Upload
others
View
127
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
TARIKH : 02 MAC 2018
HARI : JUMAAT
TEMPAT : PADANG, SK TASEK DERMAWAN
LAPORAN KEJOHANAN
OLAHRAGA KALI KE 16
SK TASEK DERMAWAN
2018
KERTAS
KERJA
BUKU
PROGRAM
INFO
BERGAMBAR
Perbarisan Rumah Perdana Perbarisan Rumah Wira
Perbarisan Rumah Waja Perbarisan Rumah Putra
Perbarisan Prasekolah
Kontigen Perbarisan Kontigen perbarisan bersama tuan perasmi.
Gimik perasmian
Ibu bapa hadir memberikan sokongan.
Ucapan perasmian oleh Tn Hj Ishsam Shanruddin
Perasmi menyampaikan hadiah kepada pemenang
PKKO menyampaikan hadiah kepada pemenang. Rumah Wira menjadi Johan Perbarisan
Olahragawan dan Olahragawati
Penyampaian hadiah acara ibu bapa.
Johan Keseluruhan ialah Rumah Perdana
LAMPIRAN VIDEO :
Youtube : ‘Kejohanan Olahraga SKTD 2018’
https://www.youtube.com/watch?v=VQcxJbyNr5A
Guru-guru bergambar sebagai kenangan.
keputusan
DAPATAN
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI -16
SK TASEK DERMAWAN
TAHUN 2018
Laporan Pelaksanaan Program
Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan pada
hari Jumaat, 2 Mac 2018 bertempat di padang sekolah SKTD. Pihak sekolah berbesar hati kerana
Tn Hj Ishsam bin Shahruddin, Pengarah Urusan Ambang Korporat telah sudi hadir dan
merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini. En Shamsul Kamar, Naib Yang Dipertua PIBG SK
Tasek Dermawan turut hadir bagi memeriahkan majlis.
Kejohanan yang bermula pada pukul 8 pagi menyaksikan 5 kontigen Pasukan Rumah
Sukan dan Prasekolah mengambil bahagian dalam pertandingan perbarisan. Setiap pasukan
diiringi oleh maskot Adiwira seperti Captain Amerika, Spiderman, Batman dan lain-lain lagi.
Kesemua kontigen perbarisan telah memberikan persembahan yang menarik dan berdisiplin serta
menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar, diikuti dengan ucapan perasmian oleh
Tn Hj Ishsam. Murid-murid berasa teruja dan gembira apabila tuan perasmi menghadiahkan
sejumlah wang tunai kepada setiap pasukan rumah sukan. Untuk gimik pelancaran, Tn Hj Ishsam
telah melepaskan belon-belon yang terdiri daripada 4 warna rumah sukan ke udara.
Acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah larian 50m, larian 80m, 100m dan
4x100m. Acara tarik tali akhir dan acara ibu bapa (leret kelapa dengan kayu hoki) turut diadakan
sebagai acara kemuncak kejohanan. Kesemua acara dapat dijalankan dengan lancar.
Kejohanan Olahraga pada pagi ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua
pemenang. Rumah Wira telah menjadi Johan acara tarik tali dan pertandingan perbarisan .
Olahragawan dan olahragawati pada tahun ini disandang oleh Muhammad Noor Iman bin Noor
Kamal dan Intan Qistina binti Mohd Hamezan dari rumah Perdana. Keputusan akhir
menyaksikan rumah Perdana menjadi Johan Keseluruhan sekaligus mengekalkan kejuaraan pada
tahun lepas. Kejohanan Olahraga Kali ke-16 berakhir pada pukul 11.00 pagi.
Refleksi
Kekuatan /Kelebihan:
1. Program ini melibatkan warga sekolah secara menyeluruh termasuklah guru, kakitangan,
murid-murid serta ibu bapa.
2. Acara dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
3. Semua peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua acara yang dilaksanakan.
4. Pihak sekolah menerima sumbangan hadiah dari pelbagai pihak.
Kelemahan/ Kekangan/ Masalah yang dikenalpasti :
1. Tiada pertandingan hiasan rumah sukan kerana sumber kewangan yang terhad.
2. Tiada acara untuk pegawai dan kakitangan.
Cadangan Penambahbaikan
1. Mengadakan pertandingan hiasan rumah sukan.
2. Mengadakan acara untuk pegawai dan kakitangan.
Kesimpulan : Keseluruhannya, Kejohanan Olahraga SK Tasek Dermawan kali ke-16 berjaya
dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.
Disediakan oleh, Disemak oleh ,
………………… …………………………
(NOR EMYLIA BT MUHAWIZ) (PN JUMRAH BT SULTAN)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum,
Disahkan oleh,
...................................
(PAIZAH BINTI ALIAS)
Guru Besar