10
Laporan 1. Pengenalan Kesihatan sosial dan emosi dapat dipelihara dan ditingkatkan melalui aktiviti sukan dan riadah. Permainan tradisional sebagai riadah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat kini mampu menjadi medium bagi memelihara dan meningkatkan kecergasan, kesihatan sosial dan emosi yakni kepada mereka yang tidak mampu melibatkan diri dalam aktiviti sukan terutama berprestasi tinggi. Kanak-kanak juga tidak kertinggalan melibatkan diri dalam permainan mahupun permainan tradisional. Subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah merupakan subjek elektif bagi Kumpulan PPG PRA 6.13 (B). Pada semester enam ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’. Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. 2. Objektif 2.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan. 2.2 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta. 2.3 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai. 2.4 Memperkenalkan dan mempromosikan permainan tradisional di kalangan generasi akar umbi. 2.5 Mengeratkan hubungan dan silatullrahim di kalangan guru PPG dan Staf IPG.

Laporan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan

Laporan

1. Pengenalan

Kesihatan sosial dan emosi dapat dipelihara dan ditingkatkan melalui aktiviti

sukan dan riadah. Permainan tradisional sebagai riadah berupaya membentuk

sebahagian daripada kehidupan yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita.

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat kini mampu menjadi

medium bagi memelihara dan meningkatkan kecergasan, kesihatan sosial dan

emosi yakni kepada mereka yang tidak mampu melibatkan diri dalam aktiviti sukan

terutama berprestasi tinggi. Kanak-kanak juga tidak kertinggalan melibatkan diri

dalam permainan mahupun permainan tradisional. Subjek PJM3112 Pengurusan

dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah merupakan subjek elektif

bagi Kumpulan PPG PRA 6.13 (B). Pada semester enam ini, kerja kursus yang perlu

dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang

dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’. Penganjuran karnival sebegini adalah

merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan

sehinggalah peringkat pelaksanaan. Perkara utama yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang

kita. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya

diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih

dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.

2. Objektif

2.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk

penganjuran acara ataupun pertandingan.

2.2 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.

2.3 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui

penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.

2.4 Memperkenalkan dan mempromosikan permainan tradisional di kalangan generasi

akar umbi.

2.5 Mengeratkan hubungan dan silatullrahim di kalangan guru PPG dan Staf IPG.

Page 2: Laporan

3. Tajuk Aktiviti

“ MINI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL”

3.2 Tarikh

06 April 2014 ( AHAD )

3.3 Kumpulan sasaran

Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan, IPG Kampus Pendidikan Islam.

3.4 Tempat

IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

3.5 Laporan Pelaksanaan Aktiviti

3.5.1 Sebelum Program

Pada 05 April 2014, kami kumpulan pelajar PPG PRA 6.13 B telah berkumpul di

Gimnasium IPG, Kampus Pendidikan Islam Bangi bagi membuat beberapa

perbincangan terakhir untuk kami menyelesaikan persiapan tempat bagi program yang

akan dijalankan. Setelah beberapa perbincangan selesai dijalankan, ajk yang terlibat

dengan peralatan telah mengetuai kumpulan untuk mengambil beberapa peralatan

yang di perlukan untuk menjalankan program ini.

Antara peralatan yang telah dipinjam ialah :

BIL PERALATAN KUANTITI1 Papan Markah (White Board) 1 buah2 Healer 1 buah3 Skital 10 buah4 Batang Mop 10 batang5 Extension Cable 3 unit6 Tape 4 unit7 Selipar Getah 3 pasang8 Bola Getah 3 Biji9 Wisel 4 biji10 Bola Takraw 2 biji

Page 3: Laporan

Peralatan tersebut kami kumpulkan dan letakkan di Gimnasium IPG, Kampus

Pendidikan Islam Bangi bagi memudahkan pengurusan program dan aktiviti yang akan

dijalankan nanti. Kami juga bekejasama dalam menghias tempat permainan tradisional

agar ianya kelihatan cantik dan menarik. Ajk yang ditugaskan untuk mengendalikan 4

permainan tradisional yang akan dilaksanakan nanti telah membuat tinjauan untuk

memastikan kesesuaian kawasan tersebut dengan aktiviti yang akan dilaksanakan

nanti. Empat tempat telah dipilih sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti yang kami

rancang. Bagi permainan galah panjang di dalam Gimnasium IPG, sepak raga di

gelanggang takraw, baling selipar dan konda-kondi di padang IPG, Kampus Pendidikan

Islam Bangi. Tempat tersebut dipilih kerana kesesuaiannya dengan akiviti yang

dirancang.

Kami juga membuat persiapan tempat di Astaka IPG, Kampus Pendidikan Islam

Bangi untuk perasmian, tempat untuk ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan

IPG berkumpul dan makan serta tempat untuk program penutupan. Kami memastikan

kawasan tersebut juga telah dibersihkan. Meja dan kerusi untuk pendaftaran telah kami

susun sebaiknya di bahagian tepi bangunan supaya nampak lebih kemas dan teratur.

Kami juga telah meminta izin En. Mohd Rizal bin Mohtar untuk menggunakan biliknya

bagi penyediaan makanan untuk VIP. Ianya memudahkan lagi urusan kami setelah

diberikan kebenaran.

3.5.1 Semasa Program

Setelah segala persiapan selesai, hari untuk melaksanakan Mini Karnival

Permainan Tradisional yang bertarikh 06 April 2014 telah tiba. Ajk pelaksana telah

Page 4: Laporan

bersiap sedia dengan bahagian masing-masing untuk memastikan kelancaran Mini

Karnival Permainan Tradisional. Program dimulakan dengan pendaftaran Ahli Kelab

Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam dan juga pelajar-

pelajar PPG PRA 6.13 B. Program kami ini diserikan dengan kehadiran beberapa orang

pensyarah sebagai tetamu kehormat. Di antara pensyarah yang hadir memberi

sokongan ialah Cik Azizah binti Md. Amin selaku Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan dan En. Muhamad Nazri bin Omar.

Program telah dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan bacaan doa oleh

Mohd Solleh Halim B Mohd Sokhi. Setelah selesai bacaan doa, program diteruskan

dengan taklimat permainan, pembahagian kumpulan dan seterusnya sesi pemanasan

badan. Taklimat program telah disampaikan oleh Mohd Solleh Halim B Mohd Sokhi dan

ia lebih kepada penerangan tentang objektif program yang kami laksanakan serta 4

permainan tradisional yang akan dimainkan oleh Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf

Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam. Ia diteruskan dengan acara Senamriang

( Malaysia Cergas ) yang kendalikan oleh Nismalita Bt Alang Ismail, Norhashmah Bt

Majuhor, Nurnazatuliza Bt Abas dan Normalini Bt Ramli. Acara senamriang diadakan di

padang Astaka. Selepas selesai acara senamriang, Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan

Staf Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam berhenti rehat untuk minum pagi.

Aktiviti diteruskan dengan pelaksanaan aktiviti iaitu permainan baling selipar,

konda kondi, galah panjang dan sepak raga. Ianya berjalan serentak mengikut stesen.

Ajk pengelola bagi aktiviti ini ialah Ku Noorul Ain binti Tuan Mat, Norlela binti Ahmad

Sapian dan Mohd Soleh Halim bin Mohd Sokhi. Undang-undang serta cara permainan

akan diterangkan oleh mereka. Beberapa perubahan terpaksa kami laksanakan oleh

kerana masalah yang berkaitan dengan bilangan peserta yang hadir.

Walaubagaimanapun, aktiviti tetap berjalan dengan lancar.

Setelah selesai ke empat-empat permainan tersebut dijalankan dengan jayanya,

para peserta di berikan masa untuk berehat seketika sementara para hakim yang

dilantik membuat pengiraan markah untuk mencari pemenang. Pada pukul 12.30

tengahari, seperti yang di rancangkan, majlis penyampaian hadiah dan perasmian

Page 5: Laporan

penutupan di mulakan. Majlis yang diacarakan oleh Nismalita bt Alang Ismail dimulakan

dengan ucapan oleh penyelaras program iaitu En. Mohd Rizal bin Mohtar. Dalam

ucapannya, beliau menyatakan perasaan gembira dan berbangga dengan kejayaan

pelaksanaan Mini Karnival Permainan Tradisional. Di samping itu, kerjasama yang

sangat memberansangkan dari Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan IPG

Kampus Pendidikan Islam telah membantu objektif program ini berjalan dengan sangat

lancar. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pemenang untuk

aktiviti yang telah dijalankan. Cik Azizah binti Md. Amin telah dijemput untuk

menyampaikan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang menerima hamper

sebagai hadiah kemenangan. Sekitar jam 1.00 petang, Mini Karnival Permainan

Tradisional telah berakhir dijalankan dengan jayanya.

3.5.1 Selepas Program

Setelah kesemuanya selesai dan para tetamu kehormat beredar meninggalkan

majlis, kami pelajar-pelajar PPG PRA 6.13 B telah memulakan proses pengemasan

tempat dan peralatan. Ajk peralatan terlebih dahulu perlu memastikan segala peralatan

yang dipinjam dari bilik peralatan Gimnasium mencukupi sebelum dihantar dan

disimpan semula ke bilik tersebut. Perkara ini sangat penting kerana ia akan dapat

mencerminkan kreadibiliti dan rasa tanggungjawab setelah membuat pinjaman

peralatan.

Ajk peralatan juga memastikan segala peralatan yang dipinjam telah dipulangkan

dan disusun dengan baik di dalam bilik peralatan Gimnasium. Sementara ajk peralatan

menghantar semula peralatan yang dipinjam, pelajar-pelajar lain bekerjasama

membersihkan kawasan persekitaran yang telah digunakan. Ini bagi memastikan

kawasan yang telah digunakan dikemas dan dibersihkan dengan baik dan sempurna.

Beberapa buah kerusi dan meja yang digunakan untuk kegunaan meja makan

tetamu kehormat juga telah disimpan semula dengan baik di bahagian bawah Astaka.

Begitu juga dengan kerusi dan meja tempat tempat pendaftaran dan juga tempat letak

hadiah. Kami telah menyusun semula kerusi meja tersebut pada kedudukan asalnya.

Page 6: Laporan

Keliling kawasan juga telah di sapu bersih dan segala sampah telah dikumpulkan pada

satu tempat supaya memudahkan proses pengambilan sampah oleh pihak berwajib.

Proses pengemasan tempat perlu diambil kira sebagai satu proses yang penting

bertujuan memastikan pihak pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam berpuas hati

dengan kerjasama yang telah kami berikan.

3.6 IMPAK PELAKSANAAN

Berdasarkan atas beberapa pemerhatian dengan program yang telah dijalankan

ini, objektif yang dirancang telah dapat dicapai dengan sebaiknya. Kami dapat

mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk

penganjuran sesuatu acara mahupun pertandingan. Begitu juga dengan semangat

toleransi dan kerjasama yang ingin di pupuk supaya ianya dapat megeratkan lagi ikatan

silaturahim yang telah dijalinkan. Kami juga dapat memperkenalkan dan

mempromosikan permainan tradisional untuk diteruskan oleh generasi yang akan

datang.

Program yang telah kami jalankan ini berjalan dengan sangat lancar hasil dari

kerjasama dan penglibatan Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan IPG

Kampus Pendidikan Islam Bangi. Segala proses telah dapat dilaksanakan mengikut

perancangan yang dirancang sebaiknya. Semua ajk pelaksana yang

dipertanggungjawabkan dalam melakukan tugasan masing-masing telah dapat

melakanakan tugasan dengan sangat baik di samping penerapan sikap bekerjasama

yang ditunjukkan dalam setiap masa.

Sikap bekerjasama ini akan memudahkan pelaksanaan program dijalankan

kerana setiap pelajar akan mengetahui peranan masing-masing di samping membantu

memudahkan perjalanan program dengan saling membantu dan bekerjasama antara

satu sama lain tanpa mengira tugasan yang diberikan. Di samping itu juga, para pelajar

PPG akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim semasa bekerjasama

Page 7: Laporan

menjalankan tugasan yang telah diberikan. Ini terbukti apabila setiap aktiviti berjalan

lancar sebelum, semasa dan selepas program.

3.7 ULASAN / CADANGAN

3.7.1 KEKUATAN

Mini Karnival Permainan Tradisional telah dapat di laksanakan dengan jayanya

dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Antaranya ialah pensyarah

pembimbing yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kami pelajar-

pelajar PPG PRA 6.13 B. Di samping itu, pihak pengurusan Jabatan Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan juga dilihat sebagai salah satu faktor kejayaan program dengan

memberi peluang kepada kami menggunakan astaka, Gimnasium IPG, gelanggang

takraw dan padang IPG sebagai lokasi paling strategik bagi kami untuk menjalankan

program ini. Tidak dilupakan, penglibatan Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan staf

Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam juga merupakan salah satu tunjang utama

kejayaan program ini dapat berjalan dengan sangat lancar.

Di samping itu, tempat dan persekitaran yang kami gunakan sangat srategik dan

bersesuaian dengan aktiviti yang telah dirancang. Empat permainan tradisional yang

dirancang telah pun dilaksanakan dengan sempurna juga merupakan satu tarikan

dalam program ini. Ia merupakan aktiviti yang menarik di samping agak mencabar

untuk menguji kekuatan dan kebolehan Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan staf

Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam untuk bekerjasama dan membina

komunikasi dua hala antara satu sama lain.

Peralatan-peralatan yang diperlukan adalah mencukupi dan ianya memudahkan

para ajk untuk mengelolakan permainan serta para peserta dapat menjalani aktiviti

tersebut dengan baik. Peralatan ini juga telah diperiksa terlebih dahulu bagi

memastikan ianya dalam berkeadaan baik dan sempurna untuk digunakan semasa

bermain. Maka dengan itu, pihak ajk pengelola tidak menghadapi sebarang masalah

yang berkaitan dengan peralatan.

Page 8: Laporan

3.7.2 KELEMAHAN

Namun begitu, tidak dapat dinafikan dalam sebarang perjalanan program yang

dijalankan, akan wujud beberapa kelemahan atau kekurangan. Namun begitu, segala

kelemahan ini perlu di ambil kira sebagai faktor yang penting untuk di jadikan sebagai

panduan pada masa akan datang dalam program yang lain pula. Kelemahan atau

kekurangan program tidak seharusnya dijadikan sebagai satu perkara yang boleh

memberikan impak yang melemahkan pada program mendatang. Kelemahan ini

seharusnya diambil kira sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kualiti kerja pada

masa mendatang. Salah satu kelemahan yang dilihat pada program ini adalah masalah

penyertaan peserta. Penyertaan dilihat agak kurang memberansangkan namun segala

aktiviti dan program tetap berjalan dengan lancar.

3.7.3 CADANGAN

Perancangan untuk program yang dilaksanakan ini adalah sangat baik dan

bersesuaian apabila dirancang untuk dilaksanakan pada hari Ahad di mana hari

tersebut merupakan hari cuti. Namun tidak dapat dielakkan apabila pendaftaran peserta

yang tidak ramai. Ini memberikan impak pengurangan penyertaan kepada program

yang kami laksanakan. Maka dengan itu, penelitian yang lebih terperinci tentang masa

dan waktu juga serta aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak lain adalah amat penting dan

harus diambil kira. Di samping itu promosi secara lebih meluas dengan menggunakan

pelbagai medium perantaraan akan dapat membantu program ini diketahui oleh lebih

ramai pihak. Kelebihan boleh di lihat apabila penggunaan laman sosial digunakan

sebagai satu medium promosi. Ini dapat membantu penyertaan yang lebih

menggalakkan.

4. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Mini Karnival Permainan Tradisional ini telah dapat

dilaksanakan dengan begitu baik sekali hasil dari penglibatan dan kerjasama semua

pihak yang terlibat. Objektif yang telah dirancang dapat dicapai dengan begitu

sempurna hasil dari persefahaman dan kerjasama yang ditunjukkan. Tunjuk ajar dan

Page 9: Laporan

nasihat para pensyarah bermula dari proses perbincangan dan menghasilkan kertas

kerja sehinggalah berakhirnya program ini adalah satu faktor utama kejayaan kami

dalam melaksanakan program ini dengan sempurna. Tanpa tunjuk ajar ini diibaratkan

kami semua seolah tiada petunjuk ke arah yang betul untuk ditujui. Pelajar-pelajar PPG

PRA 6.13 B tidak berbelah bagi bertungkus lumus untuk memberikan sepenuhnya

kerjasama di antara satu sama lain sebelum, semasa dan selepas program ini

dijalankan. Ini membantu diri kami sendiri untuk membina pelbagai perkara asas yang

baru dalam perhubungan dan membantu kami belajar bagaimana untuk mengendalikan

sebarang program.

Untuk menjalankan program bukanlah sesuata perkara yang mudah. Ini kerana

ia bukannya digerakkan oleh hanya satu pihak sahaja, malah memerlukan kerjasama

dan persefahaman dari pelbagai pihak. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan

apabila ia melibatkan proses penggunaan tempat dan peralatan sekitar serta sehingga

sekecil-kecil perkara perlu diambil kira bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Maka dengan itulah, kerjasama yang baik serta komunikasi yang sempurna dapat

membantu perjalanan sebarang program yang akan diadakan. Komunikasi juga penting

untuk menjalankan sebarang aktiviti atau program kerana tanpa komunikasi yang

sempurna akan menjadikan urusan-urusan penting tergendala. Cara untuk

berkomunikasi juga penting apabila ia melibatkan pihak-pihak atasan yang memerlukan

kita untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih formal. Dengan itu, mempelajari

tatacara yang lebih formal adalah satu kelebihan untuk menjalankan sebarang program

walau dalam apa bentuk sekalipun.

Page 10: Laporan

nasihat para pensyarah bermula dari proses perbincangan dan menghasilkan kertas

kerja sehinggalah berakhirnya program ini adalah satu faktor utama kejayaan kami

dalam melaksanakan program ini dengan sempurna. Tanpa tunjuk ajar ini diibaratkan

kami semua seolah tiada petunjuk ke arah yang betul untuk ditujui. Pelajar-pelajar PPG

PRA 6.13 B tidak berbelah bagi bertungkus lumus untuk memberikan sepenuhnya

kerjasama di antara satu sama lain sebelum, semasa dan selepas program ini

dijalankan. Ini membantu diri kami sendiri untuk membina pelbagai perkara asas yang

baru dalam perhubungan dan membantu kami belajar bagaimana untuk mengendalikan

sebarang program.

Untuk menjalankan program bukanlah sesuata perkara yang mudah. Ini kerana

ia bukannya digerakkan oleh hanya satu pihak sahaja, malah memerlukan kerjasama

dan persefahaman dari pelbagai pihak. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan

apabila ia melibatkan proses penggunaan tempat dan peralatan sekitar serta sehingga

sekecil-kecil perkara perlu diambil kira bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Maka dengan itulah, kerjasama yang baik serta komunikasi yang sempurna dapat

membantu perjalanan sebarang program yang akan diadakan. Komunikasi juga penting

untuk menjalankan sebarang aktiviti atau program kerana tanpa komunikasi yang

sempurna akan menjadikan urusan-urusan penting tergendala. Cara untuk

berkomunikasi juga penting apabila ia melibatkan pihak-pihak atasan yang memerlukan

kita untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih formal. Dengan itu, mempelajari

tatacara yang lebih formal adalah satu kelebihan untuk menjalankan sebarang program

walau dalam apa bentuk sekalipun.