Kuliah 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asd

Citation preview

Slide 1

Tajuk5 : Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang mesra budaya5.1Pengurusan persekitaran fizikal5.2Pengurusan persekitaran sosio-emosi5.3Perhubungan antara kelompok etnik5.4Pengurusan pengajaran dan pembelajaran5.5Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok5.6Pedagogi kelas bercantum5.7Sosiolinguistik5.8Penilaian berasaskan budaya

1Edu 3106 Tajuk 55.1 Pengurusan Persekitaran FizikalPengurusan Persekitaran FizikalPengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS.

Aspek fizikal:Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubahsuai mengikut keperluan aktiviti.

Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

Melukis mural disekitar kelas.

Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

Sudut bacaanGuru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik.

Guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik.

Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah.

Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibel.

Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid ketika belajar.

Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses P&P.5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-EmosiPengurusan Persekitaran Sosio-EmosiKamus Pelajar Edisi Ketiga:Sosial ditakrif sebagai segala yangberkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

satu proses apabila kanak-kanak belajarberhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterimaoleh masyarakat dan budayanya.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Perkembangan sosial:Perkataan emosi:Perkataan Greek iaitu emovereyang membawa maksud untuk keluar. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindakbalas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Ini mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Teori-teori pengurusan sosio-emosiBandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

Kepentingan pengurusan sosio-emosiProses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan.

Memberi tekanan mental kepada murid dan guru.

Murid rasa tergangggu dan tidak selesa.

Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru:Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang.

Ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk:

Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu.

Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid.

Mengikis prasangka.

Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.

5.3 Perhubungan antara kelompok etnikKepentingan memahami hubungan etnikMalaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnikHubungan etnik berkait rapat dengan:Seluruh struktur sosial masyarakatMemberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaanPunca konflik Sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita. Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat.

6. Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

5.4 Pengurusan pengajaran dan pembelajaranKonsep Pengajaran Dan Pembelajaranpengajaran atau pedagogi bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya.Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.Pembelajaran ialah proses perubahan stuktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza.Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.Matlamat pengajaran Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuanMembolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif, afektif dan psikomotorMembantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihatMenggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatifMembantu pelajar supaya boleh berdikariPengurusan pengajaran dan pembelajaranPengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Pengurusan P & P adalah berkaitan aspek-aspek berikut:Merancang P & P dengan berkesan dengan mengambil kira latar belakang murid yang berbezaMelaksana P & P seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perluMenilai keberkesanan pelaksanaan P & PMembuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan Ciri-ciri seorang pengurus P & P yang cekap dan berkesan termasuk:Prihatin dan peka terhadap situasi sekelilingSistematik dalam merancang dan menilaiPenyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakangBijak mengurus masaBerpandangan jauhBersedia untuk berubah dan fleksibelBerkomunikasi dengan berkesanPeringkat-peringkat pengurusan P & PSebelum proses pengajaran dan pembelajaranSemasa proses pengajaran dan pembelajaranSelepas proses pengajaran dan pembelajaranSebelum proses P & P Persediaan sebelum P & P termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek:Hasil pembelajaran yang tepatKaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid

Sumber pengajaran yang mencukupiBahan bantu mengajar yang berkesanLangkah-langkah proses pengajaran yang jelasSemasa Proses P & P Semasa guru melaksanakan proses P & P guru perlu memastikanMelaksanakan pengajaran seperti yang dirancangMengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuaiMenerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranMenyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbezaMengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok muridMengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaanSelepas Proses P & PProses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran.

Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihanMengenal pasti keberkesaan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnyaMengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan keberkesanan pengajaran.Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan pencapaian muridBertujuan membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru.Setelah guru selesai menyempurnakan proses p & p, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya.Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru.5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)Tujuan Pedagogi Relevan BudayaPengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan.3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan budaya memberi motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbezaStrategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan PembelajaranMempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatifGuru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamerkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas

2. PenemuanGuru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang Cina, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing3. ProjekKaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budayaPenggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda.Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.Pembelajaran berasaskan komputer berasaskan pedagogi relevan budayaTeknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra.

Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar.(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid.Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah komunikasi guru yang berkesan. Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.5.6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUMSejarah dan Konsep Kelas BercantumSejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.Konsep Kelas BercantumKonsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988).Ciri-ciri Kelas BercantumKelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahanBilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka.Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.Pedagogi Kelas BercantumDalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

(a) Kumpulan Sama Kebolehan(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan(c) Kumpulan Tahun Persekolahan(d) Kumpulan Sosial(e) Kumpulan Individu(a) Kumpulan Sama KebolehanKumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.(b) Kumpulan Pelbagai KebolehanKumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.(c) Kumpulan Tahun PersekolahanGuru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan: lambat sederhana cerdas(d) Kumpulan SosialKumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

(e) Kumpulan IndividuKaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.Rancangan Pengajaran Kelas BercantumSukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum. Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.

PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN

MASA

TAHUN 2TAHUN 315 minit

Guru MengajarKerja sendiri15 minit

Kerja sendiriGuru Mengajar

Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkanRumusanRancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk setahun.e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah. f)sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.5. 7 SosiolinguistikSosiolinguistikSosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.

Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dan lain-lain. Sosiolinguistik adalah kajian inter-displin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa sesuatu budaya.Peranan Bahasa dalam Masyarkat Pelbagai BudayaBahasa digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran, membimbing dan menasihati murid-muridnya.Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, maka guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar.Bahasa merupakan medium perhubungan antara manusia. Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunkan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks.Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-masing.

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa PengantarLaporan Cheesman (1946) menyatakan bahasa seandainya murid-murid tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar,maka guru akan berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajaran.Oleh demikian, Akta 1961 memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama untuk semua peringkat pendidikan.Peranan Guru dalam Aspek SosiolinguistikGuru berperanan untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.

Pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya serta kegiatan kokurikulum dapat memartabatkan bahasa kebangsaan.Guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan Games based Learning juga boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.5.8 Penilaian Berasaskan Budaya( Culturally Responsive Assessment )Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya.Penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyelia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.Tujuan Penilaian Berasaskan BudayaPenilaian berasaskan budaya bertujuan untuk:a. mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya.b. menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif.c. mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kita faktor linguistik dan kerelevanan budaya.d. menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formalf. mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional.

Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budayaGuru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional.Guru juga perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.Prinsip-prinsip Penilaian berasaskan budayaPenilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid.

ii. Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Ia harus berasaskan objektif-objektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara.

iii. Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara indidu atau kumpulan murid.Ciri-ciri penting dalam Penilaian berasaskan budayaAlat penilaian harus dibuat secara kolaboratif, dan perlu dimurnikan lagi bagi mewujudkan pembelajaran berkualiti.Alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu-satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan, diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid.Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran.Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan.Aspek bahasa yang digunakan, jenis item ujian perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah.Jenis-jenis Penilaian berasaskan budayaDalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid.Contoh-contoh penilaian mesra budaya:Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah.Penilaian PortfolioPenulisan JurnalProjekUjian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaranPenilaian kendiri muridPenilaian kendiri guruBahan RujukanNoriati A.Rashid.2011. Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Syed Ismail Syed Mustapa.2012. Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Selangor.