Click here to load reader
Upload
nur-shazwaniabdrahman
View
375
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PPIM
Citation preview
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUKMUKASURAT
1 PENDAHULUAN RASIONAL OBJEKTIF
1
2AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN MINI HARI PUTERI
2
3 ATUR CARA SAMBUTAN MINI HARI PUTERI 3
4
LAPORAN AKTIVITI BERSERTA GAMBAR Pendaftaran Tatacara Perjumpaan , Kawad Kaki,
Menaikkan Bendera Kem Kemahiran Pasang Khemah Pertandingan Bacaan Ayat Lazim Bacaan Ayat Lazim Pertandingan Peta I-Think : Tatacara
Berwuduk Bengkel Aspresiasi Seni Halus ( Hiasan Diri ) Pertandingan Penyediaan Hidangan Minum
Petang Perasmian Penutup
4
5 LAMPIRAN
Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Melalui kegiatan kokurikulum diharapkan murid-murid yang melibatkan diri dalam unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di SK Nuri akan menjadi pemangkin kecemerlangan di bidang kurikulum dan kokurikulum.
Sambutan Mini Hari Puteri Unit Beruniform PPIM (Pergerakan Puteri Islam Malaysia) merupakan aktiviti unit beruniform yang disertai oleh semua ahli pasukan unit beruniform PPIM SK Nuri, Johol. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli unit PPIM ini tentang pencapaian dan kriteria pemilihan serta pengiktirafan Puteri Bongsu bagi sekolah rendah . Selain itu, aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Di akhir Sambutan Mini Hari Puteri ini, murid-murid akan dapat: Memahami Tatacara Perjumpaan, Kawad Kaki dan Menaikkan Bendera. Membaca dan menghafaz ayat – ayat lazim Al Quran dengan baik dan betul. Membina salah satu Peta Pemikiran untuk menguji pemahaman murid tentang
Tatacara Berwuduk Membina jati diri murid dalam Kemahiran Apresiasi Seni Halus. Murid dapat memahami Tatacara Berwuduk dan Solat Jemaah yang betul. Melahirkan murid untuk menyediakan hidangan minum petang mengikut
kreativiti murid. Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
RASIONAL
menghargai alam sekitar.Melahirkan murid-murid ke arah PDP Alaf Abad Ke – 21 yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
Pendaftaran & Buku Program
Taklimat dan tempat Pertandingan
Tentatif Aktiviti
Makanan & Kebajikan
: Pn Adibah Bt Daud
: Cik Hazirah Bt Ismail
: Pn Nor Hayati Bt Abdul Wahab
: Pn Suria Bt Mohd Karim
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
Timb .Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Setiausaha
Bendahari
Kem Komanden
AJK
: Pn Hjh Hamijah Bt Hassim ( Guru Besar )
: En.Kamarusman B Isa( GPK Ko Kurikulum)
: En Badarudin B Hj Idris ( GPK 1)
: Pn Hjh Norlizan Bt Wahab ( GPK HEM)
: Pn Nor Zahayu Bt Zakaria
: Pn Suria Bt Mohd Karim
: Pn Nor Hayati Bt Abdul Wahab
Cik Hazirah Bt Ismail
: Pn Hjh Adibah Bt Daud
Pn Nur Shazwani Bt Abdul Rahman
Pn Faizulaini Bt Abd Fathi
Pn Norani Bt Zakaria
Sijil
Hadiah
Pengacara Majlis
Jurufoto & Dokumentasi
: Pn Norani Bt Zakaria
: Pn Norzahayu Bt Zakaria
: Pn Faizulaini Bt Abd Fathi
: Pn Nur Shazwani Bt Abdul Rahman
MASA AKTIVITI
7.30 pagi Pendaftaran dan Taklimat
8.00 pagiTatacara Perjumpaan , Kawad Kaki ,Menaikkan Bendera
9.00 pagi Kem Kemahiran Pasang Khemah
10.00 pagi Kudapan Pagi dimulakan dengan doa sebelum makan
10.30 pagi Pertandingan Bacaan Ayat Lazim
11.30 pagi Pertandingan Peta I-Think : Tatacara Berwuduk
1.30 petang Bengkel Aspresiasi Seni Halus ( Hiasan Diri )
2.30 petangMakan tengahari dimulakan dengan doa makan.
Taklimat Tatacara Berwuduk & Solat Zohor Berjemaah
3.30 petang Pertandingan Penyediaan Hidangan Minum Petang
4.00 - 5.00 Perasmian Penutup
ATUR CARA
petang Penyampaian Hadiah Pertandingan dan Sijil
Jamuan Hari Raya & Bersurai
PENDAFTARAN
Semua ahli PPIM sampai ke SK Nuri sebelum pendaftaran bermula iaitu pada pukul
7.30 pagi. Semua puteri dilihat membawa pelbagai keperluan yang diperlukan untuk
Sambutan Hari Mini PPIM SK Nuri. Guru–guru pemimpin juga sibuk menyediakan
keperluan-keperluan untuk Mini Hari PPIM ini. Semua puteri mendaftar nama pada
borang kehadiran yang telah disediakan. Seramai 30 orang puteri telah menyertai
Sambutan Mini Hari Puteri PPIM SK Nuri 2015. Setelah itu semua dilihat bergotong-
royong menyediakan tempat sempena Hari PPIM ini
LAPORAN AKTIVITI
Pendaftaran
ahli PPIM
Pendaftaran
ahli PPIM
Pendaftaran
guru PPIM
Taklimat
guru PPIM
Persediaan
tempat
TATACARA PERJUMPAAN, KAWAD KAKI, MENAIKKAN BENDERA
Tepat pukul 8.00 pagi, semua puteri berkumpul di tapak perhimpunan SK Nuri bagi
menjalankan tatacara perjumpaan. Perjumpaan dimulakan dengan latihan asas kawad
kaki yang diketuai oleh ketua puteri dan dibantu oleh guru pemimpin. Tatacara
diteruskan lagi, dengan ketua puteri memohon izin kepada kem komandan untuk
memulakan majlis. Setelah itu ketua puteri akan memanggil puteri yang bertugas
membaca doa dan seterusnya menyanyikan Asma Al Husna. Setelah selesai, upacara
menaikkan bendera dijalankan dengan dimulakan dengan lagu Negaraku diikuti lagu
PPIM. Seterusnya ketua puteri akan membaca ikrar dengan diikuti oleh semua ahli
puteri. Akhir sekali guru pemimpin akan memberi taklimat ringkas berkenaan perjalanan
Sambutan Mini Hari Puteri 2015.
Latihan
kawad kaki
asas
Tatacara
perjumpaan
Tatacara
perjumpaan
Taklimat kem
komandan
Tatacara
perjumpaan
KEM KEMAHIRAN MEMASANG KHEMAH
Tepat jam 9.00 pagi ahli-ahli puteri dipecahkan dalam 3 kumpulan. Aktiviti di mulakan
dengan taklimat dari guru pemimpin tentang kriteria-kiteria yang diperlukan untuk
melakukan aktiviti memasang khemah. Setiap kumpulan akan dibantu dua guru
pemimpin. Aktiviti dimulakan dengan memasang khemah dan setelah selesai ahli puteri
diberikan masa 10 minit untuk merasai suasana duduk di dalam khemah. Akhir sekali
setiap kumpulan harus membuka khemah mereka dan mengemas peralatan yang
digunakan.
Memasang
Khemah
PERTANDINGAN BACAAN AYAT LAZIM
Pertandingan ini disertai ahli puteri dari tahun 5. Setiap peserta akan mencabut nombor
giliran dan memilih sampul surah yang perlu dibaca. Sampul surah itu akan diberikan
kepada pengadil. Pengadil akan membaca tajuk surah yang harus dibacakan oleh
puteri. Setiap peserta diwajibkan membaca surah Al Fatihah dan 2 surah yang telah
ditentukan dalam sampul surah.
Membuka
khemah
Panel hakim
BACAAN AYAT LAZIM
Ahli-ahli puteri tahun 6 akan membaca ayat lazim dihadapan guru pemimipin.
PERTANDINGAN PETA I-THINK : TATACARA BERWUDUK
Pertandingan ini disertai oleh murid murid tahun 4. Mereka di ajar tatacara berwuduk
dan seterusnya membuat peta i-Think berkenaan tatacara berwuduk. Pertandingan ini
di adili oleh Pn Shahida bt Shahrani.
Bacaan ayat
lazim
Bacaan ayat
lazim
Peserta-
peserta
BENGKEL ASPRESIASI SENI HALUS ( KEY-CHAIN MANIK )
Penganjur telah menjemput seorang guru KEMAS iaitu Pn. Norhasliana bt Hassan dan
pembantunya untuk mengajar ahli ahli puteri membuat key-chain berbentuk bintang dari
manik-manik yang berwarna warni. Setiap ahli puteri juga guru pemimpin diberi satu set
kit manik untuk slot ini. Pn Norhasliana telah mengajar langkah demi langkah
bagaimana menyiapkan key–chain bintang kepada ahli puteri dan guru pemimpin.
Setelah berjaya ahli puteri boleh menjadikan key-chain tersebut sebagai kenang-
kenangan.
Bengkel
membuat key-
chain
PERTANDINGAN PENYEDIAAN HIDANGAN MINUM PETANG
Tepat jam 2.30 petang ahli puteri telah menyiapkan tempat untuk mereka memasak dan
menghidang. Meja hidangan ala semulajadi telah menjadi pilihan ahli puteri. Ia dihiasi
dengan daun-daun serta bunga- bunga yang berwarna warni untuk menarik perhatian
juri. Pelbagai jenis menu yang telah disediakan oleh 6 kumpulan dalam pertandingan ini
Ahli puteri telah diberi masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan hidangan mereka.
Pertandingan ini telah diadili oleh Pn. Hajah Hamijah Bt Hassim, guru besar SK.Nuri
dan dua lagi juri dari kalangan guru pemimpin.
Penghargaan
buat Pn.
Norhasliana
PERASMIAN PENUTUP
Perasmian majlis penutup Sambutan Mini Hari Puteri PPIM SK Nuri telah dirasmikan
oleh Pn.Siti Rokiah bt Daud, pengerusi PPIM daerah Kuala Pilah. Majlis ini juga telah di
hadiri oleh Pn. Hajah Hamijah Bt Hassim, guru besar SK.Nuri dan Pn. Norazni Bt Ishak.
Dalam majlis ini telah berlangsung pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang ke
semua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Hari Puteri ini.
PertandinganPemenang
1. Membina peta I-Think tatcara
berwuduk
1. Nur Wadihah Bt Ruduan
2. Nur Izzati Nabila Bt Rusli
3. Nurina Syasya Bt Azmi
2. Membaca ayat lazim
1. Ain Barizah Bt Pauzi
2. Nur Iman Hafizah Bt Ismail
3. Anis Suriani Bt Sainudin
3. Penyediaan hidangan petang
1. Kump.4-Siti Rabiatul
2. Kump 6-Humairah
3. Kump 5- Sumaiyah
Syabas dan tahniah kepada semua ahli puteri, guru-guru Penasihat PPIM, AJK-AJK
Kecil pelaksana dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan Sambutan Mini Hari Puteri PPIM SK Nuri kali ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
………………………………………… …………………………………………… ……………………………………
(NUR SHAZWANI BT ABD RAHMAN) (NOR HAYATI BT ABD WAHAB) (KAMARUSMAN B ISA)AJK Dokumetasi Ketua Pemimpin PPIM GPK KokurikulumMini Hari Puteri PPIM 2015 SK.Nuri SK.Nuri
lampiran