Upload
ahmad-daniel
View
119
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan permainanhoki
Citation preview
TEMPAT : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota
Tinggi.
TARIKH : 22 Mac 2012
HARI : Jumaat
MASA : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
BILANGAN YANG TERIBAT : i. 34 orang murid
ii. 6 orang guru
BILANGAN KESELURUHAN : 40 orang
AKTIVITI : Kejohanan Hoki MSSD Kota Tinggi
1. PENGENALAN
Permainan hoki pada masa kini semakin maju dan mula dipandang oleh masyarakat sebagai satu sukan yang mempunyai masa depan yang cerah serta mampu menjulang nama negara di mata dunia. Bagi menyahut seruan kerajaan iaitu mewujudkan 1 murid 1 sukan, maka pelbagai aktiviti dan kejohanan diadakan bagi menarik minat serta mengasah bakat murid di dalam satu-satu bidang sukan.
Pada tahun-tahun sebelum ini, kejohanan hoki MSSD Pengerang dan Kota Tinggi diadakan bagi mencungkil bakat murid yang boleh bermain hoki dengan baik sekaligus terpilih untuk mewakili daerah Pengerang dan Kota Tinggi ke kejohanan hoki peringkat MSSJ. Kejohanan ini digabungkan memandangkan penyertaan yang kurang memberangsangkan di sekitar daerah Kota Tinggi dan juga Pengerang.
Tetapi pada tahun ini, kejohanan hoki ini telah diadakan secara berasingan. Terdapat empat buah sekolah di sekitar daerah Kota Tinggi telah menyertai kejohanan ini yang telah diadakan pada 22 Mac 2013 yang lalu bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
2. Laporan.
Pada, 22 Mac 2012 yang lalu, Sek. Keb. Felda Lok Heng telah menghantar dua buah pasukan iaitu
pasukan lelaki dan pasukan perempuan bagi menyertai Kejohanan Hoki peringkat MSSD Kota Tinggi
yang telah diadakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Sebanyak beberapa buah sekolah sekitar
daerah Kota Tinggi telah menghantar wakil bagi menyertai kejohanan tersebut. Antara sekolah tersebut
ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Sekolah Kebangsaan Gembut, Sekolah Kebangsaan Bandar
serta Sekolah Kebangsaaan Felda Lok Heng. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dengan pembukaan
perlawanan mempertemukan Sekolah Kebangsaan Bandar dan Sekolah Kebangsaan (Felda) Lok Heng
dan perlawanan ini telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bandar.
Berbanding dengan kejohanan yang lalu, kejohanan pada kali ini telah membuahkan hasil yang
sebaliknya iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng telah mengalami kekalahan dengan menduduki
tempat yang keempat daripada empat buah sekolah. Setelah analisis dijalankan, didapati terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi persembahan pasukan hoki SK Felda Lok Heng pada kali ini.
Berikut ialah keputusan Kejohanan Hoki MSSD Kota Tinggi:
Pasukan Lelaki Pasukan Perempuan
Juara SK Bukit Mahkota Juara SK Bukit Mahkota
Naib juara SK Bandar Naib juara SK Felda Lok Heng
Ke 3 SK Gembut Ke 3 -
Ke 4 SK Felda Lok Heng Ke 4 -
Berdasarkan kepada penilaian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kelemahan dalam
kejohanan yang telah dijalankan. Antara kelemahan yang terbesar ialah kejohanan hoki ini tidak
mendapat sambutan yang menggalakkan. Hanya 4 buah sekolah sahaja yang menghantar pasukan
sedangkan telah diketahui bahawa terdapat sebanyak 72 buah sekolah yang terdapat di sekitar Kota
Tinggi. Hal ini memberi kesulitan di dalam melakukan pemilihan seterusnya untuk mewakili daerah Kota
Tinggi untuk ke peringkat MSSJ.
Antara kelebihannya pula ialah dengan menjalankan kejohanan seperti ini, banyak bakat-bakat baru
yang dapat dikenalpasti seterusnya dapat digilap agar daerah Kota Tinggi dapat melahirkan atlet-atlet
yang bertaraf dunia. Keduanya, dengan menganjurkan kejohanan sebegini, murid-murid sekolah akan
dapat menunjukkan bakat yang terpendam seterusnya meminati bidang sukan sekaligus menyahut
seruan kementerian iaitu untuk mewujudkan satu murid satu sukan.
3. KELEBIHAN
i. Kerjasama.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak tidak kira pentadbir, para jurulatih serta ibu bapa amat memberangsangkan. Diharapkan agar ianya tidak luntur kelak dan diharapkan agar terus menyokong dan memberi galakan kepada pasukan hoki SKFLH.
ii. Padang.
Meskipun tiada padang tiruan di sekolah ini, pasukan hoki tetap berlatih dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya kawasan yang ada. Hal ini tidak menjadi masalah kerana dengan menggunakan gelanggang bola jaring, kemahiran individu pemain menjadi semakin baik. Mereka dapat menggelecek dengan baik tetapi gagal untuk menghasilkan jaringan.
iii. Peralatan.
Pasukan SKFLH mempunyai peralatan yang mencukupi hasil daripada usaha keras jurulatih terdahulu serta pihak sekolah yang bertanggungjawab. Hal ini sepatutnya memberi kelebihan kepada pasukan hoki SKFLH tetapi gagal digunakan sebaiknya semasa kejohanan berlangsung.
iv. Jurulatih.
Setiap kapal perlu ada nakhoda yang mengemudinya. Begitu juga dengan pasukan hoki SKFLH. Terdapat beberapa orang jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang sukan. Usaha keras mereka telah berjaya menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan telah diserap masuk ke sekolah sukan berdekatan.
v. Latihan Frekuensi : kekerapan latihan.Para pemain telah menjalani latihan dengan baik. Kekerapan latihan yang dijalankan telah membuahkan hasil yang baik. Setiap individu dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri. Meskipun begitu, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki. Hasil daripada persembahan yang kurang baik, maka penambahbaikan perlu dilakukan kelak.
Intensiti latihanPada pemain telah menunjukkan semangat yang tinggi dengan menghadiri dan menjalani setiap program latihan yang dijalankan. Intensiti latihan yang mencukupi sepatutnya telah meletakkan pemain di tahap yang baik untuk menghadapi perlawanan. Tetapi kekangan yang mendatang sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan pemain ketika perlawanan berlangsung.
4. KELEMAHAN i. Kawalan Murid
Disiplin murid lelaki dan perempuan agak longgar kerana mereka terlalu gembira dan teruja dapat bermain di atas rumput tiruan. Walaubagaimana pun, murid masih lagi berada dalam kawalan yang baik.
ii. Masa
Kejohanan dimulakan agak lewat daripada masa yang telah ditetapkan. Hal ini mungkin kerana penganjur merasakan bahawa kejohanan boleh berjalan dengan baik memandangkan hanya beberapa buah sekolah sahaja yang menyertai pertandingan tersebut. Hal ini juga telah mengakibatkan kebanyakan pemain daripada pasukan lelaki SKFLH mengalami kecederaan dan demam.
iii. Kecergasan
Pada mulanya, kekuatan pasukan lelaki berada di tahap yang meyakinkan di bawah jurulatih En Asrul Hisyam dan En Amier Shakirin. Tetapi, menjelang dua minggu terakhir, pelbagai perkara di luar jangkaan berlaku dan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi kekuatan pasukan SKFLH. Seorang pemain lelaki yang merupakan tulang belakang dan ayam tambatan pasukan telah mengalami kemalangan dan patah tulang tangan. Hal ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi semangat ahli pasukan yang lain. Menjelang seminggu terakhir perlawanan, terdapat 6 orang pemain daripada pasukan lelaki dan perempuan telah demam. Meskipun mereka mampu untuk pulih sebelum kejohanan berlangsung tetapi ia telah mengganggu sistem kecergasan mereka. Ada di antara pemain yang masih kurang sihat semasa kejohanan berlangsung tetapi tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
iv. Kejohanan lain.
Memandangkan kejohanan-kejohanan lain juga telah semakin hampir, terdapat di antara pemain yang terpaksa menjalani dua latihan bagi dua permainan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat berdasarkan kepada pasukan perempuan. Separuh daripada mereka juga mewakili sekolah bagi permainan bola jaring. Faktor ini juga mungkin merupakan faktor yang mempengaruhi kecergasan dan kesihatan mereka.
v. Taktikal dan strategi.
Pada tahun ini, taktikal dan strategi baru digunakan di dalam mencorak permainan hoki pasukan SKFLH. Setelah dianalisis, pemain SKFLH menunjukkan persembahan yang baik dan cantik tetapi
gagal untuk menghasilkan jaringan. Maka, setelah perbincangan dijalankan di antara jurulatih pasukan, kesimpulan yang diambil ialah bagi menaikkan semula nama SKFLH, pelbagai program akan dirangka menjelang akhir tahun 2013. Hal ini penting kerana permainan ini merupakan watak sekolah dan hal ini perlu diberi perhatian.
vi. Fizikal dan jumlah pelajar.
Faktor fizikal individu juga menjadi faktor yang mempengaruhi permainan dan sukan. Jika dilihat, menjelang tahun 2014, fizikal murid SKFLH kurang memberangsangkan untuk dipilih menjadi atlet bagi apa jua permainan. Pada tahun ini, hampir keseluruhan pemain hoki tidak mempunyai susuk tubuh seorang atlet. Ketinggian mereka mempengaruhi beberapa kemahiran di dalam permainan hoki seperti kemahiran memukul. Perbandingan dibuat di antara setiap pasukan yang mewakili kejohanan ini dan didapati saiz pemain SKFLH agak kecil berbanding pemain pasukan lain. Hal ini mungkin mengakibatkan mereka berasa tidak yakin semasa berada di atas padang.
vii. Gender
Menjelang tahun 2014, pasukan perempuan sukar untuk ditubuhkan. Hal ini kerana jika dilihat dari aspek kecergasan dan jumlah murid tahap dua, peratusan jumlah murid perempuan yang aktif dalam bidang sukan adalah kurang. Susuk tubuh yang kecil dan tidak aktif di dalam sukan akan mempengaruhi sistem kecergasan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Syahrul Ridhwan B Marzuki dan Shaheliza Bt Amran dari Universiti Teknologi Manusia. Ada menyatakan bahawa setiap atlet yang berjaya boleh dikenal pasti bakatnya daripada pemerhatian faktor bentuk tubuh badan mereka. Kebanyakkan bentuk tubuh badan mencerminkan prestasi yang akan dipamerkan ketika pertandingan. Atas faktor inilah penentuan aktiviti sukan yang akan diceburi dilakukan mengikut kesesuaian ciri-ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka (Carter 1990). Dalam permainan bola, seni mempertahankan diri dan olahraga, bentuk tubuh badan mesomorf menunjukkan perkaitan yang positif dengan prestasi. Oleh hal demikian, satu keputusan telah diambil iaitu dengan menyerap murid tahap 1 iaitu tahun 3 serta murid dari tahun 4 di dalam mengatasi masalah ini. Hal ini diharapkan akan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Selain daripada itu, mereka juga dapat menjadi pelapis kepada generasi pasukan hoki akan datang di dalam meletakkan kembali pasukan hoki SKFLH di tangga yang pertama.
viii. Cuaca
Sebahagian daripada latihan yang dijalankan terpaksa dilakukan di dalam dewan. Hal ini kerana faktor cuaca telah menjadi kekangan bagi pemain untuk mengadakan latihan di padang. Hujan yang sering melanda sekitar akhir bulan Februari dan awal bulan 3 membantutkan setiap latihan yang dijalankan. Kesannya, para pemain SKFLH berjaya menunjukkan permainan yang cantik tetapi gagal untuk menghasilkan sebarang jaringan apabila kalah kepada SK Bukit Mahkota dan SK Bandar dan hanya sekadar seri bertemu SK Gembut.
5. PENUTUP
Secara keseluruhannya, kejohanan sebegini ini amat bermakna bagi murid-murid kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang dunia sukan hoki yang sebenar. Selain mampu mencungkil bakat sebenar para pemain, ia juga sekaligus mampu menarik minat mereka untuk terus meminati bidang sukan terutamanya permainan hoki. Oleh yang demikian, program-program atau kejohanan lain juga seharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya proses pembelajaran dan pembangunan sukan hoki terus berjalan dan mampu untuk menghasilkan produk pemain yang berkualiti.
Pelbagai program akan dirangka bagi menaikkan semula nama SK Felda Lok Heng pada tahun hadapan. Diharapkan keputusan kejohanan pada kali ini dijadikan pengajaran kepada semua jurulatih agar lebih memberi tumpuan dan fokus yang lebih baik pada masa hadapan. Pihak pasukan hoki SKFLH juga mengharapkan agar pihak pentadbir terus memberi sokongan dan galakan yang berterusan.
Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh
……………………………………………..
( Mohd Amier Shakirin b. Mohd Sharif )
Pembantu Jurulatih Hoki
SK ( F ) Lok Heng
……………………………………………….
( )
…………………………………………………
( )
LAMPIRAN
KEJOHANAN HOKI PERINGKAT MSSD
KOTA TINGGI
SENARAI NAMA MURID
BIL NAMA MURID KATEGORI
1 MOHAMAD AZIZUL HAKIMI B. IBRAHIM LELAKI FARAH FARHANAH BT ROHAINI PEREMPUAN
2 MUHAMMAD ZEKRY B. MAZLAN LELAKI FARAH FIRZANANH BT ROHAINI PEREMPUAN
3 MUHAMMAD DANIAL FIKRI B. KHIRULNIZAM
LELAKI NURUL SHAHFIKA BT HAIRUSSABRI PEREMPUAN
4 MOHAMMAD EIZLAN SHAH B ABU SAMAH
LELAKI NUR FATIHAH BT AB RAHIM PEREMPUAN
5 KAMARUL ARIFFIN B KHAMIS LELAKI NURUL AMIRAH BT RAZA PEREMPUAN
6 MOHAMAD AKMAL B ZAHARUDIN LELAKI NUR SAIDATUL ASYKIN BT KAMARUDIN
PEREMPUAN
7 MOHAMAD ARIF B ABD RAZAK LELAKI NUR SYAHERAH HAMYRA BT RANNY
PEREMPUAN
8 SHAHRUL ASHRAF B SAHUDIN LELAKI NUR ASYIKIN BT MOHD RIZAL PEREMPUAN
9 MUHAMAD SOM B ISMAIL LELAKI NUR AISHAH BT MOHD RIZAL PEREMPUAN
10 MOHAMAD MUSTAKIM B ISMAIL LELAKI NURUL SYAKIRAH BT ABD MANAF PEREMPUAN
11 MUHAMMAD ARIE IKHWAN B MUSLIMIN LELAKI JAHIRAH BT MD JAMIL PEREMPUAN
12 MOHAMAD SHAFIQ HAIKAL B MOHD HAFIZ
LELAKI NUR AIN BT ZULHIZAN PEREMPUAN
13 MUHAMMAD HAIQKAL B MOHD TAZZRI LELAKI NUR FAKHRIAH FARAH BT AB RAHIM
PEREMPUAN
14 BAHRUDDIN B BORHAN LELAKI NURUL ATIRAH BT ZULKIFLI PEREMPUAN
15 ISMAIL IRSYAD OTHMAN LELAKI NUR SYAHERAH SYAZWEN BT RANNY
PEREMPUAN
16 MUHAMMAD AFIQ HAIKAL B MOHD JAMALIZAN
LELAKI NUR AIREEN FARIHA BT MUSLIMIN PEREMPUAN
17 MOHD AMIRUL HAZREY B KHAIRUL NIZAM
LELAKI
18 Z’HASRUL ARIFFIN B ZULHALIZAN LELAKI
SENARAI NAMA GURU
BIL NAMA GURU
1 EN ROSLI BIN KASMODIN.
2 EN. ASRUL HISYAM BIN JASIMAN
3 EN. MOHD AMIER SHAKIRIN BIN MOHD SHARIF
4 EN. MOHD ZULFA’IZ BIN MOHD NOR
5 KHAIRUL AZLY B AHMAD6 PUAN ADILAH BT. MOHD SALLEH
GAMBAR KEJOHANAN HOKI MSSD KOTA TINGGI 2013
Para peserta lelaki dan perempuan sempena Kejohanan Hoki MSSD Kota Tinggi.
Para peserta berkumpul sebelum penyampaian hadiah dijalankan.
Para pemain bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan.