45
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. KANDUNGAN Penghargaan …………………………………………………………………. 2 Abstrak …………………………………………………………………....... ..3 1. Refleksi P & P yang lalu / Latar Belakang Kajian ……………………… 4 2. Fokus Kajian ………………………………………………………………. 4 3. Isu Keprihatinan ………………………………………………………… 5 4. Objektif Kajian ………………………………………………………......... 5 5. Kumpulan Sasaran …………………………………………………………6 6. Methodologi Kajian……………………………………………………….. 6 7. Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………..22 8. Dapatan Kajian ………………………………………………………….....24 9. Refleksi Kajian ………………………………………………………….....25 10.Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………...25 ______________________________________________________________ _____________ Muka surat 1 daripada 10

Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan kajian kes

Citation preview

Page 1: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

KANDUNGAN

Penghargaan …………………………………………………………………. 2

Abstrak …………………………………………………………………....... ..3

1. Refleksi P & P yang lalu / Latar Belakang Kajian ……………………… 4

2. Fokus Kajian ………………………………………………………………. 4

3. Isu Keprihatinan ………………………………………………………… 5

4. Objektif Kajian ………………………………………………………......... 5

5. Kumpulan Sasaran …………………………………………………………6

6. Methodologi Kajian……………………………………………………….. 6

7. Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………..22

8. Dapatan Kajian ………………………………………………………….....24

9. Refleksi Kajian ………………………………………………………….....25

10.Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………...25

Penutup …………………………………………………………………… ...25

Bibliografi ……………………………………………………………………26

Lampiran …………………………………………………………………… 27

___________________________________________________________________________Muka surat 1 daripada 10

Page 2: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan

kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini

Kepada:

Pihak Pensyarah En. /Pn._____________________

(Pengajaran, Teknolgi Dan Penaksiran2 KPD 3026, UPSI)

En. Abdul Razak Bin Muda

(Guru Besar SK Pekan Tuaran, Sabah)

Ustazah Norafsah Awang Kati

(Guru Pendidikan Islam SK Pekan Tuaran, Sabah)

Murid-murid Tahun 4 Melur

(SK Pekan Tuaran, Sabah)

___________________________________________________________________________Muka surat 2 daripada 10

Page 3: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAL AYAT-AYAT HAFAZAN YANG

TERKANDUNG DALAM ASUHAN TILAWAH AL-QUR’AN DI KALANGAN MURID

TAHUN 4 MELUR MELALUI KAEDAH SERTA TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN AYAT HAFAZAN YANG PELBAGAI, SESUAI DAN DILAKUKAN

OLEH GURU SECARA SISTEMATIK

Oleh

Shimila Kaur @ Noraini

Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah

Abstrak

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran murid

Tahun 4 Melur SK Pekan Tuaran, menghafal ayat-ayat hafazan yang terkandung dalam

Asuhan Tilawah Al-Qur’an Tahun Empat khususnya murid yang beragama Islam. Objektif

pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan ini ialah supaya murid dapat menghafaz surah-

surah tertentu dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.

Pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Tahun 4 Melur

telah dijalankan, ujian bacaan/hafalan murid turut dilaksanakan kepada setiap murid dan

borang soal selidik yang diisi oleh murid telah digunakan untuk mengenalpasti masalah

utama yang menyebabkan murid Tahun 4 Melur tidak berjaya menguasai kemahiran

menghafal ayat-ayat hafazan. Setelah analisis terhadap data kajian dibuat, ternyata masalah

utama tersebut adalah guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Ayat-ayat Hafazan yang sesuai dan teknik hafalan yang dilakukan secara tidak sistematik.

Sebanyak 58.8% daripada murid 4 Melur mengakui bahawa mereka rasa bosan dan rasa

letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru

hanya memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan guru berulang-ulang

kali secara hafaz sehinggalah akhir waktu. Pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat

Hafazan yang berkesan merupakan isu yang begitu mencabar kepada semua Guru

Pendidikan Islam. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007), guru perlu menguasai ilmu kerana

dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik

pengajaran dengan baik dan mantap. Kebijaksanaan guru memilih prinsip dalam

menyampaikan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam akan menghasilkan

pembelajaran yang berkesan terhadap murid.

___________________________________________________________________________Muka surat 3 daripada 10

Page 4: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Yang Lalu/Latar Belakang Kajian

Mata Pelajaran Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh

semua murid yang beragama Islam di semua sekolah. Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat

Hafazan) pula merupakan salah satu bidang dalam Pendidikan Islam. Berdasarkan

pengjaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan (Surah al-A’diyat ayat 1-3) pada minggu

P&P ke-23 yang lalu, 88% daripada murid Tahun 4 Melur yang beragama Islam tidak

berjaya menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-A’diyat ayat 1-3)

dengan bertajwid dan lancar. Sebelum P&P Surah al-A’diyat bermula, Tahun 4 Melur telah

mengikuti P&P Surah al-Qoria’h selama 4 minggu, 88% daripada murid Tahun 4 Melur turut

gagal menghafal Surah al-Qoria’h. Hanya 4 orang murid sahaja dapat menghafal Surah Al-

Qoria’h dan Surah al-A’diyat ayat 1-3 tersebut. Murid-murid memberi ulasan bahawa mereka

berasa cepat letih apabila menghafal ayat-ayat hafazan / surah-surah terpilih tersebut

seterusnya berasa sukar untuk menghafalnya. Saya dapati hasil daripada soal-selidik dan

pemerhatian yang dijalankan, murid-murid 4 Melur berasa bosan dan cepat penat setiap kali

sesi pengajaran Ayat-ayat Hafazan ini kerana guru yang mengajar hanya menggunakan

kaedah yang sama sahaja dalam setip langkah proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-

ayat Hafazan ini (Kaedah Talaqqi Musyafahah & Tikrar). Apabila murid dikehendaki untuk

mengulangi bacaan ayat-ayat tersebut, mereka sering kali membaca dengan tersangkut-

sangkut atau tidak lancar serta banyak kesalahan tajwid telah dikesan. Justeru, kajian

tindakan ini perlu saya jalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini supaya

murid Tahun 4 Melur tidak berlaku keciciran dalam menguasai kemahiran menghafal ayat-

ayat hafazan tersebut.

2. Fokus Kajian

Fokus utama kajian tindakan ini ialah :

(i) Penyelesaian/mengurangkan masalah seramai 30 orang murid 4 Melur masih tidak

dapat menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoria’h & Surah

al-A’diyat ayat 1-3.

(ii) Penyelesaian masalah kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang

tidak pelbagai sebaliknya guru hanya menggunakan kaedah sama sahaja dalam

setiap langkah proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas 4

melur iaitu kaedah talaqqi musyafahah dan kaedah tikrar.

___________________________________________________________________________Muka surat 4 daripada 10

Page 5: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

(ii) Penyelesaian masalah teknik menghafal ayat-ayat Hafazan secara tidak sistematik

yang dilakukan oleh guru yang mengajar.

Proses menghafal ayat-ayat hafazan ini sebenarnya mudah untuk dikuasai sekiranya

murid dibimbing dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang

bersesuaian dipelbagaikan oleh guru ditambah lagi dengan pelaksanaan teknik

menghafalnya secara sistematik diajarkan kepada murid.

3. Isu Keperihatinan

Kajian ini adalah berfokuskan aspek kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan di

kalangan murid Tahun 4 Melur. Secara tidak langsung kajian ini membantu murid Tahun 4

Melur untuk membaca surah al-Qoria’h, Surah al-A’diat dan Surah al-Zalzalah sebagai

bacaan dalam solat dengan lancar. Rasional kajian ini dijalankan adalah oleh kerana murid-

murid Tahun 4 Melur lemah dalam aspek menghafal ayat-ayat hafazan tersebut dan

masalah ini memerlukan usaha guru yang maksima untuk membantu mengatasinya, oleh itu

kajian tindakan ini perlu dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Ia

perlu diatasi agar mereka tidak tercicir dalam kecemerlangan bidang Asuhan Tilawah al-

Quran. Penyebab besar kepada masalah ini adalah guru menggunakan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang tidak pelbagai serta teknik menghafal secara tidak sistematik

sehinnga membuatkan murid berasa bosan dan cepat letih untuk menghafal ayat-ayat

berkenaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru memainkan peranan mempertingkatkan

kualiti pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

menganjurkankan teknik hafalan yang dilakukan secara sistematik.

4. Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum :

Kajian tindakan ini secara umumnya bertujuan supaya guru dapat memperbaiki

kelemahan atau masalah dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Ayat-

ayat Hafazan (Surah al-Qoria’h, Surah al-A’diat dan Surah al-Zalzalah) sama ada

dari segi kaedah mahupun teknik yang diaplikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran tersebut.

___________________________________________________________________________Muka surat 5 daripada 10

Page 6: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

4.2 Objektif Khusus :

• Murid dapat meningkatkan penguasaan menghafal ayat-ayat Hafazan (Surah al-

Qoria’h, Surah al-A’diat dan Surah al-Zalzalah) dengan betul, fasih dan bertajwid

untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.

• Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta

menggunakan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan supaya murid tidak merasa bosan

dan cepat penat sebaliknya bersemangat dan seronok untuk meneruskan hafalan

mereka.

5. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan seorang Guru Pendidikan Islam yang mengajar Ayat-Ayat

Hafazan, 34 orang murid Tahun 4 Melur yang terdiri daripada 19 lelaki dan 15 perempuan.

Majoriti daripada murid Tahun 4 Melur ini sering kali gagal untuk menghafal ayat-ayat

hafazan bermula daripada Surah al-Qoria’h sehinggalah Surah al-A’diyat.

6. Pelaksanaan Kajian

Pelaksanaan kajian ini adalah terdiri daripada lima langkah penting yang telah saya

laksanakan iaitu Tinjauan Awal, Analisis Tinjauan Masalah, Tindakan Kajian, Perlakasanaan

Tindakan seterusnya Penilaian & Refleksi.

6.1 Tinjauan Awal / Metodologi Kajian

Metodologi yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk

meninjau masalah murid, antaranya ialah :

i. Pemerhatian

• Saya telah menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Ayat-ayat hafazan (Surah al-A’diyat ayat 1 -3) bagi murid Tahun 4

Melur. Sebelum Surah al-A’diyat, saya juga telah membuat pemerhatian ke atas

P&P Surah al-Qoria’h di kelas yang sama. Ini bertujuan untuk mengenalpasti

masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan sehingga

menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran menghafal.

___________________________________________________________________________Muka surat 6 daripada 10

Page 7: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

• Pemerhatian turut dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Asuhan

Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat hafazan) untuk meninjau kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang diaplikasi oleh guru.

• Pemerhatian ini juga dijalankan untuk meninjau teknik menghafal ayat-ayat

hafazan yang dianjurkan oleh guru untuk murid menghafalnya.

• Pemerhatian ini menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi

item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat

hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik

oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan.

ii. Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/Hafalan Murid

Guru mendengar bacaan/hafalan murid sambil membuat penilaian bacaan

tersebut seterusnya merekod pencapaian mereka secara individu. Guru

menggunakan borang rekod tahap bacaan/hafalan murid.

iii. Soal Selidik

Borang soal selidik diberi kepada murid untuk mendapatkan jawapan yang

tepat secara jujur tentang respons dan komen mereka terhadap pengajaran dan

pembelajaran Ayat-ayat Hafazan tersebut. Saya menggunakan borang soal

selidik untuk mendapatkan jawapan daripada murid secara jujur.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

i. Analisis Pemerhatian

Pemerhatian ini menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi

item-item tentang penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat

hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik menghafal secara sistematik oleh

guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan (Surah al-

Qoria’h dan Surah al-A’diyat ayat 1-3) yang lalu, di akhir pembelajaran saya dapati

___________________________________________________________________________Muka surat 7 daripada 10

Page 8: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

• Hanya 4 orang sahaja daripada murid Tahun 4 Melur dapat menguasai kemahiran

menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoria’h dan Surah al-A’diyat ayat 1-3) yang

dipelajari.

• Guru yang mengajar hanya menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap kali

pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan dijalankan iaitu kaedah talaqqi

musyafahah dan kaedah tikrar sahaja sehingga murid berasa letih dan capat bosan

menyebabkan hilang kosentrasi untuk menghafal bersungguah-sungguh.

• Guru yang mengajar menggunakan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara

tidak sistematik yang mana guru terus meminta murid menghafal ayat secara tikrar

tanpa melancarka sebutan setiap potongan-potongan ayat terlebih dahulu sebelum

aktiviti menghafal dimulakan. Guru terus beralih kepada ayat kedua dan meminta

murid menghafalnya walaupun ayat pertama masih ramai yang tersangkut-sangkut

membacanya.

ii. Analisis Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid (Surah al-Qoriah dan

Surah al-A’diyat ayat 1-3)

Ujian Pengesanan Bacaan/hafalan Murid ini adalah bertujuan untuk menguji tahap

sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan.

Berikut adalah dapatan daripada Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid Tahun 4

Melur :

Perkara / Aspek

Bilangan Murid Mengikut Tahap

Penguasaan Kemahiran Menghafal

Ayat-ayat Hafazan

Bacaan/Hafalan

Baik

Bacaan/Hafalan

Lemah

1.Menghafaz ayat dengan sebutan huruf

yang betul. 3 orang 29

2.Menghafaz ayat dengan bacaan

panjang pendek yang betul. 3 orang 29

3.Menghafaz ayat dengan tajwid yang

betul. 1 orang 29

4.Menghafaz ayat dengan bertajwid dan

lancar. 1 orang 29

5.Menghafaz ayat dengan turutan yang

betul, bertajwid dan lancar. 1 orang 29

___________________________________________________________________________Muka surat 8 daripada 10

Page 9: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. iii. Analisis Soal Selidik

Berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah diisi oleh murid Tahun 4

Melur, terdapat lima masalah murid Tahun 4 Melur tidak menguasai kemahiran

menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4 Melur. Rasa bosan dan

rasa letih setiap kali guru menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan

kerana guru hanya memberi arahan yang sama sahaja kepada murid iaitu

mengkehendaki murid mengikuti bacaan guru berulang-ulang kali secara hafaz

sehinggalah akhir waktu merupakan penyebab utama mengapa murid Tahun 4

Melur sukar menghafal ayat-ayat hafazan (Surah al-Qoria’h dan Surah al-A’diat ayat

1-3). Guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan tersebut seringkali menggunakan

kaedah yang sama sahaja walaupun murid tidak berjaya menghafal ayat-ayat

hafazan. Ternyata di sini guru hendaklah mempelbagaikan kaedah yang sesuai dan

menganjurkan teknik menghafal yang sistematik.

Berikut adalah maklumat tentang sebab-sebab murid tidak dapat menguasai

kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan :

Bil. MASALAH-MASALAH MURID TIDAK MENGUASAI

KEMAHIRAN MENGHAFAL

JUMLAH

MURID (%)

1 Murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru.

4 Orang (11%)

2 Murid tidak berminat untuk menghafal ayat-ayat hafazan

kerana beranggapan ayat-ayat tersebut susah untuk dihafal

kerana ayatnya panjang.

3 Orang (8.8 %)

3 Murid tidak berasa seronok dan kurang keyakinan setiap kali

aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan dijalankan. 3 Orang (8.8 %)

4 Rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru menjalankan

aktiviti menghafal ayat-ayat hafazan kerana guru hanya

memberi arahan kepada murid supaya mengikuti bacaan

guru berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah akhir

waktu.Apabila letih, susah untuk meneruskan hafalan.

20 Orang

(58.8 %)

5 Murid berasa seronok dan yakin untuk menghafal ayat-ayat

hafazan.

4 Orang (5.8 %)

___________________________________________________________________________Muka surat 9 daripada 10

Page 10: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. 6.3 Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah murid Tahun

4 Melur yang tidak menguasai kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan atas sebab guru

tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran sebaliknya

menggunakan kaedah yang sama sahaja setiap kali proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Manakala teknik menghafal pula tidak dilakukan guru secara

sistematik. Fokus kajian ini adalah berkaitan dengan amalan pengajaran guru.

Berdasarkan tinjauan awal sebelum ini, saya telah menyediakan panduan dan

penerangan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta

teknik menghafal secara sistematik untuk diaplikasi oleh guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran ayat-ayat hafazan dalam kelas. Selain itu saya telah merancang

untuk mengadakan sesi pengajaran yang khusus dengan memberi tumpuan kepada

amalan pengajaran guru dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat

hafazan serta teknik menghafal secara sistematik. Saya turut menyediakan rancangan

pengajaran harian untuk dua sesi pengajaran.

Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan kepada guru Asuhan

Tilawah al-Quran semasa proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan

bagi kelas 4 Melur :

i. Guru dicadangkan supaya menerapkan panduan atau tatacara menghafaz al-Quran

di kalangan murid-murid.

ii.Guru dicadangkan supaya mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan

pembelajaran Ayat-ayat hafazan antaranya kaedah Talaqqi, kaedah Musyafahah,

kaedah Tikrar, Kaedah Cuba Jaya. kaedah sambung bacaan dan kaedah Tasmik.

iii. Guru dicadangkan supaya menjalankan teknik menghafal ayat-ayat al-Qur’an secara

sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan

iv. Guru dicadangkan supaya menerapkan secara maksimum metodologi dan psikologi

Pendidikan Asuhan Tilawah al-Qur’an supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat,

tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan, tidak berlumba-lumba untuk

___________________________________________________________________________Muka surat 10 daripada 10

Page 11: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. menghafal ayat-ayat hafazan tersebut dan menanamkan dalam diri mereka semangat

ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.

v. Guru dicadangkan supaya mempertingkatkan kemahiran membaca al-Qur’an dengan

baik, fasih dan bertajwid aeterusnya menjadi contoh kepada anak-anak didiknya serta

hendaklah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur.

vi. Guru dicadangkan untuk melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian yang

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta

teknik menghafal secara sistematik.

6.4 Pelaksanaan Tindakan

Pelaksanaan tindakan yang terlibat dalam kajian ini memberi penekanan

kepada pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat

hafazan yang sesuai serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik.

Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menghafal ayat-ayat

hafazan.

6.4.1 Pelaksanaan Panduan/Tatacara Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Ayat-ayat Hafazan Serta Teknik Menghafal Secara Sistematik

i.Guru menerapkan panduan atau tatacara menghafaz al-Quran kepada murid

Tahun 4 Melur melalui penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran

Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat Hafazan) iaitu :

• Ikhlas dalam niat dan amalan.

• Menggunakan satu mushaf dan tidak bertukar-tukar mushaf. Buku teks Asuhan

Tilawah al-Qur’an Jilid 2 juga boleh digunakan sepenuhnya.

• Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.

• Menghafal ayat-ayat hafazan secara berperingkat-peringkat.

• Biasakan diri selalu mendengar bacaan al-Qur’an contohnya mendengar pita

rakaman bacaan ayat-ayat hafazan yang dipelajari.

• Selalu tasmi’ bacaan/hafalan ayat-ayat hafazan tersebut di hadapan orang lain

yang mahir membaca al-Qur’an seperti guru Asuhan Tilawah al-Qur’an.

___________________________________________________________________________Muka surat 11 daripada 10

Page 12: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. ii.Guru mempelbagaikan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-

ayat hafazan untuk murid Tahun 4 Melur. Berikut adalah kaedah-kaedah

pengajaran dan pembelajaran tersebut :

• Kaedah Talaqqi.di mana murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru

dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian secara beramai-

ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru

sehingga guru berpuas hati.

• Kaedah Musyafahah.di mana guru membaca ayat terlebih dahulu dan didengar

oleh murid, kemudian murid diminta membaca ayat tadi dengan didengar oleh

guru atau mengikut bacaan guru.

• Kaedah Tikrar di mana guru memperdengarkan bacaan kepada murid berulang

kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru dengan baik.

Murid pula berulang kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah bimbingan

guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan bacaan

murid.

• Kaedah Cuba Jaya di mana murid-murid diberi masa yang terhad 10 hingga 15

minit untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta

membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru

meminta murid itu cuba hafal ayat itu sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan

dalam bentuk kumpulan atau individu.

• Kaedah Sambung Bacaan di mana guru membaca satu ayat dan meminta

murid-murid menyambung secara hafaz, atau pun kumpulan pertama membaca

ayat 1 secara hafaz, kumpulan kedua menyambung ayat 2 secara hafaz,

kumpulan ketiga menyambung ayat 3 secara hafaz juga dan begitulah

seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa

kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat 1 secara

hafaz kemudian meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat 2 secara

hafaz. Demikianlah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam

kalangan murid.

___________________________________________________________________________Muka surat 12 daripada 10

Page 13: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

• Kaedah Tasmik di mana murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah

atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid diminta membaca

ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Murid yang sudah

hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta

menghafaz lagi.

iii.Guru menjalankan teknik menghafal ayat-ayat al-Qur’an secara sistematik dalam

pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan iaitu :

• Murid diminta membaca ayat dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan

(tartil) mengikut bacaan guru. Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja.

• Murid diminta membaca ayat tadi dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga

lancar mengikut bacaan guru.

• Setelah lancar bacaan tadi, bolehlah meminta murid membacanya dengan lebih

cepat (tadwir) mengikut bacaan guru.

• Meminta murid ulang beberapa kali bacaan cepat tadi hingga lancar.

• Meminta murid cuba mengingati ayat tadi tanpa melihat buku teks. Jika salah

barulah kembali merujuk buku teks.

• Apabila berjaya menghafal ayat tadi, barulah beralih kepada ayat berikutnya

mengikut langkah-langkah menghafal ayat pertama tadi.

• Apabila berjaya menghafal ayat tersebut, guru meminta murid mengulangi ayat

pertama tadi sehingga ayat kedua secara hafaz kecuali kalau tersangkut barulah

merujuk buku teks.

• Murid diminta mengulangi ayat 1 hingga 2 beberapa kali secara cepat (tadwir)

sehingga lancar tanpa merujuk buku teks Asuhan Tilawah al-Qur’an.

• Murid diminta menghafal sehinggalah ayat terakhir menggunakan langkah2

seperti di atas tadi.

• Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat kerana ia boleh membantu

menguatkan hafalan.

___________________________________________________________________________Muka surat 13 daripada 10

Page 14: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. iv. Satu set Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan serta teknik menghafal secara

sistematik untuk guru jalankan di kelas Tahun 4 Melur turut disediakan dan

bolehlah dijadikan contoh oleh guru untuk set RPH seterusnya :

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Pendidikan Islam

Tahun :

Tarikh :

Masa :

Bilangan Pelajar :

Bidang : Asuhan Tilawah al-Qur’an (Surah al-A’diyat).

Tajuk : Membaca dan menghafaz Surah al-A’diyat ayat 1-3.

Pengetahuan Sedia Ada : Membaca dan menghafaz Surah al-Qoria’h ayat 1 -11.

Hasil Pembelajaran : Murid dapat

Aras 1 = Menyebut dengan betul potongan ayat daripada Surah al-A’diyat.

Membaca dan menghafaz potongan ayat 1 - 3 dengan bacaan yang betul.

Aras 2 = Membaca dan menghafaz potongan ayat 1- 3 dengan bertajwid.

Sentiasa membaca al-Qura’n dengan betul dan fasih.

Aras 3 = Membaca dan menghafaz potongan ayat 1- 3 secara bertajwid dan fasih.

Mengamalkan pembacaan al-Qur’an dengan fasih dan bertajwid.

Kemahiran berfikir : Menilai,.

Penerapan nilai : Ikhlas dalam niat dan amalan & menjauhkan diri daripada

melakukan maksiat.

Bahan Bantu Mengajar : Carta Surah al-A’diyat, bacaan ayat paparan LCD, kad

imbasan potongan-potongan ayat & Mushaf AL-Quran Rasm

Uthmani /Buku Teks Pendidikan Islam Jilid 2.

___________________________________________________________________________Muka surat 14 daripada 10

Page 15: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Pendahuluan

(2 minit)

Doa belajar Murid dan guru

membaca doa beramai-

ramai.

Set Induksi

(3 minit)

Paparan LCD tentang

seorang budak lelaki

sedang solat rakaat

pertama dan sedang

membaca surah al-

A’diyat selepas

membaca al-Fatihah.

1.Murid diminta

mendengar dengan teliti

surah yang dibaca

secara hafaz oleh

budak lelaki yang

sedang solat itu.

2.Murid diminta

menjawab soalan guru

“adakah budak lelaki itu

membaca atau

menghafal surah lazim

dengan lancar selepas

bacaan al-Fatihah

dalam solatnya?”

3.Kemudian murid

diminta menjawab

soalan guru yang

kedua, “ adakah murid-

murid pernah

mendengar surah

tersebut sebelum ini?

Kemahiran

Berfikir :

Menilai

Teknik : Soal

Jawab

Nilai :

Ikhlas dalam

niat dan

amalan

BBM : LCD

___________________________________________________________________________Muka surat 15 daripada 10

Page 16: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. 4.Guru mengaitkan

jawapan murid dengan

tajuk hari ini.

Langkah 1

(10 minit)

Surah al-A’diyat ayat

1-3.

Membaca potongan

ayat-ayat dengan

sebutan yang betul.

Latih tubi membaca

potongan ayat.

Apabila lancar, membaca

ayat demi ayat mengikut

teknik yang betul,

bermula dengan bacaan

perlahan setelah lancar

bolehlah membaca

secara tadwir.

Surah al-A’diyat

Ayat 1 – 3.

1.Murid diminta

mendengar pembacaan

guru dengan teliti serta

melihat pergerakan

mulut guru. Kemudian

secara beramai-ramai

murid-murid membaca

mengikut bacaan guru

dan diteliti oleh guru

sehingga guru berpuas

hati.

2. Guru membaca ayat

terlebih dahulu dan

didengar oleh murid,

kemudian murid diminta

membaca ayat tadi

dengan didengar oleh

guru atau mengikut

bacaan guru.

3.Setelah lancar

bacaan tadi, bolehlah

meminta murid

Kemahiran

Berfikir :

Mengecam

urutan ayat

Kaedah :

Talaqqi

Musyafahah

Teknik : Latih

tubi menghafal

secara

sistematik

Nilai :

Ikhlas dalam

niat dan

amalan.

BBM :

Kad

imbasan

potongan-

potongan ayat

&

___________________________________________________________________________Muka surat 16 daripada 10

Page 17: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. membacanya dengan

lebih cepat (tadwir)

mengikut bacaan guru.

4. Meminta murid ulang

beberapa kali bacaan

cepat tadi hingga lancar.

Carta Surah al-

Zalzalah.

Langkah 2

(15 minit)

Menghafaz Surah al-

A’diyat ayat 1 – 3

mengikut kaedah yang

dicadangkan dan teknik

menghafal secara

sistematik.

1 1.Meminta murid ulang

beberapa kali bacaan

cepat tadi hingga

lancar.

2. Meminta murid cuba

mengingati ayat tadi

tanpa melihat buku

teks. Jika salah barulah

kembali merujuk buku

teks.

3.Apabila berjaya

menghafal ayat tadi,

barulah beralih kepada

ayat berikutnya

mengikut langkah-

langkah menghafal ayat

pertama tadi.

4.Apabila berjaya

menghafal ayat tersebut,

guru meminta murid

mengulangi ayat

pertama tadi sehingga

Kemahiran

Berfikir :

Membuat

gambaran

mental.

Kaedah :

Tikrar.

Teknik : Latih

tubi menghafal

secara

sistematik.

BBM :

Carta Surah al-

Zalzalah.

___________________________________________________________________________Muka surat 17 daripada 10

Page 18: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. ayat kedua secara hafaz

kecuali kalau tersangkut

barulah merujuk buku

teks.

5.Murid diminta

mengulangi ayat 1

hingga 2 beberapa kali

secara cepat (tadwir)

sehingga lancar tanpa

merujuk buku teks

Asuhan Tilawah al-

Qur’an.

6.Murid diminta

menghafal sehinggalah

ayat ketiga

menggunakan langkah2

seperti di atas tadi.

7.Baca ayat-ayat yang

dihafaz itu dalam solat

kerana ia boleh

membantu menguatkan

hafalan.

Langkah 3

(15 minit)

Menghafal ayat 1 - 3 .

melalui kaedah cuba jaya

dalam masa yang terhad

sebanyak 15 minit.

1. Murid-murid diberi

masa yang terhad

selama 15 minit untuk

menghafaz ayat-ayat

tertentu sama ada

secara perseorangan

atau berkumpulan. Ia

terpulang kapada murid

sama ada secara

individu mahupun

Kemahiran

Berfikir :

Membuat

gambaran

mental &

membuat

urutan ayat

Kaedah : Cuba

Jaya & Kaedah

___________________________________________________________________________Muka surat 18 daripada 10

Page 19: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. berpasangan.

Sekiranya berpasangan

murid boleh meminta

rakannya itu

mendengar dan

menyemak

bacaan/hafalannya.

2. Selepas 15 minit atau

ada murid yang lebih

awal dapat

menghafalnya, murid

diminta membaca ayat

secara hafaz di

hadapan guru. Jika

murid belum hafaz,

guru meminta murid itu

cuba hafal ayat itu

sekali lagi. Kaedah ini

boleh dilaksanakan

dalam bentuk kumpulan

atau individu.

Tasmik.

Teknik : Latih

tubi menghafal

secara

sistematik.

BBM : Mushaf

AL-Qura Rasm

Uthmani /Buku

Teks

Pendidikan

Islam Jilid 2.

Penilaian

Tahap

Bacaan/Hafalan

Murid

(10 minit)

Penilaian tahap

bacaan/hafalan murid

berdasarkan kemampuan

murid menyambung

bacaan guru atau bacaan

di kalangan murid.

Surah al-A’diyat

Ayat 1-3.

1. Murid diminta berada

dalam kumpulan

masing-masing.

2.Guru membaca satu

ayat dan meminta

murid-murid

menyambung secara

hafaz, atau pun

kumpulan pertama

membaca ayat 1

secara hafaz, kumpulan

Kemahiran

Berfikir :

Membuat

gambaran

mental dan

membuat

urutan.

Kaedah:

Sambung

bacaan.

___________________________________________________________________________Muka surat 19 daripada 10

Page 20: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. kedua menyambung

ayat 2 secara hafaz,

kumpulan ketiga

menyambung ayat 3

secara hafaz juga dan

begitulah seterusnya

sambung-menyambung

bacaan secara hafaz

antara beberapa

kumpulan murid.

3.Kemudian guru

meminta seorang murid

membaca ayat 1 secara

hafaz kemudian

meminta seorang murid

lain menyambung

bacaan ayat 2 secara

hafaz. Demikianlah

seterusnya sambung-

menyambung bacaan

hafazan dalam

kalangan murid.

Teknik : main

peranan.

Penutup

(5 minit)

Rumusan dan refleksi :

Surah al-A’diyat

sekiranya sudah

menghafal ayat 1-3, ia

dijadikan bacaan iaitu

boleh dibaca dalam

solat harian untuk

menguatkan hafalan.

1. 1. Guru memberi kata-

kata penghargaan

kepada murid yang

berjaya menghafal

ayat 1-3.

2. Guru memberi kata-

kata perangsang

kepada murid yang

belum menghafal

ayat 1- 3.

3. Guru membuat

kesimpulan bahawa

hanya dengan

Kaedah :

Tasmik

Nilai :

Menjauhkan

diri daripada

melakukan

maksiat.

___________________________________________________________________________Muka surat 20 daripada 10

Page 21: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. kesungguhan dan

usaha yang tekun

boleh membantu

murid untuk

menghafal surah az-

Zalzalah dengan

betul dan lancar.

4. Guru meminta murid

membaca dan

menghafal Surah az-

Zalzalah ayat 1-3

semasa berada di

rumah dan akan

dinilai semula oleh

guru.

Refleksi :__________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

v. Ujian Penilaian Tahap Bacaan/Hafalan Murid kali kedua secara individu turut

dijalankan selepas menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat

Hafazan yang memberi penekanan kepada penggunaan pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta teknik menghafal ayat-ayat hafazan. Ujian ini

untuk mengesan perkembangan kemampuan murid menghafal ayat-ayat hafazan

setelah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan yang mana

pengisiannya telah dirancang rapi dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang pelbagai dan teknik menghafal secara sistematik tersebut.

___________________________________________________________________________Muka surat 21 daripada 10

Page 22: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. 7.0 Dapatan Kajian

Bagi mengetahui keberkesanan perlaksanaan tindakan dalam kajian ini, saya telah

membuat penilaian dan refleksi ke atas beberapa tindakan lalu seperti berikut :

i. Pemerhatian Proses Pengajaran & Pembelajaran Ayat-ayat Hafazan untuk Kelas 4

Melur Yang Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Serta

Teknik Menghafal Ayat-ayat Hafazan Secara Sistematik.

Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran

Ayat-ayat Hafazan untuk kelas 4 Melur tetapi tidak dengan penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang terhad dan asyik kaedah yang sama sahaja digunakan

dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajarannya, sebaliknya saya mengisinya

dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta teknik

menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Saya telah menggunakan borang

pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan yang pelbagai serta pelaksanaan teknik

menghafal secara sistematik oleh guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan tersebut.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama 4 minggu berturut-turut, saya

dapati guru yang mengajar Ayat-ayat Hafazan di kelas 4 Melur berjaya mempelbagaikan

penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan dan berjaya

menganjurkan teknik menghafal ayat-ayat hafazan secara sistematik. Guru tersebut juga

berjaya meningkatkan tahap bacaan/hafalan murid-murid Tahun 4 Melur. Guru tersebut

turut berjaya menyelesaikan masalah murid yang cepat merasa bosan dan cepat penat

sehingga mengganggu konsentrasi mereka untuk menghafal ayat-ayat hafazan tersebut.

Selain itu, saya dapati beberapa objektif P&P tersebut tercapai iaitu :

a. Mencapai objektif P&P (Minggu pertama) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz potongan ayat 1 – 3 dengan bertajwid. Sebelum ini hanya 4 orang

sahaja yang berjaya menghafalnya. Kempat-empat orang tersebut merupakan

murid yang sama sahaja semenjak daripada Hafalan Surah AL-A’diyat lagi.

b. Mencapai objektif P&P (Minggu Kedua) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz potongan ayat 3 – 6 Surah AL-A’diyat dengan bertajwid.

c. Mencapai objektif P&P (Minggu ketiga) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz ayat 6-9 Surah al-a’diyat dengan bertajwid.

d. Mencapai objektif P&P (Minggu keempat) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz ayat 9-12 Surah al-a’diyat dengan bertajwid.

___________________________________________________________________________Muka surat 22 daripada 10

Page 23: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Secara keseluruhannya, hasil dapatan analisis pemerhatian ke atas proses

pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan Tahun 4 Melur, penggunaan pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara

sistematik dalam proses P&P dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran

menghafal ayat-ayat hafazan dengan betul dan lancar. Berbanding dengan tahap bacaan

murid pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu sebelum ini, hanya 4 orang murid yang

sama sahaja dapat menghafal Surah al-Qoria’h dan Surah al-A’diat. Murid lain masih

tersangkut-sangkut hafalan mereka. Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk

mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran Ayat-ayat Hafazan ini dengan

penggunaan pelbagai kaedah P&P serta teknik menfghafal secara sistematik diajar kepada

murid-murid. Tidak hanya terbatas kepada satu atau dua kaedah sahaja sehingga

menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti menghafal ayat-ayat

hafazan tersebut seterusnya membuatkan mereka tidak menghafal dengan kosentrasi yang

baik. Namun, murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai kemahiran

menghafal ayat-ayat hafazan tersebut yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru.

ii. Penilaian dan refleksi berdasarkan maklumbalas daripada Ujian Pengesanan Tahap

Bacaan/ Hafalan Murid di awal kajian (ujian pertama) dan di akhir kajian (ujian

kedua)

Bagi mengetahui keberkesanan pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran serta teknik menghafal secara sistematik di dalam proses P&P Asuhan

Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat Hafazan) yang telah dijalankan di kelas Tahun 4 Melur, saya

telah menjalankan Ujian Pengesanan Tahap Bacaan/Hafalan Murid untuk kali kedua pada

akhir kajian ini. Ujian ini meliputi ayat 1 hingga 11 Surah al-A’diyat dihafal oleh murid

secara individu di hadapan guru. Berdasarkan hasilan ujian pengesanan tahap

bacaan/hafalan ini sebelum kajian ini berakhir, saya dapati bilangan murid yang dapat

menghafal surah az-Zalzalah ayat 1 – 8 dalam ujian akhir (kali kedua) meningkat kepada 21

orang berbanding hanya 4 orang murid sahaja yang dapat menghafalnya dalam ujian

pengesanan bacaan/hafalan (ujian pertama) sebelum ini. Ini bererti setelah sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan selama 4 minggu berturut-turut oleh guru Asuhan Tilawah al-

Qur’an menggunakan Rancangan Pengajaran Harian yang saya lengkapi dengan pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan serta teknik menghafal secara

sistematik, penguasaan murid terhadap kemahiran menghafal ayat-ayat hafazan serta teknik

menghafalnya secara sistematik semakin bertambah baik.

___________________________________________________________________________Muka surat 23 daripada 10

Page 24: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Berikut adalah keputusan Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid 4 Melur (ujian

kedua) selepas pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang

dicadangkan kepada Guru Asuhan Tilawah al-Qur’an dilaksanakan selama 4 minggu

berturut-turut.

Perkara / Aspek

Bilangan Murid Mengikut Tahap

Penguasaan Kemahiran Menghafal

Ayat-ayat Hafazan

Bacaan/hafazan

baik

Bcaan/hafazan

Lemah

Menghafaz ayat dengan sebutan huruf

yang betul. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan bacaan

panjang pendek yang betul. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan tajwid yang

betul. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan bertajwid dan

lancar. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan turutan yang

betul, bertajwid dan lancar. 21 orang 13 orang

8.0 Refleksi Kajian

Hasil dapatan analisis Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan kali kedua ini, saya dapati

seramai 21 orang murid sebenarnya memiliki kemampuan menguasai kemahiran menghafal

ayat-ayat hafazan dengan betul dan lancar ekoran daripada proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih baik daripada sebelum ini. Guru mampu melahirkan murid yang

berkemahiran menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Seramai 13 orang murid yang lain

masih belum berjaya menghafal ayat-ayat hafazan tersebut. Ini disebabkan banyak faktor

mengapa murid-murid ini masih belummenghafal ayat-ayat hafazan tersebut antaranya ialah

keupayaan murid tidak sama, belum menguasai bunyi sebutan huruf Hijaiyyah, murid yang

lemah rasa rendah diri, murid terlalu ramai menyebabkan guru tidak boleh memberikan

perhatian yang sewajarnya untuk seorang murid, ada dikalangan murid yang tidak

menghadirkan diri, murid cepat merasa bosan dan kebanyakkan ibubapa kurang

mementingkan pendidikan Al-Quran di rumah dan hanya mengharapkan tunjuk ajar guru di

sekolah semata-mata.

___________________________________________________________________________Muka surat 24 daripada 10

Page 25: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

9.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Saya mendapati kajian tindakan tentang meningkatkan kemahiran menghafal ayat-

ayat hafazan di kalangan Tahun 4 Melur ini perlu diteruskan untuk semua kelas supaya guru

dapat meningkatkan lagi penguasaan di kalangan murid terhadap kemahiran menghafal

ayat-ayat hafazan ini melalui penambahbaikan dari segi amalan pengajaran guru semasa

proses pengajaran dan pembelajaran ayat-ayat hafazan tersebut. Saya bercadang untuk

meneruskan kajian ini dengan memberi penekanan kepada kefahaman terjemahan ayat-

ayat hafazan bagi membantu murid cekap menghafal ayat-ayat hafazan seterusnya

mengamalkannya dalam bacaan solat harian. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa

bijak mencorakkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Rumusan/Penutup

Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian tindakan ini, dapatlah dirumuskan bahawa

Pencapaian murid banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar semasa proses pengajaran

dan pembelajaran ayat-ayat hafazan.Penggunaan kaedah pengajaran yang terhad atau

tidak dipelbagaikan menjadi faktor utama membuatkan murid menjadi bosan dan tidak

memberikan tumpuan kepada pelajaran sehingga ini menjejaskan proses pembelajaran

atau hafalan ayat-ayat hafazan. Kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid

boleh dipertingkatkan apabila masalah sebenar sedemikian dapat diatasi. Bagi memahami

masalah murid seperti guru hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan murid-

murid sepanjang proses P&P dijalankan seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru

mengajar, tidak aktif dan murid menjadi bosan sehingga tidak memberi tumpuan kepada

pelajaran.. Semua ini adalah petunjuk kepada keberkesanan pengajaran guru.

Walaubagaimanapun, kewujudan masalah ini sebenarnya turut dipengaruhi oleh beberapa

faktor iaitu guru terikat dengan beban sukatan pelajaran tahunan. Guru bertukus lumus

menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira prestasi murid. Ini menjadi

kengkangan untuk mencapai pengajaran yang berkualiti. Dengan itu, kajian tindakan

meningkatkan kemahiran murid menghafal ayat-ayat hafazan di kalangan murid Tahun 4

Melur ini memberi banyak panduan dan kesedaran kepada guru bahawa guru itu harus bijak

menggunakan kaedah pengajaran sepenuhnya kerana ia boleh memberi kesan yang

mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan

kepada jiwa serta menyentuh perasaan murid supaya mereka akan memberi tumpuan yang

___________________________________________________________________________Muka surat 25 daripada 10

Page 26: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat serta bertahan lebih lama

khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat-ayat Hafazan).

Rujukan / Bibliografi

Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Shah

Alam Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Atan Long (1981). Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad (2010). Styrategi Pengajaran

Guru Cemerlang, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hassan Langgulung (1981). Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam Kuala, Kuala

Lumpur : Pustaka Antara.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran, Universiti Teknologi, Johor Bahru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4.

Mook Soon Sang (1992). Pedagogi 2.: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro, Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman.

Mook Soon Sang (1996). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan, Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran

Berkesan, Shah Alam Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Othman Lebar, Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Omar Hisham Mohd Baharin,

Ismail Raof (2011). Modul Pengajaran, Teknolgi Dan Penaksiran2 KPD 3026, Perak :

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

___________________________________________________________________________Muka surat 26 daripada 10

Page 27: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH. Zawawi Hj. Ahmad (1984). Pendidikan Islam Kaedah & Teknik Pengajaran, Petaling Jaya :

International Book Service.

Lampiran

1.Borang Soal Selidik untuk diisi oleh murid Tahun 4 Melur

SKALA

1 2 3 4 5

Sangat tidak

setuju

Tidak setuju Kurang Setuju Setuju Sangat setuju

Bil. Skala 1 2 3 4 5

1 Saya tidak memberi tumpuan kepada

pengajaran guru.

2 Saya tidak berminat untuk menghafal ayat-ayat

hafazan kerana beranggapan ayat-ayat

tersebut susah untuk dihafal kerana ayatnya

panjang.

3 Saya tidak berasa seronok dan kurang

keyakinan setiap kali aktiviti menghafal ayat-

ayat hafazan dijalankan.

4 Saya rasa bosan dan rasa letih setiap kali guru

menjalankan aktiviti menghafal ayat-ayat

hafazan kerana guru hanya memberi arahan

kepada murid supaya mengikuti bacaan guru

berulang-ulang kali secara hafaz sehinggalah

akhir waktu. Apabila letih, susah untuk

meneruskan hafalan.

5 Saya berasa seronok dan yakin untuk

menghafal ayat-ayat hafazan.

___________________________________________________________________________Muka surat 27 daripada 10

Page 28: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

2. Dapatan Pemerhatian keatas proses P&P selama 4 minggu berturut-turut :

a. Mencapai objektif P&P (Minggu pertama) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz potongan ayat 1 – 3 dengan bertajwid. Sebelum ini hanya 4 orang

sahaja yang berjaya menghafalnya. Kempat-empat orang tersebut merupakan

murid yang sama sahaja semenjak daripada Hafalan Surah AL-A’diyat lagi.

b. Mencapai objektif P&P (Minggu Kedua) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz potongan ayat 3 – 6 Surah AL-A’diyat dengan bertajwid.

c. Mencapai objektif P&P (Minggu ketiga) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz ayat 6-9 Surah al-a’diyat dengan bertajwid.

d. Mencapai objektif P&P (Minggu keempat) iaitu seramai 21 orang murid dapat

menghafaz ayat 9-12 Surah al-a’diyat dengan bertajwid.

3. Dapatan terakhir Ujian Pengesanan Bacaan/Hafalan Murid Tahun 4 Melur :

Perkara / Aspek

Bilangan Murid Mengikut Tahap

Penguasaan Kemahiran Menghafal

Ayat-ayat Hafazan

Bacaan/hafazan

baik

Bcaan/hafazan

Lemah

Menghafaz ayat dengan sebutan huruf

yang betul. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan bacaan

panjang pendek yang betul. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan tajwid yang

betul. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan bertajwid dan

lancar. 21 orang 13 orang

Menghafaz ayat dengan turutan yang

betul, bertajwid dan lancar. 21 orang 13 orang

___________________________________________________________________________Muka surat 28 daripada 10

Page 29: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

___________________________________________________________________________Muka surat 29 daripada 10

Page 30: Laporan Kajian-meningkatkan Kemahiran Menghafal Ayat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN, SABAH.

Dapatan Soal Selidik Pelajar

___________________________________________________________________________Muka surat 30 daripada 10