Upload
vkeyviknes2579
View
189
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan
Citation preview
Laporan Kuiz IQ Peringkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanah Rata.
Pada 16-20 April, diadakan pertandingan Kuiz IQ peringkat sekolah di SJK (T)
Tanah Rata. Seramai 74 murid daripada tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dalam
pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan mengikut kelas. Pertandingan ini
berbentuk akademik. Tema pertandingan ini adalah “Murid Pintar Sekolah
Cemerlang”.
Kami menjalankan pertandingan Kuiz IQ di bawah Persatuan Bahasa Tamil.
Kami memilih pertandingan kuiz ini kerana pertandingan ini dapat meningkatkan
tahap IQ dalam kalangan murid-murid S.J.K (T) Tanah Rata. Pn. Thavamalar dan
Pn. Krishnammal menjadi penasihat bagi pertandingan kuiz ini. Sambutan yang
diberikan oleh warga sekolah terhadap pertandingan ini adalah sangat
menggalakkan.
Pertandingan ini dijalankan selama 3 hari. Pada 18 April, kami melaksanakan
kepada murid-murid tahun 3. Seterusnya, pada 19 April, murid-murid daripada tahun
4 menyertai pertandingan ini. Akhir sekali, pertandingan ini dijalankan bagi murid-
murid tahun 5 dan 6. Pertandingan kuiz ini dijalankan selama 30 minit.
Kami memilih 3 orang murid daripada setiap kelas sebagai pemenang.
Pemenang pertandingan kuiz diberikan hadiah pada 23 April semasa perhimpunan.
Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Daripada pertandingan kuiz ini, murid-murid meningkatkan pengetahuan am
mereka. Kami dapat menerapkan perasaan cinta akan negara dalam diri setiap
murid. Murid-murid telah melibatkan diri dengan penuh semangat dalam
pertandingan kuiz ini.
Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan
oleh Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SJK (T) Tanah Rata. Kami juga
berterima kasih kepada guru penasihat, Pn. Krishnammal yang banyak memberikan
bimbingan kepada kami dalam melaksanakan pertandingan ini dengan sempurna.
Disediakan oleh, 28 Mac 2012
_______________
(VANITHA MUNUSAMY)
Setiausaha Pertandingan Kuiz
SJK (T) Tanah Rata, Cameron Highlands.
_______________
(VIKNESWARI PERUMAL)
Setiausaha Pertandingan Kuiz
SJK (T) Tanah Rata, Cameron Highlands.
Lampiran
LAPORAN BERGAMBAR PERTANDINGAN KUIZ IQ
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012