Langkah Menangani Isu Bahasa Rojak

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Langkah Menangani Isu Bahasa Rojak

    1/4

    Langkah-langkah mengatasi isu bahasa rojak

    Selain itu,ibu bapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang

    betul terhadap anak-anak.Hal ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-

    anak masih kecil. Penggunaan bahasa Melayu yang betul daripada ibu bapa akan

    dapat mengelak penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anak-anak daripada terus

    berleluasa. Keadaan ini dapat ditafsirkan melalui pepatah melayu "melentur buluh

    biarlah dari rebungnya".Oleh itu,bahasa Melayu yang betul tanpa dirojak dapat

    diterapkan terhadap anak-anak melalui peranan ibu bapa.

    Salah satu langkah untuk membendung masalah penemaran bahasa ialah

    peranan pihak sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan

    pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar

    melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan

    kesalahan mereka. Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar

    kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi. Selain itu, pihak sekolah juga perlu

    menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Sebagai contohnya, pihak

    sekolah mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan

    pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai.

    Dengan penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang

    bahasa yang betul, bak kata pepatah Sambi l m enyelam m inum air.

    Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk

    memartabatkan bahasa Melayu. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan

    penggunaan bahasa Melayu yang gramatis di samping mengembalikan martabat

    bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen

  • 7/28/2019 Langkah Menangani Isu Bahasa Rojak

    2/4

    ini boleh dilancarkan melalui media massa kerana media massa merupakan satu

    komponen yang paling mudah untuk menyebarkan informasi. Dengan kerjasama

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO), kempen ini

    dapat dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan masalah

    pencemaran bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.

    Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan

    menggunakan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada

    lisan mahupun tulisan. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan

    bahasa yang gramatis dalam sektor kerajaan. Dengan mengimplimentasikan langkah

    ini, semua pegawai dan kakitangan kerajaanakan menggunakan bahasa yang betul

    setiap kali ingin menulis data, surat ataupun melakukan pembentangan. Perkara ini jika

    dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan peribahasa Melayu, Alah bis a tegalbiasa. Dengan cara ini, masalah pencemaran bahasa dapat diminimumkan.

    Pencemaran bahasa yang sering kita lihat adalah di papan-papan tanda. Pihak

    kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan

    tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika

    pelancong asing datang ke negara kita, mereka akan terpengaruh oleh penggunaan-

    penggunaan bahasa yang salah, seterusnyamasalah pencemaran bahasa menjadi

    lebih serius. Oleh itu, papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah mendapat

    kelulusan bahasa daripada pakar-pakar bahasa Melayu. Dengan ini, isu pencemaran

    bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung. Hal ini bersesuaian dengan

    peribahasa Melayu,Mencegah lebih baik dar ipada merawat.

  • 7/28/2019 Langkah Menangani Isu Bahasa Rojak

    3/4

    Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha

    mengatasi masalah pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak

    mereka dengan budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini mempengaruhi minat

    dan cara anak-anak menulis ayat dan bercakap. Dalam era dunia tanpa sempadan ini,

    anak-anak akan terdedah kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang baik dan

    digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Hal ini langsung tidak

    mendatangkan maslahat kepada anak-anak, ibu bapa, mahupun negara malahan

    semakin memburukkan keadaan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan

    pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan

    aspek-aspek penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil kerana

    hendak melentur buluh biar lah dar i rebun gnya.

    Sebagai kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk

    menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa.

    Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat

    martabatnya sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya

    dapat dibaiki dari semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak,

    maka pupuslah bahasa dan lenyaplah bangsa. Langkah untuk memprioritikan bahasa

    Melayu ini dilakukan agar generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan

    ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan agar tak lapuk dek

    hujan, dan tak lekang dek panas.

  • 7/28/2019 Langkah Menangani Isu Bahasa Rojak

    4/4

    KESIMPULANNYA

    Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu bahasa

    melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya

    bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan

    mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan

    masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi

    wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-

    bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu

    budi, yang indah itu bahasa".