Kosmo! Online - Rencana Utama

  • Upload
    sabar5

  • View
    43

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kosmo

Citation preview

  • Tamar Jalis pinjam nama jin

    Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

    SELAMA 30 tahun Ahmad menyembunyikan identiti Tamar Jalis.

    NOVEL mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an.

    Sebanyak 284 siri novel itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005.

    Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ,Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.

    Tetapi penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identitisebenarnya Jun lalu.

    Beliau ialah Ahmad@Mohd. Radzi Mahmud, 73, yang berasal dari Beruas, Perak. Menurut Ahmad,nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraanMelayu lama.

    Walaupun beliau seorang penulis cerita hantu terkenal, penampilan Ahmad semasa ditemui di sebuahkompleks beli-belah di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini tidak seaneh yang dibayangkan.

    Beliau selesa memakai baju kemeja dan berseluar jean. Di sebalik kedutan pada wajahnya, beliaukelihatan sihat dan kuat.

    Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan Variasari yang agak lembap pada masa itutetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetaksebanyak beberapa kali, jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malahwartawan sebuah akhbar.

    Beliau yang kini menetap di Kota Damansara berkata, idea untuk menulis siri novel itu timbul selepasbeliau berusia 40 tahun.

    Biasalah orang muda, semasa usia 20 atau 30-an, kita kurang serius terhadap pelbagai perkaratermasuk kehidupan.

    Namun, selain untuk melariskan jualan Variasari, saya merasakan pengalaman mengikuti datuk saya

    RENCANA UTAMA

    Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami

    21 Januari 2015

    Waktu Solat Kuala Lumpur

    Subuh 6:06Zohor 1:27

    Asar 4:49Maghrib 7:24

    Isyak 8:37

    Klik untuk waktu solat kawasan lain

    Carian@KOSMO!

    Iklan@KOSMO!

    Artikel-artikel RENCANA UTAMA :

    ePlayer Sukan

    Iklan@KOSMO!

    Air tangan penduduk kampung Tanaman subur di benua Afrika Setiap kad bawa nilai berbeza Pameran artifak Yemen Emosi mangsa musibah Si buta kemudi kapal layar Fanatik K-Pop makan diri Lyn positif hadapi saingan perniagaan Tsunami Manek Urai Tercekik objek asing undang bahaya

    Kosmo! Online - Rencana Utama http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1225&pub=Kos...

    1 of 3 21/01/2015 5:23

  • Ruang

    Kebun durian jadi resort

    Infiniti

    Inovasi periuk nasi asing gula

    Kesihatan

    Serangan matahari xerodermapigmentosum

    Iklan Teks

    RASA penat selepas memandu kira-kira 45minit dari Kuala Lumpur seakan-akanhilang begitu sahaja tatkala melangkah kepekarangan Riverstone Eco Resort yang mula dibuka padatahun 2002. Lagi...

    TERTARIK dengan penerangan seorangrakannya, Zulfazly Abu Bakar, 39,mengambil keputusan untuk menggunakanperiuk Grayns kira-kira empat bulan lalu. Lagi...

    BERMAIN di luar rumah bersamarakan-rakan yang lain merupakan aktivitikegemaran bagi setiap kanak-kanak. Bagaimanapun, berbezabagi Eddison Miller, kanak-kanak berumur tiga tahun yangdisahkan menghidap penyakit Xeroderma pigmentosum (XP).Lagi...

    Tweet

    perlu diceritakan, ujarnya mengenai datuknya, Kulup Muhamad Diah atau lebih dikenali denganpanggilan Long Mat Piah.

    Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional. Ahmad banyak mengikut datuknya itumengubat orang yang mengalami gangguan jin sehingga membawa beliau ke semua daerah di Perak.

    Muncul

    Keluarga Ahmad tinggal berdekatan dengan rumah datuknya. Beritahu Ahmad, mungkin disebabkanbeliau cucu yang paling disayangi jadi beliau sering diajak oleh datuknya untuk mengubat.

    Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jinmemberi idea untuk saya menulis.

    Pada mulanya saya agak takut tetapi disebabkan ilmu yang ada pada datuk menyebabkan saya yakindan berani, kata Ahmad.

    Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ahmad ialah semasa mengikuti datuknya menghalauhantu seorang wanita yang telah meninggal dunia tetapi tetap mengganggu keluarganya.

    Wanita itu mengamalkan satu ilmu hitam iaitu nasi tangas untuk membuatkan suaminya tunduk dantaat kepadanya.

    Selain itu, wanita itu juga ingin suaminya yang juga seorang kaki judi berubah, ceritanya.

    Ahmad memberitahu, disebabkan mengamalkan ilmu yang salah itu, roh wanita itu sering mengganggukeluarganya.

    Syukur datuk saya berjaya menghalau hantu wanita tersebut daripada terus mengganggukeluarganya, ujar beliau.

    Namun, beliau mengaku tidak pernah dirasuk atau diganggu makhluk halus sehingga sekarang.

    Ahmad memberitahu, beliau mampu menyiapkan satu siri novel SBDJ dalam tempoh sehari.

    Saya sendiri pernah melaluinya jadi lebih mudah untuk menulis. Memang ada penambahan ceritatetapi tidak terlalu terpesong daripada cerita sebenar, katanya.

    Namun, mengapa pada usia lebih 70 tahun baru Ahmad terfikir untuk menonjolkan diri?

    Cukuplah, asalkan nama jin Tamar Jalis popular, ujarnya.

    Jelasnya lagi, beliau juga mengetahui artikel penulis bertajuk Tamar Jalis Manusia Misteri yang tersiardalam Kosmo! Ahad keluaran 24 Januari 2010.

    Saya masih menyimpan artikel itu. Rakan saya A. Jalil Miran (dikatakan juga pemilik nama TamarJalis) banyak membantu saya dalam menghasilkan SBDJ.

    Jasanya tidak mampu dibalas walaupun beliau telah meninggal dunia, jelas Ahmad.

    Sebelum beredar, penulis bertanya kepada Ahmad sekiranya beliau mendedahkan identitinya lebihawal, beliau mungkin lebih terkenal dan mampu menjadi lebih kaya berbanding sekarang.

    Tidak mengapa, cukuplah rezeki yang ada, katanya.

    Kini, novel SBDJ bakal diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nafiela, Syamreen Azam Shafei yang sekarangmenerbitkan novel SBDJ, usaha itu sedang giat dijalankan termasuk mencari barisan pelakon yangsesuai.

    Saya berharap dengan adanya drama SBDJ, cerita seram ini akan ada kesinambungannya, ujarSyamreen.

    Kosmo! Online - Rencana Utama http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1225&pub=Kos...

    2 of 3 21/01/2015 5:23

  • Process time in ms: 15

    Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | Job House | Tutor | MyBooks | Kumpulan Utusan |Polisi Privasi | Privacy Policy |

    Firefox can't establish a connection to the server at www.facebook.com.

    The site could be temporarily unavailable or too busy. Try again in a fewmoments.

    If you are unable to load any pages, check your computer's networkconnection.

    If your computer or network is protected by a firewall or proxy, makesure that Firefox is permitted to access the Web.

    Copyright 2008. KOSMO! Online.

    0 1

    Cari KeretaTermurah

    Cari Kereta IdamanAnda. Lebih 150,000Kereta Untuk Dipilih!

    Rencana Utama!

    Air tangan pendudukkampungpetugas-petugas perlu memakaiuniform iaitu baju Melayu,bersamping, kasut, tag nama dansongkok tinggi setiap kali menjagastesen pada sesuatu majlis.

    Air tangan pendudukkampungTanaman subur di benuaAfrika

    Varia!

    Anjakan dunia artis TamiltempatanSaravanan (kanan) dijangka tampildengan judul buku yang samadalam siri ketiga tidak lama lagi.

    Anjakan dunia artis TamiltempatanGalaxy A untuk penggemarselfie

    Iklan@KOSMO!

    Kosmo! Online - Rencana Utama http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1225&pub=Kos...

    3 of 3 21/01/2015 5:23