4
LAPORAN JAWATANKUASA PENGANGKUTAN NAMA PROJEK : Program Bina Insan (BIG) Guru Fasa 5 Lawatan Penanda Aras PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Ambilan Januari 2013 TARIKH : 1 Mac 2015 TEMPAT : SBT, SK Tengku Ampuan Intan ,Kuala Berang ANJURAN : IPG Kampus Dato` Razali Ismail DENGAN KERJASAMA : PENASIHAT : Tuan Haji Salleh bin Said : Puan Hajah Anisah binti Harun Ahli Jawatankuasa Pengangkutan : 1. Abdul Wafi Bilah Bin Mohd Sobri 2. Abdullah Bin Mohd Zamri 3. Aida Anis Binti Aminordin Sabri 4. Nurul Ain Binti Ahamad Shabudin Perancangan Awal:- Setelah takilamat pembahagian tugas dibuat, AJK Pengangkutan mengadakan sedikit perbincangan ringkas memandangkan tugas kami tidaklah begitu banyak. Kami bercadang untuk melakukan gerak kerja setelah kertas kerja program diluluskan oleh pihak IPG KDRI. Pada peringkat awal, kami mendapatkan maklumat berkenaan prosedur untuk mendapatkan pengangkutan program. Bermula daripada mengisi borang sehingga kami selamat sampai kembali ke Institut. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan tugas kami lebih kepada peranan sebelum program berbanding semasa program.

LAPORAN JAWATANKUASA PENgangkutan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan ajk

Citation preview

LAPORAN JAWATANKUASA PENGANGKUTANNAMA PROJEK: Program Bina Insan (BIG) Guru Fasa 5 Lawatan Penanda Aras PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Ambilan Januari 2013TARIKH: 1 Mac 2015TEMPAT: SBT, SK Tengku Ampuan Intan ,Kuala BerangANJURAN: IPG Kampus Dato` Razali IsmailDENGAN KERJASAMA: PENASIHAT: Tuan Haji Salleh bin Said: Puan Hajah Anisah binti HarunAhli Jawatankuasa Pengangkutan : 1. Abdul Wafi Bilah Bin Mohd Sobri1. Abdullah Bin Mohd Zamri1. Aida Anis Binti Aminordin Sabri1. Nurul Ain Binti Ahamad ShabudinPerancangan Awal:-Setelah takilamat pembahagian tugas dibuat, AJK Pengangkutan mengadakan sedikit perbincangan ringkas memandangkan tugas kami tidaklah begitu banyak. Kami bercadang untuk melakukan gerak kerja setelah kertas kerja program diluluskan oleh pihak IPG KDRI. Pada peringkat awal, kami mendapatkan maklumat berkenaan prosedur untuk mendapatkan pengangkutan program. Bermula daripada mengisi borang sehingga kami selamat sampai kembali ke Institut. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan tugas kami lebih kepada peranan sebelum program berbanding semasa program.

Peringkat proses perjalanan program:- Mendapatkan penjelasan tentang gerak kerja ajk pengangkutan Mengumpul maklumat prosedur yang ada untuk menempah bas institut. Menempah bas di pejabat institut untuk diluluskan penggunaannya. Berhubung dengan pemandu bas untuk kegunaan peserta semasa pergi dan pulang.RefleksiAlhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayahNya Program Bina Insan Guru Fasa 5 Lawatan Penanda Aras PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Ambilan Januari 2013 dapat dijalankan dengan jayanya. Kami telah diberi taklifan untuk mengurus urusan pengangkutan untuk program pada kali ini.Pertamanya, kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Induk yang berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik. Meskipun berhadapan dengan beberapa masalah dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah orang, mereka tetap menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, sabar dan ikhlas. Ternyata, kami tidak silap dalam melantik mereka sebagai pimpinan tertinggi untuk program kali ini.Jazakallahu khairan kathira.Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang kami diamanahkan untuk mengurus pengangkutan program. Alhamdulillah semua ini berjaya kami lalui dengan baik. Antara kekuatan jawatankuasa kami ialah salah seorang dari kalangan kami pernah mempunyai pengalaman untuk mengurus proses permohonan pengangkutan institut. Jadi, pengalaman itu dikongsikan bersama.Selain itu, kami juga mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Pengarah Program yang menyegerakan makluman kepada kami setelah kerta kerja program diluluskan oleh pihak institut. Tidak lupa juga, kepada pihak pejabat institut yang meluluskan permohonan kami dan memudahkan urusan kami sepanjang program ini berlangsung.Meskipun begitu, jawatankuasa kami masih terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah pembahagian kerja yang agak kelam kabut memandangkan gerak kerja yang ada tidak begitu banyak. Di tambah pula, kami agak sibuk pada minggu berkenaan dengan tugas-tugas lain selaku guru pelatih. Hal ini menyebabakan tidak semua ajk pengangkutan mendapat pendedahan pengalaman dalam bergerak kerja. Antara peluang yang ada yang boleh untuk kami manfaatkan ialah dapat mengetahui prosedur untuk memohon pengangkutan institut ke program-program yang diluluskan. Selain itu, kami dapat mengenali pemandu-pemandu institut dengan komunikasi dan interaksi yang berlaku semasa program khususnya.Ancaman yang dihadapi oleh jawatankuasa kami ialah kertas kerja yang lambat diluluskan menyebabkan kami kesuntukan masa dalam menjalankan gerak kerja kami. Di sampin itu, ada sebahagian kecil peserta tiba agak lewat di tempat berkumpul. Namun, kami masih mampu untuk mengikuti tentatif program seperti yang telah dirancangkan.Secara keseluruhannya, cadangan penambahbaikkan yang boleh dibuat ialah memastikan kertas kerja diluluskan lebih awal untuk memudahkan urusan permohonan pengangkutan dan juga ajk yang lain. Selain itu, mesej peringatan juga perlu dibuat kepada para peserta agar tiba awal di tempat berkumpul untuk memudahkan pergerakan.Justeru, kami dari pihak Jawatankuasa Pengangkutan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat beberapa kelemahan daripada pihak kami. Sesungguhnya, yang baik itu daripada ALLAH dan yang buruk itu juga daripada ALLAH Taala. Hakikatnya, baik mahupun buruk itu adalah untuk menguji keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada ALLAH.

PenghargaanAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya,Program Bina Insan Guru Fasa 3 Khidmat Masyarakat PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Ambilan Januari 2013 dapat berlangsung dengan jayanya. Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Tuan Haji Salleh bin Said dan Puan Hajjah Anisah binti Harun kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan kepada kami dalam melaksanakan Program Bina Insan Guru Fasa 3 Khidmat Masyarakat PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Ambilan Januari 2013.Tidak lupa juga kasih kepada semua sahabat-sahabat kami dari PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Ambilan Januari 2013 kerana turut membantu kami dalam melancarkan lagi gerak kerja AJK Penajaan. Selain itu, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan kerana telah memberi kerjasama yang sebaiknya kepada kami. Tidak lupa juga kepada pihak IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu yang memberi keizinan kepada kami mengadakan program ini dan juga orang perseorangan yang banyak membantu kami untuk memastikan program ini berjalan dengan baik. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, kaum keluarga dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Jasa baik kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan kehidupan kalian. Jazakumullahu khairan kathira. Sekian,terima kasih.Disediakan oleh :

...................................(ABDUL WAFI BILLAH BIN MOHD SOBRI)AJK Pengangkutan,Program Bina Insan Guru Fasa 5 Lawatan Penanda Aras, PISMP Pengajian Agama Islam 1 dan 2 Semester 5 Ambilan Januari 2013,IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.