Upload
geotopia
View
1.506
Download
73
Embed Size (px)
Citation preview
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
1/24
0
KELAB ROBOTIK
SMK SEAFIELDJALAN USJ 2/5,
SUBANG JAYA
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
2/24
1
7.
8.
9.
10.
11.
TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUM
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
PELAKSANAAN PERTANDINGAN SERTA
KEPUTUSAN
PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
KESIMPULAN
6
7
8-17
18-21
22
BIL
KANDUNGAN
PERKARAM/S
1. PENGENALAN 2
2. VISI 2
3. MISI 2
4. OBJEKTIF 2
5. CARTA ORGANISASI AKTIVITI KOKURIKULUM 3
6. CARTA ORGANISASI AJK KELAB ROBOTIK 4-5
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
3/24
2
1. PENGENALANMelalui pemberian set robotik Lego Mindstorm NXT oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
pada tahun 2007 maka tertubuhnya Kelab Robotik SMK Seafield.
2. VISIMenjadi kelab Robotik utama yang inovatif,kreatif dan menerajui ke arah kecemerlangan
kokurikulum sekolah.
3. MISIMemupuk minat dan mencungkil bakat pelajar kepada kemahiran rekacipta dan penyelidikan sains
dalam bidang robotik yang menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.
4. OBJEKTIFi. Menggalakkan pelajar untuk membuat explorarisasi dan penyelidikan dalam rekacipta teknologi
robotik,program kecerdasan buatan dan bidang yang berkaitan.
ii. Membantu pelajar membina asas yang kukuh dalam matematik, sains, teknologi rekabentuk danICT melalui kemahiran hands on atau penyelidikan.
iii. Untuk melatih pelajar mengamalkan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah yangmencabar.
iv. Untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologiv. Melibatkan pelajar dalam satu program mentor based yang menggalakkan pemikiran inovatif
out-of-the-box
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
4/24
3
5. CARTA ORGANISASI AKTIVITI KOKURIKULUM 2009
PENGERUSIPn. Teh Seok Im
NAIB PENGERUSI I
En Abdul Rahim KhalidNAIB PENGERUSI II
En Musawir Jamshad
SETIAUSAHA
Pn. Norsalawaty Muhammad (Pagi)
Pn. Heng Sok Tiang (Petang)
PENYELARAS
AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru Kanan/ Guru Kanan Penasihat
Persatuan/ Kelab/ Akademik/ Pelbagai
UNIT BERUNIFORM
Pn.Zaini
PERSATUAN
Pn.Fong W.C.
KELAB BKN PERMAINAN
Pn.Phung K.C.PERMAINAN
Pn.Chuah LS
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
5/24
4
6. CARTA ORGANISASI KELAB ROBOTIK 2009SESI PAGI
GURU PENASIHAT
(PN. GRACE ONG HOOI CHEAN)
PENGERUSI
(M. SUMADRAN) 5C
NAIB PENGERUSI
(DARSHNAN KUMAR)3G
SETIAUSAHA
(DHARSAN A/LANNAMALAY 3G
NAIB SETIAUSAHA
(MAGDALENE ROSE) 3G
BENDAHARI
TAN XING KAI 3G
NAIB BENDAHARI
MUHAMMAD IDLAN 3G
AJK TING 4
(PRAGASH)4A
(CHRISTOPHER) 4G
AJK TING 3
(FATIN NADIA) 3G
(LIEW JOON KEONG) 3H
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
6/24
5
SESI PETANG
GURU PENASIHAT
(EN. AZAHAR)
PENGERUSI
(LEE LOONG YI) 2B
NAIB PENGERUSI
(LEE LOONG KUAN)1F
SETIAUSAHA(CHONG JIA CHENG)2D
NAIB SETIAUSAHA
(TANG KAR CHUIN) 1F
BENDAHARI
KEANUE GOH WEI CHIEN 1B
NAIB BENDAHARI
COLIN CHAN 1E
AJK TING 1
(JOSHUA CHUA)1A
(MUHAMMAD FARHAN)1A
AJK TING 2
(BRANDON CHOO) 2J
(TAN HOONG CHAU) 2B
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
7/24
6
7. TAKWIM KEGIATAN KOKURIKULUMJADUAL PELAKSANAAN LATIHAN DAN AKTIVITI KELAB ROBOTIK
BULAN TARIKH JENIS LATIHAN/TEKNIK NAMA
GURU/JURULATIH
JENIS
PERTANDINGAN
TEMPAT CATATAN
JAN 9/1/09 Pendaftaran
Kokurikulum
PN. GRACE ONG Tapak
perhimpunan
16/1/09 Mesyuarat Agung (AGM)
& Pengenalan kepada
Robotik8
Makmal
Komputer
23/1/09 Latihan Robotik 1 MakmalKomputer
FEB 6/2/09 Latihan Robotik 2 MakmalKomputer
27/2/09 Latihan Robotik 3 MakmalKomputerMAC 13/3/09 Latihan Robotik 4 / En Khong Makmal
Komputer
APR 24/4/09 Latihan Robotk 5 / En Khong MakmalKomputer
MEI 6/5/09 Lawatan rombongan ke
Pertandingan Robocon
Peringkat Kebangsaan
2009
ROBOCON -
ROBOFEST
Shah Alam
8/5/09 Latihan Robotik 6 / En Khong MakmalKomputer
22/5/09 Latihan Robotik 7 / En Khong MakmalKomputer
JUN 18/6/09 Pertandingan Robotik
Peringkat Kebangsaan
NRC- Negeri
Selangpr
Robot Planting
Robot Energizing
Robot Artist
Sepang
19/6/09 Latihan Robotik 8 MakmalKomputer
26/6/09 Latihan Robotik 9 MakmalKomputer
JUL 10/7/09 Latihan Robotik 10 MakmalKomputer
24/7/09 Pertandingan Robotik
(Peringkat sekolah)
sempena minggu ICT.
Tug Of War Makmal
Komputer
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
8/24
7
8. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNANTempat: Makmal Komputer SMK Seafield
Sesi Masa Guru Penasihat
Pagi 3.00- 4.30 petang Pn. Grace Ong Hooi Chean
Petang 9.00- 10.30 pagi En. Mohd Azahar Abd Manap
Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 9/1/09 Pendaftaran Kokurikulum
2 16/1/09 Mesyuarat Agung (AGM) &
Pengenalan kepada Robotik8
3 23/1/09 Latihan Robotik 1
4 6/2/09 Latihan Robotik 2
5 27/2/09 Latihan Robotik 3
6 13/3/09 Latihan Robotik 4
7 24/4/09 Latihan Robotk 5
8 6/5/09 Lawatan rombongan ke
Pertandingan Robocon Peringkat
Kebangsaan 2009
9 8/5/09 Latihan Robotik 6
10 22/5/09 (ganti Hari
guru29/5/09)
Latihan Robotik 7
18/6/09 Pertandingan Robotik Peringkat
Kebangsaan
11 19/6/09 Latihan Robotik 8
12 26/6/09 Latihan Robotik 9
13 10/7/09 Latihan Robotik 10
14 24/7/09 Pertandingan Robotik (Peringkat
sekolah) sempena minggu ICT.
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
9/24
8
9. PELAKSANAAN PERTANDINGAN SERTA KEPUTUSAN9.1 Kejohanan/ Pertandingan : Pertandingan Robotik Kebangsaan (National
Robotic Competition) (Peringkat Negeri Selangor)
Tarikh : 15 Jun hingga 18 Jun 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Bandar Baru Salak, Sepang, Selangor D.E.
Peringkat : Negeri Selangor
Guru Pengurus : Pn. Grace Ong Hooi Chean
Guru Pengiring : En. Ardi
Pertandingan Robotik Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat
Sains Negara dan Sasbadi Sdn. Bhd peringkat negeri Selangor telah diadakan di Dewan Bandar Baru
Salak, Sepang , Selangor Darul Ehsan pada 15 hb Jun hingga 18 hb Jun 2009. Kelab Robotik SMK
Seafield iaitu Seafield Robotic telah menghantar 5 pasukan untuk acara kategori biasa bawah 15
tahun, 1 pasukan kategori biasa bawah 18 tahun dan 1 pasukan untuk kategori terbuka. Pelajar-
pelajar yang terlibat adalah seperti dalam senarai di bawah:
Kategori Biasa ( bawah 15 tahun)ROBOT PLANTING
Pasukan 1
Pasukan 2
Pasukan 3
Pasukan 4
Pasukan 5
Chong Jia Cheng, Colin Chan, Khor Hoa Xiang
Khoo Ken G, Mohd Fazly bin Azaha, Mohd Farhan binMohd Fadhillah
Keanue Goh Wei Chien, Joshua Chua, Low Wei Hsien
Tan Hoong Chau, Tan Hoong Jie, Brandon Choo
Darshnan A/L Annamalay, Terrence Lee Yoong
Foong,Niroshen A/L Manni
Kategori Biasa (bawah 18 tahun)ROBOT ENERGIZING
Pasukan 1 M. Sumadran, Kenneth , Ashwin
Kategori Terbuka ( bawah 15tahun)
ROBOT ARTIST
Pasukan 1(I-Cyberfield)
Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin, Lee Loong Kuan
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
10/24
9
Pada peringkat pusingan pertama, pertandingan ini diadakan mengikut zon seperti di bawah:
ZON 1 (Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat)
ZON 2 (Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling Perdana, Kuala Langat)
ZON 3 (Klang, Petaling Utama, Sepang)
SMK Seafield tergolong dalam Zon 2 iaitu Petaling Perdana. Dalam pertandingan pusingan
pertama ini peserta untuk kategori Biasa Robot Planting ( bawah 15 tahun ) SMK Seafield telah
berjaya mendapat tempat pertama, kedua, kelima dan keenam. Hanya pasukan 5 tertinggi untuk
setiap zon yang akan layak ke pusingan akhir menjadikan hanya 15 pasukan terbaik sahaja dalam
negeri Selangor.
Oleh yang demikian daripada 5 pasukan yang menyertai pertandingan kategori Robot
Planting, sebanyak 3 pasukan telah dipilih untuk bertanding dalam pusingan akhir iaitu mewakili
Zon 2 peringkat negeri yang diadakan pada 18 hb Jun 2009. Pada pertandingan peringkat negeri,
pasukan 3 telah berjaya mendapat tempat kelima dan pasukan 1 , tempat ke 9.
Pasukan bawah 15 tahun untuk kategori terbuka Robot Artist yang mempersembahkan
permainan Kompang di mana sebanyak 4 robot telah dibina untuk memainkan alat tradisional
Melayu itu kompang dan digelar KOMPANGBOT telah berjaya mendapat tempat kedua untuk
pertandingan peringkat negeri Selangor kategori terbuka ( bawah 15 tahun).
Senarai di bawah menunjukkan senarai peserta ke peringkat akhir dan pencapaian mereka di
pusingan akhir.
Kategori Biasa ( bawah15 tahun)ROBOT PLANTING
Pasukan PeringkatZon
PeringkatNegeri
Nama Peserta
Pasukan 1 Tempat ke 2 Tempat ke 9Chong Jia Cheng, Colin Chan, KhorHoa Xiang
Pasukan 2 Tempat ke 6 - Khoo Ken G, Mohd Fazly bin Azaha,Mohd Farhan bin Mohd Fadhillah
Pasukan 3 Tempat ke 5 Tempat ke 5 Keanue Goh Wei Chien, Joshua Chua,Low Wei Hsien
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
11/24
10
Pasukan 4 - - Tan Hoong Chau, Tan Hoong Jie,Brandon Choo
Pasukan 5 Tempat ke 1 -Darshnan A/L Annamalay, TerrenceLee Yoong Foong,Niroshen A/L Manni
Kategori Biasa (bawah18 tahun)ROBOT ENERGIZING
Pasukan 1 - = M. Sumadran, Kenneth , Ashwin
Kategori Terbuka( bawah 15 tahun)
ROBOT ARTIST
Pasukan 1(I-
Cyberfield)
-Tempat ke 2
Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin, LeeLoong Kuan
Best Mentor AwardPertandingan Robotik Kebangsaan(Negeri Selangor)
Guru: Pn. Grace Ong Hooi Chean
Selain daripada pencapaian yang cemerlang daripada ahli kelab robotic dalam pertandingan
robotic NRC, guru penasihat kelab iaitu Pn. Grace Ong telah berjaya mendapat Best Mentor Award
peringkat negeri Selangor atas usaha beliau yang gigih untuk memantapkan pencapaian kelab sejak
ia dibuka 2 tahun yang lalu. Sokongan dan usaha beliau sepanjang cuti pertengahan tahun selama 2
minggu untuk membimbing dan membuat persediaan bersama ahli kelab robotik amat dihargai.
Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Ardi yang sanggup menjadi guru
pengiring sepanjang pertandingan ini untuk menggantikan En. Azahar. Sokongan beliau juga amat
kami hargai.
Untuk masa hadapan, Kelab Robotik Seafield pasti akan berusaha lebih gigih supaya dapat
mewakili Selangor dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Juga kami berharap dapat menambah
lagi bilangan robot supaya dapat membudayakan sekolah ke arah bidang robotik.
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
12/24
11
Gambarfoto pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC 2009)
Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi
Para peserta sedang mengisi borang maklumat peserta di luar dewan
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
13/24
12
Pasukan 5 iaitu Terrence, Darshnan dan Niroshen sedang membina robot
Pasukan 2 iaitu Ken G, Fadzly dan Farhan sedang memprogram robot.
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
14/24
13
Para peserta sedang menunggu arahan dari penganjur.
Pasukan 1 iaitu Jia Cheng, Colin dan Hoa Xiang sedang bersedia untuk pertandingan
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
15/24
14
Pasukan 3 iaitu Kaenue, Joshua Chua dan Wei Shen sedang memprogram robot
Con
Pasukan
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
16/24
15
Contoh-contoh Robot planting yang dibina oleh para peserta
Pasukan I-cyberfield dengan KOMPANGBOT yang dibina oleh Loong Yi, Kar Chuin dan
Loong Kuan
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
17/24
16
Persembahan Kompang oleh KOMPANGBOT SMK Seafield yang terdiri daripada
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekir
Penyampaian hadiah oleh Pen. Pengarah Pelajaran Naib Johan bagi kategori terbuka
Bawah 15 tahun Robot Artis Kompangbot oleh Lee Loong Yi, Tang Kar Chuin dan LeeLoong Kuan.
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
18/24
17
Para Pemenang kategori terbuka Robot Artist
Penyampaian hadiah Best Mentor Award negeri Selangor kepada
Guru SMK Seafield, Pn. Grace Ong Hooi Chean.
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
19/24
18
10 . PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
Sesi pagi dan petang
1. Perjumpaan Kelab seperti yang dijadualkan mengikut takwim
2. Pelaksanaan Bengkel oleh Jurulatih dari Creative Robotic bagi melatih pelajardalam pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) anjuran KPM dan Sasbadi
3. Pelaksanaan Pertandingan Robotik Tug Of War sempena minggu ICT.
4. Lawatan Sambil Belajar- Pertandingan Robocon Kebangsaan di Stadium MelawatiShah Alam
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
20/24
19
Latihan robotik telah dijalankan sepanjang 2 minggu berturut-turut iaitu Kategori Terbuka dari
pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang manakala Kategori biasa dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang dari
1/6 hingga 6/6 dan 8/6 hingga 12/6/2009.
Juru latih robotik khas yang diundang dari Creative Robotik telah datang untuk melatih pelajar
pada hari Khamis (4/6 dan 5/6) untuk kategori biasa dan 1/6 dan 2/6 untuk kategori terbuka.
Latihan Robot Planting telah diajar bagi 5 pasukan bawah 15 tahun dan 1 pasukan lebih 15
tahun Robot Energizing. Manakala 1 pasukan kategori terbuka bawah umur 15 tahun telah
membina Robot Artist = Pemain Kompang telah mendapat bimbingan dari jurulatih tentang cara
pembinaan tangan yang sesuai sahaja. Pelajar sendiri telah berjaya membina scanner dan
memprogram sendiri agar robot berfungsi.Perhiasan robot iaitu pakaian dan pembinaan badan pemain kompang dibimbing oleh guru
penasihat Pn. Grace Ong.
HARI : 5 HB MEI 2009
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
GURU PENGIRING: PN. GRACE ONG H.C
EN. MOHAMAD AZAHAR
Pada 5 hb mei 2009, Kelab Robotik SMK Seafield telah mengadakan satu rombongan
lawatan ke Stadium Melawati, Shah Alam untuk menyaksikan Pertandingan Robocon peringkat
Kebangsaan , Malaysia. Lawatan ini merupakan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling (PPD
Perdana).
Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab Robotik SMK Seafield sesi petang
dan pagi telah berkumpul di kantin dan mendaftarkan diri mulai 7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi
tepat, bas rombongan yang dihantar oleh PPD telah memulakan perjalanan ke stadum melawati ,
Shah Alam diiringi oleh dua orang guru penasihat kelab robotik iaitu Pn. Grace Ong (sesi pagi) dan
En. Azahar ( sesi petang).
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
21/24
20
Perjalanan ke stadium mengambil masa selama setengah jam kerana berlaku kesesakan
jalanraya sepanjang perjalanan pada awal pagi . Pada pukul 8.30 pagi tepat rombongan pelajar
sampai ke stadium. Terdapat ramai peserta daripada universiti awam dan swasta serta kolej-kolej
bersiap sedia untuk pertandingan yang akan bermula sekejap lagi di kaunter masing-masing. Tajuk
atau tema untuk pertandingan robocon tahun ini adalah Travel Together For The Victory Drums
yang akan berlangsung mulai 5 hingga 10 Mei 2009. Pertandingan ini merupakan anjuran
Kementerian Pengajian tinggi dengan kerjasama Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi,
Radio dan Televisyen Malaysia dan SIRIM berhad. Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk
mempertingkatan pengetahuan teknologi robot di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di
samping memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran, inovasi dan daya
kreativiti mereka dalam bidang penciptaan robot.
Sebanyak 64 pasukan mengambil bahagian yang melibatkan pelajar-pelajar dari institusi
pengajian tinggi awam, swasta, politeknik dan juga pusat-pusat latihan. Pasukan yang berjaya akan
mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang akan berlangsung di Tokyo pada 22 Ogos 2009.
Para ahli kelab robotik sekolah telah memberi sokongan moral kepada pasukan yang
bertanding. Semua ahli juga dihidangkan jamua ringan iaitu nasi ayam dan minuman. Sepanjang
pertandingan yang dijalankan, ahli kelab robotik berasa seronok dan dapat menimba ilmu
pengetahuan tentang pembinaan robot bukan sahaja menggunakan Lego Mindstorm yang sedia ada
tetapi boleh membina robot dengan menggunakan cips mikrokontroller dan bahan-bahan lain.
Mereka juga sedar bahawa dalam pertandingan yang sebegini, kerjasama semua ahli pasukan yang
erat amat penting untuk menang .
Pada pukul 12.00 tengah hari semua pelajar telah bersurai dan menaiki bas yang sama untuk
balik ke Subang Jaya. Rombongan ini sampai ke SMK Seafield pada pukul 12.30 tengah hari.
Pelajar sesi petang diminta rehat dan makan dan bersedia untuk menghadiri kelas seperti biasa.
Manakala para pelajar sesi pagi balik ke rumah masing-masing selepas tamat persekolahan pada
pukul 1.10 petang.
Akhir kata lawatan ini telah memberikan banyak faedah kepada para ahli kelab robotik.
Selain menimba pengetahuan tentang teknologi robotik, lawatan ini juga menyemai minat tentang
robotik di kalangan pelajar.
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
22/24
21
Pertandingan Robotik peringkat sekolah sempena minggu ICT yang berlangsung dari 20 Julai
hingga 24 julai 2009. Pertandingan Robotik Tug Of War telah berlangsung pada hari Khamis
bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan ini dimulakan
oleh pengerusi dan penolong pengerusi kelab.
Pn. Grace Ong dan En. Gan (pemangku Ketua Bidang Teknik dan Vokasional) telah dijemput
untuk menghakimi pertandingan ini. Pasukan yang diketuai oleh Chong Jia Cheng telah memenangi
pertandingan ini. Ahli kelab bersurai pada pukul 11.00 pagi
Pelajar menekan suis untuk mengaktifkan robot
Robot Tug OF War di kawasan pertandingan
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
23/24
22
11. KESIMPULANSecara keseluruhan, kelab Robotik (Seafield Robotic) ini telah bertambah aktif dibandingkan
dengan tahun sebelumnya. Pencapaian yang begitu meransangkan dan cemerlang di peringkat negari
amat dihargai di mana kumpulan Robot Artist telah berjaya merangkul pingat perak (naib johan)
sementara guru penasihat Pn.Grace Ong telah dianugerah sebagai Best Mentor peringkat negeri
Selangor.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT ahli
kelab komputer dan juga melibatkan ahli bukan kelab. Walau bagaimanapun, diharapkan kehadiran
ahli kelab ke perjumpaan kelab dapat dipertingkatkan lagi dan mempunyai komitmen yang lebih
tinggi dalam kalangan ahli jawatankuasa kelab komputer.
Diharapkan, perancangan tahun hadapan dapat meningkatkan kemahiran Robotik ahli kelab
dalam kemahiran teknikal dan programming yang telah dipelajari kepada tahap yang lebih tinggi.
Kerjasama dan sokongan daripada para pentadbir kokurikulum amat dihargai dengan ucapan ribuan
terima kasih atas kejayaan pelaksanaan aktiviti kelab sepanjang tahun 2009.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
(Darshnan) (Pn. Grace Ong Hooi Chean)
Setiausaha Kelab Robotik Guru Penasihat Kelab Robotik
7/22/2019 Laporan Tahunan Kelab Robotik
24/24