LAPORAN WARNOCK

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    1/8

    Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 159

    PERKEMBANGAN RANGKA PERUNDANGAN UNDANG-UNDANG

    PENDIDIKAN KHAS DI UNITED KINGDOM: IMPLIKASIKEPADA MALAYSIA

    Tie Fatt Hee

    Institut Pengajian Kepengetuaan

    Universiti Malaya

    The legal framework that governs education systems in several developed

    nations, especially for the special needs group, has been revised and

    reinforced. This step is in line with society's current demand that the

    rights of this group be well taken care of. This article will discuss thedevelopment of the legal framework for special education in the United

    Kingdom and its implications for Malaysia.

    Pada tahun 1978, Laporan Warnock memperakui bahawa pendidikan khas merupakan

    satu bidang yang amat mencabar khususnya untuk golongan yang merancang dan

    menyediakan dasar yang berkaitan{Report of the Committee of Enquiry into the Education

    of Handicapped Children and Young People, 1978).Segala dasar yang diperkenalkan akan

    diteliti dengan rapi oleh ahli masyarakat yang kini telah bertambah peka terhadap langkah

    memelihara kepentingan terbaik individu yang kurang upaya. Usaha juga ditumpukan

    kepada memastikan bahawa golongon tersebut mendapat akses kepada pendidikan dan

    layanan yang sama seperti individu biasa. Persediaan peluang dan kemudahan untukmendidik golongan yang kurang upaya berdasarkan prinsip bahawa golongan tersebut

    mempunyai hak untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya seperti yang dinikmati oleh

    golongan yang lain. Laporan Warnock yang juga dikenali sebagai Report of the Committee

    of Enquiry into the Education of Handicapped Children and Young People 1978 sangat

    signifikan sebab ia merupakan titik permulaan di mana perhatian masyarakat kini mula

    diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai keperluan yang khas. Malangnya, selepas

    lebih daripada 20 tahun, Laporan Warnock yang mengandungi 225 cadangan dianggap

    masih relevan hari ini.

    LaporanDisability Rights Task Force juga mengatakan bahawa pendidikan berkualiti

    tinggi yang memenuhi keperluan golongan kurang upaya adalah dikehendaki kerana

    berbagai cabaran yang dialami pada masa kini. Pemyataan demikian juga mencerminkan

    pernyataan dalam Laporan Warnock seperti berikut:

    The purpose of education for all children is the same; the goals are the

    same. But the help that individual children need in progressing towards

    them will be different. Whereas for some the road they have to travel

    towards the goal is smooth and easy, for others it is fraught with obstacles.

    For some obstacles are so daunting that, even with the greatest possible

    help, they will not get very far. Nevertheless, for them too, progress will

    be possible, and their educational needs will be fulfilled, as they gradually

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    2/8

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    3/8

    Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 161

    Akta Pendidikan 1981 telah berusaha menyelesaikan masalah diskriminasi. Walau

    bagaimanapun, usaha ini kurang memuaskan sehingga terdapat raasalah di mana keperluankanak-kanak kurang upaya masih diabaikan.

    Sebaliknya, negara maju yang lain telah mendahului United Kingdom dari segi

    meminda, memperkenalkan dan memperkukuhkan rangka perundangan yang mengawal

    sistem pendidikan khas. Undang-undang mencegah diskriminasi terhadap golongan yang

    kurang upaya telah diperkenalkan di Amerika Syarikat ('Americans with Disabilities Act

    1990'), Australia ('Disability Discrimination Act, 1992'), dan New Zealand ('Human

    Rights Act, 1993'). Pada peringkat permulaan, keraj aan United Kingdom tidak memberikan

    perhatian kepada perkembangan undang-undang tersebut. Walau bagaimanapun, kertas

    kerja ('Green Paper') bertajuk 'A Consultation on Government Measures to Tackle

    Discrimination Against Disabled People' telah diterbitkan pada tahun 1994. la diikuti

    dengan kertas kerja ('White Paper') bertajuk 'Ending Discrimination Against Disabled

    People' pada tahun 1995. Cadangan kedua-dua laporan ini dicantumkan dan seterusnya

    dijadikan Akta 'Disability Discrimination Act 1995' (DDA).

    DDA 1995 melarang pihak tertentu melakukan sesuatu tindakan yang berbentuk

    diskriminasi terhadap golongan yang kurang upaya seperti di dalam bidang pendidikan,

    pekerjaan, penyediaan kemudahan dan juga perkhidmatan. Malangnya, pelajar yang

    kurang upaya tidak dapat bergantung pada peruntukan di bawah DDA 1995 untuk

    membuat aduan bahawa mereka telah mengalami diskriminasi. Rasional yang diberikan

    ialah sesuatu aduan itu boleh dilakukan dengan menggunakan peruntukan di dalam

    undang-undang yang lain, seperti Akta Pendidikan 1996 di mana terdapat peruntukan

    yang disediakan untuk pendidikan khas.

    Penerangan demikian adalah masih kabur. Akta Pendidikan 1996 harus

    memastikan keperluan khas pelajar kurang upaya dapat dipeliharakan. Harus diingatkanbahawa matlamat Akta Pendidikan 1996 tidak sama seperti menyediakan perlindungan

    pelajar daripada di diskriminasikan. Demikian juga dengan definisi istilah dan kelayakan

    untuk mendapat perlindungan.

    Pembentukan Jawatankuasa Hak Golongan Kurang Upaya (''The Disability Task

    Force')

    Pada tahun 1997, kerajaan United Kingdom telah menubuhkan sebuah jawatankuasa

    untuk mengkaji semula peruntukan berkaitan dengan diskriminasi dalam kalangan

    golongan kurang upaya. Pada masa yang sama, dua agenda pendidikan baru telah timbul

    iaitu tuntutan untuk'inclusion' yang bertambah, dan kehendak meningkatkan integrasi

    pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa di sekolah.

    Pada bulan Oktober 1997, kertas kerja ('Green Paper') bertajukExcellence for

    All Children: Meeting Special Educational Needs telah diterbitkan. Lebih daripada

    3,600 respon diperolehi daripada ibu bapa dan organisasi tertentu. Seterusnya, Jabatan

    Pendidikan dan Kemahiran telah menerbitkan Program untuk Bertindak (Programme

    of Action). Program itu menyenaraikan langkah yang akan diambil di antara tahun

    1998 hingga 2001 untuk mengembangkan pencapaian pendidikan kanak-kanak yang

    mempunyai keperluan pendidikan khas. Langkah itu termasuk:

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    4/8

    162 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    1. Memajukan perhubungan 'partnership'di antara ibu bapa dengan pihak

    penguasa pendidikan tempatan ('Local Education Authorities');

    2. Menambahkan hak kanak-kanak dalam pendidikan khas;

    3. Memajukan rangka statutori berkenaan dengan keperluan kanak-kanak;

    4. Merapatkan perhubungan dan kerjasama di antara agensi yang relevan;

    5. Mengembangkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan yang terlibat

    dengan kanak-kanak berkeperluan khas;

    6. Mengembangkan sistem pendidikan yang lebih'inclusive'melalui promosi

    lebih lanjut dan memajukan peranan sekolah khas.

    Sebahagian langkah melibatkan pembahan dalam amalan yang dilakukan. Walau

    bagaimanapun, Jabatan Pendidikan dan Kemahiran telah mengakui bahawa tindakan

    perundangan diperlukan untuk memastikan keberkesanan beberapa langkah tertentu.Pada masa yang sama, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Hak Golongan

    Kurang Upaya ('the Disability Rights Task Force') untuk menilai semula semua aspek

    undang-undang hak sivil bagi golongan kurang upaya. Laporan jawatankuasa bertajuk

    'From Exclusion to Inclusion: A Report of the Disability Rights Task Force on Civil Rights

    for Disabled People'diterbitkan pada bulan Disember 1999. Sebanyak 156 cadangan

    telah dikemukakan. Salah satu perkara yang amat ditegaskan dalam laporan tersebut ialah

    peranan signifikan yang dimainkan oleh amalan 'inclusion'dalam masa hadapan golongan

    kurang upaya. Ini jelas termaktub dalam laporan tersebut, iaitu:

    the inclusion of disabled people throughout their school and college life is one

    of the most powerful levers in banishing stereotypes and negative attitudes

    towards disabled people amongst the next generation' ('From Exclusion toInclusion: A Report of the Disability Rights Task Force on Civil Rights for

    Disabled People' (DfEE), London, 1999, chap. 4, para 3).

    Walau bagaimanapun, cadangan dalam aspek pendidikan merupakan cadangan yang

    paling signifikan dan juga paling kritikal.

    Lapan belas cadangan spesifik dikemukakan untuk membantu 'inclusion'kanak-

    kanak kurang upaya ke dalam sistem pendidikan. Cadangan itu termasuk:

    (a) di peringkat sekolah:

    (i) memperkukuhkan hak ibu bapa pelajar kurang upaya di

    mana mereka boleh menempatkan anak mereka dalam sistempendidikan biasa, kecuali di mana mereka memilih menempatkan

    anak mereka dalam sekolah khas dan sekolah biasa tidak dapat

    memenuhi keperluan kanak-kanak atau kehendak ibu bapa;

    (ii) hak yang baru untuk pelajar kurang upaya di mana diskriminasi

    oleh sekolah dan lembaga pelajaran tempatan (Local Education

    Authority atau LEA) adalah dilarang. Polisi, amalan, dan prosedur

    yang menghasilkan kerugian ketara (substantial disadvantage)

    diubahsuaikan secara munasabah;

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    5/8

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    6/8

    164 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    statutori mengenai keperluan pendidikan khas pelajar.

    Peruntukan untuk golongan kurang upaya (yang dipakai di negeri England, Wales,dan Scotland) memansuhkan pengecualian daripada DDA 1995 yang telah diberikan

    kepada pihak sekolah, kolej pendidikan lanjutan dan institusi pendidikan tinggi. SENDA

    2001 menegaskan bahawa badan yang mengelolakan sekolah dan LEA mempunyai

    kewajipan berikut:

    (a) supaya tidak memberikan layanan yang tidak baik kepada pelajar kurang

    upaya berdasarkan alasan bahawa mereka adalah kurang upaya;

    (b) melakukan ubahsuaian yang munasabah supaya pelajar kurang upaya tidak

    mengalami kerugian ketara dibandingkan dengan pelajar biasa;

    (c) mengadakan perancangan strategik untuk pelajar kurang upaya, menambahkan

    aksesibiliti pelajar terhadap premis sekolah dan kurikulum serta memajukankaedah di mana maklumat bertulis dapat disampaikan kepada pelajar kurang

    upaya seperti mana yang dimaklumkan kepada pelajar biasa.

    Suruhanjaya Disability Rights diberikan kuasa mengeluarkan kod amalan yang

    menjelaskan aspek tersebut. Kod amalan juga bertindak sebagai satu panduan berkaitan

    dengan golongan kurang upaya selain daripada menyediakan perkhidmatan 'conciliation'

    apabila sesuatu masalah berlaku. Tribunal 'Special Educational Needs and Disability'

    mempunyai kuasa mendengar semua aduan mengenai masalah kurang upaya dalam

    pendidikan sekolah.

    Implikasi kepada Negara Malaysia

    Proses penggubalan rangka perundangan yang melibatkan golongan berkeperluan khas

    merupakan satu proses yang bersepadu di antara beberapa kumpulan yang khas di mana

    maklum balas yang positif dan bermakna amat signifikan. Di negara Malaysia, kerjasama

    di antara kumpulan pakar tertentu dalam memperkukuhkan rangka perundanagn tersebut

    adalah amat penting supaya kepentingan terbaik golongan berkeperluan khas sentiasa

    diutamakan.

    Proses menilai dan mengembangkan rangka perundangan adalah satu proses

    berterusan supaya ia sentiasa mengikut perkembangan semasa. Keperihatinan dan usaha

    yang serius dikehendaki. Dalam konteks negara Malaysia, jawatankuasa khas boleh

    ditubuhkan untuk mengkaji perkembangan semasa dan meneliti perkembangan yang

    berlaku di luar negara. Sistem pendidikan perlu meneliti isu pendidikan inklusif dengan

    lebih terperinci dan langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengamalkan pendekatan

    yang digunakan di negera luar mengikut keadaan.

    Di samping itu, usaha yang membina dikehendaki untuk menggubal rangka

    perundangan supaya peruntukan perundangan adalah terkini dan selaras dengan

    perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Komitmen dan dedikasi yang tinggi

    merupakan satu prasyarat penting dalam proses ini. Kecenderungan menggunakan

    atau mengadaptasikan rangka perundangan dari negara luar kurang bijak kerana tidak

    wujudnya satu pendekatan bercorakone size fits all.

    Langkah menyemak dan menggubal serta meminda sesuatu peruntukan perundangan

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    7/8

    Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 165

    memerlukan tempoh masa yang sesuai. Pelaksanaan peraturan yang baru akan menjadi

    lebih berkesan apabila kerjasama yang erat wujud dalam kalangan pakar, Keperluangolongan berkeperluan khas harus diteliti dengan terperinci supaya fokus diberikan

    kepada kepentingan terbaik golongan tersebut.

    Analisis peruntukan yang wujud dalam Akta Pendidikan 1996 memmjukkan

    bahawa perhatian yang lebih berfokus perlu diberikan kepada golongan berkeperluan

    khas. Peranan yang dimainkan oleh pihak Pegawai Pendidikan daerahamat penting

    dalam proses mengenal pasti dan memastikan bahawa golongan tersebut menikmati

    layanan dan peluang pendidikan yang saksama seperti kumpulan yang lain. Proses

    penilaian, dokumentasi secara sistematik, dan pemantauan yang sering dijalankan boleh

    mengelakkan unsur diskriminasi serta menggalakkan'inclusion',

    Secara am, beberapa strategi boleh dilaksanakan agar kepentingan golongan tersebut

    terjamin. Strategi yang boleh dilaksanakan termasuk: mengembangkan perhubungan di

    antara ibu bapa golongan pelajar tersebut dengan pihak sekolah; mempertingkatkan

    kesedaran mengenai hak golongan berkeperluan khas; mempertingkatkan kemahiran

    guru pendidikan khas; dan, menggalakkan sistem pendidikan 'inclusive'.

    Kesimpulan

    Di United Kingdom, perkembangan dalam undang-undang pendidikan khas telah

    mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan di jurisdiksi yang

    lain. Perhatian yang lebih serius yang diberikan kepada perkembangan demikian juga

    telah mengakibatkan ledakan dalam bilangan kes makhamah. Proses 'convergence'

    seperti perubahan dalam prosedur Mahkamah Tinggi, skop bantuan guaman yang

    diperluaskan, dan perubahan sikap masyarakat yang tidak lagi hanya menerima sesuatukeputusan pihak berkuasa sebagai satu yang muktamad bermakna seseorang individu

    sedia mencabar sesuatu keputusan melalui tindakan mahkamah.

    Matlamat SENDA 2001 adalah untuk memastikan bahawa keperluan kanak-kanak

    golongan khas dapat dikenal pasti dengan segera dan sepenuhnya agar tindakan yang

    berkesan dapat diambil untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi maksima mereka.

    Di samping itu, SENDA 2001 berusaha membina satu 'framework of rights which is

    transparent and easy to navigate'bagi semua yang terlibat dalam proses tersebut,

    SENDA 2001 merupakan satu usaha penting untuk menyelesaikan masalah

    teknikal yang didapati di dalam DDA 1995. Para pendidik dan pensyarah mempunyai

    hak masing-masing untuk membuat tuntutan apabila diskriminasi berlaku misalnya

    layanan buruk daripada pihak majikan atau rakan sekerja. Golongan kurang upaya juga

    berhak mendakwa apabila keadaan premis yang sesuai dan kemudahan pendidikan tidak

    disediakan. Malangnya, mangsa kanak-kanak dan pelajar tidak boleh membuat demikian.

    Peluang untuk membuat aduan tidak disediakan. Bagi mengatasi masalah ini, SENDA

    2001 menyediakan satu remedi dengan memastikan bahawa peruntukan-peruntukan

    yang sedia ada dalam DDA 1995 juga diterima pakai bagi semua bidang pendidikan iaitu

    termasuklah kemasukan pelajar, penyingkiran, persediaan perkhidmatan pendidikan, dan

    aspek yang lain. Implikasinya ialah para guru, pengetua, guru besar, pegawai pendidikan

    setempat, dan ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang lebih jelas dan

    mendalam mengenai bidang undang-undang pendidikan yang baru.

  • 8/12/2019 LAPORAN WARNOCK

    8/8

    166 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

    Rujukan

    A consultation on government measures to tackle discrimination against disabled people

    (1994). London: Department of Social Security.

    Americans with Disabilities Act 1990.(1990). Washington DC.

    From exclusion to inclusion: A report of the disability rights task force on civil rights

    fordisabled people(1999). London: Department for Education and Employment.

    Disability Discrimination Act 1992.(1992). Australia.

    Education Act1981. (1981). London.

    Education (Special Educational Needs) Regulations 1983.(1983) SI 1983/29. London.

    Excellence for all children: Meeting special educational needs (1997). Cmnd 3785,

    London.Human Rights Act 1993.(1993). New Zealand.

    Meeting special educational needs: A programme of action.(1998). London: Department

    for Education and Employment.

    Report of the committee of enquiry into the education of handicapped children and young

    people(1978). Cmnd 7212, London.

    Special Educational Needs and Disability Act 2001. (2001). London.

    Special Educational Needs (Provision of Information by Local Education Authorities)

    (England) Regulations.(2001). SI 2001/2218. London.

    Towards inclusion: Civil rights for disabled people. (2001). London: Department for

    Education and Employment.

    Whitbourn, S. (2002). Special educational needs and disability in education: A legal

    guide.London: Butterworths.