2
LAPORAN REFLEKSI Sepanjang saya melakukan tugasan Kajian Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual PSV 3104, banyak perkara yang telah saya pelajari. Mengikut tajuk kursus yang lebih menekankan kepada pemahaman dan pengetahuan terhadap kurikulum Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual , saya dapat mendalami definisi dan konsep kurikulum dan juga perkembangan kurikulum Sukatan Pelajaran, KBSR dan juga perubahan sesuatu kurikulum. Tugasan memerlukan pelajar membuat perbandingan huraian sukatan pelajaran tahap 1 dan 2 untuk melihat perbezaan dan persamaan dari segi isi kandungan dan tajuk pelajaran mengikut tahap. Selain dari itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan sumber, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut aktiviti pendidikan seni visual. Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan dalam merancang dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Saya juga mempelajari membuat inventori dan rekod stok untuk pengurusan stor seni di sekolah. Saya juga perlu menghasilkan satu pelan bilik dan stor seni yang ideal untuk sekolah dan membuat analisis tentang kesesuaian susun atur alat dan bahan dalam stor yang ideal

Laporan refleksi PSV 3104

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan refleksi PSV 3104

LAPORAN REFLEKSI

Sepanjang saya melakukan tugasan Kajian Pengurusan Kurikulum

Pendidikan Seni Visual PSV 3104, banyak perkara yang telah saya pelajari.

Mengikut tajuk kursus yang lebih menekankan kepada pemahaman dan

pengetahuan terhadap kurikulum Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual , saya

dapat mendalami definisi dan konsep kurikulum dan juga perkembangan kurikulum

Sukatan Pelajaran, KBSR dan juga perubahan sesuatu kurikulum. Tugasan

memerlukan pelajar membuat perbandingan huraian sukatan pelajaran tahap 1 dan

2 untuk melihat perbezaan dan persamaan dari segi isi kandungan dan tajuk

pelajaran mengikut tahap.

Selain dari itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan

sumber, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut aktiviti pendidikan seni

visual. Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan dalam merancang dan mereka

bentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Saya juga mempelajari membuat inventori dan rekod stok untuk pengurusan stor

seni di sekolah.

Saya juga perlu menghasilkan satu pelan bilik dan stor seni yang ideal untuk sekolah

dan membuat analisis tentang kesesuaian susun atur alat dan bahan dalam stor

yang ideal dari segi keberkesanan dan fungsi serta ciri-ciri yang kondusif,

keselesaan, kemas dan teratur.

Tugasan berkumpulan untuk menghasilkan pelan stor dan bilik seni juga dapat

dihasilkan dengan jaynya. Ahli kumpulan telah memberikan kerjasama dan akhirnya

dapat melaksanakan tugasan yang yang perlu disiapkan. Kekangan dalam

menghasilkan tugasan ini ialah ahli kumpulan saya tidak tinggal berdekatan dan ini

telah menyukarkan kami untuk berjumpa dan duduk berbincang.

Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dan tugasan ini berjaya juga

disiapkan dalam waktu ditetapkan.

Page 2: Laporan refleksi PSV 3104

Akhir kata, banyak pengetahuan yang dapat saya timba melalui tugasan ini.

Sebagai bakal pendidik dan juga bakal guru Pendidikan Seni Visual, banyak yang

perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan major saya dan juga

banyak ilmu yang berguna yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya

nanti.