26
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Implikasi Esensialisme dalam Falsafah Pendidikan (Kontinuum Aliran Falsafah dalam Pendidikan) Prof Madya Dr. Zulkifli B. Mohamed Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah

Kuliah05c Kontinum Fal Pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan

Citation preview

  • Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

    Implikasi Esensialisme dalam Falsafah Pendidikan(Kontinuum Aliran Falsafah dalam Pendidikan)

    Prof Madya Dr. Zulkifli B. MohamedSekolah Pendidikan dan Pembangunan SosialUniversiti Malaysia Sabah

  • Teori-Teori Pendidikan Abad 20ProgresivismePerenialisme EksistentialismeSocial Reconstructivism / Theory Critical

  • Kontinum Falsafah & Pendidikan

  • Kontinum Falsafah & Pendidikan (Penekanan Kurikulum)

  • Kontinum Falsafah & Pendidikan (Kaedah Mengajar)

  • Kontinum Falsafah & Pendidikan (Pembentukan Karakter/ Diri)

  • Kontinum Falsafah & Pendidikan (Fokus Pendidikan)

  • Kontinum Falsafah & Pendidikan (Orentasi Psikologi)

  • Falsafah ProgresivismeJohn DeweyPengaplikasian pengalaman dan sains untuk menyelesaikan masalah.Sekolah sebagai mikrokosme masyarakat.Kurikulum berbentuk kehidupan sebenar dengan menekankan kepada penyelesaian masalah.Tumpuan gaya pembelajaran aktif dan mengoptimumkan sifat ingintahu dikalangan pelajar.Bilik darjah direkabentuk untuk pembelajaran secara pengalaman makmal, bilik lukisan, bengkel pertukangan, dapur dsb.Pelajar saling belajar sesama mereka pengalaman pembelajaran secara koperatif dalam kumpulan.Pendidikan berpusat kepada pelajar

  • Teori Pendidikan ProgresivismeSumber: pragmatismeMenentang: Otoriti guru, pengajaran berasas buku, hafalan pasif, pemisahan sekolah dari masyarakatMenggalakan: Sekolah sebagai makmal untuk perubahan dan pengkajianTujuan: Mendidik individu menurut minat dan keperluan individuKurikulum: Aktiviti dan projekImplikasi: Guru sebagai fasilitator, pengajaran bercorak aktiviti menyelesaikan masalah

  • Falsafah PragmatismeTokoh: Childs, Dewey, James & PeirceMetafizik: Realiti adalah interaksi antara individu dengan persekitaran atau pengalaman, ia sentiasa berubahEpistemologi: Pengetahuan hasil daripada pengalaman; menggunakan kaedah saintifikAksiologi: Nilai-nilai bergantung situasi atau relatifKurikulum: Pengajaran tersusun disekitar penyelesaian masalah menurut kaedah saintifik.

  • Teori Pendidikan Rekonstruktivisme SosialTokoh: Theodore Brameld, George Counts & StanleyTujuan: Pembinaan semula masyarakatKurikulum: Sains sosialImplikasi: Guru adalah agen perubah masyarakat, pengajaran berfokus kepada masalah-masalah sosioekonomi.

  • Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme (1)Pendidikan tertakluk pada tempat dan masa sekarang bagi membentuk susunatur sosial yang dapat memenuhi nilai-nilai asas budaya. Pada masa yang sama bersifat harmoni dengan kekuatan sosial dan ekonomi asas dunia moden.Masyarakat baru ini mestilah benar-benar demokrasi yang mana institusi dan sumber negara berada ditangan dan diatur oleh rakyat itu sendiri.

  • Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme Sosial (2)Pelajar, sekolah dan pendidikan itu sendiri dikawal mutlak oleh kekuatan budaya dan sosial.Guru perlu meyakinkan pelajar tentang keesahan dan peri mustahaknya penyelesaian secara penyusunan semula, tetapi mestilah dilakukan secara cermat dengan mengambil kira prosidur demokrasi.Maksud dan hasil pendidikan mestilah digubal dengan gaya baru bagi memenuhi tuntutan krisis budaya semasa dan tertakluk kepada hasil-hasil kajian sains tingkah laku.

  • Falsafah Pendidikan PerenialismeSumber: RealismeTokoh: Adler, Bloom, Hutchins, MaritainTujuan: Mendidik manusia rasionalKurikulum: Bahan pelajaran disusun secara hirarki bagi menghasilkan inteleks (karya penulisan agung/ great books)Implikasi: Guru sebagai transmitter ilmu pengetahuan.

  • Falsafah Pendidikan (Realisme) Percaya akan dunia seperti apa adanya. Berdasarkan kepada pandangan bahawa realiti adalah apa yang tercerap. Aliran ini percaya bahawa kebenaran adalah apa yang manusia kesan dan cerap sehinggakan kebaikan itu ditemui dalam hukum-hukum alam yang teratur. Oleh itu sekolah diwujudkan untuk mendedahkan susunatur dunia dan jagat raya.Pelajar diajarkan fakta-fakta maklumat.

  • Falsafah Pendidikan EsensialismePlato, Aristotle, Horace MannPenekanan kepada pendidikan tradisionalPembentukan mindaKurikulum utama (Core Curriculum)Realiti berdasarkan alam fizikalWarganegara yang demokrasi perlu mahir berfikir secara kritikal dan bernilai siviks yang tinggi.Kepentingan masyarakat lebih diutamakankan dari kepentingan individu.Pembelajaran bersifat arah guru.Menghargai karya-karya agung dalam seni dan sastera.

  • Falsafah Pendidikan EsensialismeSumber: Idealime & RealismeTokoh: Bagley, Bestor, Conant, MorrisonTujuan: Mendidik manusia berguna & berkompetenKurikulum: Pendidikan asas, membaca, menulis, mengira, sejarah, Bahasa, Sains, Bahasa AsingImplikasi: Menekan pada kemahiran dan mata pelajaran yang megekalkan budaya lama dan menyumbang pada keberkesanan dalam sosio-ekonomi.

  • Falsafah Esensialisme (1)Guru adalah otoriti dalam bilik darjah & mahir dalam kandungan, menolak tajuk-tajuk yang dianggap tidak penting.Isi pelajaran adalah intipati kurikulum. Keluwesan pelajar menentukan bahan pelajaran menyebabkan piawaian sekolah menurun, i.e. bercanggah dengan pandangan progresivisme.

  • Falsafah Esensialisme (2)Pendidikan memerlukan kerja keras dan bersungguh-sungguh. Sekiranya pelajar minat dengan pelajaran ya syukur!, baik; tetapi kalau tidak nasib sajalah!, tetapi kerja tetap kena buat! Premisnya kerana pelajar belum tahu apa yang diperlu untuk masa hadapan! Motivasi itu pun baik, syukur kalau guru dapat memberikannya, tetapi kalau tidak kerja tetap kena buat!.

  • Falsafah Esensialisme (3)Disiplin adalah penting dalam bilik darjah. Bilik darjah yang bising tidak sesuai untuk pembelajaran. Peraturan sangat penting.Pelajar tidak digalakan untuk memikirkan sangat tentang masa hadapan mereka. Oleh itu guru dan ibu bapa mesti membantu pelajar mengatasi kemahuan semasa, tetapi mengarah kepada objektif masa hadapan. Disiplin diri itu baik, tetapi tidak mencukupi. Orang dewasa perlu memberi tunjuk ajar/ arahan.

  • Falsafah Esensialisme (4)Aktiviti bilik darjah berpusat kepada guru. Guru sebagai ahli yang profesional lebih mengetahui apa yang pelajar perlu tahu untuk masa hadapan. Guru bertanggung jawab sepenuhnya untuk pendidikan dan pertumbuhan intelektuil muridnya.Pendidikan memerlukan penguasaan kandungan subjek yang dipelajari.Disiplin mental amat diperlukan. Pembelajaran memerlukan daya usaha yang tinggi. Tumpuan dan usaha diperlukan. Oleh itu pelajar perlu dibudayakan dengan pembelajaran yang tekun.

  • Kritikan terhadap Falsafah Pendidikan EsensialismeEsensialisme adalah falsafah pendidikan yang kaku sifatnya. Kurang memberi ruang untuk perubahan yang dinamik. Kritikan ini sangat penting terutama dalam era komputer di mana kandungan berfakta dan data mudah diperolehi dengan hanya menekan papan kekunci. Ini bermakna keupayaan befikir itu penting untuk mengetahui bagaimana data itu perlu digunakan, bukan semata-mata mengumpul dan menghafalkannya.

  • Falsafah Pendidikan Idealisme Idealis percaya akan kebijaksanaan yang diasah. Berdasarkan kepada pandangan bahawa realiti adalah dunia yang terbentuk dalam minda manusia. Percaya bahawa kebenaran itu wujud dalam idea- idea yang konsisten dan kebaikan itu adalah status ideal yang perlu diperolehi.Atas kepercayaan ini sekolah seharusnya menajamkan pemikiran dan proses intektuil. Pelajar diajarkan akan kebijaksanaan wira-wira dahulu kala.

  • Falsafah Pendidikan Teori KritikalSumber: Neo-Marxisme & Post ModernismeTokoh: McLaren, GirouxTujuan: Meningkatkan kesadaran tentang isu-isu kritikalKurikulum: Otobiografi tentang manusia- manusia yang tertekanImplikasi: Fokus kepada konflik sosial.

  • Falsafah Pendidikan EksistensialismeKierkegaard, Buber, May, Rogers, NeillBerfokus kepada individuTiada realiti sejagat, hanya apa yang dipersepsikan oleh individu. Terpenjara oleh pemikiran kita sendiri tidak dikomunikasikan dengan orang lain.Tiada siapa yang lebih tahu tentang diri kita melainkan kita sendiri.Pendidikan adalah manusia secara menyeluruh.Mengutamakan konsep kendiri, pengetahuan kendiri dan tanggunjawab kendiri, lebih diutamakan dari kandungan pelajaran.Pelajar diberi peluang yang luas untuk memilih bidang pembelajaran.