22
UNIT 2: JENIS-JENIS UJIAN

Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UNIT 2: JENIS-JENIS UJIAN

Page 2: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

Jenis ujian

Ujian prestasi maksimum- Menguji kebolehan pelajar

dalam keadaan bersedia

Ujian pencapaian

Ujian kecerdasan

Ujian bakat

Ujian kecekapan

Ujian prestasi minimum/biasa

- Mendapatkan gambaran tingkah laku pelajar

Personaliti

Sikap

Minat

Page 3: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN PENCAPAIAN… Mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk

yang telah diajar, dari aspek kognitif, psikomotor, & afektif.

Mengenal pasti masalah pelajar bagi tajuk yang diuji.

Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan topik baru.

Terdapat dua jenis iaitu ujian rujukan norma, ujian rujukan kriteria

Page 4: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

…UJIAN PENCAPAIAN

• Dibina oleh guru• Contoh: Ujian diagnostik,

ujian penggal, ujian bulananPeringkat

Bilik Darjah

• Dibina oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia

• Contoh: UPSR, PMR, STPM

Peringkat Kebangsaan

Page 5: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN RUJUKAN NORMA

Ujian yang membandingkan prestasi/pencapaian seorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain berdasarkan dimensi/atribut yang diuji.

Skor seorang pelajar dirujuk kepada skor norma.

Adakah pelajar A lebih baik daripada pelajar B?

Biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas.

Contoh: UPSR, PMR, SPM, peperiksaan akhir tahun.

Page 6: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN RUJUKAN KRITERIA Ujian yang membandingkan pencapaian seorang pelajar

dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Skor seorang pelajar dirujuk kepada kriteria/standard yang telah ditetapkan.

Contoh: MUET, EPT, IELTS, TOEFL,

Page 7: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

CONTOH KRITERIA UPSIPeratus Markah Penilaian

80 – 100 Cemerlang (A)75 – 79 Cemerlang (A-)70 – 74 Kepujian (B+)65 – 69 Kepujian (B)60 – 64 Kepujian (B-)55 – 59 Lulus (C+)50 – 54 Lulus (C)45 – 49 Lulus (C-)40 – 44 Lulus (D+)35 – 39 Lulus (D)

< 35 Gagal

Page 8: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

Seorang pelajar mendapat markah 75% dalam ujian Matematik:

Penaksiran Rujukan Kriteria : pelajar ini adalah Cemerlang (A-)

Penaksiran Rujukan Norma : mungkin pelajar ini mendapat prestasi Cemerlang (A) jika markahnya (75%) merupakan markah tertinggi dalam kumpulan pelajar yang ditaksir.

REFLEKSI

Page 9: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN KECERDASAN

Kecerdasan melibatkan proses menaakul persekitaran bagi menyelesaikan masalah, melibatkan kecerdasan mental, emosi, dan rohani.

Ujian kecerdasan cuba mengukur kebolehan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Memberi bukti secara tidak langsung mengenai potensi/prestasi umum seseorang individu.

Contoh: ujian kecerdasan mental (Binet Scale, Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC), Raven Progressive Matrices (RPM)

Page 10: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN DIAGNOSTIK… Digunakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi

pelajar dalam proses P&P.

Menentukan punca-punca masalah tersebut bagi melaksanakan tindakan lanjutan.

Biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu, dengan pembinaan item terperinci bagi mengenalpasti masalah bagi tajuk tersebut.

Merupakan ujian rujukan kriteria.

Page 11: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

…UJIAN DIAGNOSTIK Ciri-ciri ujian:

a) tidak memberi skor/gred.b) dilaksanakan semasa P&P berjalan.c) laporan ujian dibuat dalam bentuk profil

perkara yang belum dikuasai pelajar.

Contoh: a) Ujian diagnostik bertulis – ujian bacaanb) Ujian diagnostik tidak bertulis – soal jawab, inventori, pemerhatian, tugasan dari semasa ke semasa.

Page 12: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN APTITUD

Mendapatkan ukuran bagi meramalkan kejayaan atau sebaliknya bagi seseorang pelajar pada masa depan.

Contoh – Ujian Aptitud Sekolah Rendah (UASR), Ujian percubaan SPM

Page 13: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN FORMATIF… Dibuat secara berterusan sepanjang proses P&P, bagi

setiap unit/topik yang diajar.

Mengukur penguasaan pelajar terhadap unit/topik tertentu dan menilai keberkesanan pengajaran guru.

Biasanya merupakan ujian rujukan kriteria.

Contohnya kuiz, ujian unit/topik

Mengkaji punca masalah.

Page 14: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

…UJIAN FORMATIF Hasil ujian digunakan untuk:

- mengadakan aktiviti pemulihan- memperbaiki pendekatan dan kaedah mengajar/belajar

Jika masalah pelajar berulang, ujian diagnostik diperlukan untuk mengkaji punca masalah.

Page 15: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN SUMATIF Dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/tahun)

Bertujuan menilai pencapaian akhir pelajar (memberikan gred) dan menilai keberkesanan pengajaran.

Biasanya merupakan ujian rujukan norma.

Pencapaian sumatif biasa digunakan sebagai asas pemilihan dan penempatan.

Contoh: peperiksaan akhir penggal/semester, peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR, SPM, SPMV, STAM, STPM)

Page 16: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN GERAK BALAS… Pengelasan ujian berdasarkan kepada gerak balas/respons

pelajar.

Dibahagikan kepada ujian jawapan dipilih dan ujian jawapan dibina.

Page 17: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

Ujian jawapan dipilih

(objektif)

Item betul-salah

Item padanan

Item aneka pilihan

Item pelengka

p

Ujian jawapan dibina

(subjektif)

Item pelengka

p

Item esei

…UJIAN GERAK BALAS

Page 18: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN OBJEKTIF

Ujian yang memerlukan pelajar memberi jawapan dengan menanda jawapan yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan sesuai, atau memadankan perkara yang berkaitan.

Tugasan item yang terkawal dan membataskan respons calon.

Jawapan dapat diperiksa dengan mudah dan tepat.

Jawapan adalah sama oleh semua pemeriksa.

Page 19: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN SUBJEKTIF Pelajar berpeluang memberi jawapan /gerak balas/respons

dalam tulisan dengan perkataan-perkataan sendiri.

Jenis respons terbahagi kepada respons terhad dan respon bebas.

Respons terhad - respons pendek & ringkas, dinyatakan dengan jelas dalam soalan.

Respons tidak terhad/bebas – pelajar bebas menjawab dengan stail sendiri, menunjukkan kebolehan mensintesis dan menilai.

Page 20: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN DAYA/KUASA Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman yang

diperoleh dalam satu-satu bidang.

Memberi tumpuan kepada kualiti respons/jawapan pelajar

Kurang ditumpukan kepada mengukur kepantasan pelajar dalam memberi respons;

Masa untuk ujian panjang untuk membolehkan pelajar memberikan respons terbaik untuk semua soalan.

Page 21: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

UJIAN KEPANTASAN Mengukur kepantasan pelajar dalam melakukan tugasan

atau menjawab soalan.

BUKAN untuk mengukur sama ada pelajar mengetahui jawapan kepada soalan yang diberi.

Soalan agak senang dan seragam daripada segi kesukarannya.

Masa yang diberi untuk ujian adalah terhad.

Page 22: Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian

RUJUKAN

1. Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam pendidikan dan sains sosial.Penerbit UPSI: Tg Malim.

2. Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008).Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.DBP:Kuala Lumpur.

3. Siti Rahayah Ariffin (2008).Inovasi dalam pengukuran dan penilaian.Penerbit UKM: Bangi.