16
Laporan BIG Hari Kedua ( 11 April 2014 ) Seawal pukul 5 : 30 pagi, sesi Moral telah dijalankan oleh pensyarah En. Yu Chee Han. Kami disuruh untuk berdoa mengikut ajaran agama masing – masing. Selepas berdoa, En Yu telah mengadakan aktiviti bersama kami. Dia telah menyuruh kami untuk menyenaraikan kelebihan dan kelemahan masing – masing. Selepas itu, beberapa orang pelatih telah disuruh untuk berkongsi apa yang telah dicatat oleh mereka. Semasa aktiviti tersebut dijalankan, Encik Yu turut memberikan nasihat kepada kami. Beliau telah menyatakan bahawa seseorang individu haruslah menerima kelebihan dan kelemahan orang di sekelilingnya serta memperbaiki kelemahan diri masing – masing. Selepas sesi Moral dengan Encik Yu iaitu pada pukul 6 : 30 pagi, aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, lagu IPGM dan lagu Guru Malaysia. Seterusnya, kami membuat senam robik.

Laporan 2,3

  • View
    240

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2.3

Citation preview

Page 1: Laporan 2,3

Laporan BIG Hari Kedua ( 11 April 2014 )

Seawal pukul 5 : 30 pagi, sesi Moral telah dijalankan oleh pensyarah En.

Yu Chee Han. Kami disuruh untuk berdoa mengikut ajaran agama masing –

masing. Selepas berdoa, En Yu telah mengadakan aktiviti bersama kami. Dia

telah menyuruh kami untuk menyenaraikan kelebihan dan kelemahan masing –

masing. Selepas itu, beberapa orang pelatih telah disuruh untuk berkongsi apa

yang telah dicatat oleh mereka. Semasa aktiviti tersebut dijalankan, Encik Yu

turut memberikan nasihat kepada kami. Beliau telah menyatakan bahawa

seseorang individu haruslah menerima kelebihan dan kelemahan orang di

sekelilingnya serta memperbaiki kelemahan diri masing – masing.

Selepas sesi Moral dengan Encik Yu iaitu pada pukul 6 : 30 pagi, aktiviti

yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, lagu IPGM

dan lagu Guru Malaysia. Seterusnya, kami membuat senam robik.

Page 2: Laporan 2,3

Setelah aktiviti nyanyian dan senam robik dijalankan, aktiviti “ Power Walk

” telah dijalankan. Kami berjalan menaiki bukit. Perjalanan menaiki bukit

mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sesi tangkap gambar telah dilakukan di

atas bukit.

Selepas itu, kami berjalan balik ke Pangkor Village Resort dan bersarapan

pagi yang disediakan oleh unit N3. Pada pukul 8 pagi selepas semua pelatih

mengambil sarapan, kami berkumpul di depan Astaka. Encik Krishna telah

memberikan taklimat aktiviti kembara yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Kami diberikan gambar-gambar yang dihantar pada awal pagi ini melalui

penggunaan Whatsapp sebagai panduan laluan, Sebelum aktiviti kembara

dijalankan, pemeriksaan barang dijalankan bersama dengan tutor masing-

masing supaya kami tidak membawa barang larangan sepanjang kembara ini.

Bahan-bahan yang disediakan kepada kami ialah 7 biji telur, 5 bungkus mi

segera, 3 batang mancis dan bekas untuk memasak mee tersebut. Kami

bertolak pada pukul 8: 47 pagi.

Page 3: Laporan 2,3

Kembara ini telah dibahagikan kepada 5 stesen dan setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan.

Stesen 1 :

En Zulkiply memberikan sehelai kertas A4 kepada kami dan menyuruh

kami mencari jalan untuk memastikan semua orang dari N1 dapat berada dalam

kertas tersebut. Akhirnya, kami berjaya.

Stesen 2 :

Sifu Taj menyuruh kami membuat persembahan yang boleh membuatnya

ketawa. Walaupun persembahan kami kurang memuaskan, tetapi kami telah pun

mencuba sedaya upaya untuk mempersembahkan yang terbaik.

Page 4: Laporan 2,3

Stesen 3 :

En Yusri menyuruh kami mencari arah angin dengan menggunakan

sebatang kayu dan matahari. Oleh sebab banyak kumpulan yang tidak berupaya

menjawab soalan ini dengan betul, En Yusri telah memberikan penjelasan

kepada kami.

Selepas stesen 3, destinasi yang seterusnya ialah Masjid Sungai Pinang.

Di situ, En Krishna telah memberikan panduan baru kepada kami. Kami mula

bertolak ke destinasi baru iaitu Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Perak

selepas diberi taklimat.

Stesen 4 :

Di sini, kami diminta untuk memasak mi segera yang kami bawa dari

Pangkor Village Resort dengan menggunakan kayu – kayu api yang dikutip di

sekeliling pantai untuk membuat unggun api. Kami berjaya menggunakan bahan

– bahan yang terhad untuk memasakkan mi tersebut.

Page 5: Laporan 2,3

Stesen 5 :

Aktiviti pertolongan cemas telah dijalankan. Kami diberitahu jenis – jenis

kecederaan dan disuruh untuk memberi pertolongan cemas serta membawa

mangsa tersebut dengan cara usungan yang sesuai. Rakan kami, Chai Pei Wen

telah dipilih untuk menjadi mangsa tersebut kerana dia berbadan kecil.

Walaupun terdapat kesalahan kecil, tetapi dengan semangat kerjasama kami

telah berjaya melaksanakan tugasan ini.

Aktiviti kembara ini telah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Selepas

makan tengahari, kami mengadakan sesi Pembinaan Jati Diri dengan SifuTaj.

Kami disuruh menyediakan 2 botol air. Satu diisi dengan air manakala satu lagi

merupakan botol kosong. Pelatih dikehendaki untuk menuangkan air ke botol

kosong dengan menggunakan tali. Kumpulan yang mempunyai jumlah air yang

banyak dikira sebagai pemenang.

Page 6: Laporan 2,3

Selepas itu, kelas kami bertanggungjawab untuk menyediakan minum

petang. Selepas minum petang, kami telah mengadakan sesi refleksi terhadap

aktiviti kembara hari ini dengan En Krishna. Setiap kelas dikehendaki

menghantar wakil untuk memberi refleksi. Beliau turut memberi beberapa nasihat

serta rumusan sebagai penamatan aktiviti kembara.

Setelah makan malam, sesi moral telah diadakan dengan Pn Tan dan

Miss Ooi. Mereka telah memberi beberapa peringatan tentang aktiviti air yang

akan dijalankan pada keesokan hari. Seterusnya, kami diberi beberapa helaian

surat khabar untuk mencipta baju kepada model kumpulan masing – masing.

Pada pukul 11 malam, En Radzi telah memberikan taklimat berkenaan

aktiviti air dan malam kebudayaan. Beliau telah mengagihkan tugasan kepada

AJK – AJK yang berkenaan. Beberapa orang rakan sekelas kami telah

Page 7: Laporan 2,3

ditugaskan untuk menjaga malam mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh

sebab hujan lebat pada larut malam, kami terpaksa pindah ke dalam dewan.

Laporan BIG Hari Ketiga ( 12 April 2014 )

Seawal pukul 5 : 30 pagi, kami berkumpul di Astaka untuk menjalankan

sesi moral bersama En Sharifuddin. Kami telah dikehendaki untuk menjawab

soalan – soalan yang telah diberi oleh En Amir. Selepas itu, aktiviti yang

dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, lagu IPG M dan

lagu Guru Malaysia. Seterusnya, kami membuat senam robik.

Setelah bersarapan pagi, kami mula bersiap sedia untuk menjalankan

aktiviti air. Sebelum masuk ke dalam air, En Zulkiply telah memberikan taklimat

tentang keselamatan semasa berada dalam air. Beliau turut mengajar kami

tentang cara pemakaian jaket keselamatan yang betul.

Page 8: Laporan 2,3

Selepas itu, Encik Yusri menyediakan beberapa aktiviti air kepada kami

untuk membina keyakinan diri dalam air. Beliau turut mengajar kami pertolongan

kecemasan semasa dalam air.

Selepas berehat untuk minum pagi, kami telah dibawa ke jarak 100 meter

dari tepi pantai dan kami dikehendaki untuk berenang balik.

Kelas kami, N1 telah ditugaskan untuk menyediakan makan tengah hari.

Selepas makan tengahari, kami balik ke dewan. Aktiviti yang dijalankan ialah “

Fashion Show ”. Para pelatih harus mempersembahkan baju – baju yang dicipta

oleh kumpulan masing – masing. Kumpulan 7 merupakan pemenang. Baju yang

dicipta oleh mereka ialah baju yang dipakai oleh Tarzan.

Page 9: Laporan 2,3

Seterusnya, kami mula membuat persiapan untuk Malam Kebudayaan.

Page 10: Laporan 2,3

Sebelum Malam Kebudayaan bermula, kami disajikan dengan barbeku

sebagai makan malam yang disediakan oleh unit N3.

Malam Kebudayaan bermula tepat pada pukul 9 malam. Pelbagai

persembahan telah disediakan oleh unit masing – masing dan berjalankan

dengan lancar. Tema bagi unit N1 ialah patriotik, N2 ialah perpaduan, N3 ialah

alam sekitar, N4 ialah BIG dan N5 ialah pendidikan.

Page 11: Laporan 2,3

Malam Kebudayaan ini telah ditamatkan dengan persembahan guitar

daripada pensyarah – pensyarah.

Page 12: Laporan 2,3

Selepas itu, kami pergi minum malam. Kebetulan keesokan hari

merupakan hari jadi En Johnson. Kami telah meraikan hari jadi beliau di dalam

dewan. Pelatih – pelatih unit N4 telah menyediakan sebiji kek untuk En Johnson.

Kami semua rehat di dalam dewan kerana hujan lebat.