tapak
Bina D
Tapak
Bina E
Kos Cerucuk
Pertama 286,770.00 706,733.10 475,875.00 330,900.75 2,192,811.60
Kos Cerucuk
Sambungan 142,152.75 501,708.60 732,847.50 724,599.00 3,433,780.56
Kos Lori
Penghantaran
Cerucuk
Telah
dimasukkan
ke dalam kos
membekal
cerucuk
12,555.00 76,774.50 11,376.00
Telah
dimasukkan
ke dalam kos
membekal
cerucuk
Lain-Lain Kos
Bahan 106,500.00 Tiada Tiada Tiada Tiada
Jumlah Kos
Bahan
(RM)
535,422.75 1,220,996.70 1,285,497.00 1,066,875.75 5,626,592.16
Harga
Kontrak (RM) 1,061,846.06 2,216,016.70 2,261,236.00 1,890,339.06 9,369,245.30
Peratus (%)
50.42 55.10 56.85 56.44 60.05
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Rajah 4.
Enam soalan berkaitan dengan kos bahan telah disediakan untuk
mengenalpasti kos bahan yang terlibat semasa penanaman kerja penanaman cerucuk
konkrit terpintal dijalankan di tapak bina berserta peratus kos bahan daripada
keseluruhan harga kontrak. Daripada
kos bahan yang paling rendah manakala tapak bina E pula menunjukkan peratus kos
bahan yang paling tinggi. Hasil peratusan ini menunjukkan bahawa sifat tanah
berjeleket melibatkan kos bahan yang tinggi berbanding
berjeleket dari aspek kuantiti cerucuk yang digunakan di tapak bina. Tapak bina A
dan B mewakili sifat tanah tidak berjeleket melibatkan kos bahan sebanyak 50%
daripada keseluruhan kos cerucuk. Tapak bina C, D, dan E pula mewak
berjeleket melibatkan kos bahan sebanyak 56%
cerucuk.
56.44%
60.05%
Rajah 4.2: Peratus Kos Bahan Mengikut Tapak Bina
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Enam soalan berkaitan dengan kos bahan telah disediakan untuk
mengenalpasti kos bahan yang terlibat semasa penanaman kerja penanaman cerucuk
konkrit terpintal dijalankan di tapak bina berserta peratus kos bahan daripada
keseluruhan harga kontrak. Daripada rajah 4.2, tapak bina A menunjukkan peratus
kos bahan yang paling rendah manakala tapak bina E pula menunjukkan peratus kos
bahan yang paling tinggi. Hasil peratusan ini menunjukkan bahawa sifat tanah
berjeleket melibatkan kos bahan yang tinggi berbanding sifat tanah yang tidak
berjeleket dari aspek kuantiti cerucuk yang digunakan di tapak bina. Tapak bina A
dan B mewakili sifat tanah tidak berjeleket melibatkan kos bahan sebanyak 50%
daripada keseluruhan kos cerucuk. Tapak bina C, D, dan E pula mewak
berjeleket melibatkan kos bahan sebanyak 56% - 60% daripada keseluruhan kos
50.42%
55.10%
56.85%
60.05%
Peratus Kos Bahan
69
Peratus Kos Bahan Mengikut Tapak Bina
Enam soalan berkaitan dengan kos bahan telah disediakan untuk
mengenalpasti kos bahan yang terlibat semasa penanaman kerja penanaman cerucuk
konkrit terpintal dijalankan di tapak bina berserta peratus kos bahan daripada
rajah 4.2, tapak bina A menunjukkan peratus
kos bahan yang paling rendah manakala tapak bina E pula menunjukkan peratus kos
bahan yang paling tinggi. Hasil peratusan ini menunjukkan bahawa sifat tanah
sifat tanah yang tidak
berjeleket dari aspek kuantiti cerucuk yang digunakan di tapak bina. Tapak bina A
dan B mewakili sifat tanah tidak berjeleket melibatkan kos bahan sebanyak 50% - 55%
daripada keseluruhan kos cerucuk. Tapak bina C, D, dan E pula mewakili sifat tanah
60% daripada keseluruhan kos
Tapak Bina A
Tapak Bina B
Tapak Bina C
Tapak Bina D
Tapak Bina E
70
Berdasarkan jadual 4.3, tapak bina A merupakan satu-satu tapak bina yang
mempunyai lain-lain kos di dalam kos bahan cerucuk. Berdasarkan kepada jawapan
soal selidik, perkara yang terdapat dalam lain-lain kos adalah pembekalan sepatu
cerucuk jenis OSLO. Kos sewa lori penghantaran cerucuk pula telah dimasukkan di
dalam kadar harga pembekalan cerucuk. Keseluruhan kos bahan bagi tapak bina A
melibatkan kos sebanyak RM 535,422.75 dan mencatat 50.42% dari keseluruhan kos
cerucuk. Peratusan paling rendah di dalam perbandingan kos bahan di antara lain-
lain tapak bina. Ini adalah disebabkan strata tanah yang berpasir dan berbatu kapur
tidak memerlukan penggunaan cerucuk yang banyak disebabkan sifat tanah tersebut
adalah tidak berjeleket. Selain faktor tanah, luas tapak bina yang kecil dan sempit
juga turut mempengaruhi kos kerja cerucuk di tapak bina ini. Keseluruhan bilangan
cerucuk yang digunakan adalah sebanyak 265 cerucuk dengan melibatkan satu saiz
sahaja iaitu 600mm diameter dengan tempoh kerja selama dua bulan.
Tapak Bina B pula mencatat kos bahan sebanyak 55.10% dari keseluruhan
kos cerucuk dengan berjumlah RM 1,220,996.70. Walaupun tapak bina B mewakili
sifat tanah yang sama dengan tapak bina A, namun terdapat perbezaan peratusan kos
bahan sebanyak 5% dengan tapak bina A. Perubahan peratus ini adalah berdasarkan
saiz tapak bina B yang sangat luas bagi tujuan pembinaan kuaters dan bangunan
pentadbiran kerajaan, berbeza dengan tapak bina A yang sangat terhad dan sempit
bagi tujuan pembinaan pusat pentadbiran polis sahaja. Berdasarkan kajian literatur
yang telah dilakukan, tanah tidak berjeleket tidak memerlukan sokongan cerucuk
yang banyak untuk menanggung beban bangunan. Sebanyak 768 cerucuk digunakan
di kawasan tapak bina dengan saiz cerucuk 300mm dan 600mm diameter. Tempoh
kerja adalah selama tiga setengah bulan atas faktor keluasan tapak bina yang luas.
Tapak bina C mencatat kos bahan sebanyak 56.85% dari keseluruhan kos
cerucuk dengan berjumlah RM 1,285,497.00. Sifat tanah bagi tapak bina C ialah
tanah berjeleket iaitu tanah yang memerlukan lebih banyak sokongan cerucuk
berbanding sifat tanah tidak berjeleket seperti tapak bina A dan tapak bina B.
71
Berdasarkan jadual 4.3, kos cerucuk sambungan bagi tapak bina C menunjukkan kos
paling tinggi di dalam kos bahan cerucuk. Sebaliknya, kos cerucuk pertama pada
tapak bina A dan tapak bina B adalah paling tinggi di dalam kos bahan cerucuk.
Perubahan kos bahan ini adalah disebabkan penggunaan cerucuk ke atas tanah yang
bersifat berjeleket iaitu tanah liat lembut memerlukan lebih banyak sokongan
cerucuk sambungan. Tapak bina C hanya menggunakan cerucuk bersaiz 450mm
diameter sebanyak 1269 batang cerucuk dalam tempoh kerja selama dua bulan.
Tapak bina D mencatat kos bahan sebanyak 56.44% dari keseluruhan kos
cerucuk dengan berjumlah RM 1,066,875.75. Tapak bina D mencatat peratus hampir
sama dengan tapak bina C dengan perbezaan hanya 0.41% sahaja. Tapak bina D juga
mewakili sifat tanah berjeleket seperti tapak bina C yang memerlukan sokongan
cerucuk sambungan di tapak bina. Tapak bina D menunjukkan peningkatan kos pada
kos cerucuk sambungan. Namun begitu, kos sewa lori penghantaran cerucuk di tapak
bina D adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan tapak bina C disebabkan jarak
pembekal cerucuk dengan tapak bina D adalah berdekatan. Tapak bina D
menggunakan cerucuk bersaiz 300mm dan 500mm diameter dengan jumlah
keseluruhan 948 batang cerucuk dengan tempoh kerja selama dua bulan.
Perbezaan ketara yang boleh dilihat dalam jadual 4.3 adalah peratus kos
bahan tapak bina E. Tapak bina E mencatat peratus kos bahan paling tinggi iaitu
60.05% di mana melibatkan kos sebanyak RM 5,626,592.16 dari keseluruhan kos
cerucuk. Faktor yang jelas mempengaruhi peratus kos tersebut adalah sifat tanah di
tapak bina iaitu tanah berpaya dan telah ditambak dengan tanah lain seperti tanah
bukit. Ini mengukuhkan lagi bahawa sifat tanah berjeleket akan memberi kesan yang
sangat besar terhadap kos bahan dari segi kos pembekalan cerucuk ke tapak. Selain
itu, faktor keluasan tapak yang luas juga turut mempengaruhi kos bahan di tapak bina
E. Bagi menampung tiga buah blok kediaman, tapak bina E mengunakan sebanyak
2268 batang cerucuk dan mempunyai dua saiz iaitu 400mm dan 500mm diameter
dengan tempoh kerja selama tiga bulan.
72
4.2.2.2. Soalan 2: Kos Buruh
Daripada analisa yang dibuat ke atas soalan 2(a), 2(b), 2(c) dan 2(d) merujuk
kepada jadual B(1), B(2), B(3), B(4) dan B(5): Penganalisaan kos-kos yang terlibat
di dalam kerja penanaman cerucuk di bahagian lampiran, maklumat telah
diringkaskan seperti berikut.
Jadual 4.4: Analisis Kos Buruh
Kos
Tapak
Bina A
Tapak
Bina B
Tapak
Bina C
Tapak
Bina D
Tapak
Bina E
Buruh Tidak
Mahir 38,480.00 78,755.75 150,000.00 133,795.00 886,500.67
Buruh Mahir 223,007.56 307,745.00 309,821.00 293,156.25 954,748.60
Elaun
Pekerja 5,400.00 84,000.00 6,600.00 10,800.00 24,000.00
Jumlah Kos
Buruh (RM)
266,887.56 470,500.75 466,421.00 437,751.25 1,865,249.27
Harga
Kontrak
(RM)
1,061,846.06 2,216,016.70 2,261,236.00 1,890,339.06 9,369,245.30
Peratus (%)
25.13 21.23 20.63 23.16 19.91
Sumber : Hasil Kajian (2010)
73
Rajah 4.3: Kadar Upah Buruh
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Empat soalan berkaitan dengan kos buruh telah disediakan untuk
mengenalpasti kos buruh dan kadar upah harian yang terlibat semasa kerja
penanaman cerucuk konkrit terpintal dijalankan di tapak bina. Rajah 4.3
menunjukkan kadar upah buruh di setiap tapak bina. Tapak bina A dan tapak bina D
terletak di Kuala Lumpur menawarkan kadar upah buruh yang tinggi berbanding
tapak bina B, C dan E yang terletak di Johor Bahru. Tapak bina A dan tapak bina D
menawarkan kadar upah buruh mahir yang paling tinggi sebanyak RM 80.00 sehari.
Berdasarkan literatur yang telah dibuat, ternyata lokasi di Kuala Lumpur
menawarkan kadar upah buruh mahir yang tinggi berbanding di lain-lain negeri.
Namun begitu, kadar upah buruh tidak mahir adalah sama bagi setiap tapak.
Keseluruhan kos-kos buruh yang terlibat bagi setiap tapak bina adalah sebanyak 20%
- 25% dari keseluruhan kos cerucuk.
80
70 70
80
70
50 50 50 50 50
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
RM
/ h
ari
Kadar Upah Buruh
Buruh Mahir
Buruh Tidak Mahir
74
Berdasarkan jadual 4.4, tapak bina A mencatat peratus kos buruh paling
tinggi berbanding tapak bina lain sebanyak 25.13% dari keseluruhan kos cerucuk
dengan berjumlah RM 266,887.56. Hasil analisis tersebut menunjukkan bahawa
kadar harga upah buruh mahir yang ditawarkan di tapak bina A adalah tinggi. Tapak
bina A menggunakan tenaga buruh sebanyak enam orang buruh, dua darinya adalah
buruh tidak mahir yang berfungsi memunggah cerucuk dan selebihnya adalah
kumpulan buruh mahir serta operator cerucuk dan kren. Kadar upah yang ditawarkan
oleh tapak bina A ialah RM 80.00 sehari untuk buruh mahir dan RM 50.00 sehari
untuk buruh tidak mahir.
Tapak bina B mencatat peratus kos buruh sebanyak 21.23% dari keseluruhan
kos cerucuk dengan berjumlah RM 470,500.75. Hasil analisis menunjukkan peratus
tersebut dipengaruhi oleh kadar harga upah buruh mahir yang ditawarkan di tapak
bina B adalah rendah berbanding tapak bina A walaupun tapak bina A memiliki saiz
tapak bina yang kecil. Selain itu, pengunaan buruh yang ramai di tapak bina B juga
mempengaruhi peratus tersebut. Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan,
tenaga buruh yang ramai diperlukan bagi melakukan kerja cerucuk di dua poin lokasi
yang berbeza, kawasan pentadbiran dan kawasan pentadbiran. Kadar upah yang
ditawarkan kepada buruh mahir adalah RM 60.00 hingga RM 70.00 sehari dan kadar
upah buruh tidak mahir pula adalah sebanyak RM 50.00 sehari. Tapak bina B
menggunakan khidmat buruh seramai 12 orang buruh, lapan buruh mahir dan empat
buruh tidak mahir. Setiap poin cerucuk dibahagikan kepada dua kumpulan dengan
setiap satu kumpulan mempunyai enam orang buruh.
Tapak bina C mencatat peratus kos buruh sebanyak 20.63% dari keseluruhan
kos cerucuk dengan berjumlah RM 466,421.00. Peratus kos buruh tapak bina C dan
tapak bina B adalah tidak jauh berbeza iaitu 0.6%. Hasil analisis ini menunjukkan
terdapat persamaan di antara kedua-dua tapak bina tersebut. Tapak bina C sama
seperti tapak bina B juga menawarkan kadar upah buruh mahir yang rendah. Ini
berikutan lokasi tapak bina yang berdekatan iaitu di sekitar Johor Bahru. Kadar upah
75
yang ditawarkan kepada buruh mahir adalah RM 70.00 sehari dan kadar upah buruh
tidak mahir pula adalah sebanyak RM 50.00 sehari. Tapak bina C melibatkan
khidmat buruh seramai enam orang bagi menjalankan kerja-kerja cerucuk di tapak
bina.
Tapak bina D pula mencatat peratus kos buruh sebanyak 23.16% dari
keseluruhan kos cerucuk dengan berjumlah RM 437,751.25. Peratus ini adalah kedua
tertinggi dalam jadual 4.4. Perkara ini adalah disebabkan kadar harga buruh yang
ditawarkan di tapak bina D adalah sama seperti tapak bina A. Tapak bina D juga
terletak di Kuala Lumpur. Merujuk kepada rajah 4.3, kadar upah buruh yang
ditawarkan ialah sebanyak RM 80.00 sehari untuk buruh mahir dan RM 50.00 sehari
untuk buruh tidak mahir. Tapak bina D menggunakan khidmat buruh seramai 12
orang buruh atas faktor keluasan tapak bina yang luas. Sistem pembahagian buruh
adalah sama seperti tapak bina B di mana setiap poin cerucuk melibatkan enam orang
buruh untuk menjalankan aktiviti penanaman cerucuk.
Manakala tapak bina E mencatat peratus kos buruh sebanyak 19.91% dari
keseluruhan kos cerucuk dengan berjumlah RM 1,865,249.27. Peratus ini adalah
terendah yang dicatat di dalam jadual 4.4. Tapak bina E merupakan projek
perumahan bertingkat melibatkan pembinaan tiga buah blok pangsapuri. Faktor
tersebut nyata memberi impak besar kepada penggunaan tenaga buruh dan kos di
tapak bina E. Walaubagaimanapun, kadar harga upah buruh mahir yang ditawarkan
adalah rendah dan menyumbang kepada peratus kos yang rendah apabila
dibandingkan dengan tapak bina yang lain. Tapak bina E menggunakan khidmat
buruh seramai 15 orang buruh dengan kadar upah buruh mahir sebanyak RM 60.00 –
RM 70.00 sehari manakala kadar upah buruh tidak mahir pula sebanyak RM 35.00 –
RM 50.00 sehari. Faktor luas tapak menyumbang kepada penggunaan buruh yang
ramai bagi menjalankan kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina tersebut bagi
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
76
Jadual 4.5: Elaun-Elaun Buruh
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Jadual 4.5 menunjukkan elaun-elaun buruh yang didapati dari lima buah
tapak bina terbabit dan dianalisis di dalam bentuk jadual. Berdasarkan soal selidik
yang telah dilakukan, kos-kos elaun ini tidak dapat diberikan secara spesifik dan
hanya diberikan sebahagian jumlah besar dari kos keseluruhan cerucuk dan elaun-
elaun ini diberikan berdasarkan lokasi tempat bekerja dan keperluan buruh. Semua
elaun-elaun buruh diberikan kepada buruh di kesemua tapak bina kecuali tapak bina
B yang hanya memberikan elaun bagi tempat tinggal dan insuran serta cukai pekerja
sahaja. Manakala tapak bina E pula hanya memberikan elaun bagi pengangkutan dan
insuran pekerja sahaja. Kebanyakkan insuran pekerja diambil daripada gaji mereka
dengan kadar 11% oleh setiap syarikat sub-kontraktor cerucuk yang terlibat di dalam
kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina.
Elaun Pekerja Tapak
Bina A
Tapak
Bina B
Tapak
Bina C
Tapak
Bina D
Tapak
Bina E
Tempat
Tinggal √ √ √ √ Tiada
Pengangkutan √ Tiada √ √ √
Telefon √ Tiada √ √ Tiada
Insuran dan
Cukai
Pekerja
√ √ √ √ √
77
4.2.2.3. Soalan 3: Kos Loji
Daripada analisa yang dibuat ke atas soalan 3(a), 3(b), 3(c), 3(d), 3(e),dan 3(f)
merujuk kepada jadual B(1), B(2), B(3), B(4) dan B(5): Penganalisaan kos-kos yang
terlibat di dalam kerja penanaman cerucuk di bahagian lampiran, maklumat telah
diringkaskan seperti berikut.
Jadual 4.6: Analisis Kos Loji
Kos
Tapak
Bina A
Tapak
Bina B
Tapak
Bina C
Tapak
Bina D
Tapak
Bina E
Kos Lori
Penghantaran
Jentera
57,000.00 150,000.00 75,000.00 70,000.00 500,000.00
Kos Kren
Bergerak
(Crawler)
57,740.00 120,924.25
Telah
dimasukkan
ke dalam kos
Pelantak
Cerucuk
84,188.06 457,392.00
Kos Pelantak
Cerucuk
Hidraulik
81,353.25 141,885.00 342,630.00 165,804.00 586,358.67
Kos Alat
Pemotong
Cerucuk
15,442.50 35,010.00 23,688.00 17,720.00 101,653.20
Lain-Lain Kos
Jentera Tiada Tiada Tiada Tiada 100,000.00
Jumlah Kos Loji
(RM) 211,535.75 447,819.25 441,318.00 337,712.06 1,745,403.87
Harga Kontrak
(RM) 1,061,846.06 2,216,016.70 2,261,236.00 1,890,339.06 9,369,245.30
Peratus (%)
19.92 20.21 19.52 17.87 18.63
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Rajah 4.
Enam soalan berkaitan dengan kos
kos loji yang terlibat semasa proses kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal.
Daripada rajah 4.4, tapak bina B mencatat peratus kos loji yang tertinggi dengan
20.21% dari keseluruhan kos cerucuk. Manakala tapak
loji paling rendah dengan 17.87% dari keseluruhan kos cerucuk. Hasil peratusan ini
menunjukkan bahawa penggunaan loji dan jentera di dalam kerja
adalah sekitar 17% -
kerja pembinaan, kerja
jentera yang sangat mahal. Analisis kos loji ini lebih menumpukan kepada kos
pelantak cerucuk hidraulik kerana ianya melibatkan penanaman cerucuk oleh
pelantak serta sifat tanah yang hendak dikerjakan. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan, sifat tanah berjeleket menyumbang kepada kos yang tinggi terhadap kos
melantak cerucuk berbanding sifat tanah tidak berjeleket.
17.87%
Rajah 4.4: Peratus Kos Loji Mengikut Tapak Bina
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Enam soalan berkaitan dengan kos loji telah disediakan untuk mengenalpasti
kos loji yang terlibat semasa proses kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal.
Daripada rajah 4.4, tapak bina B mencatat peratus kos loji yang tertinggi dengan
20.21% dari keseluruhan kos cerucuk. Manakala tapak bina D mencatat peratus kos
loji paling rendah dengan 17.87% dari keseluruhan kos cerucuk. Hasil peratusan ini
menunjukkan bahawa penggunaan loji dan jentera di dalam kerja
-20% dari keseluruhan kos cerucuk. Berbeza dengan
kerja pembinaan, kerja-kerja cerucuk melibatkan penggunaan loji cerucuk serta
jentera yang sangat mahal. Analisis kos loji ini lebih menumpukan kepada kos
pelantak cerucuk hidraulik kerana ianya melibatkan penanaman cerucuk oleh
fat tanah yang hendak dikerjakan. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan, sifat tanah berjeleket menyumbang kepada kos yang tinggi terhadap kos
melantak cerucuk berbanding sifat tanah tidak berjeleket.
19.92%
20.21%
19.52%
18.63%
Peratus Kos Loji
78
Peratus Kos Loji Mengikut Tapak Bina
loji telah disediakan untuk mengenalpasti
kos loji yang terlibat semasa proses kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal.
Daripada rajah 4.4, tapak bina B mencatat peratus kos loji yang tertinggi dengan
bina D mencatat peratus kos
loji paling rendah dengan 17.87% dari keseluruhan kos cerucuk. Hasil peratusan ini
menunjukkan bahawa penggunaan loji dan jentera di dalam kerja-kerja cerucuk
20% dari keseluruhan kos cerucuk. Berbeza dengan lain-lain
kerja cerucuk melibatkan penggunaan loji cerucuk serta
jentera yang sangat mahal. Analisis kos loji ini lebih menumpukan kepada kos
pelantak cerucuk hidraulik kerana ianya melibatkan penanaman cerucuk oleh
fat tanah yang hendak dikerjakan. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan, sifat tanah berjeleket menyumbang kepada kos yang tinggi terhadap kos
Tapak Bina A
Tapak Bina B
Tapak Bina C
Tapak Bina D
Tapak Bina E
79
Berdasarkan jadual 4.6, tapak bina A melibatkan kos sewa lori penghantaran
loji, kos kren bergerak (crawler), kos pelantak cerucuk hidraulik dan alat pemotong
cerucuk. Tapak bina A mencatat peratus kos loji sebanyak 19.92% dari keseluruhan
kos cerucuk dengan berjumlah RM 211,535.75. Kos melantak cerucuk di tapak bina
A adalah paling kurang di antara semua tapak kerana strata tanahnya yang bersifat
tidak jeleket dan mempunyai lapisan batu kapur. Oleh itu, kadar hentakkan cerucuk
ke dalam tanahnya adalah paling minimum. Namun begitu, lain-lain kos loji seperti
kren bergerak bagi menegakkan cerucuk sebelum dihentak dan alat pemotong
cerucuk bagi memotong lebihan cerucuk turut mempengaruhi nilai peratus tersebut.
Hanya satu loji cerucuk sahaja digunakan di tapak bina kerana luas tapak bina yang
sempit dan berdekatan dengan kuaters polis.
Tapak bina B pula mencatat peratus kos loji paling tinggi di antara semua
tapak sebanyak 20.21% dari keseluruhan kos cerucuk dengan berjumlah RM
447,819.25. Kos melantak cerucuk di tapak bina B juga adalah kurang di antara
semua tapak kerana strata tanahnya yang bersifat tidak berjeleket. Namun begitu, di
dalam kos loji di tapak bina B, kos sewa lori penghantaran loji merupakan kos paling
mahal disebabkan loji tersebut diperolehi dari luar kawasan daerah tapak bina
tersebut. Sekaligus ianya menyumbang kepada peningkatan kos loji di tapak bina B.
Sebanyak dua buah loji cerucuk digunakan di tapak untuk tempoh selama tiga
setengah bulan.
Tapak bina C mencatat peratus kos loji sebanyak 19.52% dari keseluruhan
kos cerucuk dengan berjumlah RM 441,318.00. Berdasarkan jadual 4.6, kos kren
bergerak telah dimasukkan ke dalam kos pelantak cerucuk hidraulik. Keadaan ini
berlaku kerana kombinasi kren dan loji cerucuk tidak dapat dipisahkan, maka pihak
kontraktor telah memasukkan kos tersebut ke dalam kos melantak cerucuk. Kos
melantak cerucuk di tapak bina C adalah tinggi berdasarkan sifat tanah yang
berjeleket yang meningkatkan kuantiti penanaman cerucuk ke dalam
tanah.berbanding sifat tanah tidak berjeleket seperti tapak bina A dan tapak bina B
80
yang kurang memerlukan sokongan cerucuk. Tempoh kerja cerucuk yang dijalankan
adalah selama dua bulan dengan penggunaan satu jentera loji sahaja.
Manakala tapak bina D pula mencatat peratus terendah kos loji sebanyak
17.87% dari keseluruhan kos cerucuk dengan berjumlah RM 337,712.06. Tapak bina
D memepunyai sifat tanah sama seperti tapak bina C, iaitu sifat tanah berjeleket yang
meningkatkan kos melantak cerucuk. Faktor jenis tanah dan sifat tanah yang sama
mewujudkan keputusan analisis sedemikian. Selain itu, bentuk tapak bina yang
berbukit dan bercerun turut mempengaruhi kos melantak tersebut. Tempoh kerja-
kerja penanaman cerucuk dilakukan selama dua bulan dengan penggunaan sebanyak
dua buah loji cerucuk.
Tapak bina E mencatat peratus kos loji sebanyak 18.63% dari keseluruhan
kos cerucuk dengan berjumlah RM 1,745,403.87. Berdasarkan jadual 4.6, tapak bina
E merupakan satu-satu tapak bina yang memperuntukkan kos sebanyak RM
100,00.00 untuk kerja-kerja tanah. Hasil analisis menunjukkan sifat strata tanah asal
iaitu tanah berpaya adalah sangat lemah dan memerlukan penambakkan tanah dari
luar untuk menampung beban bangunan yang besar dan tinggi. Disebabkan faktor
tersebut, kos loji tapak bina E telah meningkat dengan mendadak di mana jentera-
jentera tambahan seperti compactor dan backpusher digunakan selain sewa lori
menghantar tanah ke tapak bina. Kos melantak cerucuknya merupakan paling mahal
di antara semua tapak bina disebabkan sifat tanahnya yang sangat lembut dan bersifat
jeleket. Oleh itu, kadar hentakkan cerucuk yang dilakukan melibatkan kuantiti yang
banyak. Keadaan ini sangat memberi kesan kepada kos loji walaupun lain-lain kos
loji adalah tidak terlalu mahal. Kerja cerucuk dilakukan selama tempoh tiga bulan
dengan dua buah loji cerucuk.
81
Rajah 4.5: Kos-Kos Loji Mengikut Tapak Bina
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Merujuk kepada rajah 4.5, kos pelantak cerucuk hidraulik merupakan kos
yang paling banyak menyumbang kepada kos loji. Kesemua tapak bina menunjukkan
nilai kos yang tinggi terhadap kos melantak walaupun berbeza strata tanah.
Perbezaan dapat dilihat pada jumlah kos dengan jelas apabila tapak bina A hanya
melibatkan kos melantak sekitar RM 80,000.00 pada strata tanah yang berpasir dan
tidak berjeleket. Manakala tapak bina E menunjukkan kos melantak pada paras
tertinggi iaitu RM 500,000.00 pada strata tanah berpaya dan ditambak serta
mempunyai sifat berjeleket yang tinggi. Kos kren bergerak juga turut menyumbang
kepada keseluruhan kos loji disebabkan fungsinya sebagai pengangkut dan
menegakkan struktur cerucuk bagi persediaan melantak cerucuk di tapak bina. Kos
pemotongan cerucuk paling kurang menyumbang disebabkan kosnya adalah rendah
dan merupakan alatan tambahan di dalam kerja-kerja cerucuk.
-
100,000.00
200,000.00
300,000.00
400,000.00
500,000.00
600,000.00
700,000.00
RM
Kos-Kos Loji
Kos Lori Penghantaran Jentera
Kos Kren Bergerak (Crawler)
Kos Pelantak Cerucuk
Hidraulik
Kos Alat Pemotong Cerucuk
Lain-Lain Kos Jentera
82
4.2.2.4. Soalan 4: Overhed
Daripada analisa yang dibuat ke atas soalan 4(a), 4(b), 4(c), 4(d), 4(e),dan 4(f)
merujuk kepada jadual B(1), B(2), B(3), B(4) dan B(5): Penganalisaan kos-kos yang
terlibat di dalam kerja penanaman cerucuk di bahagian lampiran, maklumat telah
diringkaskan seperti berikut.
Jadual 4.7: Analisis Overhed
Perkara
Tapak
Bina A
Tapak
Bina B
Tapak
Bina C
Tapak
Bina D
Tapak
Bina E
Instrumen
Tambahan
Cerucuk
Seperti Alat
Pengukur Dan
Keselamatan
20,000.00 10,000.00 20,000.00 20,000.00 50,000.00
Peralatan
Pejabat Dan
Alat Tulis
2,000.00 2,000.00 2,000.00 2,000.00 5,000.00
Bayaran Bil
Telefon
Tiada 2,200.00 Tiada Tiada 8,000.00
Pemantauan
Kerja Di
Tapak
2,000.00 2,500.00 2,000.00 2,000.00 4,000.00
Lain-Lain
Overhed 3,000.00 4,000.00 Tiada 3,000.00 6,000.00
Jumlah
Overhed
(RM)
27,000.00 20,700.00 24,000.00 27,000.00 73,000.00
Harga
Kontrak (RM) 1,061,846.06
Peratus (%)
2.54
Rajah 4.
1.06%
1.43%
1,061,846.06 2,216,016.70 2,261,236.00 1,890,339.06
2.54 0.93 1.06 1.43
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Rajah 4.6: Peratus Overhed Mengikut Tapak Bina
Sumber : Hasil Kajian (2010)
2.54%
0.93%1.06%
0.78%
Peratus Overhed
83
1,890,339.06 9,369,245.30
1.43 0.78
Mengikut Tapak Bina
Tapak Bina A
Tapak Bina B
Tapak Bina C
Tapak Bina D
Tapak Bina E
84
Lima soalan berkaitan dengan overhed telah disediakan untuk mengenalpasti
overhed yang terlibat semasa proses kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal
dijalankan di tapak bina berserta peratus kos loji daripada keseluruhan kos cerucuk.
Daripada jadual rajah 4.6, tapak bina A mencatat peratus overhed yang tertinggi
dengan 2.54% dan diikuti dengan tapak bina D dengan 1.43%. Manakala tapak bina
E mencatat peratus overhed paling rendah dengan 0.78%. Secara keseluruhannya,
overhed di semua tapak melibatkan lima perkara overhed iaitu kos peralatan
tambahan dan instrumen cerucuk, kos peralatan pejabat, kos bayaran bil telefon, kos
pemantaun di tapak dan lain-lain kos iaitu kos keselamatan pekerja bergantung
kepada keperluan di tapak.
Merujuk kepada rajah 4.6, tapak bina A mencatatkan peratus overhed
tertinggi dengan 2.54% dengan kos terbabit sebanyak RM 27,000.00. Berdasarkan
temubual di tapak, tapak bina A melibatkan semua perkara overhed kecuali bayaran
bil telefon. Ini kerana penggunaan telefon tidak ditawarkan kepada buruh di tapak
bina A. Instrumen tambahan cerucuk mendominasi keseluruhan overhed kerana
peralatan tambahan yang digunakan adalah banyak dan mahal.
Tapak bina B mencatat overhed sebanyak 0.93% dari keseluruhan kos
cerucuk dengan berjumlah RM 20,700.00. Overhed di tapak bina B melibatkan
semua perkara overhed yang disenaraikan. Namun begitu peratusnya tidak tinggi
disebabkan kos-kos yang terlibat adalah rendah. Berdasarkan kepada jadual 4.7,
instrumen tambahan dan peralatan untuk kerja-kerja cerucuk seperti alat pengukur
aras dan keselamatan mencatat nilai kos tertinggi dengan kos RM 10,000.00.
Tapak bina C mencatat overhed keseluruhan sebanyak RM 24,000.00 dan
hanya melibatkan 1.06% dari keseluruhan kos cerucuk. Overhed hanya melibatkan
beberapa perkara iaitu instrumen tambahan cerucuk serta peralatan pejabat dan kos
85
pemantauan kerja di tapak yang melibatkan kos sebanyak RM 2,000.00. Ini
disebabkan keperluan perkara tersebut tidak kritikal di tapak bina C.
Manakala tapak bina D melibatkan overhed sebanyak RM 27,000.00 dengan
peratus keseluruhan dari kos cerucuk sebanyak 1.43%. Overhed yang terlibat adalah
sama dengan overhed tapak bina A. Instrumen tambahan cerucuk masih berada pada
paras nilai kos yang tertinggi dengan kos sebanyak RM 20,000. Manakala kos
peralatan pejabat dan kos pemantauan masing-masing melibatkan kos sebanyak RM
2,000.00 dan lain-lain kos pula sebanyak RM 3,000.00.
Tapak bina E pula mencatat 0.78% dari keseluruhan kos cerucuk dengan kos
sebanyak RM 73,000.00. Peratus ini merupakan peratusan yang paling rendah
berbanding tapak bina yang lain. Tapak bina E melibatkan kesemua kos – kos di
dalam overhed sama seperti tapak bina B. Ini kerana overhed tersebut melibatkan kos
yang sederhana walaupun di tapak bina yang luas.
86
Rajah 4.7: Overhed Yang Terlibat Di Dalam Kerja Cerucuk
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Jadual 4.8 menunjukkan hasil analisis overhed yang terlibat di kelima-lima
tapak bina terbabit. Purata overhed bagi instrumen dan peralatan tambahan kerja-
kerja cerucuk adalah RM 20,000.00 dan merupakan kos paling tinggi di dalam
overhed. Bagi peralatan pejabat dan alat tulis pula, purata kos overhed adalah
sebanyak RM 2000.00 dan purata bagi kos pemantauan pula adalah sebanyak RM
2,000.00 hingga RM 4,000.00. Overhed bagi bayaran bil telefon pula hanya didapati
dari dua tapak bina sahaja iaitu tapak bina B dan tapak bina E dengan masing-masing
RM 2,200.00 dan RM 8,000.00. Lain-lain overhed di tapak pula secara ringkasnya
melibatkan kos sebanyak RM 3,000.00 hingga RM 6,000.00 untuk peraturan
keselamatan pekerja.
-
10,000.00
20,000.00
30,000.00
40,000.00
50,000.00
60,000.00
RM
Kos-Kos Overhed
Instrumen
Tambahan Cerucuk
Peralatan Pejabat
(Alat Tulis)
Bayaran Bil Telefon
Kos Pemantauan
Kerja Di Tapak
Lain-Lain Kos
Overhed
87
4.2.2.5. Soalan 5: Lain-Lain Kos
Daripada analisa yang dibuat ke atas soalan 5(a), 5(b), 5(c), 5(d), 5(e),dan 5(f)
merujuk kepada jadual B(1), B(2), B(3), B(4) dan B(5): Penganalisaan kos-kos yang
terlibat di dalam kerja penanaman cerucuk di bahagian lampiran, maklumat telah
diringkaskan seperti berikut.
Jadual 4.8: Analisis Lain-Lain Kos
Kos
Tapak
Bina A
Tapak
Bina B
Tapak
Bina C
Tapak
Bina D
Tapak
Bina E
Kos Untuk
Syarat-
Syarat
Kontrak
Tiada 10,000.00 Tiada Tiada Tiada
Kos Ujian
Beban
Cerucuk 10,000.00 20,000.00 21,000.00 10,000.00 31,000.00
Kos Ujian
PDA 8,000.00 16,000.00 13,000.00 8,000.00 18,000.00
Rekod
Cerucuk 3,000.00 10,000.00 10,000.00 3,000.00 10,000.00
Jumlah
Lain-lain
kos (RM) 21,000.00 56,000.00 44,000.00 21,000.00 59,000.00
Harga
Kontrak
(RM)
1,061,846.06 2,216,016.70 2,261,236.00 1,890,339.06 9,369,245.30
Peratus (%)
1.98 2.53 1.95 1.11 0.63
Sumber : Hasil Kajian (2010)
88
Enam soalan berkaitan dengan lain-lain kos telah disediakan untuk
mengenalpasti lain-lain kos yang terlibat semasa proses kerja penanaman cerucuk
konkrit terpintal dijalankan di tapak bina berserta peratusnya daripada keseluruhan
harga kontrak. Daripada jadual 4.9, tapak bina B mencatat peratus lain-lain kos yang
tertinggi dengan 2.53% dari keseluruhan kos cerucuk dan tapak bina E mencatat
peratus paling rendah dengan 0.63% dari keseluruhan kos cerucuk. Keseluruhan kos-
kos utama yang terlibat di dalam lain-lain kos adalah kos ujian beban tetap, kos ujian
PDA dan rekod cerucuk di setiap tapak.
Tapak bina A merekodkan lain-lain kos sebanyak 1.98% dari keseluruhan kos
cerucuk dengan jumlah RM 21,000.00 dan melibatkan kos paling mahal iaitu ujian
beban dan ujian PDA. Manakala tapak bina B, mencatat 2.53% dari keseluruhan kos
cerucuk dengan jumlah RM 56,000.00 dengan pertambahan lain-lain kos iaitu kos
berkaitan syarat-syarat kontrak sebanyak RM 10,000.00. Pertambahan kos ini
diperolehi daripada temubual dan jawapan borang soal selidik. Ini disebabkan
beberapa faktor di tapak dan kehendak klien dalam penentuan kos tersebut.
Tapak bina C pula mencapai peratus kedua tertinggi selepas tapak bina A
dengan 1.95% dari keseluruhan kos cerucuk berjumlah RM 44,000.00. Kos untuk
ujian beban masih lagi mendominasi kos bagi lain-lain kos di tapak. Tapak bina D
pula menyumbang 1.11% kepada keseluruhan kos cerucuk dengan jumlah lain-lain
kos sebanyak RM 21,000.00. Tapak bina E mencatat peratus paling rendah di dalam
jadual 4.9 iaitu sebanyak 0.63% dari keseluruhan kos cerucuk berjumlah RM
59,000.00. Peratus lain-lain kos adalah rendah bukan disebabkan kos yang yang
terlibat adalah murah atau minimum tetapi dipengaruhi oleh komponen kos-kos lain
seperti kos bahan yang banyak mempengaruhi peratus keseluruhan harga kontrak.
89
4.3. Kesimpulan Kajian
Analisis di bahagian A dan bahagian B akan menjawab dua persoalan
penyelidikan. Persoalan pertama penyelidikan ini ialah mengenai kos-kos yang
terlibat dalam kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal. Hasil analisis menunjukkan kos
bahan cerucuk konkrit terpintal mengandungi empat kos utama iaitu kos pembekalan
cerucuk pertama dan cerucuk sambungan, kos sewa lori penghantaran cerucuk dan
lain-lain kos bahan seperti pembekalan sepatu cerucuk. Sifat tanah yang berjeleket
seperti tapak bina C, D, dan E akan meningkatkan kos bahan cerucuk sebanyak 56%
sehingga 60% dari keseluruhan kos cerucuk.. Berbeza sifat tanah yang tidak
berjeleket yang diwakili oleh tapak bina A dan tapak bina B yang melibatkan kos
bahan hanya sebanyak 50% sehingga 55% dari keseluruhan kos cerucuk.
Selain itu, hasil analisis juga menunjukkan kadar upah buruh adalah berbeza
bagi setiap lokasi pembinaan di mana kerja-kerja cerucuk yang dijalankan di Kuala
Lumpur menawarkan upah buruh yang lebih mahal seperti tapak bina A dan tapak
bina D, berbanding lokasi tapak bina yang lain seperti tapak bina B, C dan E yang
terletak di Johor Bahru. Secara ringkasnya, kos buruh melibatkan 20% sehingga 25%
dari keseluruhan kos cerucuk bergantung kepada keupayaan kontraktor dalam
melaksanakan kerja-kerja penanaman cerucuk mengikut jadual di tapak bina dan
sifat tanah tidak mempengaruhi kos buruh di dalam kerja-kerja cerucuk konkrit
terpintal ini.
Kos loji pula mengandungi lima kos utama iaitu kos sewa lori penghantaran
loji cerucuk ke tapak, kos sewa kren bergerak, kos pelantak cerucuk hidraulik, kos
alat pemotong cerucuk dan lain-lain kos jentera seperti jentera kerja-kerja tanah. Di
dalam analisis yang telah dilakukan, tapak bina E yang mempunyai sifat tanah yang
terlalu lemah terpaksa mengambil alternatif untuk menambak kawasan tapak bina
90
tersebut dengan tanah dari luar sekaligus melibatkan tambahan kos loji dan jentera
untuk kerja-kerja tanah. Antara jentera tanah yang digunakan adalah compactor dan
backpusher serta lori pengangkut tanah.
Keadaan dan sifat tanah sangat mempengaruhi kos melantak cerucuk bagi
memgukuhkan kestabilan tanah untuk menanggung beban bangunan. Tapak bina A
dan tapak bina B yang mempunyai tanah bersifat tidak berjeleket melibatkan kos
melantak cerucuk yang rendah sekitar RM 100,000.00 dari keseluruhan kos cerucuk,
berbanding tapak bina C, D dan E yang mempunyai tanah bersifat berjeleket yang
melibatkan kos yang mahal sehingga boleh mencecah RM 500,00.00 dari
keseluruhan kos cerucuk. Secara peratusan, kos loji secara keseluruhannya
melibatkan 18% sehingga 20% dari keseluruhan kos cerucuk di tapak bina.
Manakala overhed bagi kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal pula
mengandungi enam kos utama iaitu, instrumen tambahan cerucuk, peralatan pejabat,
pengangkutan pekerja, bayaran bil telefon, kos pemantauan dan lain-lain kos seperti
kos keselamatan pekerja. Hasil analisis menunjukkan instrumen tambahan cerucuk
melibatkan kos yang paling tinggi sebanyak RM 20,000 sehingga RM 50,000
bergantung kepada keluasan tapak bina dan tujuan projek pembinaan. Overhed hanya
melibatkan 1% dari keseluruhan kos cerucuk
Lain –lain kos pula menunjukkan empat kos utama yang terlibat semasa
proses penanaman cerucuk di tapak iaitu kos ujian beban cerucuk, kos ujian PDA
dan kos merekod cerucuk serta kos syarat-syarat kontrak. Kos ujian beban cerucuk
melibatkan kos paling tinggi di dalam lain-lain kos dengan jumlah sebanyak RM
10,000.000 sehingga RM 30,000.00 dari keseluruhan kos cerucuk bergantung kepada
jenis projek. Secara keseluruhannya, lain-lain kos melibatkan peratusan sebanyak 1%
hingga 2% dari keseluruhan kos cerucuk mengikut keperluan tapak bina.
91
Kesimpulan yang boleh dibuat bagi analisis keseluruhan kos pengunaan
cerucuk konkrit terpintal di lima buah tapak bina yang berbeza strata tanah adalah
tanah yang bersifat jeleket akan meningkatkan sebahagian besar kos penggunaan
cerucuk terutamanya kos bahan dan kos loji yang meliputi pelbagai kos yang
melibatkan nilai kos yang tinggi dan mahal berbanding tapak bina yang mempunyai
tanah yang bersifat kurang berjeleket yang kurang memerlukan penggunaan cerucuk
konkrit terpintal di tapak bina. Selepas analisis dilakukan terhadap kelima-lima buah
tapak bina dari segi kos bahan, kos buruh, kos loji, overhed dan lain-lain kos jelas
menunjukkan bahawa faktor tanah merupakan pemboleh ubah penting dalam
menyumbang kepada kos keseluruhan kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak
bina.
BAB V
5. CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1. Pengenalan
Bab ini akan menerangkan empat tajuk utama iaitu penemuan kajian,
cadangan kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan yang diperolehi daripada
penyelidikan yang dijalankan. Rumusan keseluruhan kajian akan menekankan
kepada objektif kajian penyelidikan. Seterusnya, cadangan akan dikemukakan bagi
membolehkan kajian lanjutan dijalankan pada masa akan datang oleh penyelidik lain
dalam bentuk yang lebih baik. Tujuan kajian lanjutan dicadangkan adalah untuk
memperolehi dapatan yang lebih berkaitan kos-kos yang terlibat di dalam kerja-kerja
cerucuk konkrit terpintal. Maka. Ini dapat meningkatkan lagi kualiti kos yang
diperolehi dan menjadi sumber rujukan kepada juruukur bahan.
93
5.1.1. Penemuan Penyelidikan
Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kos-kos yang terlibat dalam kerja-
kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina yang berbeza strata tanah
dimana setiap tapak bina yang dikaji terdiri daripada strata tanah yang berbeza-beza.
Hasil analisis menunjukkan kos-kos yang terlibat di dalam lima komponen asas kos
iaitu kos bahan, kos buruh, kos loji, overhed dan lain-lain kos di setiap tapak bina.
Penglibatan kos-kos yang terdapat di dalam komponen asas ini telah ditunjukkan di
dalam bab IV analisis data.
Kos bahan di setiap tapak bina melibatkan empat kos iaitu kos pembekalan
cerucuk pertama dan sambungan, kos lori penghantaran cerucuk dan lain-lain kos
bahan iaitu sepatu cerucuk jenis OSLO yang hanya terdapat pada tapak bina A.
Tapak bina A dan B yang mewakili tanah bersifat tidak berjeleket menunjukkan kos
bahan cerucuk paling minimum. Secara ringkasnya, peratus kos bahan cerucuk pada
tanah bersifat tidak berjeleket adalah sebanyak 50% -55%. Hasil penemuan
penyelidikan ini adalah berdasarkan sifat strata tanah di tapak bina tersebut yang
kurang memerlukan sokongan cerucuk sambungan pada strata tanah di kedua-dua
tapak bina tersebut.
Bagi tapak bina C, D dan E yang mewakili tanah bersifat jeleket pula
menunjukkan kos bahan cerucuk paling maksimum. Peratus kos bahan cerucuk pada
tanah bersifat berjeleket adalah sebanyak 56%-60%. Ini adalah disebabkan faktor
tanah yang mempunyai sifat yang lemah dan memerlukan lebih banyak sokongan
cerucuk sambungan berbanding sifat tanah tidak berjeleket. Penemuan penyelidikan
ini mengukuhkan lagi bahawa strata dan sifat tanah sangat mempengaruhi kos
penggunaan cerucuk konkrit terpintal berdasarkan kajian literatur yang telah dibuat.
94
Kos buruh menunjukkan kadar upah buruh mahir dan elaun buruh adalah
berbeza bagi setiap lokasi pembinaan. Penggunaan buruh mahir sangat penting
kerana ianya paling banyak digunakan di dalam kerja-kerja cerucuk berbeza buruh
tidak mahir yang hanya melakukan kerja-kerja pemunggahan cerucuk dan
pengemasan.
Tapak bina A dan tapak bina D yang terletak di Kuala Lumpur menawarkan
kadar upah buruh mahir paling tinggi iaitu sebanyak RM 80.00 sehari, berbanding
lokasi tapak bina yang lain seperti tapak bina B, C dan E yang terletak di Johor
Bahru yang menawarkan kadar upah buruh mahir hanya sebanyak RM 70.00 sehari.
Sifat strata tanah tidak banyak mempengaruhi kos buruh di dalam kerja-kerja
cerucuk namun lebih banyak mempengaruhi dari segi produktiviti buruh. Peratus kos
buruh keseluruhan adalah sebanyak 20%-25% dari kos keseluruhan cerucuk
bergantung kepada keupayaan kontraktor dalam melaksanakan kerja-kerja
penanaman cerucuk mengikut jadual di tapak bina.
Kos penggunaan loji di setiap tapak secara umumnya dipengaruhi oleh
tempoh kontrak dan bilangan loji yang digunakan. Di dalam kos loji, kos-kos yang
terlibat ialah kos lori penghantaran loji ke tapak bina, kos kren bergerak (crawler),
kos pelantak cerucuk hidraulik, kos alat pemotong cerucuk. Hasil penemuan
penyelidikan menunjukkan sifat tanah mempengaruhi kos penggunaan loji cerucuk.
Tapak bina A dan B yang mempunyai tanah bersifat tidak berjeleket
menunjukkan kos paling rendah terhadap kos melantak cerucuk. Ini adalah
disebabkan pengurangan kuantiti cerucuk sambungan terhadap strata tanah tersebut.
Sebaliknya, tapak bina C, D dan E yang mempunyai tanah berjeleket menunjukkan
kos melantak cerucuk yang tinggi di mana kos sambungan cerucuk sangat diperlukan
bagi menstabilkan strata tanah tersebut. Tapak bina E yang mempunyai sifat tanah
yang lemah terpaksa menambak kawasan tapak bina tersebut dengan membeli tanah
95
bukit dari luar sekaligus melibatkan tambahan kos loji dan jentera untuk kerja-kerja
tanah. Antara jentera tanah yang digunakan adalah compactor dan backpusher serta
lori pengangkut tanah. Peratus kos loji cerucuk pada tanah bersifat berjeleket adalah
sebanyak 20% dari keseluruhan kos cerucuk manakala peratus kos loji cerucuk pada
tanah bersifat tidak berjeleket adalah sebanyak 18% dari keseluruhan kos cerucuk.
Perkara-perkara utama yang terlibat dalam overhed adalah instrumen
tambahan cerucuk seperti alat pengukur dan keselamatan, peralatan pejabat dan alat
tulis, bayaran bil telefon, pemantauan kerja di tapak dan lain-lain overhed seperti
peraturan keselamatan pekerja. Instrumen tambahan cerucuk melibatkan kos yang
tinggi di setiap tapak memandangkan perkara tersebut harus dilaksanakan bagi
melengkapkan kerja-kerja penanaman cerucuk. Hasil analisis menunjukkan
instrumen tambahan cerucuk melibatkan kos yang paling tinggi sebanyak RM 20,000
sehingga RM 50,000 bergantung kepada keluasan tapak bina dan tujuan projek
pembinaan. Overhed hanya melibatkan 1% dari keseluruhan kos cerucuk
Lain-lain kos yang terlibat di dalam kerja-kerja cerucuk ialah kos ujian beban
cerucuk, kos ujian PDA dan merekod cerucuk serta kos untuk syarat-syarat kontrak.
Ujian-ujian ini merupakan satu prosedur tetap bagi menjalankan ujian awalan
sebelum memulakan kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina. Kos ujian beban
menunjukkan kos paling mahal dalam lain-lain kos kerana melibatkan penyusunan
blok dan tempoh yang lama serta penggunaan kren bagi mengangkut blok ke atas
platform. Secara keseluruhannya, lain-lain kos melibatkan peratusan sebanyak 1%
hingga 2% dari keseluruhan kos cerucuk mengikut keperluan tapak bina.
96
Jadual 5.1: Kos-Kos Keseluruhan Yang Terlibat Di Dalam Kerja-Kerja Penanaman
Cerucuk Konkrit Terpintal Mengikut Tapak Bina.
Sumber : Hasil Kajian (2010)
Jenis TanahTanah Berpasir
dan Batu Kapur
Tanah Liat Keras
dan Berpasir
Tanah Liat Lembut
dan Berpasir
Tanah Liat
Lembut dan
Granit
Tanah Berpasir
(Tanah Paya)
Kategori TanahTanah tidak
berjeleket
Tanah tidak
berjeleketTanah berjeleket Tanah berjeleket Tanah berjeleket
Kos Bahan
Kos Cerucuk Pertama 286,770.00 706,733.10 475,875.00 330,900.75 2,192,811.60
Kos Cerucuk Sambungan 142,152.75 501,708.60 732,847.50 724,599.00 3,433,780.56
Kos Lori Penghantaran Cerucuk tiada 12,555.00 76,774.50 11,376.00
Lain-Lain Kos Bahan 106,500.00 tiada tiada tiada tiada
Jumlah Kos Bahan (RM) 535,422.75 1,220,996.70 1,285,497.00 1,066,875.75 5,626,592.16
Peratus (% ) 50.42 55.10 56.85 56.44 60.05
Kos Buruh
Buruh Tidak Mahir 38,480.00 78,755.75 150,000.00 133,795.00 886,500.67
Buruh Mahir : 223,007.56 307,745.00 309,821.00 293,156.25 954,748.60
Elaun Pekerja 5,400.00 84,000.00 6,600.00 10,800.00 24,000.00
Jumlah Kos Buruh (RM) 266,887.56 470,500.75 466,421.00 437,751.25 1,865,249.27
Peratus (% ) 25.13 21.23 20.63 23.16 19.91
Kos Loji
Kos Lori Penghantaran Jentera 57,000.00 150,000.00 75,000.00 70,000.00 500,000.00
Kos Kren Bergerak (Crawler) 57,740.00 120,924.25 tiada 84,188.06 457,392.00
Kos Pelantak Cerucuk Hidraulik 81,353.25 141,885.00 342,630.00 165,804.00 586,358.67
Kos Alat Pemotong Cerucuk 15,442.50 35,010.00 23,688.00 17,720.00 101,653.20
Lain-Lain Kos Jentera tiada tiada tiada tiada 100,000.00
Jumlah Kos Loji (RM) 211,535.75 447,819.25 441,318.00 337,712.06 1,745,403.87
Peratus (% ) 19.92 20.21 19.52 17.87 18.63
Overhed
Instrumen Tambahan Cerucuk 20,000.00 10,000.00 20,000.00 20,000.00 50,000.00
Peralatan Pejabat (Alat Tulis) 2,000.00 2,000.00 2,000.00 2,000.00 5,000.00
Bayaran Bil Telefon tiada 2,200.00 tiada tiada 8,000.00
Kos Pemantauan Kerja Di Tapak 2,000.00 2,500.00 2,000.00 2,000.00 4,000.00
Lain-Lain Kos Overhed 3,000.00 4,000.00 tiada 3,000.00 6,000.00
Jumlah Overhed (RM) 27,000.00 20,700.00 24,000.00 27,000.00 73,000.00
Peratus (% ) 2.54 0.93 1.06 1.43 0.78
Lain-Lain Kos
Kos Untuk Syarat-Syarat Kontrak tiada 10,000.00 tiada tiada tiada
Kos Ujian Beban Cerucuk 10,000.00 20,000.00 21,000.00 10,000.00 31,000.00
Kos Ujian PDA 8,000.00 16,000.00 13,000.00 8,000.00 18,000.00
Rekod Cerucuk 3,000.00 10,000.00 10,000.00 3,000.00 10,000.00
Jumlah Lain-Lain Kos (RM) 21,000.00 56,000.00 44,000.00 21,000.00 59,000.00
Peratus (% ) 1.98 2.53 1.95 1.11 0.63
JUMLAH KOS KONTRAK 1,061,846.06 2,216,016.70 2,261,236.00 1,890,339.06 9,369,245.30
JUMLAH KOS / SATU CERUCUK 4,006.97 2,885.44 1,781.90 1,994.03 4,131.06
Kajian Kes Tapak Bina A Tapak Bina B Tapak Bina C Tapak Bina D Tapak Bina E
97
5.2. Cadangan Penyelidikan
Analisis dan hasil kajian telah dikemukakan di dalam bab IV sebelum ini.
Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa faktor strata tanah yang
berlainan menyumbang kepada perbezaan kos yang terlibat semasa kerja-kerja
penanaman cerucuk di tapak. Bagaimanapun, beberapa cadangan boleh dibentuk
untuk memperbaiki kos tersebut supaya kos yang dihasilkan adalah lebih
menjimatkan dan dimantapkan lagi. Antara cadangan tersebut adalah:
i. Cadangan Pertama
Menentukan peratus komponen kos-kos terutamanya kos bahan mengikut
sifat strata tanah. Ini akan lebih memudahkan kontraktor dalam menganggar
jumlah kos bahan yang diperlukan dan mengurangkan kadar pembaziran
cerucuk.
ii. Cadangan Kedua
Menetapkan jumlah penggunaan buruh yang optimum khususnya buruh tidak
mahir dimana penggunaan khidmat buruh tidak mahir kurang diperlukan dan
hanya melakukan kerja-kerja pemunggahan sahaja.
98
5.3. Kajian Lanjutan
Memandangkan hasil kajian yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan
kos yang terlibat semasa kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di atas
strata tanah yang berbeza, maka kajian-kajian lain boleh dilaksanakan bagi
meningkatkan lagi ketepatan kos-kos yang terlibat. Penyelidik berpendapat, beberapa
perkara lain perlu disentuh dalam setiap kajian yang dijalankan. Antara cadangan
penyelidikan pada masa hadapan adalah seperti:
i. Masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja-kerja cerucuk
konkrit terpintal di tapak bina yang berbeza strata tanah.
ii. Nisbah kos bagi bahan binaan, buruh, peralatan dan jentera untuk kerja
cerucuk konkrit terpintal.
iii. Meninjau pandangan juruukur bahan terhadap nisbah perbezaan kos cerucuk
konkrit terpintal semasa perancangan dan selepas perlaksanaannya di tapak.
iv. Item-item yang digunakan di dalam temubual ini boleh dipelbagaikan supaya
dapatan kajian lebih tepat dan jitu.
v. Melaksanakan kajian dengan menfokuskan kepada faktor-faktor yang
mempengaruhi kos-kos kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak.
99
5.4. Kesimpulan
Sekiranya pihak kontraktor dan sub kontraktor cerucuk melakukan analisis
peratusan kos-kos penggunaan cerucuk konkrit terpintal khususnya kos bahan, kos
buruh, kos loji, overhed dan lain-lain kos mengikut strata tanah di tapak bina, maka
kos optimum dan penjimatan akan dapat diperolehi tanpa penambahan sebarang kos
cerucuk.
Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa kos-kos yang terlibat
adalah wujud dan munasabah berdasarkan kajian literatur yang telah dilakukan pada
bab II dalam penyelidikan ini. Sifat strata tanah sama ada tanah berjeleket atau tidak
berjeleket sangat mempengaruhi kos penggunaan cerucuk konkrit terpintal ini dan
variasi nilai kos boleh dibandingkan di setiap tapak yang mempunyai strata tanah
yang berbeza selepas penyelidikan dijalankan. Faktor keluasan tapak juga sedikit
sebanyak mempengaruhi kos penggunaan cerucuk namun faktor ini kurang
dibincangkan kerana saiz tapak bina yang dikaji secara puratanya menggunakan lain-
lain jenis cerucuk juga di dalam tapak bina terssbut.
Kelemahan-kelemahan yang terdapat pada penyelidikan ini sekiranya dibaiki
akan dapat menyediakan kos-kos penggunaan cerucuk yang lebih effektif dan
optimum. Diharap, penyelidikan ini akan dapat memberi sedikit panduan dan rujukan
dalam melakukan semakan kos cerucuk konkrit terpintal di atas strata tanah yang
berbeza pada masa akan datang.
100
RUJUKAN
Abd Ghani Khalid, Razali Abdul Hamid, Zakaria Mohd Yusoff dan Saidin Misnan
(2007). Data Base: Harga Binaan dan Harga Buruh Binaan. (Vot 68852).
Universiti Teknologi Malaysia : Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM.
Abd. Ghani Khalid (2008). Model Ramalan Kos Pembinaan. (Vot 78159). Universiti
Teknologi Malaysia : Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM.
Ahamad Abdullah (2006). Anggaran Kos Kerja Bangunan. (Edisi Kedua). Petaling
Jaya : Prentice-Hall.
Braden. Rowse (2009). Construction Material Cost: Recent Years and Beyond. 51(1),
17.
CEPCO Phc Pile (2010). Prestressed Spun Concrete Products [Brochure]. Johor
Bahru: Concrete Engineering Product Sdn. Bhd.
D.J Edward dan G.D Holt (2009). Construction Plant and Equipment Management
Research: Thematic View. 7(2), 186-206.
101
Faizal dan Lee (2007). A New Instrumentation (GLOSTREXT) Method for Driven
Prestressed Spun Concrete Piles, Bulletin of the Institution of Engineers,
Malaysia, October 2007 issue. 10-19.
G.R Holland (1994). Structural Survey. Piling Method-Pros and Cons. 12(3), 27-28.
Hulwani Abdul Aziz (2005). Kajian kes : Penggunaan Cerucuk Spun Di Jambatan
Sungai Tupai, Perak. Projek Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Husein Ibrahim Tebin (2009). Cost Engineering. Pricing Tenders for Construction.
51(2), 7-14.
Jabatan Kerja Raya (2009). Shedule of Rates. Malaysia: Jabatan Kerja Raya,
Kerajaan Malaysia.
J.I.W Bentley (1990). Penenderan dan Penganggaran Binaan. Universiti Teknologi
Malaysia: Unit Penerbitan Akademik, UTM.
Kamaruddin Ngah, Roslin Md Akhir (1990). Kaedah Penyelidikan: Panduan Mudah
Kerja Luar. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Len Holm, John E.Schaufelberger, Dennis Griffin dan Thomas Cole (2005).
Construction Cost Estimating Process and Practices. N.J.: Prentices-Hall
R.F Craig (1993). Mekanik Tanah. (Edisi Keempat). Chapman and Hall.
102
Zayed, Tarek M. and Halpin, Daniel W.(2005) 'Deterministic models for assessing
productivity and cost of bored piles', Construction Management and
Economics, 23: 5, 531 — 543
103
BIBLIOGRAFI
C Yin, Robert K. (1984). Case Study Research: Design and Method. London: Sage
Publication Series.
G.G Goble and M.Hussien (1999). George G. Goble Consulting Engineer. Potential
for HPC in Driven Pile Foundations. 608-615.
Izham Shafie ( 2000). Penghantar Statistik. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Jacques Hamel, Stephane Dufour, dan Dominic Fortin (1993). Case Study Method.
California: Sage Publication Series.
Kenneth D. Bailey (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Margaret Stacey (1970). Method of sosial research. Oxford: Pengamon Press.
Rohana Yusof (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publication.
104
Syed Arabi Idid (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thomas R. Cutler (2010). Industrial Engineer: The Language of Cost. 42(9), 47
LAMPIRAN
A. PENGANALISAAN DATA KAJIAN
KOS JUMLAH KOS PERATUS
(RM) (RM) (% )
JUMLAH HARGA KONTRAK 1,061,846.06
Kos Bahan
Kos Cerucuk Pertama 286,770.00
Kos Cerucuk Sambungan 142,152.75
Kos Lori Penghantaran Cerucuk
Lain-Lain Kos Bahan : 106,500.00
1. Sepatu Cerucuk Jenis OSLO
535,422.75 50.42
Kos Buruh
Buruh Tidak Mahir 38,480.00
Buruh Mahir : 223,007.56
1. Jurutera Tapak
2. Operator Cerucuk
3. Operator Kren
4. Pengimpal (Welder)
5. Pemotong (Cutter)
6. Pencatat
Elaun Pekerja 5,400.00
266,887.56 25.13
Kos Peralatan / Jentera
Kos Lori Penghantaran Jentera 57,000.00
Kos Kren Bergerak (Crawler) 57,740.00
Kos Pelantak Cerucuk Hidraulik 81,353.25
Kos Alat Pemotong Cerucuk 15,442.50
211,535.75 19.92
Overhed
Instrumen Tambahan Cerucuk 20,000.00
Peralatan Pejabat (Alat Tulis) 2,000.00
Kos Pemantauan Kerja Di Tapak 2,000.00
Lain-Lain Kos Overhed 3,000.00
27,000.00 2.54
Lain-Lain Kos
Kos Ujian Beban Cerucuk 10,000.00
Kos Ujian PDA 8,000.00
Rekod Cerucuk 3,000.00
21,000.00 1.98
JUMLAH KOS CERUCUK 1,061,846.06 100.00
BAHAGIAN B : Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja
Penanaman Cerucuk Di Tapak Bina A
PERKARA
Jadual B (1): Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja Penanaman
Cerucuk Konkrit Terpintal
KOS JUMLAH KOS PERATUS
(RM) (RM) (% )
JUMLAH HARGA KONTRAK 2,570,038.60
Kos Bahan
Kos Cerucuk Pertama 706,733.10
Kos Cerucuk Sambungan 501,708.60
Kos Lori Penghantaran Cerucuk 12,555.00
Lain-Lain Kos Bahan
1,220,996.70 55.27
Kos Buruh
Buruh Tidak Mahir 78,755.75
Buruh Mahir : 307,745.00
1. Jurutera Tapak
2. Operator Cerucuk
3. Operator Kren
4. Pengimpal (Welder)
5. Pemotong (Cutter)
6. Pencatat
Elaun Pekerja 84,000.00
470,500.75 470,500.75 21.30
Kos Peralatan / Jentera
Kos Lori Penghantaran Jentera 150,000.00
Kos Kren Bergerak (Crawler) 120,924.25
Kos Pelantak Cerucuk Hidraulik 141,885.00
Kos Alat Pemotong Cerucuk 35,010.00
447,819.25 20.27
Overhed
Instrumen Tambahan Cerucuk 10,000.00
Peralatan Pejabat (Alat Tulis) 2,000.00
Pengangkutan Pekerja
Bayaran Bil Telefon 2,200.00
Kos Pemantauan Kerja Di Tapak 2,500.00
Lain-Lain Kos Overhed 4,000.00
20,700.00 0.94
Lain-Lain Kos
Kos Untuk Syarat-Syarat Kontrak 10,000.00
Kos Ujian Beban Cerucuk 20,000.00
Kos Ujian PDA 16,000.00
Rekod Cerucuk 3,000.00
49,000.00 2.22
JUMLAH KOS CERUCUK 2,209,016.70 100.00
BAHAGIAN B : Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja
Penanaman Cerucuk Di Tapak Bina B
PERKARA
Jadual B (2): Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja Penanaman
Cerucuk Konkrit Terpintal
KOS JUMLAH KOS PERATUS
(RM) (RM) (% )
JUMLAH HARGA KONTRAK 2,261,236.00
Kos Bahan
Kos Cerucuk Pertama 475,875.00
Kos Cerucuk Sambungan 732,847.50
Kos Lori Penghantaran Cerucuk 76,774.50
Lain-Lain Kos Bahan
1,285,497.00 56.85
Kos Buruh
Buruh Tidak Mahir 150,000.00
Buruh Mahir : 309,821.00
1. Jurutera Tapak
2. Operator Cerucuk
3. Operator Kren
4. Pengimpal (Welder)
5. Pemotong (Cutter)
6. Pencatat
Elaun Pekerja 6,600.00
466,421.00 466,421.00 20.63
Kos Peralatan / Jentera
Kos Lori Penghantaran Jentera 75,000.00
Kos Kren Bergerak (Crawler)
Kos Pelantak Cerucuk Hidraulik 342,630.00
Kos Alat Pemotong Cerucuk 23,688.00
441,318.00 19.52
Overhed
Instrumen Tambahan Cerucuk 20,000.00
Peralatan Pejabat (Alat Tulis) 2,000.00
Pengangkutan Pekerja
Bayaran Bil Telefon
Kos Pemantauan Kerja Di Tapak 2,000.00
Lain-Lain Kos Overhed
24,000.00 1.06
Lain-Lain Kos
Kos Untuk Syarat-Syarat Kontrak
Kos Ujian Beban Cerucuk 21,000.00
Kos Ujian PDA 13,000.00
Rekod Cerucuk 10,000.00
44,000.00 1.95
JUMLAH KOS CERUCUK 2,261,236.00 100.00
BAHAGIAN B : Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja
Penanaman Cerucuk Di Tapak Bina C
PERKARA
Jadual B (3): Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja Penanaman
Cerucuk Konkrit Terpintal
KOS JUMLAH KOS PERATUS
(RM) (RM) (% )
JUMLAH HARGA KONTRAK 1,890,339.06
Kos Bahan
Kos Cerucuk Pertama 330,900.75
Kos Cerucuk Sambungan 724,599.00
Kos Lori Penghantaran Cerucuk 11,376.00
Lain-Lain Kos Bahan
1,066,875.75 56.44
Kos Buruh
Buruh Tidak Mahir 133,795.00
Buruh Mahir : 293,156.25
1. Jurutera Tapak
2. Operator Cerucuk
3. Operator Kren
4. Pengimpal (Welder)
5. Pemotong (Cutter)
6. Pencatat
Elaun Pekerja 10,800.00
437,751.25 437,751.25 23.16
Kos Peralatan / Jentera
Kos Lori Penghantaran Jentera 70,000.00
Kos Kren Bergerak (Crawler) 84,188.06
Kos Pelantak Cerucuk Hidraulik 165,804.00
Kos Alat Pemotong Cerucuk 17,720.00
337,712.06 17.87
Overhed
Instrumen Tambahan Cerucuk 20,000.00
Peralatan Pejabat (Alat Tulis) 2,000.00
Pengangkutan Pekerja
Bayaran Bil Telefon
Kos Pemantauan Kerja Di Tapak 2,000.00
Lain-Lain Kos Overhed 3,000.00
27,000.00 1.43
Lain-Lain Kos
Kos Untuk Syarat-Syarat Kontrak
Kos Ujian Beban Cerucuk 10,000.00
Kos Ujian PDA 8,000.00
Rekod Cerucuk 3,000.00
21,000.00 1.11
JUMLAH KOS CERUCUK 1,890,339.06 100.00
BAHAGIAN B : Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja
Penanaman Cerucuk Di Tapak Bina D
PERKARA
Jadual B (4): Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja Penanaman
Cerucuk Konkrit Terpintal
KOS JUMLAH KOS PERATUS
(RM) (RM) (% )
JUMLAH HARGA KONTRAK 9,381,995.30
Kos Bahan
Kos Cerucuk Pertama 2,192,811.60
Kos Cerucuk Sambungan 3,433,780.56
Kos Lori Penghantaran Cerucuk
Lain-Lain Kos Bahan
5,626,592.16 59.97
Kos Buruh
Buruh Tidak Mahir 886,500.67
Buruh Mahir : 954,748.60
1. Jurutera Tapak
2. Operator Cerucuk
3. Operator Kren
4. Pengimpal (Welder)
5. Pemotong (Cutter)
6. Pencatat
Elaun Pekerja 36,750.00
1,877,999.27 1,877,999.27 20.02
Kos Peralatan / Jentera
Kos Lori Penghantaran Jentera 500,000.00
Kos Kren Bergerak (Crawler) 457,392.00
Kos Pelantak Cerucuk Hidraulik 586,358.67
Kos Alat Pemotong Cerucuk 101,653.20
Kos Jentera Kerja Tanah : 100,000.00
1. Penggelek (Compactor)
2. Jentera Pemotong Tanah (Backpusher)
3. Sewa Lori Tanah
1,745,403.87 18.60
Overhed
Instrumen Tambahan Cerucuk 50,000.00
Peralatan Pejabat (Alat Tulis) 5,000.00
Pengangkutan Pekerja 8,000.00
Bayaran Bil Telefon 4,000.00
Kos Pemantauan Kerja Di Tapak 6,000.00
Lain-Lain Kos Overhed
73,000.00 0.78
Lain-Lain Kos
Kos Untuk Syarat-Syarat Kontrak
Kos Ujian Beban Cerucuk 31,000.00
Kos Ujian PDA 18,000.00
Rekod Cerucuk 10,000.00
59,000.00 0.63
JUMLAH KOS CERUCUK 9,381,995.30 100.00
BAHAGIAN B : Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja
Penanaman Cerucuk Di Tapak Bina E
PERKARA
Jadual B (5): Analisis Kos-Kos Yang Terlibat Di Dalam Kerja Penanaman
Cerucuk Konkrit Terpintal