Upload
nor-rishah-bakar
View
318
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
1/20
LAPORAN BINA INSAN GURU PPG
PERINGKAT 2 - KHIDMAT MASYARAKAT
FASA 1SEBELUM
Permulaan pelaksanaan Bina Insan Guru PPG Peringkat 2 dimulakan dengan sesi
mesyuarat yang telah diadakan pada 10 April 2013( Rabu ). Sesi mensyuarat ini dihadiri
oleh semua ahli kumpulan yang terlibat di dalam melaksanakan Program Khidmat
Masyarakat. Ahli kumpulan yang terlibat ialah En.Ahmad Rashidi bin Mohd Dali (PPG
MTE-D), Pn. Nor Rishah Bakar (PPG MTE-A ) , Pn.Zunita bt Hassan (PPG MTE-C) ,
Pn. Iiana bt Md Isa (PPG MTE-B) dan Pn. Zainah bt Wan Cheek(PPG BMM-A ). Di dalam
mesyuarat ini telah diputuskan tarikh pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat , senarai
ahli jawatankuasa yang terlibat dan pembahagian tempat-tempat yang hendak dijalankan
gotong-royong. Selain itu, mesyuarat juga memutuskan murid-murid yang akan terlibat di
dalam gotong-royong yang bakal diadakan.
Berikut adalah butiran-butiran daripada mesyuarat tersebut:
Tarikh : 17 April 2013
Hari : RabuMasa : 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang
Tempat : Kawasan persekitaran Sek.Keb.Pmtg.Tok Mahat
Peserta : 5 orang peserta PPG
75 orang murid
Setelah selesai mesyuarat , persetujuan mesyuarat ini telah dipanjangkan kepada
pihak pentadbir sekolah. Hal ini adalah disebabkan untuk memohon persetujuan pihak
pentadbir bagi menjalankan program yang dirancangkan. Hasil perbincangan tersebut,
didapati semua pihak bersetuju dengan cadangan bagi pelaksanaan program gotongroyong
ini. Memandangkan aktiviti gotong-royong ini akan menggunakan waktu kokurikulum dan
lewat sejam daripada waktu pulang murid maka satu surat pemberitahuan kepada waris perlu
disediakan. Ini bagi memaklumkan para waris bahawa murid yang terlibat di dalam program
ini tidak akan menghadiri aktiviti kokurikulum dan akan pulang lewat selama satu jam.
Peserta-peserta yang terlibat pula ialah daripada ahli-ahli badan berunifrom seperti
Pengakap,Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ), Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS) danPuteri Islam.
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
2/20
Di bawah dinyatakan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat dengan program ini:
JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU SIRI 2/ 2013
Pengerusi : En.Ahmad Rashidi bin Md Dali
Setiausaha 1 : Pn.Nor Rishah binti Bakar
Setiausaha 2 : Pn.Zunita bt Hassan
Penyelaras : Pn.Iliana bt Md Isa
Bendahari : Pn Zainah bt Wan Cheek
Juruacara Majlis : En.Ahmad Rashidi bin Md Dali
Makanan : Pn.Iliana bt Md Isa
: Pn.Zainah bt Wan Cheek
: Pn.Iliana bt Md Isa
: Pn Zunita bt Hassan
Peralatan : Pn.Zainah bt Wan Cheek
: Pn.Iliana bt Md Isa
: Pn Zunita bt Hassan
: Pn.Nor Rishah binti Bakar
Disiplin dan : Pn.Zunita bt Hassan
Keselamatan Pn.Iliana bt Md Isa
Pn.Zainah bt Wan Cheek
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
3/20
JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN
KAWASAN
BIL KAWASAN KUMPULAN
1 Taman Herba Kumpulan 1 : En.Ahmad Rashidi b Mohd Dali
2 Kawasan dalam Surau Kumpulan 2: Pn. Nor Rishah bt Bakar
3 Kawasan luar Surau Kumpulan 3:Pn.Zunita bt Hassan
4 Bilik Matematik Kumpulan 4: Pn.Iliana bt Md Isa
5 Pondok Sains & Matematik Kumpulan 5 : Pn Zainah bt Wan Cheek
Disini disertakan juga tentatif program yang pada hari tersebut:
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
12.00 tgh hari Murid berkumpul di Dewan Seri Cemerlang
12.15 tgh hari Taklimat agihan tugas
12.30 tgh hari Gotongroyong bermula
2.30 petang Makan tengahari dan majlis bersurai
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
4/20
FASA 2SEMASA
Pada 17 April 2013 iaitu hari Rabu , telah dijalankan Program Khidmat Masyarakat
BIG PPG ( Gotong-royong ). Gotong-royong ini telah diadakan di sekitar kawasan Sekolah
Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Program ini telah dijalankan selama 3 jam(12.00 tengah
hari hingga 3.00 petang).Progaram ini melibatkan 5 orang peserta PPG dan 75 orang murid.
Program dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari. Semua murid yang terlibat sebagai
peserta dikumpulkan di Dewan Seri Cemerlang. Ini bertujuan untuk memberikan taklimat
bagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan nanti. Sesi taklimat diberikan oleh En.Ahmad
Rashidi bin Md Dali selaku pengacara program berkenaan. Para peserta dibahagikan
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan mempunyai 15 orang peserta dan
akan diketuai oleh seorang guru ppg. Berikut adalah pembahagian kumpulan mengikut
tempat-tempat gotongroyong:
BIL KAWASAN KUMPULAN
1 Taman Herba Kumpulan 1 : En.Ahmad Rashidi b Mohd Dali
2 Kawasan dalam Surau Kumpulan 2: Pn. Nor Rishah bt Bakar
3 Kawasan luar Surau Kumpulan 3:Pn.Zunita bt Hassan
4 Bilik Matematik Kumpulan 4: Pn.Iliana bt Md Isa5 Pondok Sains & Matematik Kumpulan 5 : Pn Zainah bt Wan Cheek
Semasa sesi taklimat ini, En.Ahmad Rashidi telah memberikan pesanan agar semua
peserta mendengar arahan yang akan diberikan oleh ketua masing-masing. Para peserta juga
diingatkan supaya berhati-hati dengan peralatan yang akan digunakan. Para peserta diminta
supaya tidak bermain-main dengan peralatan tersebut agar ia tidak membahayakan diri
mereka.Selain itu, para peserta juga diminta bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti
ini kerana ia merupakan satu sumbangan yang baik kepada pihak sekolah.
Setelah selesai sesi taklimat pada pukul 12.30 tengah hari, para peserta telah mengikut
ketua kumpulan masing-masing ke tempat-tempat gotong-royong yang telah ditetapkan.
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
5/20
Kumpulan 2 : Pn. Nor Rishah Bakar
Kawasan : Kawasan dalam surau SKPTM
Sebelum aktiviti gotong-royong ini dijalankan, Pn.Nor Rishah Bakar selaku ketua
kumpulan telah pergi melawat kawasan dalam surau terlibat. Ini bagi memastikan perkara
yang dapat dibuat dan bahan-bahan yang akan digunakan kelak. Hasil pemerhatian didapati
surau berada di dalam keadaan yang baik cuma perlu penambahbaikkan untuk menceriakan
lagi surau SKPTM ini.
Kumpulan 2 yang diketuai oleh Pn.Nor Rishah bt Bakar terdiri daripada 15 orang
peserta. Para peserta ini terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Para
peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang
peserta. Kumpulan kumpulan kecil ini diberikan 3 jenis tugas yang berlainan. Tiga tugas
tersebut:
Kumpulan A : menyapu sampah , menyapu sawang dan membuang sampah.
Kumpulan B : mengemas dan melipat sejadah dan telekung , mengemas rak
al-quran & iqra dan surah yasin.
Kumpulan C : menggunting , menampal & melimanate bahanbahan spt label
dan poster
Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong satu taklimat ringkas diadakan oleh ketua
kumpulan bagi menentukan tugas masing-masing. Selepas itu, para peserta telah menjalankan
tugas masing-masing. Setiap kumpulan telah menjalankan tugas dengan penuh tanggung-
jawab. Setiap kumpulan dipantau dan dibimbing oleh Pn.Nor Rishah selaku ketua kumpulan
disepanjang aktiviti tersebut.
Pada jam 2.20 petang, semua para peserta telah menyiapkan tugasan kumpulan
masing-masing. Semua kawasan di dalam surau tersebut didapati berada di dalam keadaan
yang baik berbanding keadaan sebelum ini. Selepas itu, ketua kumpulan telah meminta para
peserta untuk ke Dewan Seri Cemerlang untuk sesi penutup dan jamuan.
Sesi penutup dan jamuan telah diadakan kira-kira pukul 2.30 petang. Pada sesi ini
semua guru ppg memberikan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua para peserta
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
6/20
yang terlibat. Ucapan penghargaan terima kasih ini juga diberikan di atas kerjasama yang
sangat baik oleh para peserta program gotong-royong ini. Setelah selesai, semua peserta
dijemput untuk menghadiri jamuan yang diadakan. Program tamat pada pukul 3.00 petang
dan semua murid bersurai.
FASA 3 -SELEPAS
Selepas program ini semua peserta ppg mengadakan satu mesyuarat post-mortem. Ini
bagi mengenalpasti kebaikan dan kelemahan yang ada disepanjang program berlangsung..
Refleksi dan laporan yang dibuat akan dihantar kepada pensyarah masing-masing
bagi tujuan penilaian. Setiap AJK program pula akan melaporkan setiap agenda program
kepada pihak pentadbiran bagi tujuan data dan rekod kursus.
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
7/20
Laporan bergambar.
Sebelum aktiviti gotong royong
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
8/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
9/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
10/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
11/20
Semasa gotong-royong
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
12/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
13/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
14/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
15/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
16/20
Selepas aktiviti gotong-royong
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
17/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
18/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
19/20
7/28/2019 Laporan Bina Insan Guru Ppg
20/20