KT Penyata Kewangan

  • View
    353

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of KT Penyata Kewangan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGINGATI FORMAT PENYATA KEWANGAN DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH FAHAM DAN INGAT (FDI) Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAKKajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan prnyata kewangan. Kajian ini dilaksanakan oleh 10 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 5 orang pelajar 5Cita dan 5 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan banyak jawapan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan penyata kewangan dengan menggunakan teknik Faham dan Ingat (FDI).

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam menjawab soalan penyata kewangan. Pelajar mengambil masa yang sangat lama dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti cikgu, susah nak jawab soalan penyata kewangan, nampak macam senang tapi kenapa tak boleh 1

dapat markah penuh, cikgu, macamana nak buat penyata kewangan, cikgu, saya tak faham penyata kewangan dan lain-lain. Persoalanpersoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk memudahkan anak murid saya menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. 2.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item penyata kewangan merupakan satu item yang sentiasa keluar bagi setiap tahun sama ada ianya dijadikan soalan wajib atau pun pilihan. Soalan ini menyumbang antara 12 hingga 20 markah. Jadi sekiranya topik ini pelajar menguasainya dengan baik dan tepat, peluang untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan penyata kewangan adalah pelajar tidak mahir dalam pelarasan dan tidak mengingati format. Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar dalam menyediakan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan menggunakan kaedah FDI. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat penyata kewangan dengan baik. 2

3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mudah serta dalam masa 30 minit ke bawah. 3.2.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pelarasan. 3.2.4 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan. 3.2.5 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari dan 5 orang pelajar 5 Cita, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa teknik FDI diperkenalkan. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik penyata kewangan milikan tunggal. Item penyata kewangan yang diuji adalah soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2005. Selepas semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar dan saya membuat penerangan teknik FDI. Minggu keempat, saya membuat ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Minggu keenam selepas itu saya membuat

3

ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2009. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan penyata kewangan sebelum dan selepas teknik FDI diperkenalkan. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan : a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam masa kurang daripada 45 minit. b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan yang dibuat. c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan menyeronokan. 5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah 20 23 16 19 12 15 08 11 04 07 00 03

Ujian Pra 0 1 2 2 3 2 Jadual 1 :

Ujian Pos 1 Bilangan Pelajar 0 2 4 3 1 0

Ujian Pos 2 1 4 3 2 0 0

Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos 4

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.

5.2.3 Analisa Soal Selidik Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. Skala : 1. 2. 3. 4. 5. Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Bil 1. 2. 3. 4. 5.3

SKALA ITEM Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah Penyata kewangan adalah tajuk yang mudah Teknik FDI lebih memudahkan saya menjawab soalan penyata kewangan Saya lebih suka dengan teknik sendiri

1

2

3

4

5

BILANGAN PELAJAR 0 0 0 7 0 0 0 1 0 1 0 1 2 8 3 1 8 1 7 0

Tindakan yang dijalankan 1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan tentang teknik FDI kepada pelajar-pelajar. 2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan pengukuhan. 5

3. Setiap

kali

latihan

penyata

kewangan,

saya

pasti

akan

mengingatkan pelajar dengan teknik FDI.

5.4

Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Sebelum menggunakan Teknik FDI saya mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan Teknik FDI pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kelima. Seterusnya pada minggu ketujuh saya telah menguji pelajar semula keberkesanan Teknik FDI dalam soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu kelapan saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Teknik FDI. Pelaksanaan Teknik FDI adalah seperti berikut : 1. Pelajar diberi soalan penyata kewangan dan sehelai kertas beruangan dan kosong. 2. Guru menerangkan teknik FDI kepada pelajar. (rujuk lampiran)

6

5.5

Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan Teknik FDI boleh diterima pakai dalam menjawab soalan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan Teknik FDI dapat mengurangkan masa menjawab kepada 20 hingga 45 minit bagi soalan yang dikemukakan. Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah berjumpa dengan saya dan memberitahu Teknik FDI amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan teknik ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

6.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip Perakaunan. 2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru.

RUJUKAN Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 22 November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia. 7

LAMPIRAN

Pelarasan adalah langkah ke-5 dalam kitaran perakaunan . Bab ini amat penting keranasemua soalan biasanya ada pelarasan (maklumat tambahan). Jadi pelajar MESTI kuasai semuanya. 1. BELANJA TERAKRU DAN BELANJA TERDAHULU 1. Mesti faham maksud tempoh perakaunan. Tempoh masa yang dinilai untuk menyediakan penyata kewangan. Contoh 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 12 bulan. 2. Mematuhi prinsip pemadanan/asas perakaunan akruan. Contoh tempoh p

Search related