Upload
hoangdat
View
267
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Laporan Tahunan PKS 2017/18128
LAMPIRAN IISenarai Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan Terpilih pada Tahun 2018
Lampiran IISenarai Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan Terpilih pada Tahun 2018 (Setakat April 2018)
Akses kepada Pembiayaan
Program Utama
Skim Pembiayaan Ikhtiar
Penyaluran Pembiayaan Perniagaan
Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS)
PROSPER TERAS
Agensi Pelaksana
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
SME Corp. Malaysia
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB)
Objektif Program
Mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kepada isi rumah miskin untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi yang berdaya maju bagi meningkatkan pendapatan isi rumah termasuk i-Mesra, i-Srikandi dan i-Wibawa.
17,500 penerima pembiayaan perniagaan MARA dalam tempoh 2016-2020.
Memberi bantuan pembiayaan kepada PKS yang layak dan Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membayar 2.0% (mata peratusan) kadar keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan yang disediakan oleh 13 Institusi Kewangan Islam yang mengambil bahagian.
• Meningkatkan piawaian usahawan runcit Bumiputera melalui pemiawaian jenama, pengaturan produk, pilihan & sistem bersepadu;
• Memberi pendedahan kepada usahawan
Bumiputera mengenai taktik perniagaan, aplikasi kaedah pentadbiran serta operasi yang teratur dan sistematik; dan
• Aktiviti perniagaan yang layak adalah Automotif,
Perkakasan atau Bahan Bangunan, Perkhidmatan Profesional, Telekomunikasi dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE).
Laporan Tahunan PKS 2017/18 129
LAMPIRAN IISenarai Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan Terpilih pada Tahun 2018
Pembangunan Modal Insan
Program Utama Agensi PelaksanaObjektif Program
Program Peningkatan & Pembangunan INSKEN TERAS (TED)
Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC)
Program Transformasi Bengkel Bumiputera (BWTP)
Sistem Latihan Dual Nasional (NDTS)
Program Latihan Sub-kontraktor Untuk Pasaran Eksport - FASA APLIKASI (Super Bumi)
Latihan untuk Usahawan Berpotensi dan Baru
Institut Keusahawanan Negara Berhad
(INSKEN)
Bahagian Pembangunan
Keusahawanan Luar Bandar Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
(KPLB)
Institut Automotif Malaysia (MAI)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Perbadanan Pembangunan Ekonomi
Sabah (SEDCO)
Menyediakan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan yang komprehensif dalam membangunkan perniagaan mampan terutamanya dalam bidang pembangunan bakat dan kepimpinan serta perniagaan am dan perubahan organisasi.
• Untuk menggalakkan belia terutama di kawasan luar bandar, untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan;
• Untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar; dan
• Menggalakkan penghijrahan balik dengan mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik dan boleh diduduki. Ia adalah pertandingan cadangan perniagaan khas untuk belia, iaitu geran perniagaan akan dianugerahkan untuk merealisasikan pelan perniagaan mereka di kawasan luar bandar.
Untuk memberi sokongan kepada bengkel automotif Bumiputera di seluruh negara bagi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, jualan dan keuntungan.
NDTS berfungsi sebagai saluran untuk menyediakan pekerja terlatih untuk PKS melalui latihan lepasan sekolah atau penganggur serta menjalankan kursus yang meningkatkan kemahiran untuk pekerja UKM sedia ada dan baru.
Membangunkan kelompok subkontraktor Bumiputera yang berorientasikan eksport.
Menggalakkan semangat keusahawanan dan menyebarkan pengetahuan perniagaan/ kemahiran teknikal.
Laporan Tahunan PKS 2017/18130
LAMPIRAN IISenarai Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan Terpilih pada Tahun 2018
Penerapan Teknologi dan Inovasi
Program Utama Agensi PelaksanaObjektif Program
Business Accelerator Programme (BAP)
Change Upgrade Product (CUP)
Dana Perolehan Teknologi (TAF)
NKEA EPP8: Geran Pengkomersialan untuk Pembangunan Produk Makanan dan Kesihatan
SME Corp. Malaysia
Bahagian Industri Asas Tani (IAT)
Malaysian Technology Development
Corporation (MTDC)
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Program bersepadu untuk membangun dan memupuk PKS yang dinamik, berdaya saing dan berdaya tahan melalui SCORE, pembinaan kapasiti, nasihat serta sokongan teknikal dan kewangan.
Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti produk, pembangunan dan keupayaan.
Menggalakkan penggunaan teknologi asing untuk pembuatan dan pembangunan fizikal produk serta proses sedia ada dan baru untuk meningkatkan penciptaan kekayaan dan kandungan teknologi syarikat Malaysia sambil meningkatkan daya saing global mereka.
Program ini memberi tumpuan kepada menggalakkan pengeluaran dan pembangunan makanan dan produk berasaskan kesihatan serta mempercepatkan pertumbuhan dalam segmen hiliran mereka.
Infrastruktur
Program Utama Agensi PelaksanaObjektif Program
Bengkel Industri Vendor
Pembangunan Estet Perindustrian
Pembangunan Usahawan Desa
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
Kementerian Pembangunan
Perindustrian dan Usahawan Sarawak
(MIED Sarawak)
Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) Kerajaan Negeri Sabah
Penyediaan premis perniagaan dengan membina tujuh unit bengkel dan bangunan perindustrian bagi usahawan luar bandar.
Estet Perindustrian Sibu• Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang
lebih baik melalui pembangunan estet perindustrian yang sesuai;
• Mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi transformasi komuniti perniagaan tempatan secara terancang; dan
• Menggalakkan pertumbuhan PKS secara teratur serta mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi.
(Dijangka siap pada tahun 2020)
Membina / menaik taraf bangunan tambahan di Pusat Keusahawanan Desa (PKD) / Tamuniaga / Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk usahawan bagi mengendalikan dan memulakan / mengembangkan perniagaan.
Laporan Tahunan PKS 2017/18 131
LAMPIRAN IISenarai Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan Terpilih pada Tahun 2018
Akses kepada Pasaran
Program Utama Agensi PelaksanaObjektif Program
Program Transformasi Produk dan Pengedaran Berkesan
Pameran Usahawan Bumiputera Sarawak
Pengukuhan Pengedaran Agro-makanan Eksport
Bahagian Pembangunan
Perniagaan (BPP),Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Kementerian Pembangunan
Perindustrian dan Usahawan Sarawak
(MIED Sarawak)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA)
Membantu PKS untuk meningkatkan kualiti produk dari segi pembungkusan, jangka hayat dan kriteria lain untuk memenuhi standard pasar raya dan pasar raya besar di Malaysia.
Menyediakan peluang perniagaan dan meningkatkan pendapatan usahawan.
• Menyokong pengedar eksport agro-makanan sedia ada dan meningkatkan bilangan pengeksport yang kompetitif dalam pasaran eksport; dan
• Memperkukuhkan program asas pengeksport yang kompetitif dan mewujudkan pasaran eksport baru.
Persekitaran Undang-undang dan Kawal Selia
HIP 1: Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan
SME Corp. MalaysiaUntuk membangunkan satu gerbang tunggal bagi pendaftaran perniagaan dan pelesenan untuk menggalakkan pembentukan perniagaan.
Program Utama Agensi PelaksanaObjektif Program