Upload
izdc9165
View
211
Download
17
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan
Citation preview
LAPORAN BENGKEL MATEMATIK 201529 MAC 2015 ( AHAD)
Bengkel Matematik 2015 telah dijalankan pada 29 Mac 2015 (Ahad) mulai jam 2.00 petang
hingga 4.30 petang di Bilik Gerakan, SRATAAP. Program ini telah dijalankan bagi semua
murid tahun 6. Penceramah jemputan ialah En Wan Azhar Wan Ibrahim (Guru Cemerlang)
dari SK Beris Kubor Besar. Berikut ialah gambar semasa bengkel matematik dijalankan.
OBJEKTIF :
Memberi pendedahan kepada murid tentang cara menjawab soalan dengan betul
Pendedahan cara pengiraan mengikut skema UPSR
memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar-pelajar Tahun 6 dari segi akademik
memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kecerdasan emosi dan mewujudkan kesedaran serta motivasi kepada pelajar tentang tangungjawab mencapai kecemerlangan dalam UPSR
membantu pelajar tentang bagaimana memastikan markah dapat diperolehi dengan menjawab soalan dengan betul.
KEKUATAN
Murid mendapat perkongsian ilmu tentang cara menjawab dan teknik-teknik
yang betul.
menerapkan keyakinan yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan
UPSR
membantu pelajar menjawab kertas peperiksaan Matematik dengan format UPSR
yang sebenar.
KELEMAHAN
Di sebalik kelebihan sesuatu terdapat juga kekurangan dan kelemahan sesuatu. Misalnya kem
motivasi yang dijalankan. Di antara kelemahan yang saya dapati sepanjang kem ini berlaku
ialah:-
1. Pemilihan masa yang kurang bersesuaian.
Murid terlalu penat seharian berada di sekolah, jadi mereka kurang memberi tumpuan
semasa penceramah memberikan ceramah.
2. Masa yang diperuntukkan
Masa yang diperuntukan kepada murid kurang praktikal dari segi kerja buat dan
perjalanan aktiviti program. Ini kerana, masa terlalu singkat dan banyak lagu program
yang sepatutnya perlu didedahkan kepada murid.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Perlu memilih hari dan masa yang lebih sesuai untuk bengkel ini. Ini kerana murid
susah untuk dikawal disebabkan murid yang mengantuk dan letih.
KESIMPULAN
Justeru diharap program seumpama ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjana
kualiti dan peribadi sahsiah murid samaada dari segi intelek mahupun rohani. Cadangan
penambahbaikan perlu diambil perhatian agar berlaku tidak berlaku masalah yang serupa
pada kem yanga akan datang. Dengan adanya kem sebegini para pelajar juga dapat
mengetahui teknik yang berkesan dan mampu menjana idea yang mantap dalam meraih
kecemerlangan yang lebih gemilang.