Upload
azman-ismail
View
199
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KRB3013 - PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
MAIZATTUL AKMA BINTI MOHAMED D20102047085
KUMPULAN : UPSI19 ( A131PJJ)NO. UNTUK DIHUBUNGI : 017-9581645
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. DAHLIA BINTI JANANTARIKH SERAH : 15 NOVEMBER 2013
Pengenalan
1
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran bacaan di sekolah. Anda dikehendaki merancang dan
melaksanakan satu sesi pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan satu teknik pengajaran bacaan.
Membaca jambatan ilmu cukup sinonim dalam kehidupan. Setiap orang
secara fitrahnya akan terdorong untuk membaca sesuatu pernyataan yang dilihat tidak
kira dalam bentuk media elektronik ataupun media cetak. Dengan amalan membaca
rakyat akan menjadi warga berilmu sekaligus mempunyai akal yang terdidik untuk
menjadi warga cemerlang dan upaya menghindari diri daripada gejala-gejala sosial.
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.
Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan informasi, menambah ilmu, memahami orang lain dan sebagainya
(Raminah Haji Sabran,1993). Oleh itu, guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang
penting dalam menentukan kejayaan pelajar mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu,
khasnya kemahiran membaca.
Membaca dapat ditakrifkan sebagai satu proses mengubah simbol-simbol grafik
iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual yang memerlukan daya mental untuk
mentafsir maklumat yang dibaca. Membaca juga merupakan terjemahan daripada bentuk
tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna
daripada bentuk tulisan berkenaan.
Proses ini melibatkan kebolehan murid untuk mengenal lambang-lambang dan
menterjemahkan lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami
makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Jadi, untuk mengenal pasti
sama ada murid dapat membaca, guru perlu melihat sama ada murid mengenal dan
menyebut lambang-lambang bertulis dan juga mesti mempunyai satu tanggapan bagi
memudahkan fahamannya.Membaca juga merupakan satu kaedah untuk memahami pola-
pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.Selain itu, proses membaca juga
didefinisikan sebagai satu proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak
dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan petikan yang dibaca dan
melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.
2
Menurut Kamus Pelajar ( 2000 ) membaca merupakan perbuatan untuk
membunyi, menyebut dan melafazkan huruf, perkataan dan ayat yang ditulis, dilihat
dan memahami apa yang tertulis.
Dalam hal demikian, bolehlah didefinisikan bahawa membaca itu ialah
menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yangtertulis dan memahamkan
kandungannya
Menurut Pumfrey (1977), membaca ialah satu proses pemikiran yang membina.
Zulkefli Hamid (1994) pula mentakrifkan menyatakan bahawa ketika seseorang itu
membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan
bacaannya.
Juriah Long (1990) pula mempunyai takrifan yang tersendiri.Beliau menyatakan
bahawa seseorang yang cekap membaca hanya memberi perhatian kepada perkataan-
perkataan yang penting dan juga memberikan tumpuan kepada kebolehan memproses
bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi analisis dan sintesis dalam
bacaan,Jadi, secara kesimpulannya, membaca merupakan satu perlakuan mendapatkan
maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.Aktiviti membaca melibatkan
dua proses iaitu menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan
juga proses mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang
disuarakan itu.
Terdapat dua cara membaca di sekolah iaitu bacaan mekanis (bersuara )dan
bacaan mentalis ( senyap ). Proses mengajar bacaan mengandung lima peringkat iaitu
peringkat menyediakan murid terutamanya terhadap perasaan dan bahasa mereka.
Peringkat mendirikan asas terutamanya dalam perkara- perkara seperti pemilihan
ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata supaya tidak membosankan
murid.
Peringkat melatih dan memaham isi bacaan, peringkat membaca untuk hiburan
dan mencari pengetahuan serta peringkat membina sikap gemar membaca.
Di samping peringkat-peringkat bacaan terdapat juga kaedah untuk mengajar bacaan
seperti kaedah mengeja, kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah pandang sebut.
3
Dalam proses mengajar membaca, terdapat beberapa pendekatan yang boleh
diaplikasikan oleh guru. Antara pendekatan tersebut ialah pendekatan membina,
pendekatan cerakinan dan pendekatan pengalaman bahasa.
(a) Pendekatan Membina
Pendekatan membina atau juga disebut sebagai pendekatan sintesis merujuk
kepada pendekatan yang memerlukan guru mengajar murid membina perkataan dengan
memperkenalkan unsur-unsur kecil terlebih dahulu lalu diikuti dengan unsur-unsur yang
lebih besar. Menurut Yahya Othman (2004), dalam pendekatan membina terdapat kaedah
abjad, kaedah suku kata dan kaedah fonik. Melalui kaedah abjad, murid-murid perlu
dilatih menyebut dan menghafal huruf daripada ‘a’ sehingga ‘z’. Selepas itu, mereka
perlu mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata
dan perkataan.
Manakala kaedah suku kata pula merujuk kepada lanjutan daripada kaedah
abjad. Berdasarkan kaedah ini penekanan diberikan kepada huruf vokal dan konsonan.
Huruf konsonan akan dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata. Suku
kata pula akan digabungkan menjadi perkataan. Melalui kaedah ini, guru perlu
memperkenalkan dahulu suku kata terbuka sebelum suku kata tertutup. Selain itu,
berdasarkan kaedah fonik pula, bunyi-bunyi yang mempunyai kaitan dengan huruf
diperkenalkan terlebih dahulu dan bukannya nama huruf. Selepas itu, bunyi-bunyi
tersebut akan digabungkan untuk menjadi perkataan. namun demikian kaedah ini
mempunyai masalah dari segi perlaksanaan bagi membunyikan huruf konsonan (Yahya
Othman, 2004).
4
(b) Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan atau analitik mempunyai sifat yang bertentangan dengan
pendekatan membina kerana pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat
terlebih dahulu dan kemudiannya dicerakinkan untuk menjadi unsur-unsur yang lebih
kecil berupa perkataan, suku kata dan huruf. Bagi membolehkan pendekatan ini dapat
menarik minat pelajar, guru harus memulakan pengajaran dengan cerita atau ayat yang
kreatif. Dalam pendekatan cerakinan ini terdapat dua kaedah yang boleh diaplikasikan
oleh guru iaitu kaedah perkataan dan kaedah ayat dan cerita (Yahya Othman, 2004).
Berdasarkan kaedah perkataan. perkataan akan diperkenalkan dengan menggunakan kad
perkataan. semasa guru menunjukkan kad imbasan, guru akan meminta murid menyebut
perkataan itu beberapa kali. Dengan itu, kaedah ini dilihat lebih menekankan makna
dalam bahan bacaan. Seterusnya, kaedah ayat dan cerita pula, lebih menekankan ayat
sebagai bunyi yang bermakna dalam bacaan. Kaedah ini lebih memberi tumpuan kepada
bahan bacaan yang berbentuk cerita.
(c) Pendekatan Pengalaman Bahasa
Berdasarkan pendekatan pengalaman bahasa merujuk kepada pengalaman
dan pengetahuan sedia ada yang dipunyai oleh pembaca. Hal ini menunjukkan bahawa
murid-murid akan lebih memahami mesej yang akan disampaikan oleh penulis sekiranya
mereka mempunyai pengetahuan sedia ada tentang mesej tersebut.
Berdasarkan pendekatan-pendekatan dalam mengajar membaca ini, guru dilihat
lebih berupaya dalam menyusun strategi untuk mengajar membaca dalam kalangan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, matlamat yang ingin
dicapai oleh guru sebelum sesi pembelajaran dapat dicapai dengan baik dengan
mengaplikasikan pendekatan mengajar membaca ini.
5
Jenis Bacaan
Dalam tugasan ini saya fokuskan kepada dua jenis bacaan iaitu :-
Bacaan Mentalis
Bacaan Mekanis
Sebelum kita lihat atau perhatikan rancangan pengajaran yang saya sediakan ,
marilah kita tinjau dahulu secara terperinci tentang dua jenis bacaan yang telah saya
tuliskan di atas.
Dalam laman (http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/bacaan-mentalis-
akaliah-kefahaman.html ) Bacaan Mentalis ialah membaca senyap atau membaca dalam
hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual
memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah
untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala
ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat
menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat
dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak
terganggu.
Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-
bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera masing-
masing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini
merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi
kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari, memilih,
melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu strategi yang
amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara
berkesan.
Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan,
iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.
6
Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan
mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan
dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak
diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid
mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
Tujuan
(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang
dibacanya,
(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.
Dalam laman (http://cikgutunazhar.blogspot.com/2010/03/definisi-bacaan-
mekanis.html ) Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang
betul; dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus
mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan yang
dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata
yang jauh. Ia juga harus mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas
maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia
menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang
tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, membaca
mekanis yang ditumpukan lebih berfokus kepada usaha menganalisis pengucapan
daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi
pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan ketrampilan dan minat.
7
Bagi membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah
membaca, aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme boleh diaplikasikan.
Pelopor kepada teori ini ialah Bloomfeild, Edaward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli
psikologi bagi aliran Behaviourisme pula ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike.
Ahli-ahli psikologi ini menekankan aspek pelaziman melalui Teori Pelaziman Klasik. Ini
bermakna, sesuatu perkara atau hal mesti dilakukan secara lazim untuk membentuk
kebiasaan dan perubahan yang berkekalan. Golongan ini juga berpendapat bahawa
bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Ini membawa maksud, pengajaran bahasa
khasnya membaca seharusnya menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.
Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah pelakuan
guru, rakan-rakan serta suasana di dalam bilik darjah. Teori ini sesuai diaplikasikan
terhadap pelajar yang lemah membaca.
Aktiviti Bacaan Mekanis
Antara aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme yang boleh
dilaksanakan kepada pelajar yang lemah membaca ialah:
a). Pelajar diberikan satu petikan yang bertajuk “Akibat Bercakap Bohong”. Petikan ini
ialah satu petikan yang mudah dan ringkas sesuai dengan tahap kemahiran membaca bagi
pelajar yang lemah.
b). Seterusnya, pelajar diminta membaca petikan tersebut secara perlahan atau bacaan
mental dalam masa lima minit. Semasa aktiviti ini, guru akan memberikan kata-kata
rangsangan kepada pelajar untuk menggalak dan memotivasikan pelajar untuk membaca
petikan dengan tekun. Kata-kata seperti “Saya sangat menghargai pelajar yang dapat
membaca petikan yang diberikan dengan tekun. Saya juga pasti kamu semua akan
membaca petikan ini secara senyap dan memahamkan ceritanya”
c). Bersoal jawab mengenai jalan cerita petikan dan membantu pelajar memahami
perkataan dan rangkai kata yang susah dari segi sebutan dan makna perkataan itu. Antara
perkataan sukar yang terdapat dalam petikan “Akibat Bercakap Bohong”ialah ponteng,
8
melastik, berkicauan, menyesal dan membohongi.
d). Guru membaca sebagai contoh dan pelajar melihat petikan sambil menyemak bacaan
guru.
e). Seterusnya, guru membaca petikan dan para pelajar akan mengikut bacaan guru. Pada
permulaan, keseluruhan kelas akan mengikut bacaan guru. Seterusnya, untuk proses
pengulangan sebagaimana menurut ahli psikologi Behaviourisme penting untuk
penguasaan bahasa, bacaan oleh guru akan diikuti pula oleh pelajar mengikut kumpulan-
kumpulan kecil. Di sini, proses pengulangan akan berlaku yang membolehkan pelajar
lemah menguasai kemahiran membaca.
f). Selanjutnya, guru berbincang dan bersoal jawab dengan pelajar mengenai isi bacaan
untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.
Penggunaan kata-kata ‘bagus’, ‘baik’, senyuman guru, anggukan kepala dan sebagainya
akan memberikan rangsangan kepada pelajar untuk menjawab soalan lisan guru, iaitu
gerak balas dalam bentuk bahasa.
f). Aktiviti seterusnya, pelajar akan menyebut berulang kali perkataan sukar yang telah
dikenal pasti. Perkataan ‘ponteng’, ‘melastik’, ‘berkicauan’, ‘menyesal’ dan
‘membohongi’ akan dibaca secara kuat oleh pelajar berulang kali. Hal ini perlu dilakukan
kerana ahli Behaviourisme mempercayai bahawa proses pengulangan amat penting dalm
penguasaan kemahiran membaca.
g). Berikutnya, beberapa pelajar akan dipilih untuk membaca perkataan tersebut. Guru
akan menyebut nama pelajar dan akan memberi pujian sekiranya pelajar membaca
perkataan tersebut dengan betul. Sebaliknya, bagi pelajar yang masih gagal membaca dan
menyebut perkataan itu dengan tepat, hukuman berbentuk berdiri akan dikenakan.
Aktiviti ini adalah selaras dengan Teori Pelaziman Klasik oleh ahli Behaviourisme.
h). Seterusnya, pelajar akan diminta membaca petikan secara individu. Setiap pelajar
membaca satu ayat dan disambung oleh pelajar lain. Hal yang sama boleh dilakukan guru
iaitu bagi pelajar yang mampu membaca ayat dengan betul dan tepat, ganjaran berupa
pujian akan diberikan. Sebaliknya bagi pelajar yang gagal membaca dengan tepat,
hukuman pula akan dikenakan.
i). Akhir sekali, pelajar dikehendaki membina ayat menggunakan perkataan sukar sebagai
pengukuhan. Menurut ahli Teori Behaviourisme, aspek pengukuhan amat dipentingkan
9
supaya ilmu yang diperolehi pelajar akan mudah diingati oleh mereka. Jika ada pelajar
yang gagal membina ayat dengan betul, maka guru boleh membetulkan kesalahan itu. Hal
ini kerana berdasarkan fahaman golongan ini, pengajaran bacaan dan tatabahasa adalah
berdasarkan penekanan induktif atau kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.
Setelah penjelasan di atas,marilah kita sama-sama perhatikan dan hayati
rancangan pengajaran yang telah disediakan di bawah.
10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 4 November 2013
Masa : 8.30 – 9.30 (60 minit)
Tahun : 5 Ermin
Tema : Pertanian
Tajuk Pelajaran : Buah Seribu Khasiat
Bilangan Murid : 22 orang
Fokus Utama
6.6 : Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau
maklumat yang diberikan.
Aras 1 (i) : Mengumpul maklumat daripada bahan yang dibaca untuk membuat
ramalan.
Fokus Sampingan
9.1 :Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Aras 1 (i) :Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid pernah merasa buah naga dan tahu keistimewaan buah naga..
Objektif Eksplisit :
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
i) Mengumpul maklumat tentang buah naga dan membuat catatan ringkas
mengenainya.
ii) Mengeja dan menulis dengan tepat perkataan yang dibaca oleh guru
Sistem bahasa
i) Tatabahasa : Imbuhan awalan
11
ii) Kosa kata :Ditanam secara organik,unik, sistem
penghadaman,kolesterol, filament,lawas,dikomersialkan
Pengisian Kurikulum
i) Ilmu : Pertanian
ii) Nilai murni : Kerjasama ,yakin pada diri sendiri,menghargai hasil
tanaman Negara.
Kemahiran Bernilai Tambah
i) TeoriKecerdasanPelbagai : Interpersonal, naturalis
ii) Kemahiranberfikir : Menjana idea, merumus, mentafsi
iii) Belajar Cara Belajar : Bacaan mentalis, bacaan mekanis dan bacaan secara
individu.
Isi Pelajaran
i) Membaca teks
ii) Perbincangan
iii) Mengumpul maklumat
iv) Pembentangan
BahanSumberMengajar
i) Buku teks
ii) Borang pengurusan grafik.
12
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set induksi
( 5 minit)
1. Murid membaca
pantun yang
ditunjukkan.
2. Soal jawab dengan
murid jawapan bagi
pantun tersebut.
Badan bersisik bukannya
ikan, Namaku haiwan
tetapi tumbuhan, Rasaku
enak sedap dimakan,
Boleh dimakan banyak
keistimewaan.
Pelbagai warna bentuk
yang sama, Merah putih
dan kuning juga,
Berbunga putih malam
kembangnya, Berbiji
kecil bertaburan rata.
Batang bersegi tidak
berdaun, Hidup
bersandar pada kayu,
Boleh berbuah sepanjang
tahun, Cubalah teka
jikalau tahu.
i.Guru menyediakan tiga
rangkap pantun yang berkaitan
dengan pelajaran hari ini.
ii.Guru mengarahkan 3 orang
murid membaca pantun..
iii.Apakah jawapan bagi
ketiga-tiga rangkap pantun
tersebut?
iv. Guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran.
vii). Senaraikan buah-buahan
tempatan yang lain.
TKP
- Verbal linguistik
- Interpersonal
Strategi
- Berpusatkan murid
KBT
- Mentafsir
Teknik:
- Soal jawab
13
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
1.Membaca petikan
(Buku Teks Tahun 5,
muka surat 100-101)
2. Bersoal jawab dengan
murid secara lisan.
i) Murid diminta
membaca petikan di
dalam buku teks
ii) Guru memilih beberapa
orang murid untuk
membaca teks tersebut
iii) Bersoal jawab secara
lisan tentang petikan
Apakah nama lain bagi
buah naga?
Apakah yang
dimaksudkan dengan
ditanam secara
organik?
Pada pendapat
kamu,adakah buah naga
ini akan mendapat
permintaan yang tinggi
dalam pasaran
tempatan.Mengapa?
Strategi : BCB:
- Bacaan mentalis
- Bacaan mekanis
Kemahiran Berfikir:
- Menjana idea
TKP:
- Verbal linguistik
- Interpersonal
Ilmu:
- Sains pertanian
Nilai:
- Rajin
BSM:
- Buku teks
Penilaian HP
FU :6.6 Aras 1 (i)
Langkah 2
(15 minit)
Aktiviti kumpulan
-mengumpul maklumat
dalam borang
i) Guru mengarahkan
murid untuk
mengumpul maklumat
Strategi : BCB:
- Bacaan mentalis
14
pengurusan grafik secara berkumpulan
tentang tanaman buah
naga di dalam borang
pengurusan grafik.
ii) Murid mengumpul
maklumat tentang
tanaman buah naga
- Bacaan mekanis
TKP:
- Verbal linguistik
- Interpersonal
Nilai murni:
- Kerjasama
BSM:
- Petikan teks
- Borang pengurusan
grafik
Penilaian HP
FU :6.6.1 Aras 1(i)
Langkah 3
(15 minit )
Pembentangan i) Guru mengarahkan
murid untuk membuat
pembentangan hasil
kerja kumpulan
masing-masing.
ii) Wakil daripada
beberapa kumpulan
diminta membentang
hasil kerja mereka di
hadapan kelas.
iii) Guru memberi maklum
TKP :
- Verbal linguistik
- Intrapersonal
- Yakin pada diri
Strategi
- Berpusatkan murid
Kemahiran Berfikir
- Menjana Idea
15
balas berdasarkan hasil
kerja murid.
BSM
Borang pengurusan
grafik
Penilaian HP
FU : 6.6 Aras 1(i)
Langkah 4
(10 minit)
Mengeja dan menulis
perkataan
i) Guru mengarahkan
murid untuk menutup
buku teks.
ii) Guru membaca
perkataan di dalam
buku teks dan murid
menulis di dalam buku
latihan.
Kemahiran berfikir
- Menjana idea
Nilai murni:
- Yakin pada diri
sendiri
BSM
- Buku teks
-
Penilaian HP
FS : 9.1 Aras 1 (i)
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran.
Negara kita kaya dengan
pelbagai jenis buah-
buahan.
Kita harus menghargai
hasil tanaman negara dan
menyokong serta
melibatkan diri dalam
usaha pembangunan
negara.
i. Guru bersoaljawab
dengan murid tentang
apa yang telah
dipelajari.
ii. Guru mengarahkan
seorang murid untuk
membuat rumusan apa
yang telah dipelajari.
iii. Guru mengarahkan
murid untuk mencari
maklumat tentang
tanaman yang terdapat
KecerdasanPelbagai
- Verbal linguistic
- Interpersonal
Nilaimurni:
- Keberanian
- Bekerjasama
Ilmu :TMK
KBT:
16
di Malaysia mengikut
kumpulan masing-
masing DENGAN
CARIAN DI
INTERNET.
Kelapasawit
Nanas
Koko
Getah
Buah naga
.
- merumus
Untuk tugasan ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit. Secara
keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini tercapai sepenuhnya.
Murid-murid dapat memahami dan menguasai isi pelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan murid aktif sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan dapat
memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa
yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan
dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan
dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa
menghiraukan gangguan-gangguan lain.Faktor suara guru membuatkan sesi PdP berjalan
dengan lancar.
17
Selain itu penerangan untuk kerja kumpulan ringkas dan padat. Ini membantu
murid memahami apa yang perlu mereka lakukan.Tambahan pula, kumpulan yang
dibentuk semasa pengajaran ialah kumpulan pembelajaran harian mereka. Secara tidak
langsung ia membantu daripada segi pengurusan masa.
Penglibatan murid juga aktif dan menyeluruh sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran yang dijalankan. Murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Murid juga dapat memberikan fokus terhadap pengajaran dan menjawab
soalan – soalan yang dikemukakan semasa sesi soal jawab dijalankan. Penglibatan murid
penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran yang dijalankan. Malah murid
diberi penghargaan seperti ucapan terima kasih sebagainya yang dapat merangsang minat
murid untuk terus menumpukan perhatian pada pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, kekuatan lain yang dapat dikesan adalah kawalan kelas. Guru
secara keseluruhannya dapat mengawal kelas dengan baik yakni dapat mengaplikasikan
aspek pedagogi dalam pengajaran. Guru dapat menyediakan persekitran kelas yang
harmoni dan tersusun untuk sesi pengajaran dan menyumbang kepada tercapainya
objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid juga tidak menimbulkan banyak masalah
semasa sesi pengajaran dijalankan. Saya sentiasa memantau murid-murid semasa mereka
melakukan aktiviti kumpulan dan membimbing mereka mencari maklumat yang
dikehendaki.
Teknik penyoalan yang digunakan membantu meningkatkan pemahaman murid
tentang teks yang dibaca.Soalan diajukan terlebih dahulu sebelum memilih murid untuk
menjawabnya. Dengan cara ini, murid-murid akan sentiasa bersedia untuk menjawab
semua soalan yang dikemukakan.
Selain itu,kekuatan dalam pembelajaran hari ini ialah murid diberi peluang untuk
merumus isi pelajaran. Dengan memberi peluang kepada murid membuat rumusan secara
tidak langsung dapat melatih murid supaya sentiasa yakin pada diri sendiri.
18
Kelemahan
Setiap kekuatan pasti ada kelemahan yang mengiringinya. Begitu juga dengan sesi
pengajaran ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang
sesi pengajaran berlangsung. Dalam persediaan rancangan mengajar yang dibuat
semuanya nampak lancar dan tersusun namun hakikatnya berbeza setelah kita
melaksanakan pengajaran tersebut. Banyak faktor yang menyumbang ke arah wujudnya
kelemahan ini. Kesediaan murid dan halangan – halangan minor lain salah satu antara
penyumbang kepada permasalahan ini.
Walaupun secara umumnya, pengajaran berjalan dengan lancar dan dianggap
berjaya namun terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan sebaik sahaja selesainya
sesi tersebut.
Semasa aktiviti kumpulan diadakan terdapat segelintir murid yang berkomunikasi
menggunakan bahasa ibunda. Hal ini sering dibincangkan sebelum ini, namun masih ada
segelintir murid yang lebih suka berkomunikasi antara sesama mereka menggunakan
bahasa ibunda. Selain itu , ada seorang murid yang membaca buku cerita semasa aktiviti
kumpulan dijalankan. Saya telah menegur murid berkenaan secara spontan.
Kelemahan yang lain adalah, dalam langkah ketiga. Semasa aktiviti
pembentangan, ada kumpulan yang tidak diberi peluang untuk membentang maklumat
yang mereka peroleh. Hal ini berlaku kerana masa yang agak terhad. Walaubagaimana
pun saya telah memberi maklum balas berdasarkan hasil kerja murid.
Langkah mengatasi
Setiap kelemahan dan kekuatan perlu ada penambahbaikan yang dilakukan untuk
meningkatkan lagi kualiti pengajaran di masa akan datang. Saya perlu mengambil iktibar
dan tindakan yang sewajarnya supaya kelemahan dalam pengajaran lalu dapat diperbaiki
dan kekuatan yang ada patut dipertingkatkan lagi.
19
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau
dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di
dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman
murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Untuk mengatasi masalah komunikasi dalam Bahasa Melayu, murid-murid akan
sentiasa diingatkan untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Salah satu cara yang
boleh digunakan ialah menggunakan Bahasa Melayu dalam perbualan harian.Selain itu,
saya harus lebih peka dengan RPH yang disediakan, supaya kesilapan yang tidak
sepatutnya berlaku boleh terjadi.
Walaupun saya tidak menggunakan sebarang alatan ICT semasa pengajaran
namun. Saya telah memberi peluang kepada murid untuk meneroka internet dalam usaha
mencari maklumat yang diperlukan untuk tugasan kumpulan. Setiap kumpulan perlu
membina satu persembahan powerpoint untuk tanaman utama yang terdapat di Malaysia.
20
RUJUKAN
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka .
2. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
3. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
4. Zulkifli Hamid. (1994). Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. P.D. Pumfrey (1977) Measuring Reading Abilities: Concepts, Sources and Applications.
6. Kamus Pelajar terbitan khas KBSM, 2000 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
7. Yahya Othman. 2004. Mengajar Membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
8. http://cikgutunazhar.blogspot.com/2010/03/definisi-bacaan-mekanis.html )
9. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/bacaan-mentalis-akaliah-
kefahaman.html
21
LAMPIRAN
PANTUN
Badan bersisik bukannya ikan,
Namaku haiwan tetapi tumbuhan,
Rasaku enak sedap dimakan,
Boleh dimakan banyak keistimewaan.
Pelbagai warna bentuk yang sama,
Merah putih dan kuning juga,
Berbunga putih malam kembangnya,
Berbiji kecil bertaburan rata.
Batang bersegi tidak berdaun,
Hidup bersandar pada kayu,
Boleh berbuah sepanjang tahun,
Cubalah teka jikalau tahu.
22
PETIKAN DARIPADA BUKU TEKS
23
24
Perkataan untuk ejaan
1. dikomersialkan
2. organik
3. penghadaman
4. meneutralkan
5. kolestrol
6. menguncup
7. saintifik
8. diabetes
9. meringankan
10. melegakan
25
MAKLUMAT BUAH NAGA
PERKARA MAKLUMAT
1. Nama lain
2. Asal
3. Jenis buah naga 1.
2.
3.
4. Nama saintifik 1.
2.
3.
5. Bila berbunga ?
6. Unik
7. Berat
8. Khasiat
9. Kegunaan 1.
2.
3.
4.
5.
6.
26