3
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA TIGA Program Bina Insan Guru Fasa Ketiga iaitu aktiviti khidmat kemasyarakatan bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda Semester 3 telah diadakan pada 5hb Mac 2015 bertempat di SK Kuala Telang, Kuala Lipis. Bebarapa orang ahli jawatankuasa pengangkutan telah dilantik supaya memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Jawatankuasa ini merupakan jawatan yang bertanggungjawab dalam semua aspek pengangkutan seperti membuat kertas kerja menempah pengangkutan, memastikan pengangkutan sedia ada pada masa yang ditetapkan dan pengangkutan mencukupi bagi menampung jumlah semua ahli dan peralatan yang diperlukan dalam aktiviti program ini ke destinasi yang ditujukan. Memandangkan aktiviti kali ini adalah bertemakan khidmat kemasyarakatan di mana guru pelatih - guru pelatih semester 3 ini hanya akan menjalankan aktiviti pembersihan, lukisan mural dan mengecat sahaja. Tambahan pula, bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang diperlukan dalam aktiviti kali ini telahpun disediakan oleh pihak sekolah SK Kuala Telang. Maka, pengangkutan yang diperlukan hanyalah bertujuan untuk membawa peserta-peserta sampai ke destinasi sahaja. Justeru, dua buah bas telah ditempah untuk membawa peserta-peserta ke SK Kuala Telang. Oleh sebab pihak IPG mempunyai dua bas sahaja dan salah sebuah bas telahpun ditempah untuk aktiviti lain. Jadi, terpaksalah kami menyewa sebuah bas lagi daripada syarikat persendirian untuk menampung bilangan peserta program BIG fasa tiga ini. Dalam aktiviti perkhemahan program BIG ini,seramai dua orang ahli jawatankuasa pengangkutan telah dilantik iaitu Leong Pei Yu dari unit Muzik dan Nagamma A/P Sinnathamby dari unit Bahasa Melayu sahaja kerana Program BIG fasa ketiga ini dijalankan hanya untuk sehari sahaja dan tugas- tugas bagi AJK Pengangkutan bagi Program kali ini tidaklah terlalu beban AJK PENGANGKUTAN PROGRAM BIG FASA 3 2015

Laporan Ahli Jawatankuasa Pengangkutan Big Fasa 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengangkutan

Citation preview

Page 1: Laporan Ahli Jawatankuasa Pengangkutan Big Fasa 3

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA TIGA

Program Bina Insan Guru Fasa Ketiga iaitu aktiviti khidmat kemasyarakatan bagi

kursus Program Ijazah Sarjana Muda Semester 3 telah diadakan pada 5hb Mac 2015

bertempat di SK Kuala Telang, Kuala Lipis. Bebarapa orang ahli jawatankuasa

pengangkutan telah dilantik supaya memastikan program ini dapat berjalan dengan

lancar. Jawatankuasa ini merupakan jawatan yang bertanggungjawab dalam semua

aspek pengangkutan seperti membuat kertas kerja menempah pengangkutan,

memastikan pengangkutan sedia ada pada masa yang ditetapkan dan pengangkutan

mencukupi bagi menampung jumlah semua ahli dan peralatan yang diperlukan dalam

aktiviti program ini ke destinasi yang ditujukan.

Memandangkan aktiviti kali ini adalah bertemakan khidmat kemasyarakatan di

mana guru pelatih - guru pelatih semester 3 ini hanya akan menjalankan aktiviti

pembersihan, lukisan mural dan mengecat sahaja. Tambahan pula, bahan-bahan dan

peralatan-peralatan yang diperlukan dalam aktiviti kali ini telahpun disediakan oleh pihak

sekolah SK Kuala Telang. Maka, pengangkutan yang diperlukan hanyalah bertujuan

untuk membawa peserta-peserta sampai ke destinasi sahaja. Justeru, dua buah bas

telah ditempah untuk membawa peserta-peserta ke SK Kuala Telang. Oleh sebab pihak

IPG mempunyai dua bas sahaja dan salah sebuah bas telahpun ditempah untuk aktiviti

lain. Jadi, terpaksalah kami menyewa sebuah bas lagi daripada syarikat persendirian

untuk menampung bilangan peserta program BIG fasa tiga ini.

Dalam aktiviti perkhemahan program BIG ini,seramai dua orang ahli

jawatankuasa pengangkutan telah dilantik iaitu Leong Pei Yu dari unit Muzik dan

Nagamma A/P Sinnathamby dari unit Bahasa Melayu sahaja kerana Program BIG fasa

ketiga ini dijalankan hanya untuk sehari sahaja dan tugas-tugas bagi AJK Pengangkutan

bagi Program kali ini tidaklah terlalu beban dan hanya bertugas untuk memastikan

pengangkutan disediakan pada masa yang ditetapkan dan semua peserta berjaya

sampai ke destinasi yang ditujukan.

Sebenarnya, bagi aktiviti Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini, tugas AJK

Pengangkutan tidaklah begitu berat berbanding dengan AJK yang lain. Kami tidak perlu

AJK PENGANGKUTAN PROGRAM BIG FASA 3 2015

Page 2: Laporan Ahli Jawatankuasa Pengangkutan Big Fasa 3

menyediakan kertas kerja untuk sebarang penyewaan bas kali ini. Oleh hal yang

demikian, penyewaan bas ini telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Unit

Kokurikulum. Ini telah memudahkan kerja-kerja penyewaan pengangkutan untuk

mendapatkan perkhidmatan bas. Di sini Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih

atas bantuan pensyarah-pensyarah Unit Kokurikulum dalam mendapatkan perkhidmatan

bas. Tanpa bantuan mereka, kerja kami ini akan menjadi susah dan berat, kami

terpaksa bertungkus lumus mencari perkhidmatan bas dari syarikat luar kerana kami

tidak tahu ke mana boleh kami dapatkan perkhidmatan bas.

Jadi tugas kami dalam aktiviti Program Bina Insan Guru ini hanya memastikan

perkhidmatan bas diberikan tepat pada waktu sepanjang aktiviti ini dijalankan. Usaha

yang telah kami lakukan ialah beberapa hari sebelum pelaksanaan Program BIG ini,

kami telah menuju ke blok pentadbiran untuk memastikan penempahan bas berjalan

lancar dan mendapatkan maklumat tentang pemandu bas yang terlibat sehari sebelum

Program BIG. Maka, selesai tugas dan tanggungjawab kami sebagai AJK Pengangkutan

dalam aktiviti perkhemahan Program Bina Insan Guru ini apabila semua peserta berjaya

sampai ke destinasi dan balik ke IPG dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Sebenarnya, sebagai ahli jawatankuasa pengangkutan perlulah memastikan

segala aspek yang berkaitan dengan pengangkutan berjalan lancar. Walau

bagaimanapun, dalam aktiviti kali ini tugas kami ini mudah dan ringkas memandangkan

lokasi-lokasi bagi menjalankan aktiviti berdekatan sahaja dan bantuan telah dihulurkan

oleh pensyarah-pensyarah. Namun, bersyukurlah kami ini apabila semua yang masih

berkaitan dengan pengangkutan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku apa-apa

sahaja yang membuat aktiviti ini tergendala. Bas tiba tepat waktu dan berada dalam

keadaan yang baik serta semua peserta berada dalam keadaan yang baik sepanjang

Program BIG kali ini.

Sekian, terima kasih.

AJK PENGANGKUTAN PROGRAM BIG FASA 3 2015

Page 3: Laporan Ahli Jawatankuasa Pengangkutan Big Fasa 3

Disediakan oleh,

( LEONG PEI YU )

Ketua AJK Pengangkutan,

Program Bina Insan Guru Fasa 3 2015,

PISMP Unit Muzik Semester 3 ,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

AJK PENGANGKUTAN PROGRAM BIG FASA 3 2015