Upload
thiradevi-balakrisnan
View
308
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN PENGAJIAN MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK(INDIVIDU)
SEMESTER: 6 TAHUN: 2015PKP 3163
TAJUK KURSUS: SISTEM BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
PAVITHIRA DEVI A/P BALAKRISNAN
PROGRAM: PISMP
KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN:
G6.1 930827-08-6668
PENSYARAH:
EN.HASIZAN BIN DAHALALCik fadilah binti idris
TARIKH SERAHAN:24 ogos 2015
TARIKH DITERIMA:20 julai 2015
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK/PERKARA M/S
1.
PENGHARGAAN
2.
PENGENALAN
3.
TUGASAN 1- PENULISAN ESEI
4.
TUGASAN 2- ANALISIS PETIKAN TEKS SULATUS SALATIN SEJARAH MELAYU
5.
RUJUKAN
6.
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya mengambil kesempatan di sini untuk menujukkan kesyukuran kepada Tuhan kerana
tanpa berkat dan restunya , mustahil saya menyempurnakan tugasan kerja kursus ini sebaik
yang mungkin dalam jangka masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Melayu.
Segala kekuatan yang ada dalam pelaksanaan tugasan kerja kursus ini adalah daripada
Nya dan segala kelemahan adalah daripada kekurangan diri saya sendiri.
Tidak lupa juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Sistem
Bahasa Melayu saya iaitu En.Hasizan bin Dahalal dan Cik Fadilah binti Idris atas nasihat,
bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada saya sepanjang pelaksanaan
tugasan kerja kursus. Kedua- dua pensyarah saya menjadi tulang belakang dalam
menjayakan pelaksanaan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya. Mereka
tidak pernah bermasam muka dengan penyoalan dan kemusykilan saya yang agak banyak
sebaliknya menjawab segala pertanyaan saya dengan begitu sabar , jelas dan baik.
Saya juga mengambil ruang di perantaraan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu saya yang sangat memberi sokongan moral dalam melaksanakan tugasan kerja
kursus ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan
sekumpulan saya yang membantu saya dalam pencarian maklumat.
Setinggi – tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pengajian Melayu
kerana telah menyediakan soalan tugasan yang mampu membuatkan diri berfikir pada aras
tinggi yang mampu menguji kefahaman berasakan Sistem Bahasa Melayu selama ini.
PENGENALAN
Seperti yang kita semua sedia maklum, Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi , bahasa
pentadbiran, bahsa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa perhubungan dan bahasa harian
negara kita Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 lagi.
Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan serta sebagai medium untuk mencapai perpaduan kebangsaan
dan pembentukan satu bangsa Malaysia .Ini adalah kerana Bahasa Melayu menjadi alat
yang sangat penting dalam proses pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan
integrasi kebangsaan.
Pada mutakhir kini, bahasa Melayu sudah pun menjadi bahasa pengantar yang utama di
semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta pada peringkat pendidikan
tinggi. Matlamat utama pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah untuk
menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa pengantar
untuk memperoleh ilmu. Tambahan pula, kepentingan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi antara para murid, pelajar dan siswazah
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat diperkukuhkan lagi melalui aktiviti
gerak kerja kokurikulum di sekolah dan di Institut Pengajian Tinggi Awam ataupun swasta.
Sifat unik dan bervariasi yang terkandung dalam bahasa Melayu boleh diaplikasikan dalam
penyampaian, fikiran, perasaan atau pandangan. Pendapat boleh dilahirkan dalam pelbagai
cara demi mendapatkan kesan yang berlainan menjadikannya sebagai bahasa pengantar
yang murni. Sifat keberkesanan bahasa Melayu juga berupaya memberikan maksud
dengan tepat dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan dan menggugat kedudukan
bahasa sebagai bahasa pengantar. Kemurnian dan keindahan bahasa Melayu yang
mempunyai kosa kata yang lunak didengar, bertenaga, menarik dan dapat menyentuh hati
kerana wujudnya kepelbagaian laras dan gaya bahasanya yang sinonim sebagai bahasa
pengantar.
Namun demikian, penggunaan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan lagi terutamanya dari
segi penggunaannya dalam konteks yang betul dan tepat serta unsur- unsur keindahannya
perlu dijamin dan dikekalkan. Kerajaan telah pun mengimplementasikan pelbagai insentif
dalam memartabatkan dan mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu. Dalam hal ini,
bukan sahaja kerajaan perlu bekerja keras sebaliknya kita sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin perlu menghulurkan tangan kepada pihak berkenaan dalam usaha meningkatkan
lagi penggunaan bahasa Melayu dengan mantap, baik dan sempurna tanpa menjejaskan
keindahannya dan kehalusannya.
PENULISAN
ESEI
Sistem bahasa merupakan elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang meliputi aspek tatabahasa, sistem ejaan,sebutan,
intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa memenuhi bahagian yang besar
dalam komponen sistem bahasa .Tatabahasa merujuk kepada kebolehan seseorang
bertutur menggunakan sebutan, intonasi , nada yang betul dan menulis menggunakan
sistem ejaan yang tepat. Maka,kecekapan dan kemahiran berbahasa perlu dirancang
dengan sistematik supaya bersesuaian dan selaras dengan konteks pembelajaran murid
sejak di bangku sekolah lagi. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh guru bahasa dan aspek
penggunaan bahasa perlu dititikberatkan di peringkat sekolah rendah supaya menjadi satu
kebiasaan dalam sanubari murid seperti kata pepatah”melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Pengajaran tatabahasa membolehkan murid- murid menggunakan pelbagai
jenis kata dalam pelbagai konteks mengikut kesesuaian, merangka murid menggunakan
frasa yang betul serta membina ayat yang betul,tepat,gramatis dan membina pelbagai jenis ,
pola dan bentuk ayat dalam konteks yang berbeza dengan betul dan tepat. Secara amnya,
bidang tatabahasa merangkumi dua aspek utama iaitu morfologi dan sintaksis.
Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada
halaman 132, mengertikan morfologi sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan
dan cara-cara pembentukannya. Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya
yang bertajuk Tatabahasa Dewan mentakrifkan morfologi sebagai satu bidang yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata menjurus kepada susunan
bentuk bunyi ujaran iaitu percakapan verbal atau penulisan (lambang) dalam bentuk yang
bermakna. Manakala bentuk kata membawa maksud rupa bahasa iaitu sama ada bercorak
tunggal atau telah mengalami proses pengimbuhan,penggandaan dan pemajmukan.
Penggolongan kata pula diertikan sebagai proses mengklasifikasikan dan mengkategorikan
serta mengelaskan perkataan berlandaskan persamaan jenis, bentuk dan fungsi.
Dalam morfologi unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu dikenali sebagai
morfem. Morfem merupakan unit terkecil yang menjadi inti kepada pembentukan perkataan.
Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfem bebas yang merujuk kepada
morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh tanpa bergantung kepada morfem
lain. Contohnya perkataan seperti pulang, makan, minum , rumah, kereta dan sebagainya.
Satu lagi jenis morfem ialah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berdiri sendiri
sebagai kata dasar sebaliknya memerlukan bantuan daripada imbuhan seperti
berjalan, ,membaca , tertidur , permainan ,pakaian,telapak dan sebagainya. Seterusnya,
perkataan juga memenuhi ruang yang kecil dalam bentuk bahasa tetapi meliputi makna
yang sempurna dan dapat berdiri sendiri dalam sesuatu ayat. Perkataan dibentuk
menggunakan satu atau lebih morfem supaya membawa satu erti yang bermakna Bentuk
kata pula terdiri daripada empat kategori iaitu kata tunggal iaitu kata yang tidak menerima
sebarang imbuhan tetapi mempunyai makna, kata terbitan yang menerima kehadiran
imbuhan, kata majmuk yang terdiri daripada beberapa kata tunggal yang membentuk satu
makna yang lengkap dan sempurna dan kata ganda yang merujuk kepada kata tunggal
yang digandakan. kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima kewujudan imbuhan
menerusi proses pembentukan kata. Proses pembentukan kata terdiri daripada tiga
bahagian iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Proses pengimbuhan
menjurus kepada penerimaan imbuhan oleh kata tunggal untuk menghasilkan satu kata
baharu yang dikenali sebagai kata terbitan. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis
iaitu imbuhan awalan seperti ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-,
ter-, pe-, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-, maha-, tata-, pra-, pro-, dan anti-.
Seterusnya ialah imbuhan akhiran seperti -an, -i, -kan, -wan, -man, dan -wati-. Imbuhan
apitan seperti me—kan, ke–an, pe –an, pem –an, di--–kan. Imbuhan sisipan ialah seperti –
el-,-er- dan -em-.
Kata tunggal yang mengalami proses penggandaan akan menghasilkan satu perkataan
yang dikenali sebagai kata ganda. Pembentukan kata ganda dapat dipecahkan kepada tiga
kategori iaitu penggandaan penuh iaitu menggandakan keseluruhan kata dasar , contohnya
seperti meja- meja dan rumah- rumah, penggandaan separa ialah peringkat menggandakan
sebahagian kata dasar seperti laki digandakan menjadi lelaki, tikus digandakan menjadi
tetikus dan sebagainya, penggandaan berentak yang merupakan proses menggandakan
kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar . Penggandaan berentak
dibahagikan kepada tiga kelas iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal seperti kuih -
muih, gotong – royong, seterusnya penggandaan berentak pengulangan konsonan seperti
gunung- ganang, huru - hara dan mundar- mandir , ketiga merupakan penggandaan
berentak bebas seperti saudara- mara dan lintang- pukang. Proses pembentukan kata yang
seterusnya, pemajmukan. Pemajmukan ditakrifkan sebagai proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih membawa kepada makna yang khusus atau tertentu yang dikenali
sebagai kata majmuk.
Dalam pembentukan kata majmuk sebahagian kecil kata majmuk , te;ah dimantapkan
penggunaannya dan dianggap utuh seperti perkataan antarabangsa,
setiausaha,suruhanjaya,jawatankuasa,kakitangan an sebagainya.
Secara amnya, kata majmuk dapat dicirikan kepada tiga kumpulan iaitu kata majmuk yang
terdiri daripada rangkaian kata bebas seperti gambar rajah, alat tulis dan jam tangan, kata
majmuk yang digunakan sebagai gelaran seperti Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha
Negara, seterusnya kata majmuk yang berbentuk istilah khusus seperti hak milik, mata
pelajaran dan atur cara , kata majmuk yang berikutnya ialah kata majmuk yang membawa
maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Aspek yang seterusnya dalam bidang morfologi ialah golongan kata iaitu golongan kata
nama yang dipecahkan kepada tiga kelompok iaitu kata nama khas , kata nama am dan
kata ganti nama. Golongan kata yang berikutnya ialah kata kerja yang dibahagiakan kepada
dua jenis iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif, golongan kata adjektif dan
golongan kata tugas. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua unit kecil iaitu
kata kerja tak transitif tak berpelengkap seperti bangun, pulang, menjerit, mengajak dan
berjalan dan kata kerja tak transitif berpelengkap seperti bertambah(baik) dan berbantalkan
(lengan). Kata kerja transitif pula dapat dikelompokkan kepada dua iaitu kata kerja dalam
ayat aktif seperti makan, menyepak dan melihat dan kata kerja dalam ayat pasif seperti
dimakan,kamu lihat, disepak dan sebagainya. Kata adjektif pula terdiri daripada sembilan
kategori iaitu sifatan, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan dan jarak.
Contoh kata adjektif sifatan ialah baik dan lemah, warna ialah merah dan biru, ukuran ialah
panjang dan tebal, pancaindera ialah sedap,manis, harum,busuk,kasar dan cantik,jarak
ialah jauh dan dekat, kata adjektif cara ialah cepat dan lambat, kata djektif perasaan ialah
rindu, benci dan gembira. Kata tugas merujuk kepada golongan kata yang bersifat pelbagai
tetpai mempunyai satu kriteria yang sama iaitu tidak boleh menjadi elemen inti bagi frasa
nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata- kata tugas memainkan peranan penting dalam
pembinaan ayat , frasa dan klausa .Antara peranan kata tugas adalah sebagai penghubung,
penerang, penguat, pembantu, penegas , penafi, pemeri, pendepan dan pembenar. Secara
ringkasnya kata tugas dibahagikan kepada 17 kelompok iaitu kata hubung, kata seru , kata
tanya, kata perintah seperti sila , kata pangkal ayat seperti hatta , kata bantu seperti sudah
dan pernah, kata penguat seperti amat, sangat dan paling, kata penegas iaitu juga dan pun,
kata nafi iaitu tidak dan bukan, kata pemeri iaitu ialah dan adalah, kata sendi nama seperti
dengan, ke, pada, di dan dari, kata pembenar iaitu ya dan betul, kata bilangan iaitu segala,
dua dan beratus- ratus, kata arah atas, depan dan bawah , kata adverba iaitu selalu, kata
pembenda iaitu –nya dan akhir sekali kata penekan iaitu –nya.
Sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata
disusun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan
hubungan gramatis dan kukuh antara kata dengan kata, dan frasa dengan frasa, dan ayat
dengan ayat bagi membina ayat yang lengkap dan bermakna. Secara umumnya sintaksis
ditakrifkan sebagai cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
menitikberatkan hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Bidang sintaksis dikelompokkan kepada tiga bahagian utama iaitu frasa , klausa dan ayat.
Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat.
Dalam pemeringkatan unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak pada
kedudukan di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk
menggunakan satu kata atau lebih. Frasa ialah unsur yang lebih kecil daripada klausa.
Frasa adalah unsur yang membina klausa. Dalam tata tingkat bidang sintaksis, frasa adalah
unsur yang membina klausa dan ayat. Contohnya dalam ayat ,Bapa saya menjadi ketua
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka terdapat dua frasa di mana frasa pertama ialah bapa
saya dan frasa kedua ialah ketua Pengarah Pendidikan Negeri Melaka. Dalam ayat tersebut,
bapa saya adalah frasa subjek dan menjadi ketua Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
adalah frasa predikat. Contoh ayat lain yang mengandungi frasa ialah Bella budak pandai di
mana Bella merujuk kepada frasa subjek dan budak pandai merujuk kepada frasa
adjektif .Menurut Hashim haji musa at.el.(2010) dalam bukunya Tatabahasa Dewan, Edisi
Ketiga telah mengelompokkan frasa kepada empat jenis iaitu frasa nama , frasa kerja, frasa
sendi nama dan frasa adjektif. Contoh frasa nama ialah rumah besar di mana kata nama
rumah berdiri sebagai inti dan kata adjektif besar berfungsi sebagai penerang. Dalam
binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat penting untuk menentukan sama
ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M,
penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa
nama. Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama,
unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada
kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan. Frasa adjektif pula adalah unsur
predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat, yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir
selepas sesuatu kata nama. Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri
daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama
berkenaan. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat.
Contoh frasa kerja , menangkap ikan dan menulis sajak di mana kata kerja menjadi inti.
Contoh frasa sendi nama adalah daripada ayah di mana daripada ialah kata sendi nama
yang berperanan sebagai inti dan kata nama ayah sebagai pelengkapnya. Contoh frasa
adjektif ialah cantik sungguh di mana frasa cantik sungguh memiliki kata adjektif sebagai
intinya.
Klausa ialah unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan
mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Sebagai kostituen dalam pembentukan ayat,
klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas (terikat). Klausa
bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap
apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna atau ditulis dengan kaedah yang betul.
Sebaliknya klausa terikat tidak dapat berdiri sendiri. contoh klausa bebas ialah ‘dia berjaya’
di mana rangkaian dua perkataan tersebut berdiri sendiri dan mempunyai maksud yang
bermakna serta lengkap. Contoh klausa terikat ialah ‘kerana dia tekun berusaha’ di mana
rangkaian perkataan ini tidak dapat memberi satu gambaran yang jelas dan bermakna.
Ayat terdiri daripada unsur klausa dan intonasi. Intonasi dapat menentukan jenis ayat yang
digunakan. Apabila sesuatu ayat itu dipandang dari jenis tindak balas yang diharapkan
daripada ujaran tertentu, maka ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Keempat-empat jenis ayat yang
didasarkan pada intonasi dan makna yang dinyatakan oleh ayat tersebut. Ayat menurut Nik
Safiah Karim (19930, ialah unit pengucapan yang paling tinggi kedudukannya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap dan sempurna. Ayat yang
hanya terdiri daripada satu klausa disebut sebagai ayat tunggal, manakala ayat yang terdiri
daripada satu klausa dipanggil sebagai ayat majmuk. Sesebuah ayat itu perlu mengandungi
makna kerana isitilah ayat yang gramatis merujuk kepada ayat yang sempurna dari segi
bentuk dan maknanya. Aspek sintaksis juga mengkaji empat komponen utama di bawah
elemen ayat iaitu jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan, ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; susunan ayat, iaitu susunan biasa dan
susunan songsang dan binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat
majmuk. Ayat tunggal merujuk kepada ayat yang mempunyai satu klausa sahaja.
Contohnya, Rahman polis, budak itu makan, buku ini untuk kawan dan sebaginya. Ayat
majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa . Contohnya, Rahman polis tetapi
isterinya guru dan budak itu pulang kerana tertinggal bas.
Jenis ayat dipecahkan kepada empat kategori iaitu ayat penyata , ayat tanya , ayat perintah
dan ayat seruan. Ayat penyata ialah ayat yang diujarkan atas tujuan memberi sesuatu
kenyataan.
Ayat penyata berfungsi dalam menyatakan dan menerangkan sesuatu perkara. Contohnya,
Ravi sedang bernyanyi, bunga matahari itu cantik, pemandangan di tepi laut sangat indah
dan sebagainya. Ayat tanya pula digunakan atas tujuan menyoalkan sesuatu perkara
dengan menggunakan nada suara dan perkataan tertentu. Contohnya, harga sepasang baju
in berapa?, bilakah kamu akan pulang ke kampung?, mengapa kamu kelihatan sedih? dan
sebagainya. Ayat perintah pula ayat yang berperanan dalam mewujudkan sesuatu tindakan.
Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu sebagai ayat suruhan , ayat
larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat suruhan merupakan ayat yang digunakan
untuk memberi arahan. Contohnya, ambil pinggan itu sekarang, engkau keluar dari sin!, jaga
budak itu dan sebagainya. Ayat larangan pula bentuk ayat yang mengandungi kata larangan
seperti jangan dan usah. Contohnya, kamu jangan pergi ke rumah dia, jangan bermain di
tepi sungai, usah kau memperalatkan dia dan sebagainya .Ayat silaan dimaksudkan
sebagai ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput. Contohnya, Sila
datang ke majlis itu,sila laporkan peristiwa itu kepada pihak berkenaan dan jemput masuk ke
rumah saya dan sebagainya. Ayat permintaan ialah corak ayat yang memiliki kata
permintaan seperti minta dan tolong. Contohnya, tolong tutup kipas sebelum keluar, tolong
selesaikan masalah tersebut secepat yang mungkin , minta para hadirin mematikan telefon
bimbit untuk sementera waktu dan sebagainya. Ayat seruan pula diujarkan menggunakan
intonasi berbentuk seruan atas tujuan menggambarkan sesuatu situasi atau keadaan
melalui perasaan seperti takut, benci, marah, sedih, prihatin, kesian dan sebagainya.
Contohnya, Aduh, sakitnya kaki aku, Wah,cantiknya rumah banglo di tepi jalan itu dan
sebaginya.
Ragam ayat juga dipecahkan kepada dua kelas iaitu ayat aktif yang mengandungi kata kerja
serta mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat pasif yang mengutamakan subjek
terbitan sebagai judul. Contoh ayat aktif ialah Salleh membeli kereta Proton itu. Contoh ayat
pasif pula, kereta Proton itu dibeli oleh Salleh. Susunan ayat pula terdiri daripada dua
kategori iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa ditakrifkan sebagai
binaan ayat yang menitikberatkan pola ayat dasar di man unsur frasa subjek perlu
mendahului frasa predikat. Contohnya,Guru itu sangat rajin dan bertanggungjawab, Ramu
pekerja sementera di kilang itu dan sebagainya. Dalam susunan ayat songsang pula, frasa
prediket mendahului frasa subjek. Contoh ayat, Pekerja sementera di kilang itu Ramu,
Sangat rajin dan bertanggungjawab pula guru itu dan sebagainya.
Secara konklusifnya, morfologi dan sintaksis merupakan bidang bahasa yang penting
dalam tatabahasa dan harus difahami dengan baik. secara keseluruhannya, sistem bahasa
memainkan fungsi yang sangat penting dalam meningkatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid- murid.
Dengan adanya bidang tatabahasa yang cukup mantap , maka murid- murid dapat
menguasai aspek- aspek tatabahasa dengan sangat mudah dalam tempoh masa yang
singkat. Sebagai warga pendidik yang berkaliberlisme dan bertanggungjawab, walaupun
dalam setiap sesi pengajaran telah ditetapkan objektif tertentu yang hendak dicapai, namun
guru tidak boleh mengabaikan aspek bahasa kerana kebolehan murid berbahasa dengan
baik akan mempengaruhi kejayaan produk sesuatu sesi pembelajaran dan pengajaran guru.
Sebaik manapun objektif, jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan
menggunakan bahasa yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap masih pada tahap
kurang memuaskan. Justeru, guru hendaklah memberi tumpuan terhadap aspek berbahasa
murid. Malah, keberkesanan pengajaran guru dan kejayaan murid dalam pembelajarannya
adalah bergantung kepada kemampuan guru dan murid menggunakan bahasa yang tepat
dan berkesan tanpa menjejaskan keutuhan dan keindahan serta kehalusan sesuatu bahasa
itu.
(1857patah perkataan)
Morfologi merupakan cabang ilmu yang menyelidik dan memberi penekanan kepada struktur
, bentuk dan penggolongan. Bidang ini selalunya dikaitkan dengan proses pembentukan
kata. Bidang linguistik ini mengkaji tentang struktur kata iaitu bentuk atau lambang tulisan
yang disusun menjadi komponen bahasa yang mempunyai nilai makna. Antara sub- sub
yang tergolong dalam bidang morfologi adalah struktur kata dan bentuk kata seperti kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata serta golongan kata iaitu kata nama, kata
kerja , kata adjektif dan kata tugas. Hasil daripada penganalisisan dan pengkajian yang saya
lakukan terhadap petikan teks Sulatus Salatin Sejarah Melayu yang berjudul ‘Puteri Nila
Pancadi ke Singapura” telah saya senaraikan di jadual bawah tentang aspek morfologi yang
dikaji mengikut klasifikasi bentuk kata, pembentukan kata dan golongan kata.
I. Bentuk kata
Bentuk kata Contoh
Kata tunggal mati,raja,baca,titah,surat,anak,musim,balik,laut,adat,
pesan,kapal,sambuk,batil,hormat.
Kata terbitan perkataan,beranak,bernama,terlalu,dipelihara, ,disur
uh,diarak,berkeliling,diketahui, ,dipersalin, ,membala
s,diperbuat,menjunjung,mendengar,berlengkap,mem
bawa,diberi, jurubahasa, bingkisan,disambut
Kata majmuk balai ruang, hulubalang
Kata ganda raja- raja,besar- besar,dayang- dayang,indah- indah
II. Pembentukan kata
Proses Contoh
Pengimbuhan diberikan,memerintahkan,dihormati,diketahui,men
yuruhkan,menghantarkan,diperjamunya,menitahka
n,
menyambut,dipersembahkan,perwaranya,
mengahwinkan,pekerjaan.memulai,
hantarkan,utusan.
Penggandaan Bertambah-tambah,berbesar-besar, berjaga-
jaga,lelaki.
III. Golongan kata
Golongan kata Contoh
Kata nama Khas: Keling, Adi rama Raja Mudalir,Raja Suran, Bijaya
Negara,Cambutharam Mudalir,Tuan Puteri Nila
Pancadi,Seri Teri Buana,Singapura, Aria Bupala,Maha
indera Bijaya,Raja Kecil Besar,Raja Jambunga Rama
Mudalir, Demang Lebar Daun, Andul Nina Mara Kulina.
Am: raja, benua,negeri,bentera,duli.
Ganti nama Diri Orang Pertama: kita,
Ganti Nama Diri Orang Kedua: dia
Ganti Nama Diri Orang Ketiga: baginda
Ganti Nama Tunjuk: itu
Kata Kerja beranak,dipersalin, diperjamunya,
Kata Adjektif Sifat/Keadaan: baik,tua,muda
Perasan: sukacita
Kata Tugas Kata hubung gabungan: dan , lalu,tetapi,serta
Kata hubung pancangan relatif: yang
Kata hubung pancangan keterangan: setelah
Kata perintah: jangan
Kata pangkal ayat: alkisah,sebermula, hatta, maka.
Kata bantu aspek: akan
Kata penguat hadapan: terlalu
Kata penegas: tersebutlah, masyurlah
Kata bilangan:puluh,dua,kedua,lima ratus,beberapa
Kata nafi: tidak
Kata sendi nama: dengan, oleh, di,ke, kepada ,
pada,dari,sampai
Kata pascakata: namanya,
asalnya,parasnya,ayahnya,rupanya
Sintaksis pula didefinisikan sebagai komponen ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur ,
binaan atau konstruksi ayat. Bidang ini memberi fokus kepada proses pembentukan ayat
bermula dengan frasa menjadi klausa dan klausa menjadi satu ayat yang lengkap dan
bermakna. Hasil penganalisisan saya terhadap petikan teks yang bertajuk “Puteri Nila
Pancadi ke Singapura”telah saya mengelompokkan aspek sintaksis yang telah saya kaji
dalam jadual di bawah mengikut jenis dan ragam ayatnya.
i. Ragam Ayat
Ragam ayat Contoh
Ayat aktif 1. Maka, baginda beranak seorang lelaki
bernama Cambutharam Mudalir.
2. Maka baginda beranak seorang
perempuan , Tuan Puteri Nila Pancadi
namanya ,terlalu baik paras rupanya.
3. Maka Seri Teri Buana pun memerintahkan
Aria Bupala dengan Maha Indera Bijaya
utusan ke benua Keling, meminang Puteri
Nila Pancadi itu akan anakanda baginda
Raja Kecil Besar.
4. Maka Aria Bupala dengan Maha Indera
Jaya pun belayarlah ke benua Keling.
5. Setelah musim balik maka Raja Jambunga
Rama Mudalir pun membalas surat serta
bingkisan.
6. Maka Aria bupala dan Maha Indera Bijaya
pun bermohonlah kepada baginda itu lalu
belayar.
7. Maka Seri Ter Buana menitahkan Demang
Lebar Daun menyambut surat dari benua
Keling itu.
8. Hatta datanglah kepada musim kapal
datang, Raja Jambunga Rama Mudalir
pun menyuruh berlengkap beberapa buah
kapal.
9. Maka, Puteri Nila Pancadi pun naiklah ke
kapal dengan lima ratus orang dan
dayang- dayang serta pewarannya.
10. Setelah itu, maka Seri Teri Buana pun
memulai pekerjaan berjaga- jaga akan
mengahwinkan anakanda baginda Raja
Kecil Besar dengan Tuan Puteri Nila
Pancadi.
Ayat pasif 1. tersebutlah perkataan raja di benua
Keling, Adi Rama Raja Mudalir namanya,
asalnya daripada anak cucu Raja
Suran,raja d negeri Bijaya Negara.
2. yang tua bernama Raja Kecil Besar , dan
yang muda bernama Raja Kecil
Muda ,dipelihara baginda sepertinya.
3. maka, disuruh sambut oleh Raja Jambuga
Rama Mudalir surat dari Singapura itu,
dengan dihormati diarak berkeliling negeri
baginda.
4. Setelah diketahui bagindalah ertinya maka
Raja Jambuga Rama Mudalir pun terlalu
sukacita.
5. Setelah itu maka Aria Bupala dan Maha
Indera Bijaya dipersalin baginda
sepertinya , serta diperjamunya.
6. maka suart itu pun disambut oleh bentera,
lalu dipersembahkan kepada Seri Teri
Buana.
7. Maka disuruh baca oleh baginda.
8. Tuan Puteri Nila Pancadi disuruh baginda
hantarkan kepada empat puluh orang
hulubalang Keling, Andul Nina Mara Kulina
nama panglimanya.
9. Maka disuruh sambut dengan hormat dan
mulianya, diberi baginda sebuah istana
indah- indah dengan besarnya.
ii. Jenis Ayat
Jenis Ayat Contoh
Ayat Penyata 1. Maka masyhurlah pada segala
negeri baik parasnya Tuan Puteri
itu.
2. Maka Aria Bupala dengan Maha
Indera Bijaya pun belayarlah ke
benua Keling,
3. Maka disuruh baca kepada juru-
bahasa.
4. Setelah musim balik maka Raja
Jambuga Rama Mudalir pun
membalas surat serta bingkisan.
5. Maka Seri Teri Buana
menitahkan Demang Lebar Daun
menyambut surat dari benua
Keling itu.
6. Antara berapa lamanya di laut
maka sampailah ke Singapura.
Ayat Perintah Ayat larangan: Berkenanlah kita akan
kehendak saudara kita itu, tetapi jangan
saudara kita bersusah-susah hantarkan
anak kita ke Singapura.
RUJUKAN
penghargaan
LAMPIRAN