Upload
hoangkhanh
View
262
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 1
Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat:
Suatu Fakta1
Nota ringkas oleh:
A. Karim Omar2
1 Mukadimmah
1.1 Latar Belakang
a. Mungkin bangsa Melayu di Tanah Air kita boleh berbangga dengan suatu fakta,
yang diperakui oleh pihak gereja sendiri, bahawa bangsa kita adalah satu-
satunya bangsa di dunia ini yang paling sukar untuk mereka murtadkan
menjadi penganut Kristian. Namun ini mungkin hanya benar sehingga kajian
yang dibuat oleh mereka pada tahun 1928.3 Mungkin sekarang fakta ini sudah
agak sukar lagi untuk dipertahankan setelah sekian abad menjadi suatu bangsa
yang berpegang teguh dengan aqidah Islam Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah
dan beramal dengan mazhab Asy-Syafi’i.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 2
b. Akhir-akhir ini pelbagai laporan kerap menyebut berlaku kes-kes pemurtadan
orang-orang Melayu Islam terutamanya kerana menganut agama Kristian. Kes-
kes ini telah banyak juga diperakui kesahihannya. Sehinggakan suatu kajian
telah dibuat oleh seorang paderi dari Sabah untuk mengenalpasti identiti sosio-
keagamaan dan kehidupan orang-orang Kristian Melayu Malaysia4. Cuma yang
tidak disepakati ialah berapakah bilangannya yang telah murtad sehingga kini.
1.2 Skop
a. Kertas ini tidak menyenaraikan kesemua kaedah dan strategi gerakan
pemurtadan Kristianisasi di Malaysia. Kita akan cuba memfokuskan hanya
kepada strategi dan tipu helah dakyah halus terkini evangelis Kristian yang
mereka perakui amat berkesan terhadap umat Islam.
b. Kita juga bukan ingin membincang isu-isu perbandingan agama (comparative
religion) dan bukan juga untuk perbincangan keperluan dan kaedah untuk kita
berdakwah kepada penganut Kristian.
1.3 Had dan Kekurangan
a. Kertas ringkas ini sudah tentu tidak mampu memberi gambaran yang
menyeluruh dan terperinci tentang gerakan Kristianisasi dan dakyah halus yang
dibincang. Ianya sekadar perkongsian ringkas dari pembacaan terhad penulis.
b. Kertas ini juga banyak kekurangannya dan tidak dapat disediakan dalam bentuk
kajian yang sepenuh akademik dan hanya ditulis dalam bentuk isi-isi
perbincangan sahaja. Mustahil juga penulisan ringkas ini dapat membawa
pelbagai rujukan lain dan menyebut kesemua wadah dan pertubuhan yang
bergerak terangan mahupun secara tersembunyi di Malaysia ini.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 3
2 Gerakan Pemurtadan
2.1 Sejarah Ringkas Gerakan Dakyah dan Pemurtadan
a. Gerakan dakyah pemurtadan Kristian (Christian Missionary) terhadap umat
Islam boleh dikatakan bermula dengan seorang yang bernama Raymond Lull
(1232-1316M).5 Beliau yang juga dianggap sebagai seorang teologis dan penyair,
memulakan usaha pendakyahannya di Andalusia dan Afrika Utara semasa
Kerajaan Islam Sepanyol masih tertegak. Lull membuka sekolah “missionary”
pada tahun 1276 dalam usahanya untuk berdakyah di negara-negara Islam dan
pernah dipenjara dan dihalau namun tetap gigih dengan usaha
pemurtadannya.
b. Kegigihan Lull lebih 700 tahun lalu telah merintis jalan untuk gerakan dakyah
pemurtadan yang begitu tersusun kini. Malah asas panduan perancangannya
masih digunapakai kini. Tiga asas perancangannya ialah;6 seorang pendakyah
mesti memahami bahasa Arab dan seumpamanya dengan penuh
komprehensif; mereka juga mesti belajar dari bahan-bahan rujukan Islam bagi
berhujah dengan orang-orang Islam dan mereka juga mesti bersedia untuk
berkorban untuk “pengsaksian terhadap Jesus”. Malah bermula dari saranan
beliaulah pusat-pusat pengajian Kristian mula mengajar bahasa dan ilmu-ilmu
Islam.
c. Namun, gerakan Kristianisasi yang tersusun di bawah pemerintahan negara
boleh dikira dari permulaan siri penjajahan empayar-empayar Kristian Eropah
selepas itu. Ianya bermula dengan Perjanjian Tordesillas yang dibuat pada 7 Jun
1494 di antara raja Portugis dan Sepanyol di bawah dokongan ketua agama
Kristian ketika itu Pope Alexander VI yang membahagikan “dunia baru” antara
Sepanyol dan Portugis pada garis kepulauan Cape Verde.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 4
d. Maka dari sini bermulalah siri penaklukan dua kuasa besar Kristian Eropah,
ketika itu juga disebut sebagai mencari kekayaan, kemegahan dan
menyebarkan ajaran Bible (Gold, Glory and Gospel)7, yang sebenarnya
merupakan dendam perang salib yang
mereka telah tewas di tangan tentera
Islam. Sejarah siri kekejaman
pelayaran dan penaklukan penjajah-
penjajah Eropah ini dicatat dalam
banyak buku sejarah tulisan sarjana
barat sendiri.
e. Pada kurun 18 dan kurun 19, pusat-
pusat kaderisasi pendakyah Kristian
Protestant (Protestant missionary
societies) mula tumbuh di United
Kingdom dan Amerika Syarikat bagi
menyaingi gerakan dakyah Kristian
Katolik yang sudah lama diasaskan.
f. Pada akhir kurun 19 dan di awal kurun
20, timbul beberapa lagi tokoh
pendakyah yang banyak menyusun
serta membina dasar-dasar
pendakyahan dan menjadi panduan kepada pelbagai gerakan dakyah selepas
runtuhnya kerajaan khalifah Islam.
g. Bermula zaman penguasaan Empayar British (akhir kurun 18 – awal kurun 20)
dan hingga sekarang, gerakan yang tersusun dan terlatih mula tersebar.
Pelbagai pusat pengajian khusus untuk penyebaran dakyah Kristian tumbuh
dan menyediakan bahan-bahan yang lengkap. Pengalaman, khusus dari
mereka yang bergiat langsung berdakyah di bumi-bumi Islam, memberi
Salinan naskah Perjanjian Tordesillas yang dimeterai di antara Raja
Sepanyol dan Raja Portugis oleh Pope Alexander VI pada tahun 1494
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 5
pengajaran untuk mereka mengemas-kini strategi dan taktik dakyah.8 Nama-
nama seperti Samuel Zwemer9, James Barton, dan lain-lain lagi banyak
meletakkan asas untuk disusuli oleh pendakyah kurun 20. Malah ada di
kalangan mereka, seperti Snouck Hurgronje seorang rakyat Belanda,
menyelinap masuk dalam masyarakat Islam sepenuhnya dengan berpura
menganut Islam melakukan kajian semasa tinggal di Makkah dan Indonesia.
h. Dalam zaman kontemporari ini, semenjak akhir kurun lepas, elemen-elemen
pengurusan dan perancangan strategik (management and strategic planning)
dan motivasi dari mereka yang berpengalaman dari dunia perniagaan dan
perundingan yang dianggap sebagai pakar pengurusan dan pakar motivasi
(“management gurus” dan “motivators”) mula membantu menyusun semula
gerakan dakyah Kristian dalam era globalisasi kini.10
2.2 Perkembangan Dakyah Gereja di Tanah Melayu
a. Sejarah pendakyahan pihak gereja di Tanah Melayu bermula semenjak
penjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang-
orang Melayu “kurang berhasil,”11 tetapi ianya dilihat amat berjaya dan
memberi impak moral dengan menjadikan penaklukan ke atas kota Melaka ini
sebagai membalas dendam perang salib mereka - “ … the last of the Crusades,
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 6
an effort to attack Islam in flank and rear”12 (... perang Salib terakhir, suatu
usaha menyerang Islam dari sisi dan belakang). Dendam perang salib Portugis
turut dicatat dengan pengkisahan menangkap para pejuang Melayu yang
menentang Portugis dan merantaikan mereka sambil dipaksa mereka
memecahkan kubur Sultan-sultan Melaka dan masjid-masjid untuk diambil
batu-bata ini dijadikan kubu pertahanan “A Famosa” (yang kita kini banggakan
sebagai bangunan bersejarah Malaysia?). Mereka turut dipaksa untuk membina
gereja. Ini dilaporkan oleh Raja Manuel (Portugis) kepada Pope Leo X bahawa
pada 6 Jun 1513 bahawa “Palang Salib” telah menang ke atas “Bulan Sabit” di
kota Melaka13 yakni sebagai tanda tentera Kristian telah mengalahkan tentera
Islam.
b. Walaupun penaklukan Melaka ini dijadikan pusat gerakan dakyah dan
digunakan sebagai pangkalan oleh Francis Xavier, (centre for evangelization
and used as a base)14, namun, pendakyahan Portugis akhirnya hanya tertumpu
di Melaka sahaja, iaitu satu-satunya wilayah takluk mereka ketika itu di rantau
ini dan kurang berhasil di kalangan orang-orang Melayu Islam ketika itu.
Kaedah menambahbiak bilangan yang digunakan oleh Portugis (di mana-mana
wilayah yang dijajah mereka, termasuk di Afrika dan di India) adalah lebih
kepada cara mengahwini orang-orang tempatan15 (tetapi keganasan dan
penghambaan terhadap umat Islam tetap tercatat dengan banyaknya).
Berbeza dengan paksaan secara kekerasan seperti yang telah mereka lakukan
dengan mengkristiankan hampir keseluruhan penduduk Filipina berbangsa
Melayu apabila Sepanyol dan Amerika Syarikat (kemudiannya) mengguna
segala kekuatan ketenteraan mereka.
c. Kemudian, apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant.
Permusuhan menebal mereka dengan Portugis yang berfahaman Katolik ketika
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 7
itu sedikit sebanyak kurang memberi penumpuan kepada pendakyahan orang-
orang tempatan (Melayu)16 dan hanya lebih berminat dalam urusan
perdagangan.
d. Namun, apabila British datang ke Tanah Melayu, mereka datang dengan lebih
tersusun untuk menyebarkan dakyah Kristian mereka. Dengan mempelajari
dari sejarah kekejaman dan penghambaan yang dilakukan oleh Portugis di
Afrika dan negara-negara sebelah timur dan juga kezaliman dan pembunuhan
yang telah dilakukan oleh Sepanyol di benua Amerika, yang banyak
menghasilkan penentangan dari orang-orang tempatan, British mengguna
strategi dan taktik yang lebih berhemah dan cilik dengan “banyak
berdiplomasi” dalam penjajahan mereka di seluruh pelusuk dunia.17
e. Kedatangan British ke Tanah Melayu turut bertepatan dengan perkembangan
dramatik pada gerakan Kristian Protestant (The establishment of British rule in
Malaya coincided with the dramatic expansion of Western Protestant Christianity
...).18 Dan Tanah Melayu juga digunakan sebagai pangkalan untuk
menyebarluas dakyah mereka di negara China (Malaya as out-post and staging
for missionary work in China [Ultra Ganges Mission])19
f. Walaupun penumpuan dakyah di Tanah Melayu ketika itu adalah terhadap
bangsa Cina dan India, pembukaan gereja (chapel) Melayu yang pertama di
Singapura oleh Stamford Raffles pada 27 Jun 182320 serta menyediakan tapak
tanah perkuburan khas untuk orang Melayu Kristian membuktikan niat jahat
Raffles. Beliau turut berusaha membuka sekolah perempuan Melayu sebelum
beliau digugurkan dari menjadi Gabenor pada tahun 1824.21 Raffles turut
meluluskan 500 ekar tanah rancangan yang mengumpul dan mengasingkan 50
keluarga Melayu untuk diberi kemudahan ekonomi dengan syarat
menyerahkan anak-anak mereka masuk ke sekolah mubaligh. Pengasingan ini
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 8
adalah bagi memudahkan usaha memurtadkan anak-anak Melayu ini. Syarat-
syarat ketat yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Melayu yang masuk ke
sekolah ini, antara lain ialah, bahawa pengawasan oleh pentadbiran sekolah
terhadap kanak-kanak mengatasi otoriti ibu-bapa, para pelajar tidak
dibenarkan keluar dari sekolah dan tidak dibenar langsung bercampur atau
berkawan dengan kanak-kanak di luar dari komuniti terkawal ini dan mereka
dikehendaki menghormati hari-hari kebesaran Kristian.22
g. Bermula dari empat (4) Penempatan Selat (Straits Settlement), British berjaya
menjalar masuk ke seluruh Tanah Melayu. Di segenap kawasan yang mereka
berjaya menyelinap masuk, melalui mainan diplomasi mereka, mereka berhasil
meletakkan dua asas utama; gereja dan sekolah missionari mereka23. Maka dari
dua institusi begini berkembanglah dakyah halus mereka dalam mendekati hati
orang-orang tempatan.
2.3 Status
a. Angka sebenar umat Islam di Malaysia yang telah murtad sukar diperolehi
dengan tepat. Begitu juga dengan statistik kes-kes pemurtadan yang berlaku
saban hari kini.
b. Menurut bancian tahun 2000,24 jumlah penganut agama Kristian pada tahun
1991 ialah seramai 1.4123 juta orang manakala pada tahun 2000 ialah seramai
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 9
2.0235 juta orang. Ini menandakan pertambahan seramai 611 ribu orang iaitu
peningkatan sebanyak 43.28 peratus (1991 – 2000) atau sebanyak purata 4.81%
setiap tahun.
c. Walaupun umat Islam di Malaysia adalah merupakan kelompok majoriti dan
melebihi 60 peratus, namun bilangan itu adalah termasuk juga dari mereka yang
digolongkan sebagai pengikut ajaran sesat dan juga termasuk mereka yang
disebut sebagai “murtad” oleh Sahibus Samahah Tan Sri Harussani, Mufti Perak,
yang pernah menyebut (2006) golongan mereka yang telah murtad seramai
250,000. Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Haji Yusof Rawa
dilaporkan pada tahun 1987 pernah menyatakan bahawa terdapat 66,000 orang
Melayu telah meninggalkan agama Islam.25 Kemudian termasuk juga golongan
sesat ajaran Syiah, yang mengaku mempunyai seramai 200,000 – 300,00026
orang pengikut. Bilangan ini ditambah lagi dengan mereka yang mengikut
pelbagai ajaran sesat yang masih aktif termasuk Qadiani, Al-
Arqam/Rufaqah/Global Ikhwan, Ayah Pin, Mahmud ”Marzuq” Sik/Hulu Langat,
Kahar Rasul Melayu dan banyak lagi.
d. Terbaru, kita perlu juga masukkan mereka yang berfahaman dan beriktikad
Liberal dan Plural. Mereka ini telah juga difatwakan sesat. Agak sukar untuk
memberi anggaran angka sebenar mereka yang liberal dan menyamakan semua
agama ini namun jika dilihat secara rambang dengan pelbagai suara sumbang
dan komen dalam alam maya internet ianya agak mengerunkan.
e. Termasuk juga dalam bilangan yang memajoritikan umat Islam di Tanah Melayu
ini ialah mereka yang tergolong dalam kumpulan penagih dadah dan pengidap
HIV/AIDS yang rata-ratanya orang-orang Melayu beragama Islam. Laporan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan tahun 2012 menyebut seramai 42,526 penagih
baru yang dikesan sepanjang tempoh 2008-2012 (5 tahun) dan 80 peratus dari
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 10
penagih ini adalah berbangsa Melayu.27 Jumlah terkumpul kes HIV semenjak
ianya mula dikesan pada tahun 1986 hingga tahun 2011 ialah sebanyak 91,362.28
f. Jika kesemua angka ini diambil kira, umat Islam yang dikatakan majoriti di tanah
tumpah darah kita ini sukar untuk tegaskan bilangan yang sebenarnya umat
yang benar-benar efektif dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat
serta kekal mengikut dan mengamalkan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
g. Dibebankan lagi dalam suasana politik Tanah Air yang amat dipolarisasikan oleh
fahaman politik kepartaian. Secara rambangnya kita boleh pecahkan pula
orang-orang Melayu Islam kepada tiga kumpulan yang semakin mengecil
peratusannya. Maka dari segi suara umat Islam bagi menentukan masa depan
yang terjamin untuk umat Islam di Tanah Air kita ini dalam menentang serangan
pemurtadan dan Kristinisasi, umat Islam yang ada ini berpecah dan tidak
berkualiti.29 Apakah dengan suasana sebegini mampu untuk kita pertahankan
masa depan depan umat Islam demi menjamin kemurnian aqidah generasi
seterusnya? Anak cucu kita!
2.4 Unjuran Peratusan Penganut Pelbagai Agama
a. Berdasar peningkatan peratusan penganut agama Kristian yang sebegini (rujuk
2.3 (b), di atas), jika dilakukan unjuran kasar garis lurus (straight line
extrapolation), jumlah penganut Kristian pada tahun 2010 sepatutnya berjumlah
2,279,861. Namun menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah
penganut Kristian pada tahun 2010 ialah seramai 2,617,157 orang. Ini bermakna,
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 11
kadar pertambahan penganut Kristian pada tahun 2000-2010 adalah lebih tinggi
dari kadar pada tahun 1991-2000. Ini bermakna ia melebihi kadar unjuran garis
lurus.30
b. Pakar kajian statistik Kristian, David Barret, yang menerbitkan World Christian
Encyclopedia31 mengatakan kadar pertambahan penganut Kristian di Malaysia
ialah sebanyak 1.2% setahun pada tahun 2000 dan seterusnya. Manakala,
menurut Operation World,32 angka pertambahan penganut Kristian di Malaysia
adalah sebanyak 1.9% peratus setahun. Ianya lebih tinggi dari unjuran Barret.
c. Dengan pelbagai model unjuran yang boleh digunakan, penganut agama
Kristian boleh menjadi kelompok majoriti dan melebihi peratusan penganut
Islam kurang dari 100 tahun akan datang jika langkah-langkah sewajarnya tidak
dilakukan dengan serius dan segera.
d. Contoh yang paling mudah untuk kita lihat kejayaan gerakan mubaligh Kristian
ini ialah model Korea Selatan. Dalam kurang 40 tahun dari hasil kerja
bersungguh mubaligh untuk dakyah di Korea Selatan pada tahun-tahun 1970an
1980an, negara itu kini menjadi sebuah negara yang peratus bilangan penganut
Kristian tertinggi di Asia Timur. Malah bilangan penganut Kristian kini menjadi
kelompok terbesar di negara itu. 40 peratus dari penduduk yang seramai lebih
48 juta itu kini menganut agama Kristian.33
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 12
Sebagai contoh dipetik di sini:34
At the time of the Korean War, the nation’s Pentecostal believers could be
counted only in the hundreds, but by the early 1980s, their ranks had
swelled to almost half a million.
Korea Selatan juga kini menjadi negara kedua menghantar paling ramai
pendakyah mereka ke luar negara dengan memberi tunpuan khusus kepada
negara-negara Islam.35
e. Contoh Nigeria. Sebelum kemerdekaan negara Nigeria, tahun 1953, penganut
Islam berjumlah 45.3 peratus dari penduduknya berbanding dengan hanya 21.4
peratus yang beragama Kristian.36 Statistik pada tahun 2010 menunjukkan
penganut Kristian berjumlah 49.3 peratus dan telah melebihi orang Islam yang
hanya berjumlah 48.8 peratus.37 Pelbagai laporan menyebut jurang perbezaan
antara peratusan penganut Kristian dan peratusan penganut agama Islam
semakin besar.
f. Jika kita rujuk pelbagai bahan kajian penyebaran Kristian, para mubaligh
mereka berjaya menambahkan kadar bilangan penganutnya yang lebih besar
dari kejayaan dakwah Islam terutama di negara-negara sasaran mereka:38
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 13
Evangelicalism is growing twice the pace of Islam and three times as fast as
the overall world population according to Mandryk. He indicated that a
significant growth of evangelicalism is seen in the global South such as
Brazil, China, Bangladesh and Nigeria which have “exploding” Christian
populations.
3 Dakyah Halus Agenda Tersirat dan Tersurat Evangelis Antarabangsa
3.1 Dakyah halus agenda Kristianisasi ke atas umat Islam seluruh dunia bukan suatu
yang disorok. Pelbagai kaedah telah
dilakukan oleh evangelis gerakan
Kristian dengan ada yang jelas
dizahirkan secara terbuka dan banyak
lagi yang dilakukan secara halus dan
tersembunyi.
3.2 Tidak mungkin dapat diulas dengan
panjang lebar kesemua strategi
mereka dalam tulisan ringkas ini cukup
sekadar memberi beberapa
pendedahan untuk kita sama-sama
faham dan ambil tindakan sewajarnya.
3.3 Salah satu strategi yang diuar-uarkan
mereka ialah apa yang disebut sebagai
“Jendela 10/40” (10/40 window) yang
merujuk kepada negara-negara yang
terletak di antara garis lintang 10 darjah
Kulit depan majalah Time keluaran 30 Jun 2003
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 14
hingga 40 darjah ke utara garisan khatulistiwa.39 Hampir kesemua negera-negara
ini adalah majoriti penduduknya beragama Islam atau mempunyai bilangan
penduduk beragama Islam yang besar (India, China).
3.4 Dengan sedikit carian yang mudah melalui internet kita akan dapati pelbagai
rujukan dan pendedahan berhubung niat dan matlamat agenda Kristianisasi serta
strategi-strategi gerakan evangelis ini dapat kita perolehi. Sebagai contoh, Joshua
Project, berpusat di Colorado Amerika Syarikat (dulu dikenali sebagai AD2000 and
Beyond Movement), mengumpul data yang menyeluruh pelbagai kumpulan etnik
seluruh dunia sebagai usaha menyediakan data lengkap kepada usaha-usaha
evangelis mereka.
3.5 Walaupun gerakan Kristianisasi ini diketahui umum, namun terdapat terlalu
banyak strategi gerak-kerja evangelis ini yang tersirat di mana ianya nampak
neutral dan murni luarannya dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh orang-
orang Islam kerana jarum halus mereka ini amat manis sekali. Dengan gerak-kerja
tersirat sebeginilah mereka memperolehi simpati dan dokongan orang-orang
Islam sendiri.40
3.6 Di antara gerak kerja mereka ialah berselindung di belakang misi kemanusiaan
seperti mana yang mereka telah lakukan di Afghanistan dan Iraq. Mereka juga
lakukan sedemikian di kawasan-kawasan yang dilanda mala petaka seperti
bencana tsunami di Acheh.41 Mereka juga melakukan pelbagai usaha “kebajikan”
untuk membantu masyarakat tetapi mempunyai motif bagi mendekati mereka
yang hendak didakyahkan. Ini dilakukan dengan menyediakan rumah kebajikan
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 15
atau rumah perlindungan (shelter home) untuk warga tua, pesakit HIV/AIDS,
mereka yang gelandangan, remaja bermasalah dan yang seumpamanya.42
3.7 Untuk tujuan perbincangan tajuk yang diberi kita akan lihat satu isu yang menjadi
polemik di kalangan umat Islam di Tanah Air kita yang sebenarnya adalah strategi
terkini yang paling berkesan terhadap umat Islam yang diperakui sendiri oleh
evangelis Kristian.43 Kita akan bicara isu penggunaan nama suci Allah untuk
terjemahan God sebagai suatu contoh terbaik strategi kontekstualisasi gerakan
Kristian sedunia.
4 Helah dan Polemik Kalimah Allah
4.1 Umat Islam di negara kita berdepan dengan satu polemik susulan tuntutan puak-
puak evangelis Kristian yang hendak menggunakan nama suci Allah untuk
terjemahan istilah God dalam bahasa Inggeris.
4.2 Di negara kita yang berdaulat ini, kita mempunyai entiti yang sah dan rasmi untuk
dokumentatsi pengkamusan dan istilah iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka yang
ditubuh di bawah Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Menurut DBP,
terjemahan istilah “God” dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ialah
“Tuhan”.44 Mana-mana pihak atau sesiapa juga sepatutnya menggunakan rujukan
rasmi dari DBP untuk pengesahan peristilahan dan terjemahan ke dalam bahasa
Melayu.
Satu cara mudah untuk memahami isu terjemahan istilah “God” ini kita gunakan
analogi sebegini. Saya bernama Karim dan saya seorang lelaki. Di dalam bahasa
Inggeris lelaki disebut sebagai “man”. Maka, jika saya mahu terjemahkan istilah
“man” kepada bahasa Melayu, maka ianya ialah “lelaki”. Bukan diterjemahkan
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 16
kepada nama saya “Karim” – kerana itu nama saya (nama khas). Begitulah juga
analoginya untuk terjemahan istilah “God” sebetulnya “Tuhan” bukan nama khas
“Allah”. Kenapa perkara semudah ini mahu dikelirukan?
4.3 Di kalangan penganut Kristian sendiri mereka tidak sepakati dalam isu
penggunaan nama khas “Allah” untuk tujuan digunakan sebagai menggantikan
nama asal Tuhan mereka iaitu Elohim, YHWH atau Yahweh. Ramai di kalangan para
paderi terkemuka yang menolak penggunaan nama suci Allah untuk merujuk
kepada Tuhan dalam agama Kristian itu. Sebagai contoh, Presiden Southern
Baptist Theological Seminary,45 Dr. R. Albert Mohler, Jr. mengatakan bahawa
“seorang Kristian tidak boleh dibaptiskan dengan nama Allah” (a Christian cannot
baptize in the name of Allah).46
4.4 Gabriel Habib, Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Timur Tengah (General
Secretary of the Middle East Council of Churches), satu majlis gabungan gereja-
gereja Orthodoks Yunani (Greek Orthodox) termasuk juga beberapa gereja Katolik
dan Protestan, mengutuskan surat bertarikh 3hb Julai 1987 kepada ramai ketua
evangelis di Amerika Utara membantah strategi sebegini kerana ianya akan
“menghilangkan warisan spiritual … dan … pengalaman spiritual” (The loss of
such a precious spiritual heritage in our efforts to communicate the message of
Christ diminishes the real potential of accumulated spiritual experience”)47.
4.5 Pihak gereja sendiri memperakui bahawa penggunaan nama suci Allah bukanlah
suatu yang lazim digunakan bagi mengantikan istilah “God” mereka tetapi puak
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 17
evangelis tetap mahu gunanya kerana ianya adalah suatu strategi tipu daya
pemurtadan Kristianiti. Dipetik di sini:48
“… terjemahan Bible ke bahasa Arab dan lain-lain bahasa majoriti Muslim …
lazimnya tidak mengguna istilah Allah untuk terjemahan perkataan Hebrew
YHWH (istilah untuk Tuhan yang disebut dalam Perjanjian Lama)” (It should be
noted that the biblical translations of the Bible into Arabic and other languages
used by the majority Muslim communities in the Middle East, Africa and Asia have
generally not used Allah to translate the Hebrew tetragrammaton YHWH).
4.6 Walaupun pihak Kristian sudah tidak sepakati dalam usaha penggunaan nama suci
Allah, namum seorang paderi Kristian yang terdesak mencari helah untuk
menjustifikasi keperluan mereka mengguna nama suci Allah memberi sebab
berikut:49
“Bagaimana seseorang hendak menyanyi lagu rasmi negeri-negeri Selangor,
Kedah, Pahang, Johor, Kelantan dan Trengganu sekarang, kerana terdapat rujukan
kepada “Allah” di dalam lagu-lagu ini kerana ianya merujuk kepada Tuhan orang
Islam sahaja?”
Paderi Eu Hong Seng ini mengguna hujah yang luar dari konteksnya. Pengharaman
penggunaan kalimah Allah bukannya larangan menyebut kalimah Allah tetapi
larangan menggunakannya bagi menterjemahkan istilah “God” kepada “Allah”
kerana terjemahan yang sebetulnya ialah “Tuhan”. Kita tidak melarangnya
menyanyikan lagu rasmi negeri kerana Allah yang dimaksud dalam lagu tersebut
merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Orang Kristian tidak langsung dilarang menyebut nama kawan-kawan mereka
yang bernama “Abdullah”. Dan tidak juga kita paksakan mereka untuk memanggil
kawan mereka itu dengan nama “Abdul God”.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 18
4.7 Malangnya ada sebahagian umat Islam, terutamanya di Tanah Air kita, mengambil
sikap menyokong tuntutan puak evangelis ini. Mungkin mereka dhaif tentang
tujuan dan niat jahat puak evangelis menuntut penggunaan nama suci Allah itu.
Dek kerana kedangkalan mereka, sesetengah orang Islam yang menyokong
penggunaan nama suci Allah untuk tujuan terjemahan “God” sebenar tidak faham
isu yang dibincangkan dan cuba menjadi “jaguh” yang “cerdik” berhujah. Mereka
turut berhujah cara orang Kristian bahawa jika orang bukan Islam tidak dibenarkan
maka bagaimana mereka hendak menyanyi lagu negeri yang mana terdapat nama
suci Allah di dalam lirik kebanyakan lagu negeri. Orang-orang seperti ini tidak
faham isu yang dibincang
tetapi mahu juga nampak
memberi pandangan
“cerdik”nya. Isu yang kita
bicara ialah terjemahan
istilah God sepatutnya
mengguna istilah Tuhan
seperti mana yang
sebetulnya. Bukan nama
khas Allah. Tiada larangan
untuk orang bukan Islam
menyebut nama Allah.
4.8 Persoalannya ialah kenapa pihak gereja berdegil untuk mengguna nama suci Allah
untuk terjemahan istilah God dalam bahasa Inggeris sedang terjemahan yang
tepat ialah Tuhan. Tuntutan untuk mengguna kalimah Allah hanya dituntut mereka
untuk bahan cetakan dalam bahasa Melayu dan tidak untuk lain-lain bahasa yang
mereka cetak dan edarkan. Apakah helah di sebaliknya? Kenapa pihak gereja
HANYA mahu menggunakan nama suci Allah untuk terjemahan bahasa Melayu
sahaja dan tidak dalam bahasa-bahasa lain yang mereka gunakan di Malaysia?
4.9 Sebagai umat Islam di Malaysia, kita tidak mahu fenomena kebanjiran gereja-
gereja Kristian tertulis “Rumah Allah” sepertimana yang berlaku di negara jiran. Ini
kerena Allah yang kita maksudkan ialah Allah yang Maha Esa yang tidak beranak
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 19
dan tidak diperanakkan. Bukannya konsep ketuhanan triniti yang paradoks dan
sukar dijelaskan oleh sesetengah orang Kristian sendiri.
4.10 Niat jahat dan tipu helah puak evagelis Kristian terbongkar apabila ianya diperakui
sendiri oleh para evangelis Kristian. Perakuan ini terserlah dalam tulisan mereka
sendiri apabila beberapa buah majlis agama Islam di Malaysia mengharamkan
penyiaran lagu nyanyian Agnes Monica berjudul ‘Allah peduli’.50 Dalam
menyatakan bantahan mereka terhadap larangan tersebut, gerakan evangelis
Kristian dengan jelas menyebut bahawa strategi penggunaan kalimah Allah adalah
suatu yang strategik demi untuk
menarik “orang-orang Islam untuk
mengenali Tuhan mereka” (the point is
to have people understand who Christ is)
dan mereka turut menyatakan larangan
tersebut membantut usaha mereka agar
orang Islam terbuka untuk baca Bible
(The negative impact of not using it is
that it would make it harder for a Muslim
to pick up a Bible).51
4.11 Dalam satu perhimpunan di Chicago,
Amerika Syarikat pada hujung tahun
2010, yang dihadiri oleh para evangelis
yang melakukan dakyah mereka di
negara-negara Islam, mereka berkumpul
memberi laporan keberhasilan gerak
kerja mereka. Mereka juga merumuskan
bahawa hasil dari usaha tidak mengguna istilah-istilah yang asing kepada umat
Islam dan mengguna istilah-istilah yang lebih hampir untuk orang-orang Islam
seperti Allah, solat dan seumpamanya, maka ianya “… membuahkan hasil yang
DRAMATIK di kalangan orang-orang Islam …” kerana dikatakan “Supaya bila
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 20
orang Islam baca mereka tidak rasa asing dan tidak terus menolak Bible” … “maka
ramai orang Islam akan terbuka dan berminat untuk mengenali Jesus”. Malah
artikel bertajuk “The Son and the Crescent” tersebut mengatakan bahawa
mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam (use religious
vocabulary familiar to Muslims) adalah supaya memudahkan kerja-kerja dakyah
mereka52
Walaupun sebahagian paderi dalam perhimpunan itu sendiri menentang usaha
untuk mengguna istilah-istilah yang sebegini, namun kerana niat jahat mereka
untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu
diteruskan.
Perhimpunan tersebut turut dimaklumkan usaha mengelirukan umat Islam dengan
istilah-istilah ini telah berjaya dengan “ribuan orang-orang Islam di negara ini
sahaja (tanpa menyebut nama negara) telah mula percaya terhadap kepada Jesus
(many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus).53
Ini bermakna ribuan umat Islam telah berjaya dimurtadkan dengan cara tipu helah
ini.
4.12 Dalam strategi ini, evangelis Kristian akan membuat tuntutan penggunaan nama
yang lain untuk menterjemahkan God itu bersesuaian dengan masyarakat yang
hendak mereka dakyahkan. Untuk orang-orang Melayu-Islam di Malaysia mereka
menuntut penggunaan nama suci Allah. Untuk masyarakat Bangladesh yang
beragama Hindu mereka menuntut penggunaan nama Tuhan Hindu iaitu “Iswar”.
Para evangelis di Bangladesh ini mengatakan bahawa penggunaan istilah ini
sebagai “pengantara kepada kepercayaan Kristian”54
Malah, paderi Phil Parshall, yang banyak menghabiskan masanya untuk berdakyah
di benua kecil India terutamanya di Bangladesh, memperakui dengan lebih 21
kumpulan pendakyah yang menumpukan masa mereka lebih 50 tahun sebelum ini
hanya Berjaya memurtadkan sekitar 100 orang sahaja. Tetapi dengan strategi
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 21
terkini mereka ini (penggunaan istilah-istilah dan cara ibadat orang-orang Islam),
puluhan ribu telah murtad menerima agama Kristian sejak kebelakangan ini.55
Maka tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah sebagai satu kalimah
terjemahan kepada “God” jelaslah hanya suatu helah strategi penipuan mereka.
Inilah sebahagian dari kaedah terkini mereka yang amat berjaya dalam menarik
serta memurtadkan orang-orang Islam, seperti dibicarakan seterusnya.
5 Strategi Kontekstualisasi dan Gerakan Dalaman
5.1 Kontekstualisasi
a. Menurut J Dudley Woodberry, Profesor Emeritus di Fuller Theological Seminary
School of World Missions56, Amerika Syarikat, orang-orang Islam yang cuba
didakyahkan oleh evangelis Kristian merasakan bentuk penyembahan Kristian,
termasuk istilah-istilah yang digunakan, aneh dan ofensif.57 Halangan-halangan
seperti ini menyukarkan evangelis Kristian untuk mendekati mangsa mereka.
b. Oleh yang demikian kebanyakan evangelis Kristian bersedia untuk
menggugurkan apa sahaja cara penyembahan yang aneh dan ofensif kepada
orang-orang Islam serta membenarkan orang-orang Islam yang murtad itu
mengekalkan beberapa bentuk dan istilah dari agama Islam untuk digunakan
sebagai muslihat dan membenarkan mereka berterusan dengan penggunaan
istilah serta beberapa bentuk ibadat Islam walaupun mereka telah
dimurtadkan.58
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 22
c. Maka kontekstualisasi (contextualization) adalah suatu strategi pendakyahan
Kristian dengan cara mengambil guna istilah-istilah dan cara beribadat yang
biasa digunakan oleh masyarakat Islam setempat. Ini bertujuan untuk
memudahkan “mangsa” pemurtadan memahami “dakyah” evangelis dan
membuat “mangsa” pemurtadan tidak merasa “dakyah” itu suatu yang asing.59
d. Pendakyahan kepada orang-orang Islam
pada satu masa dahulu telah diperakui
sebagai suatu usaha yang sia-sia kerana
kesukaran untuk memperdaya serta
memurtadkan mereka. Namun kini,
dengan strategi kontekstualisasi licik dan
komprehensif yang penuh tipu helah
ianya telah memberi ruang serta nafas
baru untuk usaha-usaha pendakyahan
terhadap umat Islam. Harley Talman,
senior mentor di U.S. Center for World
Mission ministry of the Frontier Mission
Fellowship, berpusat di Pasadena
California, Amerika Syarikat, menyatakan
“Pada setiap ketika kita tidak
sepenuhnya kontekstualkan terjemahan
Bible, kita memasukkan racun yang
membuat terjemahan Bible itu kurang menarik dan melemahkan kekuatannya
untuk menembusi masyarakat Islam.” (At every point we fail to fully
contextualize translation of the Bible, we inject it with poison that renders it less
appealing and weakens its power to penetrate Islamic society.) 60
e. Pelbagai istilah dan cara amalan orang Islam telah disenaraikan oleh evangelis
Kristian untuk digunakan dan dibiarkan orang-orang Islam yang baru mendekati
Kristian dengan cara ini. Helah-helah ini termasuk juga menggunakan rukun
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 23
Iman dan rukun Islam supaya umat Islam yang kurang ilmu mudah tertipu oleh
muslihat musuh ini.61
f. Dalam terbitan January-February 2013, majalah Christianity Today, di bawah
tajuk “Menyembah Jesus Dalam Masjid” (Worshipping Jesus in the Mosque)
diterangkan dengan jelas strategi puak evangelis ini. Mereka menggalakkan “…
gereja yang menggunakan istilah-istilah dan bentuk dari masyarakat Islam itu
sendiri …” (We need a Muslim-focused church-planting strategy, a church that
uses the terms and forms from their
Muslim community, not something
from other religious communities).62
g. Petikan dari artikel yang sama di atas
menceritakan kisah sepasang suami
isteri yang berasal Islam didakyah
dengan tipu helah bolehnya
menggunakan nama suci Allah, maka
kedua-dua mereka murtad masuk
Kristian. Dan pasangan ini berterus
menggunakan istilah dan perkataan
yang biasa dalam Islam seperti
Alhamdulilllah dan Insha Allah. Apabila
dalam selang suatu tempoh, mereka
berjumpa semula dengan paderi yang
murtadkkan mereka. Paderi tersebut bertanya khabar. Mereka menjawab
“Alhamdulillah”. Maka mereka dimarahi oleh paderi tersebut sambil berkata “
… tidak boleh Alhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar. Awak tidak boleh
syukur kepada Tuhan Islam. Awak kena syukur kepada Tuhan Kristian”. Paderi
itu melarang guna Allah kerana “Allah jahat, Allah adalah Syaitan …”63. Maka
dari sini kita nampaklah di mana kejujuran tuntutan mereka mengguna kalimah
Allah – hinggakan sanggup pula menghina.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 24
h. Kaedah misi ini antaranya ialah tidak secara terangan menyuruh mangsa terus
menukar agama, tetapi mendekati dengan tipu helah sambil sekadar memujuk
untuk menerima “pesaksian terhadap Jesus sebagai penyelamat” untuk
peringkat awal. Sesetengah pendakyah Kristian berpendapat bahawa
penggunaan tipu helah ini hanyalah sebagai langkah sementara untuk menarik
minat umat Islam supaya tidak mudah membantah hasil penipuan gerakan
Kristian. Mereka yang telah meninggalkan Islam ini akhirnya akan secara
beransur diminta (atau ada yang dipaksa) untuk meninggalkan amalan-amalan
agama Islam yang mereka kekalkan setelah mereka murtad.64
i. Malah kejujuran tuntutan puak evangelis ini jelas hanya bertujuan menipu
mangsa yang ingin dimurtadkan. Mereka akan mengguna pelbagai nama untuk
menggantikan nama God mereka kepada nama Tuhan masyarakat setempat
mengikut kesesuaiannya. Strategi beginilah yang disebut sebagai
kontekstualisasi yang kita bicarakan. Dan penggunaan kalimah Allah adalah satu
satu dari usaha bersungguh mereka memecah kebuntuan memurtadkan umat
Islam, terutamanya di Malaysia. Dan usaha tuntutan mereka ini bukan sahaja
berjaya menipu sesetengah orang kita tetapi ianya juga berjaya memecah-
belahkan kita bertelagah sesama sendiri.65
j. Selain tuntutan penggunaan kalimah Allah, strategi kontekstualisasi sebenarnya
telah pun banyak digunakan di Tanah Air kita untuk menipu orang-orang Melayu
yang berasal Islam. Dalam laporan kertas putih, Kertas Perintah 14 Tahun 1988,
Malaysia, “Ke Arah Memelihara Keselematan Negara,” yang dikemukakan
dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara, melaporkan bahawa kumpulan Melayu
yang dikristiankan mengadakan kelas Bible di sebuah rumah kediaman di Taman
Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, di bawah penganjuran paderi Philip Cheong
n Muslim Community”, Grand Rapids, Michigan, Baker Book House, 1985
65 Penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada satu penilitian tentang ucapan YB Shah Alam, Khalid Samad (PAS), ketika berucap di Parit Amal, Johor, pada 7 Ogos 1987, sewaktu menjawat Setiausaha Pemuda PAS dengan menyatakan bahawa “ … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …” berbanding dengan sikap beliau kini yang sungguh beria-ia menyokong puak-puak evangelis Kristian sambil menyanggah sebarang usaha mencegah aktiviti pemurtadan. Petikan ucapan tersebut dirakam dalam kertas putih Parlimen - Kertas Perintah 14 Tahun 1988, Malaysia, “Ke Arah Memelihara Keselematan Negara,” para 45, m.s. 10.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 25
menyaran mereka untuk “duduk di lantai sewaktu beribadat seperti yang
dilakukan oleh orang-orang Melayu; menggunakan rehal untuk mengalas ‘Bible’
sewaktu membaca; dan menggunakan pakaian Melayu seperti songkok, baju
Melayu dan kain pelekat ketika beribadat.” Malah mereka turut bercadang
untuk “membina sebuah gereja mengikut ciri-ciri senibina masjid.”
5.2 Gerakan Dalaman
a. Satu lagi strategi tipu muslihat yang digunakan oleh gerakan Kristianisasi kini
adalah apa yang disebut sebagai gerakan dalaman (insider movement). Gerakan
ini dimaksudkan bahawa apabila seseorang Islam itu murtad, dia tidak perlu
memberitahu sesiapa termasuk ibu bapa mereka sendiri dan terus berkekalan
tinggal dalam masyarakat Islam. Mereka juga tidak perlu menzahirkannya
dengan menghadiri upacara di gereja. Sebab itu mereka ini turut digelar sebagai
penganut Kristian tanpa gereja (Churchless Christianity).67
b. Jika seorang anak muda itu terpedaya dan murtad meninggalkan Islam, dia
dikehendaki menyembunyikannya dari pengetahuan ibu bapa mereka. Kalau ibu
mereka menyuruh memakai tudung, mereka akan akur dan patuh. Apabila
bapanya mengajaknya solat di masjid dia akan patuh dan turut bersama solat
berjemaah. Kedua ibu-bapanya langsung tidak akan mengesyakinya. Kisah ini
mengingatkan kita kepada suatu kisah seorang mahasiswa IPT di Lembah Klang
yang mati kemalangan dan apabila diangkat jenazahnya ternampak rantai salib
yang terselindung di bawah tudung yang dipakainya. Ibu-bapa si-mati tidak
pernah mengetahui atau mengesyaki bahawa anaknya telah pun
dimurtadkan.68
66 Kertas Perintah 14 Tahun
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 26
c. Malah jika seluruh anggota keluarga tersebut telah murtad dan menganut
Kristian dan tinggal di kawasan penempatan orang Islam, mereka dikehendaki
mengekalkan identiti luaran mereka sebagai seorang yang masih Islam. Mereka
ini akan digalakkan untuk menyambut hari Raya sepertimana jiran-jiran dan
keluarga mereka melakukannya. Ini termasuk disarankan agar menghiasi rumah
mereka dengan langsir baru, membeli pakaian baru untuk anak-anak mereka,
menyediakan juadah untuk Hari Raya. Malah disarankan juga untuk menyertai
sembelihan korban untuk Aidil Adha.
d. Suasana di rumah mereka turut tidak diserlahkan agama baru yang dianuti
mereka malah tidak langsung meletakkan tanda salib mahupun apa-apa bahan
bacaan Kristian di rumah mereka kerana dibimbangi ditemui oleh saudara mara
dan sahabat handai yang datang berkunjung. Mereka juga tidak mempamerkan
sebarang buku, majalah atau apa-apa bahan bacaan Kristian samada di rak buku
atau di ruang tamu ruang tamu rumah. Perkara ini turut disahkan dalam kajian
paderi John Cheong mengenalpasti identiti dan kehidupan sosial orang-orang
Melayu di Malaysia yang telah murtad mengikuti ajaran Kristian. Disertasi
peringkat kajian Ph.D dari sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat Trinity
International University, Deerfield, Illinois, yang telah disiapkan pada
September 2012.
e. Bagi orang-orang Islam yang murtad menganuti agama Kristian, mereka digelar
sebagai “penganut yang berlatar belakang Islam” (Muslim Background
Believers – MBB). Mereka ini dikategorikan kepada enam (6) kumpulan yang
merangkumi spektrum C1 hingga C6. Mereka yang dikategorikan sebagai C1
adalah orang-orang Islam yang telah murtad serta menganuti agama Kristian
sepenuhnya termasuk meninggal langsung pertuturan bahasa ibunda mereka.69
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 27
Untuk orang Islam yang murtad dan menganuti agama Kristian tetapi tidak
langsung mengzahirkan kehidupan dan peribadatan mereka sebagai seorang
Kristian, mereka ini dikategorikan sebagai C6. Mereka ini meneruskan
kehidupan sama seperti orang Islam lain. Malah mereka dari kumpulan ini
dibiarkan terus mengucap dua kalimah syahadah.70
Manakala bagi mereka yang murtad dan menyorok pemurtadan mereka seperti
kumpulan C6 tadi tetapi menampakkan cara hidup yang agak liberal, mereka ini
dikategorikan sebagai C5. Malah kumpulan ini dianggap sebagai “orang Islam
yang pelik” (a strange kind of Muslim).71 Kedua-kedua mereka dari kategori C5
dan C6 ini dirangkum sebagai “gerakan dalaman”.
f. Dengan kaedah sebegini masyarakat Islam umumnya tidak lagi mudah untuk
mengenal pasti saudara mara mereka atau jiran tertangga yang sudah
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 28
terpedaya dengan penipuan evangelis Kristian. Ibu bapa tidak lagi sedar jika
anak mereka telah murtad. Maka masyarakat akan tidak lagi digemparkan
dengan berita pemurtadan.
g. Malah jika berlaku mereka yang telah murtad sebegini meninggal dunia, pihak
gereja tidak akan lagi tuntut mayat rakan mereka ini tetapi membiarkan
keluarga si mati menguruskan jenazah mengikut upacara Islam. Pihak gereja
akan melakukan upacara untuk si mati secara berasingan di gereja mereka
tanpa pengetahuan keluarga si mati. Ini bagi mereka adalah bertujuan agar
masyakarat Islam tidak digemparkan dengan isu pemurtadan. Maka, lama-
kelamaan sensitiviti terhadap isu pemurtadan akan hilang secara beransur-
ansur di kalangan masyarakat Islam.72
6 Kristian Melayu
6.1 Suatu perkara yang kita sering dengar dari puak evangelis ialah mereka bukan
bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Melayu. Namun itu ternyata sebagai
penipuan yang amat ketara.
6.2 Sepertimana yang telah dirujuk beberapa kali di atas satu kajian setebal 430 muka
surat untuk peringkat Ph.D. telah dilakukan oleh seorang paderi dari Sabah bagi
mengenalpasti identiti dan kehidupan sosial orang-orang Melayu yang telah
murtad memeluk agama Kristian. Kajian dilakukan dengan menemubual beberapa
puluh orang-orang Melayu Kristian di rumah masing-masing.
6.3 Hasil kajian ini menunjukkan bahawa mereka ini apabila telah menganut Kristian,
mereka tidak menunjukkan bahawa mereka telah meninggalkan Islam. Malah
dalam kajian tersebut mencerita bagaimana mereka menggelakkan pemurtadan
mereka dari kaum keluarga dan sahabat handai dengan cara:
a. Tidak ada tanda salib di rumah mereka.
b. Tidak melakukan sebarang acara keagamaan Kristian di depan orang lain
walaupun sudah menganut agama Kristian.
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 29
c. Masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan
berpuasa di bulan Ramadan, jika perlu.
d. Mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di
rak buku atau meja di ruang tamu rumah mereka.
7 Ancaman
7.1 Mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam bermakna memurtadkan
mereka. Orang Melayu telah didefinisikan oleh Perlembagaan Persekutuan
sebagai orang yang beragama Islam. Oleh itu gerakan permurtadan ini
mengancam kedaulatan perlembagaan negara kita. Apabila seseorang Melayu itu
tidak lagi beragama Islam maka ia tidak lagi berstatus Melayu.
7.2 Malah gerakan mengkristiankan umat Islam di negara ini adalah bertentangan
dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
7.3 Bahayanya gerakan ini adalah kerana ianya dilakukan dengan penuh tipu helah
serta berselindung dengan pelbagai wajah. Hasilnya ramai umat Islam tidak sedar
dan tertipu malah menjadikan kita bersengketa sesama sendiri.
8 Tindakan Kita Mendepani Ancaman Agenda Pemurtadan
Di antara yang boleh dilakukan:
a. Pertama, umat Islam mesti ingat tentang pesanan Allah SWT dalam surah Al-
Baqarah ayat 120 bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha
untuk selama-lamanya terhadap umat Islam yang kekal beriman. Mereka akan
melakukan pelbagai tipu helah yang terancang sehingga kita sendiri tidak sedar
perancangan halus mereka itu.
b. Kedua, umat Islam mesti diberi pendedahan dan penerangan tentang segala tipu
helah dan perancangan jahat gerakan evangelis yang ingin memurtadkan kita
semua. Pihak berwajib termasuk media harus memainkan peranan mereka
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 30
dalam memberi kesedaran dan kefahaman ini kepada masyarakat umum. Malah
masyarakat di pelbagai peringkat juga harus mengambil peranan aktif dalam
menjalankan tanggugjawab ini di peringkat masing-masing.
c. Ketiga, penguatkuasaan yang lebih bersungguh-sungguh dan tegas mesti
diambil oleh pihak Kerajaan berdasarkan peruntukan yang sedia ada di bawah
Pelembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri masing-masing.
d. Keempat dan yang paling penting ialah umat Islam sendiri harus bersatu
menentang taktik-taktik halus gerakan evangelis Kristian ini dan bukannya
bercengkerama sesama sendiri dan menjadi alat mereka.
Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 yang
meletakkan kita sebagai umat terbaik, di mana ianya datang bersama satu
tanggungjawab untuk melakukan dakwah serta menyekat agenda pemurtadan
umat.
Inilah kaedah fekah yang disepakati iaitu menyekat gejala riddah (pemurtadan)
dari segala puncanya. Inilah disebut sebagai sadduz zara‘i.
Semoga kita semua, keluarga kira, masyarakat kita dan Negara kita terselamat dari
ancaman pemurtadan gerakan terancang Kristianisasi ini. Amin Ya Rabb.
Wallahu ‘alam
A. Karim Omar Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia 21 Nov 2013
Blog : akarimomar.wordpress.com Facebook : www.facebook.com/akarimomar Youtube : www.youtube.com/akarimomar
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 31
Sebahagian dari rujukan:
1. Sheikh Abdullah Basmeih, Al-Qur'an Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2. Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz, Peter Sickle, Building Moderate Muslim Networks, Rand Corporation, 2007.
3. Cheryl Benard, Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies, Rand Corporation, 2004.
4. Yoginder Sikand, The Evangelical Challenge: A New Face of Western Imperialism, 15 March 2005, http://www.christianaggression.org/item_display.php?id=1110917956&type=articles - akses 20-Ogos-2012.
5. Iain Buchanan, The Armies Of God: A Study In Militant Christianity, Citizens International, 2010.
6. Christian Missionaries in the Muslim World - Manufacturing Kufr, (originally from 20th issue of Nida 'ul Islam Magazine, September-October 1997), http://www.contenderministries.org/islam/missionaries.php - akses 20-Ogos-2012.
7. J. Scott Bridger, Raymond Lull: Medieval Theologian, Philosopher, And Missionary To Muslims, St Francis Magazine Nr. 1 Vol. V (February 2009), http://www.stfrancismagazine.info/ja/images/pdf/Raymond-Lull-(JScott-Bridger).pdf – akses 20 Ogos-2012.
8. Samuel Marinus Zwemer, Raymond Lull: first missionary to the Moslems, Funk & Wagnalls Company, 1902, e-book: http://www.answering-islam.org/Books/Zwemer/Lull/index.htm - akses 20 Ogos 2012.
9. James Levi Barton, The Christian Approach to Islam, Pilgrim Press, Boston, 1918
10. James Levi Barton, The Unfinished Task of the Christian Church; Introductory Studies in the Problem of the World's Evangelization, Student Volunteer Movement for Foreign Missions, New York, 1908.
11. Jim Rockford, Is Planting Churches in the Muslim World 'Mission Impossible'? - Evangelical Missions Quarterly, Apr 01, 1997, Volume 33:2, pp. 156-161.
12. J.D. Payne, Discovering Church Planting: An Introduction To The Whats, Whys, And Hows Of Global Church Planting, Paternoster Publishing, 2009.
13. Yoginder Sikand, Christian Zionism: Terror in Jesus’ Name, 04 December 2005, Countercurrents.org, http://www.countercurrents.org/us-sikand041205.htm - akses 20 Ogos 2012.
14. Religion: Missionaries Under Cover, Time Magazine, 30 Jun 2003, http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1005107,00.html
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 32
15. Joseph Harry Haines, A History of Protestant Missions in Malaya During the 19th Century (1815-1881) – disertasi ThD., Princeton Theological Seminary, 1962, tidak diterbitkan.
16. Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa, Gerakan Orientalisme & Kristianisasi – Ancaman kepada Ummah, Hijjaz Records Publishing, Petaling Jaya, 2009.
17. Louis B. Wright, Gold, Glory, and the Gospel - the Adventurous Lives and Times of the Renaissance Explorers, New York, Atheneum, 1970.
18. Collin Hansen, The Son and the Crescent, Christianity Today, February 2011 issue, http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html - akses 25 Ogos 2012.
19. John Roxborogh, Early nineteenth-century foundations of Christianity in Malaya: Churches and missions in Penang, Melaka and Singapore from 1786-1842, 1990, http://www.roxborogh.com - akses 22 Ogos 2012.
20. Status of World Evangelisation, Where are We? A Reflection on the Current Status of Reaching the Unreached, a powerpoint presentation slide from http://conversation.lausanne.org. Boleh diakses dan dimuatturun dari: conversation.lausanne.org/.../Status_of_world_evangelisation.ppt – diakses 1 September 2012.
21. Ghazali Basri, Gerakan Kristian, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999.
22. John Russell Denyes, The Malaysia Mission of the Methodist Episcopal Church, Open Door Emergency Commission – Missionary Society of the Methodist Episcopal Church, New York, 1905.
23. Rokiah Abdullah dan Mohd. Khuzairi Ismail, Malaysia negara Kristian? Utusan Malaysia, 7 Mei 2011, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm – diakses 10 September 2012
24. Hepi Andi Bastoni, Eman Mulyatman dan Artawijaya, Serambi Makkah Dihempas Tsunami Diterjang Kristenisasi, Qalammas, Jakarta Timur, 2006.
25. Rizki Ridyasmara, Gerilya Salib di Serambi Mekkah – dari zaman Portugis hingga paska Tsunami, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, 2006.
26. Luis Bush, The 10/40 Window - Getting to the Core of the Core, AD2000 and Beyond, 1990, http://www.ad2000.org/1040broc.htm
27. Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
28. Joshua Massey, God’s Amazing Diversity in Drawing Muslims to Christ, International Journal of Frontier Missions, Vol. 17:1 Spring 2000
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat
m.s. 33
29. Harley Talman, “Islam, Once a Hopeless Frontier, Now? Comprehensive Contextualization”, International Journal of Frontier Missions, 21:1 Spring 2004
30. Churchless Christianity (Movements to Jesus I Insider Movements) An Evaluation from the Theological Perspective of The Lutheran Church-Missouri Synod December 2012
31. David J. Hesselgrave, Contextualization that is Authentic and Relevant, International Journal Of Frontier Missions, Vol 12:3 Jul.-Sep. 1995
32. David J. Hesselgrave, Great Commission Contextualization, International Journal Of Frontier Missions, Vol 12:3 Jul.-Sep. 1995
33. Warren F. Larson, “Critical Contextualization and Muslim Conversion”, International Journal of Frontier Missions (IJFM), vol 13:4 Oct-Dec. 1996
34. J. Dudley Woodberry, “Contextualization Among Muslims Reusing Common Pillars”, International Journal of Frontier Missions, Vol 13:4 Oct.-Dec. 1996
35. John J. Travis, “Must all Muslims leave ‘Islam’ to follow Jesus?” Evangelical Missions Quarterly, 34:4, October 1998.
36. John and Anna Travis, Contextualization Among Muslims: A Focus on “Insider Movements”, http://davemark.webs.com/Insider%20Movements.pdf – diakses 15 Jun 2013
37. John Cheong, The Socio-Religious Identity and Life of the Malay Christians of Malaysia, PhD dissertation, Trinity International University, Deerfield, Illinois, September 2012
38. Kertas Perintah 14 Tahun 1988, Malaysia, “Ke Arah Memelihara Keselematan Negara,” dikemukakan dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara Menurut Perintah
39. Michelle A. Vu, “Is Calling a Christian God ‘Allah’ Wrong?”, Christian Post, 23 August 2007, http://www.christianpost.com/news/is-calling-the-christian-god-allah-wrong-29015 - diakses 2 Februari 2013
40. Kenneth J. Thomas, “Allah in Translations of the Bible”, International Journal of Frontier Missions (IJFM), vol 23:4 Winter 2006, p. 171, http://www.ijfm.org/PDFs_IJFM/23_4_PDFs/Thomas.pdf - diakses 6 Nov 2013
41. Susan Wunderink, “What’s in a Name?”, Christianity Today, August 2009.
42. Phil Parshall, How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?, Christianity Today, Januari-Februari 2013
43. Richard Brent Waldrep, Contextualization And Church Planting, March 12, 2007, The Southern Baptist Theological Seminary, http://www.academia.edu/897898/What_is_Contextualization - diakses 21 Nov 2013
44. Gene Daniels, “Worshiping Jesus in the Mosque”, Christianity Today, January-February 2013, http://www.christianitytoday.com/ct/2013/january-february/insider-movement-islam-wheres-jesus.html?start=2 – diakses 1 Nov 2013.
45. Timothy C. Tennant, “The Hidden History of Insider Movements” Christianity Today, Januari-Februari 2013.