13
LAMPIRAN A SKOP DAN SPESIFIKASI KONTRAK 1. Tempoh Kontrak Tempoh kontrak adalah mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2014. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya. 2. Sijil Pengesahan Halal dan “Veterinary Inspected Malaysia” Salinan sijil-sijil (yang telah disahkan) HALAL daripada Pusat Islam Malaysia dan “Veterinary Inspected Malaysia” daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia perlu dikemukakan. 3. Keperluan Bagi Sistem Keselamatan Makanan Kontraktor WAJIB memastikan pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan yang berikut : (a) Mematuhi Akta Makanan 1983; (b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985; (c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009; (d) Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); dan (e) Mematuhi lain-lain keperluan dari semasa ke semasa. 4. Penerima Di Bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M) 4.1 PS1M akan diberikan kepada murid-murid warganegara Malaysia berikut : (a) Semua murid di sekolah rendah luar Bandar di Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan; 1

Lampiran a (Kontrak)

  • Upload
    maha

  • View
    232

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

LAMPIRAN A

SKOP DAN SPESIFIKASI KONTRAK

1. Tempoh KontrakTempoh kontrak adalah mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2014. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.2. Sijil Pengesahan Halal dan Veterinary Inspected Malaysia

Salinan sijil-sijil (yang telah disahkan) HALAL daripada Pusat Islam Malaysia dan Veterinary Inspected Malaysia daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia perlu dikemukakan.

3. Keperluan Bagi Sistem Keselamatan MakananKontraktor WAJIB memastikan pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan yang berikut :

(a) Mematuhi Akta Makanan 1983;

(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

(c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009;

(d) Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); dan

(e) Mematuhi lain-lain keperluan dari semasa ke semasa.

4. Penerima Di Bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M)4.1PS1M akan diberikan kepada murid-murid warganegara Malaysia berikut :

(a) Semua murid di sekolah rendah luar Bandar di Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan;(b) Semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah Bandar di Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan; dan

(c) Di negeri Sabah, semua murid tahap 2 di sekolah rendah luar Bandar dan semua murid tahap 2 penerima Rancangan Makanan Tambahan di sekolah rendah bandar.4.2Setiap murid yang layak akan menerima dua kotak susu seminggu manakala tiada bekalan semasa bulan ramadhan kepada murid muslim.5. Peringkat Kilang5.1 Di peringkat kilang, Kontraktor perlu memastikan susu yang diproses adalah selamat dan berkualiti. Berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985, perkara penting yang perlu dipatuhi termasuklah;

(a) Memastikan susu dikenakan rawatan haba pada suhu tidak kurang daripada 135C sekurang-kurangnya selama 2 saat bagi proses susu ultra tinggi (Ultra High Tempature atau UHT) dan mematuhi standard yang ditetapkan bagi susu berperisa di bawah subperaturan 89(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985;(b) Menggunakan bahan pewarna, perisa dan kondisioner yang dibenarkan;

(c) Menggunakan bahan pembungkus yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan.

5.2 Kontraktor perlu mematuhi segala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, khususnya :(a) Melaksanakan program jaminan keselamatan makanan; dan

(b) Melaksanakan sistem kebolehkesanan (tracebility system) makanan, iaitu sistem yang boleh menjejaki dari mana sumber susu diperolehi dan ke mana susu yang telah diproses dihantar di sepanjang rantaian termasuk pengedaran hingga ke peringkat penyimpanan sekolah.

5.3 Di samping itu, Kontraktor juga perlu memenuhi syarat tambahan, iaitu :

(a) Melaksanakan sistem Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) bagi produk susu di bawah PS1M dan membuat verifikasi ke atas sistem tersebut; dan

(b) Mendapat Sijil HACCP bagi produk susu di bawah PS1M daripada KKM dengan menggunakan bekalan susu yang diluluskan oleh KKM.

6. Pembungkusan6.1 Kontraktor WAJIB memastikan bahawa setiap tray hanya mempunyai 24 kotak susu (200 ml/kotak) sahaja.

6.2 Penyedut minuman (straw) WAJIB dibekalkan pada setiap kotak susu dan dilindungi daripada pencemaran.

7. PelabelanMaklumat-maklumat berikut WAJIB ada pada kotak susu :

(a) Nama sebutan sebenar Susu UHT Berperisa Coklat;

(b) Senarai ramuan yang digunakan dalam produk;

(c) Pernyataan aditif makanan;

(d) Maklumat pemakanan;(e) Arahan penyimpanan;

(f) Nama dan alamat pengilang/pembungkus/ejen;

(g) Pelabelan makanan;

(h) Pernyataan mengenai isipadu bersih;

(i) Penandaan tarikh luput;

(j) Pernyataan Program Susu Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia(k) Pernyataan Tidak Dibenarkan Untuk Dijual; dan

(l) Pernyataan Minum Sehingga Habis selepas dibuka.

8. Penyimpanan8.1 Stor atau gudang penyimpanan WAJIB mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah:(a) Reka bentuk gudang penyimpanan hendaklah dibina supaya dapat mengawal risiko pencemaran;

(b) Gudang mestilah bertutup dan dilindungi dari makhluk perosak dan haiwan peliharaan. Semua bukaan dan ruangan terbuka hendaklah ditutup;

(c) Digunakan hanya untuk menyimpan bekalan susu sekolah;

(d) Dinding, lantai dan rak dibuat daripada bahan yang mudah dicuci dan kalis air;

(e) Keluasan gudang penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti penyimpanan;

(f) Mempunyai pencahayaan minimum 215 lux pada jarak 90cm dari aras lantai;

(g) Mempunyai pengudaraan yang mencukupi untuk mengelakkan bahang berlebihan, kondensasi dan pengewapan. Suhu gudang tidak melebihi 25C;

(h) Jadual pembersihan harian perlu disediakan; dan

(i) Gudang perlu sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan diselenggara dengan baik.

8.2 Penyusunan di dalam gudang hendaklah mematuhi keperluan berikut :

(a) Semua kotak susu hendaklah disusun di atas pallet plastic dengan ketinggian sekurang-kurangnya 15cm dari lantai. Penyusunan hendaklah tidak melebihi keluasan pallet;

(b) Disusun pada jarak sekurang-kurangnya 15cm dari dinding;

(c) Penyusunan susu hendaklah menggunakan kaedah yang sesuai bagi memastikan kotak stabil dan tidak terjatuh contohnya kaedah interlocking stacking system;

(d) Penyimpanan dan pengurusan stok hendaklah berdasarkan tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan MASUK DAHULU, KELUAR DAHULU / FIRST IN, FIRST OUT (FIFO);

(e) Tidak menyusun tray melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 tray);

(f) Menyediakan system rekod penyimpanan yang lengkap bagi tujuan traceability ;(g) Kandungan rekod perlu mengandungi maklumat berkaitan pengangkutan dan pengedaran bagi memudahkan proses penarikan semula produk dilakukan dengan berkesan sekiranya perlu; dan

(h) Rekod hendaklah dijaga dan disimpan untuk jangka masa satu (1) tahun.

8.3 Hanya tray yang belum dibuka (intact) dibenarkan diedarkan di sekolah. Setiap penghantaran ke sekolah adalah berdasarkan bilangan tray. Kontraktor dilarang membuka tray atau membungkus semula kotak susu ke dalam tray.8.4 Sekiranya terdapat kerosakan pada mana-mana kotak susu, tray yang terlibat perlu dilupus dan direkodkan.

8.5 Kontraktor hendaklah memastikan tray yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada gudang.

8.6 Penyelia yang bertanggungjawab perlu ditempatkan di setiap gudang.

9. Pengangkutan9.1 Mempunyai sistem pengudaraan secukupnya. Jika menggunakan kontena perlu memastikan suhu tidak melebihi 25C.9.2 Pemunggahan susu ke dalam dan keluar daripada kenderaan hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak dan menghempas kotak susu, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali.

9.3 Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray tidak stabil dan terjatuh.

9.4 Jangan menyusun tray/karton melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.

9.5 Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch/tarikh luput. Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Sebaik-baiknya satu batch sama bagi satu lokasi penerimaan.

9.6 Kontraktor yang berjaya perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yang mengandungi maklumat seperti berikut :

(a) Tarikh dan masa pemunggahan;

(b) Nombor batch/Tarikh luput;

(c) Kuantiti;

(d) Nama dan alamat penerima; dan

(e) Tarikh dan masa serahan.

9.7 Kontraktor hendaklah memastikan karton atau tray yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kenderaan pengangkutan atau kontena.

10. Penyimpanan Di Stor Sekolah10.1 Kontraktor perlu mengawal stor simpanan sementara di sekolah yang boleh melindungi susu daripada pencemaran ataupun kerosakan.

10.2 Kontraktor perlu menyediakan rak penyimpanan mengikut keperluan semasa sekolah yang akan diselaras oleh Jabatan Pelajaran Negeri :

(a) Rak besi yang terbuka bagi sekolah yang mempunyai bilik berkunci dan dikawal;

(b) Rak besi bertutup bagi sekolah yang tidak mempunyai bilik dan diletakan di tempat terbuka dan tidak dikawal (seperti stor sukan, surau, kelas dan lain-lain).10.3 Di samping mengambil kira keperluan seperti penyimpanan di stor, pihak Kontraktor juga perlu memastikan :

(a) Susu disimpan pada suhu tidak melebihi 30C;

(b) Hanya susu yang sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh luput dibenarkan berada di stor sekolah. Susu yang kurang dari dua bulan sebelum tarikh luput adalah tidak dibenarkan berada di dalan stor dan diasingkan di tempat lain.

(c) Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 tray). Beban yang terlalu besar akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah;

(d) Melindungi susu daripada kerosakan oleh makhluk perosak;

(e) Mengendali susu dengan sempurna untuk mengelakkan kerosakan fizikal; dan

(f) Susu hanya dikeluarkan dari stor pada hari susu tersebut diminum.11. Pemeriksaan PembungkusanDi semua peringkat, pihak Kontraktor perlu memastikan kotak susu hendaklah bebas daripada tanda-tanda berikut :

(a) Kelembapan pada pembungkusan luar akibat kebocoran;

(b) Bocor atau pecah;

(c) Menggelembung;

(d) Kemek, tanda lipatan pada kotan dan lipatan tepi kotak terbuka; dan

(e) Kesan-kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus, telur lipas, gigitan pada kotak dan lain-lain).

12. Pendidikan Kepada Guru dan Murid12.1 Pihak Kontraktor adalah bertanggungjawab mengajar guru cara mengendalikan susu semasa menjalankan pengagihan kepada murid. Di samping itu, Kontraktor juga perlu memberi pendidikan kesihatan kepada murid-murid sekolah supaya menggunakan deria mereka berdasarkan konsep LIHAT, HIDU dan RASA yang disarankan oleh KKM bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.12.2 Pihak kontraktor adalah bertanggungjawab menyedia dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan PS1M seperti Buku Panduan Pengendalian PS1M, Poster, Phamplet, CD atau apa-apa bahan berkaitan PS1M bagi tujuan pendidikan kepada warga sekolah mengikut keperluan.12.3 Pihak Kontraktor adalah bertanggungjawab menyediakan sekurang-kurangnya seorang Pegawai Perhubungan PS1M yang berperanan sebagai penyelia, pemantau dan menyediakan laporan bulanan (dua daerah jagaan mereka) kepada Jabatan Pelajaran Negeri serta bersedia 24 jam (bagi dua daerah jagaan mereka) membantu pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah serta Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan pengagihan susu dan cara-cara meminum susu dengan betul kepada pihak guru dan murid-murid sekolah.12.4 Pihak Kontraktor perlu mengaturkan seminar/taklimat berkaitan Pengendalian PS1M kepada Pegawai Perhubungan PS1M dan Pegawai yang menguruskan PS1M di Pejabat Pelajaran Daerah sekurang-kurangnya sekali setahun yang melibatkan KKM dan KPM.

13. Kepastian Keselamatan Susu Yang Dibekalkan13.1 Kontraktor WAJIB menjalankan pensampelan ke atas susu yang dibekalkan ke sekolah bagi menilai status mikrobiologi bekalan susu yang disimpan di gudang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM:

(a) Pensampelan perlu dijalankan pada minggu pertama pada setiap tiga (3) bulan di setiap gudang penyimpanan susu. [Contohnya: sekiranya Kontraktor mempunyai 3 gudang penyimpanan, pensampelan perlu dijalankan di ketiga-tiga gudang tersebut];

(b) Bilangan minimum tiga (3) kotak susu UHT MESTI disampel pada setiap pensampelan. Kriteria pemilihan sampel adalah seperti berikut :(i) Stok susu yang paling lama disimpan dalam gudang; dan

(ii) Kotak susu dengan nombor batch yang sama.

(c) Parameter analisis yang perlu dijalankan adalah:(i)Total Plate Count (TPC);(ii)Eschericha Coli;

(iii) Bacillus cereus;

(iv) Staphylococcus aureus;

(v) Salmonella;

(vi) Bacillus cereus enterotoxin; dan

(vii) Staphylococcal enterotoxin.

(d) Kontraktor bertanggungjawab untuk menghantar sampel ke makmal yang telah diakreditasikan oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Berikut disertakan senarai terkini makmal yang berkaitan (Lampiran 1). Maklumat berkaitan makmal juga boleh didapati dengan melayari laman web http://fsq.moh.gov.my;

(e) Walau apapun, Kontraktor bertanggungjawab memastikan makmal yang dipilih berkeupayaan untuk menjalankan analisis seperti di para (e) dan sijil akreditasi makmal masih sah laku; dan(f) Kontraktor bertanggungjawab untuk menghubungi pihak makmal bagi segala urusan pengendalian dan penghantaran sampel.

13.2 Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala urusan pengendalian, pengambilan, penghantaran dan bayaran analisis.13.3 Kontraktor bertanggungjawab bagi memastikan pihak makmal mengemukakan terus sesalinan Laporan Analisis kepada :

Pengarah KananBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E7, Kompleks Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 PUTRAJAYA

13.4 Kegagalan pihak Kontraktor menghantar laporan analisis dan ketidakpatuhan jadual pensampelan membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

14. Sistem Dokumentasi14.1 Kontraktor bertanggungjawab untuk mewujudkan rekod pengedaran susu dari kilang ke sekolah, rekod pensampelan bagi perkara di perenggan 12.1 termasuk keputusan analisis yang diterima dari makmal yang telah diakreditasikan oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).

14.2 Kontraktor bertanggungjawab untuk menyimpan di gudang semua dokumen dan rekod berkaitan aktiviti bekalan susu sekolah untuk tujuan pemantauan dan traceability.

14.3 Kontraktor juga bertanggungjawab menyedia dan mengedarkan Buku Log PS1M kepada semua sekolah di negeri masing-masing untuk tujuan rekod serta pengesahan pihak sekolah terhadap pelaksanaan dan pengedaran susu di sekolah seperti contoh di Lampiran I.15. Spesifikasi SusuSusu yang dibekalkan mestilah mematuhi spesifikasi berikut :

BIL.SPESIFIKASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1Lemak Susu, % w/w = 2.0 (min)

2Pepejal Susu Tanpa Lemak, % w/w = 8.0 (min)

3Protein, % w/w = 2.5 (min)

4Kiraan Koliform, per ml = Nil

5Jumlah Kiraan Plat = Nil

6Ujian Penghomogenan = 10% variasi

16. Pelupusan Kotak Susu Yang Telah Habis Diminum

Kontraktor bertanggungjawab menyediakan plastik sampah yang mencukupi dan berkualiti kepada pihak sekolah bagi membolehkan kotak susu yang telah habis diminum dibuang dan dilupuskan setiap minggu dengan betul dan teratur dengan seliaan Pegawai Perhubungan PS1M. Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan memastikan plastik sampah ini dibekalkan dengan jumlah yang mencukupi serta berkualiti.1