Laporan Projek Siren

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Laporan Projek Siren

    1/3

    Aktiviti :

    Pemasangan Projek Siren

    Tujuan :

    a) Membaca dan menterjemah litar skematik dan lukisan bergambar.

    b) Menamakan komponen utama dan menyatakan fungsi setiap komponen tersebut.

    c) Membentuk, memasang dan memateri komponen elektronik seperti pada lukisan

    skematik.

    Alatan :

    Alat pemateri elektrik 25W 50W, pemotong sisi, playar muncung tirus, penjalur wayar

    penyedut pateri dan pemegang bod litar

    Bahan :

    JENIS BAHAN KUANTITI

    Pateri 60/40 berfluks 1

    Transistor PNP CS9012 1

    Transistor NPN CS9013 1

    Kapasitor 0.01 F 1

    Kapasitor 100 F 1

    Perintang 120 2

    Perintang 270 1

    Perintang 3.3k 1

    Perintang 10k 1

    Suis tekan tutup 1

    Pembesar suara 1

    Bod litar 1

    Bateri 9V 1

    Penyambung bateri 1

    Wayar lembar tunggal 30cm panjang 1

    Langkah :

    1. Lukisan skematik dibaca dan diterjemahkan kepada litar bergambar

    2. Kaki perintang, kapasitor, transistor, suis tekan tutup, penyambung bateri, dan pembesar

    suara dibentuk dan dipasang ke dalam lubang verobod mengikut lukisan bergambar

  • 7/29/2019 Laporan Projek Siren

    2/3

    3. Pemasangan kekutuban kompenan seperti kapasitor dan kaki transistor dipastikan

    dipasang dengan betul

    4. Kaki kompenan dan tamatan suis tekan tutup, pembesar suara dan penyambung bateri

    dipateri pada balapan bod litar

    5. Dipastikan pateri tidak melimpah ke balapan lain semasa memateri supaya tidak berlaku

    lintas pintas

    6. Kaki komponen yang berlebihan dipotong menggunakan pemotong sisi

    7. Projek yang siap dipateri diuji dengan bateri 9V. Punat suis tekan tutup ditekan dan

    bunyi dihasilkan oleh pembesar suara didengar.

    8. Sekiranya projek ini tidak berfungsi, kerja pembaikan perlu dilakukan.

    Perbincangan :

    Bagi memudahkan proses pemasangan komponen dengan betul, litar skematik hendaklah

    diterjemahkan kepada litar bergambar. Pemasangan komponen elektronik dengan betul perlu

    dititik beratkan bagi mengelakkan projek ini tidak berfungsi.

    Setelah pemasangan dan pematerian siap dilakukan, projek diuji dengan menggunakan

    bateri 9V. Projek tersebut didapati tidak berfungsi disebabkan oleh kesalahan pemasangan arah

    kaki transistor. Oleh itu, kaki transistor yang telah dipateri disedut semula timahnya

    menggunakan penyedut pateri dan kaki komponen tersebut dipateri semula. Setelah kerja

    pematerian semula siap dilakukan, projek siren diuji semula dan hasilnya projek tersebut dapat

    berfungsi dengan baik.

    Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemasangan komponen elektronik ialah :

    1. Pemasangan kaki komponen kapasitor hendaklah mengikut kekutuban yang betul iaitu

    anod dan katod2. Pemasangan kaki pemancar, pemungut dan tapak transistor hendaklah mengikut arah

    yang betul dan memastikan kaki transistor tidak bersentuh antara satu sama lain semasa

    pemasangan dan pematerian dibuat.

    3. Memastikan pemasangan komponen pada bod litar adalah selari seperti yang ditunjukkan

    dalam litar bergambar.

    4. Memastikan pematerian komponen bersentuhan dengan permukaan bod dengan

    sempurna dan kukuh.

  • 7/29/2019 Laporan Projek Siren

    3/3

    Keputusan :

    Kesimpulan :

    Penterjemahan litar skematik kepada litar bergambar memainkan peranan penting dalammemastikan pemasangan kompenan dengan mudah dan betul. Pemasangan kaki komponen

    mengikut kekutuban yang betul dam cara pematerian yang sempurna perlu dititikberatkan dalam

    memastikan projek siren ini berfungsi. Justeru, projek siren ini berfungsi kedengaran melalui

    pembesar suara setelah diuji dengan bateri 9V.