Upload
fitri-ayub
View
87
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
laporan
Citation preview
Laporan Lawatan ke Dataran Tiananmen
Dataran Tiananmen merupakan tempat yang pertama kami lawati setelah
menempuhi perjalanan selama lebih kurang enam jam sebelum sampai di Beijing.
Dataran ini adalah dataran yang besar berdekatan pusat bandaraya Beijing dan
dinamakan Tiananmen iaitu bermaksud Pintu Damai Syurga. Dataran ini sangat
penting selaku lambing kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-
peristiwa terpenting dalam sejarah China. Dataran ini meliputi 40.5 hektar dan
menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
Gambar 1: Peta Dataran Tiananmen
Dataran Tiananmen juga merupakan tempat pengisytiharan negara China
sebagai sebuah Republik oleh Pengerusi Mao Tze Dong pada 1 Oktober 1949.
Setiap tahun pada 1 Oktober, negara China akan meraikan hari kebangsaan mereka
dan di sinilah tempat rakyat berkumpul. Sepanjang minggu pertama Oktober adalah
cuti umum. Manusia dari pelbagai pelosok China datang ke sini dan tempat ini akan
menjadi sesak. Polis akan sentiasa mengawasi tempat ini kerana dikhuatiri orang
awam akan melakukan demonstrasi. Namun begitu, kami tidak berpeluang untuk
melihat sambutan hari kebangsaan Republik China kerana lawatan kami adalah
pada bulan November.
Gambar 2: Sekitar Dataran Tiananmen
Dataran ini sering dijadikan tempat oleh rakyat untuk melakukan demonstrasi.
Antara demonstrasi yang terbesar dan terkenal adalah demonstrasi pelajar pada
tahun 1989. Demonstrasi tersebut mendapat liputan yang meluas di media massa
seluruh dunia. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya kita sentiasa memerhati
polis dan pengawal keselamatan sentiasa mengawal kawasan ini.
Gambar 3: Pelancong yang melawat Dataran Tiananmen
Kami memperoleh pengalaman yang sangat berharga kerana dapat melihat
sendiri dataran yang sangat luas ini secara nyata. Di dataran ini juga, tandas awam
juga disediakan untuk kemudahan pelancong yang datang. Namun begitu, Dataran
Tiananmen ini juga menjadi tempat untuk rakyat tempatan melakukan penipuan
seperti menawarkan perkhidmatan melancong ke Tembok Besar dan tempat-tempat
lain di Beijing. Kami juga terserempak dengan mereka yang menjual barangan dan
menawarkan perkhidmatan ‘fotografi tidak rasmi’ kepada kami iaitu menangkap
gambar secara tidak sedar dan ingin menjual gambar kepada kami. Kami juga agak
terkejut kerana terdapat juga rakyat China yang boleh berbahasa Melayu walaupun
hanya beberapa istilah untuk menarik minat pelancong dari Malaysia seperti
perkataan ‘murah’.
Kesimpulannya, lawatan ke Dataran Tiananmen ini memberikan impak yang
besar kepada guru pelatih seperti kami. Lawatan ke dataran ini bukan semata-mata
atas faktor keseronokan semata-mata tetapi juga memberikan pengalaman yang
amat bermakna. Semoga lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan
datang.
Disediakan oleh,
___________________________
( )