Upload
ginny-ganga-gouri
View
440
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
2015
Citation preview
Tokoh Kemerdekaan
TOKOH KEMERDEKAAN Peranan Tokoh - Tokoh Kemerdekaan
Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan
oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa
mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah menjadi pendekatan
terbaik mereka dimana kemerdekaan negara yang dicapai tidak
melibatkan pertumpahkan daranh. Antara tokoh-tokoh penting
kemerdekaan negara termasuklah:
Tunku Abdul Rahman Putra
Tunku Abdul Rahman Putra dalam sepanjang hayatnya beliau telah
menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari
cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi
kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada
Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama
pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku
sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja
rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan
yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa
terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.
Tun Abdul Razak Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan
Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai
perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 .
Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London
pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan
perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal
sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai
Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.
Tun Sir Henry H.S. Lee
Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu
dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting
dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-
MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang
negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka,
beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga
1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah
satu kebanggaan negara.
Tun V.T. Sambanthan
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat
India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai
Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi
Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun
V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai
kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak
jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan
dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan
kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.
SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum
tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan
penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan
merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta
kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.
Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah
semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan
anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia
adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang
cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja
mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara
bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul
bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha
pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta
kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan
negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau
di mana kita berada
MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN
Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama
yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan
perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang
berdaulat.Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat
pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan
semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.Pada tahun 1954,
Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya,
kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi
berikut:
KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan
kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC
(ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk
menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6
wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos
1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di
Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah
dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan
komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956
bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan
Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan
serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya
persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan
penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan
perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan
Malaysia.