2
8/8/2019 (La Tahzan) 039 Jauhi Musuh-Musuh Manhaj Rabbani http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-039-jauhi-musuh-musuh-manhaj-rabbani 1/2 1  JAUHI MUSUH-MUSUH MANHAJ RABBANI Setelah membaca buku-buku yang ditulis oleh mereka yang ingkar kepada Allah s.w.t. dan merintangi manhaj Allah s.w.t. baik dalam bentuk puisi mahupun prosa,dapat kita ketahui bahawa ucapan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah s.w.t. di muka bumi ini dan semua kekurangan ajaran mereka, menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap prinsip-prinsip kebenaran yang hakiki dan ajaran-ajaran rabbani. Oleh yang demikian, dapatlah bersama kita simpulkan bahawa orang akhirnya tidak malu untuk menciplak apa yang mereka katakan, tulis dan ungkapkan. Fahamilah kita bahawa orang yang tidak mempunyai prinsip dan tidak berpegang kepada ajaran suatu risalah, maka sesungguhnya telah berubah menjadi binatang melata dalam bentuk manusia dan berubah menjadi haiwan dalam wujud manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud; Ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat jalan hidupnya (daripada binatang ternak). (Al-Furqan: 44) Pada saat membaca buku-buku seperti itu, terselit beberapa pertanyaan yang kemudian sepatutnya kita lontarkan persoalan ini kepada diri kita sendiri, Bagaimana orang-orang seperti itu akan bahagia sementara mereka telah berpaling dari si Pemilik kebahagiaan itu sendiri, yang akan Ia berikan kepada siapa saja yang Ia kehendaki? Bagaimana mereka akan bahgia sementara mereka telah membuatkan Allah s.w.t. murka? Bagaimana mereka akan dapat ketenangan sementara mereka telah memerangi-Nya? Namun hukuman pertama yang menimpa mereka di dunia ini, merupakan tahap awal perkenalan mereka dengan kesengsaraan di akhirat nanti (jika mereka tidak bertaubat), yang berupa neraka jahannam, kesengsaraan hidup, ketidak acuhan dan tekanan mental. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud; Barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh ia akan mendapat penghidupan yang sempit... (Taha: 124)

(La Tahzan) 039 Jauhi Musuh-Musuh Manhaj Rabbani

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (La Tahzan) 039 Jauhi Musuh-Musuh Manhaj Rabbani

8/8/2019 (La Tahzan) 039 Jauhi Musuh-Musuh Manhaj Rabbani

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-039-jauhi-musuh-musuh-manhaj-rabbani 1/2

1

 JAUHI MUSUH-MUSUH MANHAJ RABBANI 

Setelah membaca buku-buku yang ditulis oleh mereka yang ingkar kepada Allah s.w.t. dan

merintangi manhaj Allah s.w.t. baik dalam bentuk puisi mahupun prosa,dapat kita ketahui bahawa

ucapan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah s.w.t. di muka bumi ini dan semua

kekurangan ajaran mereka, menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap prinsip-prinsip

kebenaran yang hakiki dan ajaran-ajaran rabbani. Oleh yang demikian, dapatlah bersama kita

simpulkan bahawa orang akhirnya tidak malu untuk menciplak apa yang mereka katakan, tulis dan

ungkapkan.

Fahamilah kita bahawa orang yang tidak mempunyai prinsip dan tidak berpegang kepada

ajaran suatu risalah, maka sesungguhnya telah berubah menjadi binatang melata dalam bentuk

manusia dan berubah menjadi haiwan dalam wujud manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

Ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka

itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat jalan hidupnya

(daripada binatang ternak). (Al-Furqan: 44)

Pada saat membaca buku-buku seperti itu, terselit beberapa pertanyaan yang kemudian

sepatutnya kita lontarkan persoalan ini kepada diri kita sendiri, Bagaimana orang-orang seperti itu

akan bahagia sementara mereka telah berpaling dari si Pemilik kebahagiaan itu sendiri, yang akan Ia

berikan kepada siapa saja yang Ia kehendaki?

Bagaimana mereka akan bahgia sementara mereka telah membuatkan Allah s.w.t. murka?

Bagaimana mereka akan dapat ketenangan sementara mereka telah memerangi-Nya?

Namun hukuman pertama yang menimpa mereka di dunia ini, merupakan tahap awal

perkenalan mereka dengan kesengsaraan di akhirat nanti (jika mereka tidak bertaubat), yang berupa

neraka jahannam, kesengsaraan hidup, ketidak acuhan dan tekanan mental. Firman Allah s.w.t. yang

bermaksud;

Barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh ia akan mendapat penghidupan

yang sempit... (Taha: 124)

Page 2: (La Tahzan) 039 Jauhi Musuh-Musuh Manhaj Rabbani

8/8/2019 (La Tahzan) 039 Jauhi Musuh-Musuh Manhaj Rabbani

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-039-jauhi-musuh-musuh-manhaj-rabbani 2/2

2

Tidak jarang mereka ingin menghilang saja dari dunia ini, ingin segera mengakhiri

kehidupannya, ingin agar dunia diledakkan saja dan meninggalkan kehidupan ini.

 

Kesamaan antara orang-orang yang ingkar kepada Allah s.w.t. dahulu dan sekarang adalah

bahawa mereka sama-sama kurang ajar kepada Allah s.w.t., mereka menrapkan nilai-nilai dan

prinsip-prinsip secara sebarangan, mereka amat bodoh terhadap akibat burukdan mereka tidak

peduli terhadap apa yang mereka katakan, tulis dan kerjakan. Firman Allah s.w.t. lagi yang

bermaksud;

Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan di atas dasar takwa kepada Allah s.w.t.

dan keredhaan-Nya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi 

 jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah s.w.t.

tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (At-Taubah: 109)

Bagi mereka yang ingkar itu, jalan keluar satu-satunya dari keresahan jiwa, kesuntukan

nurani dan kesedihan hati (jika mereka tidak mahu bertaubat dan tidak mahu mencari hidayah) ialah

bunuh diri dan mengakhiri hidup yang pahit dan usia yang murah lagi tiada harganya ini. Firman

Allah s.w.t. yang bermaksud;

...katakanlah (kepada mereka), Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu... (Ali-Imran: 119)

...maka bunuhlah diri kamu sendiri. Yang demikian itulebih baik bagi kamu... (Al-Baqarah: 54)