10
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK KUALA SENTOL KE KUANTAN Tarikh: 27 hingga 28 September 2013 Unit Lawatan Sekolah Kebangsaan Kuala Sentol telah mengadakan lawatan ke Kuantan, Pahang pada 27 hingga 28 September 2013. Aktiviti ini disertai oleh 38 orang murid dengan 5 orang pengiring. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk member pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah, merapatkan hubungan antara guru dengan murid, dan menanam sikap berdikari, keberanian, dan bijak mengurus masa dalam kalangan murid. Murid-murd yang mengikuti lawatan ini terdiri daripada jawatankuasa unit lawatan daripada tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 SK Kuala Sentol. Penyertaan juga dibuka kepada murid- murid yang berminat. Guru-guru yang mengiringi murid pula ialah: a) En. Rosli bin Saad b) En.Mohd Izwan bin Rahim c) En. Nurul Adli bin Abdul Karim d) Pn. Wan Nashariha binti Wan Abdullah e) Pn. Halina binti Kasim Tumpuan utama lawatan ke Night Safari, Gambang Water Park dan Zoo Teruntum, Kuantan adalah untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna di sekitar Zoo Teruntum dan Night Safari Gambang. Manakala aktiviti di Gambang Water Park pula adalah untuk menilai tahap kepimpinan, kerjasama dan mengikut segala arahan yang diberikan. Aktiviti ini juga untuk membina nilai yakin diri dan

Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LAPORAN

Citation preview

Page 1: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJARSK KUALA SENTOL KE KUANTAN

Tarikh: 27 hingga 28 September 2013

 Unit Lawatan Sekolah Kebangsaan Kuala Sentol telah mengadakan lawatan ke Kuantan,

Pahang pada 27 hingga 28 September 2013. Aktiviti ini disertai oleh 38 orang murid dengan 5 orang pengiring.

 Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk member pengalaman kepada murid-murid

untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah, merapatkan hubungan antara guru dengan murid, dan menanam sikap berdikari, keberanian, dan bijak mengurus masa dalam kalangan murid.

 Murid-murd yang mengikuti lawatan ini terdiri daripada jawatankuasa unit lawatan

daripada tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 SK Kuala Sentol. Penyertaan juga dibuka kepada murid-murid yang berminat.

Guru-guru yang mengiringi murid pula ialah:a)      En. Rosli bin Saadb)      En.Mohd Izwan bin Rahimc)      En. Nurul Adli bin Abdul Karimd)      Pn. Wan Nashariha binti Wan Abdullahe)      Pn. Halina binti Kasim

Tumpuan utama lawatan ke Night Safari, Gambang Water Park dan Zoo Teruntum, Kuantan adalah untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna di sekitar Zoo Teruntum dan Night Safari Gambang. Manakala aktiviti di Gambang Water Park pula adalah untuk menilai tahap kepimpinan, kerjasama dan mengikut segala arahan yang diberikan. Aktiviti ini juga untuk membina nilai yakin diri dan keberanian bagi murid-murid. Di bawah adalah laporan aktiviti bergambar sepanjang program lawatan tersebut.

HariPertama

Kami berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Pada pukul 8.15 pagi kami bertolak ke Zoo Teruntum, Kuantan. Kami tiba di Zoo Teruntum pada pukul 10.20 pagi, kemudian pada pukul 12.00 tengahari kami menuju ke Taman Gelora untuk makan tengahari dan solat Jumaat di masjid Taman Gelora. Kemudian pada pukul 2.15 petang, kami bertolak ke Bukit Gambang untuk masuk Safari dan pukul 5.40 petang kami menuju ke tempat menginap di No. 24 Lorong Gambang Damai 28, 26300 Gambang, Kuantan. Manakala selepas solat Maghrib, pukul 8.00 malam, rombongan kami ke Night Safari.

Page 2: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

 

  

ZOO TERUNTUM

Page 3: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

 

 

PANTAI TAMAN GELORA

KEDAI MAKAN TAMAN GELORA

Page 4: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

 

SAFARI GAMBANG

SAFARI GAMBANG

Page 5: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan
Page 6: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

 

NIGHT SAFARI

Page 7: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

Hari Kedua

Pada pukul 6.00 pagi, bangun dari tidur dan solat Subuh, kemudian kami sarapan pada pukul 8.30 pagi. Kemudian pada pukul 9.00 pagi, kami bertolak ke Gambang Water Park untuk mandi dan bermain permainan semua aktiviti yang disediakan dengan kawalan pegawai tempat tersebut. Pada pukul 1.00 tengahari kami makan dan solat Zohor. Kemudian pada pukul 2.00 petang, kami meneruskan aktiviti di Gambang Water Park sehingga pukul 4.30 petang.Kami makan dan solat Asar di masjid Kampung Gelugor, Paya Bungor pada pukul 5.40 petang.

Kemudian kami bertolak ke SK Kuala Sentol dan tiba pada pukul 8.00 malam.

 

 

WATER PARK GAMBANG

Page 8: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

Alhamdulillah, semua aktiviti dan perjalanan lawatan berjalan dengan lancer dan tiada apa-apa perkara yang buruk berlaku.

BAS SEWA KHAS ROMBONGAN

Page 9: Laporan Lawatan Sambil Belajar Sk Kuala Sentol Ke Kuantan

 Laporan disediakan oleh,

…………………………………..(ROSLI BIN SAAD)Ketua Lawatan SekolahSK Kuala Sentol